Rabu, 19 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Selangor Agrofest 2016 sasar 50,000 pengunjung

Posted: 19 Oct 2016 04:26 PM PDT

SINAR HARIAN

Selangor Agrofest 2016


SHAH ALAM - Orang ramai dijemput menghadirkan diri dan datang beramai-ramai ke karnival Selangor Agrofest 2016 yang bermula 20 Oktober ini di Pantai Morib.
Pegawai Khas Exco Selangor, Mohd Farhan Madzlan berkata, karnival kali ini memberi kelainan berbanding karnival-karnival sebelum ini.
"Antara program menarik karnival kali ini adalah pameran dan demonstrasi teknologi tinggi pertanian 'Smart Agro'," katanya kepada Sinar Online.
Kata Mohd Farhan, penganjur menyasarkan kehadiran 50,000 pengunjung untuk karnival kali ini.
Karnival empat hari ini akan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan majlis penutup disempurnakan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Zaidy Abdul Talib.
Ketika karnival berlangsung, orang ramai berpeluang mendapatkan khidmat nasihat pertanian di Kaunter Khidmat Nasihat dan Informasi Pertanian.

Selain itu, rangka ikan paus yang mati terdampar di Pantai Morib suatu ketika dahulu juga dipamerkan dalam karnival kali ini.

Pengunjung juga disajikan dengan demonstrasi pasukan beruniform.

Selain melawati gerai jualan pertanian, pengunjung juga berpeluang menyertai Program Kemasyarakatan, acara Sukan Rakyat, Pesta Makan Buah-Buah Tempatan, dan cabutan bertuah.

Disamping itu, pengunjung juga disajikan dengan pertandingan memasak 'Juara Chef Selangor',
pertandingan 'freestyler rollerblade', pertandingan mewarna, pertandingan Lembu SADO dan pertandingan Aquascaping.

Sambil itu, orang ramai juga akan dihiburkan dengan personaliti tempatan kegemaran ramai, Adam Corrie dalam acara Sembang Dhuha dan Abam Bocey semasa acara Sembang Santai.

Antara personaliti lain yang akan memeriahkan Sembang Santai adalah bersama ustaz Haslin Bollywood dan Ustaz Halim Hafidz.

Untuk maklumat lanjut, bakal pengunjung boleh melayari laman Facebook Selangor Agrofest dan mengikuti hashtag #selangoragrofest2016.


MO1 TAK MAHU PULANGKAN JUGAK KE??

Posted: 19 Oct 2016 07:24 AM PDT

 shahbudindotcom


Antara pihak yang turut dikaitkan pernah menerima dana 1MDB yang dilencongkan ialah pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio melalui yayasan miliknya, Lepnardo DiCaprio Foundation.

Dalam reaksi melalui wakilnya mengenai siasatan pelbagai negara berkaitan penggubahan wang haram terhadap syarikat pelaburan paling bermasalah yang ditubuhkan oleh Najib Razak, pemenang Oscar itu menyatakan beliau akan memulangkan wang yang pernah diterimanya jika ia didapati berpunca daripada 1MDB.

Kata wakil itu lagi, mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk menentukan sama ada wang tersebut datangnya daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan dan jika ya, pemulangan akan dilakukan secepat mungkin.
 
 
 
 
Nampak jugalah bagusnya DiCaprio ini!!

Nama Malaysian Official 1 yang kemudian disahkan oleh Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib turut disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS dengan didakwa menerima secara keseluruhan  wang AS$731 juta atau hampir RM3,000 juta yang dipercayai berpunca daripada 1MDB melalui akaun peribadinya.

Pernah kita dengar Malaysian Official 1 berkata mahu memulangkan wang tersebut jika ia juga berpunca daripada 1MDB?

Walaupun bukan beragama Islam, suka berhibur dan selalu minum arak, tindakan Dicaprio sekurang-kurangnya harus diberi pujian kerana masih kenal antara wang halal dengan wang haram.

Tidak teringinkah Malaysian Official 1  mahu mengeluarkan kenyataan yang sama seperti DiCaprio?


Perihal RUU 355: Hadi perlu nilai semula janji Umno

Posted: 19 Oct 2016 07:24 AM PDT

MSO


Hadi dimainkan oleh UBN di parlimen.
[kemaskini] Bermacam-macam persepsi tersangkut di minda umum ekoran ketidaktentuan nasib Rang Undang-Undang Persendirian (RUU 355) yang diharapkan akan dibentangkan dalam sidang parlimen kali ini yang keadaannya masih kabur baur.

Pas mengusahakan Akta itu dipinda demi membuka pintu kepada pelaksanaan Hukum Allah di negara ini.

Dalam sidang lalu notis usul itu telah berjaya disampaikan. Namun kerana kesuntukan masa, wakil yang membawanya Abdul Hadi Awang bersetuju ia ditangguhkan. Maka sidang parlimen kali ini diharap dapat meneruskan perbahasan usul berkenaan.

Malangnya usul yang mulanya dimasukkan dalam urusan mesyuarat dihari pertama, berada di nombor empat, telah berubah ke nombor tujuh pada hari kedua. Perubahan inilah menyebabkan nasib usul berkenaan menjadi buah mulut dan perhatian para penganalisa politik.

Cakap-cakap atau kehebuhan cerita mengenai RUU 355 ini bukan sahaja setelah ia diberi notis pertama di parlimen, tetapi sejak Pas mula bercadang untuk membawa perkara itu ke parlimen. Dan cakap-cakap menjadi riuh randah lagi apabila dalam sidang kali ini sekali lagi ia dimasukkan dalam senarai perkara yang akan dibahaskan. Orang parti agama (Pas) seronok sakan apabila pada sidang lalu usul itu dibenarkan untuk dibaca. Lucunya peluang itu sudah dianggap sebagai parlimen menerimanya.

Pada mulanya semua orang khas mereka mendokong Pas bertepuk tangan seronok kerana usul itu diletakkan di nombor empat (4) dalam urusan mesyuarat palimen pada hari pertama. Kedudukan nombor itu memberi harapan dan peluang cerah usul itu akan dibincangkan. Mereka berharap harapan itu akan menjadi realiti setelah kesekian dekad menunggunya.

Bagaimana pun rasa seronok itu bertukar menjadi sedikit sedih dan terkejut apabila usul itu dipinda ke nombor tujuh (7) dalam urusan mesyuarat pada hari kedua. Perubahan itu menyebabkan pendokong Pas merasa kesal dan orang ramai mula mempersoal dan membuat tanggapan usul itu telah dijadikan topeng mainan oleh pihak tertentu. Usul itu tidak ubah sepeeti toys, manakala Pas menjadi si kucing jinak yang mengejar-ngejar toys berkenaan.

Sebaliknya bagi mereka yang anti Pas dan sekaligus anti pindaan itu yang dilihat bakal membuka pintu kepada pelaksanaan hukum Hudud di negara ini, mengambil alih suasana bila mereka pula bertepok tangan dan tersenyum lebar melihat perubahan kedudukan dan nasib usul berkenaan. Mereka mula sedar bahawa Pas sudah kena main dan pihak yang beriya untuk memberi sokongan yakni Umno hanya sekadar menghulur umpan yang tersalut joran kepada Pas.

Di sini saya tidak mahu masuk campur di belah mana-mana cuma hendak membuat kesimpulan sendiri berkaitan dengan RUU 355 itu dan "didong ding dong dingkan" serta nasibnya.

Saya tetap berpegang kepada pendapat saya sebelum ini bahawa Hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara dengan sebab-sebab yang sudah dijelaskan. Bukan itu sahaja kenyataan Najib Razak di Alor Setar, bahawa "tiada Hudud di Malaysia" telah mengunci hasrat Pas itu. Kalau para pemimpin Pas peka politik dan belajar dari pengalaman, kata-kata Najib itu sudah cukup untuk mereka membuat penilaian sejauh mana ketulusan dan komitmen UBN dalam isu ini. Mereka tidak payah bersusah payah "menerak" untuk membawa usul itu di parlimen.

Bagi orang yang faham politik dan menghormati kuasa seorang perdana menteri serta tahu seluk belut urusan dan kuasa parlimen khususnya dalam membuat cadangan untuk meminda apa-apa subjek yang melibatkan Perlembagaan, jika ia tidak mendapat sokongan 2/3 ia tidak akan boleh dilakukan. Usaha itu akan sia-sia sahaja meskipun ia riuh senegara dan diadakan munajak dan solat hajat di merata tempat.

Dalam konteks politik solat hajat dan munajak bukan jalan penyelesaian tuntas. Usaha itu hanya doa sahaja di mana ia adalah tindakan (ikhtiar) orang yang sangat lemah, berbanding dengan dua tindakan lain yakni bertindak dengan kuasa (tangan), bertindak dengan mulut (teguran). Bertindak dengan hati (doa) adalah selemah-lemah usaha dan tindakan. Solat dan munajat adalah doa.

Dalam hal Hudud ini Pas menggunakan kaedah ketiga itu, merupakan usaha paling lemah sekali. Walaupun sebelum ini sudah ada usaha mengikut laras kedua dan ketiga (teguran dan mengumpulkan kekuatan (kuasa)), tatapi ia dimusnahkah apabila Pas memutuskan hubungan dengan rakan pembangkang. Kejayaan Pas mendapat banyak kerusi dalam dua Piraum lalu adalah permulaan ke arah mencapai matlamat paling besar dan memungkinkan Pas dapat merealisasikan cita-cita bertahun itu.

Sayangnya Pas tidak betah dengan pakatan itu kerana terpengaruh dengan hasutan dan ajakan syaitan oleh Umno lalu membubarnya dengan menggunakan alasan-lasan yang dangkal.

Memahami situasi itu; kuasa politik dan parlimen maka Akta 355 itu tidak akan dapat dipinda dan harapan untuk memperluaskan kuasa dan bidang mahkamah syariah bagi menepati kehendak Hudud tidak akan tercapai dengan jaya. Hasrat dan cita-cita Pas itu terus akan berada di langit angan-angan dan dalam lautan ilusi mimpi yang luas.

Kenapa usul persendirian wakil dari Marang itu naik turun macam air pasang di musim tengkujuh? Jawabnya mudah dan tegas kerana ia tidak mendapat restu daripada kerajaan, khususnya Umno. Kalau Umno benar-benar ikhlas dan bersedia menyokong usul Pas itu, usul itu akan diberikan keutamaan dalam urusan mesyuarat parlimen. Alasan bahawa usul-usul kerajaan didahulukan hanya alasan sahaja. Bak kata orang kalau hendak seribu daya kalau tak hendak seribu dalih.

Semua boleh dipinda kalau mahu? Yang tidak boleh dipindah dan ubah ialah ayat Quran dan Hadith sahaja.

Umno mainkan Pas?

Kenapa eksekutif parlimen yang dikuasai UBN itu tidak meletakkan usul itu di atas? Sekali lagi jawabannya kerana parlimen tidak mahu ianya dibahaskan. Dalam pengertian mudah RUU 355 itu bukan perkara penting dari sudut UBN maka ia perlu dilewatkan atau pun mungkin dighaibkan terus. UBN juga tidak mahu menerima risiko politik dengan perbahasannya. Dalam isu ini saya nampak UBN berjaya menjadi Pas sebagai titi untuk mereka menyeberang sungai sebelum sampai ke daratan.

Apakah permainan ini sukar untuk difahami oleh Pas dan juga orang yang hendak membawa usul berkenaan? Melainkan ia disengaja buat-buat bodoh kerana dengan cara itu ia sudah boleh dijualkan kepada rakyat kononnya Pas sudah berusaha membawa ke parlimen tetapi ia dihalang? Apakah sekadar itu sahaja yang Pas ingin dengan usaha itu? Kalau setakat itu sekali lagi Pas memakai baju munafik yang berwarna terang.

Bermain politik dengan bermodal sedemikian bukan sesuatu yang pratikal, kerana apa yang penting hari ini realistik bukan angan-angan. Orang ramai mahukan sesuatu yang pratikal bukan retorik. Mengenai Hudud ini Pas mengangan-angankannya sejak lama dahulu lagi dan isunya tenggelam timbul macam bulan juga. Bila cukup 15 hari bulan ia terang (purnama) mencerah langit dan bila sampai ke penghujung ia seban dan menggelapkan langit.

Pas amnya dan wakil Marang khususnya perlu menyedari dan menginsafi permainan ini. Perlu sedar mereka telah kena main dan punggungnya telah diraba oleh Umno dalam bab RUU 355 ini. Cukuplah setakat dilakukan oral sex, bukan dirogol melibatkan fizikal! Pas tidak perlu mengharap sokongan Umno sebaliknya perlu berbuat sesuatu setimpa dengannya sebagai balasan atas pengkhianatn itu. Iya bagi saya kalau usul itu gagal dibawa ke sidang ini ia suatu pengkhianatan Umno.

Nilai sikap dan kejujuran Umno.

Terbaik ialah Pas menilai balik semangat dan kerjasama (taawun) dengan Umno yang dilaung-laungkan itu. Cukuplah Pas menunjukkan sikap baik dan pengertian kepada rakan yang tidak mempedulikan apa dilakukan itu.Dengan tertangguhnya usul berkenaan mengundang malu kepada Pas dan presidennya. Pas akan dihukum kiri kanan selepas ini oleh pihak nyang menentang semestinya dan oleh pihak menyokong juga kerana mereka akan berasakan Pas terlalu lemah.

Sekiranya usul itu tidak dapat dibentangkan dalam sidang parlimen kali ini, Pas boleh memberi kata dua kepada Umno. Tindakan terbaik ialah Pas kembali semula kepada maufakat dengan parti pembangkang untuk "merenyuk" UBN habis-habisan dalam Piraum ke-14. Pas boleh beri kata dua, apakah Umno mahu parti agama itu bersamanya atau pun akan koner balik untuk berhimpun dalam kelompok pembangkang seperti dalam dua Piraum dahulu.

Sekiranya Pas ingin kembali kepada oposisi mungkin Pas juga boleh memberi kata dua kepada rakan pembangkang, terutama PKR, DAP, Amanah, dan terbaharu Bersatu, sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan UBN, maka kerajaan baharu itu nanti kena berjanji akan memberi laluan kepada Pas untuk meminda perlembagaan dan seterusnya melaksnaakn Hudud di negara ini. Pas boleh menggunakan tuntutan ini sebagai syarat penyertaannya semula ke dalam oposisi.

Kalau benar Pas serius hendak laksanakan hudud, inilah thorib terbaik kepada Pas. Dengan kedudukan UBN hari ini sangat lemah, sekiranya Pas sedia mengompakkan diri bersama oposisi sudah tentu kerajaan UBN akan jatuh dan kerajaan baharu akan bangkit. Tidak salah kalau Pas membuat ralat untuk kembali semula bercantum dengan pembangkang kerana ia dihalalkan dalan politik sekular. Menyesal awal lebih baik untuk mengelakkan kecewa dikemudian hari. Tindakan itu juga akan disambut dengan tepuk sorak kegirangan.

Tidak memelikkan kalau Pas bersikap demikian kerana ianya sesuatu yang normal dalam politik. Perbuatan dan tindakan tarik tali, menjual kuasa dan membeli kuasa adalah perkara lazim dalam politik. Pas kena menyedari politik yang dilanggani kini bukan politik Islam tulen yang rigid dan terikat dengan kalam dan kanun Tuhan, tetapi politik sekular yang menghalalkan cara untuk mendapat matlamat. Buktinya kesediaan Pas menyertai pilihan raya itu sendiri adalah perbuatan menghalalkan cara demi mencapai matlamat.

Apa lagi kalau Pas tegak atas nawaitu untuk melaksanakan hukum Allah, maka dengan apa cara sekalipun Pas perlu perolehi. Itulah kebijaksanaan dan fatah. Perkataan matlamat menghalalkan cara mungkin perlu ditafsiran semula dan diberi wajah baharu yang dinamik oleh Pas kalau cara itu mampu dan berpeluang untuk menegakkan perintah Allah. Kenapa tidak?

Diancam bunuh, Maria Chin wajar diberi perlindungan polis

Posted: 19 Oct 2016 07:12 AM PDT

charlessantiago

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Polis digesa menyediakan perlindungan sepanjang waktu kepada tiga pemimpin utama BERSIH yang menerima ancaman bunuh dalam bentuk bergambar yang disunting seakan-akan aksi militan IS mengacukan pisau ke arah tebusan.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut menggesa agar polis dengan segera menyiasat dalang di sebalik manipulasi gambar berkenaan yang didakwa dibuat bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka.

"Kita tidak boleh benarkan ancaman keganasan dan pergolakan (seumpama itu) menjadi satu macam norma dalam politik atau digunakan sebagai alat (bagi sesiapa) untuk terus berada di tampuk kuasa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengerusi BERSIH 5, Maria Chin Abdullah, Pengerusi 2.0, Datuk Ambiga S Ambiga serta Pegawai Urus Setia BERSIH, Mandeep Singh menerima ancaman berkenaan semalam.

Maria Chin seperti yang dilaporkan media telah mengesahkannya, malah, akan membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan petang ini.

BERSIH 5 telah menerima pelbagai ancaman dan provokasi daripada samseng UMNO yang diketuai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos sejak penganjur perhimpunan aman tersebut melancarkan konvoi ke seluruh negara pada 8 Oktober lepas.

Charles berkata, demonstrasi jalanan adalah sebahagian daripada hak demokrasi yang dijamin oleh Perlembagaan negara, justeru harus dihormati tanpa emosi oleh pihak kerajaan dan agensi penguatkuasaan di negera ini.

"Kita perlu bergerak ke hadapan untuk menjadi masyarakat yang bertamadun dan yang meraikan perbezaan pendapat, toleransi dan pemikiran kritikal," tegasnya. – Roketkini.com


Tindakan Campak Ular Spontan, Bukan SOP Latihan - Shahidan

Posted: 19 Oct 2016 07:10 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan mencampak ular ke dalam kolam semasa latihan bina diri di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini dilakukan secara spontan dan bukannya mengikut prosedur operasi standard (SOP) latihan berkenaan.

Beliau berkata, penggunaan seekor ular sawa pendek yang tidak agresif dalam latihan itu dilakukan buat pertama kalinya di luar pengetahuan pihak pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Perak dan ibu pejabat APM.

"Saya difahamkan jurulatih berkenaan berbuat demikian dengan niat meningkatkan keberhasilan modul latihan itu. Modul latihan tiada masalah, cuma ia adalah penambahan yang dibuat oleh jurulatih.

"Kita akui ia satu tindakan yang tidak patut (dilakukan)," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen di sini, Rabu.

Beliau mengulas satu rakaman video berdurasi lebih dua minit yang tersebar di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut itu menangis dan menjerit setelah jurulatih latihan itu mencampakkan ular ke dalamnya.

Rakaman itu juga menunjukkan beberapa anggota APM menyiram air dan menyergah pelajar sepanjang modul itu berlangsung.

Seramai 45 murid dari sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar menyertai latihan berkenaan di perkarangan pejabat APM Kuala Kangsar.

Shahidan berkata, dari 2012 sehingga 2016, sebanyak 23 sekolah dengan 1,622 peserta telah menjalani latihan berkenaan, yang bertujuan mengukur tahap kerjasama kumpulan, pematuhan arahan dan komunikasi dalam kalangan peserta.

Ditanya sama ada latihan modul bina diri itu perlu dibubarkan susulan insiden itu, beliau berkata adalah tidak adil untuk membuat sebarang keputusan hanya berdasarkan kepada satu insiden semata-mata.

"Adalah tidak adil untuk menggantung serta-merta modul bina diri murid berkenaan. Kita perlu mengambil pendapat semua pihak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya. - Bernama

Shafie Apdal kurangkan peluang Sabah jadi PM

Posted: 19 Oct 2016 07:02 AM PDT


 
Oleh SUBKY LATIF


MUNGKIN sehingga ini belum ada sesiapa dari Sabah dan Sarawak jadi PM dan Timbalan Perdana Menteri. Tetapi politik tidaklah menutup peluang itu. Cuma penampilan politik mereka belum membuka peluang itu.
     
Selepas Tun Datu Mustapha dan Tun Patinggi Abdul Rahman Ya'kub, Datuk Shafie Apdal adalah calon yang ada bintang itu. Melalui Umno dulu dia sudah ada di tangga yang ketiga kepada TPM dan keempat ke PM.
   
Tanpa jadi Umno anak Tunku dan anak Tun Razakpun tak akan merasa.
   
Jika Umno itu masih releven dan Shafie lurus politiknya, dia mungkin anak Malaysia Timur yang pertama mendekati takhta kuasa itu.
   
Tetapi sekarang jadi Umno seribu tahun belum ada jaminan.
   
Apapun peluang bagi oang Sabah dan Sarawak jadi PM terletak pada parti politik yang merangkumi tiga wilayah itu. Selepas terpencil dari Umno peluang itu mungkin ada jika menjadi sebahagian parti yang Mahathir tubuh atau lain-lain yang bercabang di Sabah dan Sarawak.
  
Mana tahu kalau Bersatu diizin Allah TS Muhyiddin jadi PM. Kalau Shafie menaja parti itu bersama Dr Mahathir dipercayai dia Timbalan Presidennya, bukan Mukhriz. Kerana dia lebih kanan semasa dalam Umno dulu.
   
Tetapi Shafie tertarik kepada partinya sendiri untuk orang Sabah. Ia dirasanya memberi peluang lebih baik berada dalam parti politik nasional.
   
Dia mungkin jadi Ketua Menteri yang kuasanya besar tapi kurang peluang jadi PM, kerana PM adalah dari parti yang menguasai nasional. Parti Shafie sekadar di Sabah. Tapi kalau jadi orang penting dalam politik nasional, peluang sentiasa terbuka, cuma nasib saja yang menentukan.
  
Tun Mustapha Datu Harun pernah jadi Ketua Menteri Sabah yang pengaruhnya sebesar Tunku yang jadi PM dan Tun Razak yang jadi TPM. Tunku ada pandangan tinggi terhadapnya. Tunku pernah memberitahu pelajar kita di London, jikaTun Razak tiada pengganti yang jelas, Tun Mustapha adalah calon terbaik.
   
Demikian juga Tun Rahman Ya'kub. Geliga politiknya menyaingi Ghafar Baba, Dr Mahathir, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh. Jika semua nama itu disebut layak jadi calon PM, Tun Rahman juga layak. Kalau tidak jadi Perdana Menteri, kedua mereka merasa lebih selesa dan berpengaruh jadi Ketua Menteri di wilayah masing-masing.
   
Sekalipun Ketua Menteri juga segelemur PM, tetapi kedudukan Ketua Menteri ditentukan bergantung hubungan selesa dengan PM. Sehandal Tun Mustapha, PM Tun Razak yang sudah tidak sebulu dengannya berdaya mempermainkannya. Tun Rahman Ya'kub juga Ketua Menteri yang susah disentuh. Apabila PM Hussein Onn tidak ngam dia digantikan dengan KM lain.
   
Dr Mahathir juga tidak digemar oleh Tunku dan pun tidaklah elok sangat dengan PM Hussein. Tetapi kerana Mahathir berada dalam parti yang sama dengan Tunku dan Tun Hussein, Mahathir ada peluang merebut kekuasaan.
  
Kurang ghairah politik pemimpin dari Sabah dan Sarawak, adalah kerana belum merasa jadi PM dan TPM. Kalau sudah merasa, tidaklah terasa rendah diri.
   
Jika Shafie sabar dan tawakal, peluang jadi pimpinan tinggi dalam politik persekutuan, boleh mendekatkan peluang orang dari wilayah timur itu ke kerusi PM dan TPM. Sekadar bos politik di wilayah macam yang Shafie tumpu mengurangkan peluangnya dan melepaskan peluang bagi Sabah dan Sarawak.

Peruntukan Kementerian Kesihatan dipotong, hospital kerajaan jadi mangsa

Posted: 19 Oct 2016 06:14 AM PDT

hospital

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan UMNO memotong peruntukan Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2016 yang lalu telah mula menampakkan kesan negatifnya.

Hospital Tengku Ampuan Rahmah, Klang seperti yang dilaporkan media mengeluarkan surat edaran pada 6 September lepas memaklumkan kakitangannya berhubung pemberhentian sementara ujian di Jabatan Patologi ekoran kekurangan dana.

Malah, Hospital Selayang turut mengalami nasib yang serupa apabila kehabisan bekalan bahan kimia untuk menjalankan uji kaji keratin darah pada hujung bulan lepas. Turut terjejas beberapa klinik kerajaan yang menghentikan proses saringan Hepatitis B terhadap ibu mengandung.

Memandang serius isu berkenaan, Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching justeru mahu kerajaan UMNO meletakkan kepentingan yang betul dalam Belanjawan 2017 yang akan dibentangkan pada jumaat nanti.

"Peruntukan bagi Kementerian Kesihatan pada 2015 adalah RM23.31 bilion, tetapi telah dikurangkan kepada RM23.03 bilion dalam Bajet 2016.

"Tetapi pada masa yang sama, peruntukan Jabatan Perdana Menteri telah meningkat daripada RM19.2 bilion kepada RM20.3 bilion.

"Apakah projek di bawah Jabatan Perdana Menteri yang terlalu penting daripada menyelamatkan nyawa (rakyat di negara ini)?" soal Ahli Parlimen Kulai itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Sejak Januari hingga Mei tahun ini, Kementerian Kesihatan mencatatkan peningkatan jumlah pesakit sebanyak lapan peratus atau 3 juta pesakit berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui kesukaran yang perlu dihadapi Kementerian Kesihatan dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan sumber yang terhad, lebih-lebih lagi dengan permintaan yang kian meningkat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kampar, Dr. Ko Chung Sen berkata, pelaksanaan enam peratus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula pada April tahun lalu telah mengakibatkan lebih ramai pesakit memilih untuk menerima rawatan di hospital kerajaan berbanding swasta.

Ekoran itu, katanya, hospital swasta mengalami kerugian yang teruk akibat pelaksanaan cukai yang membebankan itu.

"Ramai di kalangan kita kini tidak mampu untuk pergi ke hospital swasta seperti selalunya, malah hospital swasta seperti KPJ melaporkan telah mengalami penurunan keuntungan," katanya.

Selain itu, katanya lagi, pelaksanaan GST yang didakwa kerajaan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat sebenarnya tidak mencerminkan matlamat yang digembar-gemburkan itu.

Ini kerana, ujarnya, kerajaan lebih mementingkan pembinaan infrastruktur daripada penjagaan kesihatan rakyat.

"Apa guna kalau ada keretapi laju tapi rakyat masih merangkak naik bas yang perkhidmatannya lembab untuk sampai ke hospital?

"GST yang dijanjikan kerajaan untuk kepentingan rakyat, sebaliknya hanyalah untuk menyelamatkan kerajaan daripada jatuh bankrap," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen pagi tadi.

Justeru, beliau menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan lebih peruntukan kepada Kementerian Kesihatan demi menjaga kepentingan rakyat yang bergantung terhadap perkhidmatan hospital kerajaan. – Roketkini.com

 

Halang ke luar negara: Zunar akan cabar KPN dan KP Imigresen di mahkamah

Posted: 19 Oct 2016 06:02 AM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Zulkiflee Anwar UlhaqueZulkiflee Anwar Ulhaque


"Mereka boleh mengharamkan kartun saya, mereka boleh mengharamkan perjalanan saya, tetapi mereka tidak akan dapat mengharamkan minda saya," ujar kartunis prolifik Zunar.

Kartunis prolifik Zunar dihalang dari keluar negara oleh pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  dakwanya atas arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata, kejadian yang berlaku semalam jam 2 petang itu sewaktu beliau dalam perjalanan ke Singapura untuk menghadiri sebuah forum di sana.

"Semalam 17 Oktober 2016, jam 2 petang, dalam perjalanan ke Singapura untuk sebuah forum, saya telah dihalang dari keluar negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Saya diberitahu oleh pegawai tersebut bahawa arahan datangnya dari pihak polis. Setelah menyemak lebih lanjut seorang pegawai imigresen memberitahu bahawa arahan itu datang dari Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri dan ia berkuatkuasa sejak 24 Jun 2016.

"Berdasarkan undang-undang, KPN dan Ketua Pengarah Immigresyen tidak punya hak untuk menghalang saya dari keluar negara. Hanya mahkamah mempunyai kuasa tersebut, itu pun hanya boleh dijalankan menurut undang-undang tertentu," ujarnya dalam kenyataan itu.

Zunar  sempat merakamkan gambarnya ketika ditahan pegawai Imigresen di KLIA semalam.Zunar sempat merakamkan gambarnya ketika ditahan pegawai Imigresen di KLIA semalam.
Justeru Zunar berkata tindakan pihak berkuasa negara ni menghalangnya keluar negara satu tindakan bermotif politik.

"Tindakan menghalang saya dari keluar negara adalah satu tindakan bermotif politik dan berniat jahat serta bertentangan dengan Perlembagaan Negara.

"Ia juga bertentangan dengan deklarasi hak asasi manusia sejagat.

"The International Covenant on Civil and Political Rights artikel 12 menyatakan dengan jelas bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk ke luar negara, ini termasuk negara sendiri.

Selanjutnya deklarasi itu menjelaskan bahawa hak-hak tersebut tidak boleh disekat kecuali jika diperuntukkan di bawah undang-undang, keperluan keselamatan negara, ketenteraman awam atau kesihatan.

"Walau pun saya sedang menghadapi sembilan tuduhan di bawah Akta Hasutan, saya belum didapati bersalah kerana kes saya hanya akan mula didengar pada 22 November depan.

"Jelas tindakan ini merupakan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran hak asasi oleh KPN dan Ketua Pengarah Immigresen.

"Saya akan cabar undang-undang tentang pengharaman perjalanan ini dan akan mengheret Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Imigresen ke mahkamah," tegasnya.

Zunar berkata tindakan PDRM dan Imigresen itu bertujuan menyekatnya terus melukis kartun untuk mendedahkan rasuah dan ketidakadilan berlaku.

Tahun lalu, pihak berkuasa telah mendakwa beliau dengan sembilan rekod tuduhan di bawah Akta Hasutan dengan hukuman kemungkinan maksima 43 tahun penjara kerana komennya dalam twitter.

Sebelum itu, beliau juga pernah dua kali dilokap di bawah Akta Hasutan - pertama kali pada tahun 2010 untuk dua hari dan pada Februari 2015 untuk tiga hari. Selain lima buku kartunnya diharamkan dan pejabatnya juga telah beberapa kali diserbu penguasa dan ribuan buku kartunnya dirampas.

"Turut terbabit kilang pencetak dan kedai-kedai buku diseluruh negara diserbu dan mereka diugut akan ditarik lesen perniagaan sekiranya terus mencetak dan menjual buku-buku saya.

"Pada Oktober 2014, tiga pembantu jualan saya ditangkap. Selain itu, webmaster yang mengendali penjualan online buku-buku saya juga disoal siasat oleh pihak polis.

"Saya ingin menegaskan akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir. Bakat bukan anugerah tapi sebuah tanggungjawab.

"Mereka boleh mengharamkan kartun saya, mereka boleh mengharamkan perjalanan saya, tetapi mereka tidak akan dapat mengharamkan minda saya," ujarnya.

Satu logo Pakatan Harapan: DAP tidak yakin Pendaftar Pertubuhan bagi kelulusan

Posted: 19 Oct 2016 05:57 AM PDT

DALIA ISMAIL
 
 
Datuk Ngeh Koo HamDatuk Ngeh Koo HamDAP berpendirian Pakatan Harapan harus mengunakan satu logo untuk menarik sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 namun ia bergantung kepada kesediakan parti gabungan dan kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Timbalan Setiausaha Agung DAP Datuk Ngeh Koo Ham berkata, secara teorinya ia dilihat boleh dilakukan tetapi pada hakikatnya ia sukar dilaksanakan.

" Secara teori memang ia boleh dilakukan (satu logo) tetapi hakikatnya tidak boleh dibuat melainan RoS setuju Pakatan Harapan bergabung untuk pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau diminta mengulas tentang cadangan PKR menerusi kenyataan Naib Presidennya, Rafizi Ramli yang dipetik berkata parti-parti Pakatan Harapan (PKR,  DAP dan Amanah) memulakan perbincangan serius untuk menggunakan satu logo kerana jelas bahawa imej setiap parti (apabila berasingan) adalah berbeza dan menarik peratusan sokongan yang berbeza-beza.

Kenyataan Rafizi itu dibuat berdasarkan dapatan kajian terhadap pengundi baru yang menunjukkan 83 peratus pengundi muda dan pengundi kali pertama menolak BN.

Justeru Rafizi menyarankan agar Pakatan Harapan bersedia untuk mengunakan satu logo dalam menghadapi PRU14 untuk meraih undi bagi pengundi muda dan pengundi kali pertama itu.

Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, DAP mempunyai pengalaman bersama Pakatan Rakyat sebelum ini untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat tetapi ia gagal dilakukan berkemungkinan usaha ke arah penggunaan satu logo juga akan hadapi situasi sama.

"Dulupun kita cuba daftarkan Pakatan Rakyat kerana saya salah seorang penaja bersama 15 lagi yang lain tetapi gagal didaftarkan.

"Bagi DAP sendiri, sejak kita lakukan pindaan perlembagaan DAP sudah setahun RoS tidak luluskan.
"Jadi kita tidak yakin kalau nak buat satu logo kali ini dalam Pakatan Harapan, RoS akan luluskan," terangnya.

Selain Rafizi sebelum ini juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut mencadangkan semua parti pembangkang menggunakan satu nama, bendera dan logo rasmi dengan nama "Barisan Rakyat" bagi mengelakkan undi terpecah sekiranya berhadapan pertandingan satu lawan satu.

Ditanya sejauh mana kesediaan DAP sendiri untuk menerima parti Bersatu bekerjasama dalam Pakatan Harapan, Koo Ham berkata, ia masih lagi tidak dibincangkan bersama dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

"DAP Perak akan adakan mesyuarat dengan parti gabungan pada 6 November depan kita ada masukkan agenda mengunakan logo sama untuk hadapi PRU.

"Untuk sementara waktu perkara ini (parti Bersatu) kita perlu berbincang dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan melalui konvensyen bersama yang akan diadakan pada 12 November depan.

"Dulu pun kita berbincang nak tubuhkan Pakatan Rakyat (PKR,DAP,Pas). Bila Pas sudah keluar kita tubuhkan Pakatan Harapan, tetapi dengan Bersatu kita kena berbincang dulu.

"Jika permohonan itu dibuat tetapi RoS tidak luluskan jadi Pakatan Harapan dan Bersatu masing-masing parti guna logo sendiri  sebagai Barisan Pembangkang,"ujarnya yang juga Pengerusi DAP Perak.

Polis tahan reman Jamal dua hari

Posted: 19 Oct 2016 04:04 AM PDT

Alyaa Azhar


LIHAT VIDEO DI SINI

Pemimpin gerakan 'baju merah' Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dikenakan tahanan reman selama dua hari, kata penasihat undang-undang kumpulan itu, Mohd Imran Tamrin .

Imran berkata, perintah reman 48 jam berkuat kuasa pada jam 8.30 pagi ini selepas Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Beliau ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung catatannya di Facebook dan juga mengenai beberapa kejadian lain," kata Imran kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Jamal disiasat mengikut eksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Imran tidak menolak bahawa Jamal akan turut disoal berhubung kejadian lain yang termasuk kekecohan di Sabak Bernam dua minggu lalu.

Jamal, yang akan menghabiskan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, ditahan sebaik sahaja pulang ke negara ini.

Menurut setiausahanya, Durrany Izam, Jamal ditangkap pada kira-kira jam 8:30 pagi sebaik sahaja dia tiba dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Jamal tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10.30 pagi dalam SUV bercermin gelap.

Walaupun digari, dia sempat melambai kepada wartawan yang menunggu di luar balai polis.

Polis sebelum ini menunggu kepulangan Jamal dari Dubai untuk merakamkan kenyataannya mengenai pertembungan antara baju merah dan konvoi BERSIH 5 di Sabak Bernam dua minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar itu berhubung posting dakwaan amaran tentang 'rusuhan 13 Mei' jika perhimpunan BERSIH 5 diteruskan.

Jamal, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau di belakang posting itu, dengan mendakwa ia dibuat menggunakan akaun palsu.

Demi keadilan tangkap juga Maria, Ambiga'

Posted: 19 Oct 2016 03:38 AM PDT

Alyaa Azhar


LIHAT VIDEO DI SINI

Ekoran penahanan Datuk Seri Jamal Md Yunos oleh polis pagi tadi, anggota kumpulan baju merah berharap tindakan sama turut diambil ke atas dua orang kuat BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Datuk S Ambiga.

Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata polis perlu menahan pemimpin BERSIH yang didakwanya melakukan provokasi serta menggerakkan konvoi tanpa permit.

"Kita mintak polis berlaku adil, bukan saja menangkap Jamal, kita juga mendesak kerajaan menangkap Maria Chin dan Ambiga," katanya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar ditahan pihak berkuasa setibanya dia di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang. Jamal dilaporkan berada di luar negara sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengarahkan Jamal disiasat berhubung status Facebook yang mengaitkan perhimpunan BERSIH 5 dengan insiden 13 Mei serta "parang terbang".

Jamal bagaimanapun mendakwa status itu dipalsukan bagi mencemar nama baiknya. Dia juga menyalahkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai dalang di sebalik status dimuat naik itu.

Jamal dan Armand Azha adalah antara tokoh utama memimpin kumpulan baju merah.

Armand Azha berkata walaupun Ambiga merupakan seorang peguam bekas presiden Majlis Peguam Malaysia itu tetap terbabit dalam konvoi BERSIH.

Beliau juga menegaskan penahanan Jamal membuktikan kumpulan baju merah "berani" berdepan dengan sebarang tindakan undang-undang.

Walaupun berpendapat cara penahanan Jamal di KLIA tadi "tidak patut" Armand Azha berkata mereka tetap memberikan kerjasama kepada polis.

"Apa jua tindakan undang-undang kami akur dan hormati. Kami tak pernah lari daripada tanggungjawab untuk mempertahankan perlembagaan.

"Tetapi kami minta polis adil. Kalau tangkap Jamal, kami mahu polis tangkap Maria Chin dan Ambiga kerana mereka tidak mengikut undang-undang yang termaktub dalam Akta Perhimpuman Aman," katanya.
BERSIH 5 dijadual diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

'Utamakan penjagaan kesihatan bukan JPM dalam Bajet 2017'

Posted: 19 Oct 2016 03:32 AM PDT

MALAYSIAKINI


Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengutamakan penjagaan kesihatan awam sebelum menyediakan dana untuk jabatannya sendiri dalam Bajet 2017.

"Najib perlu menetapkan keutamaan yang betul dalam Bajet 2017 akan datang kerana adalah menyedihkan untuk melihat di negara ini, PM yang mempunyai berbilion-bilion 'derma' dalam akaun bank peribadi tetapi pesakit dan keluarga mereka menderita," kata Teo dalam satu kenyataan.

Teo berkata peruntukan untuk Kementerian Kesihatan pada 2015 adalah RM23.31 bilion, tetapi dikurangkan kepada RM23.03 bilion pada 2016.

Tetapi pada masa yang sama, peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri meningkat daripada RM19.2 bilion kepada RM20.3 bilion.

"Projek apa di bawah Jabatan Perdana Menteri yang lebih penting daripada menyelamatkan nyawa?" soalnya.

Teo berkata jutaan rakyat Malaysia yang bergantung kepada penjagaan kesihatan kerajaan kerana mereka tidak mampu mendapatkan rawatan alternatif di hospital swasta.

Menurutnya, bajet Kementerian Kesihatan yang dipotong sebanyak RM280 juta tahun ini memberi kesan negatif.

Beliau memetik kes Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahmah di Klang yang memaklumkan kakitangan hospital mengenai pemberhentian sementara ujian makmal patologi, disebabkan oleh dana yang tidak mencukupi.

Beliau juga merujuk bagaimana seorang pesakit kanser prostat yang mahu menjalani ujian darah di Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat tetapi diberitahu bahawa keputusan mungkin mengambil masa beberapa hari kerana hospital kehabisan peruntukan untuk ujian.

Sementara itu, Hospital Selayang tidak mempunyai peruntukan untuk menjalankan ujian darah kreatinin pada lewat September, manakala sesetengah klinik kerajaan menghentikan ujian saringan Hepatitis B kepada wanita hamil.

Ugutan bunuh ala IS: Wan Azizah gesa PDRM, SKMM ambil tindakan segera

Posted: 18 Oct 2016 11:22 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Seri Dr Wan Azizah IsmailDatuk Seri Dr Wan Azizah IsmailPresiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Polis DiRaja Malaysia (PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan ugutan bunuh ala IS.

Beliau merujuk kepada ugutan bunuh yang ditujukan kepada Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah, tiga orang anaknya, AJK Bersih 2.0 Mandeep Sigh dan Presiden Hakam Datuk S.Ambiga yang telah menerima ugutan bunuh daripada pihak yang tidak dikenali.

"Mesej yang mereka terima adalah berbentuk gambar pemenggalan kepala oleh ISIS, di mana muka mangsa ISIS telah diubahsuai dengan muka Maria, Mandeep, dan Datuk Ambiga.

"Perbuatan ini adalah satu bentuk ugutan jenayah yang wajib dikutuk oleh semua pihak tidak kira sama ada mereka bersetuju ataupun tidak dengan usaha Bersih 2.0.

"Pada masa yang sama, saya menggesa pihak PDRM dan SKMM segera melakukan siasatan, mengesan dan membawa ke muka pengadilan mereka yang telah melakukan ugutan jenayah ini, yang boleh disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksima dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," ujarny dalam satu kenyataan semalam.

Ketua Pembangkang Parlimen ini berkata, sekiranya pihak PDRM dan SKMM boleh mengesan dan menangkap individu seperti 'Ratu Naga' yang didakwa memuat naik gambar yang menghina Perdana Menteri dan isteri, beliau percaya tidak menjadi masalah langsung untuk PDRM dan SKMM segera mengesan dan menangkap individu atau pihak disebalik sebaran gambar ugutan bunuh terhadap Maria, Mandeep dan Ambiga ini.

"Saya menggesa dan mengajak rakyat Malaysia agar bersama mengecam dan menolak budaya politik berunsur jenayah seperti ini, dan mendoakan agar Maria sekeluarga serta sdr Mandeep dan Datuk Ambiga terus tabah," ujarnya.

Suri rumah dipenjara dua tahun miliki gambar kumpulan Daesh

Posted: 18 Oct 2016 11:22 PM PDT

BERNAMA
 
 
Siti Nor Intan Shafinaz (jubah hitam) ketika dibawa ke mahkamah untuk sebutan kesnya.Siti Nor Intan Shafinaz (jubah hitam) ketika dibawa ke mahkamah untuk sebutan kesnya.
Seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini berkata hukuman yang dijatuhkan kepada seorang suri rumah yang didakwa berkaitan kes keganasan Daesh adalah bagi mengekang kegiatan itu yang diibaratkannya seperti gerakan subversif selepas komunis, yang jelas merupakan gerakan yang dibenci seluruh masyarakat.

Hakim Datuk Azman Abdullah berkata demikian dalam penghakimannya sebelum menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Siti Nor Intan Shafinaz Johari, 27, selepas tertuduh mengaku bersalah memiliki lebih 100 gambar berkaitan kumpulan pengganas Daesh, Mac lalu.

"Perkembangan subversif di Malaysia selepas komunis, (keganasan Daesh) dapat dilihat, dibenci oleh seluruh masyarakat.

"Gerakan subversif merupakan sesuatu yang perlu ditangani kerana ia berselindung di sebalik agama. Ia merupakan satu ancaman yang membawa kepada kekejaman dan kucar-kacir sekiranya tidak dicantas," kata hakim itu.

Hakim Azman memerintahkan Siti Nor Intan Shafinaz menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Mac lalu.

Siti Nor Intan Shafinaz didakwa memiliki sebuah telefon bimbit jenama Lenovo yang di dalamnya terdapat 139 gambar yang merupakan item berkaitan kumpulan pengganas iaitu kumpulan pengganas Daesh.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat No. 104, Kampung Ujung Tanjung, Kuala Perlis, Kangar, Perlis, pada 8.20 pagi, 22 Mac lalu.

Ibu kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item tersebut.

Berdasarkan fakta kes pada 22 Mac lepas, tertuduh ditahan sepasukan anggota polis di sebuah rumah dan hasil soal siasat, tertuduh menunjukkan tempat beliau meletakkan sebuah telefon bimbit di bawah bantal di sebuah bilik rumah tersebut.

Hasil analisa polis mendapati terdapat 139 gambar berkaitan kumpulan pengganas dan kegiatan keganasan.
Terdahulu peguam Farida Mohammad yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan tempoh reman yang dilalui tertuduh yang mempunyai masalah kesihatan serta mempunyai seorang anak berusia lapan tahun, sudah cukup memberi kesedihan dan trauma kepadanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa Kunyalam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan kerana pemilikan item pengganas juga adalah satu kesalahan serius yang memerlukan hukuman berat.

IKAT PERUT NAJIB DULU, BAJET 2017 ADALAH "BAJET MISKIN"

Posted: 18 Oct 2016 11:22 PM PDT

shahbudindotcom



Apabila Najib Razak mengarahkan para menteri untuk menghadapi masa terkehadapan yang lebih mencabar dan bersedia "mengikat perut"  dengan mengambil kira keperluan perbelanjaan kementerian masing-masing, ia dengan sendirinya membayangkan Bajet 2017 yang dibentangkannya  Jumaat ini adalah "bajet miskin."

Najib secara sedar mengakui negara sedang kekurangan wang dan oleh yang demikian, perbelanjaan kementerian-kementerian akan mengalami pemotongan yang ketara pada tahun hadapan.

Memotong atau mengurangkan perbelanjaan kementerian bermakna semakin kuranglah peruntukan yang diberikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan perkhidmatan yang disediakan.

Jika selama ini sudah banyak perkhidmatan dan program pembangunan untuk rakyat yang dipotong kerana negara kekurangan wang seperti kemudahan perubatan, bekalan ubat-ubatan dan lain-lainnya, bermakna pada tahun depan lebih banyak lagi yang bakal dipotong dan dikurangkan.

Wajarkah hanya peruntukan kementerian yang dipotong dan menteri-menteri saja yang diminta berjimat-cermat?
Kalau pun perbelanjaan kementerian harus dipotong, Najib seharusnya kekal memberi memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat, khususnya berkaitan kesihatan dan pendidikan.

Bagaimana dengan peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri sendiri, adakah ia akan dipotong juga?

Begitu dengan peruntukan untuk Perdana Menteri, akan adakah terma-terma tertentu yang akan dikurangkan atau ia berjalan sebagaimana biasa seperti zaman mewah dahulu?

Akan ada lagikah sewa khas jet dilakukan untuk membolehkan "First Lady kita" terbang ke sana ke mari untuk menghadiri program atau menerima anugerah atas nama Permata?

Jika Najib benar-benar memahami maksud perkataan wassatiyah yang selalu disebutnya,  sementara beliau mahukan para menteri berjimat cermat dan "mengikat perut", perkara itu perlulah dilakukan olehnya sendiri terlebih dahulu.

Tidak bermakna langsung kiranya hanya perbelanjaan kementerian, yang bermaksud perbelanjaan untuk rakyat saja yang dipotong, tetapi perbelanjaan untuk Jabatan Perdana Menteri dan Perdana Menteri masih kekal seperti biasa.

Memang diakui banyak juga perbelanjaan untuk Jabatan Perdana Menteri yang disalurkan kepada rakyat, tetapi tidak dinafikan sebahagiannya adalah tidak perlu, malah suatu pembaziran.

Contohnya, jawatan penasihat kerajaan bertaraf menteri. Sebelum ini ada 9 penjawat jawatan berkenaan, tetapi kini hanya tinggal lapan orang setelah Noh Omar dijadikan menteri penuh dalam rombakan kabinet baru-baru ini.

Antara mereka yang bergelar penasihat dengan segala kemudahan sebagai menteri itu  ialah Samy Vellu, Shahrizat Jalil, Rais Yatim serta beberapa yang lain.

Apakah peranan dan sumbangan penasihat kerajaan bertaraf menteri itu kepada rakyat, selain semata-mata bertujuan untuk memberi gaji dan elaun kepada mereka yang sudah pun sedia kaya dan mempunyai banyak wang?

Oleh itu, sesuai dengan masa terkehadapan yang lebih sukar yang disebut sendiri oleh Najib, beliau seharusnya memansuhkan terus jawatan tersebut, selain perlu juga mengurangkan perbelanjaan keraian yang tidak perlu serta yang mewah-mewah melibatkan dirinya yang biasa diadakannya selama ini.

Dalam hal ini, Najib harus jujur kepada dirinya sendiri dengan sedia bersama-sama untuk "mengikat perut", sesuai dengan era susah negara yang sebahagian puncanya adalah disebabkan kepimpinan serta kelemahannnya sendiri.

Rakyat dibebani GST sebab hutang negara

Posted: 18 Oct 2016 11:12 PM PDT


GST


KOTA BHARU – Rakyat tidak akan dibebani dengan GST jika pemimpin Umno dan BN memerintah dengan penuh adil dan tiada ketirisan berlaku dalam pentadbiran negara.

Exco Pemuda Pas Pusat, Nor Azariza Mohd Alawi berkata, memang GST menjadi penyelamat ekonomi kini dan kerajaan menggunakan GST sebagai medium untuk memastikan rakyat dapat membantu menyelesaikan hutang negara yang banyak.

"Memang GST penyelamat ekonomi yang telah lumpuh akibat daripada tangan ganas pemimpin BN itu sendiri. Kini kerajaan terpaksa ambil duit rakyat untuk bantu dengan cara memperkenalkan GST, naikkan harga minyak, harga tol. Dengan ini menunjukkan bahawa rakyatlah terpaksa menanggung hutang Negara yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menolak cadangan pengurangan cukai GST daripada enam kepada tiga peratus.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, negara tidak sepatutnya berhutang dan GST tidak wujud, sekali gus rakyat akan hidup dalam keadaan baik tanpa sebarang tekanan daripada kenaikan harga barang dan pelbagai lagi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Negeri berkata, sebelum ini seorang menteri pernah berkata, GST tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang, malah harga akan turun, jauh lebih murah daripada kini.

"Apakah barang yang akan turun harga itu, senaraikan kepada kami. Sampai sekarang kita tidak jumpa lagi barang turun harga, malah harga lebih meningkat lagi.  Kita tidak menentang cukai, cukai dikenakan pada barang tertentu dan pada tempat tertentu yang eksklusif. Restoran besar yang mana dikunjungi orang kaya, itu adil bagi mereka yang ada lebihan perbelanjaan.

"Tetapi GST yang diperkenalkan dikenakan kepada semua rakyat. Maka ini adalah cukup tidak adil. Jika mereka kata GST itu penyelamat, ia mesti dibaca dengan maksud bukan penyelamat sebenar, tetap penyelamat kepada ekonomi yang merudum," katanya.

Sampai bila mahu fitnah Abdul Hadi?

Posted: 18 Oct 2016 10:59 PM PDT


Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang
 
 
SHAH ALAM  - Pemuda Pas hari ini mengutuk keras pemberitaan sebuah stesen televisyen tempatan yang didakwa salah tafsir kenyataan sebenar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Naib Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan stesen televisyen itu yang memberi laporan salah terhadap Abdul Hadi dalam isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah membelakangkan prinsip asas pemberitaan yang mementingkan kebenaran dan kebertanggungjawaban.

"Amat malang sekali apabila stesen televisyen itu telah memanipulasi pertanyaan Abdul Hadi dengan hanya menyiarkan sekerat sahaja tanpa menyiarkan sepenuhnya soalan tersebut dengan niat untuk menggambarkan kononnya GST disokong oleh Abdul Hadi.

"Bukankah ini adalah fitnah yang nyata bagaikan seterang cahaya mentari dengan menyiarkan berita yang dikerat dan digubah sesuka hati bagi memenuhi citarasa tuan empunya mereka?" soalnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen pada pagi semalam, Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang bertanya soalan kepada Menteri Kewangan tentang sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat.

Difahamkan, setelah soalan asal dijawab oleh menteri, Abdul Hadi berdiri pada sidang Dewan Rakyat yang sama sekali lagi untuk mengemukakan soalan tambahan.

Jelas Khairil lagi, Abdul Hadi sebenarnya bersuara memperjuangkan isu rakyat di Parlimen dengan mendesak kerajaan agar menilai kembali pelaksanaan GST yang begitu membebankan rakyat di semua peringkat dan bukannya menyokong GST seperti yang didakwa oleh stesen penyiaran berkenaan.

"Kami menuntut permohonan maaf dari pihak berkenaan kepada Abdul Hadi atas berita fitnah yang telah mencemarkan imej dan reputasi beliau di mata rakyat.

"Kami juga menyeru pihak berkenaan bertaubatlah daripada meneruskan kerja penyebaran adu domba dan fitnah ini," katanya lagi.

‘Saya ada di sana semasa MP Marang berucap’

Posted: 18 Oct 2016 10:59 PM PDT


Hanipa Maidin
Hanipa Maidin


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah), Hanipa Maidin mengakui terkejut dengan tindakan sebuah stesen penyiaran memutarbelitkan ucapan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut ahli Parlimen Sepang itu, ucapan Abdul Hadi dalam sidang Dewan Rakyat semalam telah dipesongkan oleh wartawan yang tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, ucapan Abdul Hadi tidak disiarkan secara menyeluruh menyebabkan rakyat boleh terpedaya dengan laporan pemberitaan stesen penyiaran berkenaan.

"Secara jujurnya, keseluruhan ucapan MP Marang tidaklah menyokong GST meskipun dalam mukadimah ucapan beliau ada menyatakan bahawa tidak dinafikan GST adalah mekanisme yang berkesan untuk kutip cukai dan selesaikan masalah orang tak bayar cukai.

"Tetapi,stesen berkenaan tidak mengamalkan etika kewartawanan yang betul. Hanya ambil bahagian itu sahaja dan tidak siar keseluruhan ucapan MP Marang. Saya ada di Dewan Rakyat masa MP Marang berucap!," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen pada pagi semalam, Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang bertanya soalan kepada Menteri Kewangan tentang sejauh mana hasrat kerajaan untuk membatalkan cukai GST yang dikenakan kepada rakyat.

Difahamkan, setelah soalan asal dijawab oleh Menteri, Abdul Hadi berdiri pada sidang Dewan Rakyat yang sama sekali lagi untuk mengemukakan soalan tambahan.

"Tan Sri yang di-Pertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan.

"Namun pun di sana ada impak Yang Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara, yang ke luar negara, sungutan itu banyak.

"Sejauh mana langkah-langkah kerajaan dan penilaian terhadap keberkesanan daripada langkah-langkah itu dan adakah kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada? Terima kasih," soal Abdul Hadi ketika mengemukakan soalan tambahan


Mufti nafi dakwaan bapa saudara berhak atas wang derma pada anak mangsa maut DUKE

Posted: 18 Oct 2016 10:52 PM PDT

Oleh Zeanaaima Mohd Yusof
Post Pic



SHAH ALAM: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri hari ini tampil meleraikan kekeliruan berhubung isu wang derma membabitkan dua anak kepada pasangan yang maut akibat langgar lari di Lebuh Raya Duke, 2 Mei, tahun lalu.

Zulkifli memberitahu pihaknya dengan tegas menyatakan wang derma kepada dua anak yatim piatu itu adalah hak mereka manakala ibu atau bapa saudara kanak-kanak malang itu hanyalah pemegang amanah semata-mata.

"Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara hanya sebagai pemegang amanah (trustee/mutawalli) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah tertakluk kepada keperluan (maslahah) dan  sumbangan/sedekah kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh kejujuran dan rasa tanggungjawab.

"Itulah yang kami maksudkan kepada pihak (ibu/bapa saudara) yang bertanya. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya," tegas Zulkifli menerusi kenyataan medianya, hari ini.

Sebelum ini, ibu saudara kepada dua kanak-kanak ini mendedahkan wang sumbangan orang ramai hanya RM12,000 daripada sekitar RM300,000 sampai ke tangan anak saudaranya itu.

Yusnidah Hussain mendakwa kesemua wang sumbangan itu sebelum ini disalurkan orang ramai ke dalam akaun bank dua adik lelakinya (adik ketiga dan keenam). Namun kedua-duanya enggan menyerahkan wang berkenaan dan mendakwa duit itu adalah hak mereka.

"Alasan dia, merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang dimasukkan oleh orang ramai adalah harta dan hak mereka, sebab dalam akaun adalah atas nama mereka bukan untuk anak-anak ini. Ia milik mereka berdua," ujarnya dalam satu sidang mediannya, pada Selasa.

"Mula-mula duit dikumpul banyak, ramai yang datang (ziarah) termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri bagi sumbangan dipegang oleh adik (bongsu) saya. Arwah mak cakap jangan semua dia pegang, agih pada alang (adik nombor tiga), saya tiada dalam senarai untuk jaga anak-anak ini, sebab tanggungan saya besar. Tapi anak-anak (arwah) tak mahu dengan mereka. Setiap kali ada sumbangan masuk, hantar rumah mak," jelasnya.

Menurut Yusnidah, hubungannya dengan adik-beradik yang lain sudah retak dan hanya adik kelima sahaja menyokong usahanya menuntut hak untuk dua anak saudaranya itu.

Yusnidah anak kedua (satu-satunya anak perempuan) daripada enam adik-beradik. Allahyarham adiknya anak keempat.

"Saya sudah buat laporan polis. Tapi polis tak mahu ambil tindakan sebab ini kes keluarga. Jadi kalau perkara ini berlaku pada keluarga lain adakah mereka menerima nasib yang sama. Nasib anak-anak ini tidak terbela. Saya mahu keadilan untuk anak-anak ini. Kalau yang hak, memang hak,"  katanya sebak.

"Saya dicabar oleh adik nombor tiga untuk bawa kes ini ke mahkamah. Bila saya dah buat ikut prosedur, dia kata saya tak bawa berbincang. Saya dah habis berunding, bagaimana nak jaga anak ini, sama ada giliran ke tapi mereka tidak terima.

"Yang buat mereka betul-betul beriya-iya bergaduh bila dapat tahu anak-anak ini ditinggalkan insurans oleh bapa mereka, ada sikit-sikit aset hingga buatkan mereka...tak tahulah, hartakan," katanya lagi.

Yusnidah turut mendedahkan keluarga sebelah adik iparnya (arwah isteri kepada arwah adiknya) turut membuat penipuan dengan mengeluarkan wang insurans si mati bernilai RM50,000 dengan mendakwa mereka menjaga dua anak mangsa.

Walhal, kedua-dua anak malang itu dijaga Yusnidah seminggu selepas kematian pasangan itu hingga ke hari ini.

Yusnidah juga memberitahu, dirinya dan dua anak saudaranya itu terpaksa menerima kaunseling daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghadapi trauma yang dihadapi kanak-kanak itu akibat kehilangan kedua ibubapanya, secara mengejut.

"Amira ini, bila sesekali dia teringat, makan atau pergi ke tempat-tempat yang ingatkan dia pada arwah, dia akan menjerti 'papa..mama'. Kadang-kadang dia tiba-tiba jatuh pengsan.

"Saya tertekan, sebab anak ini menangis waktu malam, pukul 12 tengah malam, pukul tiga pagi dia meraung-raung, orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ini sekalipun.

"Malam saya tak boleh tidur. Bila tengok anak-anak ini waktu malam dan waktu makan dia akan teringat (arwah) dan mereka akan sebut papa dan mama dia. Kita pun akan jadi menangis juga. Saya tak boleh tidur sebab adik yang meninggal itu rapat dengan saya," kata Yusnidah.

Yusnidah mempunyai tujuh orang anak dan turut membela seorang menantu dan seorang cucu berusia empat tahun, selepas anak keduanya meninggal dunia akibat kemalangan di Ampang, Kuala Lumpur.
   
Untuk rekod, fairuz nizam husain, 35, isterinya, Nova Safitri Azhari,25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuh raya DUKE.

Pasangan itu meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira,9 dan Nur Firuza Aqila, 5, ketika kejadian berlaku.


MP Pokok Sena sifatkan kerajaan Najib dah jadi kerajaan kongsi gelap

Posted: 18 Oct 2016 10:48 PM PDT

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz Omar


Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST adalah suatu yang sangat lucu dan memalukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan mencukai rakyat dengan GST untuk memajukan negara menunjukan Najib menjadi PM yang tak perlu pakai otak untuk fikir bagaimana menjana kewangan dan menambah pendapatan negara selain dari menjadi penyeluk saku (pick pocket) rakyat.

"Kenyataan Najib tidak langsung bersifat 'pro rakyat'tetapi sebaliknya bersifat 'peras rakyat'.

"Najib dan kerajaan cuba untuk menakutkan rakyatkan kononnya ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cukai GST katanya, bukan sekadar mekanisma untuk menghalang peniaga peniaga lari dari bayar cukai tetapi GST juga adalah cukai yang bertujuan untuk mengenakan cukai ke atas setiap rakyat yang tak layak dicukaikan.

"Kenyataan Najib sekadar untuk menghalalkan tindakan kerajaan mengenakan GST yang merupakan langkah 'memeras rakyat' untuk menampung perbelanjaan negara.

"Tak ada idea yang tidak membebankan rakyat.

"Najib dan kerajaan Umno-Bn dah jadi macam kumpulan kongsi gelap yang memeras rakyat dengan wang perlindungan (protection money)," katanya.

Beliau mengingatkan Najib dan rakyat, ekonomi negara akan lumpuh dan runtuh dengan rasuah, penyelewengan, pembaziran, salah guna kuasa dan salah urus dari pemimpin negara yang tidak amanah dan tidak berintegriti.

"Rakyat terpaksa *menanggung beban GST untuk kebodohan dan kejahatan Najib dan Umno-Bn memerintah negara.

"Apa tidaknya kalau pembaziran pentadbiran negara yang bertujuan untuk merompak wang rakyat.

"Dah ada EPU di tubuhnya PEMANDU, dah ada MARA dibuatnya TERAJU, dah ada Syarikat Perumahan Negara (SPN) ditubuh pula PR1MA. dah ada JPJ dibuatnya SPAD, dah ada KHAZANAH ditubuhnya 1MDB untuk curi wang rakyat.

"Siapa yang bayar gaji?..Rakyat yg bayar!" katanya.

Beliau berkata nilai harga keborosan, kebodohan, kezaliman, kerakusan dan kejahatan Najib bersama Umno-Bn dalam menguruskan negara terpaksa ditanggung oleh rakyat.

"Mentadbir negara dengan dwi agensi merupakan satu pembaziran yang tidak boleh dimaafkan," katanya.

DiCaprio bantu siasatan 1MDB

Posted: 18 Oct 2016 10:48 PM PDT

Oleh Agensi

Leonardo Dicaprio (kiri) bersama Jho Low
Leonardo Dicaprio (kiri) bersama Jho Low


Leonardo DiCaprio sedang membantu siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan filem beliau tentang penipuan pasaran kewangan, "The Wolf of Wall Street," menurut jurucakap DiCaprio.

Bintang Hollywood itu telah menghubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) pada bulan Julai selepas jabatan itu memfailkan tuntutan mahkamah untuk merampas lebih AS$1 bilion dalam aset yang didakwa berkaitan dengan dana pelaburan kerajaan Malaysia, termasuk hak kepada filem itu

Wang yang didakwa milik dana daripada 1MDB telah digunakan untuk membeli beratus-ratus juta dolar aset di seluruh dunia, dan didakwa membiayai pengeluaran filem "The Wolf of Wall Street."

Filem mengenai rasuah dan ketamakan dalam Wall Street telah dibiayai oleh Red Granite, yang diasaskan bersama oleh Riza Aziz.

DiCaprio dilaporkan adalah kawan kepada Aziz dan Jho Low, juga dinamakan dalam tuntutan mahkamah.
Jabatan Keadilan mahu merampas royalti daripada filem itu, juga hartanah di Beverly Hills, New York dan London, karya seni oleh Monet dan Van Gogh dan jet Bombardier.

Jurucakap Leonardo DiCaprio Foundation berkata, selepas mendengar tentang tuntutan mahkamah,

DiCaprio menerusi wakilnya menghubungi Jabatan Kehakiman "untuk menentukan sama ada beliau atau yayasan beliau ... pernah menerima apa-apa hadiah atau sumbangan amal yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada pihak-pihak ini, dan jika ya, semua perlu dikembali secepat mungkin". - MalaysiaGazette


Kerajaan tidak bercadang mansuh GST - Johari

Posted: 18 Oct 2016 09:57 PM PDT

 
 
Johari Abdul Ghani
Johari Abdul Ghani


Kementerian Kewangan sedia menolong menyelesaikan masalah kontraktor yang mendakwa terpaksa membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum menerima bayaran projek daripada kerajaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kementeriannya memandang serius jika perkara itu berlaku atas kesilapan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau ada menerima aduan itu, tetapi setelah disemak, kontraktor berkenaan telah melakukan banyak kesilapan dan melanggar peraturan ditetapkan, yang menyebabkan mereka perlu membayar GST sebelum menerima bayaran projek.

"Kalau ada kontraktor yang belum terima bayaran dari kerajaan, tetapi terpaksa bayar GST, tolong serahkan senarai nama untuk saya kenal pasti masalah.

"Ada kes, kontraktor datang jumpa saya mengadu, tetapi dia diarahkan bayar GST sebelum terima bayaran dari kerajaan kerana salah hantar borang, kemudian beri maklumat salah dan maklumat bank yang tidak tepat.

"Ini dipanggi maklumat palsu iaitu tuntutan lebih besar dari jualan atau jumlah projek. Sebab itu mereka kena GST lebih awal," katanya menjawab soalan dari Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (PAN) Shah Alam, Khalid Samad pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13, di sini, hari ini.

Khalid dalam soalannya kepada menteri itu mendakwa, menerima rungutan daripada kontraktor Bumiputera kerana terpaksa membayar GST atas invois yang mereka keluarkan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu, walaupun banyak kontrak belum diterima.

Menurut Johari, beliau dan kementerian sentiasa bersikap terbuka untuk membantu terutama berkaitan dengan GST.

Sementara itu, menjawab soalan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, kerajaan tidak bercadang untuk membatal atau memansuhkan GST.

Ini kerana, pelaksanaan GST akan memudahkan lagi usaha kerajaan hendak menyusun semula sistem cukai kepenggunaan secara lebih telus.

Kata beliau, dalam tempoh sembilan bulan pertama selepas GST dilancarkan April tahun lalu, kerajaan telah mengutip sebanyak RM27.93 bilion dan sehingga September lalu pula berjumlah RM29.34 bilion.- MalaysiaGazette


Amira, adik hanya dapat RM12,000 - Ibu saudara

Posted: 18 Oct 2016 09:34 PM PDT

 
 
Yusnidah Hussain (tengah) tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika mengenangkan nasib yang menimpa Firuza Amira (kanan) dan Nur Firuza Aqilah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 18 Okt. 2016.
Yusnidah Hussain (tengah) tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika mengenangkan nasib yang menimpa Firuza Amira (kanan) dan Nur Firuza Aqilah. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM,
 
 
 
 
Seorang waris kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan tahun lalu mendakwa dua anak saudara hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.
 
Yusnidah Hussain, 48, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam, 35, berkata, wang sebanyak itu diperolehi selepas dia membuat laporan polis pada 22 Jun tahun lalu.
 
Beliau mendakwa, semua wang sumbangan orang ramai itu dimasukkan atas nama akaun bank peribadi dua adiknya yang lain.
 
"Saya sedih kerana wang yang sepatutnya menjadi hak dua anak saudara saya tidak sampai ke tangan mereka untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian demi masa depan.
 
"Alasan yang diberikan oleh adik-adik saya, wang itu hak mereka kerana akaun bank peribadi atas nama mereka.
 
"Mereka turut memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.
 
"Padahal saya yang menjaga dua anak saudara saya selepas seminggu kematian ibu bapa mereka hingga ke hari ini.
 
"Namun disebabkan pertikaian wang sumbangan itu, hubungan kami adik-beradik berpecah sehingga berlaku saman-menyaman dan kes kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur," katanya di sini hari ini.
 
Yusnidah mengadakan sidang media yang turut ditemani dua anak saudaranya, Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqilah, 5.
 
Pada 2 Mei tahun lalu, Fairuz Nizam dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa terbunuh di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta di sini pukul 1.05 pagi.
 
Yusnidah yang memiliki tujuh anak dan dua anak angkat kini mendapat hak penjagaan sementara Amira dan Aqilah daripada mahkamah.
 
Anak keduanya telah meninggal dunia manakala menantu serta seorang cucu turut tinggal bersamanya.
 
Mengulas lanjut, Yusnidah yang terpaksa menutup bisnes restoran dan kedai kek gara-gara konflik keluarga itu turut kesal kerana wang pampasan insurans arwah adiknya itu telah dituntut oleh keluarga sebelah isterinya.
 
Ini kerana jelasnya, satu sen wang pampasan itu tidak diberikan kepada dua anak saudaranya itu.
 
"Saya menjaga mereka siang malam dan melayan tangisan trauma pada waktu-waktu tertentu.
 
"Jangan kata hendak bertanya khabar, hantar buah atau makan pun tidak pernah.
 
"Tapi bila timbul isu wang sumbangan orang ramai dan pampasan insurans, mereka cepat ambil seolah-olah hak mereka.
 
"Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.
 
"Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.
 
"Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.
 
"Justeru kami mengalu-alukan orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah tampil membuat laporan polis," katanya.
 
Nahas yang mendapat kecaman masyarakat mengakibatkan dua pemandu kereta Perodua Myvi didakwa di Mahkamah Majistret Trafik atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian tiga beranak itu.
 
Pada 8 Mei tahun lalu, juruteknik komputer, Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 31, dan Penolong Pengurus restoran, Siti Noor Aini Mohd. Said, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noorul Fhaiez Mohd. Nayan.
 
Kedua-duanya didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam.
 
Dalam kejadian itu, Mohamad Fizal Reza yang juga bapa kepada dua anak memandu kereta Myvi bernombor pendaftaran WXE 695 berwarna putih manakala Siti Noor Aini yang merupakan ibu kepada seorang anak, memandu kereta W 5192 F berwarna kuning.
 
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan. - MalaysiaGazette
 
 

Nik Aziz suruh kekal dalam PAS tapi tak ikut, Nik Abduh selar Husam

Posted: 18 Oct 2016 09:34 PM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa yang berterusan menggunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mempengaruhi ahli-ahli parti menyertai himpunan BERSIH 5 diselar oleh anak tuan guru itu.
 
Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yang juga Ketua Pemuda PAS mempersoalkan Husam yang yang kini bersama Amanah, mengapa tidak kekal di dalam PAS sebagaimana yang disuruh oleh bapanya suatu ketika itu.
 
"Yang kena ikut Tok Guru ialah beliau suruh kekal dengan PAS (tapi) tak ikut. 
 
"Yang Bersih itu pada ketika itu atas arahan PAS, tok guru sebut atas arahan PAS. Sekarang arahan PAS berbeza. Jika nak ikut yang sudah mati, pakailah. Tetapi yang sudah mati pesan supaya kekal dengan PAS, tak mahu ikut pula yang itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Rakyat, petang tadi.
 
Serangan itu diberikan Nik Abduh selepas Husam tidak henti-henti menggunakan nama bapanya dalam 'menghalalkan' penyertaan ahli-ahli PAS untuk menyertai himpunan BERSIH 5 pada 19 November depan.
 
Untuk rekod, PAS tidak menyertai parti-parti politik pembangkang yang lain dalam himpunan tersebut, tindakan yang sama dilakukan pada tahun lalu.
 
Ini bukan kali pertama Husam menggunakan nama bekas mursyidul am PAS itu sebagai cara menyerang kepimpinan parti tersebut.
 
Perbalahan antara Husam dan Nik Abduh sebelum ini juga berkaitan penggunaan nama bekas pemimpin PAS itu pernah terjadi ketika ADUN Salor berkenaan mahu menyertai Amanah.
 
"Sesiapa pun boleh guna (nama), tapi kena bertanggungjawab. Apa yang cakap, itu yang Tok Guru sebut. Jika orang faham Tok Guru, asas utama ialah suruh kekal dengan perjuangan islam dengan PAS. 
 
"Saya nak halang tak boleh, semua orang kata tok guru ini guru mereka," ujarnya lagi.
 
Sementara itu mengulas hal yang sama, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, yakin sekiranya Nik Aziz masih hidup, sudah tentu beliau menghalang parti itu untuk menyertai himpunan berkenaan.
 
"Mungkin kalau Nik Aziz ada sekarang, mungkin dia kata tak perlu (sertai Bersih). Saya boleh buat andaian begitu. 
 
"Itu terpulang kepada dia (Husam) sebab saya rasa untuk dapatkan kepastian pun tidak boleh. Memang dahulu kita sertai tetapi atas sebab tertentu kita buat keputusan untuk tidak sertai," ujarnya Ahli Parlimen Kota Bharu itu.
 
 

Jamal ditahan polis di KLIA

Posted: 18 Oct 2016 09:34 PM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos (kiri sekali) diiringi dua anggota polis semasa ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan di KLIA pagi tadi.
Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos (kiri sekali) diiringi dua anggota polis semasa ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan di KLIA pagi tadi.
 



Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos ditahan oleh Polis Diraja Malaysia sebaik sahaja pulang bercuti dari Dubai pagi tadi.

Presiden Gerakan NGO Malaysia itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur (KLIA) dan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Polis Dang Wangi.

"Saya ditahan di KLIA oleh polis Bukit Aman setelah tiba dari luar negara dan akan dibawa ke IPD Dang Wangi sekarang," katanya dalam satu mesej telefon sebentar tadi.

Jamal diiringi beberapa anggota PDRM semasa keluar dari KLIA dan dipercayai bagi diambil keterangan berhubung laporan polis berkenaan insiden kumpulan Baju Merah baru-baru ini.

Sebelum itu, Jamal yang mengetuai Kumpulan Baju Merah mengadakan perhimpunan di kawasan yang sama pelancaran konvoi BERSIH 5 yang diketuai Maria Chin Abdullah.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tidak kira kumpulan yang berbaju merah atau kuning tindakan akan dikenakan sekiranya mereka melanggar Akta Perhimpunan Aman.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: