Kerabu Bersuara ® |
- Khalid Samad: Pejuang Bangsa
- Rakaman video Anwar Ibrahim: Galas – PKR dan DAP komited menangkan calon PAS
- Pemimpin cabang dakwa konspirasi halang Nurul tanding timbalan presiden
- Sukan Komanwel: Pandelela Tarik Diri Acara 3m Papan Anjal
- Lima cabang PKR Selangor serah memo bantah pemilihan semula
- Sukan Komanwel: Juara Bertahan Siti Gagal Menangi Pingat Acara Boling Padang
- Polis Bebas Tiga Individu Disiasat Kes Sosilawati
- Guru Meradang Maklumat Peribadi Didedahkan
- FAM Kecewa Masih Ada Penyokong Bergaduh
- PKR Ranting Lepar Utara Belum Bubar - Pengerusi PKR Pahang
- PAS Umum Calon Galas Malam ini
- Chegu Bard umum bertanding Ketua AMK
- Tindakan Tatatertib Bakal Dikenakan Ke Atas Empat Pelajar
- Laporan Siasatan Kemalangan Maut Simpang Ampat Dijangka Siap Sehari Dua Lagi
- Ahirudin Beri Keterangan Dakwaan Libatkan Anak Rais
- Sultan Kelantan Tarik Balik Anugerah Datuk Daripada Ibrahim Ali
- Telefon Blackberry: Kerajaan Tidak Bercadang Sekat Penggunaannya
- Bekas Pembantu Taib Mahmud Ditemui Mati Dalam Bilik
- (Video Dan Gambar)Kekecohan Antara Penyokong Selangor Dengan Kelantan
- (Kemaskini) Panas! Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ Ibrahim Ali
- Teoh Beng Hock, Wanita pertama dan Komanwel — Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh
- (Gambar) Kekecohan Antara Penyokong Selangor Dengan Kelantan
- Piala Malaysia: Penyokong mati akibat sesak nafas
- Mazlan: PAS tidak buta, Anak akan dedah banyak lagi isu Felda
- Generasi kedua jawab fitnah Ahmad Maslan
| Posted: 13 Oct 2010 04:00 PM PDT Ada yang ingin dirinya diiktiraf sebagai pejuang bangsa. Maka bertebaranlah dia ke sana dan ke mari sambil mendabik dada mendakwa dirinya sebagai seorang pejuang bangsa yang tulin. Menuntut yang ini dan yang itu konon demi bangsanya dan pada masa yang sama mencemuh dan mengasak bangsa lain tanpa segan silu. Lagi banyak yang dituntut maka lagi hebatlah kedudukan dirinya sebagai seorang 'pejuang bangsa'. Semakin berani dan kasar cemuhannya terhadap bangsa lain, maka semakin naiklah namanya sebagai pejuang bangsa. Semakin 'primitif' pendirian dan desakannya, maka semakin dirinya dijulang - itulah harapannya. Rakyat harus menyedari bahawa sekiranya inilah ukuran yang digunakan untuk mengenalpasti siapa seorang pejuang bangsa yang sejati, maka akan timbullah golongan oportunis untuk ke hadapan, melaung retorik perkauman sehingga mereka ini dijulang dan disanjung sebagai 'pejuang bangsa'. Pada pendapat saya, terdapat dua ciri utama yang menentukan samada seseorang itu pejuang bangsa yang sejati atau sebaliknya. Ianya bukan bergantung kepada kelantangan atau keberanian semata-mata. Ianya bergantung kepada hala-tuju dan penghayatan budaya perjuangan orang berkenaan. Ciri pertama, seorang pejuang bangsa adalah seorang yang memperjuangkan kemajuan bangsanya dalam semua aspek secara menyeluruh. Beliau membawa bersamanya satu wawasan dan kefahaman yang akan membangunkan bangsanya sehingga dihormati dan disanjung tinggi oleh seluruh ummat manusia. Beliau juga berusaha untuk menjadikan bangsanya sebagai pembawa dan perintis ketinggian peradaban dan budaya serta akhlak yang akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada bangsanya sendiri tetapi juga kepada manusia sejagat. Dalam masa yang sama, beliau membawa bangsanya ke arah kemajuan dan pemikiran 'global', bukan pemikiran mundur dan 'primitif'. Kedua, dalam memperjuangkan wawasan ini, seorang pejuang bangsa akan sanggup berkorban dan bukan mengorbankan. Kekayaan dirinya dibelanja sebagai 'pelaburan' untuk menjayakan pejuangannya dan penerimaan wawasannya oleh bangsanya sendiri. Pengorbanannya berterusan, dalam apa jua situasi, samada berkuasa atau sebaliknya. Bangsanya diutamakan dari dirinya sendiri. Biar dirinya susah dan tidak berharta, kecuali sedikit, tetapi yang penting baginya, bangsanya terus dimajukan. Beliau tidak memanfaatkan sanjungan dan kedudukan hasil perjuangannya untuk menjadikan dirinya dan keluarga bertambah kaya. Oleh yang demikian, secara peribadi, saya melihat mereka yang memenuhi dua ciri kepimpinan ini ialah pemimpin seperti TGNA dan TGHH yang datang membawa wawasan yang jelas. Wawasan yang dibawa adalah Islam. Wawasan ini mengajar manusia untuk menghubungkan keTaqwaan dengan keAdilan, kerana seseorang yang takut akan kemurkaan Allah tidak akan sanggup melakukan kezaliman. Wawasan ini turut menegaskan kedudukan manusia dijadikan untuk berperanan sebagai khalifah Allah di muka bumi, satu kedudukan dan jawatan yang begitu mulia, yang dengan itu manusia diberikan hak asasi dan tidak wajar dikandangkan dan dibisukan oleh mana-mana penguasa. Wawasan yang sebegini akan memajukan sesuatu bangsa sekiranya ianya difahami dan dihayati. Maka ianya memenuhi kriteria saya yang pertama. Pada masa yang sama, kita melihat bagaimana mereka tidak mengambil kesempatan dari kedudukan mereka untuk menambahkan kekayaan peribadi mereka. Dalam keadaan susah dan senang, mereka terus menyumbang kepada perjuangan untuk membina bangsa dan masyarakat mengikut wawasan Islam. Tiada saham yang bernilai berjuta diatas nama mereka atau waris mereka ini. Begitu juga boleh dikatakan terhadap beberapa pemimpin DAP dan PKR. Walaupun wawasan mereka mungkin tidak sama dengan PAS, namun secara dasarnya, ianya merupakan wawasan yang menginginkan keadilan untuk seluruh rakyat dan apa yang diyakini sebagai sesuatu yang akan memajukan bangsa. Nilai-nilai keadilan, keamanahan dan pertanggung-jawaban yang walaupun tidak diceduk secara terus dari Islam, selaras dan seiring dengan wawasan Islam. Walaubagaimanapun, perkara yang sama tidak boleh dinyatakan terhadap UMNO mahupun PERKASA. Wawasan mereka wawasan yang primitif, mengingatkan kita akan zaman peperangan kabilah dan perkauman yang sempit sepertimana sebelum datangnya Islam. Seperti taufan kejahilan tentera Mongol, membawa wabak kebencian, kezaliman dan kejahilan. Seperti kegelapan yang menyelubungi dunia hasil kebangkitan Nazi Jerman, kebanggaan kaum dan keturunan sehingga menindas kaum serta bangsa yang lain. Ianya keutamaan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain yang dicapai melalui kekerasan dan kekuatan fisikal, suatu keutamaan yang dipaksa bukan yang dicapai secara konsensus. Pada masa yang sama pemimpin-pemimpin mereka, kesemuanya, selesa hidup sebagai jutawan. Walaupun dikelilingi masyarakat bangsa sendiri yang miskin dan merempat, mereka hidup senang lenang dengan harta bertimbun yang dikumpul hasil 'perjuangan' mereka. Bukan dari hasil perniagaan atau kepakaran mereka dalam bidang keusahawanan tertentu tetapi sebagai 'imbuhan perjuangan' yang menggunakan nama bangsa sebagai hujjah dan alasan. Menerima saham yang bernilai berpuluh juta ringgit kerana "Melayu itu miskin dan saya Melayu" kata mereka. "Saya terima atas nama Melayu, demi Melayu, mewakili Melayu"' sambung mereka lagi. Namun kekayaan mereka untuk diri mereka sendiri dan duit berjuta terus berada dalam simpanan mereka, tidak disalurkan kepada masyarakat Melayu miskin yang memerlukan. Maka dengan itu, mereka ini bukan 'pejuang bangsa' namanya, sebaliknya pejuang yang memperalatkan bangsa demi perut sendiri! Mereka sanggup melihat bangsa mereka terus miskin supaya mereka akan terus mendapat manfaat dari keadaan ini. Mereka ingin 'perjuangan bangsa' diteruskan, dihayati dan diperjuangkan, supaya mereka terus menjadi penerima manfaat utama dari perjuangan tersebut. Dan bangsa mereka terus miskin sambil mereka terus bertambah kaya. Selepas lebih 53 tahun negara kita ini merdeka, tidakkah jelas lagi wahai bangsaku yang ku sayangi, siapakah pejuang bangsa dan siapakah yang memperalatkan bangsa? WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD [Sumber] |
| Rakaman video Anwar Ibrahim: Galas – PKR dan DAP komited menangkan calon PAS Posted: 13 Oct 2010 03:07 PM PDT |
| Pemimpin cabang dakwa konspirasi halang Nurul tanding timbalan presiden Posted: 13 Oct 2010 12:00 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 13 Okt – Pemimpin-pemimpin cabang PKR mempertikaikan kewujudan notis pencalonan dengan mendakwa seolah-olah ada usaha menghalang Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bertanding jawatan timbalan presiden parti itu. Berdasarkan maklumat semalam, Nurul Izzah dilaporkan tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden sebab hanya memperoleh satu pencalonan sedangkan seseorang yang hendak bertanding memerlukan minimum dua yang disyaratkan. Mereka mendakwa tidak tahu-menahu keperluan semua pencalonan akhir perlu dikemukakan sebelum 10 Oktober lalu. Dalam kenyataan berasingan dikeluarkan hari ini, Ketua Selangau Steven Epay Ganing dan rakan sejawatannya dari Semporna Lokma Uri berkata, tindakan pihak pengurusan parti tidak memaklumkan perkara itu adalah tidak wajar dan tidak adil. "Tarikh akhir penyerahan nama calon pada 10 Oktober 2010 tidak pernah diberitahu kepada kami sama sekali dan kami merasakan bahawa tindakan yang diambil sama ada oleh Setiausaha Agung atau Jawatankuasa Pemilihan Pusat (DPP) adalah tidak wajar dan kami kecewa. "Sebarang maklumat mengenai tarikh akhir penyerahan seharusnya diuar-uarkan bagi membolehkan setiap cabang bertindak sewajarnya," kata Steven Epay dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. Beliau berkata, tindakan merahsiakan tarikh akhir penyerahan nama calon itu seolah-olah mahu menyekat pemimpin yang berkelayakan bertanding di peringkat pusat. Kami melihat ini sebagai satu kepincangan pihak pengurusan kerana gagal mengkoordinasi pilihan raya dalaman parti dan kami juga berharap bahawa ini bukan satu tindakan untuk menyekat Nurul Izzah daripada bertanding. "Kami hanya mahu parti untuk menerima pencalonan yang telah diberikan oleh cabang kerana percaya setiap nama yang dicalonkan adalah individu yang mampu membawa perubahan pada parti," katanya. Lokman pula berkata tindakan tersebut seolah-olah satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding bagi jawatan timbalan presiden. "Pandangan umum rata-rata melihat PKR tidak mampu menguruskan pemilihan dalaman parti dan tindakan menolak pencalonan yang dibuat oleh cabang dilihat memburukkan lagi keadaan. "Kami tidak pernah dimaklumkan mengenai tarikh akhir penyerahan nama-nama calon adalah pada 10 Oktober 2010 dan adalah tidak adil untuk menidakkan kelayakkan Nurul Izzah untuk bertanding sebagai timbalan presiden. "Adakah ini satu konspirasi untuk menghalang Nurul Izzah daripada bertanding?" soalnya. Justeru, Lokman berharap agar pihak pengurusan parti dapat menerima pencalonan yang telah dibuat di peringkat cabang. "Ia bukan sahaja bagi memastikan ketelusan pemilihan dalaman parti, tetapi juga membuktikan bahawa parti ini benar-benar memilih untuk melaksanakan demokrasi dan bukan hanya bergerak sebagai batu loncatan bagi individu-individu tertentu melaksanakan agenda peribadi," katanya. Kesemua 208 cabang PKR dikehendaki mengemukakan laporan senarai pencalonan kepada ibu pejabat pada 10 Oktober lalu. Sementara itu Ahli Majlis Pimpinan Pusat S. Manikavasagam mencadangkan JPP agar melanjutkan tarikh akhir sehingga 16 Oktober ini bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden. "Pemilihan PKR adalah kemekaran demokrasi di Malaysia yang harus dicontohi di setiap peringkat. Bagaimanapun saya merasai bahang politik mengaburi sesetengan pihak dalam percubaan menegakkan demokrasi dalam pemilihan kali ini. "Penetapan tarikh akhir cabang untuk menghantar keputusan pencalonan secara rasmi pada 10 Oktober lalu kini menjadi spekulasi di peringkat akar umbi. "Justeru demi menegakkan demokrasi sejati saya mencadangkan agar JPP melanjutkan tarikh tersebut sehingga 16 Oktober ini. Dengan ini, ia akan memberi peluang kepada cabang untuk memperbaiki masalah dan salah faham yang mungkin terjadi sebelum ini," kata Manikavasagam dalam satu kenyataan hari ini. Ahli Parlimen Kapar ini berkata dengan melanjutkan tarikh penyerah tersebut ia akan memberi peluang kepada pemimpin parti lain untuk bertanding bagi jawatan tertinggi. "Selain itu, cadangan akar umbi seperti pencalonan Nurul Izzah Anwar untuk jawatan timbalan presiden parti dan pemimpin lain akan mendapat pertimbangan saksama," katanya. Nurul Izzah dilihat hanya boleh bertanding jawatan naib presiden sebab beliau tidak melepasi kelayakan minimum dua pencalonan yang disyaratkan untuk bersaing kerusi nombor dua parti. Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat. Dalam pada itu, calon jawatan naib presiden Jonson Chong juga melahirkan pandangan yang mirip dengan berkata, perkembangan terbaru berkaitan dengan pemilihan khususnya ekoran penafian hak bagi Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden menimbulkan persoalan penting untuk diteliti. "Mana-mana ahli yang menyertai parti lebih setahun, sebagaimana disyaratkan layak boleh mengundi dan bertanding, seharusnya mereka dibenarkan bertanding mana-mana jawatan selagi dia itu memiliki pencalonan yang mencukupi. "Dan, pencalonan mana-mana cabang tidak harus diketepikan hanya kerana tarikh akhir pentadbiran. "Adalah baik untuk mengadakan proses-proses pentadbiran, tetapi ia seharusnya telus dan memenuhi objektif-objektif parti," katanya lagi. |
| Sukan Komanwel: Pandelela Tarik Diri Acara 3m Papan Anjal Posted: 13 Oct 2010 09:30 AM PDT Daripada Frank Julian Martin NEW DELHI, 13 Okt (Bernama) -- Pandelela Rinong yang merangkul pingat emas Sukan Komanwel XIX dalam acara 10m platform wanita di Kompleks Akuatik Dr S.P. Mukherjee pada Isnin menarik diri daripada menyertai acara 3m papan anjal di sini. Atase media kontinjen Malaysia di sukan itu, Mohd Rizal Mohd Radzi berkata keputusan untuk membatalkan penyertaan Pandelela dalam acara itu dibuat selepas mendengar nasihat jurulatihnya. "Jurulatihnya Yang Zhuliang membuat keputusan itu berdasarkan yang pertama tiada pingat yang berpotensi untuk dimenangi Pandelela dan kedua kerana dia tidak disenaraikan untuk menyertai acara itu pada mulanya," kata Mohd Rizal kepada Bernama. Alasan lain kerana gadis berusia 17 tahun dari Sarawak, yang memenangi pingat perak dalam acara 10m platform dan 3m papan anjal di Sukan Olimpik Remaja Singapura 2010 bulan lepas, akan menyertai Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China bulan depan. "Jadi pada dasarnya, beliau menyelamatkannya untuk persediaan di Sukan Asia dan jurulatihnya tidak mahu Pandelela mengalami kecederaan," kata Mohd Rizal. Pandelela, terseliuh lehernya seminggu sebelum berlepas ke Singapura dan memberi saingan hebat walaupun tidak sihat sepenuhnya. Selain pingat emas, Pandelela juga memenangi pingat perak bersama pasangannya Leong Mun Yee dalam acara 10m synchro platform wanita. Pandelela layak menyertai acara itu selepas memperoleh 255.20 mata sebelum menarik diri. Tugas untuk menambah pungutan pingat kini disandarkan kepada Ng Yan Yee. Namun, Yan Yee gagal menandingi peserta Australia dan Kanada yang memungut mata tinggi dalam acara akuatik. Dia hanya berjaya menamatkan tempat kelapan selepas mengumpul 290.15 mata. Sharleen Stratton dari Australia memenangi pingat emas dengan 376.00 mata, Jennifer Abel dari Kanada memperoleh perak (338.55 mata) dan seorang lagi peserta Australia Jaele Patrick mendapat gangsa (326.15 mata). |
| Lima cabang PKR Selangor serah memo bantah pemilihan semula Posted: 13 Oct 2010 09:00 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kemelut pemilihan PKR dilihat berterusan apabila lima cabang parti itu hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengurusan parti. Lima cabang tersebut adalah Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya. PKR selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang 3 Oktober lalu tetapi sembilan cabangnya bermasalah. Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat. Menurut Ketua Cabang Hulu Selangor Nazar Yakin, tindakan pengurusan parti yang mahu supaya mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang itu diadakan semula adalah tidak wajar. "Hari ini kita hantar memorandum bantahan kepada parti mengenai pemilhan parti peringkat cabang yang tidak adil dan telus. "Saya bercakap bagi pihak cabang Hulu Selangor, undian telah dibuat dan keputusan sudah ada tetapi tiba-tiba dimaklumkan bahawa keputusan yang dibuat dibatalkan. "Malah kita diarahkan untuk mengadakan semula mesyuarat agung tahunan dan pemilihan parti peringkat cabang. Saya ini telah dipilih sebagai ketua cabang pada pemilihan baru-baru ini tetapi seolah-olah dinafikan memegang jawatan itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Memorandum bantahan itu diserahkan kepada pentadbir pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin. "Jadi memorandum yang kita serahkan hari ini adalah membantah diadakan semula pemilihan parti, buat apa perlu buat pemilihan yang baru sedangkan keputusan sudah ada. "Kalau ada kesilapan di peringkat pengurusan parti, ia bukan masalah ahli yang telah mengundi. "Kenapa perlu susahkan ahli dan menjadi mereka sebagai korban dek kerana kesilapan pihak pengurusan parti," kata Nazar yang telah menyerahkan memorandum bantahan itu kira-kira pukul 2 petang tadi. Difahamkan seramai 40 orang ahli dari Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya hadir menyerahkan memorandum bantahan tersebut di ibu pejabat PKR. Menurut Nazar, parti sepatutnya mempunyai alternatif lain untuk menyelesaikan perkara itu dan bukan dengan mengadakan semula pemilihan tersebut. "Bukankah ada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini daripada mengadakan pemilihan semula yang dilihat agak berat untuk dilaksanakan sekali lagi. "Banyak lagi alternatif lain yang boleh dilakukan, kenapa nak buat pemilihan semula," katanya. Sebahagian cabang bermasalah akan mengadakan pemilihan sebelum kongres hujung bulan depan manakala yang lain akan berbuat selepas kongres. |
| Sukan Komanwel: Juara Bertahan Siti Gagal Menangi Pingat Acara Boling Padang Posted: 13 Oct 2010 08:30 AM PDT Oleh P. Vijian NEW DELHI, 13 Okt (Bernama) -- Pemenang dua pingat emas Sukan Komanwel (CWG) Siti Zalina Ahmad tersingkir daripada pertandingan boling padang perseorangan wanita hari ini, sekaligus meranapkan harapan Malaysia untuk memenangi sekurang-kurangnya satu pingat dalam acara itu. Siti menaruh harapan untuk mencipta hatrik di Delhi namun tersingkir pada peringkat separuh akhir, tewas kepada pemain England, Natalie Melmore 6-5, 2-9, 1-2, di Kompleks Sukan Jawaharlal Nehru Sports Complex. Beliau kemudiannya turut gagal mememangi pingat gangsa selepas tewas kepada Kelsey Cottrell dari Australia 5-12, 10-6, 1-2. "Keadaan padang agak mencabar, saya tidak mampu melakukan lemparan seperti saya harapkan. Lawan saya bermain secara konsisten, dia memang layak menang<' katanya Siti selepas pertandingan itu. Dengan kekalahan Siti yang tidak diduga itu, pasukan boling pandang negara yang mensasarkan empat pingat emas di temasya ini kini terpaksa pulang dengan tangan kosong. England memenangi pingat emas manakala pingat perak menjadi milik New Zealand. |
| Polis Bebas Tiga Individu Disiasat Kes Sosilawati Posted: 13 Oct 2010 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Polis membebaskan seorang wanita dan dua lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Menurut laman web Polis Diraja Malaysia dalam Facebook, pembebasan wanita itu dibuat dengan bon mahkamah manakala dua lelaki berkenaan dengan jaminan polis selepas empat suspek kes itu didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting di Selangor pada Rabu. Peguam N. Patmanabhan, 41, bersama-sama pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R. Khatavarayan, 30, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai CIMB Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat, Banting, Selangor antara 8.30 malam hingga pukul 9.45 malam pada 30 Ogos lalu. Difahamkan wanita itu, Jesyntha Clarene Isreal, 27, dan adik lelaki Patmanabhan serta seorang lagi lelaki, dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur tengah hari tadi. Dua suspek lain masih ditahan reman sehingga Jumaat ini. |
| Guru Meradang Maklumat Peribadi Didedahkan Posted: 13 Oct 2010 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pendidikan. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan. Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pendidikan akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin. Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pendidikan Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP). Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok. Beliau berkata apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan. Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah. "Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambah beliau lagi. Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya. Lok berkata sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan. |
| FAM Kecewa Masih Ada Penyokong Bergaduh Posted: 13 Oct 2010 06:30 AM PDT Oleh Ahmad Muliady Abdul Majid KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penyokong bola sepak tempatan yang masih lagi berdegil dan tidak mematuhi peraturan hingga mencetuskan pergaduhan di stadium. "Saya percaya telah banyak kali pihak FAM mahupun pasukan bola sepak negeri memberi nasihat agar penyokong mereka tidak terlibat dengan pergaduhan tetapi sebaliknya masih tetap berlaku. Mereka seolah-olah tidak takut undang-undang," katanya kepada Bernama di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden pergaduhan antara penyokong Kelantan dan Selangor pada perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Selasa malam. Annuar, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), berkata beliau tidak menyalahkan Selangor sebagai tuan rumah atas kegagalan mereka mengawal kekecohan tersebut. "Pihak tuan rumah telah mengambil langkah kawalan keselamatan yang secukupnya namun kehadiran penyokong yang terlalu ramai dari pasukan Kelantan menyebabkan pihak keselamatan sukar mengawal penonton," katanya. Annuar mencadangkan agar susunan tempat duduk penonton perlu diberi perhatian supaya penyokong kedua-dua pihak tidak mempunyai peluang untuk bertembung. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Che Karma Sulaiman, seorang penyokong pasukan Kelantan yang meninggal dunia akibat sesak nafas sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan. Jenazahnya disembahyangkan di sini sebelum dibawa ke Bachok, Kelantan untuk dikebumikan. Semua kos pengurusan jenazah ditanggung oleh KAFA. Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata insiden pergaduhan yang berlaku antara penyokong pasukan Kelantan dan Selangor itu adalah di luar kawalan FAM dan pihak tuan rumah. "Pihak tuah rumah telah menyediakan kawalan keselamatan yang secukupnya, malah saya berpuas hati dengannya. "Kita akan menunggu laporan penuh yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa perlawanan sebelum membuat keputusan di peringkat jawatankuasa disiplin," katanya. Azzuddin berkata penyokong menyaksikan perlawanan di stadium sepatutnya pergi atas sebab kesukanan, bukannya untuk merosakkan perlawanan yang akhirnya mendatangkan masalah kepada pasukan mereka. "Telah banyak kali FAM memberi nasihat kepada penyokong tapi masalah yang sama tetap berlaku," katanya. Tahun lepas, KAFA dikenakan denda RM50,000 akibat daripada tindakan liar penyokong Kelantan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil. KAFA juga terpaksa membayar kos kerosakan Stadium Nasional sebanyak RM138,150. |
| PKR Ranting Lepar Utara Belum Bubar - Pengerusi PKR Pahang Posted: 13 Oct 2010 05:37 AM PDT KUANTAN, 13 Okt (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang pada Rabu menafikan bahawa PKR ranting Lepar Utara dekat sini telah dibubarkan berikutan 215 anggotanya semalam menyertai UMNO. Pengerusi PKR Pahang Datuk Mohd Fauzi Abdul Rahman berkata ranting tersebut tidak dibubarkan kerana masih terdapat 103 lagi anggota yang berdaftar dalam ranting itu. "Saya menafikan dakwaan kononnya PKR ranting Lepar Utara dibubarkan kerana masih lagi terdapat ahli PKR di situ yang mendaftar," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu. Pada Selasa, 215 anggota ranting itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman di pejabat UMNO Paya Besar. Penyerahan borang keanggotaan UMNO itu disampaikan oleh wakil kumpulan berkenaan Abdul Rahim Darus yang berkata mereka memutuskan untuk menyertai UMNO kerana kecewa dengan cara mesyuarat pemilihan parti yang berlangsung baru-baru ini yang didakwa tidak telus dan ada agenda kepentingan peribadi. Mohd Fauzi juga mencabar UMNO Bahagian Paya Besar menunjukkan senarai nama 215 anggota PKR yang dikatakan menyertai UMNO. Katanya PKR Paya Besar kini mempunyai lebih 2,000 anggota dan mempunyai 18 ranting di kawasan Felda. |
| PAS Umum Calon Galas Malam ini Posted: 13 Oct 2010 04:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt – Calon PAS yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas akan diputuskan malam ini oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Menurut Presiden PAS itu, Dewan Harian PAS akan bermesyuarat malam ini setelah senarai calon diserahkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat. "Malam ini parti akan putuskan siapa calon PAS yang akan bertanding, dan kita akan umum 22 Oktober nanti. "Calon yang kita pilih bukan saja mempunyai ketokohan, malah sesuai dengan keperluan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, jentera diharap tidak terlalu yakin biarpun 'post mortem' Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu menunjukkan PAS mempunyai kelebihan di Dun itu. "Post mortem yang kita buat, walaupun Tengku Razaleigh yang bertanding, undi parlimen bagi Dun Galas kita menang. "Tapi saya minta PAS jangan 'over confident', kita mesti letakkan keyakinan di bawah 50 peratus dan mesti membina sokongan lebih dari 50 peratus," katanya. Selain itu, beliau juga berharap Umno menghadapi PRK Galas pada 4 November nanti secara demokratik dan profesional. |
| Chegu Bard umum bertanding Ketua AMK Posted: 13 Oct 2010 04:30 AM PDT Oleh Jamilah Kamarudin KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengumumkan hasratnya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat sekaligus mencabar penyandangnya Shamsul Iskandar Mohd Akin dan calon Mohd Rafizi Ramli. Perkara itu diumumkan beliau secara rasminya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini. Sehubungan itu, beliau turut menampilkan bergunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja Chang Lih Kang bagi merebut jawatan Timbalan AMK. Manakala bagi jawatan Naib Ketua AMK pula beliau mempertaruhkan Ketua AMK Perak yang juga Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Ketua Cabang Keningau Dr Nicholas Guntobon . Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard merupakan individu kedua yang mengumumkan hasrat bertanding bagi Ketua AMK selepas Rafizi, manakala FMT difahamkan Shamsul pula dijangka akan mengumumkan keputusan sama ada untuk mempertahankan jawatannya itu Jumaat ini. "Saya bersyukur dapat sokongan kebanyakan golongan anak muda daripada seluruh negeri malah mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Kira-kira 100 penyokong, Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub, serta beberapa pemimpin PKR lain turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap Chegu Bard. Manifesto utama DSC_0594Dengan menampilkan manifesto utama iaitu mahu merancakkan semula gerakan anak muda untuk mengubah negara dan memulangkan semula hak rakyat Perak kepada pemerintahan Pakatan Rakyat, beliau yakin mendapat sokongan golongan muda parti dan ahli selain AMK. Ditanya mengenai peluangnya bersaing dengan pencabar lain seperti Rafizi, Shamsul, dan Hasmi Hashim, beliau meyifatkan mereka sebagai calon Ketua AMK yang "saling melengkapi". "Masing-masing mempunyai kelebihan. Kepada mereka yang mempunyai rekod dan idea yang baik, sudah tentu dapat sokongan daripada ahli. "Tapi dalam pertandingan perlu pilih yang terbaik. Kalah menang adat pertandingan dan kepada yang kalah, perlu bersedia menerimanya dengan hati terbuka," katanya. Beliau juga difahamkam akan mula menggerakkan jenteranya dan berkempen ke seluruh negeri pada 17 Oktober depan bermula di Kedah. Chegu Bard turut mengumumkan untuk mengambil sikap berkecuali dan menyokong semua calon naib presiden yang mahu bertanding. "Kami menyokong Azmin (Ali), begitu juga Zaid (Ibrahim), (Tan Sri) Khalid (Ibrahim) dan Mustaffa (Kamil Ayub). "Bagi kami ini adalah satu proses biasa untuk memilih satu pasukan kepimpinan untuk memperkukuhkan parti," katanya. Sementara itu, Lih Kang berkata keputusannya untuk bertanding jawatan tertinggi adalah kerana mahu memperkukuhkan agenda parti. "Setelah berbincang dengan rakan-rakan lain, saya menawarkan diri bertanding sebagai timbalan," katanya yang sebelum ini berpendirian hanya berminat bertanding di peringkat exco pusat. |
| Tindakan Tatatertib Bakal Dikenakan Ke Atas Empat Pelajar Posted: 13 Oct 2010 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt – Empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal berhadapan dengan tindakan tatatertib apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi erinford mereka bagi menghalang universiti itu berbuat demikian. Keempat-empat penuntut itu didakwa terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor pada April lepas. Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Haris Ibrahim yang mewakili penuntut berkenaan, Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha Abu Bakar bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Menteri Pengajian Tinggi, manakala UKM diwakili peguam Sarah Abishigam. Kata Haris seperti yang dilapor Bernama, Aziah turut mengekalkan perintah kos guaman yang perlu ditanggung oleh kesemua penuntut terbabit sebagaimana keputusannya pada 28 Sept lalu, berkaitan kes sama. Pada 7 Okt lepas, ketika berhujah untuk pendengaran permohonan injuksi itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang turut mewakili semua pelajar berkenaan, memohon supaya mahkamah tidak menetapkan sebarang kos memandangkan pemohon terdiri daripada golongan yang masih menuntut. Injuksi erinford bermaksud, status quo dikekalkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan. Pada 1 Jun lepas, Muhammad Hilman Idham, 21, Woon King Chai, 22, Muhammad Ismail Aminuddin, 22, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha memfailkan saman pemula terhadap kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM, untuk mencabar tindakan universiti itu terhadap mereka. |
| Laporan Siasatan Kemalangan Maut Simpang Ampat Dijangka Siap Sehari Dua Lagi Posted: 13 Oct 2010 02:30 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Laporan lengkap mengenai kemalangan yang meragut 12 orang nyawa di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat dekat Rembau, Ahad lepas, dijangka siap dan akan dihantar kepada Kementerian Pengangkutan dalam masa sehari dua lagi. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata setakat ini, JPJ dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom) telahpun menyiapkan laporan kemalangan tersebut. "Kertas siasatan JPJ dan Puspakom akan digabungkan sekali dengan laporan dari agensi lain seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan Polis Diraja Malaysia," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lobi Parlimen Rabu. Bagaimanapun, Solah enggan mengulas lanjut mengenai hasil siasatan JPJ berhubung kemalangan ngeri itu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.50 petang itu, sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal menyebabkan ia melambung dan memasuki laluan bertentangan, sebelum melanggar sebuah van serta menghempap dua kereta. selain melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke selatan. Akibat nahas itu, 12 orang maut di tempat kejadian, manakala lebih 40 yang lain cedera. sekadar laporan di pinggiran |
| Ahirudin Beri Keterangan Dakwaan Libatkan Anak Rais Posted: 13 Oct 2010 02:00 AM PDT CYBERJAYA, 13 Okt (Bernama) -- Penulis blog Rocky's Bru Rabu hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini berhubung laporan dalam blognya yang mengaitkan anak lelaki Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Rocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Attan tiba pada 11.30 pagi dan selesai memberi keterangan kepada seorang pegawai SKMM satu setengah jam kemudian. Ketika ditemui pemberita, Ahirudin berkata beliau diminta hadir bagi memberi keterangan bagi membolehkan siasatan terhadap laporan dalam blognya itu berjalan dengan lancar. "Soalan yang ditanya berdasarkan kepada perkara-perkara rutin...sama ada blog itu milik saya dan beberapa perkara lain," katanya. Semalam, Rais membuat laporan polis berhubung dakwaan blog Rocky's Bru itu kononnya anak lelakinya mempunyai kepentingan dalam kementerian berkenaan dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara. Ahiruddin berkata beliau juga bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang diminta bagi membantu siasatan isu tersebut. Katanya setakat ini, beliau belum dihubungi oleh pihak polis untuk memberikan keterangan berhubung laporan itu. Beliau berkata Rais sepatutnya tidak membuat laporan polis sebaliknya menafikan bahawa anaknya terlibat dalam pemberian geran RM1 bilion itu. "Saya kecewa dengan tindakan menteri. Beliau sepatutnya mengambil masa untuk memahami mesej yang cuba disampaikan," katanya. ramai blogger umno baru tahu yang rais yatim ni salah sorang menteri yang taak da faedah! yang dia tahu, kerja nak puji najib dan rosmah! dasar menteri mengampu |
| Sultan Kelantan Tarik Balik Anugerah Datuk Daripada Ibrahim Ali Posted: 13 Oct 2010 01:40 AM PDT KOTA BAHARU, 13 Okt (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu termasuk gelaran Datuk kepada Anggota Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali,59, dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Wan Hashim Wan Daud, 64. Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias berkata dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim, 65, dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor, 45. Ketika mengumumkan perkara itu pada satu sidang akhbar di sini Rabu, beliau bagaimanapun tidak menjelaskan sebab penarikan balik itu dibuat. "Penarikan balik ini adalah hak Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Kelima Al Sultan Kelantan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara," kata Mohd Aiseri. Di KUALA LUMPUR, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), berkata beliau menerima dengan hati terbuka penarikan darjah kebesaran itu, yang dikurnia oleh Sultan Kelantan sebelum ini, Sultan Ismail Petra. Menurutnya beliau belum menerima sebarang surat rasmi daripada Istana Kelantan mengenai penarikan itu dan dengan tidak mengetahui puncanya. "Saya hanya mengetahui penarikan itu apabila diberitahu oleh pihak media pagi ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen. Beliau berkata penarikan itu tidak menghalangnya daripada terus mempertahankan institusi raja dan akan sentiasa taat kepada Sultan Kelantan. Ibrahim berkata selain darjah kebesaran yang ditarik balik itu, beliau pernah menerima anugerah lain iaitu Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Mulia Seri Melaka yang kedua-duanya membawa gelaran Datuk. -- BERNAMA |
| Telefon Blackberry: Kerajaan Tidak Bercadang Sekat Penggunaannya Posted: 12 Oct 2010 11:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt – Pengguna telefon pintar Blackberry harus menarik nafas lega apabila kerajaan tidak bercadang menyekat perkhidmatannya kerana yakin dengan keselamatan pemindahan dan penyimpanan data alat tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, keputusan itu dibuat setelah kementerian meneliti isu penggunaan Blackberry yang timbul mutakhir ini serta mengadakan perbincangan dengan pihak Research in Motion (RIM) berhubung perkara itu. "Pengguna boleh meneruskan khidmatnya (Blackberry). Ia banyak beri faedah dan kemudahan kepada masyarakat terutama komuniti perniagaan. Pihak RIM juga telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan saluran untuk perkhidmatan yang berterusan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini. Beliau menjawab soalan Leong Jee Keen (PKR-Selayang) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengawal e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan komunikasi antara masyarakat serta sama ada kerajaan bercadang untuk menyekat perkhidmatan Blackberry. Rais berkata, Malaysia tidak akan menyekat penggunaan Blackberry seperti di Arab Saudi, Indonesia dan India kerana tiada sebarang insiden atau laporan negatif tentang penyalahgunaan alat tersebut di negara ini. Jelasnya, tindakan negara-negara tersebut mengadakan sekatan kerana wujud laporan tentang kemungkinan kerahsiaan emel dan SMS tidak terjamin serta pangkalan data alat itu disalah guna pihak-pihak tertentu. "Bagaimanapun baru-baru ini Arab Saudi dan India menarik balik beberapa penentuan tersebut dan penggunaan Blackberry diteruskan mengikut lunas-lunas biasa," katanya. Sementara itu, beliau turut memaklumkan Dewan bahawa sebarang salah guna media elektronik seperti emel dan SMS untuk menyebarkan kandungan lucah, jelek dan menyakitkan hati seseorang boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 211 dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun. Mereka juga boleh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan di bawah Kementerian Dalam Negeri, kata Rais. Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan sentiasa bertindak mengikut peruntukan-peruntukan tersebut sekiranya terdapat aduan mengenai salah guna media elektronik berkenaan |
| Bekas Pembantu Taib Mahmud Ditemui Mati Dalam Bilik Posted: 12 Oct 2010 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt – Ross Boyert, 60, bekas pembantu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud di Amerika Syarikat, ditemui mati dalam bilik di sebuah hotel di Los Angeles minggu lalu. Blog portal Sarawak Report melaporkan, Ross Boyert ditemui mati dengan beg diikat di kepala dan spekulasi timbul kemungkinan beliau membunuh diri. Bagaimanapun, koroner di bandar raya berkenaan enggan mengesahkan punca kematiannya dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian. Ross Boyert meninggalkan seorang isteri seorang anak perempuan. Ross berkhidmat hampir 12 tahun sebagai pengurus kepada hartanah merangkumi blok pejabat dan perumahan milik keluarga Taib di San Francisco, California dan Seattle. Hartanah milik keluarga yang diurusnya termasuk kompleks berkeselamatan tinggi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang terletak di Bangunan Abraham Lincoln di Seattle, di mana beliau diberikan pelepasan keselamatan peribadi maksimum untuk bebas keluar masuk bangunan tersebut. Laporan Sarawak Report baru-baru ini mendedahkan bahawa Taib secara rahsia menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat Sakti International yang memiliki kebanyakan bangunan hartanah yang diuruskan oleh Ross Boyert. Bagaimanapun senarai daftar rasmi pemegang saham syarikat berkenaan secara rasminya menamakan ahli keluarga Taib yang terdiri daripada Rahman, Mahmud dan Jamilah Taib bersama bapa saudaranya Arip dan Onn Mahmud. Tugas Ross termasuk membaik pulih dan menyewakan hartanah milik Taib, terutamanya blok yang menempatkan ruang pejabat di 260 California Street yang terletak di tengah-tengah bandaraya San Francisco. Beliau mula berkhidmat menggantikan Rahman Taib yang dikatakan gagal menguruskan dengan baik bangunan tersebut sehingga menanggung kerugian dan berjaya memajukan perniagaan hartanah milik Taib sehingga mencatatkan keuntungan sehinggan USD80 juta sehingalah beliau meninggalkan syarikat berkenaan pada 2006 lalu. |
| (Video Dan Gambar)Kekecohan Antara Penyokong Selangor Dengan Kelantan Posted: 12 Oct 2010 10:30 PM PDT |
| (Kemaskini) Panas! Istana Kelantan lucut gelaran ‘Datuk’ Ibrahim Ali Posted: 12 Oct 2010 09:45 PM PDT Sultan Mohamed Ke V Tarik Gelaran Dato' Dari Ibrahim Ali BERITA yang menjadi bualan hangat di Pasir Mas khasnya dan di seluruh negeri Kelantan hingga ke Galas hari ini ialah penarikan balik gelaran Dato' yang dianugerkan kepada Ibrahim Ali oleh Sultan Kelantan. Penarikan balik itu dibuat oleh Sultan Mohamad Ke V. Perkara ini diumumkan dalam satu kenyataan rengkas oleh Pejabat Sultan dan dipetik beberapa blog dan protal berita. Dari konteks Kelantan Ibrahim tidak lagi bergelar Dato'. Jadi mulai hari ini bolehlah ramai-ramai panggil Inchek saja, seperti mana saya panggil sebelum ini, Inchek Ibrahim. Saya sudah memanggil Ibrahim sebagai Inchek Ibrahim sejak beberapa bulan lalu. Bagaimana pun di luar Kuala Lumpur Inchek Ibrahim boleh lagi dipanggil Datuk. Saya faham dia masih ada dua gelaran Datuk, satu dari Melaka dan satu lagi dari Selangor. Datuk dari Melaka adalah terawal diterimanya tetapi beliau jarang menggunakan Datuk itu kerana nilainya dikata rendah berbanding Dato' Kelantan. Datuk dari Melaka diterima semasa Rahmim Taby Chik menjadi Ketua Menteri Melaka. Menganihkan juga penarikan gelaran Dato' ini kerana Inche Ibrahim yang juga Presiden kepada sebuah NGO dikatakan sangat memperjuangkan institusi raja-raja dan Melayu. Dalam pada itu Jumaat lepas beliau dilaporkan telah berjumpa dengan bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. Istana Kelantan lucut gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali KUALA LUMPUR, 13 Okt — Istana Kelantan menarik balik pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkuat kuasa hari ini. Ia diumumkan hari ini. Turut dilucutkan gelaran Datuk ialah bekas setiausaha kerajaan negeri Wan Hashim Wan Daud. |
| Teoh Beng Hock, Wanita pertama dan Komanwel — Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh Posted: 12 Oct 2010 09:43 PM PDT Tindak tanduk kerajaan Malaysia kian merisaukan, sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah dalam negara amat membimbangkan rakyat. Mungkin kerajaan lupa bahawa warga negara yang layak mengundi terdiri daripada jutaan rakyat yang berakal dan memerhati mereka setiap hari dan bukan hanya penyokong tegar Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Rencana kali ini cuba mengupas kembali beberapa peristiwa yang masih menjadi tanda soal dalam benak pemikiran rakyat jelata. Rencana ini berpandangan mengenai persepsi rakyat yang sudah mula khuatir dengan corak pimpinan yang kian tidak masuk akal, langsung tidak bermotifkan politik seperti cuaca yang melanda Negara sejak 2008. Teoh Beng Hock Kita petik dahulu peristiwa kematian mendiang Teoh Beng Hock. Daripada apa yang diketahui umum, Teoh Beng Hock telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam. Mendiang telah disiasat selepas waktu pejabat selama sembilan jam sebelum ditemui mati pada jam 1.30 petang. SPRM menyatakan bahawa mendiang kali terakhir ditemui masih hidup sekitar jam 6.00 pagi, dan menyatakan bahawa mendiang telah dibebaskan pada jam 3.45 pagi namun tiada penjelasan diberikan mengapa telefon bimbit dan barangan milik mendiang masih dalam simpanan SPRM sewaktu mendiang ditemui mati. SPRM juga menjelaskan bahawa mendiang telah memohon untuk bermalam di pejabat tersebut. Pelik tapi benar, seorang pembantu politik pihak pembangkang mahu berada di pejabat SPRM setelah disoal siasat selama sembilan jam berhubung dakwaan majikannya yang telah membayar RM2,400 bagi Jalur Gemilang yang ditempah untuk perayaan hari kebangsaan. Hebat dan menghairankan, siasatan selama sembilan jam bagi dakwaan penyelewengan bagi belanja sebanyak RM2,400, agaknya selama berapa jam bekas menteri besar Selangor dan Sarawak disoal-siasat di atas dakwaan penyelewengan jutaan ringgit. Barangkali ini harus dikategorikan di bawah penyakit tidak tahu bernisbah kerajaan Malaysia. Apa pula yang terjadi kepada laporan penyelewengan tersebut? Di mana hasil soal-siasat selama sembilan jam itu? Barangkali pegawai-pegawai SPRM bekerja keras untuk memperoleh sedikit maklumat untuk memalukan pihak pembangkang, untuk diwar-warkan di muka depan akhbar-akhbar tempatan yang tidak habis menghina rayat jelata keturunan Cina dan India yang menumpahkan taat setia terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Apa mahu dihairankan - kerajaan yang sama juga telah mempelopori pindaan Perlembagaan 1993 yang membenarkan raja-raja Malaysia dibicarakan dalam mahkamah khas. Rakyat juga masih ingat lagi betapa beraninya mereka menderhaka pada 2008 apabila tidak mempersetujui perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Tindakan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin juga tidak terlepas daripada perhatian rakyat, sekurang-kurangnya beliau ada "menyembah derhaka". Wanita pertama Sebagai rakyat yang menumpahkan cinta dan taat setia pada YDPA dan Raja Permaisuri, kami rasa terguris dengan sikap biadap kerajaan Malaysia yang sudah mula mencabar institusi raja-raja secara halus. Baru-baru ini, ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan siapa isteri Perdana Menteri (gambar kanan) untuk sewenang-wenangnya menggunakan gelaran "wanita pertama" dengan menyisihkan Raja Permaisuri yang lebih layak akan gelaran itu. Apa yang menghampakan adalah alasan bahawa isteri David Cameron juga digelar sebegitu. Institusi Di-Raja Malaysia bukanlah suatu monarki seperti di England, institusi kita mempunyai makna yang lebih besar kerana YDPA dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Ketua Negara kita bukanlah Perdana Menteri, tetapi YDPA yang melampaui mainan politik, Baginda adalah simbol perpaduan dan kebanggaan rakyat jelata. Hanya Raja Permaisuri yang layak digelar wanita pertama, sesungguhnya rakyat pelbagai bangsa tersinggung dengan karenah kerajaan Malaysia. Sukan Komanwel Beralih pula kepada sukan Komanwel yang sedang berlangsung di New Delhi India, setakat ini wira dan wirawati Negara telah berjaya mengumpulkan tujuh pingkat emas, lapan pingat perak dan lapan gangsa. Syabas bagi mereka, kami berbangga dengan hasilnya setakat ini. Sukan Komanwel 2010 New Delhi telah memakan belanja sebanyak US$6.8 billion (RM21.14 billion) seperti yang dilaporkan oleh majalah Business Today, menjadikanya Sukan Komanwel yang termahal dalam sejarah. Itu urusan rakyat India, tiada kaitan dengan kita namun hakikat bahawa kos tersebut boleh didapati dengan mudah membangkitkan persoalan tentang kos Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Sudah 12 tahun menyepi, sedangkan India boleh mempamerkan maklumat kos tersebut sebaik sahaja bermulanya Komanwel New Delhi 2010. Ke mana laporan kewangan berhubung belanja Kuala Lumpur 98? Bagaimana wang rakyat dibelanjakan pada ketika itu? Mengapa soalan ini masih tidak dibangkitkan oleh mana-mana wakil rakyat kerajaan 1Malaysia mahupun pakatan pembangkang dalam Parlimen? Badan Pencegah Rasuah tidak mengambil parwah hal ini? Barangkali nilai penyelewengan yang terlibat memerlukan masa lebih daripada sedekad untuk disoal-siasat dan disenyapkan? Kami tidak percaya dengan sindiran emosi Mahathir Mohamad bahawa Melayu mudah lupa. Barangkali rakyat Malaysia sabar menanti dan terus memerhati kerenah kerajaan 1 Malaysia yang kian menjadi-jadi. — Merdeka Review * Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas. |
| (Gambar) Kekecohan Antara Penyokong Selangor Dengan Kelantan Posted: 12 Oct 2010 06:30 PM PDT Penyokong Selangor dan Kelantan (kanan) bertindak ganas dan di luar kawalan semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam malam tadi. — Foto Bernama |
| Piala Malaysia: Penyokong mati akibat sesak nafas Posted: 12 Oct 2010 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 13 Okt — Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut. Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okey ketika ditanya mengenai keadaannya. "Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okey atau tidak, dia kata okey. "Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama hari ini. Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalisme terhadap kereta. Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek. Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah. Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini. — Bernama |
| Mazlan: PAS tidak buta, Anak akan dedah banyak lagi isu Felda Posted: 12 Oct 2010 05:30 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 13 Okt — Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman mengingatkan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor supaya berhati-hati dalam menguruskan pentadbiran badan berkanun itu, sebaliknya tidak mempersalahkan pertubuhan itu dan PAS. Pemimpin PAS ini berkata parti yang diwakilinya bukan buta dalam soal perkembangan Felda, sebaliknya akan mendedahkan lebih banyak isu berkaitan dengan agensi persekutuan itu. "Saya nak ingatkan beliau (Yusof) yang galak bercakap soal Felda dengan kata kita ini penghasut, menabur fitnah, buta dan pelbagai tuduhan lain lagi. "Saya minta beliau supaya berhati-hati dengan setiap kenyataan dan komen yang dibuat. Jika tidak lebih banyak pendedahan akan dibuat selepas ini," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Beliau berkata Yusof perlu memperbetulkan keadaan yang "kucar-kacir ini dan jangan menjadi alat Umno lagi." "Jika pentadbiran Felda masih angkuh dan tidak memperbetulkan keadaan ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan yang dibuat Felda. "Jadi saya minta supaya Yusof dan pemimpin Umno lain supaya bermuhasabah selain berfikir adalah Felda sudah mencapai hasratnya. "Sebelum buat tuduhan kepada kita, lebih baik mereka fikir dahulu," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. Mazlan mengulas kenyataan Yusof Sabtu lalu, yang menyifatkan pemimpin parti Islam itu sebagai "orang buta" kononnya tidak memahami corak pentadbiran badan berkanun itu. Yusof berkata pemimpin PAS hanya melihat peristiwa yang berlaku itu dari satu sudut sahaja. "Bila berlaku masalah mereka hanya melihat dari satu sudut, mereka tidak lihat secara keseluruhan pentadbiran Felda. "Kalau orang buta jumpa orang buta, mereka akan kata diri mereka dizalimi kerana dilahirkan buta. Ini adalah percakapan antara orang buta," katanya. Felda sebelum ini menjadi perhatian apabila Pakatan Rakyat (PR) telah membangkitkan pelbagai isu membabitkan badan berkanun itu termasuk isu bankrap. Malah terdapat peneroka yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran. Felda sebelum ini terpaksa membayar RM11 juta kepada seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan berhubung kes tuntutan manipulasi gred buah kelapa sawit. Mereka menyaman Felda bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka. Bulan lalu, Mahkamah Tinggi Kuantan memutuskan peneroka berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu. Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka. Felda mempunyai 112,635 peneroka dengan 14,882 atau 13.2 peratus daripadanya merupakan peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka. |
| Generasi kedua jawab fitnah Ahmad Maslan Posted: 12 Oct 2010 05:00 PM PDT Oleh DUMEXjiman_76 Saya adalah generasi kedua Felda iaitu FELDA KAHANG BARAT, terpanggil saya untuk menjawab "FITNAH" daripada Datuk Ahmad Maslan. Terlebih dahulu ingin saya memulakan dengan isu TABUNG TANAM SEMULA yang di wujudkan oleh FELDA. Tidak dinafikan tabung ini memberi manafaat kepada warga Peneroka. Pernah kami merayu kepada FELDA untuk tidak membuat pemotongan ketika HARI RAYA memandangkan ketika itu harga kelapa sawit tidak begitu baik dan rayuan kami tidak dihiraukan. Maka kami adik-beradik menangis kerana tidak dapat pulang kekampung akibat kesempitan wang. Walupun ada pemotongan untuk tabung tanam semula, bapa saya masih juga membuat "PINJAMAN ASB" di MAYBANK pada tahun 1995 sebanyak RM20,000. Pelik juga saya, bila ditanya kepada ayah apa tujuan dia membuat pinjaman tersebut. Ayah menyatakan ia adalah wang untuk persediaan menampung kos untuk tanam semula kelapa sawit. Setelah 10 tahun berlalu, wang tersebut telah pun matang maka tibalah masa untuk pokok kelapa sawit ditebang. Betapalah sedih bila diberitahu oleh FELDA bahawa duit tanam semula yang di kumpul hanya boleh dikeluarkan sekiranya pokok TUA ditebang dan pokok MUDA telah pun tumbuh. Selepas itu perlu ada pemeriksaan dari pihak FELDA. Mujur Ayah saya telah membuat perancangan awal. Tahukah rakyat malaysia, mereka yang mempunyai keupayaan mengusakan sendiri penanaman semula terpaksa membuat pinjaman BANK untuk kos PENEBANGAN POKOK, RACUN, ANAK BENIH, BAJA yang kosnya menelan belanja hampir RM20,000. Sedangkan FELDA senang lenang menguruskan tanah tersebut dengan duit yang telah tersedia dalam tabung tanam semula. Pihak FELDA perlu sedar, Mereka BOLEH MEMPERBODOHKAN warga peneroka yang rata-ratanya tidak mempunyai taraf pendidikan yang rendah akan tetapi kami anak-anak warga Felda yang mempunyai MENTALITY tinggi tidak akan membiarkan ibu bapa kami diperlakukan sebegini. MAKA, saya nak bangkitkan persoalan yang daripada DATUK AHMAD MASLAN, memang wujud 2 golongan: 1. Beliau juga mendakwa wang tanam semula RM17,000 diguna peneroka membeli motor, kereta dan membaiki rumah. Golongan ini mempunyai modal sendiri [simpanan@pinjaman bank] untuk menguruskan kebun dan duit tanam semula tersebut di keluarkan oleh felda selepas melepasi syarat-syarat yang ditetapkan. Maka wang tanam semula adalah satu "bonus" atas mereka dan terpulang pada mereka untuk mebelanjakannya. 2.Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang. Golongan ini tidak mempunyai Modal untuk menguruskan kebun dan sepatutnya golongan ini dibantu oleh FELDA dengan mengeluarkan WANG TANAM SEMULA yang menjadi HAK mutlak peneroka. Mereka mempunyai keupayaan tetapi tiada modal. Maka, dengan ini saya menolak sekeras-kerasnya, tuduhan bahawa pihak peneroka Felda MENYALAHGUNAKAN WANG TANAM SEMULA dan saya mengangap ia satu FITNAH. |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan