WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya
- Selangor Naikkan Lagi Elaun Guru KAFA, Negeri BN Bagaimana?
- HA..HA..HA AUDIT NEGARA SALAH??
- ANAK HARAM KATA HARAM JADAH
- Kerajaan Umno,BN Makin Pincang- Wan Azizah
- CAP Dakwa Harga Makanan Lonjak Sehingga 167 Peratus
- Mana pergi 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu?
Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya Posted: 03 Mar 2011 02:05 AM PST Lim Guan Eng dan "Dilema Melayu"-nya
"UMNO berdepan dengan 'Dilema Cina': Barisan Nasional akan kehilangan sokongan Melayu, seandainya memansuhkan hak keistimewaan Melayu untuk memikat hati Cina. Namun demikian, pengundi Cina tetap akan menolak BN, walau bagaimana BN memikat hatinya sekalipun." Demikianlah pengamatan Mahathir Mohamad selepas "tsunami politik" pada 8 Mac 2008. Bahagian depan analisa ini bertitik tolak daripada logik "zero-sum-game" perkauman UMNO seperti biasa, namun kelihatan ada benarnya pada bahagian akhirnya. Mungkin lebih tepat jikalau disimpulkan sedemikian, "Sememangnya UMNO menghadapi 'dilema Cina', di mana BN terpaksa memikat hati Cina. Namun, bagaimana mereka berusaha pun, ia kekal sukar untuk BN meraih undi Cina." Sesungguhnya, jikalau kita menggantikan istilah "Cina" dengan "Melayu Pulau Pinang", kemudian gantikan istilah "BN" dengan "DAP", maka kita akan menemui "dilema Melayu yang dihadapi DAP". Atau lebih tepat, "dilema Melayu yang dihadapi Lim Guan Eng". Maknanya, betapa pun DAP memikat hati Melayu Pulau Pinang, namun ia tetap sukar untuk mereka meraih undi Melayu. Lim Guan Eng diserang kiri dan kanan Sememangnya, ada bezanya antara "dilema Cina UMNO" dengan "dilema Melayu Lim Guan Eng". UMNO gagal meraih sokongan Cina, antaranya disebabkan tingkahlaku dan hujah PERKASA, Nasir Safar dan dua orang pengetua sekolah yang menyuruh anak muridnya balik ke China. Hujah sedemikian memberi gambaran bahawa UMNO masih berjinak-jinak dengan politik talam dua muka, malah masih terbawa-bawa dengan ideologi politik perkauman. Namun punca sebenar Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terdapatnya kakitangannya yang angkuh (meskipun ia satu hakikat), malah bukan kerana keprihatinannya terhadap Melayu yang sekadar "kosmetik". Jadi, apa yang mengakibatkan kerajaan negeri Pulau Pinang asyik dituding jari? Pertikaian yang terkini adalah penerbitan risalah myBALIKpulau, yang dituduh "lupa sejarah, hina Melayu"- jelas menunjukkan perangai mereka yang suka membesar-besarkan isu, mereka-cipta tuduhan dan menyalahkan kerajaan negeri baru atas apa yang dilakukan bekas kerajaan sebelum 8 Mac 2008. Sesungguhnya politikus UMNO, Utusan Malaysia dan TV3 yang bisa menterbalikkan hitam dengan putih adalah punca kepada masalah, dan Parti Gerakan Pulau Pinang yang memihak kepada UMNO juga patut dipersalahkan. Persoalannya, apakah Lim Guan Eng dan kerajaan Negeri Pulau Pinang begitu sempurna, sehingga tiada ruang untuk diambil kesempatan musuhnya? Pemimpin Melayu kurang terserlah Perbincangan saya dengan seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat dari "generasi reformasi" baru -baru ini mencungkil satu jawapan yang counter-intuitive, berbunyi, punca Lim Guan Eng kehilangan sokongan Melayu bukan disebabkan terlalu sedikit usahanya, sebaliknya disebabkan usahanya yang terlebih! Menurut wakil rakyat ini, Lim Guan Eng sering tampil ke depan dalam isu yang melibatkan komuniti Melayu dan Islam. Namun, ekoran daripada kesungguhan ini, pemimpin keturunan Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang seperti Mansor Othman selaku Timbalan Ketua Menteri I, dan Abdul Malik Kassim selaku EXCO, kelihatan kurang terserlah. Kononnya, daripada 20 orang pengundi Melayu, hanya seorang tahu menyebut nama Timbalan Ketua Menteri I, apatah lagi pemimpin politik Melayu (selain Anwar Ibrahim) dalam Pakatan Rakyat. Dari segi prinsip, seseorang Ketua Menteri yang berketurunan Cina harus diberi pujian apabila berprihatin dan bertindak sendiri dalam isu Melayu dan agama Islam. Ini kerana beliau telah memburaikan mitos bahawa isu perkauman seharusnya dikendalikan wakil kaum masing-masing. Namun demikian, dalam realitinya, apakah mungkin seseorang pemimpin Islam-Melayu dipuji apabila beliau menguruskan isu komuniti Cina dan India? Sekiranya tidak, apakah pengundi Melayu-Islam yang serba salah selepas 8 Mac 2008 akan berasa lega, walaupun kerajaan negeri Pulau Pinang amat prihatin terhadap Melayu, tetapi pemimpin Melayunya kelihatan kurang menonjol? Wakil rakyat ini bertanya, mengapa pengundi Cina bencikan UMNO? Bukankah antara sebabnya, UMNO sering memperlekahkan MCA dan Gerakan yang dianggap sebagai wakil masyarakat Cina? Justeru itu, bagaimana Melayu menyukai kerajaan negeri Pulau Pinang, sekiranya mereka merasakan bahawa wakil politik mereka tidak berkuasa dalam kerajaan negeri? Politik perkauman menuntut kaumnya berkuasa Sebagai perbandingannya, masyarakat Melayu yang selama ini disemai dengan mesej "perpaduan kaum", menuntut bukan sahaja dasar yang memanfaatkan mereka, tetapi juga bangsa dirinya untuk berkuasa. Mentaliti ini tidak sukar untuk difahami. Katakanlah pegawai kerajaan Melayu mengubah sikapnya untuk lebih berprihatin terhadap komuniti Cina pada hari ini, apakah komuniti Cina tidak akan lagi menuntut lebih jawatan dalam kerajaan untuk disandang bangsa dirinya? Sememangnya kesemua ini adalah sisa yang berbisa dari politik perkauman. Namun, dalam usaha kita untuk meruntuhkan tembok politik perkauman, apakah ia perwakilan kaum dan autonomi komuniti itu tidak mengandungi erti "inklusif" sama sekali? Apakah kesudahan yang paling buruk seandainya Lim Guan Eng perlu mengendalikan sendiri hal ehwal Melayu-Islam? Sahabat wakil rakyat saya itu berkata, Pakatan Rakyat sememangnya akan terus berkuasa di Pulau Pinang, namun parti pemerintah ini mungkin kehilangan kesemua wakil rakyat keturunan Melayu-nya. Seandainya demikian, maka nampaknya Lim Guan Eng sendiri terpaksa mengendalikan semua hal ehwal Islam buat masa itu. *Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview. Diterjemah dan disunting oleh Tey Hwey Gek dari teks asal yang disiarkan pada 23 Februari 2011. | ||
Selangor Naikkan Lagi Elaun Guru KAFA, Negeri BN Bagaimana? Posted: 03 Mar 2011 01:56 AM PST
Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan mereka di SRA dan SRAI sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu. Bagi Bunyamin Mohd Razi yang telah berkhidmat sebagai guru selama 3 tahun dan telah dinaikkan pangkatnya menjadi Pengetua SRAI (KAFA) Taman Amaniah kenaikan elaun itu amat dinanti-nantikan oleh tenaga kerja KAFA berikutan bebanan hidup yang semakin berat sekarang "Kita rasa berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam menjaga kebajikan guru-guru. Telah dua kali semenjak PR memerintah Selangor guru-guru menerima kenaikan gaji. "Gaji guru KAFA kalau kita nak bandingkan dengan guru-guru sekolah rendah kebangsaan seperti bumi dan langit. Namun atas rasa tanggungjawab sebagai pendidik, guru-guru masih istiqamah meneruskan tugas ini. "Dengan kenaikan elaun ini setidak-tidaknya mereka merasakan sumbangan mendidik anak-anak bangsa selama ini terbalas. Maklumlah bukan mudah untuk menjadi seorang pendidik. Kita kena melayan berbagai kerenah dan ragam anak-anak murid. "Untuk memberi ilmu kepada mereka juga perlu kesabaran, penghayatan dan pemahaman yang dalam. Ilmu agama yang disampaikan bukan seperti ilmu lain," katanya ketika ditemubual di pejabatnya. Bunyamin juga member cadangan pada masa depan agar kerajaan negeri menukarkan perkatan elaun pada slip gaji guru-guru kepada gaji pokok kerana kesukaran untuk membuat pinjaman membeli kenderaan dan sebagainya tanpa mempunyai penyata gaji. "Jika diletakkan elaun sahaja ramai menyangkakan ianya jawatan kontrak sedangkan guru-guru di sini berjawatan tetap dan ada yang telah berkhidmat selama 18tahun," katanya. Apabila ditanya pendapat tentang bajet 2011 dibentangkan pada 15 Oktober tahun lalu yang mana Perdana Menteri telah mengumumkan guru-guru KAFA akan menerima imbuhan dari RM500 kepada RM800 berkuatkuasa 5 Januari 2011 katanya, sehingga kini guru-guru tidak menerima sebarang kenaikan elaun daripada Kerajaan Pusat seperti yang telah dijanjikan. "Walaupun KAFA Taman Amaniah tidak termasuk dalam kenaikan tersebut namun, teman-teman yang mengajar di SRA, SRAI sentiasa menanti kemasukan elaun itu sehingga kini. Mereka benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Pengumuman telah dibuat 6 bulan lalu namun sudah masuk bulan ke 3 (Mac, 2011) masih tiada sebarang kemasukan elaun seperti yang dijanjikan," ujarnya. Baginya, pengumuman kerajaan pusat hanyalah bahan penyedap telinga sahaja. Apa yang berlaku, ramai guru-guru di sini rasa tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai kenaikan elaun guru. Beliau juga difahamkan oleh sumber tertentu untuk mendapat kenaikan elaun, guru-guru perlu ditahsin al-quran terlebih dahulu dan berbagai alas an lagi yang kedengaran. "Kalau benar apa yang kami dengar mengapa semasa pembentangan bajet yang dibuat oleh PM tidak dinyatakan semua syarat-syarat tersebut secara jelas agar guru-guru ini tidaklah meletakkan harapan yang tinggi. "Persatuan guru-guru Daerah Gombak ramai yang sudah ditahsin sebelum mereka dilantik menjadi guru. Sekiranya ada yang belum ditahsinkan mereka boleh membuat penyemakan tersebut kepada guru berkenaan. "Maka dengan ini Umno-BN tidak perlulah membuat berbagai helah lagi dan menaburkan berbagai janji manis kepada rakyat. Umno-BN wajib tunaikan janji mereka," tegasnya. Sementara itu, Zaleha Abu Bakar dan Hamidah Hj Sanusi yang telah berkhidmat di sekolah tersebut semenjak 1993 mengalu-alukan langkah kerajaan Selangor dalam menaikkan gaji guru KAFA. Menurutnya keadaan kerja dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga semakin baik berbanding dahulu. "Pada 1990an gaji kami sebanyak RM180. KWSP pekerja dan slip gaji guru tiada. Jika kami ingin tahu gaji sudah masuk atau belum kami kena berhubung dengan JAIS. Tetapi zaman seakarang sudah tidak seperti dahulu. "Tapi semenjak PR memerintah ramai yang berebut untuk menjadi guru KAFA. Masa depan guru KAFA telah terjamin dengan berbagai faedah yang diberikan. Gaji guru kafa sudah mencapai RM1000 sebulan," katanya. Nursyuhadah Mokhtar berkelulusan Mesir, berkata kerajaan PR Selangor terbukti lebih prihatin berbanding kerajaan sebelumnya. "Pada tahun 2005 gaji saya hanya RM400 tetapi semasa perubahan kerajaan berlaku pada tahun 2008 alhamdulilah elaun saya telah naik sebanyak RM600, kini gaji bersih saya RM1000. "Namun begitu kami rasa terkilan juga menanti elaun yang di janjikan oleh PM untuk menaikkan elaun guru sebanyak RM500 ke RM800 yang mana kami masih tidak menerima imbuhan tersebut. Sampai bilakah kami perlu menunggu kenaikan itu," keluhnya. Mariah Majid yang sudah 3 tahun berkhidmat sebagai guru KAFA meletakkan harapan agar segala janji manis Umno-BN ditunaikan. Kalau Kerajaan PR sudah boleh membuktikan janji mereka mengapa Umno-BN yang telah memerintah selama 50 tahun tidak dapat menunjukkan yang terbaik berbanding dengan pemerintahan PR yang hanya 3 tahun memerintah. "Kalau semua projek Mega boleh dibuat dengan berjuta billion, mengapa gaji guru yang hanya tidak memakan berjuta billion tidak boleh diluluskan dengan secepatnya. Kami rasa muak dengan janji-janji yang ditaburkan oleh Umno-BN," sinisnya. Menurutnya, walaupun gaji guru sekolah KAFA yang diberikan tidak berapa tinggi namun yang mereka utamakan adalah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna. "Tiada guna jika ilmu dunia 100% lulus tetapi ilmu akhiratnya 100% ke belakang. Oleh itu seharusnya Kerajaan Pusat Umno-BN menjaga kebajikan guru-guru juga. Bukan hanya menjaga kebajikan kroni dan duit poket mereka," bidas Mariah. Kelulusan untuk kenaikan elaun guru KAFA telah dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun lalu. Ia melibatkan 3,935 guru KAFA yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri. Kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun. - Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com. | ||
HA..HA..HA AUDIT NEGARA SALAH?? Posted: 03 Mar 2011 01:51 AM PST Ha..Ha..cerita pada peneroka nampak macam bagus sahaja..Tapi adakah tindakan audit negara ini diperlekehkan?Sudah tentulah ini dilihat sebagai sesuatu yang dijangkakan.Namun bagaimana pula di negeri Pakatan Rakyat berlaku demikian? Sudah tentu tidak bukan?Lihat bagaimana negeri Pakatan Rakyat seperti Kedah,Kelantan,Pulau Punang dan juga Selangor?? Memanglah laporan tersebut di buat pada hujung tahun? Apakah anda tidak sedar? | ||
Posted: 03 Mar 2011 01:37 AM PST | ||
Kerajaan Umno,BN Makin Pincang- Wan Azizah Posted: 03 Mar 2011 01:03 AM PST 03/03/2011 Share PETALING JAYA 3 MAC : Kepincangan pemerintahan Umno-BN dapat dilihat dengan jelas apabila skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menyaksikan kerajaan begitu mudah mengambil keputusan mendakwa bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. | ||
CAP Dakwa Harga Makanan Lonjak Sehingga 167 Peratus Posted: 03 Mar 2011 12:58 AM PST 03/03/2011 GEORGETOWN 3 MAC : Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendakwa harga pelbagai makanan telah melonjak antara 20 peratus hingga 167 peratus sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan. | ||
Mana pergi 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu? Posted: 03 Mar 2011 12:46 AM PST
|
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan