Khamis, 20 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Harga Minyak Masak Dijangka Naik, Rakyat Terus Tertekan

Posted: 20 Oct 2016 02:20 AM PDT

Laporan: Tiada lagi subsidi minyak masak

Harga beberapa kategori minyak masak akan meningkat bulan depan, kata akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily yang memetik Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya.

Menurut laporan itu, kenaikan berkenaan berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

Kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.


Ia juga menyebut, minyak sawit tulen dalam botol 5kg akan terus disubsidi sehingga tahun depan.

Menurut laporan itu, sebungkus minyak masak yang seberat satu kilogram dijangka meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.90 menjelang bulan depan, manakala botol minyak sawit tulen 5kg akan naik daripada RM13.35 kepada RM15.25 menjelang Januari 2017.

Maklumat lanjut dijangka akan diumumkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 Jumaat ini.

Laporan Oriental Daily juga mendakwa ramai peniaga makanan mula menyimpan minyak masak menjelang pengumuman Bajet 2017.

Putrajaya melaksanakan "pelan rasionalisasi subsidi" secara agresif sejak Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara pada awal tahun 2009.

Berikutan ini, Putrajaya telah mengurangkan subsidi untuk minyak, bayaran tol lebuh raya dan memansuhkan subsidi gula.

Berita muncul tahun lalu bahawa Putrajaya bercadang menghapuskan dana RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak yang disalurkan menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. -mk



ULASAN GB

Harga minyak masak dijangka akan meningkat berikutan pemansuhan subsidi minyak masak.

Sudahlah rakyat dikenakan GST, harga barang pula terus meningkat.

Betul-betul 1MDB membawa bencana cukup besar kepada negara. Hutang negara meningkat sehingga RM850 bilion gara-garanya. Najib di Parlimen semalam pula mendakwa GST penyelamat ekonomi negara. MO1 yang rompak wang negara melalui 1MDB, rakyat yang kena tanggung GST dan tanggung kenaikan harga barang,

Speaker Dewan rakyat Pandikar Amin Mulia pula tidak membenarkan soalan-soalan melibatkan tindakan undang-undang pihak berkuasa Amerika ke atas harta terkait dana 1MDB kononnya kerana ia subjudis.

Di saat rakyat sednag menderita , di satu pihak lain pula sibuk mengenai RUU355. Wajib sokong katanya. RUU355 persis wahyu Ilahi yang tak boleh dipersoal atau dibantah. Parti itu sudah jauh dari perjuangan rakyat, jauh dari konsep negara berkebajikan seperti yang dilaungkan selama ini. Perjuangan RUU355 hanya untuk menutup kelemahan mereka di dalam membela isu-isu rakyat. Sudah tidak memperdulikan nasib rakyat yang tertekan dan menderita.

Ayuh rakyat, tumbangkan kedua-dua parti itu di dalam PRU14 nanti.





FEATURED ADS


Tindakan UM Beri "Surat Cinta" Kepada Anis Cemarkan Nama Baik Universiti

Posted: 19 Oct 2016 07:54 PM PDT

Penganjur #Tangkap MO1 terkejut terima surat UM

Penganjur #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof hari ini diberikan surat tunjuk sebab daripada pengurusan Universiti Malaya (UM), selepas 2 bulan penganjuran himpunan itu berlalu.

Anis berkata beliau memang menjangkakan universiti akan memberikan surat tunjuk sebab atas tindakannya terlibat dalam himpunan itu.

Bagaimanapun, katanya masa yang panjang diambil UM ternyata mengejutkannya sehinggakan beliau tidak terfikir UM akan mengambil tindakan terhadapnya.


"Saya sudah jangka yang kalau saya ambil tindakan ini memang biasanya universiti akan memberi surat (tunjuk sebab). Tetapi selepas 2 bulan daripada tarikh perhimpunan itu, baru saya dapat surat.

"Saya ingatkan universiti tidak ambil peduli," katanya kepada FMT.

Beliau berkata surat itu diterima dari Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof yang mendakwa beliau "merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti".

"Saya terima surat itu pada 17 Oktober dan diberi tempoh 7 hari untuk membalasnya kepada naib canselor UM. Apa yang menghairankan ialah surat itu bertarikh 12 Oktober tetapi ia saya menerimanya semalam menerusi e-mel.

"Menurut rakan peguam saya, tempoh 7 hari itu dikira dari hari pertama kita terima surat itu dan bermakna Ahad ini hari terakhir surat perlu dibalas," katanya.

Walaupun berdepan hukuman pergantungan semester, Anis yang kini pelajar tahun akhir jurusan Bahasa dan Linguistik tetap yakin beliau tidak melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Katanya, 2 sebab utama ialah himpunan itu dilakukan ketika cuti semester dan di luar kampus (luar kawasan universiti).

"Saya rasa tindakan UM ini boleh jejaskan pandangan masyarakat terhadap UM. Apa yang UM buat ini juga membuka peluang orang luar lihat pentadbiran UM sebenarnya.

"UM sepatutnya dilihat sebagai tempat kebebasan suara. Bila ambil tindakan seperti ini, UM perlu sedia kena tohmahan dan kritikan masyarakat," katanya.

Anis yang berasal dari Sabak Bernam berkata lazimnya selepas menerima surat tunjuk sebab, beliau akan diberikan kaunseling oleh naib canselor sebelum dihadapkan ke mahkamah UM bagi mendengar keputusan selanjutnya.

Katanya, berdasarkan pengalaman seniornya iaitu Fahmi Zainol, pelajar yang melakukan aktiviti sedemikian akan dikenakan hukuman gantung 2 semester.

"Tetapi itu kerana dia (Fahmi) melakukan kesalahan di dalam kampus. Sejauh mana perbicaraan itu terpulang kepada Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk menilai berdasarkan AUKU.

Selain Anis, 3 lagi rakannya daripada jurusan Pendidikan Islam di UM turut menerima surat tunjuk sebab kerana terlibat dalam himpunan itu.

"Secara peribadi saya memang mahu pengajian saya habis. Tetapi jika UM ambil tindakan terhadap saya, saya fikir pelajaran lebih penting. Saya akan usaha mendapatkan ijazah walaupun dikenakan tindakan," katanya.

Anis menyertai perhimpunan #TangkapMO1 di depan pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

Anis dan kumpulannya menganjurkan perhimpunan yang disertai kira-kira 1,500 orang berarak ke Dataran Merdeka bagi menuntut individu dikenali sebagai Malaysian Official 1 (MO1) ditangkap.

MO1 merujuk kepada seseorang yang tidak didedahkan identitinya dalam laporan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang menyiasat dakwaan salah guna dan penyelewengan dana 1MDB.

Dalam saman sivil DOJ itu, MO1 didakwa menerima wang bernilai AS$731 juta daripada 1MDB. -FMT

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Sungguh aneh dan menhairankan dengan alasan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar UM Prof Datuk Dr Rohana Yusof yang mendakwa keterlibatan Anis Syafiqah dalam perhimpunan Tangkap MO1 "merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti".

Sedangkan hak Anis Syafiqah atau mana-mana pelajar dijamin Perlembagaan

Ketara tindakan UM itu seperti menerima tekanan politik pihak tertentu, atau sememangnya ada kakitangan UM sudah menjadi kuda tunggangan politik untuk kepentingan-kepentingan tertentu.

Tindakan Anis Syafiqah disanjung tinggi oleh rakyat yang mahu integriti negara terjaga dan terbela. Nama UM melambung tinggi kerana tindakan Anis Syafiqah tersebut. Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif.

Tetapi tindakan UM menghantar surat cinta kepada Anis Syafiqah itulah yang sebenarnya yang telah "merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti".

Sepatutnya UM menumpukan perhatian untuk meningkatkan prestasi akademik universiti yang umum telah tahu bahawa prestasi UM telah merudum sehinggalah terkeluar daripada senarai Times Higher Education (THE) Top 400 University Rankings sejak tahun 2010.

Jika UM terus memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi, hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan di mana UM akan terus dipandang hina oleh rakyat dan dunia.





FEATURED ADS


Tiada ulasan: