MIMPI SENJA |
- Polis buru pelawak otai cabul pelajar 13 tahun
- Gara Facebook : Lelaki kawin lelaki yang menyamar wanita
- Surat terbuka YB Hjh Fuziah Salleh kepada MB Pahang
- TQ 1MALAYSIA hahaha ...RON97 naik 20 sen lagi malam ni?
- Tipu kawasan balak : Adnan Yaakub digesa letak jawatan
- Artis Shakira derma RM1.2 juta
Polis buru pelawak otai cabul pelajar 13 tahun Posted: 01 Apr 2011 09:11 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu. Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya. Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu. Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam. Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu. Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya. "Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang. "Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya. Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek. "Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa. "Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya. "Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya. Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang. "Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya. Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut. Biarpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan. Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu. Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis. Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut. - metro |
Gara Facebook : Lelaki kawin lelaki yang menyamar wanita Posted: 01 Apr 2011 09:20 AM PDT Hati-hati jika berkenalan dengan seseorang melalu jejaring sosial Facebook. Seorang lelaki dengan nama ringkas "MU", warga Kampung Bojong RT 001/002 No.1 Kelurahan Jatiasih, Kecamatan Jatiasih, Kota Bekasi terpaksa menanggung malu lantaran memperisterikan seorang lelaki yang pura-pura menjadi wanita selama enam bulan. Keduanya berkenalan melalui Facebook. Kes tersebut terbongkar dalam laporan terhadap suspek di Balai Polis Sektor Jatiasih, hari ini. Dalam keterangan yang diberikan mangsa kepada pihak polis, suspek yang nama ringkasnya "RS" mengaku sebagai wanita dengan menggunakan nama samaran Fransiska Anastasy Oktaviany. Suspek yang berasal dari Kecamatan Pasar Rebo, Jakarta Timur tersebut memakai jilbab serta berperilaku seperti wanita ketika bertemu dengan mangsa pada Ogos 2010. Lantaran perilaku dan pakaian tersebut, mangsa percaya kepada suspek bahawa dia benar-benar wanita. Untuk lebih meyakinkan mangsa, suspek membawa kedua orangtuanya yang pada pemeriksaan polis ternyata dipalsukan ke rumah mangsa. Suspek bahkan sempat menginap selama satu minggu pada September 2010 di rumah mangsa. Setelah menginap di rumah suspek, mangsa kemudian mengajak suspek untuk menikah. Keduanya kemudian menikah pada 19 September 2010 dengan dihadiri orang tua mangsa bernama Jayalana dan Minah. Keduanya menikah secara rasmi dan mendapatkan surat nikah asli yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Jatiasih. Selama enam bulan menjalani pernikahan, suspek berperilaku selayaknya seorang isteri. Bahkan, keduanya pun menjalani hubungan suami isteri. Hanya saja, suspek selalu menutupi tubuh fizikalnya kepada mangsa. suspek selalu menepis kemahuan mangsa untuk melihat fizikal yang bersangkutan dengan berpura-pura sedang datang bulan. Suspek dikatakan telah memalsukan sejumlah dokumen peribadi seperti Kad Pengenalan Diri, Surat kelahiran, dan Kad Keluarga. Sebagai syarat pernikahan, dokumen peribadi tersebut hanya menggunakan bukti fotokopi tanpa ada dokumen asli. "suspek hanya menyeratakan dokumen fotokopi. Dokumen itu dipalsukan dengan cara menampal yang asli dengan nama suspek kemudian difotokopi, " ujarnya. Kecurigaan suspek ialah ketika suspek berperilaku kasar dan berjanggut. Sentot menceritakan kepada penduduk sekitar kemudian meminta suspek untuk memeriksakan fizikalnya ke sebuah klinik. "Tapi setelah keluar klinik, suspek juga membawa surat keterangan palsu bahawa dirinya benar berjenis kelamin wanita, " ujarnya. Lantaran penduduk masih curiga dengan surat tersebut, penduduk kemudian telah pergi ke klinik berkenaan dan menyanyakan surat yang asal. Dari pihak klinik tersebut, surat keterangan itu dinyatakan tidak pernah dikeluarkan oleh doktor dari pihaknya. "Sampai di rumah, penduduk meminta suspek untuk ditelanjangi. Tapi ketika beliau ingin diperiksa, barulah suspek mengaku beliau seorang laki-laki, " ujarnya. Menurut keterangan suspek, kedua "orang tua"nya ternyata hanyalah merupakan orang upahan. Untuk berpura-pura menjadi orangtuanya, masing-masing dibayar Rp 200,000(RM70.00) "Keduanya telah dapat dijerat turut serta melakukan jenayah, " ujar Sentot. Setelah mangsa membuat laporan ke Polsek Jatiasih, suspek yang didakwa di bawah pasal 226 dan atau 378 KUHPidana tentang kes memberi keterangan palsu. Suspek yang kemudian ditahan di Polsek Jatiasih untuk pemeriksaan lebih lanjut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tujuh tahun penjara. -Kelab Greenboc |
Surat terbuka YB Hjh Fuziah Salleh kepada MB Pahang Posted: 01 Apr 2011 09:09 AM PDT Surat terbuka kpd YAB MB Pahang. Daripada Hjh Fuziah Salleh. MP Kuantan. Saya mengalu-alukan kenyataan MB Pahang berkenaan pembinaan logi pemprosesan Lynas di Gebeng serta pengiktirafan YAB terhadap status keselamatan logi tersebut. Ianya menunjukkan bahawa YAB MB prihatin terhadap keselamatan rakyat Pahang amnya dan rakyat Kuantan khususnya. Namun saya berpendapat bahawa penerangan yg di terima oleh YAB MB drp LPTA merupakan taklimat yg tidak cukup menyeluruh kerana industri pemprosesan 'rare earth' ini merupakan industri yg melibatkan pelbagai bidang kepakaran dan juga melibatkan pembuatan dasar dari pelbagai kementerian. YAB MB seharusnya telah berusaha mendapatkan satu kajian dan pandangan dari satu badan bebas berkenaan impak pembinaan logi Lynas serta juga impak operasi pemprosesan nanti kepada keselamatan awam, kesihatan, kehidupan kekeluargaan dan sosial, ekonomi dan mata pencarian rakyat setempat, alam sekitar serta kesan terhadap kualiti kehidupan bagi rakyat dikawasan Kuantan. Antara persoalan yg harus telah ditanya oleh YAB MB kepada pihak pakar ialah kenapa tiada negara di dunia melainkan negera Cina telah bersetuju untuk membenarkan logi pemprosesan 'rare earth' di bina dinegara mereka sejak 3 dekad (30tahun) kebelakangan ini. YAB MB juga harus bertanya kepada jiran kita, MB Trengganu berkenaan pendirian Kerajaan Negri Trengganu berkaitan permohonan Lynas Corporation untuk membina logi yg sama di Teluk Kalung 2007. YAB MB juga harus bertanya berkenaan sisa pepejal (leach purification solids) hasil dari pemprosesan yang akan mengandungi bahan thorium – bagaimanakah ianya akan di uruskan dan peraturan apakah yg akan di gunapakai oleh Lynas. Adakah Solid Radiactive Waste Management yg akan diamalkan oleh Lynas apabila bermula operasi akan menepati piawaian negara Cina atau piawaian British atau piawaian Australia? Piawaian mana yg akan diguna pakai nanti? YAB MB juga harus bertanya kepada pakar, apa kesan sisa yg mengandungi radioaktif kpd alam sekitar dan seterusnya terhadap industri perikanan di kawasan Kuantan, memandangkan Sungai Balok berada dipersekitaran Gebeng. YAB MB juga harus meminta kajiselidik dijalankan tentang bagaimana kah nanti persepsi pelancung terhadap keselamatan mereka sekiranya mereka memilih Kuantan sebagai destinasi percutian. Samada mereka akan masih tertarik dan berminat untuk dtg ke Cherating bercuti di sebelah logi pemprosesan 'rare earth'?. Memandangkan logi pemprosesan ini nanti akan menjadi logi terbesar di dunia selain yg ada di negara Cina (yg kita semua tahu tidak ambil berat tentang piawaian pemeliharaan alam sekitar.) Persoalan diatas amat penting. Bagaimana pula impak terhadap industri keropok lekor dan ikan bakar serta industri ikan masin di Kuantan? Adakah akan lebih semarak atau nanti akan juga mengalami impak negatif daripada kekurangan kunjungan pelancong? Saya jangka YAB hanya boleh berpuas hati setelah mendapat jawapan yg menyenangkan dari kesemua persoalan diatas. Amanah kepimpinan ialah amanah besar dan rakyat mengharapkan pemimpin untuk bertindak telus serta bertanggungjawab. Fuziah Salleh Ahli Parlimen Kuantan |
TQ 1MALAYSIA hahaha ...RON97 naik 20 sen lagi malam ni? Posted: 01 Apr 2011 05:18 AM PDT Petrol RON 97 naik 20 sen malam ini? KUALA LUMPUR: Wujud desas desus kemungkinan harga petrol RON 97 naik malam ini, untuk kali ketiga dalam tahun ini, menjadikan harganya RM2.70 seliter. Hal ini banyak dipapar dalam potral berita dan laman sosial facebook dan dikecam masyarakat. Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu. Mengikut Malaysian Insider, kenaikan malam ini akan melibatkan pertambahan 20 sen setiap liter. "Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada portal berita itu. Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu. Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu. Kenaikan itu bertentangan dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga petrol sebaik sahaja mengambil alih kerajaan Persekutuan, kelak. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10411 |
Tipu kawasan balak : Adnan Yaakub digesa letak jawatan Posted: 01 Apr 2011 03:00 AM PDT Khairil Abdul Rahim TEMERLOH, 1 April: Berikutan satu laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan pembantunya yang juga Setiausaha Umno Bentong, Shamsuddin Ibrahim berkaitan penipuan kawasan balak oleh seorang ahli perniagaan, Pakatan Rakyat (PR) negeri Pahang mendesak Adnan melepaskan jawatannya. Pengerusi PR Pahang yang juga Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya hari ini berkata, Adnan perlu melepas jawatan atau bercuti bagi membolehkan pasukan penyiasat melaksanakan tugas mereka secara bebas dan telus berhubung dakwaan penipuan tersebut. Minggu lalu pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM), Lee Sin telah membuat laporan polis terhadap Adnan Yaakob dan pembantunya yang merupakan Setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim di balai polis SEA Park, Kuala Lumpur kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000. Lee Sin dalam laporannya menyebut, beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 dengan dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar tanah milik Umno di Nenasi Pekan. Berita yang dipetik laman Malaysiakini bertarikh 25 Mac, menyebut sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan tetapi kemudiannya lesen pembalakan dikeluarkan tidak mengikut perjanjian. Tuan Ibrahim berkata, oleh kerana kes tersebut telah dilaporkan kepada polis maka PR Pahang memandang serius di atas tuduhan yang dikenakan ke atas Adnan selaku seorang penjawat awam peringkat tertinggi negeri sehingga boleh memberikan implikasi negatif kepada perjalanan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri. "Justeru kami segera menuntut agar Datuk Seri Adnan mengambil tanggungjawab dengan penuh kejujuran memelihara nilai integriti dan responsbiliti pentadbiran. Kami tidak mahu negeri ini terjebak kedalam situasi yang boleh menghilangkan kepercayaam umum yang akhirnya memberi kesan kepada pembangunan negeri terutama dari aspek ekonomi. Kami bimbang kes sebegini jika tidak ditangani secara adil dan bebas boleh menghilangkan keyakinan pelabor untuk menanam modal di negeri ini. "Tuntutan kami terhadap Menteri Besar, Dato' Seri Adnan Yaakob supaya berundur dengan melepaskan jawatan atau bercuti adalah relevan kerana tunduhan yang dihadapkan kepada beliau adalah berat kerana ia melibatkan tuduhan melakukan jenayah iaitu penipuan dan salah guna kuasa," katanya. Tambah Tuan Ibrahim, PR Pahang berharap siasatan dapat dilakukan secara adil dan bebas demi memperlihatkan keadilan masih wujud dalam negara ini.- HD |
Artis Shakira derma RM1.2 juta Posted: 31 Mar 2011 11:54 PM PDT gambar AFP PORT-AU-PRINCE: Colombian pop star Shakira has donated $400,000 to rebuild a school that was severely damaged in the January 2010 quake that leveled much of the Haitian capital. The singer signed an agreement with the Inter-American Development Bank, which will match her contribution to rebuild the Elie Dubois school, one of the island's oldest, built in the early 20th century. "I am delighted to have the opportunity to help you make your dream come true," Shakira told about a hundred students and nuns from the school, speaking in French. "I would like to tell the girls of the Elie Dubois school that you should seize the opportunity for education," she added, saying she was heartened by the warm reception she had received. The star then performed a brief dance. The non-profit group Architecture for Humanity will rebuild two of the school's buildings, with a target completion date in 12 to 14 months from now. "In the name of the children and the government, I would like to thank the IDB and Shakira for their support to the cause of education," said Education Minister Joel Desrosiers Jean-Pierre. Following the ceremony, a few students performed a dance on a Shakira soundtrack, as the singer joined them on an improvised stage. - malaymail |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan