Jumaat, 1 April 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Sajak Terakhir Seorang Syuhadah

Posted: 01 Apr 2011 02:52 PM PDT

Merenung Sejenak


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan……………….
 Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
 
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.

Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun!!!!! disana fajar sedang memancar…………………..

Ada yaang kata sajak yang bertajuk "pesanan terakhir ni adalah nurkilan assyahid syed qutub,ada juga yang kata Nurkilan Asyahid ustaz Ibrahim Libya.Sajak ni saya petik dari "albanjari online"sayangnya blog wak tak dapat dibuka sampai ke hari ini sebab kena godam.

-Saya pernah buat artikel,pendedahan sebenar peristiwa memali dari penceritaan mangsa sendiri,anda boleh baca kat sini- >> Kisah sebenar peristiwa memali 

p/s : Pemberitahuan,saya adalah pemilik sebenar artikel tersebut,(tak percaya tgk tarikh masa artikel tu ditulis)
saya tahu ada blog yang telah menciplak N3 saya tu tanpa memberikan sebarang credit pada blog saya,maklumlah masa saya tulis artikel tu blog saya ni masih baru,biasalah orang baru selalu kena buli.saya tak kisah sesiapa nak copy artikel saya ,tapi bagilah link pada tuan punya blog yang asal.



Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: