Sabtu, 7 Januari 2017

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Pemimpin AMANAH Redah Banjir Hantar Sumbangan Di Kelantan

Posted: 07 Jan 2017 01:30 AM PST

Pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) terpaksa meredah banjir bagi membantu mangsa-mangsa yang dilanda banjir di negeri Kelantan yang merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat banjir tahun ini.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Hj Salehuddin Ayub telah mengetuai misi menghantar bantuan dan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan sejak kelmarin.

Beliau terpaksa menaiki bot untuk sampai ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir bagi mempastikan semua sumbangan dan bantuan dapat diserahkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.


Diantara tempat yang dilawati oleh Salehuddin ialah Kg Chenerai di DUN Meranti dimana di situ beliau telah diserbu oleh penduduk kampung berkenaan untuk mendapat bantuan.


Bantuan tersebut telah disediakan oleh Amanah Kelantan dengan kerjasama penuh daripada Pemuda Amanah Kelantan, team sukarelawan, team 4x4 dan team bot. Sebanyak 600 bungkus Nasi Air Dingin yang popular sebagai sarapan pagi oleh rakyat Kelantan ini disediakan oleh Pemuda Amanah Kelantan untuk mangsa banjir di Rantau Panjang.

Sebelumnya, Pemuda Amanah Kelantan telah menyampaikan bantuan awal berupa Nasi Air Dingin yang ditempah khas dari Tumpat.

Negeri Kelantan dilaporkan merupakan negeri yang paling teruk dilanda banjir pada tahun ini dimana hampir 15,000 orang dari 5,000 keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di negeri tersebut.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi infobanjir, sebanyak 36 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan mangsa banjir terbabit di empat jajahan negeri itu.

Jumlah mangsa banjir paling ramai ialah di Jajahan Pasir Mas iaitu sebanyak 9,673 orang daripada 3,598 keluarga yang ditempatkan di 27 pusat pemindahan, diikuti Jajahan Tumpat sebanyak 3,549 orang daripada 1,139 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Sementara itu, Naib Presiden AMANAH, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunos pula telah turut serta mengetuai misi menghantar sumbangan dan bantuan untuk mangsa banjir ke Kg.Bongor, dalam DUN Meranti parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Segala sumbangan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir tanpa mengira latarbelakang dan fahaman politik.


Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Kemanusiaan dan Bencana Alam (KKBA) AMANAH di dalam satu status facebooknya menyatakan,

"Kami apabila menolong tidak memilih bulu. Kami tidak mengajar budaya TAKFIRI, penolakan segala yang BUKAN KITA atau menyuburkan (sikap) MEMBENCI parti lain."

Pengarah ARiF Malaysia, Sdra. Johari Osman pula telah turut bersama dengan team ARiF dari Johor dan Melaka menghantar bantuan dan sumbangan ke Kampung Bendang Pok Yop, di daerah Tumpat Kelantan.

Johari telah membawa sumbangan-sumbangan yang berupa makanan, pakaian dan keperluan harian yang telah dikumpul oleh AMANAH Melaka dan Johor.

Presiden Parti Amanah Negara, Tn Haji Mohamad Sabu sebelum ini telah mengeluar kenyataan meminta semua negeri dan kawasan serta sayap Pemuda, Awan dan Wanita Muda, memberikan kerjasama penuh bagi membantu pasukan tersebut dalam menggerakkan misi bantuan bagi meringankan bebanan mangsa banjir.

"Mewakili AMANAH, saya ingin menyatakan kebersamaan kami dengan seluruh mereka yang terjejas dan kami akan memberi bantuan sekadar termampu serta mendoakan semoga kita tabah menghadapi ujian yang sedang melanda negara ketika ini," ujarnya.

AMANAH Kelantan telah menubuhkan Bilik Gerakan Bantuan Banjir sejak beberapa hari lepas dimana Ustaz Che Ibrahim Mohamed, Naib Pengerusi 2 Amanah Kelantan sebagai Ketua Operasi Bantuan Banjir Amanah Kelantan.

Pusat bantuan banjir ini berpusat di Pejabat Amanah Kawasan Kubang Kerian (Hadapan Istana Kubang Kerian)

Sebarang sumbangan amat dialu-alukan untuk mangsa banjir kali ini yang boleh dilakukan terus melalui akaun: 553104572310 (Maybank)- Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan
atau
20305360014354 (RHB)- Wanita Peduli.







FEATURED ADS



Tiada ulasan: