WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- PERLUKAH PAS TUBUHKAN UNIT GERAK JIHADNYA?
- NANTIKAN DEBAT MAHATHIR VS HUSAM MUSA
- `AYAM JANTAN, AYAM BETINA' DIBAWA KE MERLIMAU DAN KERDAU
PERLUKAH PAS TUBUHKAN UNIT GERAK JIHADNYA? Posted: 03 Mar 2011 09:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS APABILA difikirkan semula dengan situasi dan pengalaman yang pernah PAS lalui di dalam apa jua program termasuk penyertaan PAS di dalam pilihanraya, mungkin sudah tiba masanya PAS mewujudkan satu sayap seperti Unit Amal, tetapi sayap ini lebih ke hadapan bila berhadapan dengan situasi genting. Jika Pemuda Umno mempunyai kumpulan Gerak Gempur yang dilihat lebih radikal di dalam keadaan-keadaan tertentu terutamanya menimbulkan provokasi, maka PAS juga perlu wujudkan kumpulan yang lebih aktif dan berani mempertahankan PAS malahan juga mampu berhadapan dengan sebarang ancaman musuh terhadap Islam dan negara ini. Saya lebih suka jika sayap PAS ini diberi nama Unit Gerak Jihad. Keanggotaan kumpulan ini mestilah terdiri daripada ahli-ahli PAS khususnya yang berani, bermoral serta sentiasa taat kewajipannya kepada Allah. Mereka mestilah dilatih dengan penuh disiplin dan tahu kewajipan mereka terhadap parti khususnya. Jika selama ini Unit Amal lebih kepada kumpulan yang bertugas melakukan kerja-kerja amal, kebajikan dan selaku pengawal keselamatan sahaja, maka diharapkan dengan adanya Unit Gerak Jihad ini mereka sukarela sanggup mempertahankan Islam terutamanya di dalam apa jua bentuk ancaman. Unit ini bukan satu kumpulan yang ingin berperang atau memberontak seperti kumpulan radikal Islam di luar sana. Unit ini hanya berfungsi sebagai pelindung kepada PAS dan juga boleh digerakkan seandainya terdapat sebarang bentuk ancaman musuh terhadap negara ini. Mereka hendaklah diberi tarbiyyah tentang pengertian Jihad mengikut Islam. Walaupun PAS yang mewujudkan unit ini, namun objektif utama Unit Gerak Jihad ini adalah untuk keselamatan negara, amnya. Mempertahankan tanahair dari ancaman musuh itu merupakan satu kewajipan. Melindungi PAS sebagai wadah politik Islam juga satu kewajipan buat kita. Seandainya wujud unit seperti ini, maka tiada lagi mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya ingin menghancurkan PAS secara tidak demokratik dan negara kita juga akan terkawal dari ancaman musuh. Jangan kita hanya membiarkan puak-puak yang memusuhi Islam dan parti kita berbuat sesuka hati dan kita lebih suka mengalah./wfauzdin.blogspot.com | |
NANTIKAN DEBAT MAHATHIR VS HUSAM MUSA Posted: 03 Mar 2011 06:00 PM PST
| |
`AYAM JANTAN, AYAM BETINA' DIBAWA KE MERLIMAU DAN KERDAU Posted: 03 Mar 2011 08:19 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS GAMAKNYA apabila kempen-kempen dari Pak-Pak Menteri sudah tidak laku, tidak diyakini lagi oleh pengundi-pengundi di Merlimau dan Kerdau, maka di`import' beberapa `ekor' ayam jantan dan `seekor' ayam betina untuk mencuba minda serta pemikiran masyarakat di kedua kawasan PRK tersebut. Maka, Rahimi serta Rashid dibawa masuk sekandang dengan makcik Umi yang masih `dara' itu. Najib, Muhyiddin, Ali Rustam, Nan Yaakob, Ezam Sesumpah, KJ dan beberapa lagi orang kuat Umno telah mencuba untuk mengetahui bijak atau tidak masyarakat di Merlimau dan Kerdau. Mereka masih belum berpuas hati kerana masih ramai yang celik mata dan hati menilai apa yang mereka lontarkan. Justeru itu, dibawa `ayam-ayam' denak dan `ayam tua' ini membantu. Rahimi dan Rashid adalah `pesuruh' kepada DS Anwar suatu ketika dahulu. Mak Cik Umi pula sememangnya sejak tahun 1998 lagi adalah `musuh' DS Anwar dan Mak Cik ini pernah dijadikan saksi semasa kes liwat 1 dahulu. Jadi, tidak hairan jika Mak Cik Umi komited untuk terus memburukkan peribadi DS Anwar. Rahimi pula sebelum ini tampil mendakwa beliau dipaksa mengubah akuan bersumpahnya supaya mengaitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes liwat. Beliau berkata, beliau sudah dua hari berada di DUN itu dan akan memulakan ceramahnya hari ini. Kita masih ingat sewaktu Rahimi membuat dakwaan ke atas DS Anwar tentang akuan bersumpah itu, beliau berkata beliau bukan orang politik. Dakwaan itu tiada kena mengena dengan politik. Hari ini, Rahimi memakai baju BN tetapi beliau `bukan orang politik' dan tiada kepentingan politik? Pedulikan berapa `ekor ayam' yang mahu disabungkan oleh Umno di Merlimau dan Kerdau. Biarkan `ayam-ayam denak' jantan betina ini berkokok semahunya tentang DS Anwar. Mungkin mereka alpa bahawa yang bertanding di kedua-dua kawasan itu adalah dari PAS. Ini membuktikan Umno sudah tiada modal untuk menyerang PAS lagi, maka isu lapok dan basi peribadi DS Anwar dibawa masuk. Isu itulah menjadi penyebab dunia tertawakan negara kita, tetapi isu itulah yang mereka cuba untuk perbodohkan masyarakat di Merlimau dan Kerdau. Sekarang, terpulang kepada para pengundi di Merlimau dan Kerdau. PR menawarkan PAS sebagai calon dan sekutu Apco pula adalah dari Umno. PAS tawarkan Islam, manakala Umno tawarkan ketuanan Melayu. Semakin kuat serangan media terhadap PR, itu menunjukkan betapa bimbangnya Umno apabila rakyat mengetahui segala bentuk penipuan, rasuah dan penyelewengan mereka. Buatlah keputusan yang baik, biarlah ayam jantan dan betina itu berkokok untuk mencari makan./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan