Khamis, 14 Oktober 2010

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kilang tenusu terbesar rantau ini di Selangor

Posted: 13 Oct 2010 10:23 PM PDT



Pertama sekali tahniah diucapkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor yang terus berkembang pesat maju ke hadapan menyangkal segala propaganda Barisan Nasional dan UMNO! Nampaknya kepimpinan Pakatan Rakyat terbukti berdaya saing apabila berjaya menarik pelabur dari luar negara membina kilang tenusu terbesar di rantau ini.

Jelas sekali dakyah UMNGOK dan Be End yang mengatakan tanpa mereka negara akan tergadai dan mundur hanyalah lawak bodoh si terdesak yang gilakan kuasa. Be End perasan mereka sahajalah yang pandai memerintah, kononnya sekiranya parti lain memerintah negara akan huru hara dan miskin. Tetapi ternyata negeri-negeri Pakatan Rakyat walaupun disekat segala bagai oleh kerajaan pusat, mereka masih mampu maju ke hadapan!

Apatah lagi sekiranya mendapat bantuan dari pusat! Tambahan lagi sekiranya dapat menguasai Malaysia, ReJaM© yakin pentadbiran Pakatan Rakyat akan jauh lebih baik dari Be End dan UMNGOK! UMNGOK yang mendabik dada kononnya mengatakan Kelantan negeri miskin, tak sedar diri, kubu kuat merangkap talian hayat Be End iaitu Negeri Sabah adalah negeri paling miskin dalam Malaysia kah kah kah!

Berikut laporan akhbar,

KUALA LUMPUR - Bersempena dengan tarikh unik (10.10.10) semalam, F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. (F&N Dairies) turut tidak ketinggalan untuk mencatat sejarah apabila melancarkan kerja-kerja pembangunan kilang terbarunya di Pulau Indah di Selangor.

Kilang terbaru yang bernilai RM350 juta yang ditempatkan dalam kawasan Hub Halal Negeri Selangor itu yang dijangka siap sepenuhnya menjelang separuh kedua tahun 2011 bakal menjadikan ia sebagai pengeluar susu dalam tin terbesar di rantau ini.

Ketua Pegawai Operasi Bahagian Tenusu F&N Dairies, Tony Lee berkata, kilang terbaru itu mampu menghasilkan kira-kira 14 juta karton susu isian sejat dan susu pekat setahun.

"Kilang terbaru di Pulau Indah membolehkan syarikat untuk menghasilkan dan membekalkan portfolio produk tenusu secara lebih meluas termasuk pengeluaran produk-produk baru.

"Ia juga akan menampung jangkaan peningkatan permintaan barangan tenusu F&N Dairies untuk beberapa tahun yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.






ReJaM© "Bertukarlah kepada yang lebih baik! Kalau Pakatan Rakyat pun nanti jadi macam Be End sekarang kita tendang juga bagi parti cap ayam pulak perintah! "

Blogger pro-BN akan boikot PRK Galas dan Batu Sapi?

Posted: 13 Oct 2010 07:10 PM PDT

Terdapat desas desus yang mengatakan gerombolan para blogger pro UMNGOK dan Be End akan memboikot Pilihanraya Kecil (PRK) Galas dan Batu Sapi sebagai bantahan terhadap laporan Polis oleh Rais Yatim yang dibuat terhadap blogger pro BN Ahirudin Attan atau lebih dikenali sebagai Rocky Bru.

Para Blogger pro-BN juga sudah mula menunjukkan ketidak puasan hati mereka terhadap Rais Yatim dengan melakukan serangan peribadi terhadap beliau. Malah ada blogger yang menggesa Najib agar memecat Rais Yatim kerana si budak separuh botak itu dikatakan menjadi batu penghalang kepada usaha mat monggol untuk melakukan transformasi menyeluruh kepada pentadbirannya.

Rais Yatim berisiko tinggi terhadap komitmen transformasi Kerajaan Persekutuan yang boleh menyebabkan pemilih-pemilih muda yakin bahawa UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional tidak mungkin mampu hidup berdua mati bersama dengan rakyat yang cintakan perubahan positif di Malaysia.

Hari ini sudah ada barisan blogger-blogger memanggil supaya semua blogger memboikot Pilihanraya Kecil Galas dan Batu Sapi sebagai protes kepada tindakan tidak bermaruah Rais Yatim membuat laporan polis terhadap penulis blog Ahirudin Attan atau lebih terkenal dengan panggilan Rocky Bru.

Saya menggesa Kabinet mengeluarkan arahan serta-merta kepada Kementerian Penerangan supaya menyiarkan semua senarai syarikat-syarikat swasta yang menerima habuan sama ada didalam bentuk geran, projek atau kontrak daripada Kementerian Penerangan di bawah Rais Yatim.


Saya juga menggesa supaya satu siasatan menyeluruh dibuat terhadap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional atau FINAS di bawah pentadbiran Rais Yatim terutama di dalam hal perlantikan Ketua Pengarah baru.

Walaupun berita ini seolah-olah kedengaran seperti cerita kartun, namun ReJaM© melihat ia sebagai satu kelebihan untuk jentera Pakatan Rakyat melakukan serangan Artileri dari dunia maya memandangkan serangan blogger memberi impak yang sangat besar di dalam mendedahkan maklumat dengan cepat, apatah lagi tanpa saingan dari Blogger Be End dan UMNGOK.

Para blogger pro Pakatan Rakyat sekalian, Rapatkan barisan (Bukan barisan nasional ar...), kita gempur habis PRK Galas dan Batu Sapi!



ReJaM© "Teringin nak sekeh kepala budak separuh botak tu keh keh keh..."

Pelajar dirakam saat dirinya dirogol rakan sekolah

Posted: 13 Oct 2010 04:24 PM PDT


Lagi kes pelajar tak bermoral macam binatang. Seorang pelajar perempuan lengkap beruniform dirogol bergilir-gilir di dalam sebuah tempat sunyi oleh rakan sekolahnya seperti yang dilaporkan oleh blog hotmalays.blogspot.com. Inilah wajah budak sekolah sekarang terlalu berani sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu, malah tergamak merakam perbuatan sumbang mereka.

Nampaknya budak-budak sekolah sekarang ramai nak jadi pornstar! Keruntuhan moral para pelajar dah semakin tidak dapat dibendung. Nak jadi pornstar tak payahla sekolah.

ReJaM© tak dapat pastikan sama ada gambar yang ditayangkan baru dirakam ataupun sebaliknya, sekiranya isu ini masih baru, harap pihak berkuasa dapat menyiasat perbuatan serius ini. Mereka yang tidak beradap ini harus dibawa ke muka pengadilan



ReJaM©: "Pihak berkuasa harap dapat menyiasat kes ini dan menyelesaikannya secepat mungkin"

Pesawat tanpa juruterbang AS serang Pakistan

Posted: 13 Oct 2010 12:45 PM PDT


ReJaM baru sahaja terbaca di Utusan berita tentang Pesawat Amerika Syarikat menyerang Pakistan mengakibatkan sekurang-kurangnya empat terbunuh. Dah mula perang ke ni? Dah lama tak ikuti perkembangan politik dunia.

MIRANSHAH, Pakistan 14 Okt. - Sebuah pesawat penyerang tanpa juruterbang milik Amerika Syarikat (AS) menyerang sebuah kawasan kabilah di barat laut negara ini hingga menyebabkan sekurang-kurangnya empat anggota militan maut semalam.

Pesawat tersebut mensasarkan serangan ke atas sebuah rumah di kampung Inzarkas di kawasan Dattakhel, kira-kira 35 kilometer dari barat Miranshah, bandar utama di Waziristan Utara.

"Pesawat itu melepaskan dua peluru berpandu ke atas rumah itu, sekurang-kurangnya empat anggota militan maut," kata seorang pegawai perisik di Miranshah memberitahu AFP. - AFP




ReJaM©

Pembinaan gereja, penduduk kuching kecewa

Posted: 13 Oct 2010 11:32 AM PDT


Saya ingin merakamkan rasa dukacita dan terkilan atas pembinaan gereja di Taman Sri Perkasa, di Jalan Matang, Kuching yang rata-ratanya dihuni oleh penduduk Islam.

Projek pembinaan gereja di dua lot kosong di taman ini berlaku tanpa pengetahuan penduduk. Projek ini berlaku secara tiba-tiba setelah satu majlis pecah tanah diadakan pada 19 September 2010.

Pembinaan bangunan pula berlaku dengan pantas setelah majlis pecah tanah tersebut. Ini menimbulkan rasa resah dan bimbang penduduk akan aqidah anak-anak Islam yang mungkin terjejas akibat pembinaan gereja ini.

Untuk makluman, lokasi pembinaan tersebut sepatutnya menjadi lokasi bagi 'community hall' dan satu lot lagi merupakan lot utk 'government reserve.' Apabila ditanya kpd pihak Majlis Perbandaran Padawan, mereka mendakwa tidak tahu menahu akan hal ini, tetapi enggan mengambil sebarang tindakan atas alasan di luar tugas rasmi mereka walaupun kedua-dua lot tersebut adalah di bawah seliaan Majlis Perbandaran Padawan.

Lokasi pula berhadapan dengan institusi pendidikan Islam iaitu Taska Syahirah dan Tadika Hikmah dan di kelilingi oleh rumah-rumah penduduk Islam. Yang menjadi persoalannya, adakah pembinaan gereja boleh dilakukan di mana-mana tempat tanpa mengira lokasi dan penduduk di sekitarnya?

Setakat hari ini, tidak ada sebarang tindakan daripada pihak Majlis hal ehwal Islam negeri berkaitan hal ini walaupun laporan sudah dibuat. Pihak berkuasa tempatan dan pemaju pula masing-masing cuba lepas tangan dan enggan dipersalahkan dengan mengatakan tidak bertanggungjawab dalam projek tersebut.

Di manakah lagi penduduk Islam Taman Sri Perkasa ini dapat mengadu dan mempertahankan lot tersebut jika tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berwajib? Kami merasa sangat tertipu dan sedih kerana tiada pembelaan bagi kami sedangkan projek dibina dengan rancak sekali.

Kami berharap keharmonian hidup di taman ini tidak dicemari oleh bunyi loceng gereja sedangkan masih ada lokasi lain yang lebih sesuai boleh dijadikan tapak pembinaan. Jangan kerana konsep 1 Malaysia kaum lain bebas berbuat sesuka hati tanpa mengira sensitiviti penduduk beragama Islam, agama rasmi negara ini.

Jangan sampai konsep 1 Malaysia merosakkan masa depan kaum Melayu Islam di negara ini.





ReJaM©

Blogger UMNO merepek lagi

Posted: 13 Oct 2010 09:01 AM PDT


Kita dah sedia maklum Blogger UMNO kebanyakkannya adalah blogger upahan yang dibayar khas untuk memberikan serangan balas kepada para blogger sukarela yang kebanyakkannya berpihak kepada Pakatan Rakyat. Maka kerana telah mendapat bayaran, mereka kebanyakkannya tidak lagi mengutamakan misi mencari kebenaran, sebaliknya bagaimana menyenangkan hati siapa yang membayar mereka.

Kalau sebelum ini heboh isu kononnya seorang lagi pembantu Anwar Ibrahim bernama Rahimi Osman membuat laporan Polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar Ibrahim rujuk pada link ini Rahimi pula mengaku diliwat Anwar Ibrahim Namun apa yang berlaku sebenarnya Rahimi tidak melapor Polis kerana mendakwa dirinya diliwat, sebaliknya Rahimi membuat laporan berhubung kenyataan bersumpahnya yang dikatakan dipaksa agar dia menurunkan tandatangan rujuk link ini UMNO ulang taktik lapok. Jelas sekali para blogger UMNGOK sekadar membuat cerita sensasi sebagai bahan peluru getah untuk PRK Galas.

Mungkin kerana kini sudah ada dua PRK iaitu PRK Galas dan PRK Batu Sapi, maka Para blogger UMNGOK juga perlu merepek 2 kali. Kali ini mereka menembak dengan peluru kapur pula. Isu kali kedua ini mereka menggunakan orang bernama Rashid pula. Kononnya Rashid sudah membuat laporan Polis yang mendakwa dubur Rashid diliwat oleh Anwar Ibrahim juga. Namun ternyata satu penipuan juga dari para blogger UMNGOK.

Sebenarnya Rashid juga digunakan oleh UMNGOK untuk mengikut langkah Rahimi Osman, iaitu menukar kenyataan sumpahnya sambil menuduh peguam terlibatlah yang memaksa mereka. berikut laporan media.

Seorang lagi bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan di balai polis Shah Alam, mendakwa akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 2008 dibuat secara paksaan.

Rasid Rosdi berkata beliau menurunkan tandatangannya kerana risaukan keselamatan diri dan keluarganya.

"Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya (sekarang ini ketua penerangan PKR) menurunkan tandatangan ke atas satu akuan bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat akuan bersumpah tersebut. -Malaysiakini



ReJaM©: "Blogger UMNGOK yang bongok lagi membongokkan"

Rashid pula mengaku diliwat Anwar Ibrahim

Posted: 13 Oct 2010 04:20 AM PDT


Seorang lagi telah membuat laporan Polis dan mengaku bahawa dirinya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, berikut laporan dari blog pro-kerajaan Selangordaily.com sebagai peluru untuk PRK dua kawasan iaitu Galas dan Batu Sapi bagi membedil jentera Pakatan Rakyat. Biasalah nak pancing undi.

Berita yang baru sampai ke meja Selangor Daily mengatakan seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim.

Rashid dikatakan telah membuat laporan polis pagi tadi di Shah Alam.

Jika tidak silap kami Rashid adalah seorang bekas banduan yang pernah sama-sama menjalani hukuman dengan Anwar di penjara Sungai Buloh.

Semasa di dalam penjara Rashid bertindak sebagai tukang urut Anwar. Selepas keluar penjara (tidak pasti siapa dulu dibebaskan) Rashid diambil bekerja di rumah Anwar.

Wan Azizah tidak berpuashati (cemburu) dengan kehadiran Rashid dan mengarahkan Anwar mengeluarkan Rashid dari rumahnya dalam tempoh 24 jam.

Selepas dikeluarkan dari rumahnya, Rashid diletakkan di pejabat PKR di PJ. Selepas pru ke 12 pada 2008, Anwar memindahkan Rashid ke kondominium dimana Saiful diliwat.

Kami akan berusaha untuk mendapatkan butiran lanjut.




ReJaM© " Nak termuntah dengar cerita bodoh ni"

Penyokong Bola Kelantan Mati sesak nafas

Posted: 13 Oct 2010 03:13 AM PDT


ReJaM© ada terdengar tentang berita penyokong bola Kelantan yang mati akibat sesak nafas pagi tadi, namum tak dapat disahkan. Tetapi petang ni tadi baru bukak laporan akhbar memang sah sebab dah keluar berita. Pelbagai versi cerita dapat didengar terutamanya dari facebook.

Ada yang mendakwa penyokong bola sepak kelantan itu mati kerana dibunuh, ada yang kata dia mati kerana dipijak saat keluar dewan dan sebagainya. Tapi bila dah keluar berita ni dah sahihlah sebab kematiannya.

Semoga akhir kalam hidup kita dalam keadaan sebaik-baik kematian.


KUALA LUMPUR: Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okay ketika ditanya mengenai keadaannya.

"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okay atau tidak, dia kata okay.

"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama.

Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalism terhadap kereta.

Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek.

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah.

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini. - BERNAMA

Di bawah ini salah satu screenshot desas desus yang ReJaM© terima pagi tadi sebelum berita ini dapat disahkan. Sila klik untuk membesarkan image.





ReJaM©

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.