Khamis, 10 Mac 2011

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Posted: 10 Mar 2011 01:52 PM PST




KUALA LUMPUR 10 MAC : Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail hari ini membidas sikap bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang enggan ke mahkamah selepas di sapina untuk memberikan keterangan berhubung tuduhan yang direka terhadap Anwar Ibrahim.

Saifuddin dalam sidang media di lobi Parlimen mendakwa bekas perdana menteri itu mengemukakan alasan beliau hanya akan hadir memberi keterangan sekiranya dimaklumkan soalannya terlebih dahulu.

Beliau mengulas isu yang dibangkitkan bekas Perdana Menteri itu di dalam biografinya bertajuk "A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilancarkan Selasa lalu yang mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

"Saya tak fikir jika kita disapina hari ini di mahkamah, kita ada keistimewaan untuk bertanya soalan apa. Kita kena hadir. Kalau tidak hadir, keesokan harinya kita akan ditangkap polis dan didakwa menghina mahkamah. Dr Mahathir takut untuk hadir ke mahkamah walaupun peguam Anwar menggunakan proses undang-undang yang sah iaitu sapina beliau untuk memberi keterangan.

Waktu itu Dr Mahathir berpeluang untuk menceritakan apa yang diceritakan dalam buku. Berani kerana benar. Kalau betul apa yang ditulis di dalam buku itu, tiada siapa yang berani balas," katanya.

Saifuddin dengan nada sinis berkata, tindakan Dr Mahathir takut untuk berhadapan mahkamah dan peguam Datuk Seri Anwar ketika perbicaraan itu berlangsung jelas menunjukkan beliau tidak mampu berhadapan Anwar secara terbuka.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PKR itu juga turut menyatakan Dr Mahathir diberitahu isu berkenaan oleh Tun Hanif seawal tahun 90 an.

"Kita tahu dalam proses perlantikan jawatan tinggi dalam negara kita mestilah melalui satu tapisan personality clearance. Kalau ketika itu jika benar aduan Tun Hanif kepada beliau, Anwar masuk Umno seawal tahun 1983 dan dipecat pada 1998. Isunya ialah kenapa waktu itu Anwar lulus self clearance sehingga menjadi Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri."

Saifuddin berkata, kenyataan dikeluarkan Dr Mahathir di dalam biografinya itu adalah meragukan lebih-lebih lagi maklumat tersebut disampaikan oleh Tun Hanif. Beliau turut menjelaskan, adalah tidak mustahil Perdana Menteri juga boleh ditipu.

"Tun Hanif pernah memberi keterangan kepada mahkamah bahawa tiada dalam Al-Quran yang mangatakan haram judi. Sedangkan daripada 6,666 ayat ada mengharamkan judi, Hanif kata dia tak pernah jumpa. Orang yang ada maklumat tentang Anwar ialah Hanif. Dan orang seperti Hanif itu sudah tentu kenyataannya boleh diragui.

Anwar juga dikatakan tidak menafikan tuduhan itu ketika Majlis Tertinggi. Mahathir tidak cerita, sebelum memulakan mesyuarat, Mahatihir mahukan Anwar dipecat. Mahathir mahukan anwar dipecat sebelum beliau berhak memberi penjelasan," katanya.

Ujar Saifuddin, isu yang dibangkitkan Dr Mahathir bukanlah perkara baru, sebaliknya hanyalah isu lama yang tidak mampu dibangkitkan di Parlimen sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Kerajaan nak mendidik atau cari duit melalui PDRM dan JPJ???

Posted: 10 Mar 2011 05:49 AM PST

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - BIDAS BUKU MAHATHIR DAN FAKTA MAHATHIR PENGECUT

Posted: 10 Mar 2011 05:00 PM PST




Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK perlu saya ulas panjang, anda boleh dengar sendiri hujah YB Saifuddin Nasution terhadap Tun Mahathir di dalam klip video di atas berkenaan:

- Mengapa Mahathir takut hadir ke mahkamah setelah disapina oleh pihak Peguambela Anwar untuk memberikan keterangan semasa Kes Liwat 1 dahulu? Bukankah Mahathir sebelum itu siang malam bercakap di hadapan TV menyebut beliau ada bukti kukuh tentang salah laku Anwar?

- Bolehkah diterima pakai cakap Mahathir bahawa beliau mendapat maklumat tentang salahlaku Anwar awal lagi iaitu di awal tahun 1990 melalui Tun Hanif Omar (Bekas Ketua Polis Negara)? Sekiranya benar, mengapa Mahathir tetap melantik Anwar menjadi Menteri Kabinet selepas tahun 1990 sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri? Adakah Mahathir mahu Menteri Kabinetnya berkelakuan buruk dengan melantik Anwar menjadi Menteri walaupun beliau dakwa tahu maklumat kelakuan Anwar awal tahun 1990?

- Tun Hanif Omar pernah memberi keterangan di dalam mahkamah sewaktu kes liwat 1 DS Anwar, bahawa beliau tidak menjumpai ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Adakah insan seperti ini boleh kita terima kenyataannya yang melaporkan kegiatan Anwar pada Tun Mahathir? Atau, mungkinkah Mahathir ditipu oleh Tun Hanif ketika itu? Tidak mustahil, kerana bukankah Ling Liong Sik didakwa menipu Mahathir dan kabinet dalam isu berkaitan PKFZ ?

- Jelas, Mahathir takut untuk berdepan dengan Anwar, sebab itu beliau hanya keluarkan buku yang tidak boleh disoal jawab lagi. Memang Mahathir tidak takut jika Anwar saman beliau kerana penulisan di dalam buku itu kerana beliau lebih arif tentang mahkamah di negara ini.

wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH DS ANWAR, PKR PERLUKAN KUALITI BUKAN KUANTITI

Posted: 10 Mar 2011 07:37 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DS ANWAR nampaknya sudah tidak bimbang lagi berapa ramai pemimpin atau ahli-ahli PKR yang akan keluar parti. Beliau bahkan mencabar sesiapa yang berada di dalam PKR yang hanya mahu menjadi calon di dalam pilihanraya tetapi tidak mahu bersusah dan berkorban agar keluar segera dari PKR.

Ketua Umum PKR ini tidak marah sekiranya terdapat pemimpin atau ahli-ahli PKR yang menegur atau mengkritik parti dengan baik, jujur dan berasas tetapi beliau amat marah sekiranya mereka tidak mahu berjuang, tidak mahu berkorban untuk parti walaupun tidak pernah menegur parti. Ini bezanya dengan pemimpin Umno yang sentiasa mahu dikipas dan sesiapa paling kuat kipasnya maka ada harapan di dalam Umno.

Walaupun parti boleh ditegur dan dikritik, namun setiap ahli mesti menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menimbang samada pendekatan yang mereka ambil itu menguntungkan parti atau tidak. Sekiranya tidak menguntungkan parti pun, paling tidak jangan sampai menguntungkan musuh parti. PKR mesti terus ditegur dan dikritik agar parti ini sentiasa berjaga dan tidak tidur. Pemimpin pula mesti mengambil setiap teguran itu dengan pandangan yang positif kecuali jika ternyata kritikan itu dibuat semata-mata untuk mencari jalan untuk keluar dari parti. PKR banyak pengalaman semacam ini. Cuba tanya mereka yang telah bertukar menjadi `spesis katak' itu.

Kita tahu mengapa Zahrain keluar kerana Lim Guan Eng telah dedahkan tembelang Zahrain sebelum beliau menjadi katak. Sejarah juga memperlihatkan bagaimana seorang Adun dari Perak yang terlepas dari dakwaan rasuah seks setelah menjadi katak. Tidak lupa kita bagaimana seorang TKM P.Pinang yang bermasalah kewangan, menjadi katak dan masalah selesai. Terbaru, katak hitam pula berjaya menyelesaikan bayaran membeli tanah berharga jutaan ringgit sekelip mata sebaik sahaja menjadi katak.

Oleh sebab itulah, kita harus menyokong kuat usaha DS Anwar untuk membersihkan parti dari pemimpin seperti ini. Biarlah kita kembali mempunyai seorang wakil tunggal di Parlimen seperti dahulu sekiranya yang lain hanya mahu hidup senang lenang dan tidak mahu berkorban untuk rakyat bawahan. PKR perlukan kualiti, bukan kuantiti. Tahniah DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Skandal Projek RM 3 billion Menteri Sumber Manusia,Dr S Subramaniam MIC(terlates daripada insider MIC)

Posted: 10 Mar 2011 05:35 PM PST

sila baca berita harian keluaran hari ini!!!!!

timbalan menteri sumber manusia menyatakan bahawa banyak kerja kosong belum diisi..

ini berdasarkan jobsmalaysia..

dan...sektor swasta masih banyak lagi kosong..

aku dah banyak kali dah mengkritik hal ini..

smua tahu sektor swasta didominasikan oleh kaum ape???kaum ape??? ckap ngn aku!!

kaum ape???

secara automatik..kaum ni pun ada ketuanan dia jugak..

aku pernah gak survey kerja2 ni kat portal laman web engin pencarian pekerjaan..

dan kebanyakan firma yg dimiliki kaum ni...

akan meletakkan syarat yg menunjukkan niat mengambil pekerja cina..

sbb apa..dia letakkan syarat mahu pekerja yg boleh berbahasa cina..

walaupun dalam surat khabar dia tk sntuh isu kaum..atas dasar konsep 1malaysia la ni kan..

tapi aku sure...

ramai kaum melayu tk berani nk apply kerja2 kosong yg mintak syarat pekerja berbahasa cina diutamakan..

buat apa letak syarat camni???bahasa melayu bahasa kebangsaan..dan english edukesyen plak as sekend language kat malaysia..

sah2 lah tauke2 ni nk pekerja bangsa dia jugak..

ramai orng mungkin akan mengkritik aku..atas dasar 1malaysia..

yg aku memandang negatif la itu la..

abes..korang gak yg kata orng melayu susah naik pangkat kat firma milik cina..

adoi..

sebenarnya orang melayu menjadi mangsa diskriminasi dari banyak aspek..

tapi tk sedar..

dan para2 menteri dan ahli parlimen melayu masih gagal menyetelkan isu ini...

ini bukan soal perpaduan pas umno dan pkr..

tetapi ini soal melayu jadi kuli di negara yg mana perlembagaan telah meletakkan hak istimewa orng melayu di dalam negara..

so nasib la..

menteri sumber manusia pun bagi kat keleng....

bumiperak

bumiperak


Libya: Tentera Ghadafi lancar serang balas terbesar

Posted: 10 Mar 2011 08:08 PM PST

Hundreds of rebel fighters have retreated from the strategic oil port of Ras Lanouf as Muammar Gaddafi's army pounds the town with artillery. The rebels fled eastward in cars and pickup trucks mounted with machine guns.
One said government forces were raining rockets or tank shells on the city in what appeared to be preparation for a full-scale advance. Shells fell near a city hospital and hit a series of residential buildings as Gaddafi's tanks moved further along Libya's main Mediterranean coastal road than they have been since the rebels seized most of the country's east. An opposition fighter with a Kalashnikov rifle said he had fled the frontline outside Ras Lanouf.

NATO defence ministers met in Brussels today to discuss the escalating crisis. Britain had been pushing for a no-fly zone over Libya but after hours of talks, members concluded that the action would not be taken without a unanimous UN resolution.
Battle: A rebel vehicle is hit by a shell fired by soldiers loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi, during a battle along the road between Ras Lanuf and Bin Jiwad today.
Battle: A rebel vehicle is hit by a shell fired by soldiers loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi, during a battle along the road between Ras Lanuf and Bin Jiwad today.
Forced back: The rebels take over as shrapnel from exploding tank shells fired by Gaddafi's troops rains down on them near the town of Ras Lanuf
Forced back: The rebels take over as shrapnel from exploding tank shells fired by Gaddafi's troops rains down on them near the town of Ras Lanuf
All out assault: Gaddafi's tanks head towards Ras Lanuf as the rebels flee before them
All out assault: Gaddafi's tanks head towards Ras Lanuf as the rebels flee before them
Chaotic: The fighters could not resist the full onslaught of Gaddafi's troops who have fought back after initial defeat
Chaotic: The fighters could not resist the full onslaught of Gaddafi's troops who have fought back after initial defeat

kalam Perantau

kalam Perantau


PAS: SPR perlu sedia 21 hari kempen di Sarawak

Posted: 10 Mar 2011 06:33 PM PST

KUALA LUMPUR, 10 Mac — PAS hari ini meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melanjutkan tempoh berkempen bagi pilihan raya Sarawak daripada tujuh kepada 21 hari.
Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata ini perlu kerana Sarawak sebuah negeri yang besar menyebabkan perjalanan ke satu-satu tempat mengambil masa, sekali gus menyukarkan usaha berkempen.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata masalah itu diburukkan lagi dengan faktor kelengkapan logistik pakatan pembangkang yang tidak mencukupi.

Sebelum ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilapor berkata pihaknya bersedia mendengar sebarang cadangan konstruktif daripada parti politik di negara ini bagi memastikan pilihan raya negeri Sarawak berjalan lancar dan adil. Abdul Aziz memberi respons itu ketika mengulas cadangan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak Datuk Fadillah Yusof agar tempoh berkempen dipendekkan bagi mengelak amalan politik kurang sihat.

Sementara itu, seorang lagi anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamad Sabu berkata parti tersebut dan rakan sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP sedang membincangkan agihan kerusi yang akan ditandingi.

Pada pilihan raya Sarawak 2006, Barisan Nasinal menguasai 63 kerusi dengan Parti PBB menang 35 kerusi diikuti Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dengan 12 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) masing-masing lapan kerusi.

Di pihak pembangkang, DAP memenangi enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing satu kerusi. Mandat Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat Julai ini. — Bernama


MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pelajar bertudung jual tubuh RM10 sejak umur 15 tahun

Posted: 10 Mar 2011 04:01 PM PST

Kota Kinabalu: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

"Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan," katanya.

Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

"Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk 'ditemu duga' sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

"Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh," katanya.

Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

"Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya," katanya.

Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.

"Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

"Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan," katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.

"Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk," katanya. - metro

Selamat Pengantin Baru Datuk Hj Kamaruddin Jaafar - MP Tumpat

Posted: 10 Mar 2011 07:21 AM PST



Datuk Hj Kamaruddin bersama Datin Yushaslinda ... semoga berpanjangan hingga ke akhir hayat ...

[Gambar ihsan yfrog YB Mahfuz dan twitter DS Nizar]



Pagi semalam - Khamsi 10/3/11 - menyaksikan seorang Ahli Parlimen melangsungkan majlis akad nikah di Masjid Kelana Jaya, Selangor. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi itu hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat sahaja.

Tepat jam 11.40 pagi, pasangan pengantin tersebut secara sahnya bergelar suami isteri.

Ahli Parlimen yang dimaksudkan adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (MP Tumpat). Beliau yang kematian isteri pada 11 November 2009 yang lalu telah memilih pasangan daripada Melaka untuk mendirikan rumahtangga kali ini.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Datuk Kamaruddin Jaafar.

Cakap berapi-rapi, nak bawa ke mahkamah kenapa takut?

Posted: 10 Mar 2011 12:31 AM PST

Dr M berani tulis memoir tapi takut ke mahkamah – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersikap anak jantan apabila menulis buku berbentuk memoir dengan yang mempertikai kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa bersandarkan bukti kukuh sedangkan bekas Perdana Menteri itu, berpeluang berbuat demikian pada 1998 lagi..

Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Mahathir tidak berani berhadapan dengan peguam Anwar ketika disapina mahkamah dalam kes Fitnah I pada 1998.

"Mengapa dia (Mahathir) tidak pergi? Sedangkan ketika itu adalah peluang untuk menceritakan seperti apa yang tertulis dalam memoirnya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menyatakan peguam Anwar menggunakan saluran undang-undang untuk memperoleh keterangannya di mahkamah, beliau berkata, seseorang yang disapina tetapi tidak hadir memberi keterangan, harus didakwa kerana boleh dianggap menghina mahkamah.

"Sehebat-hebat Dr Mahathir, dia tidak bersikap seperti anak jantan dan takut untuk menjawab soalan-soalan dari peguam," kata Saifuddin dengan nada sinis.

Beliau mengulas penerbitan buku memoir tulisan Mahathir setebal 800 muka surat, yang dikarangnya sejak lapan tahun yang lalu selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri keempat yang mengandungi kecaman terhadap Anwar tetapi tidak disertai bukti kukuh.

Dalam pada itu, Saifuddin turut mempersoal kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang 'membela'Mahathir, kononnya beliau pernah melapor sikap Anwar pada awal 90-an.

Kata Saifuddin, kredibiliti Haniff yang sebelum ini pernah berkata dalam kes di mahkamah yang beliau tidak pernah terjumpa sebarang ayat Al-Quran mengharamkan amalan berjudi.

"Apakah orang ini boleh dipercayai? Ironinya, sekarang ada dua kes yang melibatkan bekas Menteri Kabinet yang didakwa menipu Perdana Menteri dan jemaah Menteri," katanya merujuk kepada kes mahkamah baru-baru ini melibatkan Tun Ling Leong Sik dan Datuk Chan Kong Choy.

"Siapakah pula Perdana Menteri yang mengetuai kabinet ketika itu? Apakah orang lain (termasuk Haniff) tidak boleh menipu Perdana Menteri?" soalnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, individu yang membantah pemecatan Anwar antaranya Datuk Dr Ibrahim Saad dan Datuk Afifuddin Omar, tidak mendapat tempat penting dalam Kabinet.

Beliau berkata, mereka ketika itu hanya bertugas sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan.

"Seingat saya, Dr Mahathir memulakan mesyuarat Umno pada 4 September 1998 dengan mengarahkan pemecatan Anwar dan mereka membantah. Akibatnya, mereka tiada tempat dalam politik arus perdana negara," katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8572
STONE: Dulu katanya semua tak ingat, tanya itu tak ingat tanya ini tak ingat, tapi tulis buku pembohong ni boleh pula. Memang dasar si tua tak sedar diri

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


MENTERI TAK TAHU BEZA NOTIS DAN SAMAN-malaysiakini

Posted: 10 Mar 2011 08:50 PM PST




Kegagalan Kerajaan Faham Beza Notis Dan Saman Memalukan



KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kegagalan pihak kerajaan memahami perbezaan antara notis dan saman merupakan perkara yang memalukan.

Reaksi ini dibuat berikutan jawapan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan berhubung soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dan soalan tambahan daripada Mahfuz ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

"Kita agak terkejut bagaimana pihak kementerian tidak boleh memahami persoalan pokok yang terdapat dalam undang-undang Akta Pengangkutan Jalan dan mereka tidak boleh membezakan antara saman dengan notis," katanya.

Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Kempen Anti-Saman Ekor berkata, kerajaan sepatutnya akur dengan tafsiran yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuching berhubung Akta Undang-undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1) (D).

"Apa yang ingin saya ditimbulkan adalah yang diberikan notis untuk kita memberitahu tentang maklumat dalam tempoh tujuh hari untuk kita menjawab. Apa yang diberitahu oleh pihak menteri apabila kita tidak menjawab lalu menganggap kita melakukan satu kelasalahan dan telah menggunakan 17 (1) (D) untuk blacklist kenderaan-kenderaan kita sedangkan mengikut undang-unang lama dia perlu menyaman kita di mahkamah mengapa kita tidak menjawab," katanya.

Mahkamah Tinggi Kuching mentafsirkan Akta Undang-Undang Pengangkutan Jalan Seksyen 17 (1)(D) merupakan perkara yang dianggap perkara belum selesai; merujuk kepada perkara yang belum diselesaikan di peringkat mahkamah.

Mahfuz menyifatkan tindakan ini memalukan memandangkan pihak kerajaan sendiri menggesa pemilik kenderaan mematuhi undang-undang sedangkan mereka sendiri tidak melaksanakan undang-undang mengikut peruntukan yang ditetapkan.

"Sehingga sekarang kerajaan hampir 17juta saman yang dianggap tertunggak. Saman mana boleh tertunggak, kalau saman itu pergi ke mahkamah, mahkamah putuskan bayaran dan perlu bayar disitu. Itu adalah notis tertunggak. Notis tertunggak bukan pada penerima notis sebaliknya merupakan kesalahan polis untuk membawa orang yang menerima notis itu ke mahkamah," katanya.

Mahfuz menambah, keadaan ini pihak kerajaan mengatasi kuasa mahkamah dan meminta kerajaan tidak menyusahkan rakyat memandangkan masalah ini berpunca daripada pihak polis dan JPJ yang tidak mengikut prosedur yang diperuntukan undang-undang.

Sementara itu, Penasihat Undang- Undang Kempen Anti-Saman Ekor (KASE), Zulhilmi Shariff menyatakan rakyat perlu faham kuasa menghukum semua pesalah tertakluk pada mahkamah dan bukannya pihak kerajaan.

"Persoalan yang paling besar ditimbulkan dalam isu saman ekor ini, Ketua Trafik Bukit Aman atau Timbalan Menteri menyebut, kita beri peluang untuk rakyat membayar saman sehingga 10 Mac. Persoalannya di sini, siapa yang suruh bayar? Itu yang paling penting," katanya.

Zulhilmi menambah, kompaun yang dinyatakan merupakan tawaran yang diberikan dan terpulang kepada pemandu sama-ada untuk menerima atau menolaknya.

"Kalau dia mendakwa mengesyaki kita melakukan kesalahan dia dakwa kita di mahkamah dan biar mahkamah hukum kita bukannya polis. Dia hantar notis meminta maklumat seperti yang dimaklumkan Timbalan Menteri dalam dewan Notis 170 A dibawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan adalah notis meminta maklumat pemandu yang perlu dijawab dalam masa 7 hari.

"Kalau kita tidak jawab seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan menyatakan kita hendaklah memuaskan hati mahkamah bahawa kita tidak tahu siapa yang membawa. Maksudnya di sini kita ke mahkamah dan kita menjawab kita tidak tahu siapa yang membawa kenderaan ini. Bukan kita tidak jawab dalam masa 7 hari polis atau JPJ terus blacklist. Itu adalah menghukum," katanya.

Ujar beliau lagi, saman tidak perlu dibayar dan disemak sebaliknya pihak polis atau JPJ perlu membuktikan sama ada pemandu bersalah seperti yang didakwa.

PENOREH GETAH PAKAI ALPHARD VELFIRE SIOTTT

Posted: 10 Mar 2011 04:03 AM PST



PENOREH GETAH PAKAI ALPHARD VELFIRE
DAPAT AIR DAN SEKOTAK ROKOK PUN KAMI DAH GEMBIRAJika penoreh getah lain berlumba-lumba mengejar pendapatan lumayan hasil jualan getah ekoran kenaikan harga komoditi itu, lain pula ceritanya bagi beberapa penoreh getah di Kampung Kerai di sini.Pemuda yang mahu dikenali sebagai Dee, 37, berkata pendapatannya yang boleh mencecah RM500 sehari itu, sanggup ditinggalkan demi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Ahad ini yang sekaligus membolehkan agenda pembangunan di kampungnya diteruskan."Saya dengan rela hati turun padang membantu BN dengan memasang bendera di sekitar kampung saya tidak kira siang atau pun malam demi memastikan BN menang. Kami di kampung berasa amat selesa di bawah pentadbiran BN," katanya dengan penuh semangat.Dee berkata walaupun sedar tugasan itu mengundang risiko namun beliau dan rakan-rakannya sanggup melakukan tugas itu secara sukarela."Kalau nak kira bayaran, dah banyak dah kita dapat manfaat daripada bantuan kerajaan. Jadi bayaran itu bukan masalahnya. Dapat air dan sekotak rokok pun kami dah gembira," katanya yang turut disokong rakannya Rozaimi Mohd Ali, 24. - BernamaNote: Kah..kah..kah..kah.. Berapa ratus ekar ko punya kebun getah ni sampai boleh dapat RM500 sehari.. Patut-patut la kalau nak menipu pun.. patut-patut la kalau nak kipas pun.. Kah..kah..kah..kah.. Sehari RM500 sebulan boleh dapat RM15 ribu.. fuhhh.. paling bangsat pun mamat ni mesti pakai C class 230 Kompressor ni... klau tak pun mesti pakai Toyota Alphard vellfire Kah..kah..kah..kah..






















WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Fitnah 2 : Prosedur Belum Selesai, Anwar Tidur Lokap Semalaman

Posted: 10 Mar 2011 12:13 AM PST





10/03/2011


KUALA LUMPUR 10 MAC: Penahanan semalaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lokap D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008 seperti yang diberitahu oleh DSP Jude Blacious Periera, tidak disokong dengan alasan yang konkrit.

Jude memberitahu mahkamah hari ini, Anwar ditahan sepanjang malam bagi membolehkan pihak polis menyelesaikan sesi merekodkan keterangannya keesokan harinya.

Walhal tidak menjadi satu kekangan sekiranya Anwar dibenarkan pulang dan datang semula keesokan hari untuk menyambung keterangan.

Mahkamah sebelum ini didedahkan, sampel DNA Anwar telah diambil secara tidak sah dari lokap tempat beliau ditahan.

Peguam Kanan Anwar, Karpal Singh berhujah, tiga bahan bukti yang dikemukan iaitu ubat gigi, berus gigi, tuala Good Morning dan sebotol air mineral yang diambil dari lokap Anwar menggunakan cara yang tidak betul dan tidak adil atau melalui tipu muslihat.

Malah katanya, penangkapan Anwar juga menyalahi undang-undang.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan Anwar untuk menggugurkan tiga barang yang diambil dari sel beliau ditahan.

Hari ini saksi terkahir pendakwaan, Jude memberitahu mahkamah, prosedur rakaman lisan oleh polis hanya boleh dirakamkan sebelum jam 6 petang, seraya menyebabkan Anwar ditahan semalaman di lokap D9 IPK Kuala Lumpur.

Jude berkata, penahanan itu bagi membolehkan beliau menyambung sesi keterangan Anwar pada keesokan harinya.

"Saya tahan kerana siasatan saya masih belum selesai. Ada beberapa soalan saya perlu tanya. Kami ada arahan tidak boleh rekod pada waktu malam," jelas beliau seolah-olah tidak jujur dengan penjelasannya.

Katanya, sesi pada keesokan harinya diteruskan berkaitan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

DPP Datuk Yusof Zainal Abiden kemudian mengarahkan Jude merujuk kepingan gambar untuk mengecam individu-individu yang hadir ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 termasuk Anwar dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah pada sebelah pagi menyaksikan Jude untuk pertama kalinya masuk ke kandang saksi.

Beliau yang bersama-sama pengadu Saiful Bukhari Azlan sejak awal memberi keterangan tentang perkara selepas kejadian.

Timbalan Pendakwaraya (DPP), Datuk Yusof Zainal Abiden menyoal balas berhubung pemeriksaan perubatan oleh tiga orang doktor di HKL pada 28 Jun 2008.

Jude berkata beliau bertindak sebagai pemerhati ketika pemeriksaan dilakukan terhadap Saiful dan kemudian mengambil kesemua 12 spesimen daripada doktor untuk disimpan di pejabatnya.

Kemudian Jude memberitahu telah merampas pakaian Saiful termasuk seluar dalam di rumahnya yang terletak di Bandar Utama.

Pada hari yang sama Jude turut merampas sebotol gel jenama Johnson & Johnson daripada Saiful.

Pada 30 Jun, beliau bersama pasukan forensik PDRM yang diketuai Superintenden Amidon ke kondominium Desa Damansara dan merampas beberapa barang termasuk sehelai rambut, karpet dan selimut di unit 1-5-1 dan 1-5-2 kondo yang sama.

Pada hari yang sama, Jude menyerahkan 12 spesimen yang diambil dari HKL pada 28 Jun kepada Dr Siew Sheue Feng.

"Saya buka penutup sebab saya mahu memeriksa samada penutup masih lekat dan mahu tandakan setiap barang," jelas Jude.

Mahkamah bersambung 9 pagi esok.

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Awkaward Agama : Persoalan Hangat Yang Penuh Nafsu dan Noda

Posted: 10 Mar 2011 06:29 PM PST

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


"Bik peluk engkau tak Pol?" Hehe...

Posted: 10 Mar 2011 07:35 PM PST

Jumpa Najib 24hb. Kena tibai 26hb. 26-28hb. jumpa Rosmah. 27hb. baru letak jawatan. 28hb. baru lapor kepada polis. Jumpa Ezam bila? Jumpa Rodwan bila? Nate bewok puak2 ni...

Polis: Saiful temui isteri Najib, dakwa diliwat Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Mohd Saiful Bukhari telah mengadu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, demikian menurut pegawai penyiasat polis hari ini.

DSP Jude Pereira berkata beliau ada merekodkan kenyataan Rosmah pada 17 Julai 2008 tetapi tidak merekodkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak selepas kejadian itu didakwa terjadi pada 26 Jun 2008.

Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri.

"Anda mengambil keterangan daripada Datin Rosmah?" soal peguam utama Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi hari ini.
"Ya, pada 17 Julai 2008," jawab Jude.

Latest Sodomy 2: Ikuti Soal Balas Karpal Singh Terhadap Jude Secara Live...

Posted: 10 Mar 2011 05:39 PM PST

Terima kasih Malaysian Insider...

http://twitter.com/insider_latest

Wakil Rakyat Baghal Tidak Diperlukan...Ajer Nyer!!

Posted: 10 Mar 2011 12:37 AM PST

Setiap kali keluar PKR, MP dan ADUN yang terlibat akan membalun Anwar secukup rasa.

Yang last sekali ialah Gobala. Seronok sakan dia menghentam Anwar kununnya jasanya yang banyak tidak dikenang.

Tapi aku seronok tengok Anwar...dia peduli apa dengan jasa Gobala. Yang penting perjuangan mesti ada prinsip. Kalau nak kaya (1.4juta) pergilah join parti apapun tapi keluar dari PKR.

Begitu juga dengan MP yang juga seorang loyar buruk. Kununnya dialah sorang jer selama ini yang jadi loyar Anwar. Dia ingat orang tak tau kerja dia cuma buat search file. Hehe..mangkok.

Tengok apa Anwar buat yang buat dia naik angin. Hang nak belah...pergi jahanamlah. Anwar peduli apa kaki pencacai macam ni.

Mangkok2 ni lupa dia orang jadi MP pasai apa? Pasai Anwar bagi chance dia orang jadi calun... Itu jer. Dan bila menang, Anwar mahu mereka berkorban bukan nak jadi kaya. Baghal betul mangkok2 ni....

Jadi baguih sangatlah Anwar bagi amaran awal2 kat semua wakil rakyat Pakatan Rakyat semua. Kalau masuk PR hanya sebab nak habuan baik hang semua join Umno, MCA atau MIC. Pi jauh2....

Keluar PR jika tidak puas hati: Anwar

KOTA SARANG SEMUT - Mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak berpuas hati sekiranya tidak dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang 'dialu-alukan' untuk keluar dari PR kerana pakatan itu hanya memerlukan calon yang sanggup berkorban.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin PR yang dikenal pasti bermasalah dan tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkebolehan dan diterima rakyat.

Menurutnya, PR memandang serius usaha memenangi PRU akan datang demi membawa perubahan kepada rakyat sebagaimana dinikmati rakyat Mesir dan Tunisia setelah pemimpin diktator mereka dijatuhkan.

"Lebih baik mana-mana pemimpin yang ada kepentingan diri keluar dari PR dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan sentiasa yakin dengan keupayaan pakatan ini untuk menentang pemerintahan zalim UMNO dan BN.

"Pada masa sama, saya juga menuntut semua ahli PR lebih berani menyampaikan wadah perjuangan pakatan itu kepada umum di samping tidak meremehkan usaha yang dilakukan pucuk kepimpinan parti masing-masing dalam usaha menawan Putrajaya," katanya sewaktu menyampaikan ceramah sempena pemerintahan tiga tahun PR di Kedah di Kota Sarang Semut, semalam.

Anwar turut mendedahkan terdapat pemimpin PR yang dibayar sebanyak RM1.4 juta untuk keluar dari parti masing-masing di samping cuba melaga-lagakan keutuhan hubungan tiga parti utama PR iaitu PKR, Pas dan DAP.

"Saya sudah menyerahkan segala bukti itu kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution untuk disimpan sebelum menunggu masa yang sesuai untuk didedahkan," katanya.

Anwar juga meluahkan keazaman PR untuk berusaha dan berikhtiar dengan sedaya upaya untuk memperbaiki prestasi pakatan itu di kawasan Dewan Undangan Negeri( DUN) dan Parlimen yang tewas pada PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu.

"Kita mesti bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU yang akan datang memandangkan ianya peluang terbaik untuk menukar pemerintah sebagaimana berlaku di beberapa negara di Timur Tengah," katanya.

Kisah lelaki songsang...

Posted: 09 Mar 2011 10:36 PM PST

Kesan air mani yang terdapat di seluar dalam Saiful berjenama Levi's adalah di bahagian depan sedangkan dia mendakwa Anwar meliwat beliau? Kalu kena liwat patutnya kesan tu di bahagian belakang.

Atau adakah ini disebabkan beliau memang lelaki songsang yang memakai seluar dalamnya secara terbalik? Yang depan ke belakang dan sebaliknya?

Plot cerita lebih menarik kerana seluar dalamnya yang basah diperolehi dari rumah bekas tunangnya? Pertunangan mereka juga khabarnya telah berakhir. Kenapa?

Adakah bekas tunang beliau akan dipanggil ke kandang saksi untuk memberi keterangan...jeng jeng jeng...