Sabtu, 11 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Demi politik, UMNO permainkan isu masjid

Posted: 11 Jun 2011 05:55 AM PDT

ROKET KINI.COM


GEORGETOWN – Pemilihan jawatankuasa 200 khariah masjid di Pulau Pinang bertujuan memilih pentadbir masjid yang berwibawa tanpa mengambil kira fahaman politik masing-masing.

Tidak ada mana-mana parti politik terlibat, apatah lagi yang kononnya dikatakan membabitkan DAP yang sama sekali tidak ada kena-mengena dengan hal-ehwal Islam di negeri itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggun Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, pemilihan itu juga bertujuan untuk mengembalikan hak anak-anak khariah untuk mencadangkan jawatankuasa khariah masing-masing kepada Majlis Agama Negeri Pulau Pinang.

"Mereka yang terpilih perlu memikul tanggungjawab berat, iaitu mengimarahkan masjid demi kepentingan masyarakat Islam khususnya," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa apa yang lebih utama ialah mereka melaksanakan tanggungjawab kepada Allah S.W.T bagi meningkatkan syiar Islam di negeri itu.

"Justeru, saya juga menolak dakwaan 'nakal' pihak-pihak tertentu kononnya tata cara pelantikan ini bersifat kepentingan politik dan akan memecahbelahkan masyarakat Islam.

"Sekiranya kami meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama, maka tentunya MAINPP akan meneruskan amalan tradisi kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, iaitu melantik jawatankuasa masjid tanpa melalui tata cara pemilihan oleh anak-anak khariah," jelas beliau.

Dalam usaha memburukkan DAP serta membangkitkan kemarahan orang Islam, pemimpin UMNO dan penyokong mereka telah mendakwa kononnya DAP terlibat dalam usaha melaksanakan tata cara pemilihan itu.

Ada pihak berpendapat UMNO takut kehilangan pengaruh dalam jawatankuasa masjid jika pemilihan diadakan kerana ahli-ahli khariah dikatakan akan cenderung untuk memilih calon-calon berwibawa bagi mentadbir masjid mereka, dan tidak semestinya dari kalangan UMNO yang sebelum ini mendapat tempat melalui perlantikan.

Menurut sumber-sumber, UMNO yang tidak berani menyerang MAINPP kerana ia adalah badan yang menjaga dan memelihara kepentingan umat Islam negeri, cuba memalitkan DAP dengan usaha MAINPP melaksanakan tata cara pemilihan khariah masjid itu.

Abdul Malik menjelaskan, MAINPP buat kali pertama, iaitu selepas perlantikan jawatankuasa MAINPP yang dilantik pada 1 Januari 2010, akan mengadakan pemilihan jawatankuasa khariah masjid seluruh Pulau Pinang menggunakan kaedah dan tata cara yang lebih tulus, telus dan terbuka.

Ia akan dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Kariah MAINPP, Ustaz Salleh Man yang juga Timbalan Yang Dipertua MAINPP.

Kaedah perlantikan yang diperkenalkan ini, hasil mesyuarat dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEIAPP), MAINPP dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam.

"Malah sejak 2009, selaku Exco Hal Ehwal Agama, saya sendiri telah mengadakan pelbagai perbincangan dan percambahan fikiran dengan pelbagai pihak bagi merumuskan kaedah pemilihan jawatankuasa kariah yang lebih telus, berbanding dengan tata cara pemilihan yang sedia ada," jelas Abdul Malik.

Beliau berkata, hasil muzakarah jawatankuasa berkenaan pada 6 Mac 2011 telah mencadangkan kepada MAINPP tentang tata cara pemilihan tersebut pada April lalu.

Pada 20 Mei 2011 mesyuarat khas MAINPP telah memutuskan menerima tata cara pemilihan yang disyorkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Hal Ehwal Kariah MAINPP.

Tata cara pemilihan ini juga merupakan penambahbaikan peraturan yang sedia ada selaras dengan Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan kaedah 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang ) pindaan 2003.

Sebelum ini, pakar al-Quran dan Hadis Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata bahawa sewaktu pemerintahan BN di Pulau Pinang dahulu, UMNO mengguna pakai amalan politik kepartian dengan memilih ahli-ahli khariah masjid dari kalangan mereka sendiri tanpa mengikut prinsip syarak.

Beliau berkata kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa itu bukan dari ahli masjid sendiri tetapi berdasarkan kegiatan mereka dalam parti, iaitu mereka yang aktif dalam UMNO mendapat kedudukan dalam jawatankuas masjid.

Dr Mohd Asri, anak kelahiran Pulau Pinang yang juga bekas Mufti Perlis, menyatakan masyarakat Islam tidak perlu bimbang dengan tata cara pemilihan kerana calon-calon yang terbaik akan dipilih oleh ahli-ahli khariah sendiri tanpa mengira pegangan politik mereka.

Sebelum ini juga, Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari telah menjelaskan bahawa terpulang kepada MAINPP untuk menentukan kaedah pemilihan khariah masjid di Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan DAP tidak terlibat sama sekali dengan sebarang usaha untuk melaksanakan tata cara pemilihan itu.

"Saya yakin umat Islam di negara ini lebih bijak, jujur dan matang untuk membandingkan apa yang benar dan apa yang palsu," ujarnya.

Gimik terakhir Umno halang perhimpunan BERSIH 2.0 -Tian Chua

Posted: 11 Jun 2011 05:52 AM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Perhimpunan 'Walk For Democracy' yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan menimbulkan ketakutan kepada Umno.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, laporan polis yang dibuat Pemuda Umno berhubung perhimpunan itu, merupakan gimik terakhir mereka untuk menggagalkan perancangan NGO terbabit.

"Ia gimik terakhir mereka kerana mereka juga boleh menghalang kita dengan cara lain. Mereka sengaja menggunakan tekanan politik dengan membuat laporan polis supaya mengagalkan perhimpunan itu.

"Laporan itu tidak berasas, ini hanya cara untuk mereka mencari alasan sahaja. Ia menunjukkan Umno begitu takut dengan perhimpunan rakyat," kata Tian Chua ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Semalam, Exco Hal Ehwal Bandar yang juga Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin membuat laporan polis konon bimbang keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas ekoran penganjuran demonstrasi BERSIH 2.0.

Laporan polis itu berdasarkan laporan Suara Keadilan yang melaporkan Tian Chua sebagai berkata, 60,000 ahli KEADILAN akan hadir dalam perhimpunan itu.

Menurut Tian Chua, laporan polis yang dibuat pihak berkenaan kononnya peniaga akan mengalami kerugian jika perhimpunan itu dianjurkan, tidak berasas sama sekali.

"Apa yang diberitahu oleh beliau tidak benar, peniaga sama sekali tidak akan menghadapi kerugian, sekiranya mereka (peniaga) merasakan berlaku kerugian dalam perniagaan mereka, sudah pasti telah banyak laporan yang dibuat mereka.

"Secara logiknya, saya percaya mereka akan mendapat keuntungan sebab orang ramai yang hadir akan membeli makanan dan minuman," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa setiap kali penganjuran perhimpunan oleh Pakatan Rakyat (PR) atau badan bukan kerajaan (NGO), tidak akan berlaku kekecohan sekiranya polis faham tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan bukan menganggu demonstrasi tersebut.

"Tidak timbul soal akan mengganggu-gugat keselamatan orang awam sekiranya polis memberi kerjasama dengan memastikan perhimpunan itu berjalan lancar tanpa gangguan daripada ereka.

"Perhimpunan yang diadakan ini bukan untuk menyerang orang awam, polis kena faham apa yang kita mahu anjurkan," ujarnya.

Sebelum ini dilaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang BERSIH 2.0.

Hakim enggan undur, Anwar bakal dipenjara- Presiden Aliran

Posted: 11 Jun 2011 05:49 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Sejak hari pertama perbicaraan kes Fitnah II berlangsung, semua jentera kerajaan digunakan untuk memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Ini kerana sekiranya Anwar bebas, ia menandakan Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur tidak lama lagi.

Demikian dinyatakan, P Ramakrishnan, Presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah gerakan pelbagai etnik berpusat di Pulau Pinang yang memperjuangkan reformasi dalam sistem keadilan, kebebasan dan perpaduan.

Ramakrishnan menyatakan pendapatnya itu dalam rencana terbarunya berjudul "Anwar akan dipenjarakan – walau apa cara sekalipun" dalam laman web gerakan itu.

Menurut Ramakrishan, perkara paling menghairankan setakat ini adalah keengganan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu walaupun diminta berbuat demikian sebanyak tiga kali oleh peguambela.

"Perkara yang paling menghairankan adalah keengganan Hakim Zabidin menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu. Sebaik sahaja tertuduh merasakan dirinya tidak dihakimi dengan adil, itu sudah cukup untuk memastikan hakim ditukar bagi memastikan tertuduh memperoleh keadilan yang sewajarnya," kata Ramakrishnan.

Satu lagi soalan penting yang masih belum terjawab sehingga kini, katanya, adalah persoalan mengenai DNA Anwar yang diperoleh pada tahun 1998, tidak digunakan polis untuk proses mengenalpasti DNA Anwar pada bukti yang diperolehi.

Menurutnya, polis memerlukan bukti DNA baru untuk mensabitkan Anwar kerana jika DNA tahun 1998 digunakan, konspirasi untuk memfitnah Anwar akan terbongkar.

Selain daripada polis, rakyat juga percaya bahawa mahkamah bersekongkol untuk menafikan akses Anwar kepada beberapa dokumen penting walau pun mahkamah sepatutnya memastikan tertuduh memperolehi perbicaraan yang adil.

"Apabila seorang individu mendakwa menjadi mangsa rancangan jahat polis, mahkamah perlu memberikannya akses kepada dokumen penting yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya. Berlawanan dengan amalan keadilan ini, mahkamah menafikan Anwar maklumat ini," kata Ramakrisnan.

Beliau turut mempersoalkan sebab laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi yang ditandatangani Dr Mohamed Osman tidak pernah digunakan di mahkamah sehingga ke hari ini.

Laporan itu mengesahkan Saiful tidak pernah diliwat sesiapa pun sewaktu beliau membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar.

Menurut Ramakrishnan, orang ramai juga tertanya-tanya apakah penghakiman akhir yang akan disampaikan Hakim Zabidin kerana sekarang lagi beliau sudah menyimpulkan kononnya Saiful adalah saksi berwibawa dan boleh dipercayai.

Zabidin juga membuat kesimpulan keterangan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan terdapat penetrasi menggunakan pelincir, serta tiada kemungkinan bukti telah diubahsuai dan kesemua bukti yang dikemukakan saksi juga amat kukuh.

"Jika ada sebarang penemuan yang bercanggahan (dengan kesimpulannya), ia pasti menjejaskan kesimpulan dibuatnya yang membuatkan beliau memerintahkan Anwar untuk membela diri," kata Ramakrishnan.

Anwar turut serta Bersih 2.0 pada 9 Julai

Posted: 11 Jun 2011 05:47 AM PDT

KEADILAN DAILY

PORT DICKSON: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau akan turut serta bersama-sama rakyat dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai hadapan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.

"Saya nak pesan tentang Bersih 9 Julai. Saya, Tuan Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang akan turut serta bersama-sama (berhimpun) menyatakan pandangan kita," kata Anwar.

Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada Ceramah Perdana di Kampung Si Rusa, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Bersih 2.0 yang akan berlangsung 9 Julai ini di sekitar ibu negara diadakan kerana tuntutan Bersih terdahulu yang antaranya mahukan satu reformasi pilihan raya yang adil dan pembersihan daftar pengundi masih lagi belum dipenuhi SuruhanJaya Pilihan Raya (SPR).

Pada ceramah yang sama, Anwar sempat mengingatkan hadirin bahawa pilihan raya umum akan datang adalah masa yang terbaik untuk bekerja keras memastikan Umno dan Barisan Nasional ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, kata Anwar, hanya sedikit sahaja usaha lagi diperlukan untuk memastikan Umno BN kalah dalam pilihan raya akan datang.

"Pilihan raya akan datang, kesempatan untuk kita yang cukup baik.

"Nak push sikit sahaja lagi. Negeri Sembilan, (kita memerlukan) empat atau lima kerusi (Parlimen sahaja lagi), jalan (Menteri Besar) Mohamad Hassan.

"Parlimen, kita nak dua atau tiga kerusi sahaja lagi.Insya Allah mereka jalan.

"Dulu kita kalah sebab Sarawak dan Sabah. Sekarang kalau ada pilihan raya, Sarawak sekurang-kurangnya ada 10 dalam tangan.

"Dua kerusi di Negeri Sembilan, dua di Selangor, satu di Kedah, satu di Perak, dua di Terengganu, tergulinglah Umno," kata Anwar disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang mendengar ceramahnya.

Pada majlis yang sama, Anwar juga sempat menyempurnakan simbolik pemakaian baju T Bersih 2.0 kepada beberapa ahli KEADILAN Port Dickson sebagai tanda penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

Exco Selangor Ingatkan Rakyat Jangan Terpedaya Laporan Media Kawalan Umno

Posted: 11 Jun 2011 05:45 AM PDT

TVS NEWS



SEPANG : Rakyat Selangor diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan berita yang disiarkan sesetengah akhbar tempatan masa kini terutamanya laporan berkaitan permasalahan yang timbul di negeri ini kerana sebilangan besarnya adalah rekaan semata-mata.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, pelbagai usaha dilakukan oleh media kawalan Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat termasuklah isu status tanah di Sungai Buloh dan Hulu Selangor.

Menurut Xavier, isu Lesen Pendudukan Sementara (TOL) Kampung Sungai Kerandang dan tapak semaian bunga di Sungai Buloh akan terus disensasikan untuk membohongi rakyat.

Justeru itu katanya kerajaan negeri akan bertindak mendedahkan nama pihak yang bertanggungjawab menyerahkan tanah berstatus TOL itu untuk didiami dan diusahakan memandangkan ia adalah hak milik kerajaan negeri.

"Kita tidak ada tanah lagi di Selangor. Kalau kita tidak pertahankan tanah-tanah yang ada sekarang khususnya tanah hutan yang cuma tinggal 30 peratus sahaja lagi, kita akan berhadapan dengan masalah pada masa akan datang,"katanya dalam ceramah perdana 'Agenda Negeri Selangor', dekat sini malam tadi.

Sementara itu, Dr Xavier dalam ucapannya turut menekankan pelaksanaan bayaran premium tanah sejumlah RM1,000 yang diperkenalkan kerajaan negeri menerusi Skim Pemilikan Kediaman Persendirian yang bertujuan memudahkan rakyat Selangor memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel.

Tegasnya, ia adalah satu perkara baik yang tidak pernah dilakukan kerajaan pemerintah Umno-Barisan Nasional (BN) baik di Selangor mahupun Malaysia.

"Kita bagi RM1,000 kepada pemilik yang duduk di atas tanah tersebut. Bila-bila masa siapa pun yang hendak jual tanah tersebut kepada orang lain, dia perlu membayar balik premium pada kerajaan negeri dengan harga yang ditentukan,"katanya.

Malah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim semalam memberitahu kerajaan negeri bersetuju untuk membantu rakyat di negeri di Selangor yang tidak mampu membayar premium tanah seperti yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dengan menggantikannya melalui kerja-kerja amal di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Anwar : Pemimpin Yang Bagus, Di Belakangnya Ada Pegawai Yang Cekap

Posted: 11 Jun 2011 05:42 AM PDT

TVS NEWS


SEPANG : Kebolehan dan kemampuan seseorang pemimpin itu mencerminkan sikap pegawai kerajaan yang menjadi tonggak kepada sesebuah institusi tersebut, menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujarnya, pegawai kerajaan yang cekap dan efisyen dalam menjalankan tugas, dapat memastikan kebajikan rakyat terjamin.

"Sistem kita ini sistem feudal, anda mengampu, anda selamat, rasuah tidak mengapa, kerja lembab tidak apa asalkan taat.

"(Tetapi sebenarnya) pegawai ini banyak peranannya. Kalau pegawai itu rasuah, sebab orang atasnya mengamalkan rasuah. Kalau pegawai itu tak cekap, ia sebab pimpinan tak kawal dengan baik," tegas Anwar dalam Ceramah Perdana Agenda Negeri Selangor di sini ,semalam.

Anwar menyatakan demikian mengulas mengenai mutu perkhidmatan awam dan pegawainya yang dianggotai majoriti Melayu yang bukan sahaja dikritik, malah dipandang sinis oleh rakyat sendiri.

Malah ramai kakitangan awam dipandang serong kerana terlibat dengan kerenah birokrasi,penyelewengan dan salah guna kuasa.

Menurut Anwar, hal itu tidak seharusnya berlaku jika pemimpin mereka menyelia tugas dan memastikan kerja terbaik dilakukan.

Beliau turut menyatakan betapa prinsip Pakatan Rakyat akan memastikan perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa depan.

"Saya ada banyak pengalaman saya, di banyak kementerian, pertanian, pendidikan, kewangan. Pegawai-pegawai kerja sampai pukul 2-3 pagi. Tak perlu marah untuk kerja rakyat. Sekarang semua nak sambung hari lain. Nak naik pangkat kena ampu. Kalau pegawai nak naik pangkat sebab kerja baik, kena sokong Pakatan Rakyat dan hentikan perkara ini," kata Anwar lagi.

Justeru, pimpinan dan pegawai kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Selangor katanya harus jelas dengan kepentingan pentadbiran bersih, telus, bertanggungjawab serta efisyen dalam memastikan rakyat mendapat manfaat sebaiknya.

"Selangor mesti memacu pertumbuhan. Kalau tak membangun, cukai tak bertambah. Kena cari pelabur. Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran kena percepatkan mana-mana pihak yang nak melabur. Tapi jangan lupa matlamatnya. Dalam Al-Quran prinsipnya jelas, pembangunan tidak boleh lari dari pembangunan insan," tegas Anwar lagi.

Kementerian akui 1pengguna digodam

Posted: 11 Jun 2011 04:19 AM PDT

MALAYSIA KINI


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengakui berlaku perlanggaran keselamatan pada laman web RM1.4 juta 1pengguna.com, tetapi tiada maklumat pengguna yang hilang.

NONE"Ia berlaku pada 9 Jun apabila kami membaut sedikit perubahan untuk menangani jumlah hits yang tinggi.

"Ketika proses itu, beberapa data percubaan telah digodam. Tetapi setakat ini tiada laporan berlakunya sebarang kehilangan maklumat," kata ketua setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini.

Menurut laporan laman forum IT popular Lowyat.net awal pagi semalam, sekumpulan penggodam komputer yang dikenali sebagai Rilekscrew mengenalpasti beberapa kelemahan pada 1pengguna yang "membenarkan hampir semua data dalam pelayannya boleh diakses daripada jauh".

Data-data itu mengandungi maklumat 2,000 pengguna berdaftar, termasuklah alamat e-mel dan kata laluan mereka, kata pengasas dan ketua eksekutif Lowyat.net Vijandrean Ramadass.

NONEBernama
kelmarin melaporkan, 1pengguna yang mempamerkan maklumat harga barangan pengguna yang dijual di 1,255 premis perniagaan mengalami sedikit masalah kerana terlalu ramai yang melayarinya sejak dilancarkan Selasa lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata portal itu menerima hits yang mencecah 3.5 juta sehingga menyebabkan server portal berkenaan terjejas.

Katanya kementerian pada mulanya hanya menyasarkan untuk menerima kira-kira 300,000 hits sahaja dalam minggu pertama selepas pelancaran namun sambutan yang diterima sebaliknya 'begitu memberangsangkan dan di luar jangkaan'

Demo BERSIH gentarkan pemandu teksi

Posted: 11 Jun 2011 04:15 AM PDT

Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri


Perhimpunan besar bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil pada Julai depan nampaknya menggentarkan sesetengah pemandu teksi sekitar ibu kota.

Dalam tinjauan pendapat Malaysiakini di sekitar Bangsar, Kuala Lumpur semalam, majoriti pemandu teksi yang ditemui menyuarakan rasa tidak senang dengan rancangan mengumpulkan puluhan ribu aktivis dan penyokong pembangkang pada tarikh itu.

Rata-rata mereka menjangkakan akan hilang pelanggan ekoran kesesakan teruk jalan raya, seperti pengalaman dalam demonstrasi-demonstrasi sebelum ini.

NONEMenurut Ismad Sheikh Abd Tawab (kiri), demonstrasi besar biasanya akan menimbulkan ketakutan kepada pelanggan mereka, sekali gus menjejaskan mata pencariannya.

"Bila keadaan OK, hendak naik teksi orang tidak takut. Bila jadi macam ini (demonstrasi), ada polis sana sini, terhalanglah (pergerakan). (Ini) gangguanlah." kata Ismad yang telah sepuluh tahun bekerja sebagai pemandu teksi.

Ismad, 48, turut memberitahu, demonstrasi selama dua jam sahaja sudah cukup untuk menjejaskan sekitar RM40 pendapatan mereka.

Semalam, selain persatuan pemandu teksi, Pemuda Umno, persatuan penjaja dan beberapa NGO membuat laporan polis di Kuala Lumpur Lumpur dan Putrajaya meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demo BERSIH.

Sikap orang awam

Dilaporkan aduan itu dibuat kerana bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja dan pemandu teksi sekitar ibu negara terjejas.

PKR dilaporkan mensasarkan 60,000 peserta menyertai perhimpunan itu manakala PAS pula mengerahkan lebih sejuta anggotanya daripada seluruh negara turun bersama-sama untuk menghandar memorandum kepada pihak istana pada tarikh berkenaan.

NONESementara itu, seorang lagi pemandu teksi Rosli Mohamad (kanan) pula berpendapat, kesesakan lalu lintas pada hari itu akan diburukkan lagi dengan sikap orang awam sendiri.

"Memang tidak setuju (demonstrasi). Dia (perserta) buatkan kesesakan lalu lintas. Orang awam akan takut. Malaysia ini satu saja (masalah), apa pun yang berlaku dekat tepi jalan semua akan tengok," katanya.

Rosli, 43, menambah, berdasarkan pengalamannya membawa teksi pada hari demonstrasi sebelum ini, separuh daripada sumber pendapatannya akan hilang begitu sahaja.

"Tengok macam kes (demonstrasi) Hindraf dulu... Satu hari tidak boleh buat kerja. Bukan kita tidak suka. Kalau dari pagi sampai malam, kesan (pendapatan) jadi separuhlah," katanya.

Bagi pemandu teksi berbangsa India, Prahbakaran Velaithian pula, memandu menggunakan teksi sewa membuatkan beliau tidak berani mengambil risiko tiada pelanggan.

'Tak masuk kawasan, tak ada hasillah'

"Rugi ada, letih ada, untung juga kurang. Upah tidak ada, kena bayar sewa (teksi)," kata lelaki 48 tahun itu.

NONEMohd Fazli Abdullah (kiri), 55 pula berkata, demonstrasi akan memberikan beban tambahan terhadapnya yang terpaksa keluar awal pagi untuk mengambil penumpang.

"Penumpang pun banyak merungut sebab sampai lambat, lagi pun meter (tetap) bergerak (walaupun kenderaan tidak bergerak)," katanya sambil memberitahu terpaksa mencari laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan.

Mohd Fazli kebiasaannya mendapat pendapatan antara RM50 sehingga RM 60 sehari.

Manakala Suthagar Subramaniam, 32, pula berkata walaupun mereka boleh beroperasi di kawasan lain sewaktu demonstrasi berlangsung, mereka masih menghadapi masalah mendapatkan penumpang.

"Bukan semua tempat (teksi) boleh behenti," tambahnya lagi.

Bagaimanapun, bagi seorang pemandu teksi warga emas Abdul Rahman Lambak, beliau tidak langsung ambil peduli langsung dengan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dan kumpulan NGO itu.

"Kalau rajin dapat banyak (penumpang). Kalau kita tidak masuk ke situ (kawasan perhimpunan) tidak adalah (hasil)," kata Abdul Rahman, 65.

Kumpulan Anti-Lynas mahu injunksi mahkamah

Posted: 11 Jun 2011 04:06 AM PDT

MALAYSIA KINI


Kumpulan anti-Lynas 'Save Malaysia' mempertimbangkan mendapatkan perintah injunksi untuk menghalang projek kontroversi bernilai RM700 bilion itu daripada memulakan operasinya.

Clement Chin lynas save malaysia groupKetua perhubungan awam kumpulan itu Clement Chin (kiri) berkata, kumpulan itu kini bekerjasama dengan Majlis Peguam Pahang bagi meneliti kemungkinan mendapatkan perintah mahkamah terhadap Lynas Advance Material Plant (Lamp).

"Kami melihat daripada segenap penjuru, (dan kami) akan buat keputusannya dalam masa sebulan," katanya dalam sidang media anjuran gabungan NGO People's Green hari ini.

Lamp terletak di kawasan perindustrian Gebeng, 25km ke arah utara Kuantan, ini negeri Pahang.

Pusat nadir bumi itu akan memulakan operasi percubannya pada September depan.

BN sengsara mahu pikat undi Tionghua

Posted: 11 Jun 2011 04:05 AM PDT

Harakahdaily


AMPANG: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kaum Tionghua memainkan peranan yang besar dalam politik negara sebenarnya.

Malahan, undi 80% kaum Tionghua di Ampang telah memberi kemenangan kepadanya dan PKR sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lalu.

Katanya, perubahan yang dibawa kaum Tionghua jelas sudah menakutkan MCA dan BN.

Justeru, beliau yakin, taktik kotor BN yang dikepalai oleh Umno dengan memainkan isu video lucah fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak memberi kesan kepada undi kaum Tionghua.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Makan Malam Sempena Ulangtahun Pertama Persatuan Persahabatan Pekan Ampang di Pekan Ampang, di sini semalam.

Zuraida turut membidas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini untuk menarik sokongan kaum Tionghua yang disifatkannya "retorik semata-mata" dan hanyalah sia-sia.

"Buktinya, lihat sahaja kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini yang jelas menunjukkan bahawa MCA dan BN sebenarnya kini sedang dalam sengsara mahu menarik kembali undi kaum Tionghua.

"BN harus sedar bahawa kaum Tionghua sangat matang dalam menilai politik dan semua kenyataan retorik yang tanpa perlaksanaan adalah tidak berguna dan sia-sia," kata beliau.

Umno sanjung ulama hanya lakonan

Posted: 11 Jun 2011 04:03 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.

Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, sekiranya para pemimpin Umno terus memainkan isu ciptaan mereka itu, mereka tetap kecewa kerana para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri sudah amat faham perkara itu.

Menurut beliau, ahli-ahli PAS sendiri sudah sekian lama memahami sikap sebenar para pemimpin dan ahli-ahlli Umno selama ini yang tidak pernah menyanjungi ulama, malah sentiasa memperlekehkan golongan ulama.

Katanya, sikap buruk mereka itu antara lain boleh dirujuk dengan kenyataan-kenyatan mereka selama ini yang sentiasa memperlekehkan ulama-ulama dalam PAS termasuk terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdu Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Tiba-tiba sekarang mereka kata para pemimpin dan ahli-ahli PAS menolak ulama. Tapi sejak bila Umno menyanjungi ulama? Mereka sendiri sebenarnya yang menolak ulama bukannya kita," katanya kepada Harakahdaily, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, menurut beliau, para pemimpin Uimno perlu menilai diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu terhadap PAS.

Katanya, dalam PAS setiap ahlinya sendiri cukup faham dengan struktur organisasi PAS yang tidak sekali-kali menolak ulama, malah meletakkan golongan ulama ditempat yang paling tinggi dan utama.

"Dalam PAS terdapat Syura Ulama yang menjaga dasar PAS. Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS. Syura Ulama tidak boleh dianggotai sembarangan orang, tetapi setiap ahlinya mestilah mereka yang berpendidikan tinggi dalam Islam dan mempunyai akhlak yang baik.

"Ahli-ahli Syura Ulama berbeza dengan para pemimpin PAS yang lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau yang paling atas hingga AJK atau yang paling rendah dalam AJK PAS Pusat.

"Majlis Syura' adalah badan penting yang bertanggungjawab menggariskan dasar PAS dan memastikan PAS tidak terkeluar dari perjuangannya untuk menegakkan Islam," katanya.

Dengan itu, tegasnya, dalam PAS tidak akan timbul soal menolak ulama. Tambahan pula dalam PAS juga turut terdapat Dewan Ulama yang walaupun berbeza dengan Majls Syura Ulama, tetapi turut berperanan membantu PAS agar tidak tergelincir dari asas perjuangannya dengan konsep kepimpinan ulama.

Katanya, hanya Umno BN yang tidak tahu tentang perkara itu sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat tuduhan seperti itu terhadap ahli-ahli PAS.

PAS, tegasnya, dari awal penubuhannya lagi terhasil dari gabungan golongan profesional dan ulama. Disebabkan realiti itu, sesiapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin PAS akan diterima oleh ahli-ahlinya, kecuali ahli-ahli Majlis Syura yang hanya terhad kepada kalangan tertentu sahaja.

"Itulah rahsia kekuatan PAS sejak dulu yang kini semakin diperkuatkan pula oleh barisan kepimpinan baru dan seluruh ahli-ahli. Barisan kepimpinan baru PAS juga turut diterima baik oleh DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Ini menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat kini semakin kuat, manakala Umno BN pula sekarang semakin lemah kerana tongkatnya, MCA dan MIC sudah patah, apabila MCA dan MIC juga sudah semakin lemah.

"Disebabkan keadaan itu, orang-orang Melayu juga sudah tidak lagi boleh bergantung kepada Umno sekarang. Disebabkan PAS pula yang semakin kuat, orang-orang Melayu perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat bersama kaum-kaum lain bagi membela nasib mereka dan melakukan perubahan di negara kita," ujarnya.

Sejajar dengan itu, katanya, soal berkerjasama antara PAS dan Umno langsung sudah timbul lagi sekarang. Umno tidak perlu merayu kepada PAS mengenainya kerana tidak akan dilayan oleh PAS.

"Kalau kita bekerjasama dengan Umno, jangan ingat Umno tak khianati PAS kerana pengalaman PAS yang lalu sudah mencukupi bagi PAS. Umno hanya perlu menerima pengajaran dari pengkhianatannya sendiri selama ini dengan akan berkubur tidak lama lagi," tegas beliau.

Sampai bila pun Umno tak faham perjuangan PAS

Posted: 11 Jun 2011 04:02 AM PDT

Harakahdaily


PARIT BUNTAR: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendakwa PAS hilang konsistensi dalam isu menjaga ketekalan dasar perjuangan parti.

Baginya, apa yang diperkatakan oleh Khaled membuktikan sekali lagi bahawa Umno sangat resah dan gelisah dengan perkembangan terbaru dalam PAS.

"Saya rasa sampai bila pun pemimpin Umno tidak akan faham dengan perjuangan parti PAS kerana parti tersebut selesa dengan situasi berada di bawah tempurung besi, jauh sekali untuk memahami apa yang diperjuangkan oleh PAS.

"Kalau saya bertanyakan kepada Khaled tentang apa yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh Umno dia pun tidak mampu jelaskan, bagaimana beliau menyibuk untuk mengulas mengenai PAS," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau mengulas Mohamed Khaled Nordin yang dilaporkan berkata PAS perlu meminta maaf kepada Umno kerana pelbagai tuduhan menyebabkan rakyat terutama masyarakat Melayu berpecah belah dan keadaan negara tidak tenteram.

"PAS patut minta maaf kepada Umno sebab selama perjuangkan dasar menegakkan Islam menuduh Umno tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan perjuangan itu (negara Islam) tidak ada dalam al-Quran dan yang ada negara kebajikan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Usahawan Muda dan Jom Cari Kerja Kolej Komuniti Wilayah Pantai Timur, di sini, semalam.

Selain itu, Khalil yang juga Adun Titi Serong melihat pemimpin Umno sudah buntu untuk memikirkan helah dan cara memecah belahkan Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri dengan taktik yang pelbagai.

Bagaimanapun, beliau yakin PAS tidak akan tergugat dengan pelbagai jolokan yang digunakan oleh Umno bagi mengelirukan rakyat.

Katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno membuktikan ia sebuah parti yang terlalu jumud sehingga enggan menerima perubahan.

Menurutnya, walaupun perubahan yang berlaku dalam kepimpinan PAS bukan terhadap asas dasar parti, tetapi Umno dilihat seperti hilang fokus dan menipu kerana telah menumpukan penerangan kepada umum bahawa PAS telah lari dari dasar perjuangan.

Tegasnya, PAS tetap konsisten dengan prinsip yang ditetapkan sejak awal penubuhan dan akan tetap dengannya kerana Al-Quran dan Hadis menentukan bahawa sebarang bentuk praktikal dalam perjuangan dan apa-apa perkara sekalipun perlu bermatlamatkan Allah.

Menurutnya, Umno mengaku bahawa mereka pejuang bangsa Melayu dan agama Islam tetapi bersikap talam dua muka dalam isu seperti yang dimainkan terhadap PAS.

Beliau menambah, setelah separuh abad, Umno BN gagal berubah walaupun PAS yang merupakan parti lawan yang sama "tua" telah melakukan lonjakan persepsi yang mana PAS telah berjaya mendapat perhatian dari di kalangan yang bukan Islam.

"Kerana itu Umno cemas dengan sokongan terhadap PAS yang meningkat di luar jangakaan itu.

"Wujudnya kelab penyokong PAS yang telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan PAS dan ini telah menjadikan PAS sebuah sebagai parti bukan untuk satu bangsa dan kaum," ujarnya.

Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda

Posted: 11 Jun 2011 04:01 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda.

Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menjelaskan, selain itu, antara agenda negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS akan turut berusaha mendapatkan rumah kepada golongan muda dan membantu para pelajar mendapatkan biasiswa.

Menurut beliau, kepada para nelayan dan petani, PAS akan turut membantu mereka menerusi skim-skim tertentu yang akan diperkenalkan, manakala golongan miskin pula akan dibantu menerusi skim kebajikan khas kepada mereka.

Katanya, negara berkebajikan adalah penyusunan strategi PAS bagi melepaskan rakyat dari mengalami bebanan hidup dan ia akan dilaksanakan secara adil selaras dengan tuntutan Islam.

"Ini jelas menunjukkan golongan muda juga tidak diketepikan, sehingga tiada pihak yang terkecuali untuk menikmatinya," katanya pada program Analisis Astro Awani yang disiarkan 5.00 petang semalam dan diulang tayang sekitar jam 11.30 pagi ini.

Barisan kepimpinan baru PAS yang dipilih oleh para perwakilan PAS pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu, menurut beliau, akan mengadakan mesyuaratnya hujung minggu ini.

Katanya, antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu termasuklah yang menyentuh tentang strategi pelan bernegara, sejajar dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan negara berkebajikan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Sehubungan itu, beliau berharap agar golongan muda yang mewakili pengundi-pengundi muda turut bangkit bersama PAS untuk menerokai politik baru di tanah air.

"Jadi, kita amat berharap agar golongan muda akan turut meninggalkan politik fitnah dan politik penuh tipu daya yang diamalkan oleh Umno BN selama ini," katanya.

Menyentuh tentang permintaan Pemuda PAS Pusat yang mahukan PAS memberikan kuota 40 peratus kepada golongan muda dalam parti di semua peringkat termasuk dalam pilihan raya yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau yakin PAS akan memberikan pertimbangan sewajarnya mengenai tuntutan itu.

"Pada saya, tuntutan Pemuda yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin itu bukanlah perkara asing kerana sebelum ini saya juga pernah memimpin Pemuda PAS dan turut mempunyai pengalaman seperti itu.

"Sekiranya Pemuda berjaya menunjukkan prestasi yang baik dan dapat mempertahankan prestasinya, saya yakin parti akan memberikan tempat kepada mereka seperti yang dikehendaki itu," ujarnya.

Strategi PAS sekarang, tegasnya, adalah untuk mencipta satu gelombang kebangkitan untuk membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya, bagi membolehkan agenda negara berkebajikan dilaksanakan di tanah air demi kepentingan negara dan seluruh rakyatnya.

Sejajar dengan itu, PAS pasti akan menggembleng seluruh tenaga dalam parti dengan turut memberikan ruang sewajarnya kepada Pemuda yang berkebolehan serta berkelayakan, dengan gabungan kalangan profesional, ulama dan aktivis yang terdapat dalam PAS sendiri.

Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal

Posted: 11 Jun 2011 03:59 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah 'topeng' kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.

Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.

Firdaus berkata, walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.

Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.

Beliau berkata, Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum.

Ini, ujarnya berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.

Jelasnya, Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih 'bulu' yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar 'ruang lingkup' mereka sahaja.

"Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar V K Lingam yang masih bebas 'berkeliaran' tanpa didakwa," katanya.

Baginya, Perkasa dilihat hanyalah menjadi 'budak suruhan' kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau.

Beliau menambah, Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.

Tambahnya, Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong 'lidah rasmi Umno' iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.

Ini, katanya jelas memperlihatkan 'wajah' sebenar Perkasa.

"Oleh itu, PAS menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar akan penipuan tersebut," ujarnya.

Rakyat, kata beliau sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.

"Katakan tak nak pada BN!" katanya lagi.

PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki

Posted: 11 Jun 2011 03:58 AM PDT

Harakahdaily


ISTANBUL: Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

PAS lapor SPRM isu Hospital Shah Alam

Posted: 11 Jun 2011 03:57 AM PDT

Ismail Hashim


SHAH ALAM: Isu Hospital Shah Alam yang sepatutnya siap akhir 2010, hari ini dilapor secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Petang tadi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyerahkan memo bantahan kerana mempunyai unsur penyelewengan dalam projek hospital itu kepada SPRM Selangor, dekat sini.

Menurut Khalid, pihaknya telah menerima beberapa dokumen berhubung projek bernilai RM482 juta itu yang kini terbengkalai.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, dokumen-dokumen itu menimbulkan kesangsian pihaknya terhadap ketelusan perjalanan projek serta pengurusannya.

Laporan berlangsung selama dua jam itu telah diterima sendiri Pengarah SPRM Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ja'afar Mahad di pejabatnya.

Kata Khalid, dokumen itu adalah surat Frontier Structure (FS) Sdn Bhd pada 23 Ogos 2010 kepada Pengarah Sunshine Fleet (SF) Sdn Bhd yang menawarkan nilai sub-kontrak bernilai RM30 juta sekiranya pembinaan diserahkan kepada FS.

Dokumen lain adalah surat Kementerian Kewangan pada 22 Mac 2011 mengarahkan tender yang telah diputus dibatalkan dan dipanggil kembali GM Healtcare Sdn Bhd dan FS dalam tender baru.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam itu, SF merupakan kontraktor utama projek ini yang berjaya mendapat projek ini secara rundingan terus pada 2008.

"Kemampuan mereka mendapat projek ini secara rundingan terus adalah bukti hubungan rapat mereka dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia .

"Tawaran RM30 juta dijangka sebagai insentif menggunakan pengaruh mereka supaya tender dipanggil semula dengan FS dijemput menyertai tender baru," jelasnya.

Khalid berkata amat menghairankan bagaimana syarikat tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sebagai kontraktor Kelas A disebut untuk dijemput menyertai tender sebegini.

Katanya, dengan dibekalkan surat dari FS kepada SF adalah jelas ia dilakukan bukan secara kebetulan sebaliknya hasil penyalahgunaan pengaruh yang didorong ganjaran tertentu.

Adalah juga disyaki penundaan tender adalah untuk memungkinkan FS memperolehi pendaftaran sebagai kontraktor Kelas A.

Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Hilmi Radzuan mendesak pihak berkaitan segera selesaikan pembinaan hospital itu kerana melibatkan kebajikan rakyat Shah Alam sekitar sejuta orang.

"Amat malang Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah ibu negeri Selangor yang paling maju di negara ini tetapi belum mempunyai hospital sendiri dan terpaksa menumpang di Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh.

"Perasaan rakyat lebih menderita bila timbul isu projek terbengkalai sudah beberapa tahun terakhir sedangkan sakit setiap hari menyerang rakyat," tegasnya.

AK bersedia catat sejarah menang kali ketiga

Posted: 11 Jun 2011 03:49 AM PDT

Zulkifli Sulong


ISTANBUL: Kunjungan pertama delegasi PAS dan PKR ini adalah ke pejabat parti AK di Istanbul. Baru mula terasa Turki sedang hadapi pilihan raya umum.

Pendekatan kempen nampaknya lebih kepada medium TV dan akhbar melalui liputan media terhadap program yang diadakan.

Untuk penglihatan umum pula, banner besar yang memaparkan wajah Reccip Toyyeb Erdogan bersama slogan pilihan raya ini dipasang di banyak tempat.

Sedikit sahaja poster kecil yang dipasang iaitu di pejabat-pejabat parti sahaja bukannya memenuhi kawasan. Ini telah ditetapkan oleh undang di Turki untuk menjaga alam sekitar mereka. Poster-poster kecil sebagaimana yang sangat popular di Malaysia tidak dibenarkan di sini atas alasan ia merosakkan permandangan.

Apabila masuk ke Istanbul melalui lapangan terbang Atarturk di sini tidak terasa langsung pilihanraya umum berjalan.

Begitu juga apabila masuk ke bandaraya Istanbul dari lapangan terbang ke hotel Green Park tidak terasa PRU sedang berlangsung di Turki.

Namun medianya penuh dengan liputan pilihanraya termasuk muka-muka depan akhbar utama.

Apabila dibuka TV juga baru dirasai kehangatan pilihan raya. Jam 10 pagi waktu tempatan apabila dibuka stesen SkyTv, pemimpin CHP, salah satu parti yang bertanding sedang memberikan ucapan.

Hampir 15 minit masa diberikan untuk beliau berucap di hadapan penyokongnya diberikan ruang oleh siaran TV itu yang tidak akan diperolehi oleh mana-mana pemimpin pembangkang di Malaysia.

Menurut Omer Faruk Kalayci, timbalan pengerusi hal ehwal luar parti AK, semua parti bebas membeli masa dalam media Turki.

Hasilnya semua parti dirasai kehadirannya dalam semua media Turki.

Dalam pilihanraya ini, AK cuba memecah rekod pilihanraya Turki untuk menang tiga kali berturut-turut dan dengan populariti yang terus meningkat.

Dengan lima juta ahli dari 50 juta pengundi, sangat sukar parti-pari lain untuk mengalah AK dalam pilihan raya umum kali ini.

Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden

Posted: 11 Jun 2011 03:47 AM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR:
Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.

Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

"Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

"Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook.

Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu.

Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno.

Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno.

"Disinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam," tegasnya.

Najib tak faham negara berkebajikan PAS

Posted: 11 Jun 2011 03:39 AM PDT

Nazri Abdullah


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.

Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama.

Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat.

"Jelas dia (Datuk Seri Najib Razak) tak tahu negara berkebajikan," katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan anak sulung kepada Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub di Markaz PAS Taman Melewar di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa konsep negara berkebajikan PAS cuba meniru apa yang telah dibuat BN.

Ditanya apa beza negara berkebajikan PAS dan Umno BN, Abdul Hadi berkata negara berkebajikan PAS adalah mengikut acuan al-Quran dan Hadis.

Ianya termasuk bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta tidak menzalimi rakyat.

"Kita tak sama, kita ikut perlembagaan PAS iaitu sandar pada al-Quran dan Hadis.

"Kita ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), dia (Umno BN) tidak ada,"katanya.

Sebelum ini beliau juga menjelaskan konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS menitikberatkan soal halal haram yang juga tidak ada dalam pengamalan Umno BN.

Sehubungan itu juga beliau memaklumkan akan menulis satu buku khusus menjelaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu.

Umno tak nyenyak tidur

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Najib terbukti 'tidak nyenyak tidur' dengan pendekatan negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS.

Tegasnya, Umno menyedari mereka berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti apabila PAS menawarkan konsep negara berkebajikan itu.

"Dulu dia (Umno BN) kata PAS jauh ketinggalan di belakang.

"Sekarang ini kita sama-sama, dia kiri kita kanan. Nanti kita akan potong dia,"katanya.

Umno-BN terus serang ‘negara berkebajikan’ PAS

Posted: 11 Jun 2011 03:34 AM PDT


GOMBAK — Umno meneruskan serangan ke atas konsep negara berkebajikan yang diketengahkan PAS minggu lalu dengan mendakwa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah pun melaksanakan dasar-dasar bersifat kebajikan sekian lama.

Terbaru malam tadi, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, antara contoh kerajaan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah negara berkebajikan ialah dengan membayar pelbagai subsidi keperluan harian.

Beberapa jam sebelum kritikan itu, Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri dan pengerusi BN menyerang konsep diutarakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamarnya minggu lalu.

Semalam, Najib (gambar) yang juga Pengerusi Umno Selangor mendakwa PAS "menciplak" model kejayaan BN sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan.

Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa.

Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

"Tuan-tuan semua memasak menggunakan gas bukan. Adakah anda semua tahu berapa jumlah sebenar sebuah tong gas?

"Kalau anda membeli satu tong gas dengan harga RM25, sebenarnya harga satu tong gas RM48. Jadi, tuan-tuan semua boleh kira berapa banyak subsidi yang kerajaan telah bayar. Ini bukan kebajikan?" kata Noh pada ceramah sempena "Roadshow Selamatkan Selangor" di sini malam tadi.

Ketika itu, Pakatan Rakyat pula mengadakan ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Bandar Baru Salak Tinggi.

Selain itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang memberitahu bagi menyediakan subsidi minyak dan gas, kerajaan perlu membelanjakan sehingga RM18 bilion, angka yang dilaporkan bagi tahun ini.

"Jika minyak masak, tuan-tuan hanya membayar RM2.50 untuk sekilogram, harga sebenarnya ialah RM3.50, jadi kerajaan telah menanggung selebihnya. Ini masih lagi nak kata kerajaan tidak berkebajikankah?" soal Noh yang disambut tepukan dan sorakan daripada kalangan kira-kira 200 orang yang hadir.

Anggota Kabinet ini mendakwa segala apa yang dilakukan kerajaan kini merupakan satu kebajikan.

Selain itu, Noh turut mendakwa PAS kini dilihat takut untuk melangkah 'mayat' Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan oleh itu mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan negara berkebajikan.

Lebih dua dekad lalu, Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan bahawa jika PAS ingin menubuhkan negara Islam perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu.

Justeru, tambah Noh, sebelum Karpal mati, PAS telah membuat keputusan untuk tidak membuat negara Islam.

"Tahniah kepada Karpal kerana berjaya buat PAS tidak melangkah mayatnya," katanya.

Noh juga memberitahu, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim kini "umpama tikus membaiki labu." "Ini kerana sepanjang tiga tahun pemerintahan Pakatan, tiada sebarang kemajuan dibawa, sebaliknya pelbagai isu timbul seperti isu Yayasan Selangor dan isu pasir," katanya.

MB: Aset air Selangor RM12 bilion, BN buat silap besar

Posted: 11 Jun 2011 03:28 AM PDT



Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion. — Gambar oleh Jack Ooi
SEPANG — Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendedahkan aset air di Selangor sebenarnya bernilai RM12 bilion dan rakyat akan terus menikmati pemberian bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Kata Menteri Besar Selangor, kerajaan pimpinannya telah melakukan kajian mengenai nilai sebenar aset air ekoran kegagalan pentadbiran BN menentukan nilai yang tepat semasa mereka memerintah negeri itu selama lima dekad.

"Kita telah memperuntukkan sebanyak RM760,000 untuk mengkaji nilai aset air di Selangor dan saya telah dimaklumkan nilai sebenar aset air kita berjumlah RM12 bilion yang mana sebelum ini BN mengatakan ia bernilai RM1 bilion sahaja.

"Inilah silap besar BN, mereka salah kira tapi kita tidak... kita semak balik, pening juga kita, dengan jumlah yang ada ini kalau kita jual RM1 bilion aset air ini rakyat boleh mendapat air percuma lebih daripada lapan tahun," katanya pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini.

Pemberian air percuma dilaksanakan kerajaan negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke-12 sejak 2008, yang mana Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran daripada BN.

Ketika ini, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Pakatan Rakyat menguasao 35 kerusi manakala BN mempunia 20 manakal seorang Adun Bebas.

Kata Khalid, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat akan terus memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjamin.

"Kita akan pastikan rakyat dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan, wang yang kita dapat akan dikembalikan semula kepada rakyat.

"Kebajikan kita akan jaga, BN setelah lebih 50 tahun gagal melaksanakan ini, anda boleh semak semua ini sama ada kita telus atau tidak.

"Kita telah buktikan, kita bukan hanya bercakap... ini perbezaan kita dengan BN, kita terjemahkan ia (dalam bentuk tindakan), jadi saya minta agar anda terus memberikan sokongan kepada kita," katanya di hadapan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan itu.

Turut hadir Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Xavier Jayakumar, Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei.

Menurut Khalid, rakyat Selangor telah membuat keputusan bijak kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan BN pada pilihan raya umum 2008.

"Saya nak katakan bahawa anda telah memilih kita (Pakatan Rakyat) kerana mahukan reformasi, mahukan perubahan yang sudah lama dituntut.

"Anda memilih kita bukan sebab 1 Malaysia, anda tidak pilih kita atas dasar 1 Malaysia tapi anda pilih kita atas dasar reformasi... anda pilih kita sebab nak tahu sama ada PKR, PAS dan DAP boleh buat kerja atau tidak," katanya.

Tambah beliau, walaupun baru tiga tahu memerintah Selangor, namun sehingga kini kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjaya memberikan lebih banyak matfaat kepada rakyat dan terbaru pemilikan hak milik tanah dengan kadar premium yang rendah.

"Sudah tiga tahun saya jadi menteri besar, sama ada betul atau tidak (kerajaan negeri jaga kebajikan) anda sudah tahu.

"Kita dah buat macam-macam, kita beri air percuma dan terbaru kita beri pemilikan tanah kepada rakyat dengan bayaran yang rendah... dulu masa kita mula-mula beri air percuma, kita teruk dikecam (oleh Umno)... mereka kata tidak boleh, jadi saya minta senarai orang Umno yang tidak mahu air percuma tapi tidak diberikan," katanya.

Malah menurut Khalid, sejak mengambil alih pentadbiran negeri Pakatan Rakyat telah berjaya "membetulkan kesilapan" yang dilakukan BN dulu.

Video seks: Individu sebar VCD dapat perlindungan khas, dakwa Anwar

Posted: 11 Jun 2011 03:21 AM PDT


SEPANG — Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa individu menyebarkan VCD lucah yang dikaitkan dengan dirinya mendapat "perlindungan khas" ekoran kegagalan pihak berkuasa membuat sebarang tangkapan sehingga kini.

"Siapa tauke besar di Malaysia boleh edarkan VCD lucah ini? Sudah tentu dia tauke besar... siapa yang buat ini sudah tentu diberikan perlindungan dan jaminan.

"Apa jaminannya? Untuk jatuhkan Anwar Ibrahim, selepas kes liwat tidak berjaya sekarang video seks pula," katanya pada pada ceramah perdana Agenda Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi di sini, malam tadi.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata sepatutnya polis sudah melakukan tangkapan memandang VCD lucah itu telah diedarkan di seluruh negara.

Justeru beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas memberitahu, kegagalan polis menyebabkan banyak persoalan yang timbul mengenai siapa yang mengedarkan VCD lucah yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

"Saya difahamkan polis sedang cuba untuk mencari siapa yang mengedarkan video lucah ini, kita tahu siapa (yang edarkan) tapi polis kata mahu lakukan siasatan.

"Namun sehingga kini polis kata mereka masih gagal buktikan siapa yang terbitkan (video lucah), boleh percayakan? Kadang-kadang polis ini mahu permainkan kita.

"Polis kata tidak tahu tapi kita tahu, siapa yang boleh cetak dan terbitkan video lucah ini? Mengapa tiada tangkapa dibuat," katanya di hadapan kira-kira 300 orang penduduk di kawasan itu.

Semalam Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata pihaknya masih belum mempunyai sebarang petunjuk baru atau membuat tangkapan berhubung pengedaran video lucah yang dikaitkan dengan Anwar (gambar).

Beliau berkata pihaknya masih melakukan siasatan berhubung kes itu.

"Tiada perkembangan baru atau tangkapan berhubung perkara itu.

"Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah," katanya.

Sejak bulan lalu, pengedaran VCD lucah ini mula diedarkan di sekitar negeri Selangor, malah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga menerimanya.

Difahamkan selain diedarkan dalam ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat, VCD lucah itu juga diposkan ke rumah pemimpin parti perikatan itu.

Terbaru Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin telah menerima VCD lucah itu yang diposkan ke rumahnya di Ampang.

Dalam ceramah itu juga Anwar menasihatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar melakukan lebih banyak transformasi tanpa membelakangkan kepentingan rakyat.

"Selangor mesti terus melakukan pembangunan, tarik lebih banyak pelabur tapi jangan lupa matlamat... iaitu pembangunan insan bukan buka gedung, buka kilang tapi pendapatan rendah, bukan naikkan harga minyak yang akhirnya rakyat merana dan ini bertentangan dengan prinsip Islam.

"Kita mesti melakukan ihsan, berikan keadilan dan jaga kebajikan rakyat, jadi kita perlu perbanyakkan program yang memberi matfaat kepada masyarakat," katanya.

Kata Ketua Umum PKR itu, setiap janji dibuat mesti dikotakan agar rakyat tidak rasa tersisih.

"Jangan kita sambil melakukan pembangunan (pada masa sama) kita robohkan pula.

"Jadi pemimpin bukan hanya pandai bercakap tapi mesti menunjukkan keilkhlasan jiwa kepada rakyat," katanya.

Ketua MIC Bagan dipecat, panel disiplin kata tiada pilihan

Posted: 11 Jun 2011 03:19 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR— MIC memecat ketua MIC Bahagian Bagan, Datuk Henry Benedict Asirvatham yang baru-baru ini didakwa secara terbuka mengecam kepimpinan Datuk G Palanivel, yang menerajui parti itu sejak Disember lalu.

Pemimpin bahagian itu dikenakan tuduhan mendakwa Palanivel cuba membawa balik mereka yang dipecat oleh kepimpinan sebelum ini dan menubuhkan lebih 1,000 cawangan baru untuk memperkukuhkan kedudukan menjelang pemilihan parti tahun depan.

Pengerusi jawatankuasa disiplin MIC Tan Sri Dr K.S Nijhar berkata, keputusan itu diambil selepas mendengar kes itu petang kelmarin.

Nijhar berkata MIC sebenarnya tidak mahu memecat mana-mana ahli meskipun kesalahan dilakukan oleh Asirvatham, seorang ahli perniagaan, adalah serius.

Ia merupakan kes pertama di bawah kepimpinan Palanivel sejak mengambil alih jawatan presiden daripada Datuk Seri S Samy Vellu.

Bagaimanapun, meskipun Asirvatham diberi beberapa peluang dan diminta agar memohon maaf atas tindakannya tetapi enggan berbuat demikian, kata Nijhar.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Nijrar berkata surat pemecatan akan dikeluarkan Isnin ini.

"Di bawah situasi normal, beliau (Henry Benedict Asirvatham) sepatutnya telah dipecat (terus) atas apa yang telah dilakukan. Bagaimanapun keadaan adalah tidak normal sebab dasar kepimpinan parti sekarang, isu-isu disiplin dibawa (diselesaikan) ke arah proses penyatuan (dalam parti). Objektif kami ialah mengurangkan tindakan disiplin," kata Nijrar.

Katanya, jika pun tindakan disiplin diperlukan pihaknya hanya mahu menggantung seseorang agar pihak terbabit boleh kembali memainkan peranan dalam parti kemudian tanpa sebarang halangan dan masalah.

"Pemecatan akan menyebabkan proses menerima masuk menjadi makin rumit dan menimbulkan kontroversi sebagaimana disaksikan apabila beberapa ahli yang dipecat diterima balik (baru-baru ini)," katanya sambil menegaskan, tindakan menggantung akan dipertimbangkan jika seseorang yang dkenakan tuduhan kesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama.

"Mengambil kira kesemua faktor ini, saya telah memberikan Henry beberapa peluang untuk menyelamatkan dirinya daripada tindakan pemecatan dengan memohon maaf atas kesalahannya dan berjanji bahawa tidak akan mengulangi perkara ini pada masa depan.

"Beliau bersetuju untuk tidak mengulanginya pada masa depan tetapi enggan memohon maaf. "Jawatankuasa disiplin tiada pilihan kecuali untuk memecatnya. Jika beliau memohon maaf, maka jawatankuasa disiplin hanya akan menggantungnya," kata Nijrar.

Asirvatham menerima surat tunjuk sebab pertengahan bulan lalu dan diperuntukkan 14 hari untuk memberi penjelasan secara bertulis.

Sebelum ini, Asirvatham memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau berkemungkinan telah menggunakan kata-kata yang salah ataupun kenyataannya kemungkinan telah menyinggung perasaan sesetengah pihak, tetapi "saya mahu menekankan bahawa apa yang dikatakan adalah ikhlas untuk mengetengahkan kepada ahli-ahli MIC dan publik apa yang sebenarnya berlaku."

Ada pihak dalam MIC menganggap bahawa kepimpinan baru Palanivel, yang mengambil alih jawatan presiden Disember lalu sudah mula menerima bangkangan dari dalam parti meskipun beliau berniat mahu mengembalikan perpaduan.

Dalam surat tunjuk sebab bertarikh 18 Mei lalu, jawatankuasa disiplin meminta Asirvatham menjelaskan dua kenyataan media beliau iaitu tindakan Palanivel untuk menyatupadukan pelbagai kumpulan ke dalam MIC adalah sebahagian daripada usaha "membunuh" timbalannya Datuk Dr S Subramaniam dan mendakwa anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti sebagai boneka yang hanya mengikut arahan ketua parti itu.

"Ini adalah tuduhan serius untuk dibuat. Oleh itu, anda dikehendaki menunjukkan bukti secara bertulis dalam dua minggu mulai hari ini (18 Mei), dengan asas-asas yang berfakta.

"Kegagalan berbuat demikian atau memberi penjelasan memuaskan, akan menyebabkan tindakan disiplin, bersamaan dengan (tindakan) pemecatan dari parti, boleh diambil ke atas anda," kata Nijhar.

Komen-komen Asirvatham merujuk kepada keputusan CWC April lalu yang menerima balik tiga pemimpin yang pernah menganjurkan kempan Gerakan Anti Samy (GAS) — V Mugilan, Kumar Aamaan dan K.P Samy. Mugilan telah dikembalikan jawatan timbalan ketua Pemuda MIC pusat dan Kumar dan Samy sudah boleh menganggotai semula CWC.

Susulan keputusan CWC itu, Setiausaha Pemuda MIC, C Sivarraajh juga ada membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan mendakwa keputusan tersebut sebagai tidak sah.

Sivarraajh menimbulkan persoalan adakah wajar perlembagaan parti diketepikan untuk memberi pengampunan kepada tiga pemimpin berkenaan dan menegaskan, ia bertentangan dengan Perkara 15.4 dan 61.5 perlembagaan.

Perkara 15.4 menyatakan seseorang ahli yang sudah dipecat hanya boleh dikembalikan ke jawatan asal jika merayu kepada CWC dan rayuan diterima oleh jawatankuasa berkenaan manakala Perkara 61.5 pula menyebut ahli yang dipecat hanya boleh diterima balik sebagai ahli selepas dua tahun daripada tarikh dipecat.

"Jika memerlukan bukti, saya akan membawa saksi-saksi, yang merupakan penyokong Dr S Subramaniam, dari seluruh negara dengan bas untuk membuktikan adanya usaha mahu membunuh (politik) Dr Subramaniam," tegas Asirvatham kepada The Malaysian Insider sebelum ini.

"Saya ada bukti, Palanivel membawa masuk mereka yang dipecat oleh Samy Vellu untuk memperkuatkan kedudukan beliau, bukan kerana kepentingan parti tetapi kerana bimbang dengan populariti Dr Subramaniam," kata beliau.

Bahagian Bagan di Pulau Pinang, dakwa Asirvatham, pernah digantung oleh Samy Vellu pada 2006 juga kerana Palanivel. Bekas presiden membatalkan hukuman itu pertengahan tahun lalu ketika kempen GAS diadakan.

Kelantan umum cuti peristiwa esok sempena Piala FA

Posted: 11 Jun 2011 03:18 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KOTA BARU — Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa esok sempena perlawanan akhir Piala FA Kelantan bertemu Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Laporan Bernama Online, pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Aiseri Alias bagi menjaga keselamatan dan memberi peluang kepada penyokong-penyokong bola sepak negeri itu pulang dengan selesa dari menyaksikan perlawanan berprestij itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil inisiatif mengisytiharkan cuti esok kerana turut meraikan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong bola sepak negeri ini.

"Inilah kali ketiga berturut-turut Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa selepas kali pertama muncul naib johan Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 2009,dan johan bertemu Selangor pada tahun lepas," katanya.

Dengan perisytiharan itu beliau berharap penyokong-penyokong bola sepak Kelantan dan rakyat negeri ini supaya pulang dengan selamat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur dan tidak terlalu gopoh untuk pulang ke rumah masing-masing.

BN dan Pakatan mula lumba, PAS diminta tubuh panel rangka negara kebajikan

Posted: 11 Jun 2011 03:16 AM PDT


KUALA LUMPUR — PAS perlu segera mengadakan jawatankuasa pemandu merangka konsep negara berkebajikan memandangkan kedua-dua kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat berebut-rebut cuba membuktikan mereka berada di depan dalam agenda tersebut, kata mufti Perlis.

"Saya gembira melihat kerajaan dan pembangkang berebut-rebut cuba membuktikan agenda merekalah terbaik untuk kebajikan rakyat.

"(Oleh itu) saya ulang sekali lagi desakan agar PAS segera tubuhkan jawatankuasa pemandu negara kebajikan mereka untuk merealisasikan bentuk dan hala tuju berkenaan agar selari dengan Islam dan jelas kepada rakyat," kata Dr Juanda Jaya dalam satu kenyataan SMS hari ini.

Tokoh agama itu yang sering mengikuti dengan dekat isu membabitkan parti-parti politik negara ini berpendapat, "ini kemuncak pertembungan untuk meraih sokongn atas seriusnya agenda perubahan bagi membela rakayt."

Menurut Juanda, jawatankuasa itu perlu inklusif dan dianggotai oleh ahli-ahli politik, ulama dan pemikir yang aktif dan realis dalam mengetengahkan kebajikan rakyat.

"Ini sepatutnya jadi teras PAS sekarang kerana momentum kesedaran rakyat sedang amat kuat. Kerajaan sekarang juga akan berusaha buktikan merekalah juara kebajikan dan mereka pasti akan buat perkara lebih banyak lepas ini untuk bersaing," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, PAS perlu membuktikan yang mereka mampu buat lebih daripada kerajaan yang ada dan jangan ia "disejukkan oleh asakan balik Umno bahawa PAS tidak praktikal."

"Ketepikan sekejap program-program kurang utama. Pelan induk itu nanti akan jadi satu model standard bagi penceramah PAS jelaskan dasar parti. Bukannya masing-masing penceramh ada tafsiran sendiri seperti yang telah berlaku kepada konsep negara Islam sebelum ini," katanya.

Ahad lalu, Juanda juga melahirkan harapan agar PAS akan membentangkan segera konsep negara berkebajikan yang disentuh oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada 3 Jun lalu.

Muktamar PAS kali ini dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema "membangun negara berkebajikan", susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 minggu lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk "negara Islam", isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama "negara Islam" itu semata-mata.

"Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

"Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya.