Kopitiam Bang Nan |
Posted: 17 Mar 2011 03:04 AM PDT |
Dey Kottapan...bagi u punya nombor hp!! Posted: 17 Mar 2011 02:33 AM PDT YB WiWa baru2 ini telah menyuarakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Ampang. "Atas tiket apa Pak Wan?" Teman bertanya... "KITA!" Ringkas jawab Pak Wan. Hehe...rupa2nya memang cerah peluang Pak Wan untuk bertanding dalam PRU13 akan datang. Kawan punya pasal, blog ini akan bagi ruang kepada Pak Wan untuk berkempen. Tak de hal punya... Dey Kottapan...bagi u punya nombor hp!! (Gambar di atas hanya sekodor hiasan) KITA tanding semua kerusi di Selangor March 16, 2011 PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam pilihanraya umum akan datang. KITA juga akan bertanding disemua 22 kerusi Parlimen Selangor, kata Penyelarasnya, S Kottapan hari ini. Beliau berkata, di peringkat DUN parti itu akan meletakkan 28 calon Melayu; Cina (18) dan India 10 orang. Katanya, jika calon orang Cina tidak mencukupi kerusi tersebut akan ditandingi oleh calon orang Melayu. Beliau menambah, sebahagian calon sudah ada tetapi parti sedang berusaha mendapatkan yang lain. "Saya sedang mencari calon yang berwibawa, yang mempunyai peluang menang untuk bertanding atas tiket KITA di Selangor. "Mereka yang berminat termasuk bekas pemimpin PKR boleh berhubung dengan saya. "Saya diberi tanggungjawab oleh Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim untuk memilih mereka yang layak untuk menjadi calon kerusi DUN. "Bagi kerusi Parlimen calon akan dipilih sendiri oleh Zaid," katanya ketika dihubungi. KITA sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) hanya sebuah parti kecil yang pernah bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 2007 dan Parlimen Kuala Terengganu pada 2009. Bagaimanapun, Zaid yang gagal dalam saingan kerusi timbalan presiden PKR keluar parti itu dan mengambilalih kepimpinan Akim pada akhir tahun lalu. Kepimpinan baru yang diketuai Zaid telah menukar nama Akim kepada Kita dan sebahagian pemimpinnya merupakan bekas pemimpin PKR. Menurut Kottapan, KITA mempunyai manifesto sendiri dan tidak akan menghentam Barisan Nasional (BN) mahu pun Pakatan Rakyat. "Sasaran kami ialah untuk mendapatkan undi dari mereka yang tidak menyokong BN dan Pakatan rakyat. "Kami akan tunaikan semua manifesto yang tawarkan dan bukannya hanya untuk bercakap kosong," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan