Khamis, 17 Mac 2011

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Majoriti Pegawai Polis di Malaysia benci dengan Anwar Ibrahim!!!!!!!(Terimalah hakikatnya,tu lah nak ceramah tak dapat permit,dah tu kureng undi pos)

Posted: 17 Mar 2011 06:57 PM PDT

yo smua..

hari ni berita harian tk de cite best..

aku nk becakap pasal pengalaman aku je la..

geng2 pulis ni mana suka anwar ibrahim..

harharhar...

balik2 kondem cite liwat..

dah tu diorang cite..lekcerer2 um pro anwar..

tak kasi chan dngn diorang nk buat baik...

konon nk mengendeng la boleh la lulus periksa..

pulis2 ni pun sume bukan lepasan apa pun kan??

tu la dihantau further diorang punya study...

diorang kondem la itu dan ini..anwar ni celaka..

lekcerer um pro anwar....tak suka ngn pulis..

harharhar..

dalam tk suka tu pun dapat gak grade A periksa ..cite kat aku..

buto piang betul..

ni dua ekoq pulis ni..

diorang tau aku ni sokong pkr...

harharhar..

mula la..kalau jumpa aku nk mengondem..

padahal..

bukan perangai diorang elok sngt..

nk tau..

diorang ajak lekcerer ikut satu program..

mcm tk tau program ape..

belanja makan la tu..

lekcerer reject..

bagus betul..lekcerer law..msti tau undang2..pakar dan paham undang2..dan tau niat pak2 polisi ni..

harharhar..padan muka pakcik2 pulis..

skang ni aku kena amik tindakan bermuka2 dengn due ekoq orng tua ni..

harharhar...

tk pe..bermuka2 ngn orang yg kureng ni halal...

(fatwa aku ni tk perlu korang percaya..sbb aku bukan seorang mufti..harharhar)

oleh itu...kalau undi pos tak menang...tak yah la nk kata umno ni itu dan ini..sememangpun possibility tu ada..

polis mmg bonci anwar....

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KISAH NI BETUL-BETUL BUAT AKU NAK PECAH PERUT....

Posted: 17 Mar 2011 08:00 PM PDT

Kisah lawak wartawan dengan para demo desak DSAI serah DNA.

Oleh: ubikayu

" Situasi : Tempat Demontrasi Serah DNA.

Selepas penat berdemotrasi dan unjuk rasa oleh kaum wanita agar DSAI menyerah sample darah untuk membuat padanan DNA, maka mereka pun berehat-rehat. Peluh berjujuran dan mereka kelihatan agak semput. Lalu datang seorang wartawan mendekati mereka untuk menemu bual;

WARTAWAN : Boleh mak cik beritahu apa itu DNA ?

MAK CIK A : Tuala good morning. (penuh yakin)

MAK CIK B : Berus gigi. (Bersemangat)

MAK CIK C : Botol air mineral . (Sambil mengangkat lengan)

WARTAWAN : Pak cik pulak ( Kebetulan ada seorang lelaki agak berumur di sisi mereka)

PAK CIK : Mak cik kau ni yang ajak. Katanya dapat duit RM20 ringgit, lepas tu dapat makan nasi bungkus free.

WARTAWAN : Habis tu pak cik tak tau lah, apa itu DNA?

PAK CIK : Mak cik kau yang ajak...dia tak beritahu pun kedai DNA tu...Kat mana kedai tu..

Wartawan pening kepala, rasa kesian bercampur lucu mengenang peserta demontrasi itu.

Sumber: Tranungkite

DEMO SOKONG ANWAR BERTEMBUNG DEMO PENGIDAM `DNA' ISNIN INI

Posted: 17 Mar 2011 11:50 AM PDT

Fitnah II: Gapet anjur demo sokong Anwar, lawan Gaps
KUALA LUMPUR: Gerakan Anti Pendakwaan Terpilih (Gapet) akan mengadakan perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada Anwar dalam menghadapi kes Fitnah II.

Perhimpunan aman tersebut dijangka berlangsung di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada hari Isnin 21 Mac, 2011.

Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan menolak bukti yang diperoleh secara muslihat dan tipu helah dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa, sewaktu bercakap kepada KeadilanDaily.com berkata, perhimpunan itu diadakan sebagai isyarat jelas dari rakyat bahawa Anwar mendapat sokongan padu segenap rakyat dalam menghadapi fitnah tersebut.

"Kita dengan tegas mahu mereka tahu bahawa Anwar bukan sahaja tidak perlu memberikan sampel DNA-nya kepada mahkamah tetapi kes itu juga perlu digugurkan dengan segera," kata Fariz.

Menurutnya lagi, berdasarkan risikan yang diterima Gapet, NGO perkauman Melayu iaitu Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pekida dijangka turun berdemo untuk menimbulkan huru-hara pada masa dan tempat yang sama.
Oleh itu, Fariz berharap ahli KEADILAN dapat hadir seramai yang mungkin bagi menyatakan sokongan mereka kepada Anwar pada hari Isnin depan/KeadilanDaily

DNA ZUL KULIM DI DUBUR BABI ?

Posted: 17 Mar 2011 02:33 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

SINAR hari ini menyiarkan kenyatan YB Zul Kulim yang mencabar DS Anwar untuk menyerahkan DNA nya sepertimana desakan beberapa kumpulan yang jahil berhimpun baru-baru ini. Jelas motif YB Zul Kulim hanyalah untuk mengampu Najib dan sekutu Apco walaupun beliau sedar apa sebenarnya yang berlaku.

YB Zul yang sinonim digelar `firaun besar' ini dahulunya adalah salah seorang dari Tim Peguambela DS Anwar di dalam kes fitnah liwat I walaupun banyak dilihat hanya membawa beg dan fail sahaja. Begitu juga di dalam setiap ceramahnya, Zul Kulim ini menjajaja ke hulu ke hilir menyebut kezaliman Kerajan Umno/Bn kerana menfitnah DS Anwar sehinggakan beliau berucap seperti mahu menangis kerana terlalu sedih mengenangkan nasib DS Anwar dan keluarganya. Di dalam kes fitnah liwat terbaru ini, beliau juga awalnya terbabit di dalam peguam DS Anwar di dalam kes qazaf yang mahu difailkan di dalam mahkamah Syariah yang akhirnya ditolak atas bantahan yang dikemukakan oleh Jamil Khir, seorang menteri yang kununnya tokoh Islam di dalam Umno. Soalnya, mengapa sekarang YB Zul begitu lapar kepada DNA DS Anwar?

Semuanya berubah setelah tidak lagi berjuang dengan kebenaran. Beliau dipecat dari PKR, dan semenjak itu mulutnya terkunci dari menceritakan kebenaran. Jika dahulu beliau dilihat seperti menyanjung tinggi perundangan Islam, kini beliau `beriman' dengan DNA. Al-Quran tidak lagi dijadikan hujah untuk mengadili kes-kes seperti ini sebaliknya DNA dijadikan dalil atau nas terkuat. Saya tidak dapat bayangkan jika ada pihak yang meletakkan DNA Zul Kulim pada dubur babi, dan Zul Kulim dikatakan ada melakukan perbuatan liwat dengan babi tersebut. Apakah Zul Kulim redha dengan tuduhan sedemikian? Jika ada yang percaya bahawa DNA adalah bukti kukuh melebihi dari keadilan Islam itu, sudah tentu mereka akan percaya bahawa Zul Kulim telah meliwat seekor babi.

Di mana ilmu yang Allah kurniakan kepada Zul Kulim selama ini? Ilmunya terus hancur lebur dan tiada keberkatannya lagi setelah bersekongkol dengan puak yang zalim serta sekutu Apco. Mengapa YB Zul tidak menyoal Saiful siapakah pemilik DNA yang lain yang dikatakan berterabur pada punggung pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya selama beberapa hari itu? Mengapa sasarannya DS Anwar sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa rendahnya moral Zul Kulim yang mudah dibeli.

Saya sarankan kepada Zul Kulim, jika kamu lapar sangat kepada DNA DS Anwar, sila kutip DNA tersebut pada tilam yang pernah diusung oleh Musa Hassan sewaktu kes fitnah Liwat I dahulu. Kamu boleh simpan dan buat perhiasan atau tangkal di rumah kamu. /wfauzdin.blogspot.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Polis Marang Curi Kereta

Posted: 17 Mar 2011 08:00 PM PDT

Isu semasa

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Polis menahan 13 orang termasuk seorang Lans Koperal polis kerana dipercayai terlibat dalam sindiket mencuri kereta untuk diambil bahagian tertentu dan dijual sebagai alat ganti.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa berkata, hasil serbuan di beberapa buah bengkel kereta dan rumah orang perseorangan pada 8 Mac lepas, seramai 11 orang berjaya ditahan.
"Pada awalnya kita tahan 11 orang dan semalam kita menahan dua orang lagi termasuk seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Marang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas 10 buah kereta, selain menemui komponen kereta seperti pintu, enjin, nombor casis, badan kereta serta peralatan yang digunakan untuk memotong kereta.
Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 30 hingga 40 tahun dan kebanyakan mereka bekerja sebagai mekanik di bengkel yang tidak mempunyai lesen perniagaan.

Manakala anggota polis berumur 43 tahun itu yang ditahan di Marang malam tadi sudah berkhidmat dengan polis sejak 21 tahun lalu dan suspek telah diserahkan kepada polis Subang Jaya berhubung kes kecurian kereta di sana.

Jamsah berkata, dua daripada mereka ditahan reman sehingga esok dan dua lagi sehingga 19 Mac bagi membantu siasatan, manakala yang lain dibebaskan.
Beliau berkata, polis turut memburu tiga lagi rakan mereka bagi membantu siasatan.
Katanya, ekoran daripada kejayaan itu, polis telah dapat menyelesaikan enam kes curi kereta di Kuala Terengganu dan satu di Subang Jaya.

Beliau berkata kereta yang menjadi sasaran sindiket itu ialah kereta nasional seperti Proton Iswara, Waja, Iswara Aeroback, Satria, Saga, Wira dan Perodua Kelisa
-mStarOnline-


Cari N3 lama-lama disini

Radiasi Capai tahap Bahaya

Posted: 17 Mar 2011 04:03 PM PDT

Isu semasa


FUKUSHIMA: Keadaan di negeri yang paling teruk dilanda gempa bumi dan dibadai tsunami, di sini, Jumaat lalu tenang dan langsung tiada kelihatan warga tempatan berada di luar rumah.
Ini berkemungkinan akibat cuaca sejuk iaitu satu darjah Celsius di bawah tahap beku atau mereka memang tidak berada di rumah masing-masing sejak bencana itu.

Rombongan wartawan Media Prima yang baru tiba dari Tokyo untuk membuat liputan bencana berkenaan dikejutkan dengan berita buruk yang menyatakan berlaku kebocoran serius loji nuklear di Dai-ichi iaitu kira-kira 100 kilometer dari tempat semua wartawan menginap iaitu di Inawashiro, sebuah hotel di kawasan peranginan musim sejuk.

Laporan itu mengatakan tahap radiasi 400 peratus daripada kadar biasa dan semua penduduk diingatkan agar tidak keluar dari rumah.

Radiasi itu juga dikatakan sedang bergerak ke bandar raya Tokyo.

Bagaimanapun, laporan televisyen tempatan tidak memaklumkan mengenai kebocoran serius itu. Pegawai Kedutaan Besar Malaysia yang dihubungi juga tidak mendapat maklumat mengenai laporan terbaru itu setakat ini.

Perjalanan mengambil masa kira-kira lapan jam melalui Lebuhraya Tohoku sejauh kira-kira 330 kilometer itu agak lengang kerana lebuh raya itu hanya boleh dilalui kenderaan yang sudah mendapat kebenaran bertulis dari Polis Metropolitan Tokyo.

Jika tidak, perlu mengambil jalan lama yang mungkin mengambil masa lebih 20 jam berikutan kesesakan lalu lintas.

Lebuh raya juga ditutup untuk kenderaan awam dan hanya boleh dilalui kenderaan pasukan mencari dan menyelamat, lori menghantar bantuan makanan dan pekerja kontraktor yang dihantar ke kawasan bencana.

Malah, dimaklumkan sejak bencana berlaku, bekalan makanan juga semakin berkurangan dan rak menjual makanan di pasar raya dan kedai serbaneka di kawasan ini dibiarkan kosong manakala tiada restoran dibuka.

Dimaklumkan, bekalan akan pulih dalam tempoh beberapa hari lagi.

Tinjauan di kawasan ini juga mendapati kerja-kerja membaiki kerosakan akibat gempa sedang dijalankan terutama membabitkan kemudahan awal seperti jalan raya.

Berikutan keadaan pembebasan bahan radioaktif semakin buruk, mungkin esok (hari ini), kami perlu segera meninggalkan bandar ini untuk ke Tokyo sebelum pulang ke tanah air secepat mungkin.

Segala usaha kini sedang dibuat untuk membolehkan semua kami keluar segera.

Mymetro




Cari N3 lama-lama disini

Sihir,Antara Dendam,Cita-Cita Dan Nafsu

Posted: 17 Mar 2011 05:43 AM PDT



Assalamualaikum dan salam blogger,Bila disebut sihir,kita semua tahu apa yang menyebabkan orang sanggup menggunakan sihir,kerana nak mendapatkan apa yang diidam secara cepat dan mudah,ada yang menggunakan kerana dendam dan tak kurang juga yang menggunakan sihir untuk melampiaskan hasrat nafsu.

Walau apapun tujuannya,semua sihir adalah haram dan berdosa besar,boleh membawa kepada syirik.Mungkin masih ada yang menganggap bahawa menggunakan ilmu guna-guna kepada seorang wanita adalah tidak berdosa jika tujuannya untuk di buat isteri(tujuan murni kononnya)tapi sebenarnya semua sihir adalah berdosa dan matlamat tidak menghalalkan cara.

Saya bukanlah orang yang layak bercakap soal ini ,marilah kita sama-sama baca tulisan dari ustaz saifunizam berkenaan perkara ini

Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni, sihir adalah ikatan, jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya.

Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh bersama isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua-dua belah pihak saling mencintai.


Amalan sihir ini sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam jin dan syaitan. Tukang sihir, pawang, dukun atau bomoh menjalankan ilmu hitamnya menerusi pertolongan jin dan syaitan.

Ahli sihir perlu melakukan amalan syirik, khurafat dan tahyul terlebih dulu bagi bersahabat dengan jin dan syaitan yang mereka gunakan untuk melakukan kerja jahat mereka. Apabila tukang sihir meningkatkan amalan kufur maka jin dan syaitan itu akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya.

Sehubungan dengan itu tukang sihir dan syaitan adalah teman setia yang saling bekerjasama dalam melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi syarak dan ini dicela Allah SWT seperti firman-Nya: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (al-Jinn: 6)

Bagi sesetengah pihak, sekiranya sesuatu perkara itu tidak boleh dibuktikan mengikut kaedah saintifik maka dia akan menolaknya secara mentah seolah-olah ilmu sains itu menjadi satu cabang ilmu yang sempurna tanpa cacat-cela. Ilmu sains bukanlah sesuatu cabang ilmu yang sempurna. Sesuatu perkara itu hanya kita boleh diyakini sebagai seratus peratus benar sekiranya ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah.

Sihir dan alam jin ini sebenarnya termasuk dalam perkara ghaib dan bagi umat Islam perkara itu perlu dirujuk kepada nas al-Quran dan hadis. Sekiranya sihir itu tidak wujud mana mungkin Allah SWT menyuruh kita berlindung diri daripada perbuatan tukang sihir seperti firman-Nya: "Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan- (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al-Falaq: 1-5).

Di dalam al-Quran juga ada kisah Nabi Musa AS bertarung dengan tukang sihir Firaun. Bahkan dalam riwayat hidup Rasulullah, Baginda juga pernah terkena sihir Labid bin al-A'sham, seorang tukang sihir Yahudi seperti diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Bagi mereka yang terbabit dengan perbuatan sihir dan suka bertemu dengan ahli sihir seperti pawang, dukun dan bomoh, ketahuilah bawah amalan sihir ini termasuk dalam kategori dosa besar. Nabi SAW bersabda: "Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan" . Baginda ditanya: "Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina. "(Hadis al-Bukhari)

Sehubungan itu adalah diharamkan untuk bertemu bahkan mempercayai ahli sihir dan tukang ramal kerana ia perbuatan kufur. Sabda Baginda, "Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barang siapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia sudah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW" (Hadis riwayat al-Bazzaar)


Baca lagi disini

Cari N3 lama-lama disini

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Rasuah Kem. Pelancongan - bukan sikit wei, depa minta 50%

Posted: 17 Mar 2011 09:36 PM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan sebuah agensi pengiklanan yang mengendalikan kempen "Malaysia Truly Asia" bahawa syarikat itu telah diminta memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak dengan kementerian pelancongan.

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Haniza Talha berkata, bukan menjadi rahsia bagi mana-mana agensi atau kementerian mengagihkan sesuatu kontrak atau tender dengan cara yang salah seperti dakwaan terbaru terhadap kementerian itu.

"Menteri Pelancongan, Ng Yen Yen boleh menafikan tetapi hakikatnya dunia tahu tentangnya. Rakyat juga tahu. Ketirisan akibat rasuah sebanyak RM28 bilion setahun bukan sesuatu yang menjadi rahsia lagi.

"Oleh sebab itu, SPRM perlu menyiasat perkara ini, kita tidak perlu pemimpin yang tidak jujur seperti ini. Wang yang di peroleh bukan milik individu tetapi wang daripada rakyat yang membayar cukai," ujarnya.

Semalam, Pengasas dan Ketua pegawai Eksekutif ISC, Austen Zecha berkata, pihaknya membidas kenyataan Menteri Pelancongan , Datuk Seri Dr Ng Yen Yen baru baru ini yang mendakwa pemberian kontrak itu dilakukan secara telus.

Malah, Zecha beliau dan timbalannya telah menemui seseorang dari kementerian itu pada 19 Januari lalu supaya menawarkan Kementerian Pelancongan 50 peratus rebat atau sebahagian keuntungan daripada kontrak tersebut.

Sebagai balasan, ISC akan menerima semula kontrak Tourisme Malaysia bagi kawasan Eropah, Amerika utara dan Oceania.

"Hal ini menyebabkan ISC mengambil keputusan menarik kembali tendernya pada rabu, 26 Januari," kata Zecha.

Katanya lagi, ISC berpendapat tindakan itu menghina kredibiliti agensi berkenaan sekali gus menambah kecurigaannya mengenai proses pemberian tender oleh Kementerian Pelancongan.

Menurutnya, agensi itu juga sebelum ini diberitahu kementerian berkenaan bahawa syarikat itu boleh meminta bil dari kementerian pelancongan sebanyak RM3 juta pada 2009 dan 2010 untuk kontrak tiga tahun di Eropah, sedangkan jumlahnya adalah RM18 juta setahun.

"Ia hanya setelah pentadbiran Menteri ini (Ng Yen Yen), sebelum ini atau semasa syarikat sebelum ini pada tahun 1970-an, 80-an dan 90-an tidak pernah pihak Kementerian membenarkan ISC atau mana-mana syarikat untuk memberi bil bagi 1 per enam dari nilai kontrak tahunan, atau sebanyak kira-kira 17 peratus.

"Jadi apa yang berlaku kepada 83 peratus lagi dari kontrak bernilai RM 18 juta pada tahun 2009 dan 2010, dan siapa yang membenarkan serta mendapat keuntungan dari komisyen dan invois bernilai RM 30 juta dalam tempoh 2 tahun ini?" tambah beliau.

Sehubungan itu katanya, pihaknya telah membuat laporan kepada SPRM supaya kes itu disiasat.

Dilaporkan, pada 15 Mac tahun lalu, Ng Yen Yen membuat laporan polis ke atas sebuah blog yang mendakwa beliau memberi kontrak untuk mempromosi produk pelancongan kepada sebuah syarikat milik rakan baik anaknya dan menggunakan keuntungan dari komisyen itu bagi berkempen untuk pemilihan MCA.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9207
STONE : Antara Kementerian yang diceritakan kuat rasuah. Mungkin akan ada orang tanya dan minta, ya ... kalau betul rasuah buat lah laporan pada SPRM. Terdiam sekejap .....
Kemudian ketawa besar .... apakah SPRM akan bawa mak cik Yen Yen? ... Tidak jawabnya.
Itu yang menjadi masalah pada kita sekarang. Segala apa laporan yang melibatkan pihak kerajaan, parti pemerintah orang umNO memang akan dibakulsampahkan baik polis SPR SPRM dan lain-lain pihak penguatkuasa. Jadi sampai bila? ....
Dengan lain perkataan orang umNO, BN kerajaan SEMUA BAIK-BAIK BELAKA.

Siasat Taib Mahmud : TI-M pada SPRM

Posted: 17 Mar 2011 09:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, March 18 — Transparency-International Malaysia (TI-M) today called for the country's graft-busters to investigate claims of corruption against Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, saying Malaysia's global standing was now at stake

The anti-graft watchdog urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today to take immediate action as complaints of corruption against Taib have surfaced in the foreign media.

"Transparency-International is concerned for (the) credibility of the country and also our image if no investigations are carried out," TI-M president Datuk Paul Low told reporters today.

"The allegations we're concerned about is (the) massive amount of wealth that's been gained by people close to him (Taib), (his) family, relatives, friends.

"So I think it's only proper that investigations should be carried out to clear the air on how wealth was amassed," he added - TMI

Video dari Libya - Gaddafi vs penentang

Posted: 17 Mar 2011 10:41 AM PDT



Santai malam Jumaat - Gambar2 secara kebetulan

Posted: 17 Mar 2011 09:31 AM PDT










Yang bawah ni bukan lagi kebetulan, tapi memang betul-betul ...

hahahaha bukan 18sx punya gambar ya. gambar-gambar diambil secara kebetulan ... kecuali yang satu di atas ni lah ....

Tsunami Jepun : Video terbaru dari Sendai - Selepas kejadian

Posted: 17 Mar 2011 05:02 AM PDT

bumiperak

bumiperak


Berjuang Tidak Sekadar Berpilihanraya

Posted: 17 Mar 2011 07:53 AM PDT

"Jangan kecewa dan melatah kerana kalah pilihanraya. Usah resah berdepan fitnah dan tohmahan musuh.
Segera selesaikan masaalah yang dihadapi oleh jamaah. Bantu dan beri kepercayaan kepada pemimpin yang dipilih. Hidupkan budaya tegur dan nasihat namun beradab.
Pamerkan akhlak Islami kepada kawan dan lawan. Asaskan tindakan berpandu wahyu dan sunnah. Senantiasa berfikir dan merangka strategi.  Santuni masyarakat dan menangi hati mereka".

  1. Perjuangan kita tidak sekadar pilihanraya. Justeru itu, janganlah kita bertindak, bertugas, bekerja atau lebih jelas saya sebut,  berjuang hanya pada musim pilihanraya. Sebaliknya pilihanraya itu hanyalah menepati sebahagian dari tugas wajib yang perlu kita lakukan. Ertinya di sana masih terlalu banyak perkara yang mesti kita lakukan bagi melengkapkan amanah dan tanggungjawab perjuangan Islam yang kita dokong ini.
  2.  Sejurus selesai pilihanraya umum 2008, saya akui kita terpaksa sibuk dengan pilihanraya kecil. Kita hadapi 16 pilihanraya kecil dan saya secara peribadi berharap tiada lagi pilihanraya kecil sebelum kita menghadapi pilihanraya umum akan datang insyaallah, kecuali kita telah bersedia kemungkinan untuk menghadapi pilihanraya Negeri Sarawak dan mungkin juga serentak dengan Negeri Perak.
  3. Bukan kerana penat atau jemu lantaran prinsip kita berjuang ialah " sehingga Islam tegak berdaulat atau aku mati kerananya" , tetapi kerana bimbang kita hilang kesimbangan antara (1) tumpuan masa mengendali strategi dan operasi untuk memenangi pilihanraya dan (2) tumpuan untuk mengkaderkan anggota jamaah agar layak dan menepati piawaian sebagai ansoorullah (pejuang - pejuang agama Allah swt).
  4. Sebagai sebuah Gerakan Islam yang melibatkan diri secara rasmi dipentas politik di negara kita, kedua - kedua aspek tersebut sangat penting dan perlu diberi tumpuan seimbang. Pincang salah satu darinya, membuatkan kita hilang keseimbangan dan mudahlah kita tersungkur meskipun kita mendokong kebenaran.
  5. Ambillah masa seketika yang kita miliki ini sementara hadhir pula detik pilihanraya selepas ini untuk kita memantapkan sekurang - kurangnya 3 perkara asas : (1) Pemantapan fikrah Islami yang syumul (2) Pengukuhan dan pemerkasaan parti (organisasi) (3) Pembinaan sumber manusia (murabitun - ahli atau pimpinan).
  6.  Ianya mesti bermula disemua peringkat organisasi parti. Bermula dengan pusat, negeri, kawasan , cawangan dan dewan - dewan disemua peringkat. Secara kebetulannya, parti kini sedang menghadapi mesyuarat agong di peringkat kawasan sebelum kemuncaknya muktamar di peringkat pusat pada bulan jun ini. Mesyuarat agong dan muktamar tahun ini pula adalah tahun pemilihan.
  7. Pembinaan 3 perkara utama diatas menjadi asas perbahasan dan muhasabah anggota parti selain membahaskan prestasi dan potensinya dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Juga menganalisa performance saff kepimpinan parti. Pencalonan dan pemilihan pimpinan parti mestilah diserah kepada mereka yang benar - benar mewarisi prinsip asas keupayaan pemimpin seperti : amanah terhadap tanggungjawab, setia kepada perjuangan Islam, dan memiliki wibawa, karisma yang menepati kehendak Islam dan bekerja keras untuk memantapkan fikrah dan syakhsiyah Islam.
  8. Hindarilah dari terjebak dalam sebarang bentuk konspirasi yang merosakkan keutuhan jamaah dan kesatuannya. Sebaliknyabantu jamaah agar ia semakin mantap dan kuat bersendikan ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh. Bukan menyusahkan jamaah dan mengkucar - kacirkannya dengan idea dan tindakan yang tidak menepati akhlak Islami.
  9. Tidak dinafikan, antara perkara yang perlu jua diberikan tumpuan ialah mencari formula baru dan efektif guna menangkis segala tohmahan dan fitnah jahat dari musuh  yang sememangnya mahu melemahkan jamaah dan memisahkan jamaah dari rakan - rakan parti kompenan dalam Pakatan Rakyat.
  10. Kita mesti berfikir positif jika kita mahu jamaah yang kita dokong ini maju dan tabah meredah zaman yang semakin kompleks namun zaman ini memerlukan bahtera penyelamat. Fikir positif pada nokhtah - nokhtah di bawah insyaallah, sedikit sebanyak akan membantu jamaah kita mara selangkah kehadapan.
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Perbualan Standard Dengan Penyokong Kerajaan

Posted: 17 Mar 2011 08:48 PM PDT

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


ForTeen - Perubahan Jadual!!

Posted: 17 Mar 2011 03:04 AM PDT


Program Hospital Clowning pada hari Sabtu ini dipercepatkan dar pukul 10 pagi ke 9.00 pagi. Waktu tamat pengajian ialah jam 11.00 pagi.
Sekian, harap maklum!!

Dey Kottapan...bagi u punya nombor hp!!

Posted: 17 Mar 2011 02:33 AM PDT

YB WiWa baru2 ini telah menyuarakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Ampang.

"Atas tiket apa Pak Wan?" Teman bertanya...

"KITA!" Ringkas jawab Pak Wan.

Hehe...rupa2nya memang cerah peluang Pak Wan untuk bertanding dalam PRU13 akan datang.

Kawan punya pasal, blog ini akan bagi ruang kepada Pak Wan untuk berkempen. Tak de hal punya...

Dey Kottapan...bagi u punya nombor hp!!





(Gambar di atas hanya sekodor hiasan)

KITA tanding semua kerusi di Selangor
March 16, 2011


PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.

KITA juga akan bertanding disemua 22 kerusi Parlimen Selangor, kata Penyelarasnya, S Kottapan hari ini.

Beliau berkata, di peringkat DUN parti itu akan meletakkan 28 calon Melayu; Cina (18) dan India 10 orang.

Katanya, jika calon orang Cina tidak mencukupi kerusi tersebut akan ditandingi oleh calon orang Melayu.

Beliau menambah, sebahagian calon sudah ada tetapi parti sedang berusaha mendapatkan yang lain.

"Saya sedang mencari calon yang berwibawa, yang mempunyai peluang menang untuk bertanding atas tiket KITA di Selangor.

"Mereka yang berminat termasuk bekas pemimpin PKR boleh berhubung dengan saya.

"Saya diberi tanggungjawab oleh Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim untuk memilih mereka yang layak untuk menjadi calon kerusi DUN.

"Bagi kerusi Parlimen calon akan dipilih sendiri oleh Zaid," katanya ketika dihubungi.

KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) hanya sebuah parti kecil yang pernah bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2007 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2009.

Bagaimanapun, Zaid yang gagal dalam saingan kerusi timbalan presiden PKR keluar parti itu dan mengambilalih kepimpinan Akim pada akhir tahun lalu.

Kepimpinan baru yang diketuai Zaid telah menukar nama Akim kepada Kita dan sebahagian pemimpinnya merupakan bekas pemimpin PKR.

Menurut Kottapan, KITA mempunyai manifesto sendiri dan tidak akan menghentam Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat.

"Sasaran kami ialah untuk mendapatkan undi dari mereka yang tidak menyokong BN dan Pakatan rakyat.

"Kami akan tunaikan semua manifesto yang tawarkan dan bukannya hanya untuk bercakap kosong," katanya lagi.

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Tsunami Jepun - Nazri Bela Rosmah

Posted: 17 Mar 2011 07:44 AM PDT

17/03/2011


KUALA LUMPUR 17 MAC : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini mendakwa kenyataan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bersabit malapetaka gempa bumi dan tsunami di Jepun kononnya diputarbelitkan oleh pembangkang.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditemui tetap menyifatkan Rosmah bertindak keterlaluan apabila mengaitkan bencana itu kepada isu teknoloji hijau dan pemanasan global.

TV Selangor menyiarkan Rosmah sebagai di petik berkata bahawa gempa bumi dan tsunami di Jepun harus memberi pengajaran kepada seluruh dunia.

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan "climate change" dan green technology," Rosmah di petik sebagai berkata oleh stesen telivisyen Awani Ahad lalu.

Kenyataan itu mengejutkan kerana Rosmah seolah-olah membayangkan malapetaka itu berpunca atas kelalaian Tokyo menguruskan pembangunan yang mesra alam.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata tidak timbul soal komen Rosmah itu diputarbelitkan.

"Dalam keadaan orang sedang bersedih apabila berhadapan dengan bencana, selalunya kita memberikan ucapan atau kata-kata semangat. Kenapa isteri Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian? Ini mengundang masalah, " kata beliau.

"Negara ini ditadbir oleh mereka yang diberikan kuasa untuk mentadbir. Isteri Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa. Jadi mengapa dia sibuk untuk membuat komen-komen yang memberikan kesan kepada kita," tambah beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Naib Presiden PAS Salahuddin turut melahirkan rasa kesal atas kenyataan Rosmah itu kerana mempertikaikan kewibawaan kerajaan Jepun menguruskan negaranya.

"Ia merupakan satu insiden yang tidak sepatutnya berlaku di saat negara Jepun mengalami kesedihan dan malapetaka yang dashyat, tiba-tiba datang satu komen yang mempertikaikan tentang keselamatan dan persediaannya dari segi tsunami dan gempa bumi itu sendiri," kata Sallehuddin.

"Di saat kesedihan melanda masyarakat Jepun, kita harus bersifat lebih menunjukkan lebih simpati dan kebersamaan kita dalam perkara ini," tambah beliau.

Di dalam Dewan Rakyat, Nazri di minta memberi penjelasan kenapa Rosmah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Nazri bagaimanapun mendakwa kenyataan Rosmah di putarbelitkan dan tidak diambil "dalam konteks yang penuh."

"Ayat itu mesti dibacakan dalam kandungan yang penuh" kata Nazri, tanpa merujuk lanjut kepada wawancara Rosmah yang disiarkan oleh Awani itu.

Klip yang mengandungi komen Rosmah itu menarik lebih 240,000 "hits" dalam Youtube dan turut dimuatkan oleh dalam laman web stesen telivisyen antarabangsa CNN.

Ummi Fail Saman Terhadap Baginda, Malaysiakini

Posted: 17 Mar 2011 01:46 AM PDT

17/03/2011

KUALA LUMPUR 17 MAC : Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakini daripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.

Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.-Malaysiakini

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


portal umno selangor.gombak hilang-malaysiakini

Posted: 17 Mar 2011 08:14 PM PDT




Gambar Ketua UMNO Gombak dan kekasih gelapnya


Gambar ini telah dianalisis terbukti bukan gambar palsu kerana hanya bahagian watermark (hosted@milosuam.blogspot.com) yang dilihat pincang dan menunjukkan warna yang berlainan sila rujuk sini [Image Analysis]

Gambar di atas merupakan Ketua UMNO bahagian gombak bernama Abdul Rahim Kamarudin bersama-sama dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel. Gambar ini dikirimkan oleh individu yang tidak dikenali meminta kami menyiarkan gambar ini untuk menyedarkan rakyat betapa buruknya perangai pemimpin-pemimpin UMNO yang selama ini berlagak sebagai pejuang Islam sebaliknya "curi makan" di belakang pengikut-pengikutnya.

Pengirim email ini juga mencabar Megat Zulkarnain Dato' Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaporkan hal ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beberapa keping lagi gambar pemimpin-pemimpin UMNO "curi makan" akan didedahkan semoga pengikut-pengikut mereka sedar dari lena.



- milosuam

Note: bila keluar saja berita ni tiba-tiba nama Ketua UMNO Bahagian Gombak hilang dari 'DIREKTORI UMNO BAHAGIAN DI SELANGOR". kah..kah..kah..kah.. malu ler tu perangai ketua pemuda umno macam setan... tengok image kat bawah ni.. kah..kah..kah..kah..


Klik pada image untuk besarkan

DEMO MINTA DNA OK DEMO BANTAH DNA KO

Posted: 16 Mar 2011 11:02 PM PDT




Demo bantah DNA, Ketua AMK Pulau Pinang ditahan polis

NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali dan timbalannya yang dikenali sebagai Haji Wan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Jawi di sini, petang ini.

Mereka ditahan jam 6 petang dan disoal siasat selepas mengadakan demontrasi membantah mana-mana pihak mengenakan tekanan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA kepada mahkamah.


Demontrasi penyokong anwar yang dihalau pihak polis selepas dua minit bermula.

"Ketua Polis Daerah memberi masa dua minit untuk bersurai dan kami akur. Sebaliknya, mereka meminta kad pengenalan Amir dan Haji Wan sebelum dibawa ke balai polis," kata Zulfadli Md Noordin kepada KeadilanDaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Cabang Bayan Baru, berkata demontrasi itu disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.

Rakyat Pulau Pinang bangkit mempertahankan Anwar dari manipulasi bukti mahkamah
Ironinya, satu demontrasi yang disertai badan bukan kerajaan (NGO mesra Barisan Nasional, antaranya Perkasa dan Gaps di depan ibu pejabat KEADILAN, baru-baru ini pula tidak 'disentuh' polis.

Undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti. - HD


Demontrasi puak umno yang tiada seorang polis pun yang berani ganggu.

Note: Pro umno buat demo ok jer.. bila pro PR buat demo kena tangkap pula.. Kah..kah..kah..kah.. Ni negara apa ni? Beginikah namanya demokrasi? Bukankah ini dinamakan kuku besi? ke rosmah gergasi? kah..kah..kah..kah.