Khamis, 14 Oktober 2010

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Pemilihan 2010: Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Akhirnya Layak Bertanding Timbalan

Posted: 14 Oct 2010 01:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt [4.45 pm] - Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (foto), akhirnya layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR setelah biro politik memutuskan menerima pencalonan dari Sempoerna yang lewat dihantar. Setiausaha Agung Saifuddin Nasution berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat terbarunya malam tadi. Sempoerna adalah antara enam cabang yang lewat menghantar senarai pencalonan selepas tarikh akhir 10 Oktober. Yang lainnya termasuk Titiwangsa dan Setiawangsa. Ditanya sama ada cabang yang membuat pencalonan bagi jawatan timbalan presiden, Saifuddin berkata, beliau perlu semak, tetapi mengesahkan Sampoerna mencalonkan Nurul Izzah untuk jawatan tersebut. Dengan itu, Nurul Izzah kini layak bertanding jawatan tersebut sekiranya dia mengesahkan menerima pencalonan itu sebelum 16 Oktober ini.

[Sekiranya Nurul Izzah bertanding jawatan Timbalan Presiden, maka bertambah sengitlah pertembungan itu nanti. Nurul dijangka mendapat undi yang tinggi dek kerana hubungan kekeluargaannya dengan Presiden dan Ketua Umum. Soalnya, apakah ahli boleh menerima kenyataan bahawa PKR dipimpin oleh tiga bersaudara ini?. Jika inilah hakikatnya, maka sampai bila-bila pun pucuk pimpinan parti tidak dapat ditegur oleh pemimpin bawahan. Ini kerana pemimpin yang berada dibelakang adalah ahli keluarga sendiri. Adalah lebih elok Nurul hanya bertanding jawatan Naib Presiden seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Soalnya, kenapa ramia melenting apabila pencalonan beliau tidak mencukupi bagi jawatan Timbalan?. Soalnya, apakah ada "campur tangan lain" atas semua ini].

Panas: Ahli Parlimen Bagan Serai Sanggup Keluar PKR, Andainya Dakwaan Azmin Ali Memanipulasi Proses Pemilihan Parti Gagal Diperbetulkan JPP !!

Posted: 14 Oct 2010 12:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt [3.01 pm] - Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan (foto) memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk "puak" untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti. "Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian. "Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua. "Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini," kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari nanti bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar. Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini. Kata Gobalakrishnan, sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama "berdiri di depan kamera" mendesak JPP bertindak tegas. "Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas… tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini. Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden.

[Kami sungguh terkejut dengan kenyataan N.Gobalakrishnan yang dikeluarkan dalam Buletin Utama TV3 siang tadi. Sungguh mengejutkan andainya dakwaan itu berasas, maka Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) perlu mengambil tindakan tergas untuk memperbetulkan masalah tersebut. Sememangnya ada banyak laporan tentang tindakan Azmin Ali yang sungguh mencurigakan itu sebenarnya. Soalnya, beranikah JPP mengambil tindakan sedangkan mereka tahu bahawa Azmin adalah pemimpin harapan Anwar Ibrahim itu sendiri. Akhirnya kita takut sorang demi sorang pemimpin PKR yang keluar parti akibat kekecewaan mereka terhadap proses pemilihan yang dilihat tidak berlaku adil kepada semua pihak. Apalah gunanya parti keadilan, jika perjuangan untuk menegakkan keadilan itu sendiri gagal dilaksanakan dalam parti. Justeru itu, siasatan yang rapi perlu diadakan untuk menangani isu ini sebenarnya. Jika tidak, kita gusar ianya akan memberi persepsi buruk parti kepada rakya menjelang Pilihanraya Umum nanti].

Pemilihan 2010: Saifuddin Menolak Dakwaan Ada Unsur Sabotaj Dan Konspirasi Untuk Menghalang Nurul Izzah Anwar Bertanding Timbalan Presiden

Posted: 13 Oct 2010 10:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt [1.30 pm] - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail (foto), menolak dakwaan kononnya wujud unsur sabotaj dan konspirasi bagi menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar daripada bertanding jawatan timbalan presiden. Saifuddin yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu menegaskan, surat pekeliling yang dihantar pada 19 Julai lalu jelas menunjukkan semua pencalonan melibatkan pemilihan peringkat pusat harus diserahkan kepada ibu pejabat PKR sebelum 10 Oktober 2010. "Saya tidak mahu komen mengenai kononnya wujud konspirasi tetapi ingin saya jelaskan bahawa dalam surat pekeliling yang dihantar kepada semua peringkat jelas tertulis senarai calon hendaklah dihantar pada 10 Oktober. "Yang menjadi isunya adalah tarikh 10 Oktober kerana ramai orang yang tidak tahu. "Tetapi jika lihat pada surat pekeliling yang dihantar kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, ketua-ketua wanita PKR negeri, ketua-ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, ketua-ketua cabang dan setiausaha-setiausaha cabang ia memang jelas tertulis tarikh akhirnya hantar senarai pencalonan itu," katanya. Dalam surat pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Agung PKR yang bertarikh 19 Julai mengatakan tarikh akhir peneriman pencalonan pemilihan peringkat pusat daripada cabang-cabang adalah ditetapkan pada 10 Oktober 2010. Kesemua 208 cabang PKR dikehendaki menghantar senarai pencalonan kepada ibu pejabat pada tarikh tersebut. "Sebanyak 162 cabang telah mematuhinya dan hantar senarai pencalonan sebelum 10 Oktober. "Jadi sebenarnya ia tidak wujud soal mahu sembunyikan tarikh atau sabotaj sesiapa dalam pemilihan parti," kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.

[Semalam, pemimpin-pemimpin cabang PKR mempertikaikan kewujudan notis pencalonan dengan mendakwa seolah-olah ada usaha menghalang Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden parti itu. Berdasarkan maklumat semalam, Nurul Izzah dilaporkan tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden sebab hanya memperoleh satu pencalonan sedangkan seseorang yang hendak bertanding memerlukan minimum dua yang disyaratkan. Mereka mendakwa tidak tahu-menahu keperluan semua pencalonan akhir perlu dikemukakan sebelum 10 Oktober lalu. Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat].

Eksklusif : Terkini, Perbicaraan Kes Liwat Anwar Dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur

Posted: 13 Oct 2010 08:43 PM PDT

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan bermula semua hari ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur. Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya sekitar jam 9.30 pagi tadi. Sebelum saksi pendakwa dipanggil, peguam Karpal Singh mahu saksi utama kes iaitu Rahimi Osman dikenakan tindakan menghina mahkamah atas keceluparannya membuat kenyataan berhubung kes ini kepada media. Karpal gusar, saksi utama terbabit mendapat arahan pihak tertentu untuk berpaling tadah dan tidak mahu menyatakan kebenaran terhadap kes yang sedang dibicarakan ini nanti. "Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah. "Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan," kata Karpal. Kenyataan Karpal itu mendapat perhatian Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof dan beliau memandang serius tentang perkara tersebut.

Saiful Mengaku Anwar Liwatnya Tanpa Kondom

Hakim kemudiannya membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu. Mahkamah kemudiannya bersambung dengan keterangan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng. Dalam keterangannya, Dr.Siew berkata dia telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat. Dia mengaku telah merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebelum itu katanya, pihak polis telah memberi taklimat kepada mereka tentang kes berkenaan. Ketiga-tiga doktor terbabit iaitu Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali kemudiannya membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes. "Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa," katanya. "Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen." Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi dan kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008. "Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom." katanya. Karpal kemudian memohon jumlah tepat berapa kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan.

Ada Bukti Kesan Tusukan Berasaskan Air Mani

Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan. Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal. Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful. Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan. Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful. Sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. "Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya. Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor itu.

Seorang Lagi Doktor Kata Ada Tusukan Berlaku

Selepas mahkamah berehat, giliran seorang lagi doktor dari HKL memberi keterangan iaitu Dr Khairul Nizam Hassan sebagai saksi seterusnya. Dia berkata beliau telah mengendalikan 20 kes liwat dan merawat Saiful pada 28 Jun 2008. Ketika itu, Saiful memakai kemeja putih yang berlengan panjang dan jaket hitam. Dr Khairul berkata dia ditugaskan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Saiful, manakala Dr Razali pula memeriksa bahagian sekitar dubur mangsa. "Dr Siew bertanggungjawab mengambil sampel. Saya juga diberi tugas untuk mendapatkan latar belakang mangsa". Menurut Dr Khairul, beliau kemudiannya menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh ke atas Saiful. Beliau bermula daripada bahagian atas kepala sehingga ke bahagian kaki. Beliau mendapati ada kesan parut lama di bahagian belakang mangsa dan mengukur serta mencatatkannya. Beliau juga berkata beliau mengambil sampel air ludah dari bahagian kiri dan kanan puting, areola, sampel air mani dari mulut dan contoh darah. Katanya, semua spesimen diambil dan dikedapkan oleh Dr Siew. Saksi itu berkata berdasarkan adanya air mani lelaki di kawasan peri-anal dan bahagian bawah serta atas dubur, maka tusukkan zakar memang berlaku. Menurutnya ada kemungkinan tiada kesan kecederaan di kawasan dubur meskipun berlakunya tusukan. Ditanya apakah perkara yang memungkinkan tiada kesan kecederaan, doktor itu berkata ia bergantung kepada jangka masa mangsa diperiksa oleh doktor setelah diliwat, tiada halangan atau pergelutan dan juga bergantung kepada penggunaan pelincir. Beliau selesai memberi keterangannya dan peguam Karpal Singh sekali lagi menegaskan beliau ada hak untuk menyoal-balas saksi itu di kemudian hari nanti.

[Perbicaraan kemudian ditangguhkan sekitar jam 12.00 tengahari tadi dan Hakim menetapkan 25 Oktober 2010 ini untuk bersambung semula. Sesuatu yang mengejutkan kerana Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Galas ialah pada 26 Oktober 2010 ini. Maknanya, memang ada perancangan untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di sana nanti. Cukup licik puak-puak UMNO ini buat kerja. Apapun, rakyat jangan terlalu terpengaruh dengan apa yang mereka paparkan ini. Ketika perbicaraan liwat akan bersambung, dalam masa yang sama saksi-saksi penting seperti Rahimi Osman dan Rasid Rosdi membuat laporan polis kononnya mereka dipaksa membuat akuan bersumpah pada tahun 2008. Bukankah ini sesuatu yang dirancang dengan rapi. Cuma kebodohan puak-puak ini ialah, bukankah dua-dua individu itu adalah saksi kes liwat berkenaan, makanya kenapa diusung budak-budak itu membuat laporan polis dan mencetuskan kontroversi itu. Ada undang disebalik mee agaknya. Apapun, pengundi perlu pastikan Galas berjaya dipertahankan demi meneruskan agenda perubahan].

Memalukan: Media Arus Perdana Semakin 'Bacul', Pembohongan UMNO Soal Keluar Parti Di Siarkan Tetapi Jawapan PKR Tidak Langsung Di Laporkan

Posted: 13 Oct 2010 07:35 PM PDT

KUANTAN, 14 Okt [10.12 am] - "Media arus perdana bacul dan takut berhadapan dengan kenyataan. UMNO berbohong soal keluar parti di Cabang Paya Besar mereka keluarkan secara eksklusif, tetapi jawapan yang saya buat tentang perkara itu semalam langsung tidak disiarkan oleh media berkenaan. Sedangkan kami sudah bekerjasama dengan memberikan bukti-bukti kukuh bahawa isi keluar parti itu adalah satu pembohongan yang nyata dibuat oleh Ketua UMNO Paya Besar, sempena Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi", kata Dato' Fauzi Abdul Rahman (foto), Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Pahang. Beliau yang kecewa dengan senario ini percaya memang ada arahan pihak tertentu yang tidak mahu laoran berkenaan disiarkan. "Saya hairan, semua media hadir termasuk TV3, RTM, Astro, Berita Harian, NSTP, The Star dan lain-lainnya. Tetapi berita tidak dikeluarkan. Saya tidak menyalahkan para wartawan yang hadir, tetapi semua ini adalah arahan pihak atasan kepada media terbabit ", tambah Dato' Fauzi lagi.

[Tinjauan kami setakat ini, hanya akhbar Sinar Harian sahaja yang berani menyiarkan laporan berkenaan. Itu pun mungkin telah disunting sedemikian rupa. Isu utama iaitu soal ada ahli UMNO yang hadir di sidang media semalam dan mengaku tertipu dengan adengan keluar parti itu, langsung tidak disentuh. Walau bagaimana pun kita ucapakan syabas dan tahniah kepada Sinar Harian atas kebebasan yang diberikan oleh mereka. Laporan Sinar Harian boleh dilihat disini. Malah difahamkan semua akhbar berbahasa Cina siarkan laporan berkenaan siap dengan gambar-gambar sekali. Kenapa TV3 dan RTM takut nyatakan kebenaran?. Apa yang berlaku ini, menyerlahkan kepada kita betapa "double standardnya" media arus perdana lain terhadap pembangkang. Mereka sanggup menyiarkan pembohongan UMNO, tetapi tidak berani untuk menyiarkan jawapan yang diberikan oleh pihak lain. Rakyat mahu diperbodohnya dengan berita "sebelah pihak" sahaja tanpa memperdulikan sama ada ia fakta kebenaran atau auta semata-mata].

Panas: Semakin Menjadi-Jadi, Kini Seorang Lagi Pembantu Anwar Buat Laporan Polis Dakwa Dia Telah Di Paksa Tanda Tangan Akuan Sumpah !!

Posted: 13 Oct 2010 08:40 AM PDT

SHAH ALAM, 13 Okt [9.20 pm] - Seorang lagi bekas pembantu am kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berhubung satu Akuan Bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008. Rasid Rosdi (foto), dalam satu kenyataan berkata, beliau membuat laporan polis itu kerana mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya itu dilakukan secara paksaan dan dalam keadaan tertekan. Rasid yang merupakan bekas banduan dan mengaku mengenali Anwar semasa dalam penjara berkata, pada malam 28 Jun, 2008, selepas Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis berhubung dakwaan diliwat Anwar, dirinya telah dipanggil ke sebuah hotel di Shah Alam dan ditahan serta dikawal rapi selama beberapa hari. "Saya dipaksa oleh Latheefa Koya (Ketua Penerangan PKR) untuk menandatangani satu akuan bersumpah sedangkan saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut. "Saya juga tidak bersetuju dengan kandungan akuan bersumpah tersebut dan Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenainya serta saya tidak memahaminya seratus-peratus," dakwanya. Rasid mendakwa beliau menurunkan tandatangan pada akuan bersumpah itu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya. Beliau berkata, langkah membuat laporan polis itu diambil selepas melihat bekas pembantu kepada Anwar, Rahimi Osman yang terlebih dahulu membuat tindakan sama di IPD Klang Selatan pada 6 Oktober lepas. "Selepas melihat Rahimi saya terpanggil untuk membetulkan keadaan. Saya juga telah membuat satu akuan bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. "Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menganggu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada Rasid dan berkata laporan itu akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

[Nampaknya, semakin dekat dengan Pilihanraya Kecil DUN Galas maka semakin banyak akuan sumpah yang ditarik balik atas alasan kena paksa. Paling menghairankan kita ialah kesemua yang terlibat pernah bekerja dengan Anwar satu ketika dulu. Soalnya, kenapa selepas dua tahun baru timbul keberanian untuk menarik balik akuan sumpah tersebut?. Macam Rahimi misalnya, dia sudah lama masuk UMNO melalui Ezam. Makanya kenapa sekarang dia timbulkan isu ini?. Bukankah ini semua satu "grand design" yang sengaja dibuat untuk memastikan Anwar seolah-olah didapati sudah bersalah dalam kesnya dengan Saiful Bukhari. Tambahan pula perbicaraan Anwar akan bersambung tidak lama lagi. Maka itulah agenda ini terpaksa dilakukan untuk memberi tekanan kepada Anwar dan rakyat agar mempercayainya semua konspirasi liwat itu].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.