Rabu, 13 Oktober 2010

Biaqpila

Biaqpila


Petronas Dipaksa Beli Tanah KLCC, Kroni Umno-BN Untung RM600 Juta

Posted: 13 Oct 2010 06:00 AM PDT



BINTULU 13 Okt - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia didesak supaya menjalankan siasatan segera berhubung urusan jualbeli tanah KLCC yang didakwa mengakibatkan Petronas terpaksa membeli tanah tersebut pada harga RM900 juta sekaligus memberikan keuntungan amat lumayan kepada salah seorang kroni Umno-Barisan Nasional terkaya di Malaysia.

Mantan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong mendakwa Petronas dipaksa membeli tanah di mana terletaknya menara berkembar Petronas kini daripada kroni tersebut pada harga berlipat kali ganda.

"Kerajaan tidak meminta Kelab Kuda untuk menyerahkan atau menjual tanah tersebut kepada Petronas. Apa yang dilakukan ialah memaksa Kelab Kuda tersebut menjual tanah yang bernilai tinggi itu kepada kroni teristimewa Mahathir.

"Kroni tersebut kemudiannya mendapat keuntungan yang amat besar dengan menjualkan tanah itu kepada Petronas. Pengurusan atasan Petronas diarahkan supaya membayar pada harga itu tanpa dibenarkan langsung merunding harga tersebut," kata Dr Tan ketika menyampaikan penerangan kepada anggota Parti Keadilan Rakyat d sini semalam.

Suara Keadilan difahamkan daripada sumber dalaman Petronas, Lembaga Pengarah syarikat petroliam itu sememangnya telah 'dipulas tangan' oleh bekas Perdana Menteri itu supaya membeli pada harga tersebut.

"Beberapa ketika dahulu syarikat minyak Shell dan Esso telah mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa Petronas adalah salah sebuah syarikat petroliam yang amat sukar dalam rundingan urusniaga dengan mana-mana pihak pun di dunia. Ini menunjukkan Petronas akan berusaha sedaya upaya dalam setiap urusan perniagaan untuk mendapatkan rundingan harga terbaik dan perjanjian yang menguntungkan syarikat itu.

"Tetapi dalam kes tanah KLCC, Lembaga Pengarah KLCC dipaksa membayar harga yang telah ditetapkan 'harga mati' tanpa dibenarkan untuk merundingkan harga walau sesen pun. Bagaimana sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang diiktiraf dan dihormati pesaing sebagai rakan kongsi yang sangat sukar dalam rundingan perniagaannya dipaksa sebegitu rupa untuk tunduk kepada kuasa politik dan ketamakan bekas Perdana Menteri dan kroninya yang begitu rakus. Urusan jualbeli tersebut benar-benar satu malapetaka yang menimpa Petronas dan mulai saat itu kroni Dr Mahathir mula meletakkan tangan mereka pada kantong Petronas," kata sumber itu.

Tanah seluas ekar yang terletak dalam kawasan tiga segi emas atau 'golden triangle' dikatakan bertaraf pertanian pada awalnya sebelum ditukar statusnya kepada tanah komersial setelah dibeli kroni Dr Mahathir pada harga RM300 juta.

Hanya setelah taraf tanah tersebut ditukar kepada komersial baru ianya dijual kepada Petronas pada harga RM900 juta.

Ini bermakna kroni tersebut telah mendapat keuntungan atas angin dengan senang sebanyak RM600 juta padahal persoalan yang timbul mengapakah Petronas tidak dibenarkan berunding terus dengan pemilik tanah gelanggang lumba kuda tersebut?

"Ini jelas menunjukkan bagaimana mantan Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya sebagai menteri yang dipertanggungjawab untuk menjaga Petronas untuk mengkayakan kroninya dengan menggunakan dana awam.

"Malah apa yang mengejutkan kroni tersebut berjaya mengaut keuntungan dengan begitu besar sebanyak RM600 dalam masa beberapa bulan sahaja tanah tersebut ditukar status daripada tanah pertanian kepada komersial," tegas Dr Tan lagi.



Dr Tan menjelaskan pada asalnya pembinaan ibu pejabat baru Petronas dicadangkan di Jalan Tun Razak berhadapan dengan Kelab Golf DiRaja Selangor di mana terletaknya Hospital Prince Court sekarang.

"Ini perlu dilakukan memandangkan ibu pejabat di Bangunan Dayabumi ketika itu sudah sesak dan tidak lagi mampu menampung perkembangan pesat Petronas.

"Bagaimana pun pembinaan ibu pejabat baru tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bantahan daripada Jabatan Penerbangan Awam kerana ia terletak di laluan udara Lapangan Terbang TUDM Sg Besi," jelas beliau lagi.

Dr Tan berkata Petronas kemudiannya membeli sebidang tanah di Jalan Ampang, dibelakang dahulunya Plaza Yow Chuan dengan harga RM30 juta.

"Tiba-tiba Mahathir masuk campur dan mengumumkan rancangan liciknya untuk merompak wang daripada khazanah Petronas dengan tujuan mengkayakan kroni beliau.

"Sebahagian daripada rancangan beliau ialah dengan mencipta isu di dalam media dengan mengatakan kelab lumba kuda di Jalan Pinang menyebabkan kesesakan trafik yang teruk setiap hujung minggu.

"Selepas isu itu disensasikan, Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memutuskan gelanggang lumba kuda itu mesti dipindahkan ke Sg Besi di mana ia terletak sekarang.

Dalam ucapan pengulungan perbahasan Rancangan Malaysia Keenam di Dewan Rakyat pada 18 Julai 1991, Dr Mahathir mengakui kelab lumba kuda itu telah diarahkan berpindah oleh kerajaan.

"Tanah Kelab Lumba Kuda dijual berikutan arahan kerajaan kepada kelab tersebut supaya keluar dari pusat Kuala Lumpur kerana lokasinya meyebabkan kesesakan lalulintas. Oleh kerana Kelab tersebut memerlukan wang untuk membina padang lumba kuda baru, kelab itu memutus untuk menjual tanahnya di Jalan Ampang.

"Mengikut laporan sebuah majalah asing, Encik (Ananda) Krishnan membeli tanah ini pada masa resesi di waktu mana harga tanah jatuh dengan teruk dan ramai yang bankrap dan tidak ramai yang berminat atau mampu membeli hartanah.

"Tanah seluas 96 ekar ini terletak dalam kawasan tiga segi emas atau dengan izin "golden triangle" yang amat diminati oleh pemaju-pemaju. Sekarang apabila ekonomi telah pulih dan terdapat dengan izin "building boom", tanah di kawasan tiga segi emas biasa dijual dengan harga yang amat tinggi," kata Dr Mahathir.

Dalam ucapan beliau, Dr Mahathir berkata Petronas telah diarahkan untuk membeli 50 peratus saham Seri Kuda, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ananda.

"Kerajaan telah mensyaratkan kepada Sri Kuda bahawa lebih dari 50 peratus tanah kelab hendaklah dijadikan 'public park'. Ini bermakna bahawa harga belian satu kaki persegi tanah boleh meningkat 100 peratus. Walau bagaimanapun, Petronas yang memerlukan ruang pejabat yang besar hanya bersetuju secara prinsip untuk mengambil 51 peratus dari saham Seri Kuda. Sebuah firma penilai bebas telah ditugas oleh Petronas untuk menilai tanah tersebut. Jika harga yang ditawarkan kepada Petronas menguntungkannya, baharulah Petronas akan membeli saham Sri Kuda.

"Jika harganya akan merugikan Petronas, maka Petronas tidak akan membelinya. Jika Petronas tidak mengambil saham ini, berpuluh syarikat lain akan berebut-rebut membelinya," kata beliau.

SK



Proton Waja Lancer ?

Posted: 13 Oct 2010 03:00 AM PDT

Penantian satu penyeksaan terutama bagi peminat Proton Waja Lancer yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Dikhabarkan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai yang mana pra-pelancarannya bagi Proton Waja Lancer bakal jatuh pada tarikh, 16 Oktober 2010. Kalau muktamad tarikh tersebut, maka pra-pelancaran Proton Waja Lancer diadakan pada hari Sabtu minggu hadapan. Walaubagaimanapun, nantikan pengumuman rasmi daripada Proton sedikit masa sahaja lagi.

Koleksi yang anda lihat gambar yang berjaya ditangkap ketika Proton Waja Lancer ini berada di sekitar Genting Highland. Pastinya mereka menggunakan kesempatan yang ada terutamanya lokasi di Genting Highland untuk memandu uji buat kali-kali yang terakhir sebelum Proton Waja Lancer ini mula dilancarkan tidak lama lagi. Setakat ini, berdasarkan gambar-gambar Proton Waja Lancer yang berjaya hanya terdapat dua warna sahaja yang mungkin ditawarkan ketika ini iaitu warna merah dan putih. Mungkin…….

Berdasarkan cakap-cakap kakitangan Proton yang selesai memandu uji di sekitar lokasi tersebut, Proton Waja Lancer ini mempunyai dua varian (1.8 dan 2.0). Paling menarik adalah model 2.0, mempunyai paddle-shift, auto cruise dan spoiler kecil yang sporty seperti model Persona. Versi 2.0 juga mempunyai kusyen berbalut kulit. Proton mengambil model Mitsubishi Lancer EX untuk menggantikan Waja, dengan enjinnya masih sama cuma mereka menggantikannya dengan suspensi baru dan rim bersaiz 16 inci.



Tambahan info terbaru datang dari kakitangan Proton sendiri yang mana division permotoran Proton iaitu R3 juga sedang membina model Waja Lancer R3. Mungkin sebab-sebab untuk memastikan pelancaran Proton Waja Lancer ini berada dalam keadaan terbaik dan sempurnan sebelum dibuka untuk jualan, akhirnya berlaku penangguhan Proton Waja baru ini.

Dijangka Proton Waja Lancer yang dikilangkan di Shah Alam dan akan mula dijual bermula Disember 2010. Harganya dalam lingkungan RM60,000-RM70,000 untuk versi 1.8 dan versi 2.0 berharga antara RM80,000-RM90,000. Ini maklumat terbaru berkenaan dengan harga Proton Waja Lancer baru ini. Tetapi kalau mereka sendiri yang terdiri daripada kakitangan Proton berkata begitu, ada asasnya. Walaubagaimanapun, kepada peminat Proton Waja Lancer yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, nanti tarikhnya.....


sungguhka

'Gadis ghaib henti guna bomoh'

Posted: 13 Oct 2010 12:00 AM PDT


PENGAMAL perubatan dilantik YIT dan orang ramai membaca surah Yasin sebagai sebahagian daripada rawatan gadis ghaib dari rumahnya.

2010/10/12

JERTIH: Pengamal perubatan Islam yang dilantik Yayasan Islam Terengganu (YIT) merawat gadis ghaib, Siti Balqis Mohd Nor, 22, meminta keluarga itu tidak menggunakan khidmat bomoh lain untuk sementara waktu bagi memastikan proses rawatan dilaksanakan dengan berkesan.

Permintaan itu diutarakan tiga pengamal perubatan berkenaan semalam selepas mereka menangkap 12 lagi jin di rumah gadis itu di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, termasuk makhluk dipercayai ditinggalkan bomoh lain yang merawat gangguan misteri terbabit.

Pengamal perubatan berkenaan yang juga anggota skuad khas ditubuhkan YIT untuk menangani penyakit misteri dan histeria, meminta langkah sedemikian selepas mendapati ikhtiar mereka sejak beberapa hari lalu menunjukkan hasil apabila gadis itu tidak lagi ghaib pada waktu senja.

Anggota skuad khas itu dibawa Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat ke rumah Siti Balqis untuk merawat mengikut cara Islam sejak Sabtu lalu dan sesi rawatan awal tamat tengah hari semalam.

Ketua skuad perubatan khas YIT, Fauzi Yusof, berkata pasukan itu sudah menangkap 12 jin dengan berlandaskan kaedah Islam dengan membaca ayat al-Quran dan turut 'memagar' rumah itu dengan menabur beras, garam dan lada hitam di keliling rumah.

Katanya, beliau tidak menggalakkan pihak lain untuk mengubati gadis itu dalam tempoh terdekat kerana tidak mahu mengganggu keadaan yang kini sudah menampakkan tanda positif.

Sementara itu, Ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, berkata anaknya kini menunjukkan banyak kemajuan selepas tiga sesi rawatan pasukan berkenaan dan dalam tempoh 48 jam lalu tiada lagi gangguan misteri yang berlaku.
Norizan berkata, dia akur dengan syarat ditetapkan pengamal perubatan Islam berkenaan dan akan berusaha mengikut apa yang diarahkan supaya anaknya pulih seperti sedia kala.

Tinjauan Berita Harian ke rumah keluarga terbabit semalam mendapati pengamal perubatan Islam berkenaan menjalankan sesi rawatan dengan solat hajat, doa, bacaan ayat suci al-Quran dan memandikan gadis terbabit dan ibunya.

Kira-kira 14 kakitangan YIT dari daerah Besut dan Setiu menyertai solat hajat dan doa sebelum tiga pengamal perubatan Islam terbabit memulakan sesi merawat gadis berkenaan serta ibunya mulai pagi semalam.

Hadir sama pada sesi rawatan itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria.

BH

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali

Posted: 12 Oct 2010 09:00 PM PDT



Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang diberikan kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'datuk'nya itu telah dilucutkan.

Pingat itu dikurniakan oleh Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Petra.

"Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.

Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka," katanya dalam pesanan ringkas SMS kepada Malaysiakini.

Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi.

"Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripa budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku," katanya.

Ibrahim juga menjelaskan beliau masih mempunyai dua lagi darjah yang memabawa gelaran 'datuk' - iaitu DPMS dan DMSM yang diterimanya daripada Selangor dan Melaka.

MK

Konstabel rogol guru

Posted: 12 Oct 2010 06:00 PM PDT

2010/10/12

Tertuduh didapati bersalah ceroboh bilik anak anggota polis

MIRI: Seorang anggota polis dijatuhi hukuman maksimum penjara 20 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah merogol anak anggota polis lain di kuarters Ibu Pejabat Polis Marudi di sini, Oktober tahun lalu.

Konstabel Haziq Jumat, 25 yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi, didapati bersalah melakukan kesalahan itu pada jam 4.30 pagi, pada 30 Oktober 2009.

Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, perbuatan jijik anggota polis itu tidak seharusnya berlaku, apa lagi beliau seorang anggota pasukan keselamatan.

Justeru kata beliau, hukuman berat harus dikenakan terhadap tertuduh sebagai teladan kepada anggota pasukan keselamatan yang lain.

"Hukuman ini wajar dijadikan pengajaran kepada individu lain supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk ini terutama di kalangan anggota pasukan keselamatan mahupun orang awam," katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.
Mengikut fakta kes, tertuduh menceroboh bilik mangsa yang ketika itu sedang tidur menerusi tingkap dan mengacukan pisau serta mengarahnya membuka seluar, sebelum merogolnya.

Tertuduh ditahan polis selepas mangsa berusia 20 tahun yang bekerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di sini membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada keesokan hari.

Awang Krisnada berkata, selepas mendengar hujah dan fakta daripada pihak pendakwa, mahkamah mendapati pendakwa raya berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab tertuduh itu telah merosakkan masa depan mangsa.

BH

Tiada ulasan: