Khamis, 3 Mac 2011

Politiksukusakat

Politiksukusakat


Kisah hidup Anak-anak Presiden Lahanat dan Jahanam di negara-negara Arab

Posted: 03 Mar 2011 12:13 AM PST

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Ada pepatah Arab yang menyebut 'Anak lelaki adalah mereka yang berkata, inilah saya, bukan ayah saya atau datuk saya.' Maksudnya, anak lelaki yang sebenar adalah mereka yang tampil dengan kebolehan sendiri, samada dia seorang yang berani, bijak, kaya, berpengaruh, disegani, berpangkat semuanya kerana dirinya. Bukanlah seorang anak lelaki kalau setakat dia berbangga dengan sejarah silam keluarganya samada ayahnya atau datuknya atau sesiapa sahaja. Kalau diri sendiri tak memiliki apa-apa tapi sekadar bersandar dan bergantung dengan pengaruh keluarga.

Banyak kali saya mendengar pepatah ini diucapkan oleh sahabat-sahabat sekuliah dulu dan saya amat tertarik dengan maksudnya agar kita tampil sebagai seorang individu yang hebat dan berdikari.

Krisis politik yang berlaku di beberapa Negara Arab membuka mata kita bagaimana hebatnya pengaruh seorang anak lelaki di belakang seorang bapa yang telah berpuluh tahun bertakhta di puncak kuasa sekalipun dibenci oleh rakyat sendiri.

Gamal Mubarak

Gamal Mubarak atau nama sebenarnya Gamal Al Din Mohammed Hosni Sayed Mubarak seketika pernah menjadi sebutan kerana kekayaan dan pengaruhnya di belakang bapanya bekas Presiden, Hosni Mubarak sehingga beliaulah dikatakan individu yang dipersiapkan oleh ayahnya untuk mengambil alih kepimpinan Negara.

Usaha untuk mempersiapkan Gamal sebagai Presiden dalam pembikinan dimulakan secara serius sekitar tahun 2000. Dengan ketiadaan jawatan Naib Presiden dalam struktur pemerintahan Mesir memudahkan tumpuan media beralih kepada Gamal disamping bapanya Hosni.

Walaupun berkali-kali pernah menafikan bahawa beliau bercita-cita ke puncak kuasa, tetapi dengan posisinya sebagai Timbalan Setiausaha Agong parti pemerintah NDP di samping mengetuai Komiti yang menentukan polisi parti, satu komiti terpenting dalam NDP, penafian ini sukar dipercayai oleh kebanyakkan rakyat Mesir.

Penganalisis politik meletakkan tanggungjawab bahawa kekacauan politik dan ekonomi Mesir ketika hari-hari terakhir kekuasaan Hosni adalah direncanakan dan diatur oleh Gamal dan kawan-kawan rapatnya yang berkepentingan dengan mengambil alih kedudukan penasihat politik kepada ayahnya, mengasingkan ayahnya daripada orang ramai dan beliaulah yang menulis ucapan perletakkan jawatan ayahnya mengenepikan ucapan yang telah didrafkan oleh Timbalan Presiden.

Pada 28 Februari 2011, Akhbar Egyptian Daily, Al Ahram melaporkan satu senarai panjang akaun bank yang didakwa dimiliki oleh Gamal. Al Ahram melaporkan Ketua Pendakwaraya Mesir menerima laporan mengenai sejumlah wang luar biasa yang telah didepositkan ke dalam akaun-akaun tersebut yang diyakini milik anak lelaki bekas Presiden ini.

Semua akaun milik keluarga Mubarak ini telah menerima arahan pembekuan dari Pejabat Pendakwaraya Mesir termasuklah milik Gamal dan Mahkamah Rayuan Mesir memutuskan tarikh pada 5 Mac 2011 untuk semakan semula perintah pembekuan ini tetapi dijangkakan arahan pembekuan ini akan dikekalkan.

Uday Husein

Sebelum ini ketika menuntut di Iraq saya selalu diceritakan berkenaan anak lelaki sulong Presiden Saddam Hussein dan isteri pertamanya Sajida Tulfah, Uday Saddam Hussein al-Tikriti.

Dilahirkan 18 Jun 1964 ketika bapanya sedang dipenjarakan. Asalnya beliau dilihat sebagai bakal penganti bapanya, tetapi perlakuan buruk, salah laku seks, perlakuan jenayah serta hubungan renggangnya dengan adik beradik yang lain meminggirkannya dari peranan penting Negara.

Uday menamatkan pengajian peringkat menengah dengan markah tertinggi luar biasa yang tak pernah dicapai oleh sesiapa, 100 % dari kesemua 6 subjek! Realitinya, guru yang mengajar diarahkan mengurniakan markah istimewa kerana beliau anak Presiden dengan markah penuh bagi semua subjek sekalipun Uday menghantar kertas jawapan kosong dalam peperiksaan!

Memasuki Kuliah Perubatan, Universiti Baghdad tetapi Uday hanya belajar di kuliah tersebut selama 3 hari sebelum bertukar ke Kuliah Kejuruteraan, Universiti Baghdad. Saya sangat pasti ramai di kalangan pensyarah yang menarik nafas lega dengan pemergian Uday.

Semasa di kuliah Pergigian, Universiti Baghdad dahulu, antara teman sekelas saya adalah anak lelaki Tariq Aziz, bekas Perdana Menteri Iraq dan bekas Menteri Luar Iraq. Saya dapat rasakan bagaimana ketatnya kawalan keselamatan untuk seorang anak Perdana Menteri, apatah lagi untuk Uday, anak seorang Presiden.

Di Kuliah Kejuruteraan, sebagaimana dijangka, sekali lagi beliau berjaya menamatkan pengajian dan muncul sebagai pelajar terbaik dari seramai 76 pelajar di kelasnya! Tentu sekali kedudukannya sebagai anak lelaki Presiden mewajibkan pensyarah mengurniakan markah penuh kepadanya sekalipun beliau lebih banyak ponteng dari hadir ke kuliah!

Tahun 1988, ketika penganjuran satu parti yang dihoskan oleh Suzanne Mubarak, isteri bekas Presiden Hosni Mubarak, Uday terlibat dalam jenayah besar pertamanya, membunuh pembantu peribadi bapanya merangkap tukang rasa makanan (food tester) Kamel Hana Gogeo.

Ada dakwaan yang mengatakan, ia adalah arahan ibunya Sajida Tulfah kerana Gogeo bertanggungjawab memperkenalkan seorang wanita bernama Samira Shahbanbar kepada bapanya yang akhirnya menjadi isteri kedua Saddam. Bagi Uday, hadirnya Samira dalam keluarganya telah merampas hak ibunya.

Ekoran pembunuhan ini, Uday telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun. Tetapi atas permintaan peribadi Raja Hussein Jordan, Uday telah diampunkan oleh Saddam hanya setelah 3 bulan sahaja menjalani hukuman penjara. Kemudian Uday dihantar ke Switzerland sebagai pembantu duta Iraq di Swiss.

Ekoran satu perlakuan jenayah yang dilakukan apabila Uday menikam seorang rakyat Swiss di sebuah restoren, beliau telah dihalau keluar oleh kerajaan Swiss.

Berkahwin dengan anak perempuan Izzat Ibrahim Ad Douri, Naib Presiden Iraq yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Revolusi Iraq. Isteri beliau kemudiannya diceraikan.

Memiliki dan menguasai akhbar harian Iraq, Babel dan saluran stesyen TV tempatan, As Shabab TV serta memegang tugas sebagai Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, Uday kelihatan begitu berkuasa tanpa dapat dibantah oleh sesiapa.

Selaku Presiden Majlis Olimpik Iraq dan Presiden Persatuan Bolasepak Iraq, sebuah Negara dengan rakyat yang sangat fanatik terhadap sukan bolasepak, Uday meletakkan sasaran wajib menang apabila pasukan bolanya atau atlit Iraq beraksi.

Kekalahan bermakna mereka akan dihukum dan didera, kepala akan dibotakkan. Atlit-atlit yang gagal untuk menang akan dirotan di tapak kaki, lokasi yang mendatangkan kesakitan yang ekstrem tetapi tidak meninggalkan bekas.

Uday akan memberikan arahan bertulis tentang berapa kali bilangan rotan yang sepatutnya diterima oleh seorang atlit berdasarkan tahap kegagalan mereka. Atlit-atlit yang gagal akan dipanggil dengan panggilan monyet dan anjing, suatu penghinaan yang amat memalukan bagi orang-orang Arab.

Kegagalan memasuki pusingan akhir Piala Dunia 1994 menyebabkan sebahagian pemain dipenjarakan dan dipaksa menyepak bola yang dibuat daripada konkrit! Kekalahan 4-1 di tangan Jepun ketika pusingan akhir Piala Asia 2000 di Labenon ternyata menjadi petaka buat penjaga gol, Hashim Hassan, pemain pertahanan, Abdel Jabbar dan penyerang, Qahtan Chatir apabila mereka dipersalahkan dan diseksa selama 3 hari oleh pengawal-pengawal Uday.

Selalu juga diceritakan bagaimana gadis-gadis Iraq ramai yang dilarikan untuk menjadi mangsa kebuasan nafsu Uday, tanpa pernah diadili. Ada yang akhirnya membunuh diri atau dibunuh keluarga sendiri untuk menutup aib.

Dalam satu tragedi sadis, seorang wanita muda yang sedang berjalan bersama suaminya diganggu Uday dan diajak untuk melakukan hubungan seks di mana Uday menghina suami wanita tersebut sebagai anjing yang tidak memiliki apa-apa, sedangkan dirinya seorang lelaki hebat, beruniform tentera, memiliki harta dan kekuasaan.

Apabila wanita tersebut enggan, Uday mengarahkan pengawalnya menangkap wanita tersebut, suaminya yang cuba mempertahankan isterinya dibelasah teruk oleh pengawal-pengawal peribadi Uday.

Wanita tersebut dirogol dan dibunuh, suaminya juga dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan cuba mencederakan anak lelaki Presiden dan menentang kepimpinan Saddam.

Antara kegemaran pelik Uday adalah memelihara binatang buas seperti singa, cheetah dan harimau di rumahnya. Singa selalunya menjadi lambang kegagahan dan keberanian sehingga ada yang menamakan anak lelaki mereka dengan nama 'Haidar' bermakna anak singa.

Uday Saddam pernah membelasah sehingga tidak sedarkan diri seorang pegawai tenteranya yang enggan membenarkan beliau menari bersama isterinya. Pegawai tentera tersebut akhirnya meninggal dunia di hospital. Ada anggota tentera yang tidak memberikan tabik hormat kepadanya juga ada yang ditembak mati.

Satu tragedi hitam telah berlaku sekitar Disember tahun 1996 di Wilayah Mansour, Baghdad ketika beliau sedang memandu Porsche di mana satu serangan hendap bertujuan membunuh Uday berlaku.

8 butir peluru yang singgah di tubuhnya menyebabkan kecederaan parah kepada anak lelaki sulong Saddam ini sehingga memaksa satu pasukan pakar bedah diterbangkan dari Francis ke Hospital Ibnu Sina, Baghdad untuk berusaha menyelamatkan nyawa beliau. Jangkaan awal beliau akan lumpuh.

Beberapa pembedahan berulang kali dilakukan untuk mengeluarkan peluru tetapi satu peluru masih melekat di tulang belakangnya yang terlalu hampir dengan saraf tunjang dan tidak dapat dikeluarkan. Beliau pulih walaupun terpaksa bertongkat.

Terselamat dalam serangan pertama dan setelah melalui pelbagai episod hitam dalam hidupnya, tanggal 22 Julai 2003 adalah hari terakhir Uday melihat matahari apabila beliau terbunuh dalam serangan hendap anggota marin US di sebuah rumah yang terletak di daerah Mousul, bahagian utara Iraq.

Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi

Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam Muammar al-Gaddafi yang tegar memberikan amaran bahawa bumi Libya akan digenangi dengan darah para penentang ayahnya sekiranya mereka terus berdegil untuk meneruskan demonstrasi menentang kepimpinan ayahnya yang telah 42 tahun
berkuasa.

Seorang jurutera berkelulusan Al Fateh University, Tripoli. Ijazah PhD beliau dari London School of Economic (LSE) pada 2008 menjadi pertikaian ekoran ada dakwaan 'plagiarism' pada thesis PhD beliau.

Plagiarism didefinisikan sebagai 'The practice of taking someone else's work or ideas and passing them off as one's own' (mengambil hasil kerja atau idea orang lain kemudian mendakwanya sebagai milik sendiri). Ekoran dakwaan ini, LSE berhadapan dengan tekanan untuk menarik balik penganugerahan ijazah tersebut.

Beliau merupakan anak lelaki kedua Gaddafi. Ibunya isteri kedua Gaddafi, Safia Farkash. Saif pernah menjalinkan hubungan romantik pada 2006 dengan artis Israel, Orly Weinermen.

Gaya hidup mewahnya ketara apabila pernah menganjurkan parti sambutan hari lahir ke 37 pada 2009 di Montenegro dengan tetamu kenamaan seperti Prince Albert of Monaco, Peter Munk dan Oleg Deripaska. Parti yang sama pernah dianjurkan di St Tropez dan Monaco.

Saif adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Libya bagi Pengawalan Dadah dan Narkotik serta mengasaskan Yayasan Kebajikan Antarabangsa Gaddafi yang pernah terlibat dalam misi pembebasan tebusan dan perbicaraan kes jururawat asing yang dituduh terlibat dalam penyebaran HIV di Libya.

Kerap kali mewakili bapanya dalam beberapa misi diplomatic dan hubungan awam sehingga kelihatan beliaulah yang dipersiapkan sebagai peneraju Negara seterusnya walaupun beberapa kali menafikannya.

Dalam interview dengan agensi berita ABC News, dengan kerasnya beliau menafikan bahawa bapanya membunuh orang awam sambil memberikan amaran bahawa protes yang membawa kepada perang saudara ini akan mengakibatkan tiada lagi perdagangan, tiada minyak dan negara
akan diambil alih oleh orang asing.

Beliau juga mendakwa bahawa Libya sebenarnya masih 'aman' dan seluruh rakyat sayang dan cintakan bapanya Gaddafi sambil menyalahkan Al Jazeera, BBC News dan Al Arabiya atas laporan putar belit dan tidak mengambarkan situasi sebenar di Libya.
-------------------------------------------

Dr Azman adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu. Dalam pilihan raya umum lalu, beliau bertanding di Dun Jabi, Terengganu. Dr Azman adalah doktor pergigian yang mendapat ijazahnya dari sebuah universiti di Baghdad.

bumiperak

bumiperak


Krisis Libya lakonan Ghadafi dan Obama

Posted: 03 Mar 2011 06:16 AM PST

Krisis Libya semakin meruncing. Amerika mengambil peluang untuk menjadikan Libya menjadi negerinya yang ke 53 selepas Iraq dan Afghanistan. Benarkah Amerika ingin menolong rakyat Libya dari kejahatan Muammar Gaddafi? Atau benarkah Gaddafi begitu bencikan Amerika ?

Sejarah merekodkan bahawa mana-mana pemimpin Arab mempunyai "tuhan"nya sendiri samada Amerika ataupun USSR(sebelum kejatuhan komunis). Selepas kejatuhan USSR, negara Arab yang pro USSR mula mengalih kiblat untuk "menyembah tuhan yang baru" iaitu Amerika. Ini kerana Amerika menjadi Kuasa Tunggal (world police).

Negara yang pro USSR seperti Iraq, Libya dan Syria mula berbaik dengan Amerika. Cumanya Saddam Husein(Iraq) yang menjadi khadam Amerika ketika Perang Iran-Iraq mula "lawan taukeh" yang menyebabkan Amerika berang dan menjajahnya hingga kini. Syria dan Libya sudah mula secara "perlahan-lahan" menukar kiblat "menyembah" Amerika.

Lihatlah Syria mula berlembut dengan Israel. Manakala Gadaffi bukan saja asyik dengan wanita-wanita cantik Itali bahkan mula berkenyit mata dengan Israel. Jika Amerika menyerang Libya ianya adalah mengikut "skrip" arahan bersama Libya dan Amerika. Percayalah.

Amerika belajar dari krisis Mesir. Betapa jatuhnya Mubarak tanpa pertempuran dahsyat dan "sedikit darah" mengalir di bumi Mesir satu "kerugian" bagi pihak Amerika kerana tentera Amerika tiada alasan untuk masuk campur. Lebih-lebih lagi Amerika melihat penglibatan Ikhwanul Muslimin dalam demostrasi Mesir yang begitu tertib, teratur dan damai. Mana ada pimpinan Ikhwan mengarah menyerang tentera atau jadikan tentera sebagai musuh.

Lihat reaksi Gaddafi ketika demostrasi mula berlaku. Beliau mengatakan Libya dalam bahaya kerana ancaman "pelampau Islam" (Al-Qaeda). Tetapi tuduhan beliau tidak berkesan bahkan menaikkan lagi bilangan rakyat turun ke jalanraya. Sebenarnya tuduhan Gaddafi itu adalah cara "menarik minat" Amerika untuk menjajah Libya. Mengambil pengalaman Mesir dan Tunisia, Gaddafi dan Amerika bersatu untuk mengekang pengaruh Ikhwanul Muslimin dari merebak ke Libya.

Jika ianya berlaku, satu lagi ancaman bahaya buat Israel. Jatuhnya Gaddafi setelah Ben Ali dan Mubarak melengkapkan geografi Afrika Utara menjadi Kuasa Baru buat umat Islam dan mendekatkan lagi jarak perjalanan menuju Masjidil Aqsa.

Bagi mencegah agar peristiwa di Tunisia dan Mesir tidak berulang, Amerika perlu menyerang Libya bagi mengalih tumpuan rakyat Libya daripada menentang Gaddafi kepada bersatu menentang Amerika. Sebab itulah Obama dan Gaddafi perlu berlakon untuk menjayakan "filem hebat" ini !" Episod-episod telah dan sedang kita saksikan sekarang!

keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Malam tadi Ummi Hafilda melambai tangan kepada Anwar di dalam kereta,masihkah ada cinta di antara mereka?!!!!!!!

Posted: 03 Mar 2011 07:30 PM PST

sila baca berita harian hari ini punya..

ummi hafilda kata dia ada rahsia besar azmin dan anwar..

dia nk dedah..

dengan syarat tunggu ketika dan waktunya..

ahhaahahahahaha

alaaaaaaaaaaa pukimak punya betina..

lu kutuk2 anwat lu punya perangai pun mcm anwar..

mmg sah la orng kata ko ni tegila2kan anwar dulu..

harharhar..

ko ngn anwar sama sahaja..

nak dedah rahsia..dedah je la..nk tunggu bila???? nk tunggu pru ke 13 kot???

anwar pun cam tu jugak..kata belambak rahsia..awat tk dedah..dedah la..

nk tunggu aku bebini dah ka?

harharhar...

mmg tk padan dngn srigundik7...

(itu la masalah kalau perempuan perasan cantik cuba memasukkan mukanya ke kaca tv,hari tu saman bacaria karangkraf..menang...ini denga nk saman tukat tiub..tukar tiub tu msti kaya orngnye kan?? kah kah kah...)

Sila Check Bil Letrik TNB bulan ini,tarif letrik naik!!!!Padan muka pengundi BN di Merlimau dan Kerdau,Masing2 Jadi Lahabau!!!!!

Posted: 03 Mar 2011 05:16 AM PST


baru lepas menonton tv3

menteri teknologi hijau,cin fuck kui..saekor menteri cina..

kata tarif letrik kemungkinan akan disemak..

sbb minyak sudah naik halga wooooooo...

106 dolar setong katanya..

apa punya puki punya menteri...

inilah dia masalah kalau bagi cina jadi menteri...kalau bagi keleng jadi menteri pun cibai..bagi melayu jadi menteri pun masalah...harharhar

aku baca surat khabar kata tnb untung saja...

mana pergi untung berbilion2 tu?

takkan suma dah jadi cukai??

aik..mahal kot gaji orang yg mngira tarif bil rumah ke rumah tu??

sampai habis untuk tnb bayar gaji staf2 dia??

ahahaha

rakyat sedang dilahabaukan...

ini kes menglahabau rakyat yg paling lahabau tahapnya...

dah tu nk suruh rakyat jangan mmbazir letrik bla bla bla..

metaforanya..

ini dah mcm lambang jata negeri pahang tapi rakyat pahang tk boleh guna...

ini dah mcm kalimah Allah milik eksklusif orng Islam tapi setiap pagi anak cina nyanyi lagu negeri Selangor sebut nama Allah..

harharharhar...

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


15 peratus kapsul Ubat Mengandungi DNA Babi

Posted: 03 Mar 2011 03:23 PM PST

Tag : Isu Semasa

Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran mendapati tiga daripada produk itu positif DNA babi.

Kehadiran DNA itu dikesan menggunakan kit diagnosis yang dibangunkan sebuah syarikat multinasional tempatan menerusi projek perintis bersama kementerian berkenaan.

"Kajian menggunakan kaedah bioteknologi terkini itu menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin di negara ini disyaki diperoleh dari sumber babi.


Sumber rujukan :  http://www.miecyber.com/
                         http://www.majalahsains.com

-ijoks2009-

Mengapa musuh-musuh Islam begitu berani mempermainkan kita,jawabnya kerana kita sendiri tak ada kekuatan dan semangat Islam.
Kita sendiri tidak menitikberatkan soal hukum sehinggakan soal makanan halal pun kita tak serius.

Kita sendiri yang leka cintakan dunia.

saya teringat sabda Rasulullah s.a.w.

Kamu umat Islam akan dikelilingi oleh musuh-musuh kamu, sebagaimana orang-orang mengelilingi hidangan makanan. Mereka mengambil, mencabut dan meratah makanan itu.

Begitulah keadaan kamu di akhir zaman. Musuh Islam akan menjadikan kamu seperti makanan. Lalu para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW. Adakah jumlah kami pada ketika itu sedikit ? Jawab Rasulullah SAW : Tidak, kamu pada masa itu ramai tetapi seperti buih-buih air banjir.

Allah menghilangkan rasa gerun dan hebat kamu di mata musuh-musuh, Allah mencampakkan dalam hati kamu penyakit "al – wahan". Seorang sahabat bertanya Apakah Al-Wahan itu wahai Rasulullah SAW ? Rasullullah SAW menjawab. Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.
Astaghfirullah...




Cari N3 lama-lama disini

Jom Munajat Di Keheningan Malam

Posted: 03 Mar 2011 07:58 AM PST

Tag : Santai

gambar ni hasil kreativiti Ustaz Azhar Idrus,Jom tengok banyak lagi gambar menarik kat sini :
http://www.flickr.com/photos/26316758@N06/

Cari N3 lama-lama disini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PERLUKAH PAS TUBUHKAN UNIT GERAK JIHADNYA?

Posted: 03 Mar 2011 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA difikirkan semula dengan situasi dan pengalaman yang pernah PAS lalui di dalam apa jua program termasuk penyertaan PAS di dalam pilihanraya, mungkin sudah tiba masanya PAS mewujudkan satu sayap seperti Unit Amal, tetapi sayap ini lebih ke hadapan bila berhadapan dengan situasi genting.

Jika Pemuda Umno mempunyai kumpulan Gerak Gempur yang dilihat lebih radikal di dalam keadaan-keadaan tertentu terutamanya menimbulkan provokasi, maka PAS juga perlu wujudkan kumpulan yang lebih aktif dan berani mempertahankan PAS malahan juga mampu berhadapan dengan sebarang ancaman musuh terhadap Islam dan negara ini. Saya lebih suka jika sayap PAS ini diberi nama Unit Gerak Jihad.

Keanggotaan kumpulan ini mestilah terdiri daripada ahli-ahli PAS khususnya yang berani, bermoral serta sentiasa taat kewajipannya kepada Allah. Mereka mestilah dilatih dengan penuh disiplin dan tahu kewajipan mereka terhadap parti khususnya. Jika selama ini Unit Amal lebih kepada kumpulan yang bertugas melakukan kerja-kerja amal, kebajikan dan selaku pengawal keselamatan sahaja, maka diharapkan dengan adanya Unit Gerak Jihad ini mereka sukarela sanggup mempertahankan Islam terutamanya di dalam apa jua bentuk ancaman.

Unit ini bukan satu kumpulan yang ingin berperang atau memberontak seperti kumpulan radikal Islam di luar sana. Unit ini hanya berfungsi sebagai pelindung kepada PAS dan juga boleh digerakkan seandainya terdapat sebarang bentuk ancaman musuh terhadap negara ini. Mereka hendaklah diberi tarbiyyah tentang pengertian Jihad mengikut Islam. Walaupun PAS yang mewujudkan unit ini, namun objektif utama Unit Gerak Jihad ini adalah untuk keselamatan negara, amnya. Mempertahankan tanahair dari ancaman musuh itu merupakan satu kewajipan. Melindungi PAS sebagai wadah politik Islam juga satu kewajipan buat kita.

Seandainya wujud unit seperti ini, maka tiada lagi mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya ingin menghancurkan PAS secara tidak demokratik dan negara kita juga akan terkawal dari ancaman musuh. Jangan kita hanya membiarkan puak-puak yang memusuhi Islam dan parti kita berbuat sesuka hati dan kita lebih suka mengalah./wfauzdin.blogspot.com

NANTIKAN DEBAT MAHATHIR VS HUSAM MUSA

Posted: 03 Mar 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TUN MAHATHIR nampaknya semakin galak bercerita pasal untung nasib orang-orang Melayu di negara ini. Sebelum ini beliau menyindir Tuan Guru Nik Aziz dengan mendakwa kununnya Tuan Guru Nik Aziz menyesal menjadi Melayu. Benda yang mudah seperti itu pun Mahathir mahu putar belitkan.

Tuan Guru Nik Aziz tidak menyebut beliau menyesal menjadi Melayu. Beliau cuma sebut, beliau tidak kisah sekiranya beliau dijadikan sebagai kaum Melayu, Cina, India hatta orang asli sekali pun asalkan berugama Islam. Tuan Guru bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Susah sangatkah Mahathir mahu faham? Atau, Mahathir punya pandangan berbeza? Mungkin beliau lebih bersyukur dijadikan sebagai orang Melayu walaupun bukan Islam?

Oleh kerana gatal sangat mulut Mahathir mahu bercerita pasal untung nasib orang Melayu di negara ini, maka Exco Negeri Kelantan Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat dengan mantan PM ini berkaitan isu orang-orang Melayu. Di beritakan, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang menawarkan diri sebagai tuan rumah untuk program debat terbuka tersebut pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Sebelum ini, Husam Musa telah memberikan beberapa bukti bahawa Mahathir lah pemimpin Melayu yang suatu ketika menjadi Presiden parti Melayu iaitu Umno dan PM yang telah mengkhianati orang-orang Melayu di negara ini. Itu belum dikira tentang penghinaan dan tentangan beliau terhadap Islam. Husam mencabar Mahathir untuk berdebat kerana sebelum ini Mahathir mendakwa PAS yang mengkhianati orang-orang Melayu.

Husam Musa merasakan melayani Mahathir melalui blog dan penulisan banyak membuang masa kerana Mahathir boleh menggunakan media seperti akhbar, TV dan radio untuk bercakap menuduh PAS. Manakala PAS tidak diberi ruang untuk menjawab tuduhan Mahathir. Justeru itu, Husam Musa mencabar `kejantanan' Mahathir untuk berdebat walaupun ramai ahli-ahli Umno mengkagumi kehebatan Mahathir berhujah. Mahu tahu hebat atau tidak bekas PM dan Presiden Umno ini, ahli-ahli Umno patut mendesak agar Mahathir menjadi `jantan' untuk beredepan dengan Husam Musa. Tidak perlu berdepan dengan DS Anwar mahu pun Tuan Guru Nik Aziz kerana dikhuatiri Mahathir akan dikejarkan ke IJN pula nanti.

Mengapa P.Pinang tempat yang dipilih? Ini adalah kerana di sana teramat ramainya `Melayu' yang berhidung tinggi serta bersongkok tinggi. `Melayu' di P.Pinang terlebih Melayu dari Melayu. Maka, debat tentang isu Melayu ini sesuai diadakan di negeri tersebut.

Apa pun, saya tetap yakin bahawa mustahil Mahathir berani berdebat. Jika ditakdirkan bahawa Mahathir sanggup untuk berdepan dengan Husam Musa anak murid Tuan Guru Nik Aziz, ini bererti Mahathir sememangnya masih waras lagi walaupun sudah berusia. Tetapi mungkinkah ? Rasanya tidak, kerana sudah keturunan dari spesis keris telanjang tanpa sarung mana ada yang berani berdepan?/wfauzdin.blogspot.com

`AYAM JANTAN, AYAM BETINA' DIBAWA KE MERLIMAU DAN KERDAU

Posted: 03 Mar 2011 08:19 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

GAMAKNYA apabila kempen-kempen dari Pak-Pak Menteri sudah tidak laku, tidak diyakini lagi oleh pengundi-pengundi di Merlimau dan Kerdau, maka di`import' beberapa `ekor' ayam jantan dan `seekor' ayam betina untuk mencuba minda serta pemikiran masyarakat di kedua kawasan PRK tersebut. Maka, Rahimi serta Rashid dibawa masuk sekandang dengan makcik Umi yang masih `dara' itu.

Najib, Muhyiddin, Ali Rustam, Nan Yaakob, Ezam Sesumpah, KJ dan beberapa lagi orang kuat Umno telah mencuba untuk mengetahui bijak atau tidak masyarakat di Merlimau dan Kerdau. Mereka masih belum berpuas hati kerana masih ramai yang celik mata dan hati menilai apa yang mereka lontarkan. Justeru itu, dibawa `ayam-ayam' denak dan `ayam tua' ini membantu.

Rahimi dan Rashid adalah `pesuruh' kepada DS Anwar suatu ketika dahulu. Mak Cik Umi pula sememangnya sejak tahun 1998 lagi adalah `musuh' DS Anwar dan Mak Cik ini pernah dijadikan saksi semasa kes liwat 1 dahulu. Jadi, tidak hairan jika Mak Cik Umi komited untuk terus memburukkan peribadi DS Anwar.

rahimi osman kerdauRahimi pula sebelum ini tampil mendakwa beliau dipaksa mengubah akuan bersumpahnya supaya mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat. Beliau berkata, beliau sudah dua hari berada di DUN itu dan akan memulakan ceramahnya hari ini. Kita masih ingat sewaktu Rahimi membuat dakwaan ke atas DS Anwar tentang akuan bersumpah itu, beliau berkata beliau bukan orang politik. Dakwaan itu tiada kena mengena dengan politik. Hari ini, Rahimi memakai baju BN tetapi beliau `bukan orang politik' dan tiada kepentingan politik?


Pedulikan berapa `ekor ayam' yang mahu disabungkan oleh Umno di Merlimau dan Kerdau. Biarkan `ayam-ayam denak' jantan betina ini berkokok semahunya tentang DS Anwar. Mungkin mereka alpa bahawa yang bertanding di kedua-dua kawasan itu adalah dari PAS. Ini membuktikan Umno sudah tiada modal untuk menyerang PAS lagi, maka isu lapok dan basi peribadi DS Anwar dibawa masuk. Isu itulah menjadi penyebab dunia tertawakan negara kita, tetapi isu itulah yang mereka cuba untuk perbodohkan masyarakat di Merlimau dan Kerdau.

Sekarang, terpulang kepada para pengundi di Merlimau dan Kerdau. PR menawarkan PAS sebagai calon dan sekutu Apco pula adalah dari Umno. PAS tawarkan Islam, manakala Umno tawarkan ketuanan Melayu. Semakin kuat serangan media terhadap PR, itu menunjukkan betapa bimbangnya Umno apabila rakyat mengetahui segala bentuk penipuan, rasuah dan penyelewengan mereka. Buatlah keputusan yang baik, biarlah ayam jantan dan betina itu berkokok untuk mencari makan./wfauzdin.blogspot.com

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


bersatu Umno ke PAS-malaysiakini

Posted: 03 Mar 2011 03:24 PM PST


Umngok Apco
BAGAIMANAKAH CARANYA BANGSA MELAYU DAPAT DISATUKAN SEPERTI MANA YANG DITAGIH OLEH PARA PEMIMPIN UMNO SETIAP HARI,,,???
Bagai mana nak menyatukan bangsa melayu yang beragama islam bila mana sebahagian kelompok daripada kita telah dihasut dan diracuni pemikiran mereka dgn semangat assobiyah ( KETUANAN MELAYU ) sehinggakan kita berpecah belah..
Dalam isu ini saya tak nampak melayu mampu disatukan jika sebahagian dari kita berjuang utk islam dan sebahagian lagi dihasut utk berjuang kerana bangsa..?? Kabilah2 arab tidak disatukan oleh Rasulullah dgn semangat bangsa arab tapi mereka disatukan dgn islam.Formula telah ada cuma UMNO sahaja yg menafikannya..Islam itulah formulanya bukannya KETUANAN MELAYU.
Justeru itulah Rasulullah MENGLAKNAT dan TIDAK MENGAKU UMATNYA kepada sesiapa yg berjuang atas Dasar Bangsa.. Dan mati mereka adalah mati JAHILIYAH.. HUJAHNYA DI SINI :
Semangat dan Perjuangan Bangsa Boleh menjebakkan pelakunya kepada budaya jahiliah sebagaimana sabda nabi s.a.w;" Barangsiapa yang berjuang di bawah panji-panji emosi, menjadi marah karena sikap berat sebelah (assobiyah), atau menyeru ke arah assobiyah, atau mendukungnya dan kemudian meninggal, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah." (Sahih Muslim)Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada assobiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang berjuang di atas panji assobiyah, dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang mati di atas assobiyah (Sunan Abu Dawud).* INSAFLAH WAHAI UMNO :
Setiap hadith yg keluar dari mulut Rasulullah adalah bersumberkan wahyu dari Allah...Kembalilah kalian semua kepada Al-Quran dan Hadith Rasulullah....

kerangeleber

kerangeleber


Mayat terbujur........pemuda Umno terus berkaraoke

Posted: 03 Mar 2011 05:40 PM PST

Film Tribute To Ross Boyert (Sarawak Report)

Posted: 03 Mar 2011 04:00 PM PST

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Awkward Agama : Pintalah Bantuan Dariku Seperti Mana Kau Pinta Bantuan Daripada Tuhan Mu

Posted: 03 Mar 2011 06:12 PM PST

dollah yankee

dollah yankee


Merlimau: Anak muda bangun melawan

Posted: 03 Mar 2011 09:12 PM PST

Lagi 2 hari maka keluar memangkah lah orang-orang di-Merlimau sana. Pada 2 hari terakhir kempen ni, undi dari anak-anak muda lah yang diperlukan PAS untuk membantu mengurangkan majoriti umno yang telah dimenangi mereka sebelum ini pada 2008.

Kalau ada pertaruhan dari bookie judi, bertaruhlah!, letaklah taruhan anda pada bendera 'cap kati' sebab mereka dah dijangka menang pada hari ahad nanti, undi orang-orang tua disini melebihi undi anak-anak muda, namun kemenangan mereka itu nanti bukanlah melalui jalan yang senang dan mudah sebab anak-anak muda Merlimau sudah memberi tanda-tanda yang mereka akan bangun melawan.

Bagi pengundi-pengundi dari golongan veteran atau orang-orang tua, walau tunggul kayu dicat lambang 'kati' dengan warna biru pun, mereka akan tetap memangkahnya. Tetapi bagi pengundi-pengundi yang terdiri dari anak-anak muda, Ali Ketam sendiri kata..."ini kawasan hitam bagi umno/BN".

Anak-anak muda disini berpandangan jauh, mereka lebih suka akan hal-hal dan isu-isu diperingkat nasional, mereka juga terpesona dengan karisma pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat dan PAS, ini terbukti dengan kehadiran anak-anak muda ini pada setiap malam ceramah dan kempen.

Kalau kita perhatikan suasana di kampong-kampong masa kempen ni, jika ada rumah-rumah yang ada dipasang bendera PAS cap bulan maka tahu lah kita yang rumah ini ada anak-anak muda.

Ada satu kes bila calun umno/BN Roslan Ahmad yang berkempen dari rumah ke rumah disatu kampung telah masuk kesebuah rumah yang dikenal pasti sebagai salah seorang ahli umno, namun dia telah dihalang oleh 3 orang anak-anak muda tuan rumah yang pro-PAS ini dan telah memprotes akan kunjungan calun BN/umno ini kerumahnya, tetapi tidak kepada ibu anak-anak muda ini yang telah menjemput calun BN/umno ini dengan penuh mesra dan senang hati dan berbual-bual dan berkata yang bendera-bendera PAS dilaman rumah ini digantung olih anak-anaknya.

BN/umno tak bimbang langsung sebab lagi 2 hari, golongan orang-orang tua di-merlimau ini akan pangkah BN/umno tetapi tidak bagi anak-anak muda Merlimau, sebab anak-anak muda yang pro Pakatan Rakyat ini lah yang akan bangun untuk mencacatkan peluang BN/umno.


dollah yankee -
Anak-anak muda ini kata ... "Ayuh!! mari kita bangun melawan!!"

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Pastikan Pakatan Rakyat Terajui Putrajaya Selepas PRU13 Akan Datang....

Posted: 03 Mar 2011 07:23 AM PST

Nizar: Keep your 'saman ekor' receipts and redeem your money
Written by Malaysia Chronicle

Former Perak Menteri Besar and Bukit Gantang member of parliament Nizar Jamaluddin has urged Malaysians who had settled their postal traffic summonses to keep their receipts so that their money can be returned by a new Pakatan Rakyat government.

"Those who had paid please keep receipt to claim from new Pakatan Rakyat government!" he twitted.

Nizar also called on the PR leadership to include the abolishment of the controversial postal summonses, or 'saman ekor', to be among the reforms it promises to carry out in the first 100 days of power at the Federal level.

The government had last year announced that those who did not settle outstanding postal summonses would be blacklisted and not allowed to renew road tax as well as driving license. The deadline for settlement of these summonses ended this week, and saw tens of thousands of people thronging police stations and postal offices to pay up outstanding summonses. The government has now further extended the deadline to March 10, in a move which enables it to collect millions of ringgit worth of fines.

PAS has been at the forefront of a campaign to oppose the postal summonse, calling for its abolishment in place of a better solution to educate the public on traffic rules.

Postal summons, or 'saman ekor', allows the police to issue summons notices to motorists, ostensibly for breaking traffic rules, but without being pulled over by officers when the alleged offence took place.

PAS vice president Mahfuz Omar has been leading an intense campaign called KASE (Kempen Anti Saman Ekor) following public outcry over the government's refusal to stop the practice of sending summonses via post.

Meanwhile, PAS president Tuan Guru Abdul Hadi Awang said the party would work together with its partners PKR and DAP to solve the issue, saying 'saman ekor' was not the best way to educate the people on road manners.

"We understand the hardship faced by the people because of 'saman ekor' which denies them an avenue to seek justice, to defend themselves and to prove their guilt, and worse, the people are punished recklessly by being blacklisted as well as other unfair actions," said Hadi.

Hadi said the postal summonses and its enforcement through the Road Transport Department's action of blacklisting vehicles slapped with such summonses had only caused problem to the public, in particular rural folks and those from the lower income bracket.

Hadi however reminded that only a PR-controlled Federal government would be able to reverse the practice.



- Harakahdaily

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya

Posted: 03 Mar 2011 02:05 AM PST

Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya

Wong Chin Huat


"UMNO berdepan dengan 'Dilema Cina': Barisan Nasional akan kehilangan sokongan Melayu, seandainya memansuhkan hak keistimewaan Melayu untuk memikat hati Cina. Namun demikian, pengundi Cina tetap akan menolak BN, walau bagaimana BN memikat hatinya sekalipun." Demikianlah pengamatan Mahathir Mohamad selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008.

Bahagian depan analisa ini bertitik tolak daripada logik "zero-sum-game" perkauman UMNO seperti biasa, namun kelihatan ada benarnya pada bahagian akhirnya. Mungkin lebih tepat jikalau disimpulkan sedemikian, "Sememangnya UMNO menghadapi 'dilema Cina', di mana BN terpaksa memikat hati Cina. Namun, bagaimana mereka berusaha pun, ia kekal sukar untuk BN meraih undi Cina."

Sesungguhnya, jikalau kita menggantikan istilah "Cina" dengan "Melayu Pulau Pinang", kemudian gantikan istilah "BN" dengan "DAP", maka kita akan menemui "dilema Melayu yang dihadapi DAP". Atau lebih tepat, "dilema Melayu yang dihadapi Lim Guan Eng". Maknanya, betapa pun DAP memikat hati Melayu Pulau Pinang, namun ia tetap sukar untuk mereka meraih undi Melayu.

Lim Guan Eng diserang kiri dan kanan

Sememangnya, ada bezanya antara "dilema Cina UMNO" dengan "dilema Melayu Lim Guan Eng". UMNO gagal meraih sokongan Cina, antaranya disebabkan tingkahlaku dan hujah PERKASA, Nasir Safar dan dua orang pengetua sekolah yang menyuruh anak muridnya balik ke China. Hujah sedemikian memberi gambaran bahawa UMNO masih berjinak-jinak dengan politik talam dua muka, malah masih terbawa-bawa dengan ideologi politik perkauman.

Namun punca sebenar Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terdapatnya kakitangannya yang angkuh (meskipun ia satu hakikat), malah bukan kerana keprihatinannya terhadap Melayu yang sekadar "kosmetik".

Lihat kepada kritikan Gerakan Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng, bahawa beliau terlalu menyebelahi Melayu, sehingga 90% daripada projek-projek kerajaan negeri Pulau Pinang diserahkan kepada kontraktor bumiputera. Ia memperlihatkan bahawa Lim Guan Eng sememangnya diserang dari kiri dan kanan, dan bukannya cakap tak serupa bikin. Pada hakikatnya, usaha beliau seperti penubuhan "Majlis Perundingan Kontraktor Kelas F", hinggalah pemberian RM100 kepada guru Kafa sempena sambutan Maulidur Rasul - menunjukkan bahawa beliau lebih prihatina terhadap masyarakat Melayu secara keseluruhannya, berbanding Koh Tsu Koon.

Jadi, apa yang mengakibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang asyik dituding jari? Pertikaian yang terkini adalah penerbitan risalah myBALIKpulau, yang dituduh "lupa sejarah, hina Melayu"- jelas menunjukkan perangai mereka yang suka membesar-besarkan isu, mereka-cipta tuduhan dan menyalahkan kerajaan negeri baru atas apa yang dilakukan bekas kerajaan sebelum 8 Mac 2008.

Sesungguhnya politikus UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 yang bisa menterbalikkan hitam dengan putih adalah punca kepada masalah, dan Parti Gerakan Pulau Pinang yang memihak kepada UMNO juga patut dipersalahkan. Persoalannya, apakah Lim Guan Eng dan kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu sempurna, sehingga tiada ruang untuk diambil kesempatan musuhnya?

Pemimpin Melayu kurang terserlah

Perbincangan saya dengan seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat dari "generasi reformasi" baru -baru ini mencungkil satu jawapan yang counter-intuitive, berbunyi, punca Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terlalu sedikit usahanya, sebaliknya disebabkan usahanya yang terlebih!

Menurut wakil rakyat ini, Lim Guan Eng sering tampil ke depan dalam isu yang melibatkan komuniti Melayu dan Islam. Namun, ekoran daripada kesungguhan ini, pemimpin keturunan Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang seperti Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri I, dan Abdul Malik Kassim selaku EXCO, kelihatan kurang terserlah. Kononnya, daripada 20 orang pengundi Melayu, hanya seorang tahu menyebut nama Timbalan Ketua Menteri I, apatah lagi pemimpin politik Melayu (selain Anwar Ibrahim) dalam Pakatan Rakyat.

Dari segi prinsip, seseorang Ketua Menteri yang berketurunan Cina harus diberi pujian apabila berprihatin dan bertindak sendiri dalam isu Melayu dan agama Islam. Ini kerana beliau telah memburaikan mitos bahawa isu perkauman seharusnya dikendalikan wakil kaum masing-masing. Namun demikian, dalam realitinya, apakah mungkin seseorang pemimpin Islam-Melayu dipuji apabila beliau menguruskan isu komuniti Cina dan India? Sekiranya tidak, apakah pengundi Melayu-Islam yang serba salah selepas 8 Mac 2008 akan berasa lega, walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap Melayu, tetapi pemimpin Melayunya kelihatan kurang menonjol?

Wakil rakyat ini bertanya, mengapa pengundi Cina bencikan UMNO? Bukankah antara sebabnya, UMNO sering memperlekahkan MCA dan Gerakan yang dianggap sebagai wakil masyarakat Cina? Justeru itu, bagaimana Melayu menyukai kerajaan negeri Pulau Pinang, sekiranya mereka merasakan bahawa wakil politik mereka tidak berkuasa dalam kerajaan negeri?

Politik perkauman menuntut kaumnya berkuasa

Pada hemat saya, mentaliti komuniti Cina dalam soal "wakil kaum" ini mungkin jauh lebih fleksible berbanding Melayu. Selagi permintaan mereka disampaikan, komuniti Cina tidak begitu mementingkan sama ada wakil yang berdialog dengan Najib adalah MCA, Gerakan, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia, atau tycoon yang enggan terdedah identitinya. Komuniti Cina tidak menuntut agar wakil mereka dalam kerajaan terikat kepada seseorang atau kumpulan tertentu. MCA cuma mahu melanjutkan hayat politiknya apabila menyarankan pendekatan menonjolkan dirinya (high profile), namun ia bukan satu kemestian untuk mentadbir komuniti Cina. Ramai lagi ketua pertubuhan Cina yang bergelaran "Tan Sri", "Dato", dan "Doctor" akan menawarkan diri untuk menjadi wakil komuniti Cina, seandainya MCA gagal berbuat demikian.

Sebagai perbandingannya, masyarakat Melayu yang selama ini disemai dengan mesej "perpaduan kaum", menuntut bukan sahaja dasar yang memanfaatkan mereka, tetapi juga bangsa dirinya untuk berkuasa. Mentaliti ini tidak sukar untuk difahami. Katakanlah pegawai kerajaan Melayu mengubah sikapnya untuk lebih berprihatin terhadap komuniti Cina pada hari ini, apakah komuniti Cina tidak akan lagi menuntut lebih jawatan dalam kerajaan untuk disandang bangsa dirinya?

Sememangnya kesemua ini adalah sisa yang berbisa dari politik perkauman. Namun, dalam usaha kita untuk meruntuhkan tembok politik perkauman, apakah ia perwakilan kaum dan autonomi komuniti itu tidak mengandungi erti "inklusif" sama sekali?

Lim Guan Eng (gambar kanan) seorang yang bijak, namun orang bijak ada kalanya dikelirukan kebijakan dirinya. Orang sebegini hanya mahu melakukan sesuatu, gagal melihat keperluan untuk orang lain "melakukan sesuatu", seandainya dirinya tidak melakukan sesuatu itu.

Apakah kesudahan yang paling buruk seandainya Lim Guan Eng perlu mengendalikan sendiri hal ehwal Melayu-Islam? Sahabat wakil rakyat saya itu berkata, Pakatan Rakyat sememangnya akan terus berkuasa di Pulau Pinang, namun parti pemerintah ini mungkin kehilangan kesemua wakil rakyat keturunan Melayu-nya. Seandainya demikian, maka nampaknya Lim Guan Eng sendiri terpaksa mengendalikan semua hal ehwal Islam buat masa itu.

*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting oleh Tey Hwey Gek dari teks asal yang disiarkan pada 23 Februari 2011.

Selangor Naikkan Lagi Elaun Guru KAFA, Negeri BN Bagaimana?

Posted: 03 Mar 2011 01:56 AM PST



Gombak : Pegumuman Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri memberi berita gembira kepada semua tenaga pendidik KAFA (SRA dan SRAI).

Nursyuhadah Mokhtar Menunjukkan Elaun Guru yang diterima semenjak PR memerintah kenaikan RM1000


Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan mereka di SRA dan SRAI sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Bagi Bunyamin Mohd Razi yang telah berkhidmat sebagai guru selama 3 tahun dan telah dinaikkan pangkatnya menjadi Pengetua SRAI (KAFA) Taman Amaniah kenaikan elaun itu amat dinanti-nantikan oleh tenaga kerja KAFA berikutan bebanan hidup yang semakin berat sekarang

"Kita rasa berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam menjaga kebajikan guru-guru. Telah dua kali semenjak PR memerintah Selangor guru-guru menerima kenaikan gaji.

"Gaji guru KAFA kalau kita nak bandingkan dengan guru-guru sekolah rendah kebangsaan seperti bumi dan langit. Namun atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik, guru-guru masih istiqamah meneruskan tugas ini.

"Dengan kenaikan elaun ini setidak-tidaknya mereka merasakan sumbangan mendidik anak-anak bangsa selama ini terbalas. Maklumlah bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik. Kita kena melayan berbagai kerenah dan ragam anak-anak murid.

"Untuk memberi ilmu kepada mereka juga perlu kesabaran, penghayatan dan pemahaman yang dalam. Ilmu agama yang disampaikan bukan seperti ilmu lain," katanya ketika ditemubual di pejabatnya.

Bunyamin juga member cadangan pada masa depan agar kerajaan negeri menukarkan perkatan elaun pada slip gaji guru-guru kepada gaji pokok kerana kesukaran untuk membuat pinjaman membeli kenderaan dan sebagainya tanpa mempunyai penyata gaji.

"Jika diletakkan elaun sahaja ramai menyangkakan ianya jawatan kontrak sedangkan guru-guru di sini berjawatan tetap dan ada yang telah berkhidmat selama 18tahun," katanya.

Bunyamin Mohd Razi, Pengetua SRA (KAFAI) Tmn Amaniah


Apabila ditanya pendapat tentang bajet 2011 dibentangkan pada 15 Oktober tahun lalu yang mana Perdana Menteri telah mengumumkan guru-guru KAFA akan menerima imbuhan dari RM500 kepada RM800 berkuatkuasa 5 Januari 2011 katanya, sehingga kini guru-guru tidak menerima sebarang kenaikan elaun daripada Kerajaan Pusat seperti yang telah dijanjikan.

"Walaupun KAFA Taman Amaniah tidak termasuk dalam kenaikan tersebut namun, teman-teman yang mengajar di SRA, SRAI sentiasa menanti kemasukan elaun itu sehingga kini. Mereka benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Pengumuman telah dibuat 6 bulan lalu namun sudah masuk bulan ke 3 (Mac, 2011) masih tiada sebarang kemasukan elaun seperti yang dijanjikan," ujarnya.

Baginya, pengumuman kerajaan pusat hanyalah bahan penyedap telinga sahaja. Apa yang berlaku, ramai guru-guru di sini rasa tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai kenaikan elaun guru. Beliau juga difahamkan oleh sumber tertentu untuk mendapat kenaikan elaun, guru-guru perlu ditahsin al-quran terlebih dahulu dan berbagai alas an lagi yang kedengaran.

"Kalau benar apa yang kami dengar mengapa semasa pembentangan bajet yang dibuat oleh PM tidak dinyatakan semua syarat-syarat tersebut secara jelas agar guru-guru ini tidaklah meletakkan harapan yang tinggi.

"Persatuan guru-guru Daerah Gombak ramai yang sudah ditahsin sebelum mereka dilantik menjadi guru. Sekiranya ada yang belum ditahsinkan mereka boleh membuat penyemakan tersebut kepada guru berkenaan.

"Maka dengan ini Umno-BN tidak perlulah membuat berbagai helah lagi dan menaburkan berbagai janji manis kepada rakyat. Umno-BN wajib tunaikan janji mereka," tegasnya.

Sementara itu, Zaleha Abu Bakar dan Hamidah Hj Sanusi yang telah berkhidmat di sekolah tersebut semenjak 1993 mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor dalam menaikkan gaji guru KAFA. Menurutnya keadaan kerja dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin baik berbanding dahulu.

"Pada 1990an gaji kami sebanyak RM180. KWSP pekerja dan slip gaji guru tiada. Jika kami ingin tahu gaji sudah masuk atau belum kami kena berhubung dengan JAIS. Tetapi zaman seakarang sudah tidak seperti dahulu.

"Tapi semenjak PR memerintah ramai yang berebut untuk menjadi guru KAFA. Masa depan guru KAFA telah terjamin dengan berbagai faedah yang diberikan. Gaji guru kafa sudah mencapai RM1000 sebulan," katanya.

Nursyuhadah Mokhtar berkelulusan Mesir, berkata kerajaan PR Selangor terbukti lebih prihatin berbanding kerajaan sebelumnya.

"Pada tahun 2005 gaji saya hanya RM400 tetapi semasa perubahan kerajaan berlaku pada tahun 2008 alhamdulilah elaun saya telah naik sebanyak RM600, kini gaji bersih saya RM1000.

"Namun begitu kami rasa terkilan juga menanti elaun yang di janjikan oleh PM untuk menaikkan elaun guru sebanyak RM500 ke RM800 yang mana kami masih tidak menerima imbuhan tersebut. Sampai bilakah kami perlu menunggu kenaikan itu," keluhnya.

Mariah Majid yang sudah 3 tahun berkhidmat sebagai guru KAFA meletakkan harapan agar segala janji manis Umno-BN ditunaikan. Kalau Kerajaan PR sudah boleh membuktikan janji mereka mengapa Umno-BN yang telah memerintah selama 50 tahun tidak dapat menunjukkan yang terbaik berbanding dengan pemerintahan PR yang hanya 3 tahun memerintah.

"Kalau semua projek Mega boleh dibuat dengan berjuta billion, mengapa gaji guru yang hanya tidak memakan berjuta billion tidak boleh diluluskan dengan secepatnya. Kami rasa muak dengan janji-janji yang ditaburkan oleh Umno-BN," sinisnya.

Menurutnya, walaupun gaji guru sekolah KAFA yang diberikan tidak berapa tinggi namun yang mereka utamakan adalah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna.

Pelajar selesa dengan kelas baru


"Tiada guna jika ilmu dunia 100% lulus tetapi ilmu akhiratnya 100% ke belakang. Oleh itu seharusnya Kerajaan Pusat Umno-BN menjaga kebajikan guru-guru juga. Bukan hanya menjaga kebajikan kroni dan duit poket mereka," bidas Mariah.

Kelulusan untuk kenaikan elaun guru KAFA telah dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun lalu. Ia melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri. Kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

- Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.

HA..HA..HA AUDIT NEGARA SALAH??

Posted: 03 Mar 2011 01:51 AM PST

Ha..Ha..cerita pada peneroka nampak macam bagus sahaja..Tapi adakah tindakan audit negara ini diperlekehkan?Sudah tentulah ini dilihat sebagai sesuatu yang dijangkakan.Namun bagaimana pula di negeri Pakatan Rakyat berlaku demikian? Sudah tentu tidak bukan?Lihat bagaimana negeri Pakatan Rakyat seperti Kedah,Kelantan,Pulau Punang dan juga Selangor??

Memanglah laporan tersebut di buat pada hujung tahun? Apakah anda tidak sedar?




ANAK HARAM KATA HARAM JADAH

Posted: 03 Mar 2011 01:37 AM PST

Kerajaan Umno,BN Makin Pincang- Wan Azizah

Posted: 03 Mar 2011 01:03 AM PST



03/03/2011 Share


PETALING JAYA 3 MAC : Kepincangan pemerintahan Umno-BN dapat dilihat dengan jelas apabila skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menyaksikan kerajaan begitu mudah mengambil keputusan mendakwa bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan media berkata, senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam apabila dengan sewenang-wenangnya seorang Perdana Menteri ditipu oleh menteri.

Malah tambahnya, isu penipuan dalam pemerintahan korup Umno-BN ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini," tulis Azizah.

Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya atas pertuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal PKFZ.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Chan adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.

Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelbagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan.

Oleh yang demikian ujar Azizah, Pakatan Rakyat akan memastikan zaman pemerintahan korup Umno-BN akan berakhir di bawah pentadbiran gagasan itu.

Jelasnya, Pakatan Rakyat akan mengambil alih teraju kerajaan dan akan memerintah dengan lebih adul serta mengamalkan tatakelola yang baik terhadap rakyat.

"Mana mungkin kita (Pakatan Rakyat) membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negara.

"Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal,"katanya lagi.

Justeru, Azizah menggesa rakyat segera bangkit menolak kepimpinan yang cuai dan berkepentingan ini dari terus memiskinkan negara.

"Rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini.Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan,"kata Azizah.

CAP Dakwa Harga Makanan Lonjak Sehingga 167 Peratus

Posted: 03 Mar 2011 12:58 AM PST

03/03/2011





GEORGETOWN 3 MAC : Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata peningkatan harga makanan itu telah menyebabkan kesukaran yang amat sangat kepada kehidupan pengguna.

"Satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan yang lepas, kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.00 setiap hidangan, peningkatan 25 peratus hingga 66 peratus; udang (saiz sederhana) daripada RM1.50 hingga RM4.00 setiap satu, peningkatan 167 peratus," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut SM Mohamed, pengusaha restoran dan pemilik gerai makanan yang ditemubual oleh pegawai CAP, berkata kenaikan harga makanan dan minuman ringan adalah akibat daripada kenaikan harga barangan keperluan yang diimport seperti bawang, bawang putih, kacang dal dan rempah; ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi, serbuk teh daripada antara 20 peratus sehingga 200 peratus serta peningkatan dalam harga gas dan bahan api.

Katanya kajian yang dijalankan sekitar gerai-gerai di Pulau Pinang itu mendapati kenaikan bukan sahaja membabitkan kedai makanan orang Islam tetapi juga menjejaskan makanan orang Cina dan India.

"Harga char koay teow di gerai makanan Cina menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada RM3.00 kepada RM4.50 sepinggan.

"Barangan makanan lain seperti moey daging atau bubur meningkat daripada RM3.50 kepada RM4.50; mee udang daripada RM4.50 kepada RM5.50; mee tomyam RM4.00 kepada RM4.50; nasi goreng daripada RM3.50 kepada RM4.00," katanya.

Menurut beliau bagi makan India pula, harga tosai yang dijual RM1.00 setiap satu kini meningkat RM1.20, peningkatan 20 peratus harga roti canai dan nasi lemak masih sama tetapi kandungannya telah dikurangkan.

"Harga kopi dan teh telah meningkat daripada 80 sen kepada RM1.00 hingga RM1.10 segelas; Nescafe, Horlicks dan Milo meningkat daripada RM1.20 kepada RM1.30 segelas; minuman tin dan jus segar pula meningkat daripada RM1.50 kepada RM2.00, peningkatan 33 peratus.

"Di sesetengah tempat ais kosong telah meningkat daripada 20 sen kepada 40 sen segelas iaitu peningkatan 100 peratus," katanya.

Presiden CAP itu berkata memandangkan kenaikan kos, bayaran bagi perkhidmatan lain seperti pembaikan paip, elektrik, bengkel kereta, membaiki motosikal juga telah meningkat bayarannya daripada antara 20 peratus kepada 30 peratusdalam tempoh lebih enam bulan lalu.

Sehubungan itu, SM Mohamed menggesa kerajaan mempertimbangkan perkara ini dengan serius bagi mencari jalan bagaimana untuk mengatasi kenaikan kos.

"Pengguna (perlu) berhati-hati dalam berbelanja dan untuk meminimumkan makan di luar dan jika mereka tidak mempunyai pilihan tetapi terpaksa makan di luar, maka pilihlah kedai yang mengenakan harga yang berpatutan.

"CAP juga menggesa peniaga supaya memainkan peranan mereka dalam membantu situasi kenaikan harga dengan mengurangkan pengambilan keuntungan bagi memastikan mereka dapat meneruskan perniagaan," katanya.-Malaysiakini

Mana pergi 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu?

Posted: 03 Mar 2011 12:46 AM PST

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 3 Mac : "Usah cakap banyak lagi.. Umno kena perjelaskan ke mana hilangnya tanah rezab melayu yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris sebelum berbicara tentang Umno pembela Melayu, " kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit, Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau yang berucap di majlis Karnival Penang Harmoni di Dewan Melinium, Kepala Batas malam tadi turut meletakan kesalahan tersebut di tangan Umno yang kononnya menjadi nadi perjuangan orang Melayu tetapi sebenarnya pengkhianat.

Selepas penjajah pergi, orang Melayu mempunyai 3 juta hektar tanah rezab melayu di seluruh Malaysia tetapi kenapa pada tahun 1995 ia berkurangan mendadak sehingga 1.7 juta hektar.

Kejadian itu sampai kini masih tidak dijawab oleh kepimpinan Umno sejak dulu sehingga sekarang, dakwa beliau.

Mereka bimbang jika diberikan jawapan secara ikhlas dan jujur maka tidak mustahil rakyat Melayu akan marah dan tidak lagi bergantung pada parti perkauman itu lagi.

"Jangan biarkan lagi Umno berkuasa kerana tanah milik melayu sendiri tergadai apatah lagi dulunya mereka asyik menang dan ingat kemenangan itu boleh menyembunyikan penyelewengan yang dilakukan, " tegasnya.

Sambungnya, itu di tahun 1995 kini tahun 2011 tentunya terus berkurangan ekoran kerakusan kepimpinan Umno melakukan pembangunan yang yang berat sebelah.

Sepatutnya mereka mengantikan tanah yang melibatkan tanah rezab Melayu bukan terus ambil dan mengaut keuntungan peribadi.

Umno bertanggungjawab memberikan penjelasan kenapa terjadi kehilangan 1.3 juta tanah rezab Melayu di waktu mereka berkuasa penuh terhadap pembangunan di setiap negeri, tegasnya.