Selasa, 15 Mac 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Tsunami Jepun : Cartoon ni bukan dari BERITA HARIAN

Posted: 15 Mar 2011 10:55 PM PDT


hahahaha korang tau la kan siapa yang dimaksudkan Zunar?
kalau tak tau cari lah sendiri yer ... hahaha
orang bercakap dia nak bercakap
orang berhujah yg betul
dia cakap yang merapu - memalukan 1Malaysia
negara-negara yang panggil dia berucap memang bodoh nak mampus
macam ni punya orang pun ada orang nak panggil berucap
DUA DUA BODOH ....

Memalukan Malaysia - awat yang bangang sangat ...

Posted: 15 Mar 2011 05:43 PM PDT


Kata Rosmah "Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, "

Ha~! ha! ha! begitulah nasihat atau pandangan profesional seorang pakar teknologi dari FLOM! aka isteri PM Najib.

Memang memalukan rakyat Malaysia bila Rosmah membuat kenyataan pasal Tsunami yang melanda Jepun.Bagaimana Rosmah boleh cakap macam itu? Dia cakap pasal pembangunan pesat Jepun tidak mesra alam? Lihat klip video dibawah nanti.

Rosmah bercakap seolah-olah Malaysia ini begitu maju teknologinya dan mesra alam.

Alahai Rosmah, kalau hendak dibandingkan dengan Singapura pun sudah ketinggalan jauh; apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Jepun dan Negara-negara lain yang maju. Tapi kamu boleh cakap merapu macam itu?

Lain kali, kalau pergi ke Jepun, jangan hanya sibuk untuk membeli belah digudang-gudang pakaian.Tolonglah jengok ke dalam longkang-longkang yang begitu bersih air yang mengalir didalamnya hinggakan ikan –ikan carp boleh hidup didalamnya.Teknoloji hijau yang macam mana lagi yang Rosmah nak cakapkan itu?

Gempa bumi merupakan bencana alam dan itu adalah gempa susulan yang menyebabkan kerosakan kepada kilang nuklear Jepun. Jepun masih berjuang untuk mengelakkan krisis nuklear di Fukushima akibat gempa dan tsunami. Langkah-langkah keselamatan tidak pernah cukup selamat bila berhadapan dengan bencana alam yang sangat dahsyat.

Itu bukan kesalahan mereka.Mereka mencipta kilang nuklear untuk menghasilkan tenaga yang cukup bagi menggerakan ekonomi Negara.

Kalau nak cakap pasal Nature Disaster Alerts System dan Nature Disaster Safety system, Jepun diakui mempunyai teknologi paling maju dalam dunia.Kalau mahu dibandingkan dengan Malaysia adalah ibarat jauh panggang dari api.

Oleh kerana kedudukan Jepun merupakan negeri yang sering dilanda gempa bumi , bangunan-bangunan dibina dengan piawaian yang sangat ketat supaya dapat menahan gegaran yang tidak berapa serius.

Tetapi kali ini Jepun mengalami gempa bumi dalam laut yang sangat dahsyat berukuran 8.9 Magnitude. Kalau lah gempa bumi sebesar itu melanda Malaysia, saya percaya , satu Malaysia ini pasti hilang di mata peta dunia!

Harap-harap masyarakat dunia tidak memandang rendah kepada rakyat Malaysia.Rosmah bercakap tidak mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kalulah begini kenyataan Rosmah mengenai Tsunami yang melanda jepun, entah apalah ucapannya sewaktu melawat Muscat,Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh. Buat malu Satu Malaysia! - alhusseyn51
STONE : Kalau dah bodoh, jangan tunjuk pandai. jgn tunjuk pada 1dunia yang bini pm 1Malaysia bodoh piang ... jangan bercakap kalau bukan bidang kita si katek ai. . hang ni mmg memalukan malaysia lah , menyampah ......

Mahathir boleh didakwa di bawah Akta Hasutan - Prof Aziz Bari

Posted: 15 Mar 2011 04:25 AM PDT

SHAH ALAM: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Beliau mengulas demikian merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

"Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara' pada program Wacana Ekonomi di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini.

Aziz berkata, Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam tidak akan dinafikan.

"Di bawah Artikel 152 memberi jaminan dan mekanisma yang memastikan semua orang mendapat hak masing-masing dan kerajaan boleh memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini," ujarnya.

Aziz turut menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak logik kerana pernah menentang peruntukan kepada SRJC dan SRJT tahun lalu.

"Apa yang diperjuangkan Perkasa itu tidak logik dan masuk akal kerana melanggar perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agong KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati, P Muthiah dan Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Majlis itu turut diserikan dengan ucapan pembukaan daripada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Nor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9006

Baginda "Jelajah" bongkar skandal Ummi Hafilda

Posted: 15 Mar 2011 12:29 AM PDT

Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. - mkini

KARPET KUNING

KARPET KUNING


Tokyo - paras radiasi lebih tinggi daripada biasa telah dikesan tetapi belum sampai tahap bahaya.

Posted: 15 Mar 2011 10:34 PM PDT


SENDAI: Letupan dan kebakaran di loji nuklear Jepun yang rosak akibat gempa bumi Jumaat lalu telah mengeluarkan radiasi pada tahap bahaya semalam, menyebabkan pasaran saham jatuh teruk dan orang ramai menyerbu pasar- pasar raya kerana panik.

Saham Tokyo, yang menjunam kelmarin dalam penjualan terburu-buru hingga menyebabkan indeks seluruh dunia terjejas, jatuh lagi 14 peratus semalam sebelum mengurangkan beberapa kerugian dan berakhir dengan kejatuhan 10.55 peratus.

Di pekan-pekan dan bandar-bandar, penduduk ketakutan memborong makanan dan air minum hingga mendorong pemerintah Jepun mengeluarkan amaran pembelian panik itu boleh menjejas keupayaannya menyampaikan bantuan ke kawasan-kawasan terjejas teruk oleh gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.

Namun penduduk Tokyo yang ketakutan tetap memenuhi kereta api untuk keluar dari bandar itu atau terburu-buru membeli pelitup muka dan keperluan kecemasan kerana takut terkena radiasi.

Paras radiasi di sekeliling loji Fukushima Nombor 1 di pantai timur telah 'naik dengan banyak', kata Perdana Menteri Naoto Kan.

Ketua jurucakapnya berkata paras itu sudah sampai peringkat membahayakan kesihatan.

Di Tokyo, pihak berkuasa juga berkata paras radiasi lebih tinggi daripada biasa telah dikesan di ibu kota itu, tetapi belum sampai tahap bahaya.

Encik Kan memberi amaran kepada penduduk yang tinggal dalam lingkungan 10 kilometer di luar satu zon lingkungan penghalang 20 kilometer di sekeliling loji itu supaya jangan keluar rumah.

Kebakaran itu, yang akhirnya dapat dipadamkan dengan bantuan askar Amerika Syarikat, terjadi di reaktor nombor 4 loji itu, bererti empat daripada enam reaktor di loji itu kini bermasalah. Suhu di dua lagi reaktor pula dilaporkan semakin naik.

Paras radiasi di loji itu dan di bandar Tokyo kemudian menurun, kata ketua jurucakap pemerintah, Encik Yukio Edano.

Agensi cuaca Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata angin yang bertiup membawa bahan radioaktif ke arah laut, dan 'tidak ada implikasi' bagi Jepun atau negaranegara berdekatan.

Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis berkata bencana itu kini di paras enam dalam kiraan tujuh mata bagi tahap kehebatan kemalangan nuklear antarabangsa.

Ia yang kedua hebat selepas Chernobyl, di bekas Soviet Union, pada pada 1986.

Krisis itu juga mendorong Russia dan Jerman menilai semula sektor nuklear mereka, dengan Berlin berkata ia mungkin menghentikan tujuh reaktor nuklearnya selama tiga bulan sementara menunggu penyiasatan keselamatan.

Jepun terpaksa juga menghadapi kerosakan amat teruk akibat gempa itu dan tsunami, yang membinasakan daerah besar di pantai timur lautnya.

Angka kematian rasmi kini 2,424 orang, menurut polis, tetapi para pegawai berkata sekurang-kurangnya 10,000 orang mungkin maut.

Lebih 200,000 orang telah dipindahkan dari satu zon penghalang 20 kilometer di sekeliling loji nuklear rosak itu.

Bangunan-bangunan yang menempatkan reaktor 1 dan 3 meletup Sabtu lalu dan kelmarin. Semalam, satu letupan melanda reaktor 2 dan reaktor 4.

Pemerhati nuklear PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), berkata Tokyo telah meminta bantuan pakar selepas gempa itu.

Namun ketua IAEA, Encik Yukiya Amano, cuba menenangkan kebimbangan dunia bahawa keadaan itu boleh mencapai kehebatan tragedi nuklear di Chernobyl. -- AFP.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BIK MAMA MEMALUKAN KITA SEMUA

Posted: 15 Mar 2011 09:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

Kata-Kata Azimat Sewaktu Di Kerdau - " Lihat Betul-Betul wajah Saya, Ada Rupa Penipu Tak?"

MENGAPALAH gatal sangat mulut Bik Mama ni nak bercakap? Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam, sekurang-kurangnya orang tak tahu bahawa kita ni tak tahu. Bila gatal mulut nak bercakap, tidak pasal-pasal jadi malu.

Bik Mama mendakwa kejadian Tsunami di Jepun baru-baru ini sebagai pengajaran kepada Kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya. Kejahilan Bik Mama disensasikan oleh CNN dan di laman FaceBook serta Twitter seluruh dunia. Kalau Bik Mama tidak merasa malu dengan kenyataannya itu, kita sebagai rakyat Malaysia mesti merasa malu kerana beliau dikatakan `First Lady Of Malaysia'. Siapa Bik Mama untuk mengajar Jepun? Sedarkah kita bahawa negara kita ini masih `disuap' oleh Jepun untuk memberi makan rakyat negara ini? Bukan sedikit pelaburan Jepun di negara kita dan berapa banyak Jepun mengajar kita tentang teknoloji?

Saya memetik kisah Bik Mama ini mengikut seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, " Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM)," ujarnya . Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda.

Melihat kepada musibah yang melanda Jepun itu, kita amat kagum dengan rakyatnya yang begitu berdisiplin menghadapi keadaan yang amat genting tersebut. Kerajaan Jepun juga telah bertindak pantas dengan penuh tanggungjawab di atas tragedi yang menimpa. Terlalu jauh bezanya dengan negara kita walaupun menghadapi bencana yang kecil. Menghadapi banjir pun, bantuan kadangkala terhegeh-hegeh mahu sampai. Justeru itu, usahlah Bik Mama mahu memperlekehkan Jepun.

Betullah kata ramai orang bahawa kejatuhan Najib nanti adalah berpunca daripada Bik Mama yang tidak tahu apa-apa tetapi berlagak seperti terlalu pandai. Sekarang yang tidak suka atau meluat dengan Bik Mama bukan sahaja rakyat di negara ini, tetapi bertambah meluas ke luar negara. Di mana Bik Mama mahu sorokkan muka jika beliau mahu `bershopping' ke luar negara selepas ini?/wfauzdin.blogspot.com

BETINA MULUT CABUL BAKAL BERTEMU BUKU DENGAN RUAS

Posted: 15 Mar 2011 10:09 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

UMI Hafilda memulakan `peperangan' mengaibkan beberapa orang termasuk saudara sedarah sedaging dengannya. Betina tua yang mendakwa masih dara ini menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair di atas pentas sekutu Apco hanya untuk bercerita tentang keaiban orang lain seolah-olah beliau `terlalu suci' lagi `menyucikan'.

Sasaran utama betina tua ini adalah DS Anwar dan abang kandungnya Azmin Ali. Berbagai cerita dibawa oleh sang betina ini termasuk menggunakan bahasa lucah yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seseorang wanita kecuali wanita itu bersifat `jalang'.

Beberapa hari ini kita dimaklumkan bahawa ada insan lelaki yang akan mengikuti jejak betina ini untuk bercerita tentang hubungan `dalam kelambu' pula dan pasangannya adalah Ummi sendiri. Walaupun cerita ini sudah lama kita tahu, namun lelaki bernama Baginda Minda ini akan mengulanginya semula bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa betina ini bukanlah `suci sesuci embun pagi.'


Baginda Minda, bekas rakan niaga Ummi dikatakan akan menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London. Kisah ini semuanya telah diceritakan oleh Baginda Minda sewaktu beliau memberi keterangan di mahkamah sebagai Saksi Pembela di dalam Kes Liwat I DS Anwar sebelum ini.

Norazman Abdullah @ Baginda Anak Minda pernah memberitahu mahkamah bahawa beliau ada mengadakan hubungan seks dengan Ummi ketika bersama di london. Hubungan mereka mula akrab pada Jun 1998 bersama seorang lagi ahli perniagaan yang disebut namanya di dalam mahkamah. Baginda juga turut menyebut bahawa Ummi ada memberitahunya bahawa apa yang terjadi ke atas DS Anwar ketika itu adalah fitnah semata-mata.

Kesemua ini akan didedahkan oleh Baginda sekiranya beliau mengambil keputusan untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara sepertimana yang telah betina ini lakukan. Sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cara menjaja keaiban orang samada benar ataupun fitnah kerana Islam amat melarang perbuatan tersebut apatah lagi ianya merupakan satu fitnah. Namun, melihat kepada tindakan betina tersebut sejak kebelakangan ini sudah melampau batas dan diredhai pula oleh puak sekutu Apco, maka kita tiada upaya untuk melarang Baginda daripada `mengajar' betina ini.

Saya yakin, Baginda sudah pasti tidak akan mendapat `layanan istimewa' daripada pihak berkuasa sekiranya beliau bercadang untuk `menelanjangkan' betina yang tidak diakui anak oleh bapanya itu. Berbeza daripada `layanan first Class' yang diterima oleh si mulut cabul ini. Apa pun kita tunggu setakat mana minda masyarakat di negara kita terutamanya orang-orang Melayu berugama Islam boleh menerima cara berpolitik sedemikian rupa. /wfauzdin.blogspot.com

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Skandal Politik,Duit dan Seks!!!(Ummi Hadilda dan Rahimi Osman sponsor Gobalakrishnan(dapat emel dari sapa ntah)

Posted: 15 Mar 2011 06:29 PM PDT

sila baca berita harian hari ini..

emel yg aku ckp tu tipu jeeeeeeeeeeee

ini seko keleng dah mengamuk..

siapa lagi kalau bukan gobalakrishnan..

dia nk sama saifuddin nasution..

harharhar..

sbb dedah pasal beli tanah ke hape ntah..

wei keleng..

bagus la ko keluar pkr..

orng cam keleng seko ni selayaknya masuk konsensus bebas bersama zul nordin..

nanti leh la zul nordin jadi peguam ko keleng woi..

dia ni bukan apa..dah berkawan ngn ummi hafilda..

ummi ni sume jantan dia layan..

siasatan belum dijalankan..on what ground si keleng ni nk saman saifuddin nasution???

tunggu la siasatan habis..dan ko betul2 clean baru saman..

ini dah kire subjudis...

mana leh jadik...

siasatan pun belum start..

nak saman sampai 12 juta..extraordinary keleng ni...

ummi pun smana bacaria dulu rm 10 juta jek..

harharhar...

tu la dia...tok sami gobala dah berada di bawah ketiak puan guru ummi hafilda..

harharhar...

terok2..

ummi hafilda ni jungle fever..

apa itu jungle fever??

sila check di google mahupun wikipedia..

harharhar...

anak2 melayu aku fatwakan supaya jangan jadi jungle fever..

jaga keturunan melayu kite...ok..

pilihlah yg hensem dan macho serta ada manis melayu mcm aku..

jngn pilih jambu dan manggis...

(anak dara melayu(kecuali ummi hafilda) yg cun2 kebanyakannya memilih pakwe yg bermuka jambu..konon korea la..ada gak yg gile akan lelaki korea..ada juga yg suke memilih kaum mamak yg tk hensem untuk jadi pakwe..kesian kepada terona melayu..yg hensem baik hati cam aku ni..harharharhar)

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Bukti Skandal Saiful Dan Papagomo

Posted: 15 Mar 2011 10:20 PM PDT

Isu semasa


Klik untuk besarkan gambar

Klik Untuk Besarkan Gambar



Blogger umno dan fitnah tak dapat dipisahkan....
-ijoks2009-

Dah memang sah-sah kes liwat Anwar-saiful adalah cerita rekaan.kalau ada lagi yang percaya dengan cerita Saiful dan papagomo tak tahulah...



Cari N3 lama-lama disini

Kenapa Aku Benci Blogger Umno

Posted: 15 Mar 2011 08:48 PM PDT

Isu Semasa

Assalamualaikum dan salam blogger,
tak perlu mukadimah terus kesasaran sebab hati sudah panas,dibawah ini saya petik blog pro umno(tak perlulah dipromosikan blognya kat sini)
Blogger ini mengulas isu Bob Lokman Masuk PAS.dari tulisan mereka kita dapat mengetahui bagaimana bentuk akhlak mereka.
Cuba baca apa ada dalam hati mereka
Selepas mendapat kunci syurga rupanya si bangang ni dapat projek...projek untuk mempopularkan tuhan...apa bangang ni ingat tuhan ialah barang dagangan yang boleh dijual beli?

YANG MAHA BERKUASA tidak memerlukan bangsat seperti bangang ini untuk mempopularkan NYA...! Takde bangsat ni pun YANG MAHA ESA tetap BERDIRI DENGAN KUDRAT DAN IRADAT NYA mentadbir alam ini!!!

Ini projek politik PAS!!! projek mempopularkan diri sendiri dengan menjadikan PAS kuda tunggangan dan menjadikan KHALIK sebagai barang dagangannya...


Tunggulah Azab Allah akan turun keatas kamu!!!!


Lu Fikir La Sendiri!!!

5 comments:

Tanpa Nama berkata...
trim dulu janggut tu elok2 haram jadah.makin meluat aku tgk sigemok dumpu ni.
Jeffry berkata...
SPONGEBOB SQUAREHEAD PALE PETAK DAH KENE BRAINWASH BROO. PAS SAMAKAN PROJEK JUAL AKIDAH MCM PROJEK BALAK, LADANG RAKYAT KAT KELANTAN TU BROO. TU PSL ASYIK MASYUKKK KEHKEHKEH
Hahn berkata...
ke BOB tu Bangang Oh Bangang!
Tanpa Nama berkata...
Bukan kot... aqu ingat BUNTAL OH! BUNTAL,laa,,,,,,,,,,,,,
Tanpa Nama berkata...
BOB..??? owhhh I see, Bodoh Oh Bodoh......
---------------------------------------------------
-Ulasan ijoks2009-

Inilah akhlak kebanyakan blogger umno yang menunjukkan betapa sakitnya jiwa mereka,jiwa yang dipenuhi sikap dengki dan dendam sehingga membutakan mata mereka kepada kebenaran.pada mereka apa sahaja yang dibuat oleh parti lawan mereka adalah salah ,hanya mereka saja yang betul.
Bila Bob Lokman yang dulunya jauh dengan Islam semakin meminati Islam dan semakin baik akhlaknya tapi hanya kerana disebabkan tidak menyokong parti mereka ,mereka terus memburuk-burukkan beliau.

sepatutnya sebagai seorang Islam mereka turut bergembira dan memberikan sokongan pada Bob agar dia dapat terus beristiqamah dengan cara hidup dia sekarang.hairan bin ajaib dengan menteliti penyokong-penyokong tegar Umno ni,Dulu semasa Bob Lokman masih hanyut dengan dunia hiburan mengejar dunia tak adapun komplen tak pula digelar bangang.Lani bila Bob dah mula sedar kesilapannya dan ingin mendalami Islam ,bermacam gelaran bangang dan bangsat diberikan.

Ayat yang paling lucu sekali ialah "mempopularkan  Tuhan"
kata blogger ini kalau Pas tak mempromosikan tuhanpun Dia tetap dengan Kudrat dan IradatNya,memang betul tapi dia kena faham ,ummat Islam memang disuruh supaya membesarkan Nya dan mempopularkan agamanya bukannya membesarkan semangat kebangsaan.Itu adalah kewajipan bagi seluruh ummat Islam ,Pas sebagai sebuah pertubuhan Islam cuba menlaksanakan kewajipan itu termasuk berdakwah dalam dunia politik,salahkah?
dalam Al-qur'an sendiri berapa banyaknya ayat yang menyuruh membesarkan Allah"dan tuhanmu besarkanlah ia"
dan perkataan yang diperintahkan untuk  mula-mua disebut dalam solat ialah "Allahuakbar"(memuji Allah)Intulah ajaran rasulullah s.a.w supaya mempopularkan Islam.

Berkenaan dengan idealogi politik itu adalalah hak peribadi Bob Lokman,yang penting dia nampaknya benar-benar ingin membaiki diri kearah yang lebih baik,kita sepatutnya memberi dorongan bukan cemuhan.Dia sudah berdoa dan bertawakal pada Allah serta berusaha mencari kebenaran ,maka Allah akan tunjukkan padanya jalan-jalan kebenaran,Jika kebenaran itu ada dalam Pas ,kita sama-sama doakan dia istiqomah dengan pilihannya dan jika kebenaran itu ada dalam Umno maka Allah pasti lunakkan hatinya pada Umno.
Tapi kita lihat sendiri apa pilihannya setelah berdoa,berusaha dan bertawakal.

Akhirkata sebelum anda membuat sebarang andaian terhadap Bob Lokman ada baiknya anda membaca dahulu isi hatinya disini



Cari N3 lama-lama disini

Mangsa Fitnah Khalwat Buat Laporan Polis

Posted: 15 Mar 2011 03:09 PM PDT

Isu Semasa

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/mangsafitnah.JPGKUALA TERENGGANU - Seorang lagi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat' , Mohd Hassan Husin, 49, dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung yang  membuat laporan polis terhadap sebuah pengendali laman web "darul ehsan today" yang memaparkan gambarnya sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, 12 Mac lalu.

Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan.

Mohd Hassan mendakwa malu dengan fitnah yang tidak berasas itu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan gambar pada laporan berita tidak benar.

Katanya, dengan tersebar luas berita dan gambar tersebut telah menjejaskan reputasi serta dipandang serong oleh masyarakat umum.

"Ini memalukan saya, dengan mereka meletakkan gambar saya pada laporan berita yang ditangkap kerana kesalahan khalwat itu.

"Orang ramai yang mengenali saya akan membuat andaian bahawa saya yang terlibat dengan kesalahan tidak bermoral dan dipandang serong oleh masyarakat," jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut.

Beliau mahu pihak polis segera menyiasat bagaimana gambar tersebut dirakam dan diperolehi oleh pihak pengendali laman web berkenaan.

Menurut Mohd Hassan, laporan berita berunsur fitnah itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung dan dirinya dengan PAS.

"Gambar saya itu diambil ketika program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak, 12 Mac lalu. Saya hanya duduk suka-suka sahaja di atas sebuah motosikal.

"Jadi dia guna gambar ini seolah-olah orang yang ditangkap khalwat itu adalah saya. Nama saya sebenarnya, Mohd Hassan Husin, 49, dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang ditangkap berkhalwat (Mohd Din Jusoh) itu yang berusia 52 tahun.

"Saya tinggal di Kampung Gemuruh sedangkan suspek sebenar (Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung," ujarnya.

 lagi berita berkaitan disini

Cari N3 lama-lama disini