Khamis, 10 Mac 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO - BIDAS BUKU MAHATHIR DAN FAKTA MAHATHIR PENGECUT

Posted: 10 Mar 2011 05:00 PM PST




Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK perlu saya ulas panjang, anda boleh dengar sendiri hujah YB Saifuddin Nasution terhadap Tun Mahathir di dalam klip video di atas berkenaan:

- Mengapa Mahathir takut hadir ke mahkamah setelah disapina oleh pihak Peguambela Anwar untuk memberikan keterangan semasa Kes Liwat 1 dahulu? Bukankah Mahathir sebelum itu siang malam bercakap di hadapan TV menyebut beliau ada bukti kukuh tentang salah laku Anwar?

- Bolehkah diterima pakai cakap Mahathir bahawa beliau mendapat maklumat tentang salahlaku Anwar awal lagi iaitu di awal tahun 1990 melalui Tun Hanif Omar (Bekas Ketua Polis Negara)? Sekiranya benar, mengapa Mahathir tetap melantik Anwar menjadi Menteri Kabinet selepas tahun 1990 sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri? Adakah Mahathir mahu Menteri Kabinetnya berkelakuan buruk dengan melantik Anwar menjadi Menteri walaupun beliau dakwa tahu maklumat kelakuan Anwar awal tahun 1990?

- Tun Hanif Omar pernah memberi keterangan di dalam mahkamah sewaktu kes liwat 1 DS Anwar, bahawa beliau tidak menjumpai ayat mengharamkan judi di dalam Al-Quran. Adakah insan seperti ini boleh kita terima kenyataannya yang melaporkan kegiatan Anwar pada Tun Mahathir? Atau, mungkinkah Mahathir ditipu oleh Tun Hanif ketika itu? Tidak mustahil, kerana bukankah Ling Liong Sik didakwa menipu Mahathir dan kabinet dalam isu berkaitan PKFZ ?

- Jelas, Mahathir takut untuk berdepan dengan Anwar, sebab itu beliau hanya keluarkan buku yang tidak boleh disoal jawab lagi. Memang Mahathir tidak takut jika Anwar saman beliau kerana penulisan di dalam buku itu kerana beliau lebih arif tentang mahkamah di negara ini.

wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH DS ANWAR, PKR PERLUKAN KUALITI BUKAN KUANTITI

Posted: 10 Mar 2011 07:37 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

DS ANWAR nampaknya sudah tidak bimbang lagi berapa ramai pemimpin atau ahli-ahli PKR yang akan keluar parti. Beliau bahkan mencabar sesiapa yang berada di dalam PKR yang hanya mahu menjadi calon di dalam pilihanraya tetapi tidak mahu bersusah dan berkorban agar keluar segera dari PKR.

Ketua Umum PKR ini tidak marah sekiranya terdapat pemimpin atau ahli-ahli PKR yang menegur atau mengkritik parti dengan baik, jujur dan berasas tetapi beliau amat marah sekiranya mereka tidak mahu berjuang, tidak mahu berkorban untuk parti walaupun tidak pernah menegur parti. Ini bezanya dengan pemimpin Umno yang sentiasa mahu dikipas dan sesiapa paling kuat kipasnya maka ada harapan di dalam Umno.

Walaupun parti boleh ditegur dan dikritik, namun setiap ahli mesti menggunakan kebijaksanaan sendiri untuk menimbang samada pendekatan yang mereka ambil itu menguntungkan parti atau tidak. Sekiranya tidak menguntungkan parti pun, paling tidak jangan sampai menguntungkan musuh parti. PKR mesti terus ditegur dan dikritik agar parti ini sentiasa berjaga dan tidak tidur. Pemimpin pula mesti mengambil setiap teguran itu dengan pandangan yang positif kecuali jika ternyata kritikan itu dibuat semata-mata untuk mencari jalan untuk keluar dari parti. PKR banyak pengalaman semacam ini. Cuba tanya mereka yang telah bertukar menjadi `spesis katak' itu.

Kita tahu mengapa Zahrain keluar kerana Lim Guan Eng telah dedahkan tembelang Zahrain sebelum beliau menjadi katak. Sejarah juga memperlihatkan bagaimana seorang Adun dari Perak yang terlepas dari dakwaan rasuah seks setelah menjadi katak. Tidak lupa kita bagaimana seorang TKM P.Pinang yang bermasalah kewangan, menjadi katak dan masalah selesai. Terbaru, katak hitam pula berjaya menyelesaikan bayaran membeli tanah berharga jutaan ringgit sekelip mata sebaik sahaja menjadi katak.

Oleh sebab itulah, kita harus menyokong kuat usaha DS Anwar untuk membersihkan parti dari pemimpin seperti ini. Biarlah kita kembali mempunyai seorang wakil tunggal di Parlimen seperti dahulu sekiranya yang lain hanya mahu hidup senang lenang dan tidak mahu berkorban untuk rakyat bawahan. PKR perlukan kualiti, bukan kuantiti. Tahniah DS Anwar. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: