Kerabu Bersuara ® |
- Terengganu bangkit julang Piala FA, Kelantan cicir peluang emas
- Live Dari Dalam Stadium Bukit Jalil, Lautan Merah!
- PAS terus bergerak, UMNO terus berarak
- Memalukan! Program Walk About Najib GAGAL !
- Piala FA: Kelantan PAS atau Kelantan Umno?
Terengganu bangkit julang Piala FA, Kelantan cicir peluang emas Posted: 11 Jun 2011 08:55 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Jun — Terengganu yang bangkit pada minit-minit terakhir perlawanan di sebalik kesilapan negeri jiran Kelantan menjulang Piala FA buat kali kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Terengganu, juara kali pertama pada 2000, mengatasi Kelantan 2-1 pada waktu tambahan. Negeri itu ketinggalan 0-1 sebelum mendapat nafas baru ekoran kesilapan Mohd Daudsu Jamaluddin yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-93, menyebabkan permainan dilanjutkan masa untuk menentukan juara. Mohd Daudsu yang dilihat berhasrat untuk menanduk keluar bola telah menyebakan ia tersasar masuk gawang sendiri. Terengganu menyumbat gol kemenangan menerusi Nordin Alias pada minit ke-109. Gol tunggal Kelantan dijaringkan oleh Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 yang hampir memberi peluang kepadannya membawa pulang Piala FA sejak ia diperkenalkan pada 1990. Pada 2009, Kelantan tewas 1-4 di tangan pasukan Selangor. Dua perlawanan akhir sebelum ini ditentukan pemenang dengan sepakan penaliti. Pada pertemuan malam ini, Terengganu berkesempatan menjaringkan banyak gol tetapi melepaskan beberapa peluang emas sehinggalah pada minit ke-93 menerima gol hasil pemain Kelantan. Pengadil memberi masa tambahan selama empat minit. Tahniah dan syabas buat semua pemain dan kru pasukan terengganu. Kepada pasukan kelantan, jangan putus asa. Insya allah pialaa ini akan jadi milik kita jugak nanti. Doakan team kerabu bersuara selamat sampai ke kediaman masing-masing pagi esok. Insya allah, semua selamat! Allahukhbar! |
Live Dari Dalam Stadium Bukit Jalil, Lautan Merah! Posted: 11 Jun 2011 04:45 AM PDT Semoga terus bersemangat dengan menjaga adab dan disiplin. |
PAS terus bergerak, UMNO terus berarak Posted: 10 Jun 2011 09:00 PM PDT PAS sudah seminggu menyempurnakan muktamar tahunannya. PAS sedang bergerak untuk melaksanakan segala keputusan yang diputuskan dalam muktamar itu. Kita sedang menjadikan isu kepada hanya satu perkataan iaitu 'negara berkebajikan'. Isu 'negara berkebajikan' itu sedang menjadi gendang untuk pihak BN mengambilnya sebagai isu yang sedang diperdagangkan untuk mendapat sokongan rakyat. Kita masih lagi mengambil membidas dan memandang usaha pihak lain untuk mendapat sokongan, bukannya dari usaha yang menyedapkan selera rakyat. Di dalam usaha melaksanakan kehendak Islam maka PAS telah memilih jalan untuk menjadikan negara sebagai negara berkebajikan jika mendapat mandate dari rakyat. Kebajikan rakyat merupakan komponan besar di dalam usaha untuk mengaddinkan kehidupan kita kerana Islam itu sendiri adalah cara hidup.. PAS tahu yang ini akan menjadi isu yang akan digembar-gemburkan oleh musuh politiknya tetapi PAS sudah terlalu biasa dengan kutukan serta penghinaan pihak musuhnya itu, jadi isu negara berkebajikan yang dimainkan oleh musuh politiknya merupakan satu lagi isu yang digunakan untuk meraih sokongan sambil berharap rakyat akan menolak PAS di dalam pilihanraya itu. Itu biasa dalam politik dunia ketiga ini. Tetapi saya merasakan rakyat telah pun membuat keputusan. Yang telah mengambil keputusan menyokong PAS dan sekutunya tetap akan menyokong PR. Kepada mereka yang menyokong kita tetap akan menyokong kita. Keputusan nampaknya 'predictable' tetapi yang akan menentukan pihak yang akan berjaya ialah kumpulan yang Duduk Atas Pagar (DAP), dan kebanyakan di antaranya ialah dari kumpulan pengundi muda terutamanya yang akan mengundi buat kali pertamanya. 'Connectivity' dengan kumpulan ini merupakan usaha yang wajib bagi kedua-dua belah pihak kerana kepada rakyat yang telah mengundi beberapa kali dalam hidup mereka keputusan sudah puan diambil pihak mana yang akan mereka sokong. BN yang selama ini mendapat sokongan dari pengundi Melayu didesa-desa di pantai Barat semenanjung ini. Bagi pengundi di desa-desa di pantai timur PAS merupakan parti yang lazim mendapat sokongan. Bagi pengundi-pengundi berumur di desa-desa di pantai barat yang lazimnya memberikan sokongan kepada BN kini sudah berkurangan kerana ramai yang telah meninggal dunia dan tidak lagi mengambil tahu untuk mengundi. Kita terperangkap dengan PAS terang-terangan. PAS sedang berurusan untuk membuat lantikan pemimpin-pemimpin yang perlu dilantik termasuk pesuruhjaya negeri-negeri dan PAS tidak pun mengambil pot terhadap apa yang diperkatakan oleh pihak kita tentang isu negara berkebajikan itu. PAS telah berjaya membuatkan kita tertari-tari mengikut gendang yang dipalu olehnya. PAS kata pusing kebelakang kita pun pusing, dan apabila PAS kata kita melompat kita pun melompat. PAS memainkan muzik kita pun terus menyanyi dan menyanyi. PAS telah berjaya untuk bertempur di dalan zon luar dari kawasannya dan strategi ini nampaknya memberikan keuntungan besar kepada PAS. Sampai bila pimpinan kita menggunakan isu negara berkebajikan ini tidak siapa yang tahu. Lama-lama kita akan letih menarikan lagu-lagu yang dimainkan oleh PAS. Orang ramai memerhatikan sahaja lonjak dan tari kita sambil tersenyum simpul. Akhirnya kita tidak terperanjat jika UMNO akan secara tidak sedar berkedudukan defensive sentiasa dan tidak ada masa untuk melakukan tindakan balas ke atas apa yang dilakukan oleh PAS. Seperkara yang PAS sangat berjaya ialah untuk membawa pemimpin kita untuk kegelanggang mereka untuk bercakap tentang agama. Bercakap tentang agama ini merupakan 'forte' PAS yang kuat dan PAS sangat bergembira untuk membawa Najib bercakap tentang isu agama. Selalunya kita akan terperangkap jika kita memainkan isu ini. Kita mulai bercakap tentang theori serta topik yang melibatkan hanya isu fardhu ain sedangkan PAS sudah keluar kepada isu addin sebagaimana yang agama kita di asaskan. PAS telah berjaya membawa perkara yang sangat besar di dalam agama, iaitu mengambil isu negara berkebajikan sebagaimana yang di tuntut agama kita. Justru pimpinan kita telah menyatakan yang UMNO memang sudah lama melaksanakan usaha untuk negara berkebajikan. Mahu tidak mahu kita wajar mengakui yang UMNO memang telah lama melaksanakan negara berkebajikan (welfare state) itu. Tetapi apabila kita begitu 'engross' menjawab isu negara berkebajikan, UMNO tidak mempunyai masa untuk melakukan usaha untuk membuang persepsi sebagai parti yang rasuah dan salah guna kuasa. UMNO boleh mengaku yang selama ini pun konsep welfare state itu memang telah terlaksana oleh UMNO/BN. Tetapi apa pun yang diakui oleh UMNO/BN ini, untuk membuang persepsi buruk ini bukanlah satu tugas senang, kerana persepsi rasuah itu bukannya melekat kepada parti tetapi melekat kuat kepada individu-individu pemimpin di dalam UMNO itu. Isu pemimpin UMNO yang menuduh PAS telah lari dari perjuangan asalnya tidak menjadi kerana stigma buruk yang terlekat kepada batang tubuh UMNO itu sendiri. Rakyat mempunyai 'apprehension' yang tinggi untuk memberikan dukongan kuat terhadap UMNO itu maka pengundi tetap memilih welfare state yang baru hendak dilaksanakan oleh PAS dan meninggalkan welfare state anjuran UMNO yang telah disaluti dengan stigma yang negatif yang melekat kepada UMNO itu. Kalau jatuh UMNO dalam pilihanraya nanti, masalah dan penyebabnya bukan UMNO tetapi kerana manusia yang memimpin dan memandu parti itu. Masalah yang kita hadapi ini ialah masalah kemanusiaan, bukannya masalah parti. Jika kita anolojikan UMNO sebagai sebuah pesawat, UMNO merupakan engin dan pesawat yang baik serta bermutu. Tetapi kenapa pesawat itu jatuh juga? Jawapannya ialah kerana 'human error'. Pesawat itu jatuh kerana kelemahan dan kesilapan pemandunya yang cuai dan tidak tahu hendak memandu pesawat itu kearah yang betul. Walaupun pesawat itu menggunakan jenama baik yang sama tetapi pesawat ini merupakan pesawat baru yang di daftarkan pada 1988 dahulu. Pesawat ini baru berumur 23 tahun sahaja dan tidak sepatutnya jatuh terhempas. Pesawat yang masih baru ini jika terhempas juga, terhempasnya ialah kerana 'human error' seperti yang saya nyatakan sebentar tadi. Pemandu yang sepatutnya memandu mengikut 'operating procedure' yang ditetapkan telah memandu dengan mengikut kehendak dan keinginan peribadi sendiri…..ditambah pula dengan penumpang-penumpang yang berada di dalam pesawat itu tidak mengikuti ciri keselamatan yang penting di dalam penerbangn itu. Lambat laun pesawat itu akan terhempas juga jika di benarkan pemandu yang sama untuk mengendalikan penerbangan it terus-terusan dan dibawa pula penumpang-penumpang yang tidak mengikuti ciri-ciri keselamatan yang betul. Selalunya pemandu-pemandu pesawat yang tidak mengikuti 'operating procedure' yang ketat itu 'will be grounded' untuk mengelakan pesawat itu jatuh terhempas. http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/06/pas-terus-bergerak-umno-terus-berarak.html |
Memalukan! Program Walk About Najib GAGAL ! Posted: 10 Jun 2011 07:00 PM PDT Menghadiri satu lagi jalan-jalan bersama kepimpinan UMNO – YAB Perdana Menteri Malaysia di Giant Taman Permata dengan laluan dari AU 5 Keramat – jelas menunjukkan kegagalannya. Petang itu tidak lebih dari PM Najib tawaf kawasan AU5 dan Taman Permata tanpa impak menyeluruh kepada rakyat yang hadir di situ. www.umno-reform2.com terkejut melihat jalan-jalan bersama PM Najib tidak mencapai hasrat sebenar program tersebut. Siapa penganjur program. Program itu tidak lebih kepada program untuk memuaskan hati PM Najib dari membawa Najib untuk berjalan bersama rakyat. Kita perlu lihat apa sebenarnya yang dimahukan dalam program seumpama itu. Kalau setakat ada ceramah dari PM Najib dan angkatan penganjur – maka itu bukan program sepetang berjalan-jalan bersama PM Najib. Apa sebenarnya yang mahu dilaksanakan oleh penganjur program itu – membawa Najib bersiar-siar – dikelilingi oleh polis dan pengawal keselamatan – dan tidak berbual-bual atau apa lagi untuk singgah di gerai yang ada sekeliling 7 elevan Taman Permata yang ada. Kalau takut sangat – untuk minum di gerai – kopek sahaja buah kelapa yang ada terjual – minum bersama atau setidak-tidak minum seteguk untuk dilihat oleh rakyat. Program ini sebenarnya mahu menonjolkan siapa? Menonjolkan PM Najib pada rakyat atau menonjolkan matlamat penganjur. Melihat jalan-jalan bersama PM Najib saya lebih cenderung mengatakan jalan-jalan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih cemerlang dari apa yang dianjurkan oleh mereka di AU5 dan Taman Permata di Selangor. Sebenarnya – kalau macam itu – baik tidak payah lakukan! Klik di bawah untuk melihat gambar http://www.umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1108&Itemid=58 |
Piala FA: Kelantan PAS atau Kelantan Umno? Posted: 10 Jun 2011 06:26 PM PDT Oleh HARIS ZALKAPLI Pasukan bola sepak Kelantan akan bertemu Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Kuala Lumpur malam ini. Dalam suasana politik yang menyentuh dan menyelinap ke seluruh pelusuk kehidupan pada masa kini, perlawanan ini menjadi satu isu sentral dalam wacana politik popular negara ini. Seperti juga perlawanan akhir Piala Malaysia pada 2009 dan 2010, simbol politik akan dapat diperhatikan secara meluas menjelang, semasa dan selepas perlawanan Kelantan dan Terengganu malam ini. Penyokong PAS umumnya mengaitkan Kelantan dengan parti itu, disebabkan penguasaan PAS lebih 20 tahun di negeri itu. Tetapi, seperti yang disaksikan pada tahun lalu, perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan Kelantan dengan Negeri Sembilan berjaya dimanfaatkan oleh Umno untuk menumpang imej positif. Perlawanan yang diadakan selepas pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan menyaksikan usaha kedua-dua pihak menggunakan perlawanan itu untuk mendapat manfaat politik. Secara sedar, kedua-dua PAS dan Umno menggunakan sentimen menuju perlawanan itu untuk menyumbang kepada imej positif masing-masing. Umno, walaupun kurang dikaitkan dengan Kelantan, berjaya memanfaatkan sentimen sekitar perlawanan itu dan kemenangan pasukan Kelantan melalui beberapa tindakan yang dilakukan, termasuk menyediakan pengangkutan untuk penonton. Selepas perlawanan, Tan Sri Annuar Musa dilapor meraikan kejayaan dengan memakai baju korporat Persatuan Bola Sepak Kelantan dalam majlis politik, dan sambutan Piala Malaysia yang dibawa ke Kelantan disesuaikan untuk memberi manfaat kepada Umno. Annuar kekal sebagai orang kuat Umno Kelantan walaupun ada usaha memasukkan tokoh lain ke negeri itu, seperti pada pilihan raya umum 2008. PAS, untuk tidak ketinggalan membalas dengan memberikan anugerah kepada pemain-pemain Kelantan, mengikat kejayaan pasukan bola sepak itu dengan kerajaan PAS negeri Kelantan. Hal yang sama dapat diperhatikan ekoran kejayaan pasukan negara menjuarai Piala Suzuki akhir tahun lalu, apabila kedua-dua kumpulan pembangkang dan pemerintah bersaing mendekatkan diri dengan kejayaan itu. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kelihatan cuba mengatasi satu sama lain memberikan ucapan tahniah dan anugerah kepada pasukan negara. Kelantan, yang seorang pemainnya menjadi salah seorang pemain kebangsaan yang cemerlang, mendapat manfaat imej positif hasil kemenangan itu. Menteri besar Kelantan muncul di media dalam upacara memberikan anugerah kepada pemain cemerlang itu, Khairul Fahmi Che Mat. Dalam perlawanan hari ini, Kelantan akan menemui Terengganu, negeri yang juga mudah dikaitkan dengan Umno kerana dikuasai parti itu sejak memenanginya semula pada 2004. Terengganu pernah diangkat sebagai pasukan PAS dan simbol kejayaan parti itu apabila memenangi Piala Malaysia pada 2001, semasa masih di bawah pemerintahan PAS. Sentimen politik kepartian membentuk wacana popular penyokong-penyokong PAS pada masa itu, tidak lama selepas sentimen reformasi 1998 menghasilkan perubahan kerajaan di Terengganu pada pilihan raya umum 1999. Dalam perlawanan di Bukit Jalil malam ini, Terengganu ialah "negeri Umno" bagi penyokong PAS, seperti juga Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Malaysia dengan Kelantan selama dua tahun lalu. Sentimen ramai penyokong PAS yang mengikuti sukan bola sepak ialah sokongan untuk Kelantan, simbol paling jelas parti itu dalam sukan negara ini. Semasa, dan paling utama selepas perlawanan malam ini, simbol-simbol politik akan dapat diperhatikan lagi, digunakan semua pihak berkepentingan untuk membina imej positif. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan