Kami Sokong Tokguru |
- Bukti Skandal Saiful Dan Papagomo
- Kenapa Aku Benci Blogger Umno
- Mangsa Fitnah Khalwat Buat Laporan Polis
Bukti Skandal Saiful Dan Papagomo Posted: 15 Mar 2011 10:20 PM PDT Isu semasa
-ijoks2009- Dah memang sah-sah kes liwat Anwar-saiful adalah cerita rekaan.kalau ada lagi yang percaya dengan cerita Saiful dan papagomo tak tahulah... | ||||
Posted: 15 Mar 2011 08:48 PM PDT Isu Semasa Assalamualaikum dan salam blogger, tak perlu mukadimah terus kesasaran sebab hati sudah panas,dibawah ini saya petik blog pro umno(tak perlulah dipromosikan blognya kat sini) Blogger ini mengulas isu Bob Lokman Masuk PAS.dari tulisan mereka kita dapat mengetahui bagaimana bentuk akhlak mereka. Cuba baca apa ada dalam hati mereka Selepas mendapat kunci syurga rupanya si bangang ni dapat projek...projek untuk mempopularkan tuhan...apa bangang ni ingat tuhan ialah barang dagangan yang boleh dijual beli? YANG MAHA BERKUASA tidak memerlukan bangsat seperti bangang ini untuk mempopularkan NYA...! Takde bangsat ni pun YANG MAHA ESA tetap BERDIRI DENGAN KUDRAT DAN IRADAT NYA mentadbir alam ini!!! Ini projek politik PAS!!! projek mempopularkan diri sendiri dengan menjadikan PAS kuda tunggangan dan menjadikan KHALIK sebagai barang dagangannya... Tunggulah Azab Allah akan turun keatas kamu!!!! Lu Fikir La Sendiri!!! 5 comments:
-Ulasan ijoks2009- Inilah akhlak kebanyakan blogger umno yang menunjukkan betapa sakitnya jiwa mereka,jiwa yang dipenuhi sikap dengki dan dendam sehingga membutakan mata mereka kepada kebenaran.pada mereka apa sahaja yang dibuat oleh parti lawan mereka adalah salah ,hanya mereka saja yang betul. Bila Bob Lokman yang dulunya jauh dengan Islam semakin meminati Islam dan semakin baik akhlaknya tapi hanya kerana disebabkan tidak menyokong parti mereka ,mereka terus memburuk-burukkan beliau. sepatutnya sebagai seorang Islam mereka turut bergembira dan memberikan sokongan pada Bob agar dia dapat terus beristiqamah dengan cara hidup dia sekarang.hairan bin ajaib dengan menteliti penyokong-penyokong tegar Umno ni,Dulu semasa Bob Lokman masih hanyut dengan dunia hiburan mengejar dunia tak adapun komplen tak pula digelar bangang.Lani bila Bob dah mula sedar kesilapannya dan ingin mendalami Islam ,bermacam gelaran bangang dan bangsat diberikan. Ayat yang paling lucu sekali ialah "mempopularkan Tuhan" kata blogger ini kalau Pas tak mempromosikan tuhanpun Dia tetap dengan Kudrat dan IradatNya,memang betul tapi dia kena faham ,ummat Islam memang disuruh supaya membesarkan Nya dan mempopularkan agamanya bukannya membesarkan semangat kebangsaan.Itu adalah kewajipan bagi seluruh ummat Islam ,Pas sebagai sebuah pertubuhan Islam cuba menlaksanakan kewajipan itu termasuk berdakwah dalam dunia politik,salahkah? dalam Al-qur'an sendiri berapa banyaknya ayat yang menyuruh membesarkan Allah"dan tuhanmu besarkanlah ia" dan perkataan yang diperintahkan untuk mula-mua disebut dalam solat ialah "Allahuakbar"(memuji Allah)Intulah ajaran rasulullah s.a.w supaya mempopularkan Islam. Berkenaan dengan idealogi politik itu adalalah hak peribadi Bob Lokman,yang penting dia nampaknya benar-benar ingin membaiki diri kearah yang lebih baik,kita sepatutnya memberi dorongan bukan cemuhan.Dia sudah berdoa dan bertawakal pada Allah serta berusaha mencari kebenaran ,maka Allah akan tunjukkan padanya jalan-jalan kebenaran,Jika kebenaran itu ada dalam Pas ,kita sama-sama doakan dia istiqomah dengan pilihannya dan jika kebenaran itu ada dalam Umno maka Allah pasti lunakkan hatinya pada Umno. Tapi kita lihat sendiri apa pilihannya setelah berdoa,berusaha dan bertawakal. Akhirkata sebelum anda membuat sebarang andaian terhadap Bob Lokman ada baiknya anda membaca dahulu isi hatinya disini | ||||
Mangsa Fitnah Khalwat Buat Laporan Polis Posted: 15 Mar 2011 03:09 PM PDT Isu Semasa KUALA TERENGGANU - Seorang lagi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat' , Mohd Hassan Husin, 49, dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung yang membuat laporan polis terhadap sebuah pengendali laman web "darul ehsan today" yang memaparkan gambarnya sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, 12 Mac lalu. Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan. Mohd Hassan mendakwa malu dengan fitnah yang tidak berasas itu dengan sewenang-wenangnya menyiarkan gambar pada laporan berita tidak benar. Katanya, dengan tersebar luas berita dan gambar tersebut telah menjejaskan reputasi serta dipandang serong oleh masyarakat umum. "Ini memalukan saya, dengan mereka meletakkan gambar saya pada laporan berita yang ditangkap kerana kesalahan khalwat itu. "Orang ramai yang mengenali saya akan membuat andaian bahawa saya yang terlibat dengan kesalahan tidak bermoral dan dipandang serong oleh masyarakat," jelasnya ketika ditemui selepas membuat laporan polis tersebut. Beliau mahu pihak polis segera menyiasat bagaimana gambar tersebut dirakam dan diperolehi oleh pihak pengendali laman web berkenaan. Menurut Mohd Hassan, laporan berita berunsur fitnah itu sengaja dibuat bagi menjatuhkan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung dan dirinya dengan PAS. "Gambar saya itu diambil ketika program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak, 12 Mac lalu. Saya hanya duduk suka-suka sahaja di atas sebuah motosikal. "Jadi dia guna gambar ini seolah-olah orang yang ditangkap khalwat itu adalah saya. Nama saya sebenarnya, Mohd Hassan Husin, 49, dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang ditangkap berkhalwat (Mohd Din Jusoh) itu yang berusia 52 tahun. "Saya tinggal di Kampung Gemuruh sedangkan suspek sebenar (Mohd Din) itu tinggal di Kampung Tok Dir, Bukit Payung," ujarnya. lagi berita berkaitan disini |
You are subscribed to email updates from Kami Sokong Tokguru To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan