DUNIACACAMARBA |
- [Video] "Bak Mai RM35 Ribu..." - Pecah Perut
- PANAS: Kenyataan Akhbar Rasid Rosdi yang Dakwa Dipaksa Tandatangani Akuan Bersumpah (Bukan Diliwat)
- GEMPAR: Rashid Pula Buat Laporan Polis Diliwat Anwar Ibrahim?
- Mari Baca Akuan Berkanun Rahimi Osman. Macam S***!
- Jantan Sial...Budak Sekolah Baru Lepas Solat Engkau Rogol!
- [Kemas Kini] TERHANGAT: Ibrahim Ali Masih Bergelar "Datuk" Biarpun Istana Kelantan Melucut Anugerah "Datuk"nya
- Daripada 8 Suspek, Hanya 4 Didakwa Bunuh Sosilawati & 3 Yang Lain
- Mengapa Anda Perlu Melakukan SEKS Setiap Hari? 18 SX
| [Video] "Bak Mai RM35 Ribu..." - Pecah Perut Posted: 13 Oct 2010 02:56 PM PDT | |
| PANAS: Kenyataan Akhbar Rasid Rosdi yang Dakwa Dipaksa Tandatangani Akuan Bersumpah (Bukan Diliwat) Posted: 13 Oct 2010 05:00 AM PDT Sekali lagi saya tersilap petik. Sebelum ini timbul juga cerita Rahimi membuat laporan polis atas dakwaan diliwat oleh DSAI. Rupa-rupanya, pelakon tambahan itu membuat laporan mengatakan bahawa dia dipaksa menandatangani Akuan Bersumpah. Hari ini saya tersilap juga. Si Rasid (bukan Rasyid) ini juga membuat laporan polis bahawa dia dipaksa menandatangani Akuan Bersumpah berkaitan dengan Drama Liwat II, bukannya diliwat seperti yang dihebohkan oleh blogger UMCO. Liwat atau paksa tandatangan akuan, yang pasti plot drama ini semakin hebat! Wow! Saya petik kenyataan penuh Si Rasid ini:
* Sengaja siarkan tepat pukul 8 malam. Mahu lawan laporan TV3 Suku! Kah kah kah! Lepas baca, kliklah sekali: | |
| GEMPAR: Rashid Pula Buat Laporan Polis Diliwat Anwar Ibrahim? Posted: 13 Oct 2010 04:20 AM PDT Saya baca Akuan Berkanun Rahimi di laman sesawang ini tadi. Selepas itu, baca pula kiriman yang mengatakan bahawa seorang lelaki bernama Rashid telah membuat laporan polis berkaitan dengan salah laku seks DSAI. Nama Rashid ini sudah agak lama berlegar-legar dalam blog pro-UMCO. Siapa Rashid? Sila baca karangan tentang "mamat" ini di blog yang dibikin khusus untuk menyerang DSAI. Antaranya tulisannya termasuklah: Ramai tidak kenal siapa Rashid. Tetapi di kalangan inner circle Anwar yang bebas keluar masuk rumah Anwar kenal siapakah Rashid. Wan Azizah kenal. Ezam pun kenal. Rahimi juga kenal. Begitu juga Saiful Bukhari. Azmin kenal juga tetapi tidaklah begitu rapat kerana Rashid lebih dikenali di kalangan yang rapat dengan Wan Azizah. Azmin agak jauh dari Wan Azizah.
Jadi mari kita lihat plot seterusnya Drama Liwat II. Adakah plot "Rashid diliwat" ini sebahagian daripada Drama Liwat II? Atau mungkinkah si sutradara mahu menayangkan Drama Liwat III walaupun Drama Liwat II masih lagi ditayangkan di pawagam? Saya petik: [SD] Berita yang baru sampai ke meja Selangor Daily mengatakan seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim. | |
| Mari Baca Akuan Berkanun Rahimi Osman. Macam S***! Posted: 13 Oct 2010 03:00 AM PDT | |
| Jantan Sial...Budak Sekolah Baru Lepas Solat Engkau Rogol! Posted: 13 Oct 2010 12:23 AM PDT Lahanat! Menyirap darah apabila membaca kecelakaan sikap remaja yang merogol rakan adiknya yang baru selesai menunaikan solat Isyak dalam berita di bawah ini. Semoga Allah melaknatinya! Saya petik: [HM] KUALA LUMPUR: Hajat hati mengulangkaji pelajaran bersama rakan sekelas, namun nasib malang menimpa seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang dirogol abang kepada rakan sekelasnya sebaik selesai menunaikan solat Isyak, kelmarin. Malah, pelajar malang itu dikatakan tidak sempat menghabiskan bacaan doa sebelum diserang suspek berusia 18 tahun. * Gambar sekadar hiasan. | |
| Posted: 12 Oct 2010 09:30 PM PDT Kalau tidak ada gelaran lain, "Datuk" Ibrahim Ali kini hanya bergelar En Ibrahim. Sabar Encik Ibrahim, ada negeri lain yang akan menganugerahkan gelaran yang lebih hebat. Minta maaflah Encik Ibrahim, saya mahu tergelak...kah kah kah! Takziah! Saya petik: [TMI] KUALA LUMPUR, 13 Okt — Istana Kelantan menarik balik pingat "Datuk" yang dikurniakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkuat kuasa hari ini. Kemas Kini: Opps! Bukan Encik Ibrahim, tetapi Datuk Ibrahim. Butirannya di bawah ini: [MK] Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali. | |
| Daripada 8 Suspek, Hanya 4 Didakwa Bunuh Sosilawati & 3 Yang Lain Posted: 12 Oct 2010 08:51 PM PDT Saya petik: [TMI] BANTING, 13 Okt — Selepas genap sebulan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain disahkan mati dibunuh dengan kejam dan penuh tragis di Ladang Gadong di sini, empat suspek hari ini menghadapi tuduhan membunuh mereka. | |
| Mengapa Anda Perlu Melakukan SEKS Setiap Hari? 18 SX Posted: 12 Oct 2010 05:00 PM PDT Pernah dengar lagu "Sexual Healing"? Bagi pembaca yang tidak pernah mendengar lagu Marvin Gaye itu, sila klik di sini. Hal ini membuktikan bahawa penyembuhan secara seksual bukanlah suatu metafora kerana seks benar-benar dapat menyembuhkan seseorang. Hakikatnya seks dapat memulihkan tubuh badan dan menenangkan fikiran seseorang serta dapat mencegah pelbagai penyakit. Ada yang berpendapat bahawa seks ialah ubat terawal yang diketahui manusia dan ubat itu seharusnya diberikan setiap hari. Mari kita teliti lima alasan untuk mendorong anda melakukan hubungan seks setiap hari. Senaman yang Hebat Bersetubuh ialah suatu bentuk kegiatan fizikal. Semasa melakukan hubungan seksual, perubahan fisiologi yang berlaku di dalam tubuh anda adalah konsisten dengan pergerakan seksual. Kadar respiratori akan meningkat dan keadaan itu menunjukkan bahawa anda kepenatan. Selain berasa penat, situasi itu sebenarnya turut membakar kalori di dalam badan anda dalam kadar yang banyak. Misalnya, jika anda melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali seminggu, setiap sesi memakan masa 15 minit, jika dikumpulkan, anda sebenarnya telah membakar sebanyak 7.500 kalori dalam tempoh setahun. Jumlah kalori yang terbakar itu setara dengan aktiviti berjoging sejauh 120km! Kadar pernafasan yang laju ketika melakukan aktiviti seksual dapat meningkatkan jumlah oksigen di dalam sel badan, manakala testosteron yang dihasilkan pula dapat menguatkan tulang dan otot badan. Melegakan Kesakitan Kata-kata "Sayang, hari ini tidak boleh, saya sakit kepala." tidak boleh lagi menjadi alasan untuk mengelakkan hubungan kelamin. Hal ini demikian kerana ketika melakukan hubungan seks, tubuh badan lelaki dan perempuan menghasilkan hormon endorphin. Hormon ini berfungsi sebagai ubat untuk melegakan kesakitan. Oleh itu tidak hairanlah jika seseorang yang pening kepala kembali sihat selepas melakukan hubungan seks dengan suami atau isteri masing-masing. Kajian yang dilakukan oleh terapis seks terkenal, iaitu Gina Ogden menunjukkan bahawa semasa mengalami rangsangan seksual, terutamanya ketika orgasme, seseorang itu tidak merasa sebarang kesakitan. Jika si isteri mencari alasan lain untuk menolak ajakan anda, katakanlah kepadanya bahawa seks baik untuk sistem reproduktif kerana pergerakan seksual melatih otot PC. Hal ini secara tidak langsung dapat menjaga bentuk dan kesihatan organ reproduktif wanita. Seks juga meningkatkan kesuburan, melambatkan menopause, dan meringankan gejala PMS. Melindungi Prostat Sebahagian besar cecair ejakulasi dirembeskan oleh kelenjar prostat. Oleh yang demikian, jika anda tidak mengalami ejakulasi dalam tempoh yang lama, maka kelenjar prostat berisiko tinggi untuk membengkak dan keadaan itu sudah tentu mendatangkan masalah yang serius. Ejakulasi secara teratur dapat menjamin kesihatan prostat anda. Mencegah Mati Pucuk Lima puluh peratus lelaki berusia 40 tahun dan ke atas menderita sindrom mati pucuk. Keadaan ini sangat membimbangkan golongan lelaki kerana penyakit ini mendatangkan pelbagai implikasi baik kepada diri sendiri mahupun pasangan mereka. Namun, mereka tidak perlu berasa terlalu risau kerana ubat terbaik untuk menghindari mati pucuk atau impotensi ialah... seks. Melegakan Tekanan Seks secara saintifiknya dapat melegakan tekanan seseorang. Ketika melakukan seks, tubuh badan kita menghasilkan dopamin, iaitu suatu zat yang dapat melawan hormon tekanan, selain endorphin atau "hormon kebahagiaan" dan oxytocin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari. Olahan semula berdasarkan sumber ini. * Perhatian: Artikel ini untuk manfaat pembaca yang sudah berkahwin sahaja. |
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Tiada ulasan:
Catat Ulasan