WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
Posted: 15 Mar 2011 09:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS Kata-Kata Azimat Sewaktu Di Kerdau - " Lihat Betul-Betul wajah Saya, Ada Rupa Penipu Tak?" MENGAPALAH gatal sangat mulut Bik Mama ni nak bercakap? Kalau tak tahu apa-apa lebih baik diam, sekurang-kurangnya orang tak tahu bahawa kita ni tak tahu. Bila gatal mulut nak bercakap, tidak pasal-pasal jadi malu. Bik Mama mendakwa kejadian Tsunami di Jepun baru-baru ini sebagai pengajaran kepada Kerajaan Jepun yang tidak menitikberatkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya. Kejahilan Bik Mama disensasikan oleh CNN dan di laman FaceBook serta Twitter seluruh dunia. Kalau Bik Mama tidak merasa malu dengan kenyataannya itu, kita sebagai rakyat Malaysia mesti merasa malu kerana beliau dikatakan `First Lady Of Malaysia'. Siapa Bik Mama untuk mengajar Jepun? Sedarkah kita bahawa negara kita ini masih `disuap' oleh Jepun untuk memberi makan rakyat negara ini? Bukan sedikit pelaburan Jepun di negara kita dan berapa banyak Jepun mengajar kita tentang teknoloji? Saya memetik kisah Bik Mama ini mengikut seperti yang dinyatakan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Beliau berkata, " Malahan, dari insiden ini menunjukkan beliau sebagai isteri Perdana Menteri tidak layak untuk mewakili suara wanita Malaysia, apatah lagi mahu mengangkat diri beliau dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM)," ujarnya . Katanya, kenyataan Rosmah yang dilaporkan kepada Awani, menjadi tajuk utama berita antarabangsa CNN, dan kini menjadi pendebatan hangat di laman sosial Facebook dan twitter menunjukkan bahawa Rosmah seolah tiada naluri sensitiviti kepada kesusahan rakyat dan kerajaan Jepun yang kini sedang dalam keadaan getir menghadapi bencana yang melanda. Melihat kepada musibah yang melanda Jepun itu, kita amat kagum dengan rakyatnya yang begitu berdisiplin menghadapi keadaan yang amat genting tersebut. Kerajaan Jepun juga telah bertindak pantas dengan penuh tanggungjawab di atas tragedi yang menimpa. Terlalu jauh bezanya dengan negara kita walaupun menghadapi bencana yang kecil. Menghadapi banjir pun, bantuan kadangkala terhegeh-hegeh mahu sampai. Justeru itu, usahlah Bik Mama mahu memperlekehkan Jepun. Betullah kata ramai orang bahawa kejatuhan Najib nanti adalah berpunca daripada Bik Mama yang tidak tahu apa-apa tetapi berlagak seperti terlalu pandai. Sekarang yang tidak suka atau meluat dengan Bik Mama bukan sahaja rakyat di negara ini, tetapi bertambah meluas ke luar negara. Di mana Bik Mama mahu sorokkan muka jika beliau mahu `bershopping' ke luar negara selepas ini?/wfauzdin.blogspot.com |
BETINA MULUT CABUL BAKAL BERTEMU BUKU DENGAN RUAS Posted: 15 Mar 2011 10:09 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NSUMI Hafilda memulakan `peperangan' mengaibkan beberapa orang termasuk saudara sedarah sedaging dengannya. Betina tua yang mendakwa masih dara ini menjelajah ke seluruh pelusuk tanahair di atas pentas sekutu Apco hanya untuk bercerita tentang keaiban orang lain seolah-olah beliau `terlalu suci' lagi `menyucikan'. Sasaran utama betina tua ini adalah DS Anwar dan abang kandungnya Azmin Ali. Berbagai cerita dibawa oleh sang betina ini termasuk menggunakan bahasa lucah yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seseorang wanita kecuali wanita itu bersifat `jalang'.
Beberapa hari ini kita dimaklumkan bahawa ada insan lelaki yang akan mengikuti jejak betina ini untuk bercerita tentang hubungan `dalam kelambu' pula dan pasangannya adalah Ummi sendiri. Walaupun cerita ini sudah lama kita tahu, namun lelaki bernama Baginda Minda ini akan mengulanginya semula bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa betina ini bukanlah `suci sesuci embun pagi.' Baginda Minda, bekas rakan niaga Ummi dikatakan akan menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London. Kisah ini semuanya telah diceritakan oleh Baginda Minda sewaktu beliau memberi keterangan di mahkamah sebagai Saksi Pembela di dalam Kes Liwat I DS Anwar sebelum ini. Norazman Abdullah @ Baginda Anak Minda pernah memberitahu mahkamah bahawa beliau ada mengadakan hubungan seks dengan Ummi ketika bersama di london. Hubungan mereka mula akrab pada Jun 1998 bersama seorang lagi ahli perniagaan yang disebut namanya di dalam mahkamah. Baginda juga turut menyebut bahawa Ummi ada memberitahunya bahawa apa yang terjadi ke atas DS Anwar ketika itu adalah fitnah semata-mata. Kesemua ini akan didedahkan oleh Baginda sekiranya beliau mengambil keputusan untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara sepertimana yang telah betina ini lakukan. Sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cara menjaja keaiban orang samada benar ataupun fitnah kerana Islam amat melarang perbuatan tersebut apatah lagi ianya merupakan satu fitnah. Namun, melihat kepada tindakan betina tersebut sejak kebelakangan ini sudah melampau batas dan diredhai pula oleh puak sekutu Apco, maka kita tiada upaya untuk melarang Baginda daripada `mengajar' betina ini. Saya yakin, Baginda sudah pasti tidak akan mendapat `layanan istimewa' daripada pihak berkuasa sekiranya beliau bercadang untuk `menelanjangkan' betina yang tidak diakui anak oleh bapanya itu. Berbeza daripada `layanan first Class' yang diterima oleh si mulut cabul ini. Apa pun kita tunggu setakat mana minda masyarakat di negara kita terutamanya orang-orang Melayu berugama Islam boleh menerima cara berpolitik sedemikian rupa. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan