Jumaat, 13 Januari 2017

.

.


Duhai Annuar mana satu betul ni?

Posted: 13 Jan 2017 02:26 AM PST

POJOK PETANG

Guana War?
Hari ini menteri bertanggungjawab ke atas Mara, Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai membuat arahan supaya sebarang bentuk penajaan menggunakan wang Mara untuk tahun ini ditangguhkan melainkan untuk pendidikan.

Mana-mana bentuk penajaan selain pendidikan ditangguhkan dan memerlukan perhatian daripada beliau, begitu tegasnya. Kenapa?

Penangguhan itu dipercayai ekoran timbul dakwaan kononnya wang Mara disalah gunakan untuk menaja pasukan bola sepak The Red Warriors. Sebelum ini ada dakwaan daripada seorang pemilik pasukan bola sepak menyatakan rasa terkilan kerana Unit Pelaburan Mara (UniKL) ada memasang iklan untuk pasukan bola sepak negeri Kelantan itu.

Pemilik yang dimaksudkan itu Tunku Ibrahim Sultan Ibrahim tuanpunya pasukan bolasepak JDT memdedahkan bukti yang penajaan itu berlaku. Beliau mendedahkan ada dokumen berupa resit dan juga salinan resit check dan baucer menunjukkan berlaku tranksasi di antara Pelaburan Mara dengan Red Warriors.

Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan Umno Malaysia dalam reaksi awal berhubung persoalan dibangkitkan itu menafikan yang UniKl menaja pasukan Kelantan, sebaliknya mengakui pemasangan logo UniKL dan  "Mara 50th" di lengan jersi pasukan Kelantan adalah secara percuma.

"Ia adalah percuma sahaja walaupun harganya bernilai RM250,000. Ia sebagai penghormatan kepada Mara," begitu kira-kira kata pengerusi Mara itu dipetik.

Penafian Annuar itu menyebabkan Tunku Ibrahim terpaksa mendedahkan dokumen berkaitan berupa dokumen transksi resit, baucer dan salinan resit check bagi mempertahankan dakwaannya menyebabkan Annuar terpaksa membaiki kenyataan dengan mengubah "kosakata" dengan mengalu-alukan pendedahan itu dengan mengucapkan terima kasih atas pendedahan itu.

Katanya pendedahakan segala dokumen itu menunjukkan apa yang berlaku (penajaan) itu dibuat dengan teratur dan telus. Dalam masa sama beliau membayangkan tidankan The Red Warriors tidak seperti pasukan lain yang menyembunyikan penajaan. Dalam bahasa lain tidak telus, ada yang disembunyikan. Pengubahan kosakata itu juga menunjukkan penafiannya sebelum ini palsu.

Tunku Ibrahim menimbulkan rasa kesal dengan apa yang berlaku, apabila tahun lepas Mara telah memotong RM700 juta wang biasiswa tetapi boleh pula taja iklan untuk pasukan Kelantan.Tidakan itu menurut beliau sesuatu yang sangat dikesalkan dan suatu perbuatan yang tidak bermoral.

Persoalan sekarang ini sekiranya benar berlaku penajaan iklan menggunakan wang Mara itu ia perlu disiasat kerana ia boleh dianggap sebagai berlaku penyelewengan. Penjelasan Annuar berhubung perkara itu dan ucapan terima kasih atas pendedahan maklumat itu tidak boleh menyelesaikan perkara itu selagi ia tidak disiasat. Kata-kata itu tidak boleh menutup daun pintu persoalan yang telah terbuka.

Penajaan itu boleh dianggap wujud conflict interest kerana waktu itu ahli Parlimen UBN Ketereh itu adalah pengerusi Mara dan juga presiden Kafa.

Elok sangat kalau SPRM jenguk ke bangunan Mara melihat apa sebenar yang berlaku. Dakwaan atau persepsi buruk terhadap Annuar mengenai hal ini perlu dibersihkan segera. Annuar juga harus bersedia menghadapi hal itu. Penjelasan dan ucap terima kasih atas pendedahan Tunku Ismail itu tidak dapat menutup apa yang sedang berbau dan menerawang dalam kepala umum kini.

Ini penting kerana wang Mara adalah wang rakyat di mana kalau ia benar digunakan untuk bola sepak penggunaan itu telah melencung dari tujuan Mara diwujudkan. Tindakan itu juga boleh dianggap satu penyelwengan.

Sebagai rekod hampir 15 tahun lepas semasa menjadi menteri Kemajuan Luar Bandar Annuar pernah disiasat oleh SPRM berhubung penyelewengan dalam Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Rumahnya digelidah oleh SPRM dan keretanya disita oleh SPRM. [wm.kl.6:14 pm 13/01/17]

Pelaburan boleh selamatkan Harakah

Posted: 12 Jan 2017 04:34 AM PST

SUARA MALAM

Maaflah kerana sentuh mengenai perihal parti agama (Pas). Ada maklumat mengatakan Jabatan Penerangan Pas yang bertanggungjawab menerbitkan akhbar parti itu Harakah telah mengambil keputusan drastik untuk mengosongkan bangunan yang menjadi ibu pejabat akhbar itu sekarang ini.

Semua unit penerbitan akhbar itu, editorial, iklan dan pemasaran dipindah ke bangunan lain yang juga milik Pas berhampiran restoran Yusuf Haslan. Kalau tidak silap ruang pejabat ini pernah menjadi pejabat akhbar gemulah Siasah.

Tindakan itu dibuat adalah kerana kengkangan kewangan. Edaran Harakah kini jatuh merudum sama teruk dengan akhbar rakannya Utusan Malaysia. Jadi untuk mengatasi kengkangan itu maka pejabat terpaksa dipinda. Manakala pejabat Harakah empat tingkat itu akan disewakan untuk mendapat sumber kewangan.

Tidak dinafikan kemelesetan ekonomi negara kini turut sama mencengkam Harakah. Ia bukan salah Harakah tetapi salah kepada suasana kemuraman ekonomi hari ini. Yang berhadapan dengan masalah kewangan bukan sahaja akhbar itu tetapi akhbar lain juga.

Mungkin langkah memimdahkan operasi akhbar itu ke ruang pejabat yang lain satu langkah bijak. Begitulah strategi dalam perniagaan. Ia bukan sesuatu yang mengaibkan. Demi survive akhbar berkenaan dan untuk menjamin penerusan penerbitan Harakah demi maruah parti maka ia patut dilakukan apa sahaja.

Harakah satu masa dulu organ parti yang memberi sumbangan kewangan kepada parti. Malahan kehebatan Pas dari segi memiliki aset ialah menerus Harakah. Sesetengah perbelanjaan pilihan raya juga disumbang oleh Harakah. Zaman kegemilangannya sehinggakan dapat membeli dua bangunan, termasuk yang menjadi pejabatnya yang kini hendak disewakan itu.

Kalau kewangan Harakah diurus dengan baik dan telus mungkin ia tidak berhadapan dengan keruncingan yang dahsyat seperti hari ini. Begitu juga dengan nasib dan kedudukan kakitangannya pasti terbela. Tetapi kerana pengurusan kewangannya tidak diodit, menyebabkan ia bertaburan, dan kemewahan yang pernah dirasai dahulu hilang begitu sahaja. Seorang demi seorang kakitangannya berkualiti telah meninggalkan akhbar berkenaan.

Saya membuat catatan ini adalah dengan niat hendak membantu Harakah dengan apa yang diketahui. Mudah-mudahan dengan apa yang dinyatakan ini ia dapat digunakan untuk selamatkan Harakah. Harakah sebenarnya tidak berkedudukan sepapa hari ini kerana ia ada pelaburan. Banyak wang Harakah digunakan oleh pihak tertentu dalam Pas untuk melabur. Perlaburan itu ada yang boleh mendatangkan keutungan dan ada yang hilang begitu sahaja, macam bueh-bueh di lautan.

Salah satu ialah, wang Harakah pernah digunakan untuk membeli hartanah di Kelantan. Mungkin perkara ini ramai yang tidak mengetahuinya. Nilainya kini cecah jutaan ringgit. Ahli-ahli Pas tidak mengetahui perkara ini. Mungkin juga bekas-bekas ahli lembaga pengarah Harakah sendiri ada yang tidak mengetahui akan perkara ini. Mungkin ia tidak dibentang walaupun secara tertutup.

Itu saya katakan kedudukan kewangan (pendapatan) Harakah tidak dioudit dan dibentangkan kepada ahli parti. Mungkin ia mempunyai kedudukan tersendiri di mana ahli tidak perlu mengetahuinya. Apa yang ahli tahu ialah diminta supaya membeli Harakah sebagai membantu parti. Pendapatan Harakah terperincian dan ke mana ia disalurkan jangan ditanya. Kalau tanya itu bermakna anda tidak wala.

Berkenaan dengan pembelian hartanah di Kelantan tadi, aset atau keuntungan pembelian hartanah itu boleh mengatasi masalah kewangan dihadapi Harakah kini. Nilainya kini melebih RM5 juta. Mungkin kalau wang itu dapat digunakan dengan baik, operasi Harakah tidak sampai perlu dipindah ke unit pejabat yang kecil.

Apakah ahli-ahli Pas atau pun sesetengah ahli lembaga pengarah Harakah sendiri tahu perkara ini? Saya menimbulkan ini bukan kerana apa, tetapi kerana saya ada pengalaman bagaimana wang Siasah pernah digunakan untuk membantu parti itu  bagi melengkapkan peralatan di sebuah pejabat Pas. Saya bimbang hal sama berlaku dalam pengurusan kewangan Harakah.

Cukup di sini dulu kalau perlu saya akan dedahkan perkara ini demi masa depan Harakah dan juga sebagai maklumat kepada ahli parti itu agar tidak patuh dan taat secara membuta tuli. Masalah kewangan adalah masa membabitkan integriti. [wm.kl.8:33 pm 12/01/16]

Tiada ulasan: