SharpShooter |
- Siasatan Bukit Aman terhadap Sharpshooter dan Zulkifli terhadap laporan Rahimi
- Siapa sebenarnya Rasid
- Chegubard sah bertanding Ketua AMK Pusat
| Siasatan Bukit Aman terhadap Sharpshooter dan Zulkifli terhadap laporan Rahimi Posted: 13 Oct 2010 05:54 PM PDT Kelmarin 13 Oktober 2010, jam 4.30 petang sharpshooter bersama Zulkifli telah selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Bukit Aman yang tak pernah aman.Kami hadir ke Ibu Pejabat Bukit Aman bersama dua orang peguam. Kami disoal siasat serentak tetapi di dalam dua bilik yang berasingan. Kami memilih dan mengguna pakai Seksyen 112 (2) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab semua persoalan yang diajukan walau pun diasak dan dipaksa menjawab semua persoalan. Hampir 20 soalan yang ditanya dan diasak kepada kami tetapi polis pun memang sudah masak dengan orang Keadilan yang memang tahu hak dan undang-undang Kami cuma memberi sedikit kenyataan setelah semua persoalan tidak dijawab kecuali yang terakhir - Adakah kamu ingin menambah atau meminda apa-apa kepada kenyataan kamu?Ringkasnya adalah kami menemani Rahimi di Hotel Quality kerana bimbang apa yang berlaku pada 1998 kepada beberapa staf Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana mereka ditahan oleh pihak cawangan khas atau polis dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu. Sepanjang kami menemani Rahimi di Hotel Quality, keluarga Rahimi ada datang berjumpanya di bilik hotel malah kami diperkenalkan oleh Rahimi kepada keluarganya, inilah dua abang yang menemaninya dengan baik. Pada malam 29/6/2008, Rahimi telah mengajak kami pergi menonton bola Final Euro di Seri Pentas, Damansara bersamanya. Kami pergi dengan seorang kawan Rahimi bernama Imran dengan menaiki satu kereta iaitu kereta Rahimi. Kami kemudiannya pergi minum di satu kedai mamak bersama Rahimi dan Imran sebelum pulang ke hotel. Pada sepanjang masa kami menemani Rahimi, kami tidak pernah melihat Rahimi dipaksa, diugut ataupun sebarang kekerasan digunakan ke atasnya oleh sesiapa termasuk oleh kami sendiri. Selepas membuat kenyataan tersebut, pihak polis sekali lagi telah mendesak kami untuk menjawab soalan berikutnya setelah kami menjawab soalan terakhir. Tetapi polis kecewa dan hampa kerana kami begitu tegas menggunakan Seksyen 112 (2) Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab sebarang soalan tambahan. Polis berang tetapi kami tetap tenang...Jangan takut kepada polis kerana mereka juga adalah makhluk seperti kita. Takbir. Terimakasih pada semua yang memberi sokongan dan doa lebih-lebih lagi kepada sahabat-sahabat adik beradik seperjuangan seperti gambar di bawah yang sentiasa bersama untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan dan bekerja keras memastikan Chegubard Ketua AMK Malaysia yang baru. InsyaAllah. Sharpshooter yakin..kebenaran dan keadilan bersama orang-orang yang sabar dan kami yakin Saiful Izham dan Latheefah Koyah tidak pernah memaksa Rahimi dan Rasid untk membuat akuan bersumpah. Ini adalah cubaan untuk memburukkan kredibiliti dua orang peguam Anwar yang profesional serta imej Anwar Ibrahim sendiri. Kami berdua bersama Imran akan membuat sidang media di Pejabat Keadilan Pusat, Tropicana pada jam 1 tengahari hari ini 14 Oktober 2010. Nantikan berita lanjut akan menyusul. Terimakasih pada semua sahabat-sahabat yang datang dari Johor, Negeri Sembilan, P.Pinang, Kedah, Wilayah serta adik-adik mahasiswa yang menunggu sehingga kami selesai memberi keterangan kepada polis bukit aman yang tak pernah aman.* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Posted: 13 Oct 2010 05:07 PM PDT ![]() Seorang lagi bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan. Rasid Rosdi berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya. Saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut. "Saya juga tidak bersetuju dengan apa kandungan akuan bersumpah itu. Latheefa (kanan) tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai akuan bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus," katanya dalam laporan polisnya. Menurut Rasid, dia mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya. "Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah Rahimi Osman," katanya. Rasid berkata Latheefa juga gagal menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya kandungan akuan bersumpah itu dan dia merasakan dirinya itu ditipu. Bekas banduan "Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia." Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka. "Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. "Akhirnya apabila melihat rakan saya, Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut," katanya. Menurut Rasid, beliau juga hari ini membuat satu akuan bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Ketika dihubungi, Latheefa berkata beliau sedang menyemak beberapa fakta sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi. Sharpshooter - Apa yang telah diduga telah berlaku. Sharpshooter pernah bagi klu dan persoalan tentang Rasid di sini. Sebenarnya Rasid adalah orang pertama dan sasaran pertama yang pernah disebut oleh senatak raja sesumpah haram jadah melalui telefon selama 2 jam kepada seorang Exco AMK Malaysia. Pada masa itu, senatak sedang melobi dan mengajak Exco Amk Malaysia tersebut untuk bersamanya keluar parti pada tahun 2007. Tetapi senatak kecewa kerana gagal meyakinkan exco amk tersebut yang kini masih setia dengan perjuangan Keadilan dan berusaha keras memastikan Chegubard Ketua AMK Malaysia yang baru. Jika diikut skrip asal senatak, Rasid adalah orang yang akan mengaku pernah diliwat oleh Anwar sewaktu dalam penjara di Sg Buluh bukan Sialful dan Rasid menurut senatak adalah tukang urut Anwar semasa dalam penjara Sg Buluh. Tetapi kini skrip yang sama cumanya telah bertukar watak sahaja. Skrip asal watak utama Rasid tetapi apa yang berlaku watak utama adalah Sialful. Rahimi dan Rasid pelakon tambahan sahaja setelah dua tahun lebih baru muncul. Skrip untuk Rahimi dan Rasid adalah sama sahaja. Siapa yang membawa Rahimi masuk ke pejabat Anwar? Siapa yang menemani Rasid? Mengapa dan benarkah Rahimi dan Rasid membuat akuan bersumpah dengan paksaan? Bersambung....harap bersabar... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ | ||
| Chegubard sah bertanding Ketua AMK Pusat Posted: 13 Oct 2010 10:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt – Anggota Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Badrul Hisham Shaharin secara rasmi mengumumkan bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan gandingan ADUN Teja Chang Lih Kang sebagai calon timbalan ketua. Badrul mengumumkan dua nama bagi kerusi naib ketua, Dr Nicholas J Gantobon dari Sabah dan Yunus Jamhari dari Perak. AMK menawarkan tiga kerusi naib ketua. "Nama-nama lain akan diumumkan dalam waktu terdekat bersama manifesto barisan kami... senarai bukan tidak lengkap, tetapi terlebih lengkap, ada banyak nama yang layak bertanding dan kami memerlukan sedikit masa untuk berbincang," kata Badrul Hisham pada sidang media di sini petang ini.
Semua mereka yang dicalonkan perlu memaklumkan penerimaan pencalonan pada Sabtu ini. "Pemilihan ini adalah kami ibaratkan 'biduk lalu kiambang bertaut', ini adalah satu proses untuk memilih satu pasukan kepimpinan parti untuk memperkukuhkan parti. "Pada hemat kami, Anwar Ibrahim akan dipenjara. Pada hemat kami krisis ekonomi dunia akan merebak ke tanah air kira. Pada hemat kami, adu domba perkauman akan terus ditingkatkan. "Semua ini adalah krisis. Dalam krisis yang akan datang tidak lama lagi ini, kita memerlukan kepimpinan yang kukuh, ampuh dan setia," kata Ketua PKR Rembau ini. "Justeru, dengan sokongan anak-anak muda dari Perlis hingga ke Sabah, dari Rembau hingga ke Permatang Pauh, dari Beruas hingga ke Bintulu. "Dari Kemaman hingga ke Kuching. Dari Seremban hingga ke Sarikei - saya dengan rendah hati menawarkan diri saya untuk bertanding sebagai ketua AMK dan Chang Lih Kang selaku timbalan ketua AMK serta yang lain-lain mengisi jawatan selaku naib-naib dan Exco," katanya.
"Tetapi peratusan sokongan, saya tidak dapat nyatakan, tetap berdasarkan sokongan yang diberikan saya boleh menang," kata beliau sambil berkata, menerima lebih 50 pencalonan. Mengenai kemungkinan saingan daripada dua calon lain, Badrul Hisham berkata, "kami tidak bersandarkan siapa yang akan bertanding dan berapa ramai yang akan bertanding. Selain beliau, dua nama yang turut dicalonkan ialah Rafizi Ramli dan penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin. "Kami meletakkan asas perjuangan kami iaitu mahu memperkasakan parti," kata beliau yang membacakan kenyataan media dengan berkata "saya menyokong pencalonan Azmin Ali, saya menyokong pencalonan Khalid Ibrahim, saya menyokong pencalonan Mustaffa Kamil Ayub." "Mereka adalah induk pucuk pimpinan Keadilan, ketrampilan mereka adalah ketrampilan Keadilan, kekuatan mereka adalah kekuatan Keadilan," katanya. Kata beliau, pihaknya menjemput kesemua pemimpin Keadilan hadir tetapi tidak semua hadir mungkin disebabkan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
"Saya mahukan tanggungjawab yang lebih berat, sebab itu saya menerima tawaran jawatan timbalan ketua dalam pasukan Chegubard," kata beliau yang menafikan keluar dari barisan Rafizi kerana tidak ditawarkan peluang bertanding nombor dua AMK. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









Tiada ulasan:
Catat Ulasan