Jumaat, 8 April 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TERINGAT DI ZAMAN ANWAR DALAM KERAJAAN...

Posted: 08 Apr 2011 09:00 PM PDT

Teringat zaman Anwar Dalam Kerajaan
Oleh: WFAUZDIN NS

PERTAMANYA, saya `tabik spring' kepada SPRM yang dengan pantas di peringkat awal menguatkuasakan peraturan bahawa semua soal-siasat oleh SPRM hendaklah dijalankan di aras bawah pejabat SPRM. Sekiranya pejabat SPRM tiada aras bawah yang mempunyai pejabat, pejabat yang disewa mestilah juga mempunyai ciri-ciri keselamatan ketat. Rujuk Malaysiakini.

Peraturan baru ini adalah berlanjutan daripada dua kes sebelum ini yang banyak mencalarkan imej SPRM di mata masyarakat. Ini merupakan langkah awal yang tegas dan menunjukkan SPRM amat serius di dalam mengembalikan kepercayaan rakyat. Satu langkah yang positif, tetapi apa yang paling penting adalah ketelusan SPRM itu sendiri di dalam membenteras isu rasuah. Rakyat bukan sahaja mengharapkan siasatan dilakukan dengan penuh kemanusiaan tetapi juga profesional tanpa ada pilih kasih.

Seandainya tiada kejujuran atau sikap tanggungjawab, tidak mustahil nanti walaupun soal-siasat diadakan di aras bawah sekalipun akan ada pula kes yang lain. Kebanyakan lokap Polis pun berada di bawah, namun ada juga kes-kes yang berlaku di dalam lokap Polis. Ini menunjukkan yang penting adalah sikap dan tanggungjawab. Jangan ada nanti kes orang yang disiasat di aras bawah dikatakan berlari pula ke tingkat atas dan terjun bunuh diri. Lucu, tetapi bukan mustahil jika tiada sifat tanggungjawab.

Lagi baik sekiranya semua jabatan kerajaan kembali aktif di dalam mengerakkan aktiviti kerohanian di kalangan semua pegawai dan kakitangan mereka seperti dengan mengadakan Majlis Tahli, Majlis Ilmu, Qiamullail dan sebagainya sebagai aktiviti bulanan. Teringat saya di masa DS Anwar berada di dalam kerajaan dahulu, aktiviti ini banyak dilakukan oleh jabatan-jabatan kerajaan termasuk di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Apapun, buat langkah awal ini saya `salute' pendekatan oleh SPRM ini./wfauzdin.blogspot.com

DULU GILA SUMPAH, KEMUDIAN LAPAR DNA DAN KINI KEMARUK JAM OMEGA

Posted: 08 Apr 2011 09:52 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU-baru ini ada teman Facebook bertanya pada saya, mengapa susah sangat DS Anwar atau DS Wan Azizah mahu tunjuk jam Omega yang dikatakan kepunyaan Anwar sepertimana yang dituntut oleh pencacai-pencacai Umno dan media pencacai itu? Harus kita ingat, sebelum ini Eskay salah seorang `geng three strooges' @ Datuk T ada mendakwa kununnya beliau ada menyimpan jam Omega kepunyaan DS Anwar yang tertinggal di sebuah hotel.

Saya telah menjawab secara rengkas persoalan tersebut kepada rakan FB saya mengikut kefahaman saya. Isu yang sama juga telah diulas oleh rakan Blogger Malaysia Waves di sini dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau.

Baik, pertama Eskay mengaku dia ada menyimpan jam Omega yang kununnya kepunyaan Ketua Pembangkang tersebut yang tertinggal di hotel yang didakwa berlakunya perkara sumbang tokoh pembangkang berkenaan. Eskay mendakwa, beliau disuruh oleh tokoh berkenaan mengambil jam tersebut di bilik hotel berkenaan. Persoalannya, setelah jam itu diambil adakah Eskay terus menyimpannya atau menyerahkan kepada Anwar? Tidakkah Anwar pernah bertanya tentang jam itu sebelum ini?

Kedua, Eskay mengaku ada menyimpan jam berkenaan. Oleh kerana itu, lojiknya kepada Eskay lah sepatutnya didesak untuk menunjukkan jam Omega yang beliau dakwa kepunyaan Anwar itu, bukannya mendesak Anwar mahu pun Azizah. Mengapa Eskay tidak tunjukkan jam tersebut kepada wartawan sewaktu beliau mengadakan sidang akhbar tentang isu video seks sebelum ini? Dan, sekiranya Eskay menunjukkan jam berkenaan, apakah itu cukup kuat untuk menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti sumbang itu?

Ketiga, mereka yang menuduh mengapa perlu minta bukti kepada orang yang dituduh? Sebagai contoh, ada pihak menuduh kita membunuh seseorang dengan menggunakan pisau, adakah kita perlu menunjukkan pisau itu sedangkan hakikatnya kita tahu kita tidak bersalah. Menjadi tugas mereka yang menuduh untuk mendapatkan bukti mereka, mengapa perlu mendesak benda-benda yang bukan-bukan dan mengarut untuk menguatkan tuduhan mereka?

Memang benar kata Anwar, apa jua yang melibatkan beliau mesti ada yang pelik dan ganjil. Bermula dari kes fitnah Liwat I, Liwat II dan kini fitnah III bermacam yang pelik terjadi. Kes fitnah I, tarikh pertuduhan dipinda beberapa kali kerana kondomunium yang dikatakan tempat kejadian liwat Anwar dengan Azizan belum siap. Fitnah liwat II yang sedang berjalan pula, kita lihat berbagai fakta yang pelik, ganjil dan tidak masuk akal terjadi yang banyak kita ketahui. Terbaru, isu video seks pula langsung ditolak mentah oleh majoriti rakyat melainkan oleh mereka yang tertutup mata hati dan iman mereka.

Dahulu mereka gila kepada sumpah laknat, kemudiannya mereka lapar pula kepada DNA, dan sekarang mereka kemaruk dengan jam Omega. Sampai bila mereka terus akan menjadi gila? Mungkin kita boleh mengubati penyakit gila mereka ini selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

SERANG BALAS ANWAR MENYEBABKAN KABINET `TARIK HANDBREAK'

Posted: 08 Apr 2011 03:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

JERAT yang dipasang oleh DS Anwar mengena dan berkesan. Saya telah menulis bagaimana mereka terjerat apabila terus mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas menyiasat kes video seks kununnya yang melibatkan Anwar dengan seorang pelacur.

Nazri Aziz orang yang paling bersemangat untuk mendesak agar Suruhanjaya Bebas ini ditubuhkan, begitu juga dengan beberapa pencacai yang lain termasuk raja katak dari Pasir Mas. Apabila Najib bersuara semalam yang seolah-olah bersetuju dengan Nazri, maka inilah yang ditungu-tunggu oleh Anwar.

Satu `ledakan peluru' tepat ke muka Najib apabila Anwar menyebut beliau tidak hairan sedikit pun tentang hajat mereka untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas berkenaan. Tetapi menurut Anwar, ada kes yang lebih besar dari itu iaitu kes wanita Monggolia yang dibom dengan menggunakan C4, kes moral tokoh penting negara di sebuah hotel Port Dickson dan terbaru kes kematian Pegawai Kastam di bangunan SPRM. Kesemuanya itu hendaklah ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas sebelum mahu bercerita pasal video seks lelaki berperut boroi itu.

Sekarang kita menanti apa jawapan Najib. Ternyata, serang balas Anwar mengejutkan Najib dan terbaru kabinet hari ini memutuskan kes video lucah itu akan dibawa ke Suruhanjaya Bebas SEKIRANYA pelakunnya telah dikenalpasti. Dilaporkan kenyataan Nazri, "Kerajaan akan hanya menubuhkan sebuah Suruhajaya Diraja (RCI) bagi menyiasat video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas polis mengenalpasti pelaku dalam rakaman pita berkenaan" (Malaysiakini).

Jika sudah dikenalpasti pelakunnya, perlu apa lagi Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat? Mahu siasat apa lagi? Adakah jika pelakun yang berperut boroi itu dikenalpasti bukan Anwar, maka tiada Suruhanjaya Bebas? Jika mereka anggap sememangnya Anwar, baru tubuh Suruhanjaya Bebas? Kita hairan, Suruhanjaya Bebas ini untuk apa sebenarnya? Perlukah wujud Suruhanjaya Bebas semata-mata mahu selamatkan air muka mereka yang sudah semakin jelek itu?

Apa pun, jelas cabaran Anwar agar ditubuhkan juga Suruhanjaya Bebas di dalam kes Altantuya khususnya berkenaan `siapa yang mengarahkan' wanita Monggolia itu dibunuh amat memberi kesan sehingga ada `tarikan handbreak' pada keputusan kabinet hari ini. Syabas Anwar./wfauzdin.blogspot.com

Badrulamin cabar Mahkamah Syariah dakwa penyebar fitnah

Posted: 08 Apr 2011 02:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarah Penerangan KEADILAN Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mencabar mahkamah Syariah mendakwa individu yang terlibat dengan penyebaran fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya terlibat dalam video seks baru-baru ini.

Dr Badrulamin berkata, penyebar fitnah tersebut boleh didakwa kerana menuduh orang berzina tanpa mengemukakan 4 saksi, sepertimana yang digariskan dalam syariat Islam. "Saya cabar Mahkamah Syariah untuk mengheret individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah itu supaya dijatuhkan hukuman yang setimpal.

"Kalau betul-betul mahkamah syariah bebas dan mengamalkan sistem Islam, mereka tidak perlu tunduk dengan Umno seperti yang pernah berlaku sebelum ini melibatkan qazaf Anwar ditolak," katanya. Menurut Badrul, mahkamah syariah boleh mengambil tindakan di bawah peruntukan qazaf, berikutan sudah ada laporan polis yang dibuat terhadap individu yang mendedahkan rakaman video seks, yang kononnya dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Katanya, perbuatan memfitnah yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik disifatkan sebagai 'syaitan bertopeng manusia' kerana merancang untuk mengaibkan orang lain dengan menggunakan kemudahan teknologi moden.

"Ini kerja 'syaitan manusia' yang sanggup menaburkan fitnah III kepada Anwar dengan pemalsuan video dan sebagainya. Perbuatan ini dikategorikan sebagai kezaliman kepada masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia," ujarnya.

Beliau yang kesal dengan tindakan Abdul Rahim sehingga sanggup melakukan kerja hina dan tidak berakhlak itu, tidak menolak tindakan itu bermotif politik dan dendam.

"Dari segi agama, itu semua kerja orang hina dan tidak berahklak kerana sanggup menyebarkan keaiban dan memfitnah orang lain. "Kerana permusuhan, manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga mencalarkan maruah dan imej orang lain yang sememangnya ditegah dalam Islam.

Sementara itu, Badrulamin memberitahu negara kini dilanda krisis akidah dan ekonomi akibat politik murahan yang dianjurkan Umno. "Rakyat sudah jelak dengan isu dubur, DNA dan seks oleh Umno yang tidak mendidik mereka ke arah yang lebih baik.

"Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan rakyat di luar sana sudah bijak untuk menilai pemimpin yang zalim dan mereka yang berada di pihak benar," katanya./KeadilanDaily

KALI INI SIAPA YANG AKAN HALANG KES QAZAF ?

Posted: 07 Apr 2011 11:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lagi kes Qazaf telah dipohon untuk dibicarakan dan kes ini telah dibawa oleh AMK terhadap trio `three strooges' @ Datuk T. Kes tersebut telah dimohon melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) beberapa hari lalu.

Ini adalah berlanjutan daripada fitnah video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar bersama seorang pelacur. Kita akan lihat selepas ini adakah kes Qazaf boleh dilaksanakan atau sama juga seperti sebelum ini di mana kes tersebut telah dihalang untuk dibicarakan sewaktu DS Anwar memohon agar kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan. Semua tahu siapa yang memfailkan bantahan atau halangan agar kes Qazaf tidak dibicarakan walaupun menteri berkenaan berkokok ke hulu ke hilir kununnya bercakap atas dasar Islam.

Mungkinkah Qazaf tidak laku di negara ini sebaliknya cukup dengan menayangkan video pelakun berperut boroi? Benarkah puak mereka serius dengan Islam dan perundangannya? Tidak menghairankan jika beberapa kejadian pelik dan aneh berlaku di negara ini yang tidak masuk akal kerana kita sering menolak Islam di dalam beberapa perkara. Kita merasakan kita lebih adil dari undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, sedangkan hakikatnya kita zalim dan jahil. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: