Nuffnang

Pengikut

Tukar Tiub

sumber :-

Tukar Tiub


MARI BERSETIA KAWAN

Posted: 19 Oct 2016 07:18 PM PDT






MARI SAMA

BERSETIA 

KAWAN



 SALAM  DARI BERSIH

Pada awal pagi tadi, kereta kepunyaan anak Pengerusi BERSIH 2.0, Pn Maria Chin disimbah cat merah di perkarangan rumah beliau. 

Sejak hari pertama tarikh himpunan aman BERSIH 5 diumumkan, serangan- serangan jijik, kotor dan ganas ini dilakukan terhadap Maria dan keluarganya.

Malah, dua hari yang lalu, Maria Chin dan 3 anaknya bersama dengan Ambiga Sreenevasan dan Mandeep Singh turut diugut bunuh. 

BERSIH 2.0 menyeru semua pihak untuk menyatukan tenaga untuk menolak keganasan politik ini.

Pn Maria Chin bersama dengan anaknya sedang melakukan satu laporan polis mengenai kejadian awal pagi ini.

Pada petang ini, BERSIH 2.0 akan ke Bukit Aman untuk menyerahkan satu memorandum mengenai kesemua kejadian  yang telah berlaku.

Semua di jemput untuk berkumpul di pintu utama Bukit Aman pd:

Tarikh : 20 Oktober 2016 (Hari ini)
Masa: 4 petang
Tempat: Pintu Utama, Bukit Aman

Tolong sebarkan informasi ini dan turun bersolidariti.

"Satukan Tenaga, Malaysia Baru"

19 November - Kuala Lumpur

Terima kasih,
Mandeep Singh
BERSIH 2.0





------------------

HUDUD MUDUD

Posted: 19 Oct 2016 06:30 PM PDT







HUBAYA HUBAYA

DENGAR DENGAR

INI BUKAN 

MAT KAMPAU

NI BEKAS MUFTI

YANG CAKAP



Juanda: Jangan marah jika orang kata RUU Hadi tidak kudus

KUALA LUMPUR, 19 Okt — PAS perlu terbuka jika ada pihak yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa presidennya bukan berdasarkan hukum Tuhan, kata bekas mufti Perlis.
Dr Juanda Jaya berkata dengan tiada perincian umum maka RUU itu sekadar dilihat satu cadangan manusia yang diberikan baju agama.
"Sebab itu saya sebut RUU 355, RUU yang kabur. Kalau orang nak marah, marahlah. Sebab kita pun tahu mereka sendiri tak tahu apa yang nak dijelaskan.
"Sekejap kata nak laksana hudud, sekejap kata tidak pula. Undang-undang ini benda yang jelas. Langgar lampu merah kita tahu berapa dendanya. Ini nak laksanakan undang-undang Tuhan.
"Jangan marah jika ada orang kata RUU 355 tidak sakral (kudus). Ia hanya undang-undang cadangan manusia. Barangkali diberi baju agama," katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.
HUDUD MUDUD

SUTUT MUTUT

KUNTUT MUNTUT

TUT TUT TUT

SEMUA KANFUSE

KAH KAH KAH


-------------

PUTAR LAGI PUTAR

Posted: 19 Oct 2016 06:08 PM PDT





BELUM DIPERKASAKAN
selagi malaysia belum dihududkan oleh undang2 hudud veri hadi..maka najib isteri rosmah tidak bersalah.tiada empat saksi..malahan kecurian wang 2.6bilion juga tidak dpt dihukum kerana MAHkahMAH syariah belum diperkasakan. walaupun perkasa ibrahim katak telah wujud, namun tugas2 pemerkasaan ini belum dijalankan..

barangkali tugas2 memperkasakan najib akan diteruskan oleh geng2 baju merah kumpulan rm50..mengikut hadis, tidak bole memperceritakan tentang hal2 buruk sesama kaum muslim.nanti allah marah..kalo allah marah, nanti tuhan tukarkan balak kpd papan2 keping untuk dijadikan rumah2 warga kelantan..dont worry, ramai warga kelantan bekerje dgn kerajaan, maka warga kerajaan bole buat personal loan atau housing loan lagi.. on ANAK RAZAK ATAU CUCU RAZAK?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/19/16






--------------

SIAPA KENA KENCING

Posted: 19 Oct 2016 05:30 AM PDT



SAPA KENA


KECING?


Parti Warisan Sabah tolak RUU Akta 355

KUALA LUMPUR - Parti Warisan Sabah (Warisan) mengambil pendirian untuk tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibentangkan Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Presidennya, Shafie Apdal berkata, pendirian parti itu adalah sama seperti pendirian ahli Parlimen dari negeri Sarawak untuk menolak RUU355 berkenaan.

"Pendirian kita (Warisan) berhubung perkara itu sama seperti Sarawak.

"Saya tak akan undi kerana apa yang lebih penting adalah kepentingan rakyat di negeri Sabah," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, 25 Ahli Parlimen dari Sarawak sebulat suara bersetuju untuk menolak RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi.

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH 

SAPA KENA 

KENCING

TERASA PANAS




---------------

JANGAN SEBAR FITNAH

Posted: 19 Oct 2016 04:30 AM PDT



JANGAN SEBAR

FITNAH


Sampai bila mahu fitnah Abdul Hadi?
SHAH ALAM  - Pemuda Pas hari ini mengutuk keras pemberitaan sebuah stesen televisyen tempatan yang didakwa salah tafsir kenyataan sebenar Presiden Pas, Tuan Haji Abdul Hadi Awang.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan stesen televisyen itu yang memberi laporan salah terhadap Abdul Hadi dalam isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membelakangkan prinsip asas pemberitaan yang mementingkan kebenaran dan kebertanggungjawaban.

"Amat malang sekali apabila stesen televisyen itu telah memanipulasi pertanyaan Abdul Hadi dengan hanya menyiarkan sekerat sahaja tanpa menyiarkan sepenuhnya soalan tersebut dengan niat untuk menggambarkan kononnya GST disokong oleh Abdul Hadi.

KAH KAH KAH
ada seorang anak muda
di ketereh telah berkata
bahawa hadi ini
seorang yang bijak
seorang yang  pandai
banyak ilmu pengetahun
rajin membaca
tidak bebal
tidak bodoh
apa dia cakap dia kota
cakap boleh dipakai
mesyuarat tak pernah tak datang
parlimen tak pernah tak datang
tak pernah mungkir janji
kalau cakap nak saman
pasti dia akan saman
tak pandai kelentong
cakap tak kluk klik
cakap tak kasar
penuh budi bahasa
apakah ini satu fitnah
saje tanya 
takut  bersubahat
menyebar fitnah

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH


---------

ESOK MALAM

Posted: 19 Oct 2016 02:15 AM PDT






 FORUM

ESOK MALAM

DI LOYAR BURUK

KG. KERINCHI


-------------

GEROMBOLAN MAKIN RETAK

Posted: 19 Oct 2016 01:45 AM PDT








JENG JENG JENG JENG

INI SUDAH

LAIN BUNYI

SUARA

Tindakan disiplin tidak akan jernihkan keadaan parti

SHAH ALAM - Pengumuman bekas pimpinan Umno untuk keluar parti baru-baru ini, atas alasan hilang kepercayaan terhadap Umno dan kerajaan BN bukan satu perkara yang boleh dianggap remeh.

Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib, perlu ada tindakan pembetulan terhadap isu ini dan juga diambil serius oleh pemimpin atasan.

"Tindakan disiplin dengan memecat atau membekukan jawatan tidak akan menjernihkan keadaan.

"Tindakan pembetulan terhadap tingkahlaku dan juga isu yang dibangkitkan pemimpin atasan dan ahli parti juga perlu diambil perhatian serius.

"Lebih elok jika setiap pemimpin dan ahli meluah perasaan di dalam parti berbanding mendorong mereka untuk berada di parti lawan," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Selain itu, beliau juga merasakan kritikan yang dibuat haruslah tidak merosakkan imej dan parti itu.

"Kritikan harus berasas dan tidak merosakkan imej parti. Umno pula jangan asyik menutup pintu pada kritikan dan teguran," tambahnya lagi.


MAKIN RAMAI

BANGUN

MELAWAN

MAKIN RAMAI

JADI BERANI

KAH KAH KAH 

--------------

SPR MILIK GEROMBOLAN

Posted: 19 Oct 2016 01:14 AM PDT




MENCENGKAM SPR






Komrad TT Isham, Saya sependapat dengan komrad selagi gerombolan mencengkam SPR dan agensi-agensi kerajaan yang lain, maka perlaksanaan pilihanraya yang adil, bersih dan telus usahlah diharapkan dan selagi itulah gerombolan akan terus berkuasa. 

Malangnya rakyat kita tidak punya keberanian seperti rakyat di negara-negara jiran. Saya pernah tanya kepada seorang pendatang dari seberang tentang risiko datang ke Malaysia menaiki bot demi mencari rezeki, katanya mudah; "pak, demi sesuap rezeki, aku sering makan ikan, kiranya takdir aku tewas di lautan, aku rela badanku dimakan ikan!". Itulah moralnya, keberanian untuk perjuangan hidup. on PRU14 TABUR TABUR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/19/16



----------

SATU JUTA KE DATARAN MERDEKA

Posted: 18 Oct 2016 11:00 PM PDT




MENUJU 1 JUTA

KE DATARAN 

MERDEKA 
















-------------

KES ALTANTUYA BERTERUSAN

Posted: 18 Oct 2016 10:00 PM PDT










KES iNI

BERTERUSAN




KOMENTAR
tt menolak hukum mati
bukan sahaja untuk
sirul dan azilah
tapi pada dasar
ini kerana ada
kemungkinan tersalah
hukum

 


Pembunuh Altantuya mahu mohon pengampunan Sultan Selangor
 SERI KEMBANGAN: Bekas pengiring Najib, Azilah Hadri yang dihukum mati selepas disabitkan dengan tuduhan membunuh Altantuya Shariibuu dilaporkan mahu memohon pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


KAH KAH KAH
woit
kes ini tak akan tamat
kes ini tak akan selesai
ini kes besar
kita lihat dan tunggu
apakah sirul & azaliah
akan diampunkan

YA AMPOON

 
------------

KENA SENGAT

Posted: 18 Oct 2016 09:30 PM PDT





KENA SENGAT


 | October 19, 2016









Pelakon itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi menyiasat sama ada wang tersebut datang dari sumber yang... More ››



MENYENGAT


"As long as Hollywood continues to work with them, they will retain an air of invincibility here — it sends a signal. It tells people that nobody cares and they will just get away with it," says a Malaysian producer.
As mounting allegations of corruption continue to engulf The Wolf of Wall Street producer Red Granite, figures from the Malaysian film industry have a message for the company's Hollywood collaborators: Please, stop.
The morning after Woody Allen's Cafe Society opened the Cannes Film Festival Wednesday, The Wall Street Journal published the latest in a series of reports implicating Red Granite in an alleged corruption scandal of historic proportions. As much as $7 billion is estimated to have gone missing from a state fund set up in 2009 to benefit the Malaysian people.
Founded by Riza Aziz, the stepson of Malaysian Prime Minister Najib Razak, Red Granite is alleged to have received $238 million of siphoned state funds, some of which it then used to bankroll Martin Scorsese's Wolf, starring Leonardo DiCaprio.
A globe-spanning FBI investigation into the alleged misappropriation is ongoing — as are Red Granite's glamorous film business activities. The company is stationed in Cannes aboard a rented luxury yacht named Indulgence of Poole, from which it has been holding sales meetings for its next film, Papillon, starring Charlie Hunnam.
Red Granite has said it is cooperating with all inquiries and "to its knowledge, none of the funding received by Red Granite was in any way irregular or illegitimate."
The Hollywood Reporter reached out to several prominent figures from the Malaysia film community to get their thoughts on the Red Granite situation.
Prominent Malaysian filmmaker and political activist Hishamuddin Rais, speaking to THR by phone from Kuala Lumpur, said Hollywood directors and producers should "be more concerned" where the money invested in their films was coming from, saying there was a "process of money laundering" going on.
On May 16, Rais stood trial in Kuala Lumpur on sedition charges stemming from a speech he gave criticizing Malaysia's controversial 2013 elections, which restored Prime Minister Razak's right-wing Barisan Nasional party to power. Public discourse in Malaysia is closely monitored and controlled; the country ranks 148th of 182 countries — behind nations such as Afghanistan and Myanmar — in Reporters Without Borders' Press Freedom Index.
"Having seen him rub shoulders with the likes of Leonardo DiCaprio is exciting to some extent," said a veteran Malaysian film buyer in Cannes when asked about Aziz. "But we do ask where the hell he got his money. No one really knows yet what happened, but the links appear to be there and there are questions marks all over the place." (The individual requested not to be named; when THR asked whether such statements could jeopardize the individual's personal safety, the person replied: "Are you kidding me? If I shared [this news] on Facebook, it would probably go viral in Malaysia and I wouldn't be able to go home.")
Contacted by phone in Kuala Lumpur, an influential Malaysian producer urged Hollywood companies to consider what their ongoing cooperation with Red Granite means in the bigger picture.
"Instead of asking Malaysians how they feel about this news, I would like to ask film producers there how they feel about it," the producer said. "As long as Hollywood continues to work with them, they will retain an air of invincibility here — it sends a signal. It tells people that nobody cares and they will just get away with it."
Nurul Izzah, a sitting member of Malaysia's parliament and the daughter of jailed opposition leader Anwar Ibrahim, a former deputy prime minister, added: "I can't believe Hollywood can justify and validate these ongoing allegations by shamelessly supporting [Red Granite], whether by investing in [their] movies or buying rights."
Red Granite's highest-profile collaborator to date, DiCaprio, has yet to publicly comment on the scandal. According to a source in Cannes (who didn't want to be named), Red Granite has told buyers privately that DiCaprio is attached to star in a forthcoming George Washington biopic, The General, which the company is developing. Red Granite has denied that he is involved.
Regardless, voices in Malaysia have a message for the star. "Before you go into any project, you must also, Mr. Leonardo DiCaprio, make sure you know where the money is coming from," Rais told THR on the eve of his trial.
"If he is speaking to the United Nations on global warming, he should also be speaking about [this], because global warming is interconnected with corruption in third-world countries," he added. 
THR reached out to DiCaprio's publicist.
The full statement from Red Granite reads:
"Red Granite has received hundreds of millions of dollars in financings over the last six years from a variety of sources, including top-tier U.S. commercial and investment banks. During this time, Red Granite's films have generated close to $1 billion in worldwide box office receipts. To its knowledge, none of the funding received by Red Granite was in any way irregular or illegitimate. Red Granite is cooperating fully with all inquiries and is confident that when the facts come out, it will be clear that neither Riza Aziz nor Red Granite has done anything wrong. In the meantime, Mr. Aziz and Red Granite will continue moving forward with exciting new projects."


---------------

ANAK RAZAK ATAU CUCU RAZAK?

Posted: 18 Oct 2016 08:49 PM PDT





dari arkib
29/03/2007

ANAK RAZAK ATAU CUCU RAZAK

Najib Razak berkata ada banyak tohmah dan fitnah dalam blog dan laman-laman internet. Adakah Najib ini memang seorang 'joker' atau dia tidak mengetahui tentang apa yang sedang berlaku dalam alam siber ketika ini. 

Pada awal dahulu ketika internet mula muncul, hujah utama yang digunakan oleh orang seperti Najib ini ialah tentang marabahaya internet kerana terlalu banyak laman lucah. Kini kelihatan agenda 'laman lucah' ini tidak lagi menarik perhatian umum. Untuk sesiapa yang menjaring internet pasti tahu bahawa keinginan untuk melihat 'laman porno' ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Untuk saya orang yang menggunakan 'laman porno' ini adalah mereka yang sedang menghadapi sakit jiwa. 

Saya tidak tahu sama ada si Najib ini masih melayari laman jenis ini. Saya berharap TIDAK kerana saya gusar nanti dia akan diherdik oleh Datin Rosmah. Saya telah banyak menulis tentang peranan internet. Saya telah menerangkan kepada umum bahawa dengan munculnya internet maka hegemoni penyebaran berita yang dahulu dimiliki dan dikawal oleh daulah telah pecah. 

Kesampaian internet telah membawa satu budaya penyampian maklumat yang baru bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia. Internet telah membuka ruang kepada warga sesebuah negara untuk menjadi pembaca berita, penyampai berita, pembuat berita dan memberi segala bentuk pandangan. Ini kebebasan baru yang dahulunya tidak pernah dapat dirasakan oleh warga. Malaysia yang sedang mengamalkan sistem yang menekan kewartawanan bebas dan melahirkan media berlesen, kini telah menghadapi satu keadaan baru. 

Internet telah dapat melintasi semua bentuk-bentuk halangan – tanpa lesen, tanpa modal, tanpa saringan – berita boleh disebarkan. Suasana inilah yang masih belum disedari oleh orang ramai terutama 'orang-orang politik' dari parti pemerintah. Harus diakui bahawa BUKAN semua berita dari laman-laman internet ini masuk akal. Bukan semua yang ditulis dalam blog-blog itu adalah tentang politik semasa. 

Malah majoriti blog dan laman tidak langsung mempedulikan apa yang berlaku dalam politik harian. Jika dibuat kajian rapi pasti akan ditemui 90% blog-blog yang wujud dalam laman siber di Malaysia ini adalah hampeh - luahan perasaan Mat Jiwang, Mat Bunga dan Minah Ranggi. Tetapi kenapa Najib dan sekutunya terus menyerang internet dan blog-blog. 

Mari kita kaji latarbelakang munculnya kenyataan Najib ini. Untuk saya, kes pembunuhan Altantuya perempuan dari Mongolia itu adalah latarbelakang utama. Salah seorang yang dituduh dalam pembunuhan Altantuya ialah Razak Baginda. Razak Baginda ialah 'juru fikir' dan rakan niaga Najib Razak. Melalui laman-laman blog, rakan niaga Najib ini 'diperkatakan' telah mendapat duit komisyen yang lumayan hasil dari jual beli senjata. 

Menteri yang bertanggungjawab dalam hal beli senjata ini ialah Najib sendiri. Laman-laman blog telah menunjukkan hubungan intim di antara Najib dan Razak – mereka intim seperti anak dan ayah. Hubungan 'intim anak dan ayah' ini telah diberi komentar oleh beberapa laman web dan blog. Berita duit komisyen berjuta-juta dolar ini hanya dilaporkan oleh akhbar dan majalah luar negara. 

Penulis blog hanya mengutip dan mengulangi laporan-laporan ini sambil bertanya apakah betul semua ini. Jika laporan ini betul bermakna ada kong kali kong diantara 'anak dan ayah'. Dari apa yang saya baca di laman blog duit komisyen ini cukup besar. Jika dicongak duit komisyen ini membolehkan semua orang Islam dalam negara ini pergi membuat umrah tiga kali ulang. Di mana pula tersepitnya Altantuya? 

Dari awal lagi laman-laman blog telah menulis bahawa Altantuya ini adalah kekasih Razak Baginda. Saya pada awalnya menganggap ini tidak betul kerana Razak Baginda ini ialah penasihat Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri. Justeru wajiblah perangai dan tingkahlaku 'jurufikirnya' mencerminkan ketrampilan bossnya. Anggapan saya ini meleset. 

Tiba-tiba melalui affadavit, Razak sendiri telah mengakui bahawa dia pernah 'bertogel' dengan Altantuya. Lihat bagaimana sahihnya tulisan dan laporan dari blog. Saya terpaksa gulung tembakau Siam kerana hormat dengan penulis blog yang terbukti lebih cekap dari Johan Jaafar, Rejal Arbee, Nazri Abdullah atau Kadir Jasin. Dalam kes ini wartawan berbentuk Rehman Rashid dan Tengku Fraud Adnan tidak akan diambilkira. 

Kini kes Altantuya sudah jelas, seperti terberak di padang pasir. Semua rakyat Malaysia melihat bahawa dalam kes jual beli senjata ini Cik Mek Mongolia ini ada memainkan peranan. Setidak-tidaknya mengurut-urut batang opps… batang tubuh Razak Baginda setelah Razak berbuih-buih mulut bertengkar tawar-menawar dengan peniaga komunis Rusia dan peniaga kafir Perancis yang tidak mahu menurunkan harga peluru. Bayangkan jika tidak ada Altantuya ini siapakah agaknya yang akan mententeramkan Razak Baginda semasa tawar-menawar di Paris atau di Moscow. 

Inilah contoh yang di war-warkan oleh Najib sebagai Melayu Unggul dan Melayu Glokal. Pastilah 'juru fikir' yang bernama Razak Baginda ini lebih cekap lagi bijak dari jeneral-jeneral kita yang terdidik di Sandhurst atau di West Point. Kalau tidak pasti urus jual beli senjata akan dilakukan oleh para jeneral? 

Di sini saya ingin mengingatkan orang Melayu yang mudah lupa tentang pertanyaan seorang Bengali yang bernama Karpal Singh di Parlimen. Bengali ini telah bertanya, kenapa Altantuya sesudah ditembak mati badannya dibom? Adakah ini untuk memusnahkan anak dalam kandungannya. Soalan Bengali tanpa serban ini agak masuk akal tetapi berita ini tidak pula diusik oleh media berlesen. 

Hanya blog dan laman-laman yang memberi laporan lanjutan. Ini satu kehebatan blog. Mereka tahu menghidu jenis berita. Mungkin persoalan dari Bengali ini hanya akan terjawab apabila kes ini bermula. Tetapi ada satu pekara yang saya hairan – siapa mata-mata gelap yang diupah oleh Altantuya. Mereka juga ditahan untuk sementara waktu oleh pihak polis. Siapa mereka ini? Mana asal-usul mereka. Di sinilah saya lihat blog memiliki sedikit kelemahan. Penulis blog tidak melakukan kaji selidik mencari sudut baru untuk memecah dan mengolah berita. Bayangkan kalau si Mamat mata-mata gelap swasta ini dapat ditemubual dalam blog atau dalam tv blog pasti kredibiliti blog itu melonjak. Penonton akan menyerbu masuk lebih hebat dari Afundi. 

Pada hemat saya Najib meminta orang ramai agar tidak percaya kepada laman internet dan blog ini kerana dia merasa terancam yang bisul di punggungnya yang akan meletus. Kalau saya Najib, saya pun akan merasa risau. Bayangkan apabila pihak polis ingin melakukan ujian DNA terhadap anak Altantuya di Ulan Bator, telah ada blog yang bertanya – DNA anak Razak atau cucu Razak? Saya hanya ada satu cadangan untuk Datuk Seri Najib yang bakal menjadi PM kita semua. 

Kenapa tidak buat blog sendiri dalam internet. Tidak perlu banyak modal. Tidak semahal harga buang tahi lalat di pipi. Jangan kita kacau blog orang lain. Jawab dengan tulisan di blog dan bukan ugutan atau tangkapan. Kerana 'juru fikir' Datuk Seri sekarang 'berehat' di Sungai Buloh maka saya menawarkan diri untuk memberi pandangan tentang nama blog itu. Namakan blog ini - Saya Tak Minat Ziana Zain - jika nama ini digunakan, saya jamin dalam masa 3 bulan blog ini akan mendapat lebih dari satu juta pelawat.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef







-----------------

Comments (0)

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT