Selasa, 10 Januari 2017

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kerajaan Pulau Pinang pertimbang hadiah istimewa kepada Faiz Subri

Posted: 10 Jan 2017 02:46 AM PST

 

Roketkini.com / foto Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang 


GEORGE TOWN: Susulan kejayaan merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 pagi tadi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mempertimbangkan untuk memberikan hadiah istimewa kepada penyerang pasukan bola sepak negeri itu, Mohd Faiz Subri.

Mengumumkan perkara berkenaan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Faiz telah berjaya mengharumkan nama negara di persada bola sepak dunia dengan menjadi pemain Asia pertama menerima anugerah berprestij itu.

Pencapaian luar biasa Faiz, katanya, amat dibanggakan serta harus menjadi contoh kepada semua pihak, khususnya anak muda yang mahu memahat nama di arena antarabangsa.

"Saya percaya, kejayaan dicapai beliau boleh diteladani khususnya anak-anak muda. Untuk menempa kejayaan seperti Faiz, tidak ada jalan pintas. Beliau telah berusaha keras, rajin dan berdisiplin.

"Faiz memang seorang yang gigih dan bekerja kuat, beliau telah menjalani banyak latihan. Dan disiplin beliau telah membawa kejayaan yang gemilang ini," katanya yang turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada anak muda berusia 29 tahun itu.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pernah menganugerahkan insentif berjumlah RM10,000 kepada Faiz sebagai tanda menghargai jaringannya yang dianggap 'ajaib' itu.

Jaringan itu dilakukan beliau ketika perlawanan menentang Pahang dalam saingan Liga Super pada 16 Februari lalu yang kemudiannya menjadi viral di media sosial dan membolehkan beliau tercalon.

Faiz memperoleh undian tertinggi sebanyak 59.46 peratus untuk jaringan gol terbaik dunia mendahului pesaing sengitnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil ( 22.86%) dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela  (10.01%). – Roketkini.com


KE MANA NAJIB BERCUTI HUJUNG TAHUN INI?

Posted: 10 Jan 2017 01:18 AM PST

 shahbudindotcom


Selepas Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang telah mengambil tindakan dan melakukan penyiasatan berhubung skandal 1MDB, kini Australia dilaporkan menjadi negara keempat yang turut mengambil langkah yang sama.

Menurut laporan The Australian, Polis Persekutuan Australia sedang menyiasat kemungkinan dana 1MDB yang diselewengkan itu mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia serta sama ada ia melibatkan perlanggaran undang-undang di negara tersebut.

Apa yang menarik, laporan mengenai langkah Australia itu hanya muncul seminggu selepas Najib Razak dan keluarganya kembali daripada bercuti hujung tahun di negara tersebut.
 
 
 
 
Jika kita perhatikan, sejak terdedahnya skandal 1MDB dan beberapa negara kemudian diketahui mengambil tindakan berhubung kegiatan penipuan dan penggubahan wang haram berkaitan syarikat pelaburan itu, Najib didapati tidak lagi "berminat" pergi ke negara-negara tersebut.

Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura adalah negara-negara yang sudah tidak lagi dikunjungi Najib dan keluarganya, baik secara rasmi, bercuti mahu pun untuk membeli-belah sejak timbulnya isu 1MDB.

Maka, tidak mengejutkan jika Australia akan menjadi negara terbaru yang akan "dipulaukan" Najib selepas negara itu dilaporkan turut menyiasat 1MDB.

Lalu, ke mana lagi Najib mahu bercuti?

Mungkinkah ke China atau Kazashtan saja?

Tidak memeranjatkan kita jika Najib hanya memilih untuk bercuti di dalam negara saja pada hujung tahun nanti.

1MDB akhirnya membuatkan dunia ini semakin mengecil buat Najib. 


Mat Sabu: Mari lepas geram di Himpunan Rakyat Marah

Posted: 10 Jan 2017 01:07 AM PST

 
Presiden Amanah berkata himpunan itu akan menjadi platform rakyat melepaskan kemarahan mereka susulan kenaikan harga barang dan rasuah berleluasa dalam kalangan penjawat awam.


matsabu-himpunan

BUTTERWORTH: Jangan senyum, buat muka marah dan protes kerajaan, kemudian berarak dalam himpunan mega yang akan diadakan di Kuala Lumpur tidak lama lagi, kata Mohamad Sabu.

Presiden Amanah itu berkata himpunan yang sedang dirancang itu akan menjadi platform rakyat melepaskan kemarahan mereka susulan kenaikan harga barang dan rasuah yang berleluasa dalam kalangan penjawat awam.

Beliau yang dikenali dengan nama Mat Sabu berkata himpunan itu diilhamkan oleh blogger dan aktivis Hishamuddin Rais, yang memaklumkan kepadanya mengenai rancangan itu menerusi telefon baru-baru ini.

"Cukup-cukuplah, kami sudah jemu dengar cerita fasal pemimpin rasuah. Kami hairan mengapa rakyat tidak marah. Kenapa rakyat Malaysia tak marah rasuah?

"Jadi satu NGO telefon saya berkata mereka sedang usahakan satu himpunan sebelum pilihan raya umum akan datang. Ia akan dinamakan Hari Rakyat Marah. Himpunan Marah!

"Kita turun dari rumah jangan senyum langsung, kita marah sampai balik," katanya sambil disambut sorakan kira-kira-kira 1,000 hadirin pada majlis ceramah Solidariti bersama Anwar Ibrahim di Prai, malam tadi.

Mat Sabu berkata langkah Hishamuddin untuk menganjurkan himpunan itu tepat pada masanya kerana reputasi negara kini tercemar teruk akibat skandal rasuah.

"Negara kita sangat terkenal sekarang. Ke mana saja rakyat Malaysia pergi, orang akan tanya mengenai rasuah dan penipuan.

"Dulu kita ditertawakan oleh orang Eropah tetapi sekarang jiran kita Thailand pun tanya bagaimana kita berdepan dengan perkara seperti ini," katanya.

Mat Sabu berkata ketika berkunjung ke Thailand baru-baru ini, seorang pegawai imigresen bertanya kepadanya mengenai pemimpin kerajaan Malaysia.

"Pegawai Thai itu tanya saya: 'Apa you punya PM masih kuasa? Kalau kami di Thailand dah jatuh lama. Sekali kita demo 3 hari PM keluar.'

"Mana nak letak muka kita macam ni," katanya.

Terdahulu, 10 pemimpin Pakatan Harapan berucap di depan khalayak termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi Amanah Pulau Pinang Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Nasib pendidikan tinggi negara, mana pendirian moral kerajaan?

Posted: 10 Jan 2017 12:50 AM PST

Oleh Nurul Izzah Anwar

nurul izzah anwar2


Saya terkesan dengan respon mempertahan hak Perdana Menteri ke luar negara bercuti bersama anak-anak meskipun menggunakan jet peribadi.

Ternyata, kita memahami sudut manusiawi dan ruang bersama kekeluarga buat Perdana Menteri kita.

Persoalannya, di manakah sudut manusiawi Perdana Menteri dalam memacu kebajikan rakyat apabila belanjawan pendidikan dan kesihatan rakyat dipotong?]


Manusiawikah Perdana Menteri apabila memutuskan universiti ulung kita, Universiti Malaya menanggung potongan hampir 60 peratus belanjawan kajian dan pembangunan?

Potongan ini sampai mengakibatkan penjawat awam UM yang melahirkan kenyataan bahawa mustahil buat mereka mengekalkan kecemerlangan penyelidikan apabila belanjawan dipotong.

Bayangkan sahaja apabila RM100 juta belanjawan untuk tahun 2015 dipotong ke RM40 juta pada tahun 2016.

Nasib Universiti Malaya berlatarbelakangkan belanjawan universiti-universiti Malaysia yang hampir kesemuanya dipotong secara keterlaluan.

Universiti Malaya yang telah diperuntukkan RM638.1 juta bagi tahun 2015, telah dikurangkan peruntukannya sebanyak 27 peratus kepada RM463.9 juta pada tahun 2016 — selaras dengan potongan 40 peratus untuk penyelidikan tahun lepas.

Bukankah penulisan dan hasil dapatan kajian itu adalah merupakan input/keperluan yang boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat secara umum?

Sekarang, peruntukan keseluruhan Universiti Malaya hanya bernilai RM370 juta bagi tahun 2017, iaitu 20 peratus kurang dari peruntukan pada tahun 2016, dan 42 peratus kurang dari peruntukan pada tahun 2015.

Tanpa pelan jangka masa panjang yang bersifat berkala dan mapan, universiti tidak wajar dibebankan dengan dasar kementerian untuk menjana pendapatan dan menanggung urusan-urusan teknikal hanya kerana kegagalan kerajaan dalam menguruskan kewangan negara.

Lebih malang lagi, buat universiti-universiti lainnya seperti Universiti Malaya yang mempunyai hospital pengajar (teaching hospital) seperti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Maksudnya kesemua pelajar jurusan perubatan dan hospital terkait turut terkesan akibat pemotongan ke atas universiti.

Para pesakit terpaksa dikenakan caj yang tinggi apabila hospital tidak lagi mampu menampal kemerosotan dana dalam rawatan dan ubat-ubatan. Sewajibnya menjadi tanggungjawab kerajaan menjaga status serta kualiti khidmat hospital pengajar.

Para pesakit dan hospital jangan dijadikan mangsa kebobrokan salah urus tadbir negara akibat kemelut rasuah dan pembaziran.

Tuntutan agar universiti menjana 30 peratus pendapatan sendiri melalui produk penyelidikan adalah desakan yang mendadak dan tidak mengambil kira kesulitan universiti. Pendidikan bukan untuk diniagakan.
Malangnya, yuran kekal sama walau kualiti penyelidikan dan pengajar semakin menurun dengan keputusan Perdana Menteri yang anti pendidikan dan kesihatan.

Cadangan Penyelesaian:

1) Jaminan terbaik bagi autonomi universiti – di segi pentadbiran dan akademik – ialah dengan mempunyai Piagam Universiti bersama dengan Suruhanjaya Geran Universiti (UGC), yang terbukti berjaya dilaksanakan di banyak negara.

2) Pertahankan prestasi universiti dan kebebasan mereka daripada campur tangan atau pengaruh mana-mana kepentingan politik dan kewangan. Perlu adanya perbincangan dan ruang diskusi terutamanya dalam mendesak kerajaan mengembalikan hak universiti. Mungkin sahaja sekiranya pihak pentadbiran UM mengambil langkah bijaksana lagi berani dengan mendokong tindakan mahasiswa #TangkapMO1 mempersoalkan pemimpin nombor satu negara, pastinya para penyelidik dan pensyarah tidak perlu menanggung beban potongan yang maha tinggi.

3) Rasionalisasi pemotongan belanjawan terutamanya terhadap universiti yang mempunyai hospital bagi tujuan penyelidikan. Potongan terus terhadap universiti pastinya memberi kesan secara langsung terhadap para pesakit yang sedang menjalani rawatan di hospital universiti seperti PPUM,HUKM dan HUSM. Dari tahun 2016, bajet untuk PPUM telah dipotong sebanyak 7 peratus dari RM443.5 juta ke RM412 juta untuk tahun 2017.

Justeru, saya gesa agar Dato' Seri Najib Razak bersama barisan memanda menteri agar berhentilah memainkan sentimen yang kononnya manusiawi tetapi bersikap acuh tak acuh dalam menangani isu yang merantai benak rakyat terutamanya para pelajar dan pesakit di Malaysia.

Perdana Menteri, pertahankanlah sudut manusiawi rakyat dengan melabur dana dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

#BersamaSelamatkanMalaysia #TangkapKleptokrat #BersamaPerangiRasuah
#ManaDanaUniversiti

* Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN.

Serbuan SPRM ke Pejabat Ketua Menteri Melaka, apa penjelasan Idris Haron?

Posted: 10 Jan 2017 12:42 AM PST

OLEH SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

 SPRM

Saya mengalu-alukan tindakan SPRM membuat serbuan ke atas Pejabat Ketua Menteri Melaka, Seri Negeri petang semalam walaupun masih terlalu awal untuk membuat sebarang penilaian sama ada "jerung" atau "bilis" yang akan diambil tindakan.

Menurut laporan media, serbuan SPRM itu dibuat sebagai langkah susulan siasatan kes rasuah membabitkan pegawai kerajaan negeri.

Serbuan SPRM ini bukanlah satu tindakan yang memeranjatkan memandangkan pada 28 November yang lalu seorang pegawai kanan kerajaan negeri telah ditahan oleh SPRM dan akaun berjumlah sebanyak RM23 juta telah dibekukan.

Pegawai kerajaan yang ditahan itu dikatakan seorang yang rapat dengan Ketua Menteri. Bukan itu sahaja, beliau juga pernah berkhidmat bersama dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Ini menimbulkan persoalan sama ada pegawai berkenaan telah melakukan amalan rasuah sejak Ali Rustam menjadi Ketua Menteri sehingga ke hari ini.

Apakah ada juga penglibatan pegawai-pegawai atau orang-orang kanan Idris yang lain memandangkan petikan laporan media berkenaan juga melaporkan orang-orang kanan Idris turut disiasat?

Saya mendesak YAB Datuk Seri Utama Idris Haron untuk tampil segera membuat penjelasan secara terperinci mengenai serbuan SPRM ke atas pejabat beliau bagi menangkis persepsi umum bahawa terdapatnya amalan rasuah yang berleluasa sekarang.

KEADILAN Melaka mengajak pegawai-pegawai kerajaan negeri yang berani untuk tampil menjadi "whistleblower" dengan menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan rasuah dan penyelewengan kepada kami.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
AHLI PARLIMEN BUKIT KATIL
PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI PARTI KEADILAN RAKYAT MELAKA
NAIB PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT

Jelaskan projek ‘Gajah Putih’ RM700 juta di KL

Posted: 10 Jan 2017 12:38 AM PST

OLEH AFIX REDZUAN

kl


SHAH ALAM : KEADILAN mendesak Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz menjelaskan projek didakwa menjadi 'gajah putih' dianggarkan hampir RM700 juta.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, laporan akhbar The Star bertajuk 'From monuments to failures' memeranjatkan warga Kuala Lumpur dan membangkitkan semula pandangan perlunya reformasi untuk menyelamatkan DBKL.

Beliau mendakwa secara purata RM47 juta dibelanjakan setiap tahun selama 15 tahun untuk projek 'gajah putih' yang tidak mendatangkan manfaat sepatutnya.

"Sepuluh projek 'gajah putih' dilaporkan antaranya belon amaran banjir di Kampung Kasipillay pada 2013 bernilai RM200,000 dan RM365 juta bagi sistem pengawasan lalu lintas (ITIS) yang dilancarkan pada 2002 dianggarkan semuanya berjumlah RM700 juta.

"RM700 juta ini mungkin boleh diguna untuk membina sepuluh buah sekolah yang mempunyai 24 bilik darjah dengan menggunakan Industrialised Building System (IBS) seperti yang disebut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid Ogos lalu.

"Jumlah ini juga lebih dari mencukupi untuk mengganti kesemua lif di 62 PPR dan PA di seluruh Kuala Lumpur pada harga RM500,000 sebiji," katanya dalam satu kenyataan.

Fahmi turut menimbulkan persoalan bagaimana kos projek yang tinggi itu boleh diluluskan bahkan ia berlarutan bertahun lamanya tanpa meletakkan soal kebertanggungjawaban terhadap penggunaan wang rakyat.

"Bagaimanakah Lembaga Penasihat Bandaraya yang mempunyai 15 ahli yang tidak dipilih dan dipengerusikan Datuk Bandar boleh membenarkan projek 'gajah putih' ini berlaku tahun demi tahun? Tidakkah mereka berasa mereka bertanggungjawab kepada rakyat?

"Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya digesa memberi penjelasan penuh terhadap projek itu serta mengumumkan projek 'gajah putih' lain yang mungkin belum kita ketahui," katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya pembayar cukai yang tinggal di 11 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur memilih sekurang-kurangnya 11 daripada 15 Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya menerusi prinsip 'tiada cukai tanpa perwakilan'.=EZY=

Menghalal yang haram

Posted: 10 Jan 2017 12:32 AM PST



OLEH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


 

Bolehkah duit yang didapati secara haram diguna untuk membiayai ibadah tertentu? Kita semua maklum bahawa jika kita termakan makanan yang haram bagi orang Islam (daging babi umpamanya) maka kita tidak bersalah.

Tetapi jika kita tahu makanan yang dihidang itu haram, kita makan juga, maka perbuatan kita itu salah disisi agama.

Demikian juga apabila kita tahu duit itu dicuri, tetapi kita terima duit itu untuk apa juga tujuan, maka perbuatan itu tentulah salah. Jika salah untuk perbuatan lain, tentulah salah juga untuk membiayai ibadat.

Hanya mereka yang bertujuan membodek orang tertentu sahaja yang akan halalkan wang yang dicuri oleh kerajaan.

Kalau menyatakan wang dicuri tidak boleh biayai ibadat haji adalah percubaan menjadi Tuhan, kenyataan itu menunjuk kekerdilan akal fikiran.

Pangkat tidak boleh membetulkan pendapat yang salah. Pencuri berpangkat masih pencuri.

Duit yang dicuri masih duit haram. Ia tidak boleh dihalalkan dengan menggunanya untuk ibadat. Makanan yang haram tidak akan menjadi halal kerana dihidang selepas baca doa selamat, atau bertahlil.

Walaupun kita Bismillah, daging yang haram masih haram dimakan.

Perbuatan yang dilarang, yang diharamkan tidak jadi halal kerana kita mula dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pengasih, lagi Yang Maha Penyayang.

Kalau kita curi duit untuk membuat kerja haji, sesuatu ibadat yang kita wajib buat hanya jika kita mampu, atau untuk buat sunat umrah, apakah perlakuan kita itu ibadat atau tidak. Atau apakah ibadat kita boleh diterima jika kita terima duit yang dicuri orang lain.

Tidakkah dakwaan kita mendorong pencurian kerana yang dicuri boleh dihalalkan dengan mengguna sebahagian atau semuanya untuk ibadat, termasuk ibadat haji.

Apakah hanya dengan dihalalkan oleh orang yang bergelar mufti, maka yang haram itu menjadi halal.

Kalau nak terima duit curi untuk buat kerja haji, terimalah.

Saya tak akan terima walau apa pun tohmah dilempar kepada saya.


TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah perdana menteri Malaysia keempat dan paling lama setakat ini. Beliau berkhidmat selama 22 tahun bermula tahun 1981 hingga 2013. Artikel ini kali pertama dimuatkan di blognya.

Mohd Faiz Rangkul Anugerah Puskas 2016

Posted: 10 Jan 2017 12:27 AM PST

DETIK DAILY


 

KUALA LUMPUR: Mohd Faiz Subri dari Malaysia merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk jaringan gol paling cantik sepanjang 2016, justeru meletakkan namanya sebaris dengan pemenang terdahulu seperti bintang tersohor, Cristiano Ronaldo dan Neymar.

Penyerang Pulau Pinang berusia 29 tahun itu menerima anugerah tersebut hasil keunikan sepakan percuma tersebut pada majlis gilang-gemilang di Zurich, Isnin (awal pagi Selasa di Malaysia).   

Kejayaan meraih anugerah tersebut menggembirakan jutaan rakyat Malaysia,yang jauh beribu kilometer daripada suasana musim sejuk di bandar tasik Swiss itu.

Mohd Faiz juga mencipta sejarah sebagai pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.

"Secara jujur, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akanmencapai ke tahap ini dan berada sebaris  dalam kalangan pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang hebat ini," katanya selepas menerima anugerah tersebut daripada bekas penyerang sensasi Brazil, Ronaldo.


 
Pemain Liga Super itu mengetepikan dua lagi finalis, Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez untuk meraih anugerah yang julung kali dimenangi pemain Portugal, Cristiano Ronaldo pada 2009.

Mohd Faiz, yang meraih 59.46 peratus undi, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pasukannya, keluarga dan peminat yang menyokongnya.

"Saya juga terhutang budi kepada FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dan FMLLP (Football Malaysia Limited Liability Partnership), yang mencalonkan jaringan saya kepada FIFA untuk dinilai," katanya.

Pemain dari Malaysia itu mengetepikan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang meraih 22.86 peratus undi dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez dengan 10.01 peratus undi.

Ronaldo turut memenangi Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2016.

Mohd Faiz merupakan 'arkitek' dan jaringannya disifatkan 'melanggar hukum fizik' ketika membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, pada 16 Februari tahun lepas.   

Jaringan luar biasa beliau itu, antara yang dianggap paling menarik sepanjang tahun lepas, telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.   

Sepakan percuma itu agak mengelirukan dengan bola pada mulanya melencong kearah penjuru kanan gawang Pahang sebelum ia secara tiba-tiba bertukar arah menyebabkan penjaga gol, Nasril Nourdin tergamam.

Dalam pada itu, Mohd Faiz menganggap kemenangannya itu seperti mimpi menjadi kenyataan selain berasa sangat bertuah dapat bersama dengan pemain terkemuka dunia di Zurich.   

Biarpun belum berpeluang menyarung jersi kebangsaan, beliau tetap berbangga dapat mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

"Syukur saya menang, terima kasih kepada pengundi di Malaysia dan seluruh dunia yang memilih saya. Tidak lupa juga keluarga, jurulatih dan pasukan Pulau Pinang.

"Tanpa sokongan mereka, kejayaan ini mungkin mustahil kerana saingan calonlain yang ternyata hebat," kata Mohd Faiz kepada Bernama.   

Beliau turut melihat hakikat menjadi pemain Asia pertama menggondol Anugerah Puskas sebagai pencapaian terbaik dalam karier bola sepaknya.

Beliau menegaskan jaringan gol yang dilakukannya itu bukan sekadar nasib tetapi hasil latihan yang dilakukan hampir setiap hari.   

Mohd Faiz seterusnya berkata kejayaan itu merupakan pembakar semangat sempena  tahun baharu untuk terus memperbaiki prestasi dan mencapai kecemerlangan pada masa depan.

Sementara itu, isteri Mohd Faiz, Norzanis Hashim yang berada di Zurich memberitahu Bernama: "Walaupun saya tidak berada di dewan malam ini, namun sokongan dan doa sentiasa bersama Faiz.    

"Sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang, saya sangat bersyukur doaseluruh warga Malaysia buat suami saya termakbul," katanya.

Selepas pemain tersohor Portugal, Ronaldo menerima pengiktirafan tersebut, Anugerah Puskas dimenangi pemain Turki, Hamit Altintop (2010), pemain Brazil,Neymar (2011), Miroslav Stoch dari Slovakia (2012), Zlatan Ibrahimovic dari Sweden (2013) dan pemain Colombia, James Rodriguez pada 2014.

Pemain kurang ternama dari Brazil, Wendell Lira, menggondol anugerah berkenaan pada 2015.   

Tiga finalis - Mohd Faiz, Marlone dan Rodriguez - disenarai pendek daripada keseluruhan 10 jaringan tercantik bagi musim 2016.

Kuota jemaah haji dikembalikan kepada jumlah asal - Jamil Khir

Posted: 10 Jan 2017 12:22 AM PST

ASTRO AWANI


Kuota jemaah haji dikembalikan kepada jumlah asal - Jamil Khir
Jamil Khir berkata kerajaan Malaysia memohon kuota 30,000 jemaah tetapi kerajaan Arab Saudi memberi jumlah kuota asal iaitu 27,800 orang. - Gambar fail
 
 
TUMPAT: Kuota jemaah haji Malaysia dikembalikan kepada jumlah asal iaitu 27,800 orang tahun ini berbanding 22,320 orang sebelum ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi mengembalikan kuota berkenaan selepas menarik balik pengurangan kuota jemaah haji sebanyak 20 peratus yang dikuatkuasakan pada 2013 terhadap jemaah asing.

"Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana mengembalikan kuota asal jemaah haji tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 45 surau dan tujuh masjid di Parlimen Tumpat yang terlibat banjir di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut adalah pemberian Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Yayasan Takwa. Setiap surau memperoleh RM500 manakala masjid mendapat RM2,000.

Jamil Khir berkata kerajaan Malaysia memohon kuota 30,000 jemaah tetapi kerajaan Arab Saudi memberi jumlah kuota asal iaitu 27,800 orang.

Beliau berkata kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas kejayaan menyiapkan projek pembesaran Masjidil Haram yang membolehkan lebih ramai jemaah mengerjakan ibadah haji bermula tahun ini.

Ditanya mengenai pemberian subsidi kepada jemaah haji tahun ini, beliau berkata pemberian subsidi tersebut akan diteruskan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata pihaknya sedang mengenal pasti surau dan masjid di Parlimen lain di Kelantan yang terlibat dengan banjir untuk diberi bantuan.
 
Beliau berharap bantuan tersebut dapat membantu pengurusan surau dan masjid memperbaiki sebarang kerosakan yang terlibat seperti alat siar raya, permaidani dan bahan bacaan. -- BERNAMA 
 
 

Palsukan maklumat dalam permohonan pasport, 4 pegawai Imigresen Selangor ditahan

Posted: 10 Jan 2017 12:14 AM PST

ASTRO AWANI


Palsukan maklumat dalam permohonan pasport, 4 pegawai Imigresen Selangor ditahan
Suspek dikatakan menukar maklumat dalam sistem bahawa pemohon adalah OKU tanpa pengetahuan pemohon. - Foto Astro AWANI
 
 
KUALA LUMPUR: Dua wanita antara empat pegawai Jabatan Imigresen Selangor yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan laporan bayaran mengandungi maklumat palsu Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi permohonan pasport Malaysia antarabangsa (PMA).

Menurut sumber, kesemua mereka yang berumur antara 31 dan 39 tahun itu ditahan di pejabat Imigresen Selangor kira-kira 3.30 petang semalam.

"Suspek dikatakan menerima permohonan PMA dan memberikan resit yang sah kepada pemohon mengikut proses yang sah, bagaimanapun suspek menukar maklumat dalam sistem bahawa pemohon adalah OKU tanpa pengetahuan pemohon.

"Suspek kemudian akan mengambil RM200 yang dibayar oleh pemohon PMA dan menukar maklumat di dalam sistem kerana permohonan PMA bagi OKU adalah percuma," katanya kepada Bernama.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan berkenaan.-- BERNAMA 
 
 

14 das tembakan dihala ke arah rumah kontraktor

Posted: 10 Jan 2017 12:12 AM PST

ASTRO AWANI


14 das tembakan dihala ke arah rumah kontraktor
ACP Mior Faridalathrash (kanan) serta pegawainya meneliti kelongsong peluru bertaburan di luar perkarangan sebuah rumah di Jalan Munshi Abdullah hari ini. - Foto Bernama
 
 
GEORGE TOWN: Dua individu yang menaiki sebuah motosikal melepaskan 14 das tembakan ke arah rumah seorang kontraktor di Jalan Munshi Abdullah di sini awal pagi tadi.

Berdasarkan kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah kontraktor itu, sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki dilihat berhenti di hadapan kediaman tersebut dan seorang daripadanya melepaskan tembakan dari luar pagar ke arah hadapan rumah berkenaan.

"Kedua-dua lelaki itu memakai topi kaledar menutup muka penuh dan dipercayai melepaskan tembakan untuk mengugut dan cuba menakutkan pemilik rumah itu," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid.

Beliau berkata kejadian itu hanya disedari kontraktor berusia 44 tahun tersebut pada pukul 6.30 pagi ketika dia hendak keluar untuk menghantar anaknya ke sekolah.

"Terdapat beberapa kesan tembakan pada dinding dan pintu hadapan rumah teres dua tingkat itu dan hasil pemeriksaan, polis menemui 14 kelongsong peluru di kawasan itu.

"Kontraktor itu memang dengar bunyi tembakan tetapi tidak menghiraukannya kerana menyangka ia bunyi mercun," kata Mior Faridalatrash.

Sementara itu seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Liew, 48, berkata dia juga mendengar bunyi letupan tetapi menyangka ia bunyi mercun.

"Saya bangun dari tidur dan melihat ke luar rumah dari bilik tidur di tingkat atas, tetapi tidak nampak apa-apa. Waktu itu saya fikir ia mungkin budak-budak main mercun," katanya.

Beliau hanya menyedari berlaku kes jenayah apabila melihat kehadiran ramai anggota polis.
"Ini kejadian pertama sejak saya tinggal di sini lebih 10 tahun lepas. Kami harap polis buat lebih kerap rondaan di kawasan ini yang merupakan jalan utama," katanya. -- BERNAMA 
 
 

Yahoo akan dikenali sebagai Altaba selepas perjanjian dengan Verizon

Posted: 10 Jan 2017 12:10 AM PST

Agensi | Diterjemahkan oleh: Hamzah Hamid
Yahoo akan dikenali sebagai Altaba selepas perjanjian dengan Verizon
Marissa Mayer akan berundur daripada barisan ahli lembaga pengarah selepas memeterai perjanjian dengan Verizon Communications Inc. - Foto Reuters
 
 
YAHOO Inc pada Isnin mengumumkan syarikat itu akan dikenali sebagai  Altaba Inc dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marissa Mayer akan berundur daripada barisan ahli lembaga pengarah selepas memeterai perjanjian dengan Verizon Communications Inc.

Yahoo mempunyai perjanjian untuk menjual perniagaan teras internetnya, yang merangkumi pengiklanan digital, e-mel dan aset media kepada Verizon dengan nilai AS$4.83 bilion (RM21.6 bilion).

Terma-terma dalam perjanjian itu mungkin boleh dipinda, atau transaksi mungkin juga boleh dibatalkan – selepas pada tahun lalu Yahoo mendedahkan dua kes pencerobohan data, yang salah satunya melibatkan 500 juta akaun pengguna, manakala yang kedua melibatkan lebih satu bilion akaun.

Eksekutif Verizon berkata, meskipun mereka melihat penyesuaian yang kukuh dan strategik dengan Yahoo, mereka masih menjalankan siasatan tentang kes kebocoran data berkenaan.

Lima pengarah Yahoo lain juga akan meletak jawatan selepas perjanjian ditandatangani.

Sementara itu, baki ahli lembaga pengarah lain akan ditugaskan untuk mentadbir Altaba, sebuah syarikat pegangan dengan aset utamanya sebanyak 15 peratus dalam syarikat dagangan China, Alibaba Group Holding Ltd, dan 35.5 peratus pegangan dalam Yahoo Japan.
 
Syarikat baharu itu juga menamakan Eric Brandt sebagai pengerusi lembaga pengarah berkuatkuasa 9 Januari. 
 
 

Tiada ulasan: