Ahad, 30 Januari 2011

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


PRK Dun Tenang: Lintas Langsung (LIVE) Proses Pengiraan Undi

Posted: 30 Jan 2011 02:41 AM PST



Live - Tenang by-election results
(Thanks to anilnetto.com)


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now!
http://www.emailcashpro.com

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Banjir Besar Melanda Dijangka Johor

Posted: 30 Jan 2011 06:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga Isnin.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini,

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri embilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga Isnin.
Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.-


Cari N3 lama-lama disini

kalam Perantau

kalam Perantau


Keputusan ikut Daerah Mengundi N05 Tenang

Posted: 30 Jan 2011 06:00 AM PST


Terkini : BN kekalkan kerusi DUN Tenang

Posted: 30 Jan 2011 03:58 AM PST

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang.

Maklumat diperoleh menerusi Twitter menunjukkan calon BN Azhar Ibrahim memperoleh 6,027 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,331 undi.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) juga menghantar mesej Twitter bahawa calon BN menang pilihan raya kecil hari ini.

"Tahniah BN berjaya memenangi dan mempertahankan DUN Tenang. Selamat bertugas kepada YB Azhar," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Satu lagi maklumat tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 6,698 undi manakala PAS pula 2,963 yang membawa kepada perbezaan 3,735 undi.

Justeru majoriti dilihat dalam lingkungan 3,700 undi.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.


Aura Cikgu Mala, pusingan kedua Teori RAHMAN milik Rosmah?

Posted: 30 Jan 2011 12:42 AM PST

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Minggu ini saya tidak bercadang untuk menulis berhubung dengan keputusan pilihanraya Dun Tenang yang diadakan pada Ahad 30hb. Januari, 2010. Sejak Normala Sudirman diisytiharkan sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Tenang pada 16hb. Januari yang lepas, landskap politik negara kian rancak dan menarik.

Walau apa pun keputusan PRK Dun Tenang, sama ada PAS berjaya merampas kerusi tersebut atau tidak, bukanlah persoalan utama. Tetapi aura cikgu Mala bukan habis dengan selesainya PRK Dun Tenang tetapi ianya bakal merebak melepasi sempadan politik PAS itu sendiri.  

Tidak semena-mena, Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO mengakui pencalunan Cikgu Mala itu sebagai kejayaan perjuangan memartabatkan wanita dipersada politik negara. Cuma Shahrizat sahaja yang tidak berjaya melakukan perubahan ini melalui UMNO yang didokongi ini.Kelemahan Shahrizat dalam memimpin Wanita UMNO cukup dirasai berbanding dengan Rafidah Aziz sebelum ini.

Rafidah pula tidak bernasib baik kerana beliau tidak peka dengan perubahan disekelilingnya. Rafidah sepatutnya meninggalkan kerusi Ketua Wanita UMNO dizaman kemuncaknya dan  bertanding kerusi Naib Presiden supaya mencipta sejarah sebagai wanita yang pertama memegang jawatan tersebut.

Teori RAHMAN, Rosmah sertai politik?

Sebelum ini, saya telah beberapa kali menulis berhubung dengan teori RAHMAN yang begitu menakjubkan dalam menentukan kepimpinan politik negara khususnya bagi jawatan Perdana Menteri Malaysia. Ada yang kata nama RAHMAN ini diambil sempena nama Tunku tersebut. Malah ada juga yang mendakwa ianya salah satu dari nama Allah, iaitu al-RAHMAN.

Setakat yang saya tahu, tidak ada yang membuat kajian secara spesifik berhubung perkara ini. Ianyanya dibiarkan tergantung begitu sahaja. Sama ada secara kebetulan ataupun tidak, Teori RAHMAN ini telah dikatakan berjaya menyebab beberapa pemimpin UMNO "kecewa" dan tidak berjaya menjadi Perdana Menteri.

Malah ada yang bukan sahaja setakat Timbalan Perdana Menteri, tetapi telah menjadi Pemangku Perdana Menteri seperti Anwar Ibrahim semasa Dr. Mahathir bercuti selama sebulan. Selain Anwar, Musa Hitam dan Ghaffar Baba juga hanya bertahan beberapa tahun sahaja sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah Dr. Mahathir. Sebelum itu Tun Dr. Ismail juga meninggal semasa memengang jawatan Timbalan Perdana Menteri dibawah Tun Abdul Razak.

Untuk rekod, teori RAHMAN ini dikatakan bermula sebaik sahaja Tunku Abdul RAHMAN Putra Al-haj dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Selepas Tunku, Tun Abd Razak yang menjadi timbalan beliau mengambilalih jawatan Perdana Menteri ekoran rusuhan 13 Mei, 1969. Ketika ini teori RAHMAN belum muncul lagi tetapi telah terdengar cakap-cakap siapa pengganti selepas Tun Abdul Razak..

Bila Tun Razak maninggal secara mengejut, Timbalan Perdana Menteri Hussein Onn menggantikannya sebagai Perdana Menteri. Timbul masalah untuk melantik Timbalan Perdana Menteri kerana Hussein Onn tidak berapa berkenaan untuk melantik dari kalangan Naib Presiden UMNO yang ada, iaitu Tengku Razaleigh, Ghaffar Baba dan Dr Mahathir.  Hussein Onn dikatakan lebih serasi dengan Tan Sri Ghazali Shafie yang lebih dikenali sebagai King Ghaz untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setelah "terpaksa" memilih salah seorang daripada tiga (3) Naib Presiden yang ada, Hussein Onn memilih yang paling junior iaitu Dr. Mahathir. Pada masa ini mula timbul cakap-cakap siapa pengganti Huseein Onn yang sebenarnya selepas ini. Maka dicetuskan teori RAHMAN ini secara mendadak, supaya dapat dipastikan pengganti Hussein Onn adalah Dr. Mahathir untuk mewarisi huruf 'M' sebagai Perdana Menteri.

Keadaan politiking UMNO yang semakin memuncak ini memaksakan Husein Onn bertahan selama 5 tahun sahaja sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Dr. Mahathir pada tahun 1981. Malah bila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau merubah tradisi UMNO sebelum ini dan membiarkan pertandingan antara Tengku Razaleigh dan Musa Hitam sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk ditentukan oleh ahli.

Dr. Mahathir yang sepatutnya berkecuali telah memihak kepada Musa Hitam dalam pertandingan  tersebut. Bila Musa Hitam memang pada tahun 1981, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li bertanding sekali lagi patahun 1984 melawan Musa Hitam.  

Sekali lagi Musa Hitam menang tetapi meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1986 (tetapi masih mengekalkan jawatan Timbalan Presiden UMNO selepas dipujuk) dan digantikan oleh Ghaffar Baba sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Pada pemilihan UMNO 1987 yang bersejarah, Musa Hitam bergabung dengan Ku Li pula. Musa Hitam ditentang oleh Ghaffar Baba dan Klu Li pula mencabar Dr. Mahatir. Kedua-duanya kalah dengan majorti yang sangat tipis. UMNO kemudiannya diharamkan dan Dr Mahathir menubuhkan UMNO (Baru) dengan tidak membenarkan seterusnya menyertai UMNO baru kecuali Abdullah Ahmad Badawi dari Team B yang menang kerusi Naib Presiden UMNO.

Selepas beberapa tahun, giliran Anwar pula mencabar Ghaffar Baba dengan kerusi Timbalan Presiden UMNO danm kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi Mahathir terpaksa memecat Anwar dalam satu tragedik yang memalukan dan melantik Abdullah Ahmad Badawi pula untuk mewarisi huruf 'A' sebagai Perdana Menteri.  Selepas Pak Lah menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Najib, maka lengkaplah teori RAHMAN tersebut.

Perbincangan Perdana Menteri selepas Najib berjaya menamatkan pusingan pertama teori RAHMAN tersebut pada tahun 2009 yang lepas,  kembali menjadi cakap-cakap di 'coffee house'. Malah ada yang menyebut, pusingan kedua teori RAHMAN lebih hebat dari pusingan pertama dahulu kerana lanskap politik sudah berubah khususnya dikalangan UMNO. Ada yang mula menjaja siapakah 'R' yang boleh dipertimbangkan.

Kalau mengikut senario politik UMNO yang ada hari ini, nama Rais Yatim cuba dimasukkan ke dalam pertimbangan  kumpulan ini setelah nama Razaleigh Hamzah sudah menjadi sejarah. Kata mereka, peluang Ku Li bukan melalui UMNO. Kesilapan terbesar Ku Li dalam memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri adalah bila dia sanggup membubarkan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang dipimpinnya bersama dengan Rais Yatim kerana terpengaruh dengan Rais.

Selain dua nama ini, ramai yang lebih berminat menonjolkan nama Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sendiri sebagai pengganti Najib. Melihat kepada' idea' beliau menubuhkan program Permata negara, kehadiran beliau jauh lebih menyerlah dari lain-lain Menteri, hatta Menteri Pelajaran yang sekarang menjadi Timbalan Perdana Menteri yang jelas tidak memenuhi cirri-ciri huruf 'R' yang sedang dicari pada pusingan keduaTeori RAHMAN  ini.

Apakah mungkin Rosmah yang dimaksudkan dengan "R' pada pusingan kedua ini? Jika kita lihat apa yang berlaku kepada Hillary Clinton, walaupun beliau gagal dipilih menjadi calon Presiden Amerika, tetapi telah dilantik menjadi Setiausaha Negara yang setaraf dengan Perdana Menteri. Tidak mustahil Rosmah sedang mengatur langkah daripada 'First Lady' kepada 'First Women Prime Minister'.

Artikel ini diterbit untuk akhbar SIASAH


keAZAManMalaysia

keAZAManMalaysia


Orang Mesir ni jangan dilayan sebab diorang ni Kurang Ajar

Posted: 30 Jan 2011 09:23 PM PST

mesir skarang huru hara...

bagus2..

aku cukup suka..

bukan apa..

aku tak berapa suka ngn arab mesir ni..

ahahhaahaha..

"kenapa??diorang kan Islam??"

kat uia sjak taaruf dua 3 kali budak2 mesir nak buat bergaduh ngn aku..

mesir ni kurang ajar...mesir ni sial..mesir ni perasan kuat..mesir ni perasan bagus..

bukan aku sorang je yg becakap..dak2 indon....dak2 senior pun ckp bende yg sama..

s oll sama mesir..biar bergolak...harharharhar..

mesir ni pun antara puak2 arab bodoh..tengah exam dibantai nk meniru....

lancau...

mungkin diorang ni spesis keturunan firaun kot..

hwahwahwahwahwa...

anak2 malaya pun satu....kalau yg telebeh Islam tu..

hanta anak belajar ke mesir..

balik2 ampu najib dapat jadi guru j-qaf..

ini apa yg dikatakan oleh najib...

konon mak ayah diorang ingat al azhar tu bagus la itu la ini la..

tengok dr maza pun bukan al azhar..ramai gak fanbase dia..harharhar

podah la wei...

yg pasti aku menyampah dengan arab mesir..dan juga arab2 yg sewaktu dengannya..

wekkkkkkkkkkk

tak lama lg usa pun masuk mesir..israel pun masuk menyelit sama amik pot..

mesir pun bakal jadi mcm iraq...

harharharhar..dan suma orng mesir akan digantung sampai kiok!!!!!!!!!

(hari ni berita harian tak de cerita best..tu yg aku saja nk maki sama mesir bodoh ni)



Rosmah Mansor Umum Peruntukan RM 110 juta untuk mangsa banjir dan fasiliti di DUN Tenang(terlates daripada twitter Datin Seri Rosmah The Fat Lidy)

Posted: 30 Jan 2011 07:05 AM PST

mangsa banjir jangan panik!!!!!!!

rosmah mansor umum peruntukkan untuk bagi rm 3000 buat setiap keluarga mangsa banjir dun tenang..

tahniah bn atas kemenangan di tenang..

hidup melayu!!!!!!!!!!!!

harharhar..

kena tipu!!!!!!!!!! malam ni korang tido dalam air la eh..

rosmah ngah happy2 kat abu dhabi!!!!!!!

dia peruntukkan rm 110 juta untuk permata jeeeeeeeeeeeeeeee....

Siulan Apadianie

Siulan Apadianie


UMNO diselamatkan oleh Lee Kuan Yew ?

Posted: 30 Jan 2011 08:54 AM PST

"Superhero Umno Dulu..Kini..dan Selamanya..."

usinakata;...PRK DUN Tenang sudah melepaskan sauhnya nun jauh ke dasar lautan..Dan kini para penganalisa politik sedang sibuk mengira-gira peratusan jumlah pengundian disetiap peti undi dan kawasan berdasarkan pola pecahan kaum Melayu-Cina-India dan lain-lain.
Tahniah kepada Umno kerana berjaya mengalahkan PAS/PR dan seterusnya menambahkan lagi majoriti yang dimenanginya pada 2008 yang lalu.
Banyak faktor-faktor kemenangan yg dimiliki oleh Umno akan dihuraikan oleh pelbagai penganalisa politik nanti..

Maka disini ..satu persoalan yg sedang belegar-legar dikepala ..adakah berkemungkinan faktor penyumbang peningkatan didorong oleh suara dari seberang tambak iaitu lebih jelas lagi Menteri Mentor Negara Pulau Singa @ Singapura dimana tidak lain dan tidak bukan susu tubuh yang bernama LEE KUAN YEW..

Adakah Lee Kua Yew terbabit sama didalam kempen Umno utk memenangi PRK DUN Tenang..?

Apakah sesudah MCA gagal utk meyakinkan kepada pengundi kaum Cina dengan isu Negara Islam PAS dan isu "salam sarung tangan" calon muslimat PAS..Umno sengaja membiarkan undi kaum cina masuk ke dalam peti undi PAS dan Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia berkempen menakutkan Melayu dan seterusnya memaksa Melayu mengundi dacing..?

Dan jangan dilupakan..DUN Tenang ini berada didalam Negeri Johor bersempadanan dengan Singapura pula?

Hati ini mula tergerak apabila melihat tajuk laporan akhbar dari Utusan Malaysia pada 27.1.11 dimana tertera nama Menteri Mentor Singpura dimuka hadapan akhbar itu - BERITA UTAMA; KUAN YEW TAKUT NEGARA JIRAN

Pada 28.1.11 didalam laporan akhbar yang sama nama Lee Kuan Yew naik lagi dan pada tarikh tersebut laporan mengenainya dipaparkan diruang RENCANA ; ANTARA MCA,DAP DAN LEE KUAN YEW

Dan paling mengujakan hati ini apabila disaat-saat akhir sebelum pintu pusat pengundian dibuka pada 30.1.11 Umno masih lagi berkempen walaupun sudah tamat hari berkempen bagi semua parti yang bertanding di PRK DUN Tenang..BN melalui media rasmi UMNO iaitu Utusan Malaysia melancarkan kempen "haram disisi PR" dengan terlancarnya laporan muka hadapan - BERITA UTAMA; KUAN YEW KETEPIKAN AGAMA 

Bagi hati ini..jelas dan terang Umno berjaya didalam kempenya utk menarik perhatian pengundi Melayu dengan menggunakan Lee Kuan Yew sebagai umpan..apatahlagi peningkatan undi dari kaum Melayu sehingga melonjakan majoriti yg diperolehi lebih dari 1000 undi berbanding 2008.

Kenapa kempen percuma dari Lee Kuan Yew ini sangat berharga buat BN/UMNO..?



Petikan dari Bab 3; ..Sebagaimana biasanya,apa sahaja yang diperkatakan Menteri Mentor Singapura,Lee Kuan Yew,tentang politik Malaysia mahupun tentang hubungan Malaysia-Singapura akan menimbulkan reaksi gempar dikalangan rakyat umum di negara ini.(Malaysia)


Lee Kuan Yew sering dianggap sebagai realiti yang lebih besar daripada kehidupan ini sendiri.Dalam kerangka wacana politik negara ini yang begitu tebal ciri perkauaman-misalnya dikalangan orang-orang Umno-Lee Kuan Yew sering digambarkan sebagai musuh ketat lagi berbahaya.


Nasib orang Melayu Singapura,dan penindasan mereka oleh Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura,sering dikemukakan sebagai contoh dan amaran tentang apa yang akan terjadi kepada orang Melayu jika kuasa politik terlepas dari tangan orang Melayu-maksudnya terlepas dari tangan Umno-dan direbut oleh Lee Kuan Yew dan kaumnya.


Pemimpin politik yang bersikap perkauman di Malaysia-akan memperalatkan negara jiran terdekat mereka sama seperti negara Israel memperalatkan peristiwa Holocaust; yakni utk membela kewujudanya dan mencipta momok asing yang dikatakan akan membahayakan kewujudan itu (Malaysia).



Bagi hati ini..apa yg diperkatakan tadi bukanlah merujuk 100% ianya adalah salah satu faktor kemenangan Umno di PRK DUN Tenang..apa yang dikatakan sebentar tadi hanyalah persoalan yg tidak pernah mati untuk difikirkan..untuk itu biarlah jawapan samada Lee Kuan Yew ini benar-benar salah satu kempen yang paling berjaya buat Umno dijawap oleh hati dan minda masing-masing..

Hati ini suka sekali nak mengata..kemenangan di PRK DUN Tenang bukanlah BN yang menang..tetapi Umno yang menjadi Juaranya..

Akhirkata dari hati ini...kepercayaan bahawa Lee Kuan Yew akan berterusan menjadi bahan kempen percuma untuk BN akan berterusan sehinggalah Lee Kuan Yew menutup mata dan bersemadi disebelah mendiang isteri beliau mantan "First Lady Singapura" Kwa Geok Choo.

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PRK DUN MERLIMAU - PKR JANGAN TAMAK NANTI RUGI

Posted: 30 Jan 2011 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SELESAI di Tenang, satu lagi cabaran menanti buat PR iaitu di Dun Merlimau, Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac. Dalam Pilihanraya Umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Ura-ura ada menyebut PKR Melaka mahukan kerusi tersebut diserahkan kepadanya atas faktor-faktor tertentu dan kemungkinan PKR Melaka mahu meletakkan Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar bertanding di situ. Presiden PAS telah membuat kenyataan bahawa penentuan siapakah yang diberi tanggungjawab bertanding di kerusi tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu di dalam PR.

Pada pendapat saya, PR harus memegang kepada persefahaman yang dibentuk selama ini dan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS. PKR tidak perlu `tamak' untuk merebut kerusi berkenaan kerana `tamak selalunya rugi'. PKR atau DAP hanya boleh bertanding di kerusi tersebut seandainya PAS sendiri memberi keizinan atau merestuinya atas sebab-sebab tertentu parti tersebut.

Oleh yang demikian, hentikanlah PKR untuk melobi kerusi berkenaan. Serahkan sahaja kepada kebijaksanaan pimpinan PR untuk menentukannya. Apa yang penting, sementara pimpinan membuat keputusan, PR khususnya di Melaka boleh bergerak lebih aktif mulai sekarang. Harus diingat, Melaka adalah sebuah negeri yang `lebih karat' Umnonya dari Johor sekarang. /wfauzdin.blogspot.com

PRU KE 13 - HARAP PAS KEKALKAN PUAN NORMALA

Posted: 30 Jan 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MESKIPUN tewas di dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang diumumkan malam tadi, calon PAS Puan Normala Sudirman boleh kita anggap sebagai `pemenang sebenar' pertandingan menentang seluruh jentera kerajaan.

Wanita gigih ini berjaya menggagalkan cita-cita TPM Muhyiddin yang mengimpikan majoriti sekurang-kurangnya 5000 di mana PAS tewas hanya majoriti 3, 707 sahaja. Muhyiddin mensasarkan majoriti sebanyak itu kerana beliau yakin dengan kekuatan seluruh jentera kerajaan yang ditunggangnya amat mudah untuk menghadapi hanya seorang wanita. Ternyata, Puan Normala telah memberikan satu tamparan hebat dan memalukan TPM.

Saya berharap agar di dalam PRU Ke 13 nanti, kerusi Dun Tenang ini ditandingi semula oleh Puan Normala. Beliau seorang yang berkebolehan dan ketenangan serta kecekalannya amat menguntungkan PAS memiliki wanita ini. Berhadapan dengan seribu fitnah termasuk ke atas suaminya, Puan Normala tetap mampu tersenyum sebilang masa. Beliau hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Selepas ini, apakah nasib yang bakal menimpa ke atas suaminya yang dikatakan akan berhadapan dengan tindakan tatatertib kerana kununnya menyalahgunakan cuti sakit untuk menemani kempen membantu isterinya. Saya berharap PAS akan sedia membantu dari segala segi termasuk bantuan guaman sekiranya suami Puan Normala dikenakan tindakan.

Sekali lagi, tahniah kepada Puan Normala yang telah berjaya merapatkan perpaduan dan kefahaman Islam kepada kaum Cina di Tenang. Undi kaum Cina di Tenang dikatakan mencapai 70 % menyokong PAS. Biarkan lah Melayu di felda dengan `ketuanan Melayunya' dan kita lihat sejauh mana `ketuanan Melayu' yang disanjung oleh mereka itu boleh memberi kesenangan kepada mereka.

Pernahkah kita terfikir Melayu menolak perjuangan Islam, dan kaum Cina menyokong perjuangan Islam? Itulah kerja Allah yang manusia tidak boleh fikirkan. Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, Islam itu bukan kepunyaan Melayu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

HEBATNYA KERAJAAN NAJIB DAN JENTERANYA MENEWASKAN SEORANG WANITA ?

Posted: 30 Jan 2011 08:28 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu diucapkan tahniah kepada `Kerajaan Malaysia beserta beberapa Kementerian dan agensinya' yang telah menewaskan PAS yang mewakili PR di dalam PRK Dun Tenang yang diumumkan malan tadi.

Calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti 3, 707 dengan mendapat undian 6, 699 manakala Normala memperoleh 2,992 undi. Bumi Tenang dibanjiri air sehingga ke tengah Pekan Labis iaitu banjir terburuk di kawasan tersebut, namun majoriti pengundi tetap yakin bahawa Kerajaan Bn adalah kerajaan terbaik buat mereka dan Labis khususnya tetap dilihat maju di bawah Bn.

Majoriti di Labis juga berpendapat bahawa `ketuanan Melayu' mesti dipertahankan, walaupun beberapa pemimpin di kalangan mereka memperlekehkan hukum Islam. Melayu lebih penting dari segalanya, sebab itu seperti biasa kawasan Felda tetap aset penting pendukung `ketuanan Melayu'. Alhamdulillah, di saat ramai Melayu tidak peka terhadap hukum Islam, DAP dan pengundi-pengundi Cina bersatu dengan PAS mempertahankan maruah Islam dari terus dicemari oleh mulut beberapa pemimpin mereka.

Ini satu perkembangan baik buat PAS dan PR. Islam semakin difahami oleh mereka dan biarlah Chua Soi Lek, Muhyiddin, Rais atau Isa Samad yang merasa amat sukar memahaminya. Majoriti pengundi-pengundi di Tenang juga merasakan perjuangan Islam tidak mempunyai tempat di sini terutamanya di kawasan felda. Sebab itu, hairan apanya jika kita lihat remaja-remaja di kawasan felda teramat baik akhlak mereka. Tiada masalah sosial di felda dan felda itu sendiripun bersih sebersihnya. Justeru, memang wajar Ahmad Maslan tidak menyahut cabaran ANAK untuk berdebat berkenaan isu felda. Ini adalah kerana majoriti penduduk felda tetap yakin felda bersih. Tidak lama lagi seluruh felda akan mendapat WIFI percuma sepertimana kem tentera di Bagan Pinang telah mendapat WIFI, kolam renang dan Padang Futsal yang dijanjikan dulu (?)

Sekali lagi tahniah buat Kerajaan 1 Malaysia di bawah Najib dan ternyata jentera kerajaan mereka amat kuat sehingga boleh menewaskan seorang wanita dari PAS./wfauzdin.blogspot.com

UMMI - DULU BANKRAP, SEKARANG DAH POKAI KOT....

Posted: 30 Jan 2011 05:00 AM PST

kahkahkah bukan takat bangkap idea nak carik duit, tapi memang seorang bankcrupt atau bahasa mudahnya MUFLIS/ HUTANG TAK RETI BAYAR... hahahaha

cuma tertanya mana tetiba datang duit untuk bayar hutang? harharhar? ini misti ada orang bagi, TUAN ALI bapa Ummi tak bagi duit kat ummi pasal tak ngaku anak, suami nak bagi? haram dia nih mana ada kawen lagi, dengar citer masih dara... hak! baginda nak bagi? dulu leh la nak bagi masa baginda ngaku ini teman seseks... skang tak dengar lagi.. hahaha adik beradik nak bagi? hahaha Ummi nih siap nak saman adik beradik dia lagi adallah... tak kenang budi punya adik beradik... hahaha!

jom baca berita dolu2, zaman takde internet so dengan mudah Mahathir waktu tu nak tipu, hotel tak pernah ujud pun boleh jadi tempat berlaku kes liwat.. hahaha

Harakah

Ikhsan: Harakah

Selepas Azizan Abu Bakar ditangkap khalwat dan dijatuhi hukuman tiga bulan penjara, Ummi Hafilda pula diisytiharkan muflis di Mahkamah Tinggi 6 Oktober lalu kerana gagal membayar hutang RM300,000 kepada Uni-Grand (M) Bhd, sebuah syarikat papan tanda.

Kedua-duanya adalah saksi utama dalam kes tuduhan rasuah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buluh.

Anwar juga sedang dibicarakan berhubung kes dakwaan liwat di Mahkamah Tinggi.

Perintah muflis terhadap Ummi Hafilda dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Kalyana Kumar dalam kamarnya di Mahkamah Tinggi Sivil Wisma Denmark di sini.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Haji Ayob mengingatkan kerajaan agar lebih berhati-hati pada masa hadapan bagi memastikan saksi-saksi yang terlibat dalam sebarang kes di mahkamah tidak dipersoalkan oleh orang ramai.

"Rakyat melihat dan menilai kewibawaan saksi-saksi yang terbabit dan rakyat juga mahu supaya keutuhan mahkamah dalam membuat penghakiman dan menjatuhi sebarang keputusan itu dapat membuktikan keadilan telah dijalankan dan benar-benar dilihat telah dilaksanakan," katanya.

Sumber: Bagindareformasi

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


Ini adalah kekalahan sementara.. PRU ke-13 kita cuba lagi.... Teruskan perjuangan...

Posted: 30 Jan 2011 07:56 AM PST




Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

azlanNaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam laman Twitter mengucap tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)menyifatkan jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

CIKGU MALA TELAH MENUNJUKKAN TITIK BENIH ISLAM YANG MENARIK
DAP MENUNJUKAN SIKAP CINA YANG BENAR
MCA TELAH MENELANJANG
SIFAT BERKAWAN DENGAN UMNO SELAMA INI YANG ANTI ISLAM!!




Hujan lebat s
epanjang 3 hari hampir menenggelamkan Dun Tenang. Ramai penggundi yg terperangkap manakala sebahagian kawasan pembuangkan undi tidak berfungsi.

Ini berikutan BN begitu ghairah untuk menang, lantas semua jentera kerajaan, termasuk askar, JPA3 dan Rela digunakan untuk mengangkut pengundi. Tanpa jentera ini, akan ramai pengundi BN tidak sedia keluar mengundi. Sedangkan PAS tidak dapat menggunakan semua kemudahan jentera kerajaan itu. Kelemahan ini menyebabkan pengundi PAS ramai terperangkap dalam banjir.

Inilah realiti kemenangan BN yang pada sikapnya adalah sukar terima. Hanya Allah lebih tahu segala-gala yang berlaku."
Peluang ini diambil sepenuhnya oleh Umno BN dengan menggerahkan bot dan lori jentera Polis, Bomba dan agensi yg lain memunggah hanya penggundi Umno Felda ke tempat mengundi. Manakala sebahagian besar punggundi bandar Labis ditinggalkan kerana beranggapan penyokong PR.

Terima kasih kepada petugas-petugas PR yang bertungkus lumus membantu calon kita.

Terima kasih juga penduduk N05 DUN tenang yang mengundi PAS. Teruskan gerak kerja informasi dan khidmat sosial terutama FELDA yg masih tertinggal sumber2 berita terkini.

Dan syabas juga kepada para jentera dari Kuala Pilah yg diwakili oleh Helmi, Kamarul, Hj Rahman, abg Bega dan yg lain. Kami sentiasa mendoakan selamat kembali yang kini khabarnya terperangkap banjir di Segamat sewaktu perjalanan pulang.


Lepas ini kita sama2 meriahkan Jemapoh & Kuala Pilah dengan gerak kerja yang lebih tersusun dan terus bersemangat.