Pahang Daily Online |
- Pemilihan 2010: Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Akhirnya Layak Bertanding Timbalan
- Panas: Ahli Parlimen Bagan Serai Sanggup Keluar PKR, Andainya Dakwaan Azmin Ali Memanipulasi Proses Pemilihan Parti Gagal Diperbetulkan JPP !!
- Pemilihan 2010: Saifuddin Menolak Dakwaan Ada Unsur Sabotaj Dan Konspirasi Untuk Menghalang Nurul Izzah Anwar Bertanding Timbalan Presiden
- Eksklusif : Terkini, Perbicaraan Kes Liwat Anwar Dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur
- Memalukan: Media Arus Perdana Semakin 'Bacul', Pembohongan UMNO Soal Keluar Parti Di Siarkan Tetapi Jawapan PKR Tidak Langsung Di Laporkan
- Panas: Semakin Menjadi-Jadi, Kini Seorang Lagi Pembantu Anwar Buat Laporan Polis Dakwa Dia Telah Di Paksa Tanda Tangan Akuan Sumpah !!
| Pemilihan 2010: Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Akhirnya Layak Bertanding Timbalan Posted: 14 Oct 2010 01:49 AM PDT ![]() KUALA LUMPUR, 14 Okt [4.45 pm] - Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (foto), akhirnya layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR setelah biro politik memutuskan menerima pencalonan dari Sempoerna yang lewat dihantar. Setiausaha Agung Saifuddin Nasution berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat terbarunya malam tadi. Sempoerna adalah antara enam cabang yang lewat menghantar senarai pencalonan selepas tarikh akhir 10 Oktober. Yang lainnya termasuk Titiwangsa dan Setiawangsa. Ditanya sama ada cabang yang membuat pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, Saifuddin berkata, beliau perlu semak, tetapi mengesahkan Sampoerna mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan tersebut. Dengan itu, Nurul Izzah kini layak bertanding jawatan tersebut sekiranya dia mengesahkan menerima pencalonan itu sebelum 16 Oktober ini. [Sekiranya Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden, maka bertambah sengitlah pertembungan itu nanti. Nurul dijangka mendapat undi yang tinggi dek kerana hubungan kekeluargaannya dengan Presiden dan Ketua Umum. Soalnya, apakah ahli boleh menerima kenyataan bahawa PKR dipimpin oleh tiga bersaudara ini?. Jika inilah hakikatnya, maka sampai bila-bila pun pucuk pimpinan parti tidak dapat ditegur oleh pemimpin bawahan. Ini kerana pemimpin yang berada dibelakang adalah ahli keluarga sendiri. Adalah lebih elok Nurul hanya bertanding jawatan Naib Presiden seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Soalnya, kenapa ramia melenting apabila pencalonan beliau tidak mencukupi bagi jawatan Timbalan?. Soalnya, apakah ada "campur tangan lain" atas semua ini]. |
| Posted: 14 Oct 2010 12:48 AM PDT [Kami sungguh terkejut dengan kenyataan N.Gobalakrishnan yang dikeluarkan dalam Buletin Utama TV3 siang tadi. Sungguh mengejutkan andainya dakwaan itu berasas, maka Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) perlu mengambil tindakan tergas untuk memperbetulkan masalah tersebut. Sememangnya ada banyak laporan tentang tindakan Azmin Ali yang sungguh mencurigakan itu sebenarnya. Soalnya, beranikah JPP mengambil tindakan sedangkan mereka tahu bahawa Azmin adalah pemimpin harapan Anwar Ibrahim itu sendiri. Akhirnya kita takut sorang demi sorang pemimpin PKR yang keluar parti akibat kekecewaan mereka terhadap proses pemilihan yang dilihat tidak berlaku adil kepada semua pihak. Apalah gunanya parti keadilan, jika perjuangan untuk menegakkan keadilan itu sendiri gagal dilaksanakan dalam parti. Justeru itu, siasatan yang rapi perlu diadakan untuk menangani isu ini sebenarnya. Jika tidak, kita gusar ianya akan memberi persepsi buruk parti kepada rakya menjelang Pilihanraya Umum nanti].
|
| Posted: 13 Oct 2010 10:40 PM PDT [Semalam, pemimpin-pemimpin cabang PKR mempertikaikan kewujudan notis pencalonan dengan mendakwa seolah-olah ada usaha menghalang Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden parti itu. Berdasarkan maklumat semalam, Nurul Izzah dilaporkan tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden sebab hanya memperoleh satu pencalonan sedangkan seseorang yang hendak bertanding memerlukan minimum dua yang disyaratkan. Mereka mendakwa tidak tahu-menahu keperluan semua pencalonan akhir perlu dikemukakan sebelum 10 Oktober lalu. Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat]. |
| Eksklusif : Terkini, Perbicaraan Kes Liwat Anwar Dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur Posted: 13 Oct 2010 08:43 PM PDT ![]() Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan bermula semua hari ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur. Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya sekitar jam 9.30 pagi tadi. Sebelum saksi pendakwa dipanggil, peguam Karpal Singh mahu saksi utama kes iaitu Rahimi Osman dikenakan tindakan menghina mahkamah atas keceluparannya membuat kenyataan berhubung kes ini kepada media. Karpal gusar, saksi utama terbabit mendapat arahan pihak tertentu untuk berpaling tadah dan tidak mahu menyatakan kebenaran terhadap kes yang sedang dibicarakan ini nanti. "Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah. "Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan," kata Karpal. Kenyataan Karpal itu mendapat perhatian Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof dan beliau memandang serius tentang perkara tersebut. Saiful Mengaku Anwar Liwatnya Tanpa Kondom Hakim kemudiannya membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu. Mahkamah kemudiannya bersambung dengan keterangan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng. Dalam keterangannya, Dr.Siew berkata dia telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat. Dia mengaku telah merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebelum itu katanya, pihak polis telah memberi taklimat kepada mereka tentang kes berkenaan. Ketiga-tiga doktor terbabit iaitu Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali kemudiannya membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes. "Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa," katanya. "Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen." Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi dan kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008. "Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom." katanya. Karpal kemudian memohon jumlah tepat berapa kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.Ada Bukti Kesan Tusukan Berasaskan Air Mani Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan. Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal. Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful. Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan. Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful. Sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. "Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya. Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor itu. Seorang Lagi Doktor Kata Ada Tusukan Berlaku [Perbicaraan kemudian ditangguhkan sekitar jam 12.00 tengahari tadi dan Hakim menetapkan 25 Oktober 2010 ini untuk bersambung semula. Sesuatu yang mengejutkan kerana Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Galas ialah pada 26 Oktober 2010 ini. Maknanya, memang ada perancangan untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di sana nanti. Cukup licik puak-puak UMNO ini buat kerja. Apapun, rakyat jangan terlalu terpengaruh dengan apa yang mereka paparkan ini. Ketika perbicaraan liwat akan bersambung, dalam masa yang sama saksi-saksi penting seperti Rahimi Osman dan Rasid Rosdi membuat laporan polis kononnya mereka dipaksa membuat akuan bersumpah pada tahun 2008. Bukankah ini sesuatu yang dirancang dengan rapi. Cuma kebodohan puak-puak ini ialah, bukankah dua-dua individu itu adalah saksi kes liwat berkenaan, makanya kenapa diusung budak-budak itu membuat laporan polis dan mencetuskan kontroversi itu. Ada undang disebalik mee agaknya. Apapun, pengundi perlu pastikan Galas berjaya dipertahankan demi meneruskan agenda perubahan]. |
| Posted: 13 Oct 2010 07:35 PM PDT ![]() KUANTAN, 14 Okt [10.12 am] - "Media arus perdana bacul dan takut berhadapan dengan kenyataan. UMNO berbohong soal keluar parti di Cabang Paya Besar mereka keluarkan secara eksklusif, tetapi jawapan yang saya buat tentang perkara itu semalam langsung tidak disiarkan oleh media berkenaan. Sedangkan kami sudah bekerjasama dengan memberikan bukti-bukti kukuh bahawa isi keluar parti itu adalah satu pembohongan yang nyata dibuat oleh Ketua UMNO Paya Besar, sempena Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi", kata Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto), Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Pahang. Beliau yang kecewa dengan senario ini percaya memang ada arahan pihak tertentu yang tidak mahu laoran berkenaan disiarkan. "Saya hairan, semua media hadir termasuk TV3, RTM, Astro, Berita Harian, NSTP, The Star dan lain-lainnya. Tetapi berita tidak dikeluarkan. Saya tidak menyalahkan para wartawan yang hadir, tetapi semua ini adalah arahan pihak atasan kepada media terbabit ", tambah Dato' Fauzi lagi. [Tinjauan kami setakat ini, hanya akhbar Sinar Harian sahaja yang berani menyiarkan laporan berkenaan. Itu pun mungkin telah disunting sedemikian rupa. Isu utama iaitu soal ada ahli UMNO yang hadir di sidang media semalam dan mengaku tertipu dengan adengan keluar parti itu, langsung tidak disentuh. Walau bagaimana pun kita ucapakan syabas dan tahniah kepada Sinar Harian atas kebebasan yang diberikan oleh mereka. Laporan Sinar Harian boleh dilihat disini. Malah difahamkan semua akhbar berbahasa Cina siarkan laporan berkenaan siap dengan gambar-gambar sekali. Kenapa TV3 dan RTM takut nyatakan kebenaran?. Apa yang berlaku ini, menyerlahkan kepada kita betapa "double standardnya" media arus perdana lain terhadap pembangkang. Mereka sanggup menyiarkan pembohongan UMNO, tetapi tidak berani untuk menyiarkan jawapan yang diberikan oleh pihak lain. Rakyat mahu diperbodohnya dengan berita "sebelah pihak" sahaja tanpa memperdulikan sama ada ia fakta kebenaran atau auta semata-mata]. |
| Posted: 13 Oct 2010 08:40 AM PDT
[Nampaknya, semakin dekat dengan Pilihanraya Kecil DUN Galas maka semakin banyak akuan sumpah yang ditarik balik atas alasan kena paksa. Paling menghairankan kita ialah kesemua yang terlibat pernah bekerja dengan Anwar satu ketika dulu. Soalnya, kenapa selepas dua tahun baru timbul keberanian untuk menarik balik akuan sumpah tersebut?. Macam Rahimi misalnya, dia sudah lama masuk UMNO melalui Ezam. Makanya kenapa sekarang dia timbulkan isu ini?. Bukankah ini semua satu "grand design" yang sengaja dibuat untuk memastikan Anwar seolah-olah didapati sudah bersalah dalam kesnya dengan Saiful Bukhari. Tambahan pula perbicaraan Anwar akan bersambung tidak lama lagi. Maka itulah agenda ini terpaksa dilakukan untuk memberi tekanan kepada Anwar dan rakyat agar mempercayainya semua konspirasi liwat itu]. |
| You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan