MIMPI SENJA |
- Tsunami Jepun : Cartoon ni bukan dari BERITA HARIAN
- Memalukan Malaysia - awat yang bangang sangat ...
- Mahathir boleh didakwa di bawah Akta Hasutan - Prof Aziz Bari
- Baginda "Jelajah" bongkar skandal Ummi Hafilda
Tsunami Jepun : Cartoon ni bukan dari BERITA HARIAN Posted: 15 Mar 2011 10:55 PM PDT hahahaha korang tau la kan siapa yang dimaksudkan Zunar? kalau tak tau cari lah sendiri yer ... hahaha orang bercakap dia nak bercakap orang berhujah yg betul dia cakap yang merapu - memalukan 1Malaysia negara-negara yang panggil dia berucap memang bodoh nak mampus macam ni punya orang pun ada orang nak panggil berucap DUA DUA BODOH .... |
Memalukan Malaysia - awat yang bangang sangat ... Posted: 15 Mar 2011 05:43 PM PDT Kata Rosmah "Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, " Ha~! ha! ha! begitulah nasihat atau pandangan profesional seorang pakar teknologi dari FLOM! aka isteri PM Najib. Memang memalukan rakyat Malaysia bila Rosmah membuat kenyataan pasal Tsunami yang melanda Jepun.Bagaimana Rosmah boleh cakap macam itu? Dia cakap pasal pembangunan pesat Jepun tidak mesra alam? Lihat klip video dibawah nanti. Rosmah bercakap seolah-olah Malaysia ini begitu maju teknologinya dan mesra alam. Alahai Rosmah, kalau hendak dibandingkan dengan Singapura pun sudah ketinggalan jauh; apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Jepun dan Negara-negara lain yang maju. Tapi kamu boleh cakap merapu macam itu? Lain kali, kalau pergi ke Jepun, jangan hanya sibuk untuk membeli belah digudang-gudang pakaian.Tolonglah jengok ke dalam longkang-longkang yang begitu bersih air yang mengalir didalamnya hinggakan ikan –ikan carp boleh hidup didalamnya.Teknoloji hijau yang macam mana lagi yang Rosmah nak cakapkan itu? Gempa bumi merupakan bencana alam dan itu adalah gempa susulan yang menyebabkan kerosakan kepada kilang nuklear Jepun. Jepun masih berjuang untuk mengelakkan krisis nuklear di Fukushima akibat gempa dan tsunami. Langkah-langkah keselamatan tidak pernah cukup selamat bila berhadapan dengan bencana alam yang sangat dahsyat. Itu bukan kesalahan mereka.Mereka mencipta kilang nuklear untuk menghasilkan tenaga yang cukup bagi menggerakan ekonomi Negara. Kalau nak cakap pasal Nature Disaster Alerts System dan Nature Disaster Safety system, Jepun diakui mempunyai teknologi paling maju dalam dunia.Kalau mahu dibandingkan dengan Malaysia adalah ibarat jauh panggang dari api. Oleh kerana kedudukan Jepun merupakan negeri yang sering dilanda gempa bumi , bangunan-bangunan dibina dengan piawaian yang sangat ketat supaya dapat menahan gegaran yang tidak berapa serius. Tetapi kali ini Jepun mengalami gempa bumi dalam laut yang sangat dahsyat berukuran 8.9 Magnitude. Kalau lah gempa bumi sebesar itu melanda Malaysia, saya percaya , satu Malaysia ini pasti hilang di mata peta dunia! Harap-harap masyarakat dunia tidak memandang rendah kepada rakyat Malaysia.Rosmah bercakap tidak mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya. Kalulah begini kenyataan Rosmah mengenai Tsunami yang melanda jepun, entah apalah ucapannya sewaktu melawat Muscat,Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh. Buat malu Satu Malaysia! - alhusseyn51 STONE : Kalau dah bodoh, jangan tunjuk pandai. jgn tunjuk pada 1dunia yang bini pm 1Malaysia bodoh piang ... jangan bercakap kalau bukan bidang kita si katek ai. . hang ni mmg memalukan malaysia lah , menyampah ...... |
Mahathir boleh didakwa di bawah Akta Hasutan - Prof Aziz Bari Posted: 15 Mar 2011 04:25 AM PDT SHAH ALAM: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Beliau mengulas demikian merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan. "Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan. "Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara' pada program Wacana Ekonomi di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini. Aziz berkata, Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam tidak akan dinafikan. "Di bawah Artikel 152 memberi jaminan dan mekanisma yang memastikan semua orang mendapat hak masing-masing dan kerajaan boleh memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini," ujarnya. Aziz turut menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak logik kerana pernah menentang peruntukan kepada SRJC dan SRJT tahun lalu. "Apa yang diperjuangkan Perkasa itu tidak logik dan masuk akal kerana melanggar perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agong KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati, P Muthiah dan Adun Taman Medan, Haniza Talha. Majlis itu turut diserikan dengan ucapan pembukaan daripada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Nor. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9006 |
Baginda "Jelajah" bongkar skandal Ummi Hafilda Posted: 15 Mar 2011 12:29 AM PDT Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London. Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini. Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar. Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang. Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit. Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. - mkini |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan