Jumaat, 1 April 2011

kalam Perantau

kalam Perantau


Pilihan Raya DUN Sarawak: Peguam Wanita calon PAS

Posted: 01 Apr 2011 12:44 AM PDT

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM

KUCHING: PAS Sarawak dijangka menyenaraikan dua calon wanita untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu (N.3) dan Muara Tuang (N.15) pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid ketika ditemui pemberita selepas sidang media berhubung kerusi yang akan ditandingi DAP dan PAS di sini malam Khamis.

“Pada pilihan raya kali ini, kami meletakkan dua calon wanita, seorang muda manakala seorang lagi sudah berkahwin. Kebetulan kami ada tokoh muslimat di situ malah seorang daripada mereka merupakan peguam.

“PAS pusat sudah merestui calon yang telah disenaraikan. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka datang pada hari penamaan calon untuk memberikan sokongan,” katanya di sini.

Bagaimanapun, Adam enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai calon yang disenaraikan, sebaliknya memberitahu nama lima calon itu hanya akan diumumkan di DUN masing-masing pada Isnin ini.

Selain DUN Tanjong Datu dan Muara Tuang, PAS turut menurunkan tiga calon untuk bertanding di Beting Maro, Sebuyau dan Sadong Jaya.

Sementara itu, beliau memberitahu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mencapai kata sepakat untuk bertukar kerusi di DUN Senadin dengan DUN Sadong Jaya.

“Calon PAS di Senadin belum bersedia dan bukan beragama Islam. Jadi kami memutuskan untuk bertukar kerusi dengan PKR di Sadong Jaya. Kami sudah memaklumkan perkara tu kepada PAS pusat pada Khamis dan mereka sudah bersetuju,” jelasnya.

Adam berkata, keyakinan mereka untuk bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 semakin menebal berbekalkan dua fokus iaitu menyampaikan perjuangan parti dan pada masa sama untuk berdakwah.

“Insy-Allah sekiranya mendapat sokongan, kami akan terlibat dalam arena politik. Kalau kalah, kami angggap ia sebagai dakwah,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding, Adam masih mengunci mulut dan memberitahu calon rasmi akan diketahui 4 April ini. – Mstar


P/raya Sarawak penentu nasib Pakatan Rakyat?

Posted: 31 Mar 2011 09:00 PM PDT

Oleh Wong Chin Huat

Seandainya 9 Mac 2008 menandakan permulaan era baru politik Malaysia, dan menjadi pembuka tirai zaman “tsunami politik”; maka hari ini adalah hari terakhir selepas genap tiga tahun “tsunami” berlaku.  Apa yang berlaku mnjelang ulang tahun ketiga ini adalah kekalahan teruk Pakatan Rakyat dalam dua pilihan raya kecil, malah UMNO mencapai prestasi yang lebih baik daripada PRU tahun 2004 di Kerdau.

Sebaik sahaja PRK melabuh tirai, DAP terus membantah pengharaman penjualan tiket perjudian oleh kerajaan PAS di Kelantan, mendedahkan kontradiksi dalaman PR.  Justeru itu, apakah ia penghujung “zaman tsunami” mulai esok, atau apakah pergolakan yang berlaku sepanjang tiga tahun ini sekadar riak air yang bakal kembali tenang tanpa meninggalkan kesan?

Sejauh manakah impak tsunami politik 8 Mac 2008 terhadap perkembangan sejarah kita?  Apakah PR bakal kembali kepada bentuk asalnya selepas PRU yang akan datang?  Kita perlu membuat penilaian dalam konteks sejarah yang lebih luas, dan bukannya tertumpu kepada apa yang berada di depan mata sahaja – barulah jawapan yang lebih jelas diperolehi. Samuel P. Huntington mengibaratkan “pendemokrasian” sebagai ombak, kerana ada pasang dan surutnya fikrah demokrasi.  Ia bukan sahaja berlaku di luar dunia, malah Malaysia juga tidak terkecuali.

Sistem dua parti
Pada awal pembentukan Tanah Malaya (Malaysia), Barisan Sosialis (SF) dan Malaysian Solidarity Covention (MSC) yang didominasi PAP pernah cuba untuk membentuk pakatan yang melangkaui batas etnik untuk menentang Perikatan (yang didominasi UMNO).  Namun, SF hanya wujud untuk dua penggal, berpecah kerana isu bahasa; sementara MSC pula wujud hanya sekelip mata, menghembus nafas terakhirnya selepas Singapura diusir dari Persekutuan Malaysia.

Perubahan yang menggoyah kuasa UMNO hanya berlaku selepas tragedi 13 Mei 1969, zaman Dasar Ekonomi Baru yang mencapai kemuncaknya hingga mencetus pergelutan kuasa antara pimpinan tertinggi dalam UMNO.

Peluang pertama untuk pertukaran kerajaan wujud pada tahun 1990.  Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) diusir oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad dari UMNO.  Kuli cuba memimpin dua barisan pembangkang melalui Semangat 46.  Salah satu daripadanya adalah Gagasan Rakyat yang dibentuk bersama DAP; dan satu lagi adalah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang ditunjangi PAS.  Ini kerana DAP dan PAS pantang duduk sebumbung ketika itu.  Gagasan Rakyat akhirnya terbubar sebelum PRU tahun 1995, malah APU dibubuh noktah setelah Kuli kembali ke pangkuan UMNO, setahun selepas PRU tahun 1995.

Namun, hanya selepas dua tahun, pergelutan kuasa tercetus lagi dalam UMNO.  Kali ini, gelombang Reformasi muncul, dan Parti KeADILan Nasional (kini PKR) mengisi kekosongan Semangat 46.  Berbeza dengan dahulu, KeADILan tidak bersaing dengan UMNO untuk menjuarai wacana nasionalis Melayu, sebaliknya mendukung politik berbilang kaum.  DAP dan PAS pula bersepakat secara terbuka, dan akhirnya terbentuklah Barisan Alternatif.  Namun demikian, dua tahun kemudian, BA terkubur dalam sejarah selepas DAP meninggalkan PAS kerana tidak berpuas hati dengan dasar Islamnya – tinggal sesetengah anggota PAS yang ada kalanya ditemui menyarung jersi yang mempunyai logo empat parti politik itu.

Dari makna teknikalnya, PR ditubuhkan pada 1 April 2008, merupakan jalinan pakatan antara PKR, DAP dan PAS selepas pilihan raya umum.  Dari makna sebenarnya, PR adalah versi “BA” yang diperbaharui.  Momentumnya berasal daripada gelombang Reformasi – menentang pemerintahan Mahathir yang autokratik; tetapi pada masa yang sama memberi manfaat kepada sekta kuasa Mahathir dalam UMNO yang lama, dan ingin menyekat pembaharuan beransur-ansur oleh Abdullah Ahmad Badawi.

Seandainya dilihat dalam konteks sejarah, wujud tiga kemungkinan untuk Pakatan Rakyat dalam PRU yang akan datang.  Pertama, seperti kejayaannya menafikan majoriti dua pertiga parlimen BN, PR menyempurnakan tugas yang gagal dicapai oleh Gagasan Rakyat, APU pada tahun 1990, juga BA pada tahun 1999, iaitu berjaya untuk menukar kerajaan.  Kedua, PR berpijak di tempat asal, mengekalkan kira-kira satu pertiga kerusi Dewan Rakyat, dan kuasa kerajaan di beberapa negeri.  Ketiga, PR kehilangan pengkalannya, dengan masa depan yang malap, malah mencetuskan kontradiksi dalaman dan antara parti, mengulangi nasib tiga pakatan pembangkang sebelum ini.

Jatuh bangun dalam 16 PRK
Selepas keputusan PRK Merlimau dan Kerdau, rata-rata menganggap BN telah kembali berkuasa di gelanggang yang pernah mereka tumpas sebelum ini.  Jadi, ia sememangnya memberangsangkan semangat BN untuk berdepan dengan PRU yang akan datang, dan PR mungkin gagal menangkis kemaraan tersebut.  Pada hakikatnya, pilihan raya kecil adalah pilihan raya pertengahan yang mencerminkan perubahan suara rakyat.  Namun demikian, disebabkan ia bukan berlangsung serentak di seluruh negara, maka ia turut memperlihatkan unsur tempatannya.

Seandainya PRK ini berlangsung di kawasan MCA atau Gerakan, hampir pasti BN akan kecundang.  Untuk memahami perubahan hasrat rakyat melalui PRK dengan lebih sempurna, kita perlu mengkaji keputusan pilihan raya yang lalu di kawasan tersebut.  Selain Sarawak, kawasan DUN dan parlimen di seluruh negara tidak disempadankan semula sejak tahun 2003.  Jadi kita boleh bandingkan keputusan PRK PR dengan keputusan PRU tahun 2004 (kemuncak BN), dan PRU tahun 2008 (kemuncak pembangkang, sewaktu “tsnami politik”).

Dari rajah di atas, kekencangan PR menyusuli tsunami telah menjadi lemah ketika PRK Penanti pada 31 Mei 2009.  Walaupun mungkin menggerunkan BN sebelum ini, sehingga tidak mengambil bahagian dalam PRK buat kali pertamanya.  Namun, PR telah kembali ke paras asalnya semasa PRK Manek Urai, dengan kemenangan yang tipis. Permatang Pasir adalah kawasan kuat PAS di Pulau Pinang, malah berada dalam lingkungan kawasan parlimen Anwar Ibrahim, maka prestasi tahun 2008 dikekalkan. PRK selepas ini, melainkan keajaiban yang muncul di Sibu, PR sebenarnya berlegar antara dua kemuncak, iaitu prestasi PRU pada tahun 2004 dan 2008. 

Sesungguhnya kegagalan PR di Kerdau dan Merlimau menunjukkan kelemahan PR di kawasan desa, tetapi ia tidak cukup untuk menggambarkan keadaan seluruh negara.
Seandainya ada lagi PRK sebelum genap tiga tahun Dewan Rakyat bersidang, malah kebetulan di kawasan Cina, maka PR mungkin dapat mengembalikan semangatnya, sebagaimana dalam PRK Sibu.  Sememangnya PRK sukar diduga, tetapi sudah pasti pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat.  Jadi, pilihan raya Sarawak bakal menjadi peluang terakhir PR untuk menaikkan semangatnya.
Sarawak penentu kemenangan dan kekalahan?

Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, pembangkang memenangi 9 kerusi daripada 71 kerusi, prestasi pembangkang yang terbaik sejak tahun 1987.  SUPP menjadi MCA di Sarawak, dan menjadi pentanda pertama tsunami politik pada tahun 2008.

Kini, pemerintahan Taib Mahmud yang telah memunggah kekayaan dari bumi kenyalang untuk 30 tahun dibandingkan dengan Mubarak di Mesir.  Isu tanah adat bumiputera mungkin menjadi arus yang menderas di bawah untuk menumbangkan BN, dari kalangan kaum asal.  Meskipun jentera pembangkang agak lemah, namun masih berkemungkinan menembusi beberapa kawasan.

Di kawasan bandar pula, angin yang kencang bertiup di kawasan majoriti Cina.  SUPP mungkin tenggelam di selatan Sarawak (sekitar Kuching), dan pertarungan sengit di kawasan pertengahan Sarawak (sekitar Sibu) – mungkin mengulangi keputusan PRK Sibu.  SUPP hanya mungkin menang di bahagian utara Sarawak (sekitar Miri).

Dalam keadaan sedemikian, DAP dijangka merangkul 10-14 kerusi, dan PKR mungkin berjaya merampas kira-kira 10 kerusi.  Seandainya PR bekerjasama untuk merampas sekurang-kurangnya 20 kerusi, biarpun mungkin belum cukup untuk menafikan dua pertiga, namun tetap menggemparkan.

Maka Taib Mahmud semestinya berdepan dengan tekanan untuk berundur, dan tercetusnya pergelutan kuasa yang baru.  Paling penting, seandainya kuasa kerajaan negeri BN di Sarawak tergugat, maka ia bukan lagi “deposit tetap” untuk BN dalam PRU akan datang.  Semangat PR akan teruja, dan tekanan itu beralih kepada BN.  Justeru itu, biarpun BN kekal berkuasa, namun PR masih mampu mengekalkan kerusinya yang hampir satu pertiga dalam Dewan Rakyat.

Namun demikian, seandainya PR kecundang dalam suasana sebegini, dan hanya memperolehi kira-kira tiga hingga lima kerusi DUN Sarawak?  Bukan sahaja PR Sarawak akan menemui ajal, malah Najib Razak mungkin mengambil kesempatan untuk mengadakan PRU.  Jika itu berlaku, maka PR di peringkat persekutuan mungkin mengulangi nasib BA, hilang dari pentas politik selepas PRU – dan pertukaran kerajaan mungkin ditunda lapan atau 10 tahun kemudian.

Mengapa dikatakan Sarawak bakal menjadi penentu kemenangan atau kekalahan PR?  Ini kerana seandainya harapan untuk menawan Putrajaya berkecai, maka ketiga-tiga parti politik akan kembali kepada asasnya, lantas mencungkil kontradiksi antara tiga parti. 

Apakah pengharaman perjudian oleh PAS adalah reaksi spontan terhadap kekalahan PRK yang berturut-turut?  Jikalau BN kekal kukuh di Malaysia Timur, PAS yang hilang harapan untuk menawan Putrajaya akan menekankan dasar islamnya – untuk selamatkan dirinya.  Adakah DAP akan kompromi dengan keadaan itu?  Jadi, apakah manifesto yang ingin diketengahkan PR ketika itu?  Apakah mungkin PR tidak kalah?

Apakah PR Sarawak jelas dengan kepentingan dirinya?  Seolah-olah tidak.  Dalam saat-saat DUN Sarawak akan dibubar bila-bila sahaja, DAP dan PKR masih tegang kerana Dominique Ng – rundingan pengagihan kerusi yang belum diselesaikan.  Sementara itu, PKR juga bermasalah dengan SNAP.  Malah, rundingan manifesto bersama pun belum bermula!  Seandainya mereka terus melengah-lengahkannya, maka terpaksalah kita bersedia untuk menunggu 8 atau 10 tahun lagi, untuk pertukaran kerajaan persekutuan!

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.  Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 8 Mac 2011


Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


Persamaan : Anwar dengan Hang Tuah dan Mahsuri

Posted: 01 Apr 2011 06:18 AM PDT

Orang Melayu gagal keluar kemelut krisis peradaban
Nazli Ibrahim | March 31, 2011 - http://www.freemalaysiatoday.com/2011/03/31/orang-melayu-gagal-keluar-kemelut-krisis-peradaban/

"Sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim."

PETALING JAYA: Masyarakat Melayu moden di negara ini dianggap gagal keluar dari kemelut krisis peradaban apabila masih lagi sanggup melakukan perkara sama yang telah dilalui oleh Hang Tuah, anak gadis Sang Rajuna Tapa dan juga Mahsuri pada zaman masing-masing.
Demikian hujah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah dalam satu wawancara hari ini.
Menuruh Prof Dr Abu Hassan, sejarah orang Melayu menunjukkan kaum itu telah lama dibebani dengan peristiwa yang menyerupai isu video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim itu.
"Isu video seks  bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar  sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.
"Isu video seks  bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau.

Memfitnah zina untuk menjatuhkan musuh?


Menurutnya, isu video sekd yang melibatkan individu-individu terkenal Melayu mempunyai signifikan dengan perangai lama orang Melayu yang beberapa kali  menjatuhkan musuh mereka dengan mengaibkan atau mengenakan fitnah zina sesama mereka.
"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.
"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.
"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.
"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.
Prof Dr Abu Hassan turut menyatakan, masyarakat hari ini yang mulai rasa bimbang dengan permainan politik fitnah yang akhirnya mampu untuk menjatuhkan  kuasa politik Melayu di negara ini.
"Masyarakat mula bimbang apakah politik yang semacam ini akan berterusan dan akhirnya menyebabkan kejatuhan politik Melayu di masa depan.
"Lalu tentulah masyarakat begitu ingin menghentikan politik yang sebegini," jelas beliau lagi.
Beliau turut menyatakan amalan politik lucah bukan sahaja bertentangan dengan akhlak politik Islam serta tidak memberi manfaat kepada peradaban bangsa Melayu malah ia turut menggambarkan keadaan bangsa itu yang sedang sakit dan dihina oleh bangsanya sendiri.
"Setiap individu dalam masyarakat mempunyai akal rasa dan akal fikir mereka sendiri, tentulah buat yang beriman dan berpercaya pada Tuhan menyedari bahawa politik lucah tidak pernah memberi apa-apa manfaat bagi peradaban bangsa selain menggambarkan bangsa itu sendiri sedang sakit dan dihina oleh bangsa mereka sendiri.
"Tidak kira siapa yang dituduh dan difitnah, atau dicela, maka seluruh bangsa itu dalam mayatilik bangsa lain juga tertuduh dan tercela sama.
"Sebab itulah secara filsafatnya, politik lucah yang sedang berkembang di saat ini dalam amalan politik tanah air telah bukan sedikit mengheret masyarakat terbanyak untuk bersama dalam suatu cara menguruskan politik yang bertentangan dengan akhlak politik Islam," ujarnya lagi.
Beliau turut menjelaskan peranan media dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat agar menolak politik lucah dari terus berkembang dalam masyarakat negara ini.
"Tentulah isu Video Lucah yang terkait dengan Anwar sedikit sebanyak memberi kesan kepercayaan politik terhadap beliau dan Parti Pakatan Rakyat (PR).
"Bagaimanapun di waktu yang sama sekira media-media terus-terusan menyebarkan kehodohan-kehodohan politik sebegini akan mencetuskan pemikiran semula di kalangan masyarakat," tegas beliau.

Anwar dianggap simbol
Beliau turut menyifatkan taktik politik lucah yang digunakan untuk menjatuhkan  Anwar sebagai gagal apabila keadaan ini hanya menyebabkan Anwar diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.
"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.
"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Dr Abu Hassan.

Politik Kotor; Dari PWTC hingga ke Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir,Kota Samarahan

Posted: 01 Apr 2011 01:35 AM PDT

Perangai politik Umno dibawa ke Sarawak

KUCHING: Setiausaha Politik kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Abd  Rahman Yusoff mengecam tindakan pihak tertentu yang menggunakan taktik kotor menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim secara fitnah sepanjang beliau berceramah di Sarawak.
Ia dilakukan melalui kenyataan yang dipamer pada kain rentang yang dipasang di sepanjang perjalanan menuju ke Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir, dekat Kota Samarahan hari ini.
"Nampaknya ada pihak yang tergugat sehingga terpaksa menggunakan taktik kotor dan 'gutter politics' dan menyerang peribadi.
"Tindakan ini merupakan cara kempen yang pincang dan cuba membawa cara politik Umno ke Sarawak," kata Abdul Rahman.
Beberapa kain rentang dilihat terpasang di sepanjang perjalanan termasuk di bulatan berhampiran pintu masuk Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara cawangan Kota Samarahan.
Kain rentang tersebut tertulis perkataan antaranya ialah "Siapa Lelaki Y" dan "Sarawak bankrap jika ikut Buku Jingga"
Terdahulu sebelum itu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid Daaru As Solihin di Kampung Sambir.
Beliau kemudiannya  menyampaikan ucapan di perkarangan masjid dan didengari kira-kira 200 penduduk tempatan.
Difahamkan seorang kariah masjid yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata, Anwar tidak dibenarkan menyampaikan sebarang ucapan mahu pun tazkirah di masjid tersebut.
"Ini arahan pihak atasan. Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada Anwar berucap akan dihalang," katanya.
"Tapi, dapat dengar 'tazkirah' di luar masjid pun jadilah. Seronok bila dia datang ke kampung kami" ujarnya.

sumber; http://www.keadilandaily.com/perangai-politik-umno-dibawa-ke-sarawak/

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Ummi Hafilda pernah jadi GRO kelas atasan(sumber blog bekas sahabat baik Ummi Hafilda,Rohani Jalil)(EKSEKELUSIF)

Posted: 01 Apr 2011 11:11 PM PDT

lawa la konon dressing cam tu??lawa lg tiz zaqyah makwe aku..hehehe

yo smua..

hari ni berita harian tak de cite best untuk aku tibai..

harharhar..

berdasarkan kepada tajuk....

ummi hafilda adalah gro..

ye..

G undik R ahimi O sman..

skang ni pi mana2 berkepit je dua eko manusia ni..

harharhar...

ummi hafilda jngn marah eh..

pi buat ujian dna..betulke adik azmin ali??

harharhar...

jangan saman aaaaaaaaaaaa..tak dak duit pun aku ni..laptop je yg ada...harharhar

henfon pun ehsan kakak aku bg pinjam....(adik beradik aku mmg kedekut)

Tudia,Ustazah Mashitah berpoco-poco,gambar kantoi semasa majlis wanita UMNO Kedah!!!(dapat emel dari makwe aku orng Kedah)

Posted: 01 Apr 2011 12:03 AM PDT

sila baca berita harian hari ini...

mashitah cakap..

tarian poco2 boleh diamalkan selagi tidak melanggar syarak..ada unsur pemujaan dan bla bla bal..

ya..baru2 ini..digemparkan apabila mufti perak bernai mengisukan fatwa..

poco2 itu haram..caya lah..

pandangan aku..yg langgar syarak tu bukannya ada unsur2 pemujaan..dan aku pasti yg menari pun tk de niat nk mengsyirikkan Allah..cuma niat nk menggedik..

haaaaaaaaa...ini dia yg langgar hukum syarak..

dok berjoget depan jantan..campur laki pompuan..

pakai sure track suit ketat2...nampak la susuk ponggong yg mantap..kalau mantap cam tiz zaqyah tak pe..aku suke..ini body cam rosmah si mak badak..itu korang yg ske..

harharhar..

dah tu..nk senam2 je la..dok sekali ngn muzik buat apa??kalau stakat muzik kompang tu aku tk tau la kot..ini lagu yg dimainkan lagu dangdut...

bila plak poco2 main lagu rabbani ke hijjaz ke raihan???

haaaaaaaaaa ahahaha..

ini yg langgar hukum syarak..

ini ustazah mana perasan..sbb dia tk penah poco2..ustaza mashitah ni kan alim...

pigirah..alim2 pun..

meh aku nk tanya dia..

ustazah2..

apakah hukumnya bini orng pakai lipstik merah dan pakai bedak tebal2 apabila bekerja diluar sebagai seorang menteri???

harharhar..jawab ustazah jngn tk jawab.sapa2 yg ada link ngn mak cik ni sila sampaikan soalan ini....ini amanah ni..amanah saham 1malaysia..harharhar...

apa2 pun..buat orng perak..kalau dah mufti isukan cam tu...patuh je la..tk yah nk bangkang2...takyah nk keluarkan pendapat sndiri secara terbuka..sbb apa..korang boleh didakwa..ini nasihat aku sbagai orng belajar bab2 undang2 ni..tu je la..

nk persoalkan boleh..tapi secara senyap2..private..tu je la...

skarang aku nk tanya lg..

ummi hafilda yg bersumpah2 tu dia patuh hukum syarak tk??

kita kena mintak penjelasan ustazah mashitah..

dah la muka tegang semacam..mcm pakai botox je..dah tu pakai tudung cam datin..nk replace rosmah ke??

nak heran apa??adik beradik azwan ali patah2 dan azmin ali..

harharhar...

ini isu yg blogger2 pundek tak berani cerita...

ini langgar hukum syarak ke tidak???

suruh rahim tambi chick rogol karang baru tau..

harharhar

ah??mana gambar???mane ada gambar..tipu la..mashitah kan alim..mana ada poco2..

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Polis buru pelawak otai cabul pelajar 13 tahun

Posted: 01 Apr 2011 09:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.
Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.
Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.
Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.
"Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.
"Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya.
Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.
"Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.
"Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.
"Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya.
Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.
"Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya.
Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.
Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.
Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.
Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.
Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. - metro

Gara Facebook : Lelaki kawin lelaki yang menyamar wanita

Posted: 01 Apr 2011 09:20 AM PDT



Hati-hati jika berkenalan dengan seseorang melalu jejaring sosial Facebook. Seorang lelaki dengan nama ringkas "MU", warga Kampung Bojong RT 001/002 No.1 Kelurahan Jatiasih, Kecamatan Jatiasih, Kota Bekasi terpaksa menanggung malu lantaran memperisterikan seorang lelaki yang pura-pura menjadi wanita selama enam bulan. Keduanya berkenalan melalui Facebook.
Kes tersebut terbongkar dalam laporan terhadap suspek di Balai Polis Sektor Jatiasih, hari ini. Dalam keterangan yang diberikan mangsa kepada pihak polis, suspek yang nama ringkasnya "RS" mengaku sebagai wanita dengan menggunakan nama samaran Fransiska Anastasy Oktaviany. Suspek yang berasal dari Kecamatan Pasar Rebo, Jakarta Timur tersebut memakai jilbab serta berperilaku seperti wanita ketika bertemu dengan mangsa pada Ogos 2010.
Lantaran perilaku dan pakaian tersebut, mangsa percaya kepada suspek bahawa dia benar-benar wanita. Untuk lebih meyakinkan mangsa, suspek membawa kedua orangtuanya yang pada pemeriksaan polis ternyata dipalsukan ke rumah mangsa. Suspek bahkan sempat menginap selama satu minggu pada September 2010 di rumah mangsa.
Setelah menginap di rumah suspek, mangsa kemudian mengajak suspek untuk menikah. Keduanya kemudian menikah pada 19 September 2010 dengan dihadiri orang tua mangsa bernama Jayalana dan Minah. Keduanya menikah secara rasmi dan mendapatkan surat nikah asli yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Jatiasih.
Selama enam bulan menjalani pernikahan, suspek berperilaku selayaknya seorang isteri. Bahkan, keduanya pun menjalani hubungan suami isteri. Hanya saja, suspek selalu menutupi tubuh fizikalnya kepada mangsa. suspek selalu menepis kemahuan mangsa untuk melihat fizikal yang bersangkutan dengan berpura-pura sedang datang bulan.
Suspek dikatakan telah memalsukan sejumlah dokumen peribadi seperti Kad Pengenalan Diri, Surat kelahiran, dan Kad Keluarga. Sebagai syarat pernikahan, dokumen peribadi tersebut hanya menggunakan bukti fotokopi tanpa ada dokumen asli. "suspek hanya menyeratakan dokumen fotokopi. Dokumen itu dipalsukan dengan cara menampal yang asli dengan nama suspek kemudian difotokopi, " ujarnya.
Kecurigaan suspek ialah ketika suspek berperilaku kasar dan berjanggut. Sentot menceritakan kepada penduduk sekitar kemudian meminta suspek untuk memeriksakan fizikalnya ke sebuah klinik. "Tapi setelah keluar klinik, suspek juga membawa surat keterangan palsu bahawa dirinya benar berjenis kelamin wanita, " ujarnya.
Lantaran penduduk masih curiga dengan surat tersebut, penduduk kemudian telah pergi ke klinik berkenaan dan menyanyakan surat yang asal. Dari pihak klinik tersebut, surat keterangan itu dinyatakan tidak pernah dikeluarkan oleh doktor dari pihaknya. "Sampai di rumah, penduduk meminta suspek untuk ditelanjangi. Tapi ketika beliau ingin diperiksa, barulah suspek mengaku beliau seorang laki-laki, " ujarnya.
Menurut keterangan suspek, kedua "orang tua"nya ternyata hanyalah merupakan orang upahan. Untuk berpura-pura menjadi orangtuanya, masing-masing dibayar Rp 200,000(RM70.00) "Keduanya telah dapat dijerat turut serta melakukan jenayah, " ujar Sentot.
Setelah mangsa membuat laporan ke Polsek Jatiasih, suspek yang didakwa di bawah pasal 226 dan atau 378 KUHPidana tentang kes memberi keterangan palsu. Suspek yang kemudian ditahan di Polsek Jatiasih untuk pemeriksaan lebih lanjut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tujuh tahun penjara.

-Kelab Greenboc

Surat terbuka YB Hjh Fuziah Salleh kepada MB Pahang

Posted: 01 Apr 2011 09:09 AM PDT

Surat terbuka kpd YAB MB Pahang.
Daripada Hjh Fuziah Salleh. MP Kuantan.
Saya mengalu-alukan kenyataan MB Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan YAB terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa YAB MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya.
Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg di terima oleh YAB MB drp LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan 'rare earth' ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian.
YAB MB seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat dikawasan Kuantan.
Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh YAB MB kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan 'rare earth' di bina dinegara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini.
YAB MB juga harus bertanya kepada jiran kita, MB Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negri Trengganu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yg sama di Teluk Kalung 2007.
YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan thorium – bagaimanakah ianya akan di uruskan dan peraturan apakah yg akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yg akan diguna pakai nanti?
YAB MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif kpd alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada dipersekitaran Gebeng.
YAB MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimana kah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk dtg ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan 'rare earth'?.
Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yg ada di negara Cina (yg kita semua tahu tidak ambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.) Persoalan diatas amat penting.
Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong?
Saya jangka YAB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yg menyenangkan dari kesemua persoalan diatas.
Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab.

Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan

TQ 1MALAYSIA hahaha ...RON97 naik 20 sen lagi malam ni?

Posted: 01 Apr 2011 05:18 AM PDT

Petrol RON 97 naik 20 sen malam ini?

KUALA LUMPUR: Wujud desas desus kemungkinan harga petrol RON 97 naik malam ini, untuk kali ketiga dalam tahun ini, menjadikan harganya RM2.70 seliter.
Hal ini banyak dipapar dalam potral berita dan laman sosial facebook dan dikecam masyarakat.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
Mengikut Malaysian Insider, kenaikan malam ini akan melibatkan pertambahan 20 sen setiap liter.
"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada portal berita itu.
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
Kenaikan itu bertentangan dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sebaik sahaja mengambil alih kerajaan Persekutuan, kelak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10411

Tipu kawasan balak : Adnan Yaakub digesa letak jawatan

Posted: 01 Apr 2011 03:00 AM PDT

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 1 April: Berikutan satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pembantunya yang juga Setiausaha Umno Bentong, Shamsuddin Ibrahim berkaitan penipuan kawasan balak oleh seorang ahli perniagaan, Pakatan Rakyat (PR) negeri Pahang mendesak Adnan melepaskan jawatannya.
Pengerusi PR Pahang yang juga Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata, Adnan perlu melepas jawatan atau bercuti bagi membolehkan pasukan penyiasat melaksanakan tugas mereka secara bebas dan telus berhubung dakwaan penipuan tersebut.
Minggu lalu pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM), Lee Sin telah membuat laporan polis terhadap Adnan Yaakob dan pembantunya yang merupakan Setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim di balai polis SEA Park, Kuala Lumpur kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.
Lee Sin  dalam laporannya menyebut, beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 dengan dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar tanah milik Umno di Nenasi Pekan.
Berita yang dipetik laman Malaysiakini bertarikh 25 Mac, menyebut sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan tetapi kemudiannya lesen pembalakan dikeluarkan tidak mengikut perjanjian.
Tuan Ibrahim berkata, oleh kerana kes tersebut telah dilaporkan kepada polis maka PR Pahang memandang serius di atas tuduhan yang dikenakan ke atas Adnan selaku seorang penjawat awam peringkat tertinggi negeri sehingga boleh memberikan implikasi negatif kepada perjalanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri.
"Justeru kami segera menuntut agar Datuk Seri Adnan mengambil tanggungjawab dengan penuh kejujuran memelihara nilai integriti dan responsbiliti pentadbiran. Kami tidak mahu negeri ini terjebak kedalam situasi yang boleh menghilangkan kepercayaam umum yang akhirnya memberi kesan kepada pembangunan negeri terutama dari aspek ekonomi. Kami bimbang kes sebegini jika tidak ditangani secara adil dan bebas boleh menghilangkan keyakinan pelabor untuk menanam modal di negeri ini.
"Tuntutan kami terhadap Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob supaya berundur dengan melepaskan jawatan atau bercuti adalah relevan kerana tunduhan yang dihadapkan kepada beliau adalah berat kerana ia melibatkan tuduhan melakukan jenayah iaitu penipuan dan salah guna kuasa," katanya.
Tambah Tuan Ibrahim, PR Pahang berharap siasatan dapat dilakukan secara adil dan bebas demi memperlihatkan keadilan masih wujud dalam negara ini.- HD

Artis Shakira derma RM1.2 juta

Posted: 31 Mar 2011 11:54 PM PDT

gambar AFP

PORT-AU-PRINCE: Colombian pop star Shakira has donated $400,000 to rebuild a school that was severely damaged in the January 2010 quake that leveled much of the Haitian capital.
The singer signed an agreement with the Inter-American Development Bank, which will match her contribution to rebuild the Elie Dubois school, one of the island's oldest, built in the early 20th century.
"I am delighted to have the opportunity to help you make your dream come true," Shakira told about a hundred students and nuns from the school, speaking in French.
"I would like to tell the girls of the Elie Dubois school that you should seize the opportunity for education," she added, saying she was heartened by the warm reception she had received. The star then performed a brief dance.
The non-profit group Architecture for Humanity will rebuild two of the school's buildings, with a target completion date in 12 to 14 months from now.
"In the name of the children and the government, I would like to thank the IDB and Shakira for their support to the cause of education," said Education Minister Joel Desrosiers Jean-Pierre.
Following the ceremony, a few students performed a dance on a Shakira soundtrack, as the singer joined them on an improvised stage. - malaymail

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


HAMPIR PASTI, PILIHANRAYA KECIL DI LENGGENG?

Posted: 01 Apr 2011 01:21 AM PDT

ADUN Lenggeng didenda RM20,000, 3 tahun penjara

Apr 1,

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Mahkamah sebelum ini mendapati beliau bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu./Malaysiakini

SIAPA IDOLA KETUA POLIS NEGARA ?

Posted: 31 Mar 2011 10:54 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini media melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video seks yang didakwa memaparkan seorang pemimpin pembangkang adalah tulen.

NONEIni adalah hasil laporan pakar yang telah menyiasat kes itu, katanya kepada pemberita hari ini, lapor Bernama.

Maka jelas, itu ada video lucah yang tulen. Ertinya apa? Ertinya, Rahim Thamby Chik beserta orang-orangnya terbukti menjadi `master mind' penayangan video lucah di khalayak ramai di sebuah hotel samada `berniat baik atau tidak'.

Persoalannya, adakah tayangan video lucah itu halal atau haram samada di sisi undang-undang negara mahupun hukum Islam? Di sisi perundangan negara, mungkin Peguam Negara atau Ketua Polis Negara mampu menjawabnya dengan lidah yang fasih. Manakala, di sisi hukum Islam pula, ada beberapa Ulamak telah memberi hukum yang jelas termasuk bekas Mufti Perlis Dr Asri, bekas Mufti Wilayah Hashim Yahya dan juga Mufti Perak sendiri.

Memadaikah Ketua Polis Negara hanya mengumumkan bahawa video lucah itu asli, tanpa menahan atau mendakwa Rahim Thamby Chik dan sekutunya itu? Soal pelakunnya, kita biarkan siasatan terus berjalan untuk mengenalpasti siapakah yang dikatakan pelakun porno berperut buncit itu. Yang penting, buktinya jelas iaitu video lucah itu asli dan mereka yang menayangkannya telah membuat pengakuan. Tunggu apa lagi? Adakah mahu ditunggu ujian DNA kepada pita rakaman tersebut?

Kepada Ketua Polis Negara, ini satu ujian buat kredibiliti beliau. Rakyat akan menilai samada beliau setaraf atau lebih rendah mahupun lebih tinggi darjatnya dengan bekas KPN terdahulu iaitu Haniff Omar, Rahim Noor dan Musa Hassan. Bila sebut Haniff Omar, kita teringat kisah beliau berkata di dalam mahkamah sewaktu menjadi saksi kes liwat I DS Anwar bahawa beliau tidak pernah jumpa ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Sebut Rahim Noor pula, teringat kisah mata lebam DS Anwar juga sewaktu fitnah liwat I. Musa Hassan, popular dengan kisah usung tilam keluar masuk mahkamah juga berkaitan dengan fitnah liwat I DS Anwar.

Kesemua bekas KPN tersebut ada rekod tersendiri terhadap kredibiliti PDRM dan kita harap KPN yang baru sekarang tidak menjadikan mereka itu sebagai `idola' beliau./wfauzdin.blogspot.com

bumiperak

bumiperak


MT: Kenyataan KPN mengelirukan semua

Posted: 01 Apr 2011 07:18 PM PDT

MToday, 2 April 11 Siasatan terhadap video fitnah harus tertumpu kepada motif tayangan dibuat dan bukannya semata-mata soal ketulenan rakaman berkenaan, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. Beliau yang pernah menonton video itu sebelum mengesahkan individu dalam rakaman bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata trio Datuk T perlu memberi penjelasan beberapa perkara berkaitan tayangan rakaman berkenaan.

"Beberapa perkara perlu dijelaskan apabila laporan sudah dibuat kerana Anwar menafikan beliau terlibat.

"Melihat kepada muka nampak macam Anwar tetapi selepas lihat pada perut, belakang dan punggung lelaki itu, sah dia bukan Anwar," kata Johari dalam satu sidang media.

Beliau berkata, polis perlu menangkap Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim kerana mereka adalah suspek, bukan saksi seperti didakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussien.

"Mengikut undang-undang, mereka bertiga boleh dikenakan tindakan kerana menyimpan, memiliki, dan menayang kepada umum," ujarnya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Tegasnya lagi, trio Datuk T juga boleh didakwa mengugut kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai meletak jawatan dalam parti. Ketua Polis Negara juga telah diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Datuk T sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

"Apakah orang yang  ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali.

Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negara. Syed Husin mengulas kenyataan Tan Sri Ismail Omar (gambar kiri) hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan  Anwar adalah tulen dan bukan palsu.

Sementara itu, bagi N Surendran di dalam reaksinya mengenai  kenyataan Ismail bahawa video itu adalah tulen tidak sama sekali membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu adalah pelaku dalam video itu.

Surendran turut mempersoalkan mengapa KPN terburu-buru membuat pengumuman itu walau pun siasatan belum lagi lengkap. Malah, ia merupakan satu lagi usaha mengalih tumpuan (red herring)  dan bersifat politik untuk memburukkan reputasi Anwar, kata Surendran.

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Sajak Terakhir Seorang Syuhadah

Posted: 01 Apr 2011 02:52 PM PDT

Merenung Sejenak


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan……………….
 Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
 
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.

Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun!!!!! disana fajar sedang memancar…………………..

Ada yaang kata sajak yang bertajuk "pesanan terakhir ni adalah nurkilan assyahid syed qutub,ada juga yang kata Nurkilan Asyahid ustaz Ibrahim Libya.Sajak ni saya petik dari "albanjari online"sayangnya blog wak tak dapat dibuka sampai ke hari ini sebab kena godam.

-Saya pernah buat artikel,pendedahan sebenar peristiwa memali dari penceritaan mangsa sendiri,anda boleh baca kat sini- >> Kisah sebenar peristiwa memali 

p/s : Pemberitahuan,saya adalah pemilik sebenar artikel tersebut,(tak percaya tgk tarikh masa artikel tu ditulis)
saya tahu ada blog yang telah menciplak N3 saya tu tanpa memberikan sebarang credit pada blog saya,maklumlah masa saya tulis artikel tu blog saya ni masih baru,biasalah orang baru selalu kena buli.saya tak kisah sesiapa nak copy artikel saya ,tapi bagilah link pada tuan punya blog yang asal.



Cari N3 lama-lama disini

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Petrol RON97 naik 20 sen

Posted: 01 Apr 2011 06:45 AM PDT

Maaf ye kawan kawan. Ini bukan lah gurauan April Fools.
Harga minyak Petrol naik lagi. Walaupun yang naik ialah RON97, nampak sangat kerajaan dengki untuk rakyat mendapatkan produk yang berkualiti.

Pakat lah ramai ramai pakai RON95 sebab kerajaan tahu rakyat tak kisah. Minyak gas (minyak tanah) pun kalau kerajaan kata bagus untuk isi kat kereta dan harga nya pulak RM1.00 seliter, pakat ramai pengguna akan tukar minyak gas. Itu lah kebanyakan standard pengguna di Malaysia. Asal boleh......

Sept 2009 - RM 2.00
July 2010 - RM 2.10
Nov 2010 - RM 2.15
Dec 2010 - RM 2.30
Jan 2011 - RM 2.40
Feb 2011 - RM 2.50
April 2011 - RM 2.70

Sama ada BN terlalu yakin akan memperolehi kemenangan dalam Pilihanraya Negeri Sarawak atau BN cuba beri signal bahawa Pilihanraya Umum tidak akan diadakan pada waktu terdekat ini.

* Inilah kegilaan kerajaan kita. Memperkenalkan RON95 minyak mesin rumput yang layak untuk negara bukan pengeluar minyak, tetapi telah dikhaskan untuk rata-rata rakyat pendapatan sederhana dan rendah di sebuah negara pengeluar minyak paling berkualiti! - edyesdotcom.blogspot.com

Berita nya seperti dibawah:

RON97 petrol up 20 sen from tomorrow

April 01, 2011
The jump is due to unrest in oil-rich North Africa. — Reuters file pic
KUALA LUMPUR, April 1 — The pump price for RON97 petrol will go up 20 sen a litre to RM2.70/litre effective midnight, a source said today.

It is the highest jump this year as world oil prices have spiked due to unrest in oil-rich North Africa.

"We received the confirmation notice this evening about the 20 sen rise," a source told The Malaysian Insider.

The price of the higher-grade RON97 rose 10 sen effective January 31 after a similar hike in early January 2011. It had earlier spiked to RM2.30 last December 1.

It is understood prices of other fuel grades will remain unchanged as only RON97 prices are determined by a market float.

The government had said it would review all options to ensure that it can maintain the price of the RON95 grade, used by most motorists, despite rising global prices.-http://www.themalaysianinsider.com


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com