Ahad, 30 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PRK DUN MERLIMAU - PKR JANGAN TAMAK NANTI RUGI

Posted: 30 Jan 2011 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SELESAI di Tenang, satu lagi cabaran menanti buat PR iaitu di Dun Merlimau, Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac. Dalam Pilihanraya Umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Ura-ura ada menyebut PKR Melaka mahukan kerusi tersebut diserahkan kepadanya atas faktor-faktor tertentu dan kemungkinan PKR Melaka mahu meletakkan Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar bertanding di situ. Presiden PAS telah membuat kenyataan bahawa penentuan siapakah yang diberi tanggungjawab bertanding di kerusi tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu di dalam PR.

Pada pendapat saya, PR harus memegang kepada persefahaman yang dibentuk selama ini dan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS. PKR tidak perlu `tamak' untuk merebut kerusi berkenaan kerana `tamak selalunya rugi'. PKR atau DAP hanya boleh bertanding di kerusi tersebut seandainya PAS sendiri memberi keizinan atau merestuinya atas sebab-sebab tertentu parti tersebut.

Oleh yang demikian, hentikanlah PKR untuk melobi kerusi berkenaan. Serahkan sahaja kepada kebijaksanaan pimpinan PR untuk menentukannya. Apa yang penting, sementara pimpinan membuat keputusan, PR khususnya di Melaka boleh bergerak lebih aktif mulai sekarang. Harus diingat, Melaka adalah sebuah negeri yang `lebih karat' Umnonya dari Johor sekarang. /wfauzdin.blogspot.com

PRU KE 13 - HARAP PAS KEKALKAN PUAN NORMALA

Posted: 30 Jan 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MESKIPUN tewas di dalam Pilihanraya Kecil Dun Tenang yang diumumkan malam tadi, calon PAS Puan Normala Sudirman boleh kita anggap sebagai `pemenang sebenar' pertandingan menentang seluruh jentera kerajaan.

Wanita gigih ini berjaya menggagalkan cita-cita TPM Muhyiddin yang mengimpikan majoriti sekurang-kurangnya 5000 di mana PAS tewas hanya majoriti 3, 707 sahaja. Muhyiddin mensasarkan majoriti sebanyak itu kerana beliau yakin dengan kekuatan seluruh jentera kerajaan yang ditunggangnya amat mudah untuk menghadapi hanya seorang wanita. Ternyata, Puan Normala telah memberikan satu tamparan hebat dan memalukan TPM.

Saya berharap agar di dalam PRU Ke 13 nanti, kerusi Dun Tenang ini ditandingi semula oleh Puan Normala. Beliau seorang yang berkebolehan dan ketenangan serta kecekalannya amat menguntungkan PAS memiliki wanita ini. Berhadapan dengan seribu fitnah termasuk ke atas suaminya, Puan Normala tetap mampu tersenyum sebilang masa. Beliau hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Selepas ini, apakah nasib yang bakal menimpa ke atas suaminya yang dikatakan akan berhadapan dengan tindakan tatatertib kerana kununnya menyalahgunakan cuti sakit untuk menemani kempen membantu isterinya. Saya berharap PAS akan sedia membantu dari segala segi termasuk bantuan guaman sekiranya suami Puan Normala dikenakan tindakan.

Sekali lagi, tahniah kepada Puan Normala yang telah berjaya merapatkan perpaduan dan kefahaman Islam kepada kaum Cina di Tenang. Undi kaum Cina di Tenang dikatakan mencapai 70 % menyokong PAS. Biarkan lah Melayu di felda dengan `ketuanan Melayunya' dan kita lihat sejauh mana `ketuanan Melayu' yang disanjung oleh mereka itu boleh memberi kesenangan kepada mereka.

Pernahkah kita terfikir Melayu menolak perjuangan Islam, dan kaum Cina menyokong perjuangan Islam? Itulah kerja Allah yang manusia tidak boleh fikirkan. Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, Islam itu bukan kepunyaan Melayu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

HEBATNYA KERAJAAN NAJIB DAN JENTERANYA MENEWASKAN SEORANG WANITA ?

Posted: 30 Jan 2011 08:28 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu diucapkan tahniah kepada `Kerajaan Malaysia beserta beberapa Kementerian dan agensinya' yang telah menewaskan PAS yang mewakili PR di dalam PRK Dun Tenang yang diumumkan malan tadi.

Calonnya, Mohd Azahar Ibrahim mengalahkan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti 3, 707 dengan mendapat undian 6, 699 manakala Normala memperoleh 2,992 undi. Bumi Tenang dibanjiri air sehingga ke tengah Pekan Labis iaitu banjir terburuk di kawasan tersebut, namun majoriti pengundi tetap yakin bahawa Kerajaan Bn adalah kerajaan terbaik buat mereka dan Labis khususnya tetap dilihat maju di bawah Bn.

Majoriti di Labis juga berpendapat bahawa `ketuanan Melayu' mesti dipertahankan, walaupun beberapa pemimpin di kalangan mereka memperlekehkan hukum Islam. Melayu lebih penting dari segalanya, sebab itu seperti biasa kawasan Felda tetap aset penting pendukung `ketuanan Melayu'. Alhamdulillah, di saat ramai Melayu tidak peka terhadap hukum Islam, DAP dan pengundi-pengundi Cina bersatu dengan PAS mempertahankan maruah Islam dari terus dicemari oleh mulut beberapa pemimpin mereka.

Ini satu perkembangan baik buat PAS dan PR. Islam semakin difahami oleh mereka dan biarlah Chua Soi Lek, Muhyiddin, Rais atau Isa Samad yang merasa amat sukar memahaminya. Majoriti pengundi-pengundi di Tenang juga merasakan perjuangan Islam tidak mempunyai tempat di sini terutamanya di kawasan felda. Sebab itu, hairan apanya jika kita lihat remaja-remaja di kawasan felda teramat baik akhlak mereka. Tiada masalah sosial di felda dan felda itu sendiripun bersih sebersihnya. Justeru, memang wajar Ahmad Maslan tidak menyahut cabaran ANAK untuk berdebat berkenaan isu felda. Ini adalah kerana majoriti penduduk felda tetap yakin felda bersih. Tidak lama lagi seluruh felda akan mendapat WIFI percuma sepertimana kem tentera di Bagan Pinang telah mendapat WIFI, kolam renang dan Padang Futsal yang dijanjikan dulu (?)

Sekali lagi tahniah buat Kerajaan 1 Malaysia di bawah Najib dan ternyata jentera kerajaan mereka amat kuat sehingga boleh menewaskan seorang wanita dari PAS./wfauzdin.blogspot.com

UMMI - DULU BANKRAP, SEKARANG DAH POKAI KOT....

Posted: 30 Jan 2011 05:00 AM PST

kahkahkah bukan takat bangkap idea nak carik duit, tapi memang seorang bankcrupt atau bahasa mudahnya MUFLIS/ HUTANG TAK RETI BAYAR... hahahaha

cuma tertanya mana tetiba datang duit untuk bayar hutang? harharhar? ini misti ada orang bagi, TUAN ALI bapa Ummi tak bagi duit kat ummi pasal tak ngaku anak, suami nak bagi? haram dia nih mana ada kawen lagi, dengar citer masih dara... hak! baginda nak bagi? dulu leh la nak bagi masa baginda ngaku ini teman seseks... skang tak dengar lagi.. hahaha adik beradik nak bagi? hahaha Ummi nih siap nak saman adik beradik dia lagi adallah... tak kenang budi punya adik beradik... hahaha!

jom baca berita dolu2, zaman takde internet so dengan mudah Mahathir waktu tu nak tipu, hotel tak pernah ujud pun boleh jadi tempat berlaku kes liwat.. hahaha

Harakah

Ikhsan: Harakah

Selepas Azizan Abu Bakar ditangkap khalwat dan dijatuhi hukuman tiga bulan penjara, Ummi Hafilda pula diisytiharkan muflis di Mahkamah Tinggi 6 Oktober lalu kerana gagal membayar hutang RM300,000 kepada Uni-Grand (M) Bhd, sebuah syarikat papan tanda.

Kedua-duanya adalah saksi utama dalam kes tuduhan rasuah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buluh.

Anwar juga sedang dibicarakan berhubung kes dakwaan liwat di Mahkamah Tinggi.

Perintah muflis terhadap Ummi Hafilda dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Kanan, Kalyana Kumar dalam kamarnya di Mahkamah Tinggi Sivil Wisma Denmark di sini.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Haji Ayob mengingatkan kerajaan agar lebih berhati-hati pada masa hadapan bagi memastikan saksi-saksi yang terlibat dalam sebarang kes di mahkamah tidak dipersoalkan oleh orang ramai.

"Rakyat melihat dan menilai kewibawaan saksi-saksi yang terbabit dan rakyat juga mahu supaya keutuhan mahkamah dalam membuat penghakiman dan menjatuhi sebarang keputusan itu dapat membuktikan keadilan telah dijalankan dan benar-benar dilihat telah dilaksanakan," katanya.

Sumber: Bagindareformasi

Tiada ulasan: