Blog-list Malaysia |
- Lagi Katak Nak Lompat
- Perbicaraan Kes Liiwat Saifool
- PKR Hentikanlah Mimpi Nak Tawan Putrajaya
- Jawapan Bodoh Dari Seorang Timb. Menteri Kerajaan Malaysia
- Inchek Ibrahim Ali Hina Sultan Kelantan
- Ish.. Berselera Sungguh Anwar Nie Meliwat Orang
| Posted: 13 Oct 2010 11:46 PM PDT Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti. "Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian. "Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua. "Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini," kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar. Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini. Kata Gobalakrishnan (gambar), sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama "berdiri di depan kamera" mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas. "Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas... tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal," kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen. Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden. |
| Perbicaraan Kes Liiwat Saifool Posted: 13 Oct 2010 10:00 PM PDT Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan bermula semua hari ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur. Mahkamah mula bersidang dengan hakim Datuk Mohamad Zabidin mengambil tempatnya sekitar jam 9.30 pagi tadi. Sebelum saksi pendakwa dipanggil, peguam Karpal Singh mahu saksi utama kes iaitu Rahimi Osman dikenakan tindakan menghina mahkamah atas keceluparannya membuat kenyataan berhubung kes ini kepada media. Karpal gusar, saksi utama terbabit mendapat arahan pihak tertentu untuk berpaling tadah dan tidak mahu menyatakan kebenaran terhadap kes yang sedang dibicarakan ini nanti. "Dia adalah saksi potensi kami. Kami bimbang, mungkin lebih ramai akan paling tadah. "Terdapat tanda-tanda ada inisiatif daripada pihak atasan," kata Karpal. Kenyataan Karpal itu mendapat perhatian Peguam Cara II Negara, Datuk Mohd Yusof dan beliau memandang serius tentang perkara tersebut. Saiful Mengaku Anwar Liwatnya Tanpa Kondom Hakim kemudiannya membenarkan Karpal mengemukakan permohonan menghina mahkamah itu. Mahkamah kemudiannya bersambung dengan keterangan saksi pendakwa yang ketiga iaitu Dr Siew Sheue Feng. Dalam keterangannya, Dr.Siew berkata dia telah mengendalikan antara 200 hingga 300 kes forensik. Dia juga telah mengendalikan kira-kira 20 kes liwat. Dia mengaku telah merawat Saiful Bukhari pada 28 Jun 2008 di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sebelum itu katanya, pihak polis telah memberi taklimat kepada mereka tentang kes berkenaan. Ketiga-tiga doktor terbabit iaitu Dr Siew, Dr Khairul Nizam dan Dr Razali kemudiannya membincangkan tugas masing-masing dalam memberikan rawatan dan mengendalikan kes. "Saya diberi tanggungjawab kendalikan spesimen yang diambil dari mangsa," katanya. "Saiful beri kebenaran untuk dirinya diperiksa dan gambar dirakamkan di bahagian kemaluannya. Kebenaran juga diberikan untuk mengambil spesimen." Dr Siew berkata Saiful menceritakan bahawa dia diliwat 'beberapa' kali oleh seorang individu berprofil tinggi dan kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008. "Individu berprofil tinggi itu tidak menggunakan kondom." katanya. Karpal kemudian memohon jumlah tepat berapa kali Saiful dakwa dirinya diliwat itu dikeluarkan. Ada Bukti Kesan Tusukan Berasaskan Air Mani Hakim Mohamed Zabidin memutuskan bilangan kali Saiful memaklumkan kepada doktor yang dia diliwat dikeluarkan kerana ia tidak dicatatkan dalam borang pendakwaan. Dr Siew berkata Dr Mohd Razali menceritakan bahawa dia mengambil calitan kapas di kawasan sekitar dubur Saiful. Katanya, Dr Razali juga mengambil contoh calitan dari kawasan peri-anal. Menurut saksi itu, rakannya Dr Khairul Nizam pula mengambil sampel darah dari Saiful dan menggunakan calitan kapas untuk mengambil sampel dari puting Saiful. Semua sampel dimasukkan ke dalam bekas plastik dan ditutup rapi serta ditandatangani oleh Saiful dan tiga doktor berkenaan. Dr Siew bersetuju siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful. Sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal. "Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki," katanya. Dr Siew mengakhiri keterangannya dan beredar dari kandang saksi. Peguam Karpal Singh memaklumkan beliau berhak menyoal-balas doktor itu. Seorang Lagi Doktor Kata Ada Tusukan Berlaku Selepas mahkamah berehat, giliran seorang lagi doktor dari HKL memberi keterangan iaitu Dr Khairul Nizam Hassan sebagai saksi seterusnya. Dia berkata beliau telah mengendalikan 20 kes liwat dan merawat Saiful pada 28 Jun 2008. Ketika itu, Saiful memakai kemeja putih yang berlengan panjang dan jaket hitam. Dr Khairul berkata dia ditugaskan menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas Saiful, manakala Dr Razali pula memeriksa bahagian sekitar dubur mangsa. "Dr Siew bertanggungjawab mengambil sampel. Saya juga diberi tugas untuk mendapatkan latar belakang mangsa". Menurut Dr Khairul, beliau kemudiannya menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh ke atas Saiful. Beliau bermula daripada bahagian atas kepala sehingga ke bahagian kaki. Beliau mendapati ada kesan parut lama di bahagian belakang mangsa dan mengukur serta mencatatkannya. Beliau juga berkata beliau mengambil sampel air ludah dari bahagian kiri dan kanan puting, areola, sampel air mani dari mulut dan contoh darah. Katanya, semua spesimen diambil dan dikedapkan oleh Dr Siew. Saksi itu berkata berdasarkan adanya air mani lelaki di kawasan peri-anal dan bahagian bawah serta atas dubur, maka tusukkan zakar memang berlaku. Menurutnya ada kemungkinan tiada kesan kecederaan di kawasan dubur meskipun berlakunya tusukan. Ditanya apakah perkara yang memungkinkan tiada kesan kecederaan, doktor itu berkata ia bergantung kepada jangka masa mangsa diperiksa oleh doktor setelah diliwat, tiada halangan atau pergelutan dan juga bergantung kepada penggunaan pelincir. Beliau selesai memberi keterangannya dan peguam Karpal Singh sekali lagi menegaskan beliau ada hak untuk menyoal-balas saksi itu di kemudian hari nanti. [Perbicarann kemudian ditangguhkan sekitar jam 12.00 tengahari tadi dan Hakim menetapkan 25 Oktober 2010 ini untuk bersambung semula. Sesuatu yang mengejutkan kerana Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Galas ialah pada 26 Oktober 2010 ini. Maknanya, memang ada perancangan untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di sana nanti. Cukup licik puak-puak UMNO ini buat kerja. Apapun, rakyat jangan terlalu terpengaruh dengan apa yang mereka paparkan ini. Ketika perbicaraan liwat akan bersambung, dalam masa yang sama saksi-saksi penting seperti Rahimi Osman dan Rasid Rosdi membuat laporan polis kononnya mereka dipaksa membuat akuan bersumpah pada tahun 2008. Bukankah ini sesuatu yang dirancang dengan rapi. Cuma kebodohan puak-puak ini ialah, bukankah dua-dua individu itu adalah saksi kes liwat berkenaan, makanya kenapa diusung budak-budak itu membuat laporan polis dan mencetuskan kontroversi berkenaan. Ada undang disebalik mee agaknya. Apapun, rakyat perlu pastikan Galas berjaya dipertahankan !!]. |
| PKR Hentikanlah Mimpi Nak Tawan Putrajaya Posted: 13 Oct 2010 05:33 PM PDT "Berdasarkan firasat saya yang telah lama berkecimpung dalam politik, pilihan raya ke-13 adalah yang terakhir untuk PKR. Saya tidak jangka ia dapat terus selepas itu," katanya di lobi parlimen hari ini. "Mereka capai kemuncak pada pilihan raya ke-12, tetapi orang ramai mula menyedari tembelang mereka dan orang Melayu kini mula bersatu. Saya percaya rakyat tidak akan bakar kelambu kerana nyamuk," katanya. |
| Jawapan Bodoh Dari Seorang Timb. Menteri Kerajaan Malaysia Posted: 13 Oct 2010 08:50 AM PDT Jawapan bodoh seorang Timbalan Menteri.. Dari apa yang aku tahu, memang harga kereta ditentukan oleh pengeluar dan harga yang ditentukan adalah hampir sama bagi setiap negara cuma yang membezakan harganya ialah spesifikasi tambahan yang dipasang pada kenderaan tetapi kerana cukai yang dikenakan oleh kerajaan adalah tinggi maka harga kenderaan itu juga tinggi.. mana ada pengeluar atau pengedar yang mahu menyerap cukai yang dikenakan kerajaan itu?? Harga kenderaan mahal…..jangan salahkan kerajaan? KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan mengenai kadar tarif yang tinggi berhubung kenderaan yang diimport kerana banyak faktor lain yang mempengaruhi harga. Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Jacob Dungau Sagam berkata demikian di sidang Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen DAP-Bandar Kuching Chong Chieng Jen. Beliau menjelaskan bahawa pengurangan atau penghapusan kadar tarif tidak menjamin harga kereta menjadi lebih murah. "Kadar tetap dan duti eksais untuk semua jenis kenderaan buat masa ini dikekalkan supaya hasil negara tidak terjejas. "Di samping itu, pengurangan atau pembasmian duti import tidak semestinya menyebabkan harga kenderaan menurun kerana harganya ditentukan oleh pengeluar dan syarikat berdasarkan kuasa pasaran," jelas beliau. Chong, yang tidak yakin dengan jawapan itu, berkata kereta-kereta import yang dijual di negara-negara jiran seperti Thailand dan China adalah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia. "Sebagai contoh, kita banding kereta Toyota Vios dijual di Malaysia di antara RM70,000 hingga RM90,000. Di Thailand, kereta itu dijual dengan harga di antara RM50,000 hingga RM70,000. Di negeri China, ia dijual dengan harga di antara RM45,000 hingga RM60,000. Begitu juga dengan kereta Honda City, di Malaysia, dijual dengan harga kira-kira RM90,000 tapi di China dijual dengan harga RM50,000," katanya. Beliau juga menekankan bahawa kereta buatan tempatan dijual dengan harga yang lebih mahal di pasaran tempatan. Di China, kereta berkuasa kuda 1,000 cc seperti Cherry (buatan tempatan) dijual dengan hanya RM19,000 hingga RM30,000. Tetapi di Malaysia, Perodua Viva dijual dengan harga RM38,000," katanya. Dasar perlindungan Chong menuduh kerana kerajaan melaksanakan "dasar-dasar perlindungan" untuk melindungi syarikat seperti Proton dan Perodua. Ujar beliau, "syarikat-syarikat ini amat merbahaya dan menindas rakyat. Matlamat syarikat-syarikat ini ditubuhkan bukan untuk membawa keuntungan kepada kerajaan tetapi "untuk kepentingan kroni Barisan Nasional (BN) di Proton dan Perodua." "Akhirnya, rakyat merana. Soalan saya, adakah adil untuk rakyat Malaysia membayar harga kereta yang mahal apabila kroni BN di Proton dan Perodua membuat untung yang banyak? Apa yang kerajaan buat?" soal beliau. Bagaimanapun, Sagam tetap dengan pendiriannya bahawa sebarang pengurangan duti tidak akan menjamin harga kenderaan yang lebih murah kerana harganya bergantung kepada faktor-faktor lain. Faktor-faktor ini termasuk harga komponen, import separuh atau sepenuhnya, kadar pertukaran mata wang, kos pengangkutan, insuran dan kos pinjaman bank," katanya. Bagaimanapun, liberalisasi industri automatif, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak sebelum ini, sedang dalam peringkat pelaksanaan. Beberapa siri perjanjian perdagangan termasuk mengurang dan membasmi duti import akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Perjanjian-perjanjian ini kata Sagam, melibatkan perkongsian dengan Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan New Zealand. Free Malaysia Today |
| Inchek Ibrahim Ali Hina Sultan Kelantan Posted: 13 Oct 2010 07:42 AM PDT ![]() "Saya tidak terkejut, ini trend yang berlaku di Kelantan sekarang," [Apakah benar Ibrahim Ali tidak kecewa, terkejut atau terkilan dengan tindakan Sultan Kelantan ini gamaknya?. Bukankah beliau seorang manusia yang amat pentingkan resputasi. Maka, penarikan balik gelaran tersebut boleh mencemarkan nama baiknya di negeri Kelantan. Namun, tindakan beliau memperli dan sinis atas tindakan Sultan itu seolah-olah merupakan satu penghinaan terhadap raja. Kenyataan kononnya tindakan Sultan Kelantan itu adalah "trend" di negeri tersebut membawa makna dia menganggap bahawa apa yang berlaku itu adalah "dengan nasihat" Kerajaan Negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Maknanya "memang trend" membawa erti bahawa memang trend PAS Kelantan akan memujuk tuanku untuk berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya. Jika ia dikatakan trend di Kelantan, kenapa sebelum ini berlaku di Negeri Johor Darul Takzim. Bukankah ini jelas satu sinis tajam yang dibuat oleh Ibrahim Ali terhadap Sultan Kelantan itu sebenarnya. Cuma minta Ibrahim Ali memperhalusi apa yang dikatakan "trend" itu. Sudah pasti beliau akan berdolak dalih nanti].Sumber - Pahang Daily |
| Ish.. Berselera Sungguh Anwar Nie Meliwat Orang Posted: 13 Oct 2010 04:45 AM PDT Rashid pula mengaku diliwat Anwar Ibrahim Seorang lagi telah membuat laporan Polis dan mengaku bahawa dirinya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim, berikut laporan dari blog pro-kerajaan Selangordaily.com sebagai peluru untuk PRK dua kawasan iaitu Galas dan Batu Sapi bagi membedil jentera Pakatan Rakyat. Biasalah nak pancing undi. Berita yang baru sampai ke meja Selangor Daily mengatakan seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim. ReJaM© " Nak termuntah dengar cerita bodoh ni" MiLo SuaM |
| You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.