Isnin, 17 Oktober 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Empat Jenis hidayah

Posted: 17 Oct 2016 02:47 PM PDT



Empat Jenis hidayah

1. Hidaya sifat semulajadi/naluri (ada pada semua makhluk, manusia, malaikat binatang, kayu, batu, tumbuh-tumbuhan mengikut fitrah masing-masing. Dengan fitrah, ikan hidup di lautan masin, tidak boleh hidup di darat.

2. Hidayah Hawas, Hidayah ada rasa. Perasaan, rasa sakit, rasa gembira, rasa selesa
- Kanak-kanak pun ada rasa sedap, binatang puna ada hidayah ini.

3. Hidayah akal, manusia sahaja yang ada.Manusia yang tidak ada akal, tak mukallaf.

4. Hidayatun din mengikut ajaran agama. Hidayah petunjuk agama perlu usaha, dengan mengaji, belajar, berdoa. "Ya Allah berikan kami jalan yang betul" mesti berdoa setiap raakaat termasuk solat jenazah yang tidak ada rukuk dan sujud. Hidayah ini sangat penting.

Taufan Sarika @ Typhoon Sarika, sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan cuaca negara

Posted: 17 Oct 2016 02:44 PM PDT



Taufan Sarika @ Typhoon Sarika, sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan cuaca negara. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) di kawasan perairan Sabah, WP Labuan dan Sarawak.

DARIPADA: KETUA PENGARAH
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH: 17 Oktober 2016
Our Ref: JMM.RML06/599/46/Jld.41(7)
Nasihat Taufan
Di keluarkan pada 09:42PM 17 Oktober 2016

Kategori : Taufan (Sarika)
Masa Pencerapan : 8:00 malam, 17 Oktober 2016

Kedudukan : Latitud 17.6 Utara dan Longitud 112.3 Timur, kira-kira 480 km ke Timur Laut Da Nang, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan 20 km/j.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 1,270 km ke Barat Laut Kudat, Sabah.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) di kawasan perairan Sabah, WP Labuan dan Sarawak.

Typhoon Advisory
Issued at 09:42PM 17 October 2016

Category : Typhoon (Sarika)
Time of Observation : 8:00 pm, 17th October 2016

Location : Latitude 17.6 North and Longitude 112.3 East, approximately 480 km Northeast of Da Nang, Vietnam.

Movement: West-Northwestward with speed of 20 km/h.

Distant from nearest town: Approximately 1,270 km Northwest of Kudat, Sabah.

Threat to Malaysia: This condition may cause strong winds of 40-50 kmph and waves up to 3.5 metres (11 feet) over the waters off Sabah, Labuan FT and Sarawak.

- WiraAlam -

Isu Status Halal Auntie Anne’s

Posted: 17 Oct 2016 12:01 AM PDT



[Isu Status Halal Auntie Anne's]

Saya bekerja sebagai QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia. Saya merupakan pemegang Ijazah Kejuruteraan Teknologi Kimia (Makanan) dan adalah seorang 'certified' Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC). Penyataan ini bukanlah untuk meninggi diri, tetapi bertujuan untuk mempertahankan kreadibiliti saya bagi menjawab isu status halal di tempat saya bekerja.

"Permohonan halal Auntie Anne's (HALAL-20160627) ditolak JAKIM"

Ya betul, permohonan kami telah ditolak atas beberapa isu. Isu-isunya adalah seperti berikut:-

1) JAKIM meminta kami untuk memohon sijil halal bagi Central Kitchen (CK) dahulu dimana proses re-packing dilakukan sebelum meneruskan permohonan bagi outlet.

2) Saya telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne's dibawah satu permohonan. JAKIM telah menolak permohonan dan meminta saya untuk mengasingkan permohonan mengikut zon untuk memudahkan proses audit. Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King. Pada mulanya, hanya beberapa outlet sahaja yang disahkan halal kerana proses ini dijalankan secara berperingkat dan mengikut zon walaupun semua produknya adalah daripada CK yang sama.

3) Nama menu 'Pretzel Dog' haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai. Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel dari pihak JAKIM. Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menuboard sebelum proceed kepada permohonan baru.

Untuk pengetahuan semua, saya telah menghantar permohonan bagi CK. Kami telah melepasi peringkat pertama dan sudah pun menjelaskan bayaran dan sedang menunggu proses audit dari JAKIM. Saya sertakan surat dan resit bayaran dalam post ini.

Ingin saya tegaskan, Auntie Anne's BUKAN pemegang sijil halal JAKIM tetapi kami sedang BERUSAHA kearah itu. JAKIM mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal JAKIM. Pihak JAKIM bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam. Doakan saya berjaya :)

Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne's, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya. Jika Auntie Anne's sudah disahkan halal oleh JAKIM, saya cadangkan anda beli Éclair Stix dan Jalapeno Cheese, kerana kedua-duanya favourite saya :)

Ikhlas,

Anak dara Makcik Anne

Tiada ulasan: