Khamis, 10 Mac 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


"Bik peluk engkau tak Pol?" Hehe...

Posted: 10 Mar 2011 07:35 PM PST

Jumpa Najib 24hb. Kena tibai 26hb. 26-28hb. jumpa Rosmah. 27hb. baru letak jawatan. 28hb. baru lapor kepada polis. Jumpa Ezam bila? Jumpa Rodwan bila? Nate bewok puak2 ni...

Polis: Saiful temui isteri Najib, dakwa diliwat Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Mohd Saiful Bukhari telah mengadu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selepas didakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jun 2008, demikian menurut pegawai penyiasat polis hari ini.

DSP Jude Pereira berkata beliau ada merekodkan kenyataan Rosmah pada 17 Julai 2008 tetapi tidak merekodkan kenyataan Datuk Seri Najib Razak selepas kejadian itu didakwa terjadi pada 26 Jun 2008.

Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri.

"Anda mengambil keterangan daripada Datin Rosmah?" soal peguam utama Anwar, Karpal Singh di Mahkamah Tinggi hari ini.
"Ya, pada 17 Julai 2008," jawab Jude.

Latest Sodomy 2: Ikuti Soal Balas Karpal Singh Terhadap Jude Secara Live...

Posted: 10 Mar 2011 05:39 PM PST

Terima kasih Malaysian Insider...

http://twitter.com/insider_latest

Wakil Rakyat Baghal Tidak Diperlukan...Ajer Nyer!!

Posted: 10 Mar 2011 12:37 AM PST

Setiap kali keluar PKR, MP dan ADUN yang terlibat akan membalun Anwar secukup rasa.

Yang last sekali ialah Gobala. Seronok sakan dia menghentam Anwar kununnya jasanya yang banyak tidak dikenang.

Tapi aku seronok tengok Anwar...dia peduli apa dengan jasa Gobala. Yang penting perjuangan mesti ada prinsip. Kalau nak kaya (1.4juta) pergilah join parti apapun tapi keluar dari PKR.

Begitu juga dengan MP yang juga seorang loyar buruk. Kununnya dialah sorang jer selama ini yang jadi loyar Anwar. Dia ingat orang tak tau kerja dia cuma buat search file. Hehe..mangkok.

Tengok apa Anwar buat yang buat dia naik angin. Hang nak belah...pergi jahanamlah. Anwar peduli apa kaki pencacai macam ni.

Mangkok2 ni lupa dia orang jadi MP pasai apa? Pasai Anwar bagi chance dia orang jadi calun... Itu jer. Dan bila menang, Anwar mahu mereka berkorban bukan nak jadi kaya. Baghal betul mangkok2 ni....

Jadi baguih sangatlah Anwar bagi amaran awal2 kat semua wakil rakyat Pakatan Rakyat semua. Kalau masuk PR hanya sebab nak habuan baik hang semua join Umno, MCA atau MIC. Pi jauh2....

Keluar PR jika tidak puas hati: Anwar

KOTA SARANG SEMUT - Mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang tidak berpuas hati sekiranya tidak dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang 'dialu-alukan' untuk keluar dari PR kerana pakatan itu hanya memerlukan calon yang sanggup berkorban.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin PR yang dikenal pasti bermasalah dan tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digugurkan bagi memberi laluan kepada pemimpin lain yang lebih berkebolehan dan diterima rakyat.

Menurutnya, PR memandang serius usaha memenangi PRU akan datang demi membawa perubahan kepada rakyat sebagaimana dinikmati rakyat Mesir dan Tunisia setelah pemimpin diktator mereka dijatuhkan.

"Lebih baik mana-mana pemimpin yang ada kepentingan diri keluar dari PR dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan sentiasa yakin dengan keupayaan pakatan ini untuk menentang pemerintahan zalim UMNO dan BN.

"Pada masa sama, saya juga menuntut semua ahli PR lebih berani menyampaikan wadah perjuangan pakatan itu kepada umum di samping tidak meremehkan usaha yang dilakukan pucuk kepimpinan parti masing-masing dalam usaha menawan Putrajaya," katanya sewaktu menyampaikan ceramah sempena pemerintahan tiga tahun PR di Kedah di Kota Sarang Semut, semalam.

Anwar turut mendedahkan terdapat pemimpin PR yang dibayar sebanyak RM1.4 juta untuk keluar dari parti masing-masing di samping cuba melaga-lagakan keutuhan hubungan tiga parti utama PR iaitu PKR, Pas dan DAP.

"Saya sudah menyerahkan segala bukti itu kepada Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution untuk disimpan sebelum menunggu masa yang sesuai untuk didedahkan," katanya.

Anwar juga meluahkan keazaman PR untuk berusaha dan berikhtiar dengan sedaya upaya untuk memperbaiki prestasi pakatan itu di kawasan Dewan Undangan Negeri( DUN) dan Parlimen yang tewas pada PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu.

"Kita mesti bersungguh-sungguh untuk menghadapi PRU yang akan datang memandangkan ianya peluang terbaik untuk menukar pemerintah sebagaimana berlaku di beberapa negara di Timur Tengah," katanya.

Kisah lelaki songsang...

Posted: 09 Mar 2011 10:36 PM PST

Kesan air mani yang terdapat di seluar dalam Saiful berjenama Levi's adalah di bahagian depan sedangkan dia mendakwa Anwar meliwat beliau? Kalu kena liwat patutnya kesan tu di bahagian belakang.

Atau adakah ini disebabkan beliau memang lelaki songsang yang memakai seluar dalamnya secara terbalik? Yang depan ke belakang dan sebaliknya?

Plot cerita lebih menarik kerana seluar dalamnya yang basah diperolehi dari rumah bekas tunangnya? Pertunangan mereka juga khabarnya telah berakhir. Kenapa?

Adakah bekas tunang beliau akan dipanggil ke kandang saksi untuk memberi keterangan...jeng jeng jeng...

Tiada ulasan: