DIALOG RAKYAT |
- Demi politik, UMNO permainkan isu masjid
- Gimik terakhir Umno halang perhimpunan BERSIH 2.0 -Tian Chua
- Hakim enggan undur, Anwar bakal dipenjara- Presiden Aliran
- Anwar turut serta Bersih 2.0 pada 9 Julai
- Exco Selangor Ingatkan Rakyat Jangan Terpedaya Laporan Media Kawalan Umno
- Anwar : Pemimpin Yang Bagus, Di Belakangnya Ada Pegawai Yang Cekap
- Kementerian akui 1pengguna digodam
- Demo BERSIH gentarkan pemandu teksi
- Kumpulan Anti-Lynas mahu injunksi mahkamah
- BN sengsara mahu pikat undi Tionghua
- Umno sanjung ulama hanya lakonan
- Sampai bila pun Umno tak faham perjuangan PAS
- Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda
- Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal
- PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki
- PAS lapor SPRM isu Hospital Shah Alam
- AK bersedia catat sejarah menang kali ketiga
- Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden
- Najib tak faham negara berkebajikan PAS
- Umno-BN terus serang ‘negara berkebajikan’ PAS
- MB: Aset air Selangor RM12 bilion, BN buat silap besar
- Video seks: Individu sebar VCD dapat perlindungan khas, dakwa Anwar
- Ketua MIC Bagan dipecat, panel disiplin kata tiada pilihan
- Kelantan umum cuti peristiwa esok sempena Piala FA
- BN dan Pakatan mula lumba, PAS diminta tubuh panel rangka negara kebajikan
Demi politik, UMNO permainkan isu masjid Posted: 11 Jun 2011 05:55 AM PDT ROKET KINI.COM GEORGETOWN – Pemilihan jawatankuasa 200 khariah masjid di Pulau Pinang bertujuan memilih pentadbir masjid yang berwibawa tanpa mengambil kira fahaman politik masing-masing. Tidak ada mana-mana parti politik terlibat, apatah lagi yang kononnya dikatakan membabitkan DAP yang sama sekali tidak ada kena-mengena dengan hal-ehwal Islam di negeri itu. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggun Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, pemilihan itu juga bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak khariah untuk mencadangkan jawatankuasa khariah masing-masing kepada Majlis Agama Negeri Pulau Pinang. "Mereka yang terpilih perlu memikul tanggungjawab berat, iaitu mengimarahkan masjid demi kepentingan masyarakat Islam khususnya," katanya dalam satu kenyataan. Beliau menambah bahawa apa yang lebih utama ialah mereka melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T bagi meningkatkan syiar Islam di negeri itu. "Justeru, saya juga menolak dakwaan 'nakal' pihak-pihak tertentu kononnya tata cara pelantikan ini bersifat kepentingan politik dan akan memecahbelahkan masyarakat Islam. "Sekiranya kami meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama, maka tentunya MAINPP akan meneruskan amalan tradisi kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, iaitu melantik jawatankuasa masjid tanpa melalui tata cara pemilihan oleh anak-anak khariah," jelas beliau. Dalam usaha memburukkan DAP serta membangkitkan kemarahan orang Islam, pemimpin UMNO dan penyokong mereka telah mendakwa kononnya DAP terlibat dalam usaha melaksanakan tata cara pemilihan itu. Ada pihak berpendapat UMNO takut kehilangan pengaruh dalam jawatankuasa masjid jika pemilihan diadakan kerana ahli-ahli khariah dikatakan akan cenderung untuk memilih calon-calon berwibawa bagi mentadbir masjid mereka, dan tidak semestinya dari kalangan UMNO yang sebelum ini mendapat tempat melalui perlantikan. Menurut sumber-sumber, UMNO yang tidak berani menyerang MAINPP kerana ia adalah badan yang menjaga dan memelihara kepentingan umat Islam negeri, cuba memalitkan DAP dengan usaha MAINPP melaksanakan tata cara pemilihan khariah masjid itu. Abdul Malik menjelaskan, MAINPP buat kali pertama, iaitu selepas perlantikan jawatankuasa MAINPP yang dilantik pada 1 Januari 2010, akan mengadakan pemilihan jawatankuasa khariah masjid seluruh Pulau Pinang menggunakan kaedah dan tata cara yang lebih tulus, telus dan terbuka. Ia akan dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Kariah MAINPP, Ustaz Salleh Man yang juga Timbalan Yang Dipertua MAINPP. Kaedah perlantikan yang diperkenalkan ini, hasil mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIAPP), MAINPP dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam. "Malah sejak 2009, selaku Exco Hal Ehwal Agama, saya sendiri telah mengadakan pelbagai perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak bagi merumuskan kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tata cara pemilihan yang sedia ada," jelas Abdul Malik. Beliau berkata, hasil muzakarah jawatankuasa berkenaan pada 6 Mac 2011 telah mencadangkan kepada MAINPP tentang tata cara pemilihan tersebut pada April lalu. Pada 20 Mei 2011 mesyuarat khas MAINPP telah memutuskan menerima tata cara pemilihan yang disyorkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Kariah MAINPP. Tata cara pemilihan ini juga merupakan penambahbaikan peraturan yang sedia ada selaras dengan Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan kaedah 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang ) pindaan 2003. Sebelum ini, pakar al-Quran dan Hadis Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata bahawa sewaktu pemerintahan BN di Pulau Pinang dahulu, UMNO mengguna pakai amalan politik kepartian dengan memilih ahli-ahli khariah masjid dari kalangan mereka sendiri tanpa mengikut prinsip syarak. Beliau berkata kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa itu bukan dari ahli masjid sendiri tetapi berdasarkan kegiatan mereka dalam parti, iaitu mereka yang aktif dalam UMNO mendapat kedudukan dalam jawatankuas masjid. Dr Mohd Asri, anak kelahiran Pulau Pinang yang juga bekas Mufti Perlis, menyatakan masyarakat Islam tidak perlu bimbang dengan tata cara pemilihan kerana calon-calon yang terbaik akan dipilih oleh ahli-ahli khariah sendiri tanpa mengira pegangan politik mereka. Sebelum ini juga, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari telah menjelaskan bahawa terpulang kepada MAINPP untuk menentukan kaedah pemilihan khariah masjid di Pulau Pinang. Beliau menjelaskan DAP tidak terlibat sama sekali dengan sebarang usaha untuk melaksanakan tata cara pemilihan itu. "Saya yakin umat Islam di negara ini lebih bijak, jujur dan matang untuk membandingkan apa yang benar dan apa yang palsu," ujarnya. | ||
Gimik terakhir Umno halang perhimpunan BERSIH 2.0 -Tian Chua Posted: 11 Jun 2011 05:52 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Perhimpunan 'Walk For Democracy' yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan menimbulkan ketakutan kepada Umno. Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, laporan polis yang dibuat Pemuda Umno berhubung perhimpunan itu, merupakan gimik terakhir mereka untuk menggagalkan perancangan NGO terbabit. "Ia gimik terakhir mereka kerana mereka juga boleh menghalang kita dengan cara lain. Mereka sengaja menggunakan tekanan politik dengan membuat laporan polis supaya mengagalkan perhimpunan itu. "Laporan itu tidak berasas, ini hanya cara untuk mereka mencari alasan sahaja. Ia menunjukkan Umno begitu takut dengan perhimpunan rakyat," kata Tian Chua ketika dihubungi Keadilandaily.com. Semalam, Exco Hal Ehwal Bandar yang juga Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin membuat laporan polis konon bimbang keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas ekoran penganjuran demonstrasi BERSIH 2.0. Laporan polis itu berdasarkan laporan Suara Keadilan yang melaporkan Tian Chua sebagai berkata, 60,000 ahli KEADILAN akan hadir dalam perhimpunan itu. Menurut Tian Chua, laporan polis yang dibuat pihak berkenaan kononnya peniaga akan mengalami kerugian jika perhimpunan itu dianjurkan, tidak berasas sama sekali. "Apa yang diberitahu oleh beliau tidak benar, peniaga sama sekali tidak akan menghadapi kerugian, sekiranya mereka (peniaga) merasakan berlaku kerugian dalam perniagaan mereka, sudah pasti telah banyak laporan yang dibuat mereka. "Secara logiknya, saya percaya mereka akan mendapat keuntungan sebab orang ramai yang hadir akan membeli makanan dan minuman," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu. Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa setiap kali penganjuran perhimpunan oleh Pakatan Rakyat (PR) atau badan bukan kerajaan (NGO), tidak akan berlaku kekecohan sekiranya polis faham tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan bukan menganggu demonstrasi tersebut. "Tidak timbul soal akan mengganggu-gugat keselamatan orang awam sekiranya polis memberi kerjasama dengan memastikan perhimpunan itu berjalan lancar tanpa gangguan daripada ereka. "Perhimpunan yang diadakan ini bukan untuk menyerang orang awam, polis kena faham apa yang kita mahu anjurkan," ujarnya. Sebelum ini dilaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang BERSIH 2.0. | ||
Hakim enggan undur, Anwar bakal dipenjara- Presiden Aliran Posted: 11 Jun 2011 05:49 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Sejak hari pertama perbicaraan kes Fitnah II berlangsung, semua jentera kerajaan digunakan untuk memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Ini kerana sekiranya Anwar bebas, ia menandakan Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur tidak lama lagi. Demikian dinyatakan, P Ramakrishnan, Presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah gerakan pelbagai etnik berpusat di Pulau Pinang yang memperjuangkan reformasi dalam sistem keadilan, kebebasan dan perpaduan. Ramakrishnan menyatakan pendapatnya itu dalam rencana terbarunya berjudul "Anwar akan dipenjarakan – walau apa cara sekalipun" dalam laman web gerakan itu. Menurut Ramakrishan, perkara paling menghairankan setakat ini adalah keengganan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu walaupun diminta berbuat demikian sebanyak tiga kali oleh peguambela. "Perkara yang paling menghairankan adalah keengganan Hakim Zabidin menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu. Sebaik sahaja tertuduh merasakan dirinya tidak dihakimi dengan adil, itu sudah cukup untuk memastikan hakim ditukar bagi memastikan tertuduh memperoleh keadilan yang sewajarnya," kata Ramakrishnan. Satu lagi soalan penting yang masih belum terjawab sehingga kini, katanya, adalah persoalan mengenai DNA Anwar yang diperoleh pada tahun 1998, tidak digunakan polis untuk proses mengenalpasti DNA Anwar pada bukti yang diperolehi. Menurutnya, polis memerlukan bukti DNA baru untuk mensabitkan Anwar kerana jika DNA tahun 1998 digunakan, konspirasi untuk memfitnah Anwar akan terbongkar. Selain daripada polis, rakyat juga percaya bahawa mahkamah bersekongkol untuk menafikan akses Anwar kepada beberapa dokumen penting walau pun mahkamah sepatutnya memastikan tertuduh memperolehi perbicaraan yang adil. "Apabila seorang individu mendakwa menjadi mangsa rancangan jahat polis, mahkamah perlu memberikannya akses kepada dokumen penting yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya. Berlawanan dengan amalan keadilan ini, mahkamah menafikan Anwar maklumat ini," kata Ramakrisnan. Beliau turut mempersoalkan sebab laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi yang ditandatangani Dr Mohamed Osman tidak pernah digunakan di mahkamah sehingga ke hari ini. Laporan itu mengesahkan Saiful tidak pernah diliwat sesiapa pun sewaktu beliau membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar. Menurut Ramakrishnan, orang ramai juga tertanya-tanya apakah penghakiman akhir yang akan disampaikan Hakim Zabidin kerana sekarang lagi beliau sudah menyimpulkan kononnya Saiful adalah saksi berwibawa dan boleh dipercayai. Zabidin juga membuat kesimpulan keterangan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan terdapat penetrasi menggunakan pelincir, serta tiada kemungkinan bukti telah diubahsuai dan kesemua bukti yang dikemukakan saksi juga amat kukuh. "Jika ada sebarang penemuan yang bercanggahan (dengan kesimpulannya), ia pasti menjejaskan kesimpulan dibuatnya yang membuatkan beliau memerintahkan Anwar untuk membela diri," kata Ramakrishnan. | ||
Anwar turut serta Bersih 2.0 pada 9 Julai Posted: 11 Jun 2011 05:47 AM PDT KEADILAN DAILY PORT DICKSON: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur. "Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita," kata Anwar. Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bersih 2.0 yang akan berlangsung 9 Julai ini di sekitar ibu negara diadakan kerana tuntutan Bersih terdahulu yang antaranya mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR). Pada ceramah yang sama, Anwar sempat mengingatkan hadirin bahawa pilihan raya umum akan datang adalah masa yang terbaik untuk bekerja keras memastikan Umno dan Barisan Nasional ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang. Ini kerana, kata Anwar, hanya sedikit sahaja usaha lagi diperlukan untuk memastikan Umno BN kalah dalam pilihan raya akan datang. "Pilihan raya akan datang, kesempatan untuk kita yang cukup baik. "Nak push sikit sahaja lagi. Negeri Sembilan, (kita memerlukan) empat atau lima kerusi (Parlimen sahaja lagi), jalan (Menteri Besar) Mohamad Hassan. "Parlimen, kita nak dua atau tiga kerusi sahaja lagi.Insya Allah mereka jalan. "Dulu kita kalah sebab Sarawak dan Sabah. Sekarang kalau ada pilihan raya, Sarawak sekurang-kurangnya ada 10 dalam tangan. "Dua kerusi di Negeri Sembilan, dua di Selangor, satu di Kedah, satu di Perak, dua di Terengganu, tergulinglah Umno," kata Anwar disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang mendengar ceramahnya. Pada majlis yang sama, Anwar juga sempat menyempurnakan simbolik pemakaian baju T Bersih 2.0 kepada beberapa ahli KEADILAN Port Dickson sebagai tanda penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 9 Julai ini. | ||
Exco Selangor Ingatkan Rakyat Jangan Terpedaya Laporan Media Kawalan Umno Posted: 11 Jun 2011 05:45 AM PDT TVS NEWS Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, pelbagai usaha dilakukan oleh media kawalan Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat termasuklah isu status tanah di Sungai Buloh dan Hulu Selangor. Menurut Xavier, isu Lesen Pendudukan Sementara (TOL) Kampung Sungai Kerandang dan tapak semaian bunga di Sungai Buloh akan terus disensasikan untuk membohongi rakyat. Justeru itu katanya kerajaan negeri akan bertindak mendedahkan nama pihak yang bertanggungjawab menyerahkan tanah berstatus TOL itu untuk didiami dan diusahakan memandangkan ia adalah hak milik kerajaan negeri. "Kita tidak ada tanah lagi di Selangor. Kalau kita tidak pertahankan tanah-tanah yang ada sekarang khususnya tanah hutan yang cuma tinggal 30 peratus sahaja lagi, kita akan berhadapan dengan masalah pada masa akan datang,"katanya dalam ceramah perdana 'Agenda Negeri Selangor', dekat sini malam tadi. Sementara itu, Dr Xavier dalam ucapannya turut menekankan pelaksanaan bayaran premium tanah sejumlah RM1,000 yang diperkenalkan kerajaan negeri menerusi Skim Pemilikan Kediaman Persendirian yang bertujuan memudahkan rakyat Selangor memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel. Tegasnya, ia adalah satu perkara baik yang tidak pernah dilakukan kerajaan pemerintah Umno-Barisan Nasional (BN) baik di Selangor mahupun Malaysia. "Kita bagi RM1,000 kepada pemilik yang duduk di atas tanah tersebut. Bila-bila masa siapa pun yang hendak jual tanah tersebut kepada orang lain, dia perlu membayar balik premium pada kerajaan negeri dengan harga yang ditentukan,"katanya. Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam memberitahu kerajaan negeri bersetuju untuk membantu rakyat di negeri di Selangor yang tidak mampu membayar premium tanah seperti yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dengan menggantikannya melalui kerja-kerja amal di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). | ||
Anwar : Pemimpin Yang Bagus, Di Belakangnya Ada Pegawai Yang Cekap Posted: 11 Jun 2011 05:42 AM PDT TVS NEWS SEPANG : Kebolehan dan kemampuan seseorang pemimpin itu mencerminkan sikap pegawai kerajaan yang menjadi tonggak kepada sesebuah institusi tersebut, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ujarnya, pegawai kerajaan yang cekap dan efisyen dalam menjalankan tugas, dapat memastikan kebajikan rakyat terjamin. "Sistem kita ini sistem feudal, anda mengampu, anda selamat, rasuah tidak mengapa, kerja lembab tidak apa asalkan taat. "(Tetapi sebenarnya) pegawai ini banyak peranannya. Kalau pegawai itu rasuah, sebab orang atasnya mengamalkan rasuah. Kalau pegawai itu tak cekap, ia sebab pimpinan tak kawal dengan baik," tegas Anwar dalam Ceramah Perdana Agenda Negeri Selangor di sini ,semalam. Anwar menyatakan demikian mengulas mengenai mutu perkhidmatan awam dan pegawainya yang dianggotai majoriti Melayu yang bukan sahaja dikritik, malah dipandang sinis oleh rakyat sendiri. Malah ramai kakitangan awam dipandang serong kerana terlibat dengan kerenah birokrasi,penyelewengan dan salah guna kuasa. Menurut Anwar, hal itu tidak seharusnya berlaku jika pemimpin mereka menyelia tugas dan memastikan kerja terbaik dilakukan. Beliau turut menyatakan betapa prinsip Pakatan Rakyat akan memastikan perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa depan. "Saya ada banyak pengalaman saya, di banyak kementerian, pertanian, pendidikan, kewangan. Pegawai-pegawai kerja sampai pukul 2-3 pagi. Tak perlu marah untuk kerja rakyat. Sekarang semua nak sambung hari lain. Nak naik pangkat kena ampu. Kalau pegawai nak naik pangkat sebab kerja baik, kena sokong Pakatan Rakyat dan hentikan perkara ini," kata Anwar lagi. Justeru, pimpinan dan pegawai kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Selangor katanya harus jelas dengan kepentingan pentadbiran bersih, telus, bertanggungjawab serta efisyen dalam memastikan rakyat mendapat manfaat sebaiknya. "Selangor mesti memacu pertumbuhan. Kalau tak membangun, cukai tak bertambah. Kena cari pelabur. Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran kena percepatkan mana-mana pihak yang nak melabur. Tapi jangan lupa matlamatnya. Dalam Al-Quran prinsipnya jelas, pembangunan tidak boleh lari dari pembangunan insan," tegas Anwar lagi. | ||
Kementerian akui 1pengguna digodam Posted: 11 Jun 2011 04:19 AM PDT MALAYSIA KINI Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengakui berlaku perlanggaran keselamatan pada laman web RM1.4 juta 1pengguna.com, tetapi tiada maklumat pengguna yang hilang."Ia berlaku pada 9 Jun apabila kami membaut sedikit perubahan untuk menangani jumlah hits yang tinggi. "Ketika proses itu, beberapa data percubaan telah digodam. Tetapi setakat ini tiada laporan berlakunya sebarang kehilangan maklumat," kata ketua setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini. Menurut laporan laman forum IT popular Lowyat.net awal pagi semalam, sekumpulan penggodam komputer yang dikenali sebagai Rilekscrew mengenalpasti beberapa kelemahan pada 1pengguna yang "membenarkan hampir semua data dalam pelayannya boleh diakses daripada jauh". Data-data itu mengandungi maklumat 2,000 pengguna berdaftar, termasuklah alamat e-mel dan kata laluan mereka, kata pengasas dan ketua eksekutif Lowyat.net Vijandrean Ramadass. Bernama kelmarin melaporkan, 1pengguna yang mempamerkan maklumat harga barangan pengguna yang dijual di 1,255 premis perniagaan mengalami sedikit masalah kerana terlalu ramai yang melayarinya sejak dilancarkan Selasa lepas. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata portal itu menerima hits yang mencecah 3.5 juta sehingga menyebabkan server portal berkenaan terjejas. Katanya kementerian pada mulanya hanya menyasarkan untuk menerima kira-kira 300,000 hits sahaja dalam minggu pertama selepas pelancaran namun sambutan yang diterima sebaliknya 'begitu memberangsangkan dan di luar jangkaan' | ||
Demo BERSIH gentarkan pemandu teksi Posted: 11 Jun 2011 04:15 AM PDT Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri Perhimpunan besar bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada Julai depan nampaknya menggentarkan sesetengah pemandu teksi sekitar ibu kota. Dalam tinjauan pendapat Malaysiakini di sekitar Bangsar, Kuala Lumpur semalam, majoriti pemandu teksi yang ditemui menyuarakan rasa tidak senang dengan rancangan mengumpulkan puluhan ribu aktivis dan penyokong pembangkang pada tarikh itu. Rata-rata mereka menjangkakan akan hilang pelanggan ekoran kesesakan teruk jalan raya, seperti pengalaman dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini. Menurut Ismad Sheikh Abd Tawab (kiri), demonstrasi besar biasanya akan menimbulkan ketakutan kepada pelanggan mereka, sekali gus menjejaskan mata pencariannya. "Bila keadaan OK, hendak naik teksi orang tidak takut. Bila jadi macam ini (demonstrasi), ada polis sana sini, terhalanglah (pergerakan). (Ini) gangguanlah." kata Ismad yang telah sepuluh tahun bekerja sebagai pemandu teksi. Ismad, 48, turut memberitahu, demonstrasi selama dua jam sahaja sudah cukup untuk menjejaskan sekitar RM40 pendapatan mereka. Semalam, selain persatuan pemandu teksi, Pemuda Umno, persatuan penjaja dan beberapa NGO membuat laporan polis di Kuala Lumpur Lumpur dan Putrajaya meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demo BERSIH. Sikap orang awam Dilaporkan aduan itu dibuat kerana bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja dan pemandu teksi sekitar ibu negara terjejas. PKR dilaporkan mensasarkan 60,000 peserta menyertai perhimpunan itu manakala PAS pula mengerahkan lebih sejuta anggotanya daripada seluruh negara turun bersama-sama untuk menghandar memorandum kepada pihak istana pada tarikh berkenaan. Sementara itu, seorang lagi pemandu teksi Rosli Mohamad (kanan) pula berpendapat, kesesakan lalu lintas pada hari itu akan diburukkan lagi dengan sikap orang awam sendiri. "Memang tidak setuju (demonstrasi). Dia (perserta) buatkan kesesakan lalu lintas. Orang awam akan takut. Malaysia ini satu saja (masalah), apa pun yang berlaku dekat tepi jalan semua akan tengok," katanya. Rosli, 43, menambah, berdasarkan pengalamannya membawa teksi pada hari demonstrasi sebelum ini, separuh daripada sumber pendapatannya akan hilang begitu sahaja. "Tengok macam kes (demonstrasi) Hindraf dulu... Satu hari tidak boleh buat kerja. Bukan kita tidak suka. Kalau dari pagi sampai malam, kesan (pendapatan) jadi separuhlah," katanya. Bagi pemandu teksi berbangsa India, Prahbakaran Velaithian pula, memandu menggunakan teksi sewa membuatkan beliau tidak berani mengambil risiko tiada pelanggan. 'Tak masuk kawasan, tak ada hasillah' "Rugi ada, letih ada, untung juga kurang. Upah tidak ada, kena bayar sewa (teksi)," kata lelaki 48 tahun itu. Mohd Fazli Abdullah (kiri), 55 pula berkata, demonstrasi akan memberikan beban tambahan terhadapnya yang terpaksa keluar awal pagi untuk mengambil penumpang. "Penumpang pun banyak merungut sebab sampai lambat, lagi pun meter (tetap) bergerak (walaupun kenderaan tidak bergerak)," katanya sambil memberitahu terpaksa mencari laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan. Mohd Fazli kebiasaannya mendapat pendapatan antara RM50 sehingga RM 60 sehari. Manakala Suthagar Subramaniam, 32, pula berkata walaupun mereka boleh beroperasi di kawasan lain sewaktu demonstrasi berlangsung, mereka masih menghadapi masalah mendapatkan penumpang. "Bukan semua tempat (teksi) boleh behenti," tambahnya lagi. Bagaimanapun, bagi seorang pemandu teksi warga emas Abdul Rahman Lambak, beliau tidak langsung ambil peduli langsung dengan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dan kumpulan NGO itu. "Kalau rajin dapat banyak (penumpang). Kalau kita tidak masuk ke situ (kawasan perhimpunan) tidak adalah (hasil)," kata Abdul Rahman, 65. | ||
Kumpulan Anti-Lynas mahu injunksi mahkamah Posted: 11 Jun 2011 04:06 AM PDT MALAYSIA KINI Kumpulan anti-Lynas 'Save Malaysia' mempertimbangkan mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang projek kontroversi bernilai RM700 bilion itu daripada memulakan operasinya.Ketua perhubungan awam kumpulan itu Clement Chin (kiri) berkata, kumpulan itu kini bekerjasama dengan Majlis Peguam Pahang bagi meneliti kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah terhadap Lynas Advance Material Plant (Lamp). "Kami melihat daripada segenap penjuru, (dan kami) akan buat keputusannya dalam masa sebulan," katanya dalam sidang media anjuran gabungan NGO People's Green hari ini. Lamp terletak di kawasan perindustrian Gebeng, 25km ke arah utara Kuantan, ini negeri Pahang. Pusat nadir bumi itu akan memulakan operasi percubannya pada September depan. | ||
BN sengsara mahu pikat undi Tionghua Posted: 11 Jun 2011 04:05 AM PDT
| ||
Umno sanjung ulama hanya lakonan Posted: 11 Jun 2011 04:03 AM PDT
| ||
Sampai bila pun Umno tak faham perjuangan PAS Posted: 11 Jun 2011 04:02 AM PDT
| ||
Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda Posted: 11 Jun 2011 04:01 AM PDT
| ||
Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal Posted: 11 Jun 2011 03:59 AM PDT
| ||
PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki Posted: 11 Jun 2011 03:58 AM PDT
| ||
PAS lapor SPRM isu Hospital Shah Alam Posted: 11 Jun 2011 03:57 AM PDT
| ||
AK bersedia catat sejarah menang kali ketiga Posted: 11 Jun 2011 03:49 AM PDT
| ||
Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden Posted: 11 Jun 2011 03:47 AM PDT
| ||
Najib tak faham negara berkebajikan PAS Posted: 11 Jun 2011 03:39 AM PDT
| ||
Umno-BN terus serang ‘negara berkebajikan’ PAS Posted: 11 Jun 2011 03:34 AM PDT GOMBAK — Umno meneruskan serangan ke atas konsep negara berkebajikan yang diketengahkan PAS minggu lalu dengan mendakwa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah pun melaksanakan dasar-dasar bersifat kebajikan sekian lama. Terbaru malam tadi, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, antara contoh kerajaan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah negara berkebajikan ialah dengan membayar pelbagai subsidi keperluan harian. Beberapa jam sebelum kritikan itu, Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan pengerusi BN menyerang konsep diutarakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamarnya minggu lalu. Semalam, Najib (gambar) yang juga Pengerusi Umno Selangor mendakwa PAS "menciplak" model kejayaan BN sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan. Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa. Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu. "Tuan-tuan semua memasak menggunakan gas bukan. Adakah anda semua tahu berapa jumlah sebenar sebuah tong gas? "Kalau anda membeli satu tong gas dengan harga RM25, sebenarnya harga satu tong gas RM48. Jadi, tuan-tuan semua boleh kira berapa banyak subsidi yang kerajaan telah bayar. Ini bukan kebajikan?" kata Noh pada ceramah sempena "Roadshow Selamatkan Selangor" di sini malam tadi. Ketika itu, Pakatan Rakyat pula mengadakan ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Bandar Baru Salak Tinggi. Selain itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang memberitahu bagi menyediakan subsidi minyak dan gas, kerajaan perlu membelanjakan sehingga RM18 bilion, angka yang dilaporkan bagi tahun ini. "Jika minyak masak, tuan-tuan hanya membayar RM2.50 untuk sekilogram, harga sebenarnya ialah RM3.50, jadi kerajaan telah menanggung selebihnya. Ini masih lagi nak kata kerajaan tidak berkebajikankah?" soal Noh yang disambut tepukan dan sorakan daripada kalangan kira-kira 200 orang yang hadir. Anggota Kabinet ini mendakwa segala apa yang dilakukan kerajaan kini merupakan satu kebajikan. Selain itu, Noh turut mendakwa PAS kini dilihat takut untuk melangkah 'mayat' Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan oleh itu mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan negara berkebajikan. Lebih dua dekad lalu, Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika PAS ingin menubuhkan negara Islam perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu. Justeru, tambah Noh, sebelum Karpal mati, PAS telah membuat keputusan untuk tidak membuat negara Islam. "Tahniah kepada Karpal kerana berjaya buat PAS tidak melangkah mayatnya," katanya. Noh juga memberitahu, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim kini "umpama tikus membaiki labu." "Ini kerana sepanjang tiga tahun pemerintahan Pakatan, tiada sebarang kemajuan dibawa, sebaliknya pelbagai isu timbul seperti isu Yayasan Selangor dan isu pasir," katanya. | ||
MB: Aset air Selangor RM12 bilion, BN buat silap besar Posted: 11 Jun 2011 03:28 AM PDT SEPANG — Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion dan rakyat akan terus menikmati pemberian bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu. Kata Menteri Besar Selangor, kerajaan pimpinannya telah melakukan kajian mengenai nilai sebenar aset air ekoran kegagalan pentadbiran BN menentukan nilai yang tepat semasa mereka memerintah negeri itu selama lima dekad. "Kita telah memperuntukkan sebanyak RM760,000 untuk mengkaji nilai aset air di Selangor dan saya telah dimaklumkan nilai sebenar aset air kita berjumlah RM12 bilion yang mana sebelum ini BN mengatakan ia bernilai RM1 bilion sahaja. "Inilah silap besar BN, mereka salah kira tapi kita tidak... kita semak balik, pening juga kita, dengan jumlah yang ada ini kalau kita jual RM1 bilion aset air ini rakyat boleh mendapat air percuma lebih daripada lapan tahun," katanya pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini. Pemberian air percuma dilaksanakan kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke-12 sejak 2008, yang mana Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN. Ketika ini, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Pakatan Rakyat menguasao 35 kerusi manakala BN mempunia 20 manakal seorang Adun Bebas. Kata Khalid, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat akan terus memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin. "Kita akan pastikan rakyat dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan, wang yang kita dapat akan dikembalikan semula kepada rakyat. "Kebajikan kita akan jaga, BN setelah lebih 50 tahun gagal melaksanakan ini, anda boleh semak semua ini sama ada kita telus atau tidak. "Kita telah buktikan, kita bukan hanya bercakap... ini perbezaan kita dengan BN, kita terjemahkan ia (dalam bentuk tindakan), jadi saya minta agar anda terus memberikan sokongan kepada kita," katanya di hadapan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan itu. Turut hadir Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Xavier Jayakumar, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei. Menurut Khalid, rakyat Selangor telah membuat keputusan bijak kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN pada pilihan raya umum 2008. "Saya nak katakan bahawa anda telah memilih kita (Pakatan Rakyat) kerana mahukan reformasi, mahukan perubahan yang sudah lama dituntut. "Anda memilih kita bukan sebab 1 Malaysia, anda tidak pilih kita atas dasar 1 Malaysia tapi anda pilih kita atas dasar reformasi... anda pilih kita sebab nak tahu sama ada PKR, PAS dan DAP boleh buat kerja atau tidak," katanya. Tambah beliau, walaupun baru tiga tahu memerintah Selangor, namun sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya memberikan lebih banyak matfaat kepada rakyat dan terbaru pemilikan hak milik tanah dengan kadar premium yang rendah. "Sudah tiga tahun saya jadi menteri besar, sama ada betul atau tidak (kerajaan negeri jaga kebajikan) anda sudah tahu. "Kita dah buat macam-macam, kita beri air percuma dan terbaru kita beri pemilikan tanah kepada rakyat dengan bayaran yang rendah... dulu masa kita mula-mula beri air percuma, kita teruk dikecam (oleh Umno)... mereka kata tidak boleh, jadi saya minta senarai orang Umno yang tidak mahu air percuma tapi tidak diberikan," katanya. Malah menurut Khalid, sejak mengambil alih pentadbiran negeri Pakatan Rakyat telah berjaya "membetulkan kesilapan" yang dilakukan BN dulu. | ||
Video seks: Individu sebar VCD dapat perlindungan khas, dakwa Anwar Posted: 11 Jun 2011 03:21 AM PDT SEPANG — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa individu menyebarkan VCD lucah yang dikaitkan dengan dirinya mendapat "perlindungan khas" ekoran kegagalan pihak berkuasa membuat sebarang tangkapan sehingga kini. "Siapa tauke besar di Malaysia boleh edarkan VCD lucah ini? Sudah tentu dia tauke besar... siapa yang buat ini sudah tentu diberikan perlindungan dan jaminan. "Apa jaminannya? Untuk jatuhkan Anwar Ibrahim, selepas kes liwat tidak berjaya sekarang video seks pula," katanya pada pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini, malam tadi. Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata sepatutnya polis sudah melakukan tangkapan memandang VCD lucah itu telah diedarkan di seluruh negara. Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas memberitahu, kegagalan polis menyebabkan banyak persoalan yang timbul mengenai siapa yang mengedarkan VCD lucah yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara. "Saya difahamkan polis sedang cuba untuk mencari siapa yang mengedarkan video lucah ini, kita tahu siapa (yang edarkan) tapi polis kata mahu lakukan siasatan. "Namun sehingga kini polis kata mereka masih gagal buktikan siapa yang terbitkan (video lucah), boleh percayakan? Kadang-kadang polis ini mahu permainkan kita. "Polis kata tidak tahu tapi kita tahu, siapa yang boleh cetak dan terbitkan video lucah ini? Mengapa tiada tangkapa dibuat," katanya di hadapan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan itu. Semalam Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata pihaknya masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran video lucah yang dikaitkan dengan Anwar (gambar). Beliau berkata pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kes itu. "Tiada perkembangan baru atau tangkapan berhubung perkara itu. "Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah," katanya. Sejak bulan lalu, pengedaran VCD lucah ini mula diedarkan di sekitar negeri Selangor, malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga menerimanya. Difahamkan selain diedarkan dalam ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat, VCD lucah itu juga diposkan ke rumah pemimpin parti perikatan itu. Terbaru Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin telah menerima VCD lucah itu yang diposkan ke rumahnya di Ampang. Dalam ceramah itu juga Anwar menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar melakukan lebih banyak transformasi tanpa membelakangkan kepentingan rakyat. "Selangor mesti terus melakukan pembangunan, tarik lebih banyak pelabur tapi jangan lupa matlamat... iaitu pembangunan insan bukan buka gedung, buka kilang tapi pendapatan rendah, bukan naikkan harga minyak yang akhirnya rakyat merana dan ini bertentangan dengan prinsip Islam. "Kita mesti melakukan ihsan, berikan keadilan dan jaga kebajikan rakyat, jadi kita perlu perbanyakkan program yang memberi matfaat kepada masyarakat," katanya. Kata Ketua Umum PKR itu, setiap janji dibuat mesti dikotakan agar rakyat tidak rasa tersisih. "Jangan kita sambil melakukan pembangunan (pada masa sama) kita robohkan pula. "Jadi pemimpin bukan hanya pandai bercakap tapi mesti menunjukkan keilkhlasan jiwa kepada rakyat," katanya. | ||
Ketua MIC Bagan dipecat, panel disiplin kata tiada pilihan Posted: 11 Jun 2011 03:19 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR— MIC memecat ketua MIC Bahagian Bagan, Datuk Henry Benedict Asirvatham yang baru-baru ini didakwa secara terbuka mengecam kepimpinan Datuk G Palanivel, yang menerajui parti itu sejak Disember lalu. Pemimpin bahagian itu dikenakan tuduhan mendakwa Palanivel cuba membawa balik mereka yang dipecat oleh kepimpinan sebelum ini dan menubuhkan lebih 1,000 cawangan baru untuk memperkukuhkan kedudukan menjelang pemilihan parti tahun depan. Pengerusi jawatankuasa disiplin MIC Tan Sri Dr K.S Nijhar berkata, keputusan itu diambil selepas mendengar kes itu petang kelmarin. Nijhar berkata MIC sebenarnya tidak mahu memecat mana-mana ahli meskipun kesalahan dilakukan oleh Asirvatham, seorang ahli perniagaan, adalah serius. Ia merupakan kes pertama di bawah kepimpinan Palanivel sejak mengambil alih jawatan presiden daripada Datuk Seri S Samy Vellu. Bagaimanapun, meskipun Asirvatham diberi beberapa peluang dan diminta agar memohon maaf atas tindakannya tetapi enggan berbuat demikian, kata Nijhar.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Nijrar berkata surat pemecatan akan dikeluarkan Isnin ini. "Di bawah situasi normal, beliau (Henry Benedict Asirvatham) sepatutnya telah dipecat (terus) atas apa yang telah dilakukan. Bagaimanapun keadaan adalah tidak normal sebab dasar kepimpinan parti sekarang, isu-isu disiplin dibawa (diselesaikan) ke arah proses penyatuan (dalam parti). Objektif kami ialah mengurangkan tindakan disiplin," kata Nijrar. Katanya, jika pun tindakan disiplin diperlukan pihaknya hanya mahu menggantung seseorang agar pihak terbabit boleh kembali memainkan peranan dalam parti kemudian tanpa sebarang halangan dan masalah. "Pemecatan akan menyebabkan proses menerima masuk menjadi makin rumit dan menimbulkan kontroversi sebagaimana disaksikan apabila beberapa ahli yang dipecat diterima balik (baru-baru ini)," katanya sambil menegaskan, tindakan menggantung akan dipertimbangkan jika seseorang yang dkenakan tuduhan kesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. "Mengambil kira kesemua faktor ini, saya telah memberikan Henry beberapa peluang untuk menyelamatkan dirinya daripada tindakan pemecatan dengan memohon maaf atas kesalahannya dan berjanji bahawa tidak akan mengulangi perkara ini pada masa depan. "Beliau bersetuju untuk tidak mengulanginya pada masa depan tetapi enggan memohon maaf. "Jawatankuasa disiplin tiada pilihan kecuali untuk memecatnya. Jika beliau memohon maaf, maka jawatankuasa disiplin hanya akan menggantungnya," kata Nijrar. Asirvatham menerima surat tunjuk sebab pertengahan bulan lalu dan diperuntukkan 14 hari untuk memberi penjelasan secara bertulis. Sebelum ini, Asirvatham memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau berkemungkinan telah menggunakan kata-kata yang salah ataupun kenyataannya kemungkinan telah menyinggung perasaan sesetengah pihak, tetapi "saya mahu menekankan bahawa apa yang dikatakan adalah ikhlas untuk mengetengahkan kepada ahli-ahli MIC dan publik apa yang sebenarnya berlaku." Ada pihak dalam MIC menganggap bahawa kepimpinan baru Palanivel, yang mengambil alih jawatan presiden Disember lalu sudah mula menerima bangkangan dari dalam parti meskipun beliau berniat mahu mengembalikan perpaduan. Dalam surat tunjuk sebab bertarikh 18 Mei lalu, jawatankuasa disiplin meminta Asirvatham menjelaskan dua kenyataan media beliau iaitu tindakan Palanivel untuk menyatupadukan pelbagai kumpulan ke dalam MIC adalah sebahagian daripada usaha "membunuh" timbalannya Datuk Dr S Subramaniam dan mendakwa anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti sebagai boneka yang hanya mengikut arahan ketua parti itu. "Ini adalah tuduhan serius untuk dibuat. Oleh itu, anda dikehendaki menunjukkan bukti secara bertulis dalam dua minggu mulai hari ini (18 Mei), dengan asas-asas yang berfakta. "Kegagalan berbuat demikian atau memberi penjelasan memuaskan, akan menyebabkan tindakan disiplin, bersamaan dengan (tindakan) pemecatan dari parti, boleh diambil ke atas anda," kata Nijhar. Komen-komen Asirvatham merujuk kepada keputusan CWC April lalu yang menerima balik tiga pemimpin yang pernah menganjurkan kempan Gerakan Anti Samy (GAS) — V Mugilan, Kumar Aamaan dan K.P Samy. Mugilan telah dikembalikan jawatan timbalan ketua Pemuda MIC pusat dan Kumar dan Samy sudah boleh menganggotai semula CWC. Susulan keputusan CWC itu, Setiausaha Pemuda MIC, C Sivarraajh juga ada membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan mendakwa keputusan tersebut sebagai tidak sah. Sivarraajh menimbulkan persoalan adakah wajar perlembagaan parti diketepikan untuk memberi pengampunan kepada tiga pemimpin berkenaan dan menegaskan, ia bertentangan dengan Perkara 15.4 dan 61.5 perlembagaan. Perkara 15.4 menyatakan seseorang ahli yang sudah dipecat hanya boleh dikembalikan ke jawatan asal jika merayu kepada CWC dan rayuan diterima oleh jawatankuasa berkenaan manakala Perkara 61.5 pula menyebut ahli yang dipecat hanya boleh diterima balik sebagai ahli selepas dua tahun daripada tarikh dipecat. "Jika memerlukan bukti, saya akan membawa saksi-saksi, yang merupakan penyokong Dr S Subramaniam, dari seluruh negara dengan bas untuk membuktikan adanya usaha mahu membunuh (politik) Dr Subramaniam," tegas Asirvatham kepada The Malaysian Insider sebelum ini. "Saya ada bukti, Palanivel membawa masuk mereka yang dipecat oleh Samy Vellu untuk memperkuatkan kedudukan beliau, bukan kerana kepentingan parti tetapi kerana bimbang dengan populariti Dr Subramaniam," kata beliau. Bahagian Bagan di Pulau Pinang, dakwa Asirvatham, pernah digantung oleh Samy Vellu pada 2006 juga kerana Palanivel. Bekas presiden membatalkan hukuman itu pertengahan tahun lalu ketika kempen GAS diadakan. | ||
Kelantan umum cuti peristiwa esok sempena Piala FA Posted: 11 Jun 2011 03:18 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KOTA BARU — Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Laporan Bernama Online, pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa dari menyaksikan perlawanan berprestij itu. Katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengisytiharkan cuti esok kerana turut meraikan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong bola sepak negeri ini. "Inilah kali ketiga berturut-turut Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa selepas kali pertama muncul naib johan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 2009,dan johan bertemu Selangor pada tahun lepas," katanya. Dengan perisytiharan itu beliau berharap penyokong-penyokong bola sepak Kelantan dan rakyat negeri ini supaya pulang dengan selamat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur dan tidak terlalu gopoh untuk pulang ke rumah masing-masing. | ||
BN dan Pakatan mula lumba, PAS diminta tubuh panel rangka negara kebajikan Posted: 11 Jun 2011 03:16 AM PDT KUALA LUMPUR — PAS perlu segera mengadakan jawatankuasa pemandu merangka konsep negara berkebajikan memandangkan kedua-dua kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berebut-rebut cuba membuktikan mereka berada di depan dalam agenda tersebut, kata mufti Perlis. "Saya gembira melihat kerajaan dan pembangkang berebut-rebut cuba membuktikan agenda merekalah terbaik untuk kebajikan rakyat. "(Oleh itu) saya ulang sekali lagi desakan agar PAS segera tubuhkan jawatankuasa pemandu negara kebajikan mereka untuk merealisasikan bentuk dan hala tuju berkenaan agar selari dengan Islam dan jelas kepada rakyat," kata Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataan SMS hari ini. Tokoh agama itu yang sering mengikuti dengan dekat isu membabitkan parti-parti politik negara ini berpendapat, "ini kemuncak pertembungan untuk meraih sokongn atas seriusnya agenda perubahan bagi membela rakayt." Menurut Juanda, jawatankuasa itu perlu inklusif dan dianggotai oleh ahli-ahli politik, ulama dan pemikir yang aktif dan realis dalam mengetengahkan kebajikan rakyat. "Ini sepatutnya jadi teras PAS sekarang kerana momentum kesedaran rakyat sedang amat kuat. Kerajaan sekarang juga akan berusaha buktikan merekalah juara kebajikan dan mereka pasti akan buat perkara lebih banyak lepas ini untuk bersaing," katanya. Sehubungan itu kata beliau, PAS perlu membuktikan yang mereka mampu buat lebih daripada kerajaan yang ada dan jangan ia "disejukkan oleh asakan balik Umno bahawa PAS tidak praktikal." "Ketepikan sekejap program-program kurang utama. Pelan induk itu nanti akan jadi satu model standard bagi penceramah PAS jelaskan dasar parti. Bukannya masing-masing penceramh ada tafsiran sendiri seperti yang telah berlaku kepada konsep negara Islam sebelum ini," katanya. Ahad lalu, Juanda juga melahirkan harapan agar PAS akan membentangkan segera konsep negara berkebajikan yang disentuh oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada 3 Jun lalu. Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema "membangun negara berkebajikan", susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu. Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 minggu lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk "negara Islam", isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini. Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama "negara Islam" itu semata-mata. "Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan. "Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
yeezy shoes
jordan 6
nike jordans
adidas ultra boost
moncler jacket
coach outlet online
christian louboutin shoes
cat boots
fitflop
kd shoes
Catat Ulasan