Selasa, 23 Ogos 2016

"BERANI KERANA BENAR!"

"BERANI KERANA BENAR!"


Rawat hepatitis hingga pulih

Posted: 22 Aug 2016 10:19 PM PDT

Jangkitan virus hepatitis yang tersebar dengan meluas menjejaskan kira-kira 400 juta penduduk di seluruh dunia dan jumlah ini 10 kali ganda daripada bilangan mereka yang dijangkiti HIV.

Dianggarkan 1.4 juta orang maut setiap tahun akibat hepatitis di seluruh dunia dan cuma kira-kira lima peratus pesakit yang mendapat hepatitis kronik tahu penyakit yang menjangkiti mereka, manakala satu peratus saja mempunyai akses untuk rawatan.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hepatitis adalah penyakit yang boleh dicegah dan dirawat sepenuhnya berikutan terdapat vaksin dan rawatan untuk hepatitis B, manakala lebih 90 peratus pesakit hepatitis C boleh dipulihkan menerusi rawatan.

Wawasan untuk menyingkirkan hepatitis sebagai ancaman kesihatan awam mampu dicapai pada 2030 sekiranya penduduk dan negara yang terjejas dengan penyakit ini dilengkapi kemudahan kesihatan lebih baik dan mempunyai pengetahuan mengenai hepatitis serta bertindak segera.

Sesiapa saja boleh mendapat risiko dijangkiti hepatitis jika dilihat pada saiz wabak di seluruh dunia. Jangkitan hepatitis B dan C dipindahkan menerusi darah yang tercemar sama seperti jarum suntikan dan picagari yang tercemar.

Malah, virus penyakit ini juga boleh dipindahkan menerusi hubungan seks tidak selamat dan daripada ibu yang dijangkiti kepada anak dalam kandungannya.

Orang ramai boleh mencegah diri mereka daripada mendapat jangkitan atau memindahkan jangkitan kepada orang lain dengan maklumat dan pengetahuan yang cukup mengenai risiko hepatitis. Oleh itu, sesiapa yang terbabit boleh menjalani ujian dan seterusnya rawatan.

Meningkatkan akses kepada ujian hepatitis adalah kunci kepada skala rawatan dan penjagaan hepatitis. Dianggarkan 95 peratus pesakit hepatitis tidak menyedari jangkitan terbabit berikutan kurang kesedaran dan tidak tahu mengenai perkhidmatan ujian penyakit terbabit di negara mereka.

Oleh itu, WHO akan mengeluarkan panduan ujian hepatitis yang pertama tidak lama lagi dan panduan itu akan membekalkan bimbingan siapa yang patut menjalani ujian dan akan mengesyorkan strategi ujian bagi membantu usaha negara terbabit untuk meningkatkan ujian hepatitis, rawatan dan penjagaan.

Kebanyakan individu yang memerlukan rawatan tidak mendapat kemudahan sewajarnya berkemungkinan besar disebabkan kurang kesedaran dan tidak tahu mengenai perkhidmatan ujian penyakit terbabit.

Sempena Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai lalu, WHO menggesa negara-negara terbabit supaya mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan pengetahuan mengenai penyakit ini, di samping menambah akses untuk perkhidmatan ujian dan rawatan.

Menurut Ketua Pengarah WHO, Dr Margaret Chan, hari ini hanya seorang daripada 20 pesakit yang dijangkiti hepatitis menyedari mereka mendapat penyakit terbabit, namun hanya seorang daripada 100 pesakit yang menerima rawatam.

"Dunia seakan mengabaikan hepatitis dan bahaya penyakit ini. Sekarang adalah masanya untuk menggerakkan tindakan terhadap hepatitis secara global sama seperti kita menentang penyakit berjangkit lain seperti HIV/AIDS dan tuberkulosis.

"Kira-kira 400 juta penduduk dunia dijangkiti hepatitis B dan C iaitu lebih 10 kali ganda daripada bilangan mereka yang hidup dengan HIV. Dianggarkan 1.45 juta pesakit hepatitis meninggal dunia akibat penyakit ini pada 2013 dan jumlah kematian ini meningkat kurang sejuta pada 1990," katanya.

Guna dron hantar dadah dalam penjara

Posted: 22 Aug 2016 10:16 PM PDT

London: Ketika Amazon dan kerajaan Britain berusaha mencari cara untuk menggunakan dron bagi menghantar bungkusan kepada pelanggan, penjenayah sudahpun menggunakan teknologi itu untuk menghantar dadah kepada rakan mereka di dalam penjara.

Polis semalam berkata, mereka menemui dua dron membawa telefon bimbit dan dadah berhampiran penjara Pentonville, London.

Seorang lelaki berkelakuan ganjil dilihat awal Sabtu lalu berhampiran penjara itu. Apabila didekati, dia melarikan diri, tetapi tertinggal dua beg mengandungi dadah dan telefon bimbit.

Keesokannya, polis menemui dron yang terhempas selepas dikesan terbang di penjara berkenaan. Mereka kemudian dimaklumkan mengenai sebuah dron yang terbang rendah menuju ke penjara itu.

Pesawat tanpa pemandu itu dijatuhkan oleh polis. Sejumlah besar dadah dan dua telefon bimbit ditemui bersama-sama dron berkenaan.

Media Britain sebelum ini melaporkan, terdapat lebih 30 kejadian dron digunakan di dalam atau sekitar penjara dan bahan seperti dadah dan telefon bimbit ditemui bersamanya. - Agensi

Tiada ulasan: