Khamis, 17 Mac 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Polis Marang Curi Kereta

Posted: 17 Mar 2011 08:00 PM PDT

Isu semasa

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU: Polis menahan 13 orang termasuk seorang Lans Koperal polis kerana dipercayai terlibat dalam sindiket mencuri kereta untuk diambil bahagian tertentu dan dijual sebagai alat ganti.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa berkata, hasil serbuan di beberapa buah bengkel kereta dan rumah orang perseorangan pada 8 Mac lepas, seramai 11 orang berjaya ditahan.
"Pada awalnya kita tahan 11 orang dan semalam kita menahan dua orang lagi termasuk seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Marang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas 10 buah kereta, selain menemui komponen kereta seperti pintu, enjin, nombor casis, badan kereta serta peralatan yang digunakan untuk memotong kereta.
Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur antara 30 hingga 40 tahun dan kebanyakan mereka bekerja sebagai mekanik di bengkel yang tidak mempunyai lesen perniagaan.

Manakala anggota polis berumur 43 tahun itu yang ditahan di Marang malam tadi sudah berkhidmat dengan polis sejak 21 tahun lalu dan suspek telah diserahkan kepada polis Subang Jaya berhubung kes kecurian kereta di sana.

Jamsah berkata, dua daripada mereka ditahan reman sehingga esok dan dua lagi sehingga 19 Mac bagi membantu siasatan, manakala yang lain dibebaskan.
Beliau berkata, polis turut memburu tiga lagi rakan mereka bagi membantu siasatan.
Katanya, ekoran daripada kejayaan itu, polis telah dapat menyelesaikan enam kes curi kereta di Kuala Terengganu dan satu di Subang Jaya.

Beliau berkata kereta yang menjadi sasaran sindiket itu ialah kereta nasional seperti Proton Iswara, Waja, Iswara Aeroback, Satria, Saga, Wira dan Perodua Kelisa
-mStarOnline-


Cari N3 lama-lama disini

Radiasi Capai tahap Bahaya

Posted: 17 Mar 2011 04:03 PM PDT

Isu semasa


FUKUSHIMA: Keadaan di negeri yang paling teruk dilanda gempa bumi dan dibadai tsunami, di sini, Jumaat lalu tenang dan langsung tiada kelihatan warga tempatan berada di luar rumah.
Ini berkemungkinan akibat cuaca sejuk iaitu satu darjah Celsius di bawah tahap beku atau mereka memang tidak berada di rumah masing-masing sejak bencana itu.

Rombongan wartawan Media Prima yang baru tiba dari Tokyo untuk membuat liputan bencana berkenaan dikejutkan dengan berita buruk yang menyatakan berlaku kebocoran serius loji nuklear di Dai-ichi iaitu kira-kira 100 kilometer dari tempat semua wartawan menginap iaitu di Inawashiro, sebuah hotel di kawasan peranginan musim sejuk.

Laporan itu mengatakan tahap radiasi 400 peratus daripada kadar biasa dan semua penduduk diingatkan agar tidak keluar dari rumah.

Radiasi itu juga dikatakan sedang bergerak ke bandar raya Tokyo.

Bagaimanapun, laporan televisyen tempatan tidak memaklumkan mengenai kebocoran serius itu. Pegawai Kedutaan Besar Malaysia yang dihubungi juga tidak mendapat maklumat mengenai laporan terbaru itu setakat ini.

Perjalanan mengambil masa kira-kira lapan jam melalui Lebuhraya Tohoku sejauh kira-kira 330 kilometer itu agak lengang kerana lebuh raya itu hanya boleh dilalui kenderaan yang sudah mendapat kebenaran bertulis dari Polis Metropolitan Tokyo.

Jika tidak, perlu mengambil jalan lama yang mungkin mengambil masa lebih 20 jam berikutan kesesakan lalu lintas.

Lebuh raya juga ditutup untuk kenderaan awam dan hanya boleh dilalui kenderaan pasukan mencari dan menyelamat, lori menghantar bantuan makanan dan pekerja kontraktor yang dihantar ke kawasan bencana.

Malah, dimaklumkan sejak bencana berlaku, bekalan makanan juga semakin berkurangan dan rak menjual makanan di pasar raya dan kedai serbaneka di kawasan ini dibiarkan kosong manakala tiada restoran dibuka.

Dimaklumkan, bekalan akan pulih dalam tempoh beberapa hari lagi.

Tinjauan di kawasan ini juga mendapati kerja-kerja membaiki kerosakan akibat gempa sedang dijalankan terutama membabitkan kemudahan awal seperti jalan raya.

Berikutan keadaan pembebasan bahan radioaktif semakin buruk, mungkin esok (hari ini), kami perlu segera meninggalkan bandar ini untuk ke Tokyo sebelum pulang ke tanah air secepat mungkin.

Segala usaha kini sedang dibuat untuk membolehkan semua kami keluar segera.

Mymetro




Cari N3 lama-lama disini

Sihir,Antara Dendam,Cita-Cita Dan Nafsu

Posted: 17 Mar 2011 05:43 AM PDT



Assalamualaikum dan salam blogger,Bila disebut sihir,kita semua tahu apa yang menyebabkan orang sanggup menggunakan sihir,kerana nak mendapatkan apa yang diidam secara cepat dan mudah,ada yang menggunakan kerana dendam dan tak kurang juga yang menggunakan sihir untuk melampiaskan hasrat nafsu.

Walau apapun tujuannya,semua sihir adalah haram dan berdosa besar,boleh membawa kepada syirik.Mungkin masih ada yang menganggap bahawa menggunakan ilmu guna-guna kepada seorang wanita adalah tidak berdosa jika tujuannya untuk di buat isteri(tujuan murni kononnya)tapi sebenarnya semua sihir adalah berdosa dan matlamat tidak menghalalkan cara.

Saya bukanlah orang yang layak bercakap soal ini ,marilah kita sama-sama baca tulisan dari ustaz saifunizam berkenaan perkara ini

Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni, sihir adalah ikatan, jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya.

Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh bersama isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua-dua belah pihak saling mencintai.


Amalan sihir ini sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam jin dan syaitan. Tukang sihir, pawang, dukun atau bomoh menjalankan ilmu hitamnya menerusi pertolongan jin dan syaitan.

Ahli sihir perlu melakukan amalan syirik, khurafat dan tahyul terlebih dulu bagi bersahabat dengan jin dan syaitan yang mereka gunakan untuk melakukan kerja jahat mereka. Apabila tukang sihir meningkatkan amalan kufur maka jin dan syaitan itu akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya.

Sehubungan dengan itu tukang sihir dan syaitan adalah teman setia yang saling bekerjasama dalam melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi syarak dan ini dicela Allah SWT seperti firman-Nya: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (al-Jinn: 6)

Bagi sesetengah pihak, sekiranya sesuatu perkara itu tidak boleh dibuktikan mengikut kaedah saintifik maka dia akan menolaknya secara mentah seolah-olah ilmu sains itu menjadi satu cabang ilmu yang sempurna tanpa cacat-cela. Ilmu sains bukanlah sesuatu cabang ilmu yang sempurna. Sesuatu perkara itu hanya kita boleh diyakini sebagai seratus peratus benar sekiranya ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah.

Sihir dan alam jin ini sebenarnya termasuk dalam perkara ghaib dan bagi umat Islam perkara itu perlu dirujuk kepada nas al-Quran dan hadis. Sekiranya sihir itu tidak wujud mana mungkin Allah SWT menyuruh kita berlindung diri daripada perbuatan tukang sihir seperti firman-Nya: "Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan- (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al-Falaq: 1-5).

Di dalam al-Quran juga ada kisah Nabi Musa AS bertarung dengan tukang sihir Firaun. Bahkan dalam riwayat hidup Rasulullah, Baginda juga pernah terkena sihir Labid bin al-A'sham, seorang tukang sihir Yahudi seperti diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Bagi mereka yang terbabit dengan perbuatan sihir dan suka bertemu dengan ahli sihir seperti pawang, dukun dan bomoh, ketahuilah bawah amalan sihir ini termasuk dalam kategori dosa besar. Nabi SAW bersabda: "Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan" . Baginda ditanya: "Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina. "(Hadis al-Bukhari)

Sehubungan itu adalah diharamkan untuk bertemu bahkan mempercayai ahli sihir dan tukang ramal kerana ia perbuatan kufur. Sabda Baginda, "Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barang siapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia sudah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW" (Hadis riwayat al-Bazzaar)


Baca lagi disini

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: