MIMPI SENJA |
- Pelajar bertudung jual tubuh RM10 sejak umur 15 tahun
- Selamat Pengantin Baru Datuk Hj Kamaruddin Jaafar - MP Tumpat
- Cakap berapi-rapi, nak bawa ke mahkamah kenapa takut?
Pelajar bertudung jual tubuh RM10 sejak umur 15 tahun Posted: 10 Mar 2011 04:01 PM PST Kota Kinabalu: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya. Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi. Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini. "Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan," katanya. Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah. "Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk 'ditemu duga' sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an. "Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh," katanya. Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring. "Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya," katanya. Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja. "Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang. "Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan," katanya. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya. "Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk," katanya. - metro |
Selamat Pengantin Baru Datuk Hj Kamaruddin Jaafar - MP Tumpat Posted: 10 Mar 2011 07:21 AM PST [Gambar ihsan yfrog YB Mahfuz dan twitter DS Nizar] Pagi semalam - Khamsi 10/3/11 - menyaksikan seorang Ahli Parlimen melangsungkan majlis akad nikah di Masjid Kelana Jaya, Selangor. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi itu hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat sahaja. Tepat jam 11.40 pagi, pasangan pengantin tersebut secara sahnya bergelar suami isteri. Ahli Parlimen yang dimaksudkan adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (MP Tumpat). Beliau yang kematian isteri pada 11 November 2009 yang lalu telah memilih pasangan daripada Melaka untuk mendirikan rumahtangga kali ini. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Datuk Kamaruddin Jaafar. |
Cakap berapi-rapi, nak bawa ke mahkamah kenapa takut? Posted: 10 Mar 2011 12:31 AM PST Dr M berani tulis memoir tapi takut ke mahkamah – Saifuddin KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersikap anak jantan apabila menulis buku berbentuk memoir dengan yang mempertikai kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa bersandarkan bukti kukuh sedangkan bekas Perdana Menteri itu, berpeluang berbuat demikian pada 1998 lagi.. Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Mahathir tidak berani berhadapan dengan peguam Anwar ketika disapina mahkamah dalam kes Fitnah I pada 1998. "Mengapa dia (Mahathir) tidak pergi? Sedangkan ketika itu adalah peluang untuk menceritakan seperti apa yang tertulis dalam memoirnya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Menyatakan peguam Anwar menggunakan saluran undang-undang untuk memperoleh keterangannya di mahkamah, beliau berkata, seseorang yang disapina tetapi tidak hadir memberi keterangan, harus didakwa kerana boleh dianggap menghina mahkamah. "Sehebat-hebat Dr Mahathir, dia tidak bersikap seperti anak jantan dan takut untuk menjawab soalan-soalan dari peguam," kata Saifuddin dengan nada sinis. Beliau mengulas penerbitan buku memoir tulisan Mahathir setebal 800 muka surat, yang dikarangnya sejak lapan tahun yang lalu selepas beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri keempat yang mengandungi kecaman terhadap Anwar tetapi tidak disertai bukti kukuh. Dalam pada itu, Saifuddin turut mempersoal kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar yang 'membela'Mahathir, kononnya beliau pernah melapor sikap Anwar pada awal 90-an. Kata Saifuddin, kredibiliti Haniff yang sebelum ini pernah berkata dalam kes di mahkamah yang beliau tidak pernah terjumpa sebarang ayat Al-Quran mengharamkan amalan berjudi. "Apakah orang ini boleh dipercayai? Ironinya, sekarang ada dua kes yang melibatkan bekas Menteri Kabinet yang didakwa menipu Perdana Menteri dan jemaah Menteri," katanya merujuk kepada kes mahkamah baru-baru ini melibatkan Tun Ling Leong Sik dan Datuk Chan Kong Choy. "Siapakah pula Perdana Menteri yang mengetuai kabinet ketika itu? Apakah orang lain (termasuk Haniff) tidak boleh menipu Perdana Menteri?" soalnya. Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin berkata, individu yang membantah pemecatan Anwar antaranya Datuk Dr Ibrahim Saad dan Datuk Afifuddin Omar, tidak mendapat tempat penting dalam Kabinet. Beliau berkata, mereka ketika itu hanya bertugas sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan. "Seingat saya, Dr Mahathir memulakan mesyuarat Umno pada 4 September 1998 dengan mengarahkan pemecatan Anwar dan mereka membantah. Akibatnya, mereka tiada tempat dalam politik arus perdana negara," katanya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8572 STONE: Dulu katanya semua tak ingat, tanya itu tak ingat tanya ini tak ingat, tapi tulis buku pembohong ni boleh pula. Memang dasar si tua tak sedar diri |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan