Sabtu, 5 November 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


PARTI ISLAM BUKA PINTU KEPADA YANG TAHU ADAB, BERADAD SANGATKAH PARTI ISLAM ITU?

Posted: 05 Nov 2016 12:30 AM PDT


Ketua Penerangan Parti Islam SeMalaysia Pusat, YB Nasruddin Hassan menulis bahawa Parti itu tidak pernah menutup pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati serta memelihara maruahnya. Kenyataan tersebut nampak begitu murni, suci, comel dan sweet sangat. Ia menggambarkan betapa besarnya jiwa Parti Islam itu untuk berbincang dengan sesiapa saja asalkan yang ingin berbincang itu tahu adab dan tidak ganggu rumahtangga Parti Islam itu. Syabas dan tahniah.

 Syabas dan tahniah kerana kenyataan tersebut membuka ruang untuk aku menulis membuktikan bahawa sebenarnya Parti Islam tu hanya retorik, bermain dengan kata-kata, manis mulut tetapi hati busuk. Bak kata pepatah "Kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".

 Parti Islam hanya akan berunding dengan pihak yang tahu adab dan tidak kacau rumahtangga mereka.

 Persoalannya :

 a) adakah Parti Islam itu tahu adab? 
 b) Adakah Parti Islam itu tidak pernah ganggu rumahtangga orang? 
 c) Adakah Parti Islam itu tidak pernah mungkir janji? 
 d) Adakah Parti Islam itu tegas dengan prinsip? Nah meh aku nak buktikan satu persatu.

 a) Parti Islam tiada adab.

 Parti tidak salah kerana parti hanya parti tetapi yang menggerakkan dan menentukan hala tuju parti ialah pemimpin. Apabila aku kata parti maknanya aku rujuk kepada pemimpin parti. Beradabkah Parti Islam?

 Telah dipersetujui secara konsensus bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan). Walau pun Kerajaan Negeri Selangor dianggotai oleh tiga (3) parti semasa kewujudan Pakatan Rakyat, kerusi MB dipersetujui oleh KeADILan. Apabila KeADILan mengambil keputusan hendak menukar MB, sewajarnya atas persetujuan asal, Parti lain termasuk Parti Islam tiada hak membantah. Memberikan pandangan tiada masalah tetapi membantah itu TIDAK BERADAB kerana ianya bukan hak Parti Islam. Parti Islam itu bukan saja membantah malah menghantar nama wakil mereka kepada Istana untuk dipilih sebagai MB.

 BERADAB la sangat.

 b) Adakah Parti Islam itu tidak pernah ganggu rumahtangga orang?

 Dalam krisis MB Selangor, apabila KeADILan mengambil keputusan menggantikan Tan Sri Khalid dengan calon lain, Parti Islam itu bukan saja membantah, mereka siap memberikan sokongan penuh kepada Tan Sri Khalid. Siap buat solat hajat perdana di Kediaman Rasmi MB. Menyokong ahli parti lain yang hendak ditukar oleh parti sendiri tu tidak ganggu rumahtangga orang lain ka?

 Pernah juga suatu ketika Setiausaha Parti Islam Kawasan Titiwangsa mengutus surat terbuka meminta ditukar suka sama suka antara Tan Sri Khalid dengan Hj Khalid Samad. Wahhhhhh BERADAB la sangat.

 c) Adakah Parti Islam tidak pernah mungkir janji?9 Untuk menghadapi PRU13, semua parti di dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk tidak bertanding sesama sendiri. Maksudnya akan berlaku perlawan 1 lawan 1 antara PR dengan BN. YA ada persetujuan!!! Tetapi apa yang berlaku?? Parti Islam meletakkan juga calonnya di kawasan yang ditandingi oleh KeADILan di Kota Damansara dan Sg Acheh contohnya.

 Parti Islam berjanji hanya akan pinda Enakmen Jenayah Syariah Kelantan tetapi digubal yang baru.

 BERADAB la sangat.

 d) Adakah Parti Islam itu tegas dengan prinsip?

 Prinsip Islam ialah berkata benar walau pun pahit. Prinsip Islam ialah yang benar itu benar walau siapa pun yang melakukannya, yang salah itu tetap salah tak kira siapa pelakunya.

 Dalam keadaan Umno/BN melakukan kerosakan yang amat sangat, apa prinsip Parti Islam? Prinsipnya tidak boleh ganggu kerana tiada bukti. Nak bukti apa lagi kalau yang menyonglap itu sendiri mengaku?

 Prinsip Islam juga tidak akan memungkiri janji, prinsip Islam juga tidak akan memaki hamun mengkafirkan orang. Prinsip apa yang Parti Islam itu pakai?

 Cermin diri dulu sebelum nak kata orang lain tidak beradab. Jika benar sekali pun pihak lain khususnya DAP tiada adab, mereka majoritinya bukan Islam. Tiada perkiraan dosa pahala tetapi Parti Islam yang konon dasarnya Islam, prinsipnya Islam, tidak beradab, mungkir janji lebih teruk daripada yang tidak Islam.

 Malu la sikit. Islam apa tak senonoh macam tu. Islam bukan hanya dipakaian berserban berjubah.

 Aku Ahli DAP.

 ZULHAZMI SHARIFF 
 4 NOVEMBER 2016 ~ sumber

Politik matang tapi berlidah biawak yang bercabang

Posted: 04 Nov 2016 09:00 PM PDT

PAS tanpa segan silu mengaku kononnya parti itu berdiri teguh di atas dasar perjuangan Islam. 

Pas mengaku mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera dan hanya membuka pintu buat tetamu yang tahu adab dan menghormati serta memelihara maruahnya...

 Malah, PAS turut menyindir kononnya ada parti lain sebagai petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba....

 Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh berkata parti itu hanya akan mengadakan rundingan dengan pihak yang tidak ada rekod buruk dengan mereka dalam sejarah Pakatan Rakyat.

Jelas kenyataan Nik Abduh ini ditujukan kepada DAP dan AMANAH kerana Pas memang menolak untuk mengadakan sebarang rundingan dengan mereka.

Kalau dengan Umno bukan main lagi Pas terjelir-jelir lidah biawaknya untuk menjilat! Mengalahkan mana-mana anjing gila lakunya!

Memang tabiat lidah biawak yang bercabang, begitulah lagaknya Pas. Kejap cakap nak lawan Umno, kejap lagi nak peluk cium Umno...

Dah kena kencing Umno berkali-kali pun masih tak sedar diri dari kebodohannya dan masih mahu mengaku kononnya mengamalkan dasar Islam dalam politik matang dan sejahteranya...

Pas senyap sepi mengenai skandal 1MBD dan sanggup bersekongkol dengan kezaliman dan jenayah pemimpin Umno yang mengheret Malaysia kepada 'kleptokrasi global'.

Pas memusnahkan perpaduan Pakatan Rakyat yang paling ditakuti Umno seperti pada Pilihan Raya Umum ke-13 semata-mata kerana diumpan dengan isu hudud dan kemudiannya Rang Undang-Undang (RUU) persendirian mengenai pindaan Akta 355 yang masih tak kunjung tiba.

 Pas adalah penyangak politik yang tamak haloba yang tulin dan tegar hingga sanggup mengkhianati rakan-rakan sewaktu dalam Pakatan Rakyat dulu.

 Rekod burok Pas begitu jelas dan masih kita ingati semuanya, setiap satu persatu. Tak perlu diulang siar berkali-kali.

 Maka janganlah Pas berrethorik dengan mengaku mengamalkan politik matang dan sejahtera dan menuduh parti orang lain sebagai petualang serta penyangak politik yang tamak dan haloba....

Strategi menguatkan Pakatan Pembangkang lebih baik berbanding cuba memujuk PAS

Posted: 04 Nov 2016 04:00 PM PDT

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Merujuk kepada usaha mahu berbincang dengan PAS oleh parti2 seperti Bersatu dan PKR, saya perlu beri beri pendapat saya:

 1) Perlu selesai pembahagian kerusi sesama PH dan Bersatu dahulu. Kita tidak mahu ambil risiko PAS memecahbelahkan pakatan Pembangkang

 2) Kalau pun berlaku satu lawan satu yg melibatkan PAS, PAS akan kalah hampir semua kerusi mereka tandingi kerana PAS telah hilang hampir semua sokongan dari kaum bukan Melayu 

3) Sokongan kaum Melayu juga menurun kepada PAS berdasarkan keputusan PRK Sb dan Kuaala Kangsar yg melihatkan mereka cuma mampu mendapat tidak lebih 30% Melayu sahaja. 

4) Timbalan Presiden PAS sendiri pernah berkata dalam satu ucapan beliau yg diviralkan dlm internet bahwa selepas keputusan PRU PAS boleh pergi dengan sesiapa sahaja. Tiada jaminan mereka akan kekal dgn pembangkang. 

5) PaS juga terbukti mampu melanggar janji mereka seperti dlm PRu 13 yg lepas. Mereka boleh meletak calon di mana sahaja mereka suka dan mereka boleh melanggar janji mereka pada bila bila masa. 

6) Kajian IDER yg terbaru membuktikan PH jauh lebih popular dari PAS. Begitu juga kajian badan2 lain yg menunjukkan Pakatan Harapan jauh lebih berpotensi menarik sokongan Melayu berbanding PAS. 

7) Maklumat yg saya dapati PAS Kelantan telah membuat kajian mereka sendiri dan mendapati mereka bakal hilang Kelantan walaupub tanpa wujudnya Amanah. 

8) Strategi menguatkan Pakatan Pembangkang lebih baik berbanding cuba memujuk PAS yg jelas akan hilang 90% dari kerusi2 yg mereka menangi pada 2013 lepas..

 Malaysia akan lebih baik bila BN di tumbangkan. Sekadar pandangan peribadi.

 Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar

Tiada ulasan: