Jumaat, 1 April 2011

bumiperak

bumiperak


MT: Kenyataan KPN mengelirukan semua

Posted: 01 Apr 2011 07:18 PM PDT

MToday, 2 April 11 Siasatan terhadap video fitnah harus tertumpu kepada motif tayangan dibuat dan bukannya semata-mata soal ketulenan rakaman berkenaan, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. Beliau yang pernah menonton video itu sebelum mengesahkan individu dalam rakaman bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata trio Datuk T perlu memberi penjelasan beberapa perkara berkaitan tayangan rakaman berkenaan.

"Beberapa perkara perlu dijelaskan apabila laporan sudah dibuat kerana Anwar menafikan beliau terlibat.

"Melihat kepada muka nampak macam Anwar tetapi selepas lihat pada perut, belakang dan punggung lelaki itu, sah dia bukan Anwar," kata Johari dalam satu sidang media.

Beliau berkata, polis perlu menangkap Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim kerana mereka adalah suspek, bukan saksi seperti didakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussien.

"Mengikut undang-undang, mereka bertiga boleh dikenakan tindakan kerana menyimpan, memiliki, dan menayang kepada umum," ujarnya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Tegasnya lagi, trio Datuk T juga boleh didakwa mengugut kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai meletak jawatan dalam parti. Ketua Polis Negara juga telah diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Datuk T sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

"Apakah orang yang  ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali.

Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negara. Syed Husin mengulas kenyataan Tan Sri Ismail Omar (gambar kiri) hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan  Anwar adalah tulen dan bukan palsu.

Sementara itu, bagi N Surendran di dalam reaksinya mengenai  kenyataan Ismail bahawa video itu adalah tulen tidak sama sekali membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu adalah pelaku dalam video itu.

Surendran turut mempersoalkan mengapa KPN terburu-buru membuat pengumuman itu walau pun siasatan belum lagi lengkap. Malah, ia merupakan satu lagi usaha mengalih tumpuan (red herring)  dan bersifat politik untuk memburukkan reputasi Anwar, kata Surendran.

Tiada ulasan: