Sabtu, 11 Jun 2011

Biaqpila

Biaqpila


Piala FA: Presiden PAS ucap tahniah

Posted: 11 Jun 2011 03:00 PM PDT




KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Terengganu yang telah berjaya menjuarai Piala FA 2011.

"Juga syabas kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan permainan yang konsisten sehingga saat-saat terakhir perlawanan," ujarnya di laman Facebook.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang sekali lagi mengingatkan kepada penyokong kedua-dua pasukan yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil agar berhati-hati di jalan raya dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Musyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mengucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu yang telah menjuarai Piala FA pada malam ini.

"Kepada pasukan Kelantan, saya bangga," ujarnya melalui laman Facebook.



Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah berjaya menewaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Ahmad Nordin Alias menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-109 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada tamat permainan penuh.

Kelantan menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi Mohd Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum rakan sepasukan, Mohd Daudsu Jamaluddin menjaringkan gol sendiri melalui tandukan pada masa kecederaan bagi membolehkan Terengganu menyamakan kedudukan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut menyaksikan perlawanan akhir itu.

Turut sama ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011

Posted: 11 Jun 2011 08:43 AM PDT




KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011

TERENGGANU 2 : 1 KELANTAN


STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL KL 11/6/11 - Terengganu yang bangkit daripada ambang kekalahan,menjulang Piala FA edisi 2011 apabila menewaskan Kelantan 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.Untuk rekod,ini merupakan kali kedua pasukan Terengganu merangkul kejuaraan Piala FA selepas mereka memenanginya pada tahun 2000.

Perlawanan terikat 1-1 selepas 90 minit permainan masa sebenar dengan Kelantan membuka tirai gol menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke-79 sebelum diikat Terengganu dengan jaringan sendiri Daudsu Jamaludin pada saat-saat akhir masa penuh.

Ahmad Nordin Alias yang merupakan pemain gantian,menjadi wira Terengganu apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya pada minit ke-109 dalam masa tambahan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut menyaksikan perlawanan akhir itu.

Turut sama ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LIVE FINAL PIALA FA: KELANTAN VS TERENGGANU

Posted: 11 Jun 2011 05:55 AM PDT



SILA KLIK PADA GAMBAR DI ATAS ATAUPUN KLIK DI SINI UNTUK MENONTON.


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

TG Nik Aziz Isytihar Kelantan Cuti Esok, Tganu Guano?

Posted: 11 Jun 2011 04:15 AM PDT


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengisytiharkan esok sebagai cuti umum di negeri itu.

Katanya, keputusan itu dibuat supaya anak Kelantan yang menonton perlawanan akhir Piala FA antara pasukan negeri dan Terengganu di Bukit Jalil malam ini dapat pulang dengan selesa.

"Insya-Allah pada malam ini saya akan turut serta menyaksikan perlawanan akhir Piala FA Kelantan melawan Terengganu.

"Esok diisytiharkan cuti umum di Kelantan sebagai memberikan peluang kepada anak-anak Kelantan pulang dengan selesa," kata di laman Facebook.

Beliau juga menyeru semoga penyokong perlawan malam ini dapat menjaga tatatertib sepanjang menyaksikan perlawanan.

MK

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

10 Sebab Pekida Tak Perlu "MELATAH"

Posted: 11 Jun 2011 03:00 AM PDT

>



1- Jika difikirkan secara logik, jika Pekida sendiri tak highlightkan bahawa ada unsur-unsur Pekida dalam tu, masyarakat takkan tahu. Jadi apa guna publisiti ini? Nak bagitahu bahawa Pekida ada benda-benda tu semua?



2- Nak saman kerana malukan orang melayu bila tunjuk unsur pergaduhan? Kenapa? Sebab terkena hidung sendiri?




3- Lebih baik saman filem-filem yang mempunyai unsur tahyul dan kelucahan melampau. Sesuai dengan motto perjuangan, "Amar Ma'aruf Nahi Mungkar".




4- Rasanya, kongsi gelap cina lagi banyak benda kalau diorang nak bangkitkan soal kata kunci dan kod rahsia ni. Tapi, kenapa diorang tak melatah?




5- Pekida sekarang bukan lagi satu gerakan rahsia macam dulu. Budak-budak pun dah tahu pasal buah-buah ni. Ini kerana ada ahli pekida sendiri yang membuka rahsia tersebut.




6- Kat facebook pun banyak ahli-ahlinya yang terlalu taksub menjadikan logo Pekida sebagai default pic. Dan ada yang upload gambar 'buka buah'. Macam mana tu?




7- Masa bai'ah, janji dan sumpah macam-macam. Taknak buat maksiat, taknak dedahkan rahsia pada orang bukan ahli. Tapi tetap jugak langgar sumpah. Buat maksiat, buka buah merata-rata. Taksub!




8- Sticker Pekida megah melekat di kereta dan motosikal. Tapi, ada segelintir ahlinya yang buat maksiat dalam kereta, merempit bawak bohsia. Lepas tu, banyak kereta yang parking dekat kelab-kelab malam. Apakah?




9- Me'rekrut' ahli baru secara membabi buta sekadar mahu meramaikan ahli. Itu punca sebenar nama Pekida sudah buruk. Kerana wujudnya budak-budak hingusan yang terlalu taksub dan berlagak gangster kononnya kabel besar.




10- Pekida ni memang bagus untuk keselamatan dan permuafakatan orang melayu supaya bersatu. Tapi ahli-ahlinya dah salahguna kuasa untuk ambil kesempatan cari makan, gaduh tak tentu pasal. Tak hairanlah kalau Pekida dilabel Gangster Melayu.








P/S - Itu adalah apa yang orang cakap dan apa yang aku nampak. Diakui, bukan semua ahli Pekida macam tu. Tapi, apa salahnya hangpa tarbiah adik-adik, abang-abang serta ayah-ayah hangpa supaya kembali ke landasan sebenar perjuangan pertubuhan. Lakukan post-mortem kenapa nama Pekida sudah busuk dan pejuangan Pekida dianggap sudah tidak relevan oleh kebanyakan orang. 

sumber: laksamanabukitbintang.blogspot.com

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

'Skandal' seks: Tak apa, kisah lama, kata Mat Sabu

Posted: 11 Jun 2011 12:00 AM PDT



Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.

NONEIni kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.

"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.

Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."

Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.

Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'.

Zuraida mendakwa terdapat penglibatan Umno dalam kerja itu dalam rangka untuk memecah-belahkan kerjasama parti gabungan Pakatan Rakyat.

'Bagi saya tanya dulu'

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad bagaimanapun memberitahu beliau bersedia mengulas perkara itu selepas menghubungi Zuraida yang juga ketua wanita PKR.

NONE"Boleh, boleh (minta komen). Bagi saya tanya Zuraida dulu," katanya ringkas.

Sementara itu, Zuraida (kanan, tuduh cerah) dalam kenyataannya berkata, "tindakan melampau" itu membuktikan bahawa "budaya politik kotor sudah mula dicemarkan sehingga ke Ampang".

Sambil mengaitkan dengan penyebaran video yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Zuraida mempertikaikan tindakan polis yang masih belum berjaya mengesan dalangnya.

"Namun sehingga kini tiada sebarang hasil siasatan dari semua laporan polis yang dibuat mengenai penyebaran VCD lucah ini," katanya.

Beliau juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak terus berpeluk tubuh dan segera menjelaskan pendiriannya berkenaan perkara itu.

Menurut Zuraida, "penyebaran melampau" VCD sebegitu mencemarkan nilai dan semangat keharmonian kekeluargaan di negara ini.

"Institusi keluarga yang dibina seharusnya suci dari anasir dan budaya lucah sebegini agar masyarakat yang dibina tidak terus cetek dek kerana budaya lucah ini," katanya.

Mohamad pada 1995 pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu, Kelantan. Mahkamah bagaimanapun menggugurkan tuduhan itu kerana tidak cukup bukti.

Isu melibatkan Mohamad sebagai pemimpin sebagai sebuah parti Islam mencetuskan kontroversi besar dan menjadi modal serangan bertalu-talu lawan politiknya Umno.-MK

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pakaian seksi untuk pastikan suami puas

Posted: 10 Jun 2011 09:00 PM PDT



RAWANG: Presiden Kelab Taat Suami Malaysia mengakui beliau memenuhi keperluan batin suaminya dengan berpakaian menarik dan seksi.

Bagi Fauziah Ariffin yang menerajui kelab dianggotai 800 ahli itu, sebagai isteri yang taat, itu adalah cara terbaik untuk memberi layanan kepada suami.

"Bukan seperti isteri masa kini yang kebanyakannya tidak melayan suami dengan baik dan hanya berpakaian cantik di luar, tetapi di rumah kelihatan selekeh dan tidak menarik. "Masalah isteri tidak taat, tidak menghiburkan dan tidak berkhidmat kepada suami menjadi punca kerosakan masyarakat," katanya di sini, semalam.

Pengarah Ikhwan Catering and Restaurant itu, berkata isteri juga perlu tahu peranan mereka yang sebenar, malah ada pihak berpendapat melayan suami bukan saja dari sudut seks tetapi juga memasak, membasuh dan menjaga anak.

"Itu benar, tetapi perlu tahu apa keutamaannya kerana kerja rumah boleh diserahkan kepada orang gaji, tetapi layanan di tempat tidur bolehkah beri pada orang gaji?

"Oleh itu perlu rujuk kepada keperluan utama, bila isteri taat, akan lahir suami penyayang," katanya yang juga isteri kedua.

Baru-baru ini, kenyataan Naib Presiden kelab berkenaan, Dr Rohaya Mohamed mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama' mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang mahu Pendaftar Pertubuhan meneliti semula kelulusan pendaftaran kelab itu.

Kelmarin,Datuk Rosnah Rashid Shirlin pula menyuarakan pandangan bahawa kelab itu dilihat hanya mementingkan nafsu untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Sejak dilancarkan 1 Mei lalu, kelab itu mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia.
Mengenai kenyataan Dr Rohaya pula, beliau berkata ia bukan untuk menyamakan isteri dengan golongan pelacur yang terjebak dalam masalah sosial itu.

"Masalahnya masyarakat kita bayangkan pelacur hanya di Lorong Haji Taib, sedangkan pelacur kelas pertama ini adalah di kalangan pelayan pelanggan yang dihantar pihak atasan ketika perundingan antara dua negara," katanya.

Sementara itu, kenyataan yang menyamakan tugas melayan suami dengan pelacur kelas pertama turut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan pembaca Berita Harian yang menyuarakannya menerusi laman sosial akhbar ini termasuk laman web dan Facebook.

Hampir kesemua bantahan dikemukakan di kalangan pembaca wanita yang membidas tindakan Dr Rohaya yang disifatkan sebagai merendahkan martabat golongan itu.

Malah ada yang mempertikaikan penubuhan kelab itu yang dianggap tidak relevan kerana Islam menuntut isteri untuk mentaati suami selagi tidak melanggar syariat Islam.

paapaada

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Gadis Rayu Dibenarkan Kahwin Pelarian Myanmar

Posted: 10 Jun 2011 06:00 PM PDT



KUALA LUMPUR 8 JUN : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan merujuk masalah yang dihadapi seorang gadis dari Perak untuk berkahwin seorang pelarian Mynmar kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nurul Izzah berkata, undang-undang negara melarang Amirah Ismail,25, untuk berkahwin dengan jejaka idamannya yang memeluk agama Islam ketika mencari suaka di Malaysia.

Berdasarkan Akta Imigresen 1959, seseorang pelarian yang tidak mempunyai dokumen tidak dibenarkan berkahwin dengan warga negara Malaysia.

"Pihak kami akan buat cuba beberapa langkah susulan, bukan sahaja untuk melindungi hak asasi pelarian, tetapi juga hak untuk rakyat Malaysia yang membuat keputusan untuk berkahwin,' kata Nurul yang juga Naib Presiden PKR.

"Malangnya kerana di bawah undang-undang Malaysia tidak ada rakyat negara kita yang boleh berkahwin dengan seorang pelarian, walaupun diiktiraf oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

"Bagaimana dengan perakuan daripada UNHCR bahawa mereka ini dizalimi di negara sendiri, walhal kita bercakap tentang isu kemanusiaan,"katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Nurul Izzah berkata, masalah Amirah yang mendaftar sebagai pengundi di Lembah Pantai juga akan dibawa ke pengetahuan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menentukan langkah susulan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, hasrat pasangan terbabit tidak kesampaian apabila terikat dengan Akta Imigresen 1959 tidak membenarkan mana-mana pelarian yang tidak ada dokumen sah untuk berkahwin dengan warga negara Malaysia.

Dalam pada itu, Amirah yang ditemui pada sidang media yang sama berharap beliau dapat berkahwin dengan David Sing Lian Pam atau nama Islamnya Mohd Daniel Abdullah.

"Saya bertemu dengannya sejak satu tahun yang lalu, saya harap dapat sangat berkahwin (dengan Mohd Daniel)." katanya.

Ditanya sama ada mendapat restu daripada keluarga termasuk ibu bapanya, Amirah berkata kedua-dua orang tuanya telah meninggal dunia.

"Kakak saya tidak ada masalah dengan saya (untuk berkahwin)," katanya.

Ujarnya lagi, kekasihnya itu kini berumur 28 tahun, tidak dibenarkan bekerja di Malaysia dan tinggal bersama-sama bapa saudaranya sejak tiga tahun yang lalu.

Amirah bertemu dengan Mohd Daniel ketika bekerja di sebuah restoran di Kelana Jaya pada bulan Ogos tahun lalu.

tvs

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: