Tsunami Jepun - Nazri Bela Rosmah Posted: 17 Mar 2011 07:44 AM PDT 17/03/2011 KUALA LUMPUR 17 MAC : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz hari ini mendakwa kenyataan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bersabit malapetaka gempa bumi dan tsunami di Jepun kononnya diputarbelitkan oleh pembangkang.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditemui tetap menyifatkan Rosmah bertindak keterlaluan apabila mengaitkan bencana itu kepada isu teknoloji hijau dan pemanasan global.
TV Selangor menyiarkan Rosmah sebagai di petik berkata bahawa gempa bumi dan tsunami di Jepun harus memberi pengajaran kepada seluruh dunia.
"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan "climate change" dan green technology," Rosmah di petik sebagai berkata oleh stesen telivisyen Awani Ahad lalu.
Kenyataan itu mengejutkan kerana Rosmah seolah-olah membayangkan malapetaka itu berpunca atas kelalaian Tokyo menguruskan pembangunan yang mesra alam.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata tidak timbul soal komen Rosmah itu diputarbelitkan.
"Dalam keadaan orang sedang bersedih apabila berhadapan dengan bencana, selalunya kita memberikan ucapan atau kata-kata semangat. Kenapa isteri Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan sedemikian? Ini mengundang masalah, " kata beliau.
"Negara ini ditadbir oleh mereka yang diberikan kuasa untuk mentadbir. Isteri Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa. Jadi mengapa dia sibuk untuk membuat komen-komen yang memberikan kesan kepada kita," tambah beliau.
Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Naib Presiden PAS Salahuddin turut melahirkan rasa kesal atas kenyataan Rosmah itu kerana mempertikaikan kewibawaan kerajaan Jepun menguruskan negaranya.
"Ia merupakan satu insiden yang tidak sepatutnya berlaku di saat negara Jepun mengalami kesedihan dan malapetaka yang dashyat, tiba-tiba datang satu komen yang mempertikaikan tentang keselamatan dan persediaannya dari segi tsunami dan gempa bumi itu sendiri," kata Sallehuddin.
"Di saat kesedihan melanda masyarakat Jepun, kita harus bersifat lebih menunjukkan lebih simpati dan kebersamaan kita dalam perkara ini," tambah beliau.
Di dalam Dewan Rakyat, Nazri di minta memberi penjelasan kenapa Rosmah mengeluarkan kenyataan sebegitu. Nazri bagaimanapun mendakwa kenyataan Rosmah di putarbelitkan dan tidak diambil "dalam konteks yang penuh."
"Ayat itu mesti dibacakan dalam kandungan yang penuh" kata Nazri, tanpa merujuk lanjut kepada wawancara Rosmah yang disiarkan oleh Awani itu.
Klip yang mengandungi komen Rosmah itu menarik lebih 240,000 "hits" dalam Youtube dan turut dimuatkan oleh dalam laman web stesen telivisyen antarabangsa CNN. |
Ummi Fail Saman Terhadap Baginda, Malaysiakini Posted: 17 Mar 2011 01:46 AM PDT 17/03/2011 KUALA LUMPUR 17 MAC : Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini.
Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.
Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.
Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakini daripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.
Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.
Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.
Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.-Malaysiakini
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan