Isnin, 17 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Malaysia Milk Tarik Balik Susu Marigold HL

Posted: 17 Oct 2016 06:04 AM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysia Milk Sdn Bhd menarik balik produk Susu Marigold HL 200ml dan satu liter keluaran syarikat itu dalam pasaran.

Pengedar susu itu berkata tindakan itu diambil setelah ia menerima maklum balas daripada pelanggan bahawa Susu Cokelat Marigold HL lebih pekat daripada biasa sambil menambah syarikat itu telah menyelesaikan isu tersebut.

Pengurus Besarnya Poh Eng Lip berkata kualiti susu itu terjejas disebabkan pencemaran bakteria, dengan kesan sampingan meminumnya termasuklah ketidakselesaan perut sementara walaupun tiada kesan sampingan untuk tempoh jangka panjang.

"Kesihatan dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami telah mengambil langkah-langkah proaktif dan berjaya menarik balik semua produk kami daripada gedung runcit.

"Pemeriksaan Kawalan Kualiti tambahan dan lebih ketat sedang dilaksanakan sekarang ke atas produk bagi memastikan ia mematuhi standard antarabangsa paling tinggi," katanya.

Pengeluaran disambung semula di kilang Malaysia Milk dan syarikat itu telahpun menghantar kumpulan baharu Susu Marigold HL ke gedung-gedung runcit. - BERNAMA

Rumah komuniti dicadang jadi contoh kerajaan bina rumah rakyat

Posted: 17 Oct 2016 05:58 AM PDT

BERNAMA
 
 
Rumah keperluan rakyatRumah keperluan rakyat
Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) mencadangkan Program Rumah Komuniti yang dilaksanakan di daerah Besut dijadikan contoh oleh kerajaan bagi membina Rumah Rakyat di negara ini.

Presiden PAM, Ar Dr Mohd Zulhemiee An berkata Rumah Komuniti yang dibina di Besut bukan sahaja murah malah dapat dibina dalam masa yang singkat, berkualiti tinggi serta dijamin ciri-ciri keselamatannya.

Katanya, Program Rumah Komuniti diyakini dapat menyelesaikan isu rumah untuk rakyat di negara ini yang mana perangkaan menunjukkan hanya 40 peratus sahaja daripada rakyat memiliki rumah sendiri manakala selebihnya masih menyewa.

"Dengan teknologi yang diguna pakai dalam Program Rumah Komuniti ini ianya dapat membantu kerajaan menyediakan rumah untuk rakyat dengan menjimatkan kos dan masa (pembinaan)," katanya pada Majlis Penyerahan dua buah Rumah Komuniti di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, di sini, semalam.

Mohd Zulhemiee berkata PAM bersedia untuk membantu kerana sistem binaan yang diguna pakai dalam projek Rumah Komuniti boleh diperbaiki untuk pembinaan rumah dalam skala yang lebih besar.

Setakat ini, sebanyak 48 buah Rumah Komuniti dibina di daerah Besut menggunakan Sistem Pembangunan Industri (IBS) yang bukan sahaja mampu disiapkan dalam masa 20 hari, malah teknologi yang digunakan membolehkannya tahan gegaran dan selamat daripada tiupan angin kencang selaju 120km sejam.

WARISAN PIMPINAN SHAFIE APDAL MAMPU MENGGONCANG NAJIB

Posted: 17 Oct 2016 05:42 AM PDT

shahbudindotcom


Sebagaimana yang kita sedia maklum, permohonan pertukaran nama, logo dan perlembagaan parti baru  yang ditunjangi oleh bekas Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal telah pun diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau ROS, hari ini.

Parti baru yang kini diambil alih oleh Shafie itu dikenali sebagai Parti Warisan Sabah atau Warisan, manakala nama sebelumnya ialah  Parti Pertubuhan Warisan Sabah yang didaftarkan sejak 2013 yang lalu.

Dengan beberapa pemimpin PKR dan DAP keluar parti sebelum ini kerana ingin bersama-sama  parti baru yang dipimpin oleh Shafie, Warisan kini secara automatik sudah mempunyai dua Ahli Parlimen dan tiga Adun bersamanya pada hari pertama diluluskan oleh ROS.

Mereka ialah Shafie selaku Ahl Parlimen Semporna dan Daryl Leiking, Ahli Parlimen Penampang, manakala tiga Adun terbabit ialah Junz Wong, Peter Anthony dan Dr Jaujan Sambakong.

Dalam masa yang sama, bekas pemimpin PKR Sabah, Lajim Ukin juga sedang dalam perancangan menubuhkan sebuah parti politik baru bersama para penyokongnya.

Perkembangan ini jelas memperlihatkan bahawa Warisan akan mengetuai usaha menjadikan motto "Sabah untuk orang Sabah" sebagai kenyataan di negeri itu.

Sudah tentu, selain berusaha mengambil alih pentadbiran Sabah yang kini dikuasai oleh UMNO, Warisan bersama beberapa parti lain pasti juga mahu meleburkan kedudukan "simpanan tetap"  negeri itu kepada BN.

PPBM sebagaimana kenyataan di bawah amat mengalu-alukan kewujudan Bersatu dan berdasarkan kedudukan Shafie yang senasib dengan Muhyiddin hanya kerana menegur Najib berkaitan 1MDB, kebarangkalian kedua-dua parti itu saling bekerjasama memang sudah dijangkakan.

Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PPBM yang baru dilantik, Dr. Shahruddin Md Salleh mengenai Warisan:-

KENYATAAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA SEMPENA KELULUSAN PENUBUHAN PARTI WARISAN SABAH

1.Hari ini satu lagi peristiwa penting telah dilakar dalam sejarah politik tanah air apabila Parti Warisan Sabah diluluskan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Shafie Apdal dan rakan-rakan seperjuangan yang telah berjaya menyediakan satu lagi pilihan kepada rakyat Sabah untuk menzahirkan sebuah wadah bagi menjamin masa depan negeri dan negara tercinta. 

2. Parti Pribumi Bersatu Malaysia turut teruja dengan kelahiran Parti Warisan Sabah ini kerana ia bakal membina perubahan positif dalam lanskap politik negara yang sedang dibadai gelombang ketidakyakinan yang menggunung tinggi.

3. Kita yakin bahawa perjuangan Parti Warisan Sabah mempunyai asas perjuangan yang selari dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Justeru kami tidak sabar untuk menghulurkan tangan dan membina jambatan persahabatan yang kukuh bagi mencorak masa depan negara yang lebih gemilang.

4. Marilah kita sama-sama bersatu tenaga untuk meroboh tembok keangkuhan yang dibina oleh Datuk Seri Najib dan menggantikannya dengan sebuah kerajaan yang memegang  kuat pada nilai-nilai murni yang berpaksikan sifat amanah, keikhlasan, kejujuran, keadilan dan kesaksamaan.

5. Dengan bersatu kita pasti mampu membuat perubahan besar yang akan diingati buat selama-lamanya.

BERSATU BERAMANAH BERMARUAH

Datuk Dr Shahruddin Md. Salleh
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Tidak kira berapa banyak parti yang ditubuhkan, yang penting ialah semuanya mahu menolak UMNO dan BN serta sedia saling berpadu tenaga dan bekerjasama bagi tujuan itu.

Berdasarkan sejarah politik Sabah yang sudah beberapa kali bertukar parti pemerintah sebelum ini, dengan wujudnya Warisan, kalau pun tidak mampu menjatuhkan kerajaan negeri, kemampuan mengurangkan beberapa kerusi Parlimen BN  yang selama ini dianggap "simpanan tetap", turut memberi makna yang tinggi kerana ia lebih menyumbang kepada hilangnya kuasa Najib sebagai Perdana Menteri. 


Dua rakan suspek kes tikam pegawai JPJ ditahan

Posted: 17 Oct 2016 05:34 AM PDT

 
 
Polis masih memburu suspek kes tikam anggota JPJ di Terengganu semalam
Polis masih memburu suspek kes tikam anggota JPJ di Terengganu semalam
 
Polis Terengganu menahan dua lelaki, dipercayai rakan suspek kes tikam mati seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPK) Kelantan.

Dua lelaki itu, masing-masing berusia 27 tahun dan 55 tahun ditahan di sekitar Manir dan Kampung Buluh, Terengganu pada jam 4.30 petang dan 4.45 petang semalam, iaitu kira-kira lima jam selepas kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, seorang daripada lelaki itu ialah pemilik kereta Honda Civic yang dinaiki suspek pada hari kejadian, manakala seorang lagi adalah bapa saudaranya.

"Mereka ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang pegawai JPJ dari Pengkalan Kubor, Kelantan," katanya kepada media hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Muhamad Shukri Husin, 34, ditikam sebanyak enam kali di bahagian dada dan leher oleh suspek yang juga bakal adik iparnya ketika bertengkar di pekarangan Kompleks Seri Iman, Terengganu.

Suspek yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai tukang rumah dikatakan berang apabila status perkahwinannya terbongkar dan cuba memberi alasan sudah bercerai, sebelum merancang berkahwin dengan adik mangsa.

Bagaimanapun, mangsa tidak berpuas hati dan tercetus perbalahan antara kedua mereka di tempat letak kereta kompleks berkenaan.

Suspek kemudian dikatakan mengeluarkan sebilah pisau yang disimpan dalam kereta Honda Civic yang dinaikinya lalu menikam mangsa bertubi-tubi.

Menurut Wan Abd. Aziz, kedua-dua lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

"Polis meningkatkan gerakan memburu suspek yang dipercayai masih berada dalam negeri," katanya. - MalaysiaGazette


Pengarah Jabatan Air Sabah kembali bertugas

Posted: 17 Oct 2016 05:32 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE
 



Di sebalik dakwaan salah guna kuasa dan siasatan rasuah membabitkan RM3,3 bilion, Pengarah Jabatan Air Sabah dilaporkan akan memulakan tugasnya seperti biasa hari ini.

The Star memetik peguam PJ Pereira yang berkata anak guamnya memberitahu bahawa beliau masih belum menerima sebarang notis penggantungan kerja dan oleh itu, akan kembali bertugas.

Semalam, pengarah berusia 54 tahun itu dibebaskan dari lokap polis Kepayan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkannya diikat jamin dengan RM500,000 dan dua penjamin.

Beliau juga diarahkan untuk melaporkan diri kepada SPRM Sabah setiap bulan.

Pengarah itu bersama timbalannya dan dua yang lain ditangkap pada 4 Oktober lalu berhubung siasatan SPRM ke dalam penyelewengan peruntukan persekutuan untuk projek bekalan air bersih sejak 2010.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana akitiviti pengubahan wang haram.

Menurut The Star, perintah reman selama dua minggu untuk timbalan pengarah berusia 52 tahun, seorang ahli perniagaan dan seorang akauntan syarikat tamat esok.

Dalam kes yang melibatkan rampasan tunai terbesar SPRM, seorang penasihat berusia 62 tahun kepada Kementerian Kewangan Sabah juga menjadi suspek kelima ditahan.






Lelaki itu yang ditahan di pejabatnya awal minggu lalu dilaporkan adalah timbalan pengarah Jabatan Air Negeri yang bersara tahun lalu dan kemudiannya dilantik sebagai penasihat dalam hal-hal teknikal dan kejuruteraan.

SPRM dalam serbuannya berjaya merampas wang berjumlah hampir RM53 juta daripada pengarah dan timbalannya. Selain itu turut dirampas adalah sembilan kereta mewah, jam tangan berjenama, 127 geran tanah dan 94 beg tangan.

Sejak tangkapan itu, 82 orang termasuk kontraktor, keluarga dan anggota jabatan berkenaan telah disoal-siasat.


Bajet 2017: Sifar GST produk ICT untuk rangsang jualan, pembelian

Posted: 17 Oct 2016 05:26 AM PDT



Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) meminta kerajaan mempertimbangkan untuk tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi produk dan perkhidmatan ICT  pada Bajet 2017.

Menurutnya, pelaksanaan GST dan penurunan nilai ringgit telah menyebabkan sektor runcit ICT menjadi lembap, sekali gus menjejaskan syarikat-syarikat PKS yang menyumbang sebanyak 31 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tambah PIKOM, selepas pelaksanaan GST, harga produk ICT semakin mahal dan ini menyebabkan jualan merosot.

"Sekiranya produk ICT sifar GST sebanyak 6.0 peratus, ia akan memberi penjimatan besar dan boleh merangsang semula permintaan kepada produk ICT yang digunakan oleh hampir semua rakyat Malaysia termasuk pelajar, golongan berpendapatan rendah dan sederhana," kata PIKOM.

PIKOM juga mencadangkan kerajaan membenarkan pengurangan dua kali ganda cukai ke atas kos yang ditanggung (sehingga jumlah yang dihadkan) untuk individu yang mengikuti program pensijilan berkaitan ICT.
Syarikat-syarikat juga harus dibenarkan untuk menuntut potongan cukai dua kali jika syarikat-syarikat menanggung kos latihan.

Cadangan ini bertujuan untuk menghadapi cabaran penghijrahan pakar-pakar ICT ke luar negara.

Bagi menggalakkan pembelian produk ICT, PIKOM berharap kerajaan membenarkan potongan cukai pendapatan sebanyak RM3,000 setiap dua tahun untuk pembelian komputer peribadi telefon pintar berbanding tiga tahun sekarang.

PIKOM turut mengesyorkan galakan cukai dilanjutkan kepada telefon pintar berikutan peningkataan penggunaan alat peranti mudah alih sebagai alat ICT pada masa ini.

Katanya, potongan cukai pendapatan yang dibuat dilaksanakan sekali setiap dua tahun seiring dengan kitaran penggantian peranti semasa, yang secara purata adalah setiap dua tahun untuk komputer peribadi dan telefon pintar.

Untuk menambah pendapatan boleh guna isi rumah, PIKOM mencadangkan kerajaan memperkenalkan semula skim pengeluaran KWSP untuk membeli komputer, peralatan habis guna (iaitu komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar dan tablet termasuk langganan jalur lebar) dengan senarai barangan/perkhidmatan yang jelas untuk mencegah penyalahgunaan.

Menurut PIKOM, mekanisme lebih ketat boleh dilaksanakan untuk memastikan hanya pihak yang dipercayai sahaja terlibat dalam skim ini.

Untuk tawaran jalur lebar yang lebih murah, PIKOM mencadangkan kerajaan memupuk persaingan industri yang lebih besar dan mengawal selia harga kadar jalur lebar di Malaysia.

Katanya, perlu ada da penanda aras perbandingan serantau dijadikan rujukan untuk memastikan Malaysia kekal sebagai negara kompetitif ICY, yang meliputi kelajuan, liputan dan kualiti perkhidmatan. - MalaysiaGazette


UPM hasilkan formulasi teknologi hijau kawal siput gondang

Posted: 17 Oct 2016 05:18 AM PDT

 
 
Racun botanikal perosak tanaman padi yang boleh menghapuskan siput gondang. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 17 Okt. 2016.
Racun botanikal perosak tanaman padi yang boleh menghapuskan siput gondang. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR

Formulasi racun botanikal perosak tanaman padi, siput gondang mengguna bahan mesra alam berjaya dicipta oleh penyelidik-penyelidik Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Produk teknologi hijau yang menggunakan saponin sebagai bahan aktif utama yang diekstra dari Furcrarea selloa sebanyak 10 peratus manakala 90 peratus lagi menggunakan bahan lengai berasaskan sayuran yang efektif untuk mengawal siput gondang.

Menurut Ketua Projek, Prof. Dr. Rita Muhamad Awang, antara ciri istimewa produk berkenaan adalah ianya mudah diurai, menjadi tidak merbahaya dan saponin tidak kekal di dalam persekitaran untuk mengakibatkan pencemaran.

"Semburan produk ini perlu dilakukan sebelum tanaman padi dilakukan kerana apabila air naik, siput-siput gondang ini akan muncul dari dalam tanah dan memusnahkan padi-padi yang telah ditanam.

"Siput-siput gondang ini boleh berhibernasi selama setahun atau dua tahun dan kembali aktif apabila terdapat air di kawasan tersebut," katanya semasa taklimat media berhubung produk berkenaan di sini hari ini.

Menurut Rita, petani memerlukan 1.8 liter formula tersebut bagi kawasan seluas satu hektar namun beliau masih belum mendedahkan harga pasaran produk berkenaan.

"Kos untuk menghasilkan formula ini sangat murah tetapi apabila dikeluarkan secara komersial pastinya ada kos-kos lain yang perlu ditanggung.

"Kami masih belum memutuskannya," katanya.

Formulasi nano-emulsi saponin untuk mengawal siput gondang itu merupakan salah satu daripada lima produk UPM yang memperolehi paten daripada Geran Skim Program Kajian Jangka Panjang (LGRS) untuk UPM bernilai RM10 juta sejak 2011.

Produk tersebut akan dilancarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di Jerteh, Terengganu pada 30 Oktober 2016.

Ia juga akan dipamerkan pada Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen UPM pada 20 hingga 26 Oktober ini. - MalaysiaGazette

SPR terima 836 representasi bantahan syor persempadanan semula

Posted: 17 Oct 2016 05:14 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 836 representasi bantahan bagi Syor Persempadanan Semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah dan Tanah Melayu sepanjang tempoh pameran dan bantahan sebulan yang berakhir, Jumaat lepas.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata berdasarkan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, SPR akan mengadakan siasatan tempatan bagi mendengar representasi bantahan yang diterima.

Bantahan itu diterima daripada kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau sekumpulan orang seramai 100 atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagan pilihan raya berkenaan, katanya.

"SPR akan memaklumkan kepada pihak pembantah yang layak mengikut undang-undang melalui surat yang akan dikeluarkan SPR kepada pihak yang terlibat mengenai tarikh, masa dan tempat bagi mendengar representasi bantahan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

SPR mempamerkan syor kajian itu bermula 15 Sept lepas.

Mohd Hashim berkata SPR merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan turut serta dalam proses pameran dan bantahan kali ini.

SPR melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lepas.-- BERNAMA


Air pasang: Kedah, Selangor catat peningkatan jumlah mangsa

Posted: 17 Oct 2016 05:12 AM PDT

MALAYSIA GAZETTE


Taman Kuala Sepetang mengalami banjir kilat akibat limpahan air dari sungai ekoran fenomena air pasang besar semasa tinjauan fotoBernama hari ini. --fotoBERNAMA
Taman Kuala Sepetang mengalami banjir kilat akibat limpahan air dari sungai ekoran fenomena air pasang besar semasa tinjauan fotoBernama hari ini. --fotoBERNAMA
 
 
Selangor dan Kedah mencatatkan peningkatan mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar, sementara Perak dan Negeri Sembilan masing-masing tiada mangsa yang dipindahkan setakat pagi ini.

Di SELANGOR, jumlah penduduk yang dipindahkan ke lima pusat pemindahan bertambah kepada 386 orang setakat 9 pagi berbanding 380 orang malam tadi.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Selangor, penambahan mangsa melibatkan penduduk dari Kampung Batu 5, Kapar, Klang yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali iaitu seramai 60 orang berbanding 54 orang malam tadi.

Mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan lain kekal iaitu dari Kampung Tok Muda, Kapar (236 orang), Sekinchan (dua orang) dan penduduk sekitar Sungai Air Tawar (88 orang).

Empat pusat pemindahan itu ialah Dewan Serbaguna, Kampung Tok Muda, Kapar, dan Dewan Sungai Air Tawar, Dewan Parit Baru serta Dewan Seri Sekinchan di Sabak Bernam.

Di KEDAH, seramai 85 mangsa dari 24 keluarga di beberapa kampung di Kota Kuala Muda mula dipindahkan ke empat pusat pemindahan malam tadi.

Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Lt Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad berkata, tiga pusat pemindahan yang dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala, Dewan Kampung Paya, Dewan Masjid Haji Yusof Bukit Kecil dan rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Meriam dibuka tengah malam.

Manakala di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Lt Kolonel Kamal Mokhtar berkata tiada pusat pemindahan dibuka akibat fenomena itu.

Namun, sebanyak 15 kampung di sekitar Port Dickson dijangka akan terjejas sekiranya berlaku air pasang besar yang disertai hujan lebat dan angin kencang.

Antaranya adalah Kampung Sungai Raya di Pasir Panjang, Kampung Si Rusa Dalam, Kampung Telok Pelandok di Si Rusa, Kampung Air Meleleh, Kampung Paya dan Taman Sri Tarjing.

Di PERAK, tinjauan mendapati keadaan terkawal walaupun air pasang naik secara berperingkat mulai pukul 1.30 pagi dan hujan renyai melanda kawasan berkenaan sejak pukul 12 tengah malam.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Manjung, M. Sasitharan berkata paras air di Sungai Panchor mencatatkan bacaan 3.4 meter dari paras laut setakat pukul 4.45 pagi.

"Malah kalau diikutkan ramalan Jabatan Laut Malaysia, air pasang paling tinggi pada malam ini sepanjang tempoh 14 Okt sehingga 18 Okt, namun masih terkawal," katanya.-- BERNAMA


Hanipa kembali ke Parlimen bertemankan tongkat

Posted: 17 Oct 2016 05:09 AM PDT

DETIK DAILY



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang jatuh sakit ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat April lalu hari ini kembali ke Parlimen dan menyatakan kesediaannya berdebat.

Peguam dan bekas pemimpin PAS yang lantang itu ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen pada hari pertama sesi baharu Dewan Rakyat dilihat memegang sebatang tongkat bagi membantu pergerakannya.

"Saya lebih sihat… masih menjalankan fisioterapi tetapi bukan hari-hari," katanya.

Beliau yang kini menyertai Amanah juga sempat bergurau akan menyertai perbahasan mana-mana akta baharu selagi ia datang daripada Barisan Nasional (BN).

Pada 4 April, sidang Dewan Rakyat ditangguh 15 minit selepas beliau rebah, beberapa minit selepas terlibat dalam perbahasan hangat dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung isu pindaan Akta Syarikat.

Beliau kemudian menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur kerana mengalami pendarahan otak.

SPR lebih utamakan persempadanan berbanding pendaftaran pengundi baru

Posted: 17 Oct 2016 05:07 AM PDT


 
Oleh WAN ANWAR WAN IBRAHIM


Peguam-peguam KANUN telah selesai mengadakan sesi taklimat dan perbincangan berkenaan isu ulangkajian persempadanan bahagian pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Proses tersebut dijalankan selaras dengan peruntukan Perkara 113, 116 dan 117 Perlembagaan Persekutuan.

Selain daripada meneliti aspek-aspek bantahan selaras dengan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh item 2 Bahagian 1 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, saya secara peribadi turut melahirkan kebimbangan terhadap keutamaan yang diambil oleh SPR ketika ini menjelang Pilihanraya Umum yang Ke- 14.

Saya tidak melihat SPR meletakkan keutamaan dalam melipatgandakan usaha mendaftarkan pemilih-pemilih baru termasuk menyediakan fasiliti pendaftaran yang lebih berkesan dan mencukupi bagi tujuan tersebut.

Sebagai contoh di negeri Selangor sahaja, terdapat lebih kurang 400 ribu ke 700 ribu orang warganegara Malaysia yang telah pun layak didaftarkan sebagai pengundi baru tetapi hanya terdapat lebih kurang 100 ribu sahaja yang telah didaftarkan. Pendaftaran yang hanya di bawah paras 15 peratus ini sudah tentu satu angka yang agak merisaukan. Bagaimana pula dengan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia? Adakah SPR peka dan sensitif terhadap gejala tidak sihat ini dan mengambil apa-apa tindakan yang wajar?

Jika kerajaan mampu untuk menggerakkan kempen secara agresif ketika memperkenalkan cukai perkhidmatan barangan ('GST') setahun yang lepas, saya tidak nampak perkara yang sama dilakukan oleh SPR bagi mempromosikan kempen daftar pemilih di kalangan pengundi baru. Risalah-risalah, iklan-iklan di radio dan televisyen serta billboard di jalanraya terus membisu tentang kepentingan mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Saya ingin menegaskan bahawa selain daripada sibuk menumpukan perhatian kepada proses ulangkaji tersebut, saya turut menggesa SPR supaya lebih agresif dalam mendaftarkan pengundi-pengundi baru di Malaysia selaras dengan peruntukan seksyen 15 Akta Pilihanraya 1958 ('Akta 19') kerana ianya lebih mendesak dalam menghadapi PRU ke-14 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Di samping itu, saya menyeru kepada mereka yang telah mencapai umur 21 tahun untuk segera mendaftarkan diri sebagai pengundi selaras dengan hak yang diperuntukkan oleh Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan mengundi untuk memilih gabungan politik yang lebih baik dan bersih untuk mewakili kepentingan mereka dalam PRU akan datang. Ingat, hak anda untuk mengundi adalah hak yang tidak boleh di cabar oleh mana-mana mahkamah undang-undang!

Mastura, Budiman angkat sumpah sebagai anggota Parlimen baru

Posted: 17 Oct 2016 04:57 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Mastura Mohd Yazid, 55 dan Budiman Mohd Zohdi, 41, mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-13 di sini, hari ini.
 
Anggota Parlimen Kuala Kangsar dan Anggota Parlimen Sungai Besar , mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia
 
Kedua-dua mereka telah memenangi pilihan raya kecil (PRK) yang diadakan di kawasan masing-masing yang diadakan serentak pada 18 Jun lepas, di mana Mastura menggantikan suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, dan Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon.
 
Kedua-dua penyandang kerusi Parlimen itu maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
 
 

Ringgit menurun ke paras 4.21 berbanding dolar AS

Posted: 17 Oct 2016 04:47 AM PDT

SELANGORKINI


SHAH ALAM: Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini.

ringgit

Matawang tempatan itu menyusut kembali berbanding dolar AS kepada 4.2180/2374 berikutan pengeluaran data Bank Negara.

Ringgit juga ditutup lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0300/0.3305 berbanding 3.0214/0252 (14 Oktober) dan merosot berbanding yen kepada 4.0480 daripada 3.9999/9066.

Ringgit juga susut berbanding pound Britain kepada 5.1329 daripada 5.1142/1220 minggu lalu dan berkurang berbanding euro kepada 4.6263 daripada 4.6199/6267.-NFN-

Raja memang di atas politik

Posted: 16 Oct 2016 08:48 PM PDT


 
Oleh Subky Latif


MANA-mana negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, maka raja itu berada di atas politik dan tidak mencampuri urusan politik.

Politik boleh jadi huru-hara jika raja berminat dan mencampuri urusan politik. Maka raja berperlembagaan ada adabnya sendiri, tidak boleh memandai sendiri tentang negara melainkan dinasihat dan mendapat nasihat dari ketua kerajaan – Perdana Menterei atau Menteri Besar.
   
Ia adalah adab di masa tenang dan normal. Tapi kalau ketua kerajaan macam Hitler di bawah Nazi Jerman dulu, politik dan undang-undang di bawah tangannya sendiri, Jerman yang sudah tidak beraja masa itu, Presidennya  bertindak sebagai raja berperlembagaan, semua orang mengharapkan Presiden dapat berbuat sesuatu.
   
Presiden tahu akan bahaya politik Hitler dan Nazi, tetapi tidak dapat bertindak bukan kerana tidak boleh bertindak, tetapi Hitler lebih cerdik dari Presdien dan semua orang.
  
Memang raja dengan kebijaksanaannya wajar menjauhkan diri dari urusan politik, tetapi kalau suasana sudah menyamai keadaan Jerman di bawah Nazi dan Hitler, maka raja itu jika ada daulatnya ia adalah satu-satunya harapan bagi rakyat dan negara menyelamatkan wilayah dari belenggu kemusnahan.
  
Australia adalah negara yang patuh pada sistem pemisahan ketua negara dengan ketua kerajaan. Gabenor Jeneral sebagai wakil Ratu Inggeris tidak mahu masuk urusan politik kerajaan. Justeru, Perdana Menteri Parti Buruh pertengahan tahun 1970-an tidak dapat mengawal ketenangan kerajaan, maka Gabenor Jeneral memecat Perdana Menteri dan menggantikan pemimpin pembangkan sebagai Perdana Menteri baru.
   
Amalan Raja Bereerlembagaan di Australia itu tidak pula tercela.
   
Mungkin ada beraja di negara kita ada adabnya tersendiri, tetapi dalam Raja Kedah pernah dikatakan di bawah Raja Bersiong, ada kaedah digunakan bagi menggantikan raja itu. Jika dalam tamadun purba ada cara raja sedemikian boleh digantikan, maka mengapa pula di zaman  tamadun sekarang, raja sebagai tempat rujuk terakhir rakyat yang dibelenggu ketua kerajaan tidak boleh memikirkan kaedah politik tertentu bagi mengelakkan ketua kerajaan yang sewenang-wenangnya.
   
Kita menerima pakai raja berkuasa memperkenan Perdana Menteri dan Menteri Besar dan berhak menolaknya. Tetapi secara konventionnya juga disebut raja tiada cara boleh lucutkan menteri besar dan perdana menteri. Itu yang banyak dikatakan oleh banyak pihak.
   
Tetapi tidak PM Najib sebagai Perdana Menteri menggunakan pengaruhnya membenarkan Sultan Perak menggugurkan Menteri Besar Nizar. Pada hal ada pandangan Sultan tidak wajar bertindak demikian.
    
Maka ini menjadi perbincangan apakah kejadian itu raja telah dipolitikkan atau raja terlibat dengan politik.
   
Awal tahun 1960-an terjadi kekecohan politik antara Menteri Besar PAS Terengganu, Daud Samad dan pembangkang Umno. Almarhum Sultan Terengganu masa itu mengadu kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman tentang apa yang dikatakan kelemahan Menteri Besarnya.
    
Tiada yang mengira bahawa istana telah diperalatkan dalam politk Terengganu masa itu. Bahkan di Kelantan ada yang hendak menggunakan istana sebagai helah bagi menjatuhkan kerajaan PAS tahun 60-an dan 70-an, tetapi apa yang dikira baling batu sembunyi tangan itu tidak dijadikan isu oleh PAS.
    
Tetapi dalam keadaan kuasa PM Najib yang banyak dipertikai oleh semua, demokrasi tidak mampu membantu rakyat yang tertindas. Raja dilihat satu-satu tempat orang mengadu. Raja pun mungkin tak tahu apa hendak buat? Maka mengadu kepada Raja adakah kesalahan memperalatkan Raja atau kepada siapa lagi hendak mengadu?

Dapatkan lesen perniagaan, elak permit disita

Posted: 16 Oct 2016 08:48 PM PDT

OLEH SYASYA SUFIAN


SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyarankan peniaga mendapatkan lesen perniagaan sebelum tindakan tegas diambil ekoran kewujudan penjaja tanpa lesen yang semakin berleluasa.

Ketua Komunikasi Korporat MBSA, Shahrin Ahmad berkata, apa juga perniagaan yang dijalankan perlu mendapatkan lesen untuk mengelakkan berdepan sebarang masalah termasuk gerai disita.

"Kita menyediakan ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menjalankan aktiviti perniagaan seperti di pasar malam, pasar pagi, kiosk, gerai dan penjaja sementara.

MBSA03

"Namun, pemohon perlu mengisi borang permohonan di jabatan pelesenan MBSA yang akan dikaji oleh jawatankuasa mengkaji dan memproses permohonan lesen," katanya dalam kenyataan.

Katanya, syarat permohonan dan dokumen perlu dilampirkan seperti kad pengenalan, bil cukai taksiran, bil elektrik serta lokasi tapak bersesuaian dan borang yang perlu dilampirkan sebelum sesuatau permohonan diluluskan.

Selain itu, MBSA turut mengenalpasti beberapa penjaja bergerak (Food Truck) yang ingin menjalankan perniagaan di Selangor yang perlu memohon lesen daripada pihak berkuasa tempatan.

"MBSA telah mengenalpasti tapak untuk aktiviti perniagaan 'food truck'. Sehubungan itu, diingatkan peniaga supaya membuat permohonan mengikut peraturan ditetapkan bagi mengelak sebarang masalah tidak sepatutnya berlaku di kemudian hari," katanya.-NFN-

PAS perjuang RUU 'sampai kiamat' kata Idris Ahmad

Posted: 16 Oct 2016 08:48 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said & Mohd Azizul Osman
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS tidak akan berputus asa dan akan berusaha 'sampai kiamat' untuk membawa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), jika ia ditolak pada sidang kali ini.
 
"Sampai kiamat," kata Naib Presidennya, Idris Ahmad ringkas, ketika ditanya apa tindakan PAS jika RUU itu ditolak setiap kali dibawa di parlimen.  
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan RUU dalam waktu terdekat, memandangkan ia diletakkan dalam agenda keempat dalam sesi pindaan akta dan usul di Parlimen.
 
Ketika ditanya pemberita sama ada RUU itu akan mendapat sokongan daripada ahli Parlimen Umno-Barisan Nasional (BN), Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, ia sememangnya menjadi harapan PAS. 
 
"Kalau semua di kalangan ahli parlimen sokong, luluslah.
 
"Kita harapkan dapatlah (sokongan BN). Anda kena tanya PM…  tanggungjawab kita membawa (usul)," katanya.
 
Mengulas mengenai langkah Amanah yang mahu mengemukakan usul alternatif terhadap RUU 355, Idris berkata, perkara itu terpulang kepada parti berkenaan.
 
"Itu terpulang kepada dia (Amanah). Semuan parti berhak untuk mengemukakan.
 
"Kita ada cara kita, dia cara dia," katanya.
 
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata usul mereka lebih menyeluruh berbanding cadangan Hadi yang menurutnya kabur dan terbuka kepada salah tafsir.
 
Usul Amanah itu antaranya mencadangkan pembentukan sebuah majlis merangkumi pakar agama dan undang-undang bagi membincangkan kaedah terbaik memperkasa Mahkamah Syariah.
 
Usul itu diserahkan minggu lalu oleh ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan sepatutnya dimasukkan dalam kertas aturan parlimen minggu depan.
 
 

Mangsa banjir terima bantuan RM1,050

Posted: 16 Oct 2016 08:48 PM PDT

OLEH NAZLI IBRAHIM


KLANG: Sebanyak 35 keluarga yang terkesan akibat fenomena air laut pasang besar, pada 30 September lalu, menerima sumbangan bantuan sekurang-kurangnya RM1,050.

7


Sumbangan itu membabitkan RM300 daripada Kerajaan Negeri, RM300 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), RM250 sumbangan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa dan Yayasan Islam Darul Ehsan sebanyak RM200.

Selain itu, Yayasan Warisan Anak Selangor turut menyumbang sebanyak RM200 bagi setiap ahli keluarga yang berdaftar sebagai ahli Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS).

Selain bantuan kewangan, keluarga mangsa turut diberikan bantuan makanan kering seperti beras .

Bantuan itu disampaikan Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan wakil agensi terlibat di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda, di sini, petang tadi.

Selain menyampaikan sumbangan, Mohamed Azmin turut meluangkan masa bertemu 236 mangsa daripada 53 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara itu.

Turut hadir, ADN Sementa, Dr Daroyah Alwi dan ADN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.-NFN-

Upacara bersihkan Kaabah hari ini

Posted: 16 Oct 2016 08:48 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic



MAKKAH: Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal hari ini menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah bagi pihak penjaga dua masjid utama, Raja Salman bin Abdul aziz Al Saud, demikian menurut media tempatan.

Putera Khaled bersama pembesar negara akan membersihkan dinding di bahagian dalam Kaabah dengan menggunakan kain yang dicelup ke dalam campuran air Zamzam dan haruman Oud.

Antara pengiring yang turut menemani Putera Khaled termasuk Ketua Umum Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, menteri, ulama, penjaga Kaabah, anggota Kor Diplomatik Islam, penduduk tempatan dan jemaah.

Sementara itu, Kiswa (kain yang menutupi Kaabah) di sudut Hajar Aswad dan bahagian tepi Meezab (saluran air di atas kaabah) dihiasi dengan emas semalam.


ROS lulus parti baru Shafie Apdal

Posted: 16 Oct 2016 08:47 PM PDT

Oleh Haizal Yatiran
Post Pic
PUTRAJAYA: Parti Warisan Sabah (PWS) menjadi parti baru bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ‎setelah pendaftarannya diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini. 
PWS sebelum ini dikenali sebagai Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS) yang ditubuhkan pada tahun 2013. ‎
Shafie tiba di pejabat ROS hari ini pada jam 9 pagi dan ditemani beberapa pemimpin pembangkang Sabah yang lain untuk mendapatkan sijil kelulusan dari jabatan tersebut. 
Sebelum ini, Shafie telah berjumpa dengan ROS untuk meminda ‎beberapa perkara didalam PPWS  seperti logo dan perlembagaannya.

Giliran PAS pula pimpin pemikiran pembangkang?

Posted: 16 Oct 2016 08:43 PM PDT

Oleh Abdul Rahman Malik
Post Pic
 
 
 
[ULASAN] Negara yang paling bangga dengan amalan demokrasi mereka ialah Amerika Syarikat. Ia mengamalkan sistem saingan dwi-parti yang boleh dianggotai rakyat dari semua lapisan masyarakat.
 
Atas nama hak kebebasan bersuara dan kesamarataan parti Republikan dan Demokrat bersaing sejak berdekad-dekad lalu untuk membuktikan bahawa sistem demokrasi adalah ideologi politik terbaik di dunia.
 
Namun itu pandangan di segi teori sahaja. Tuntutan dan rungutan tentang pilih kasih dan perbedaan warna kulit dan pegangan agama masih lantang kedengaran hingga ke hari ini. 
 
Sungguhpun begitu di Malaysia masih ramai lagi pengkagum barat yang meremehkan amalan demokrasi di negara ini dan cuba merabunkan pandangan terhadap amalan sebenar demokrasi baik di Amerika mahupun Britain.
 
Malah sejak dua dekad lalu sudah ada gerakan untuk mewujudkan sistem demokrasi dwi-parti di Malaysia. Yang nyata satu sisi atau unsur sistem ini -Umno-BN - sudah lama wujud dan mengungguli sistem politik Malaysia. 
 
Yang hendak dizahirkan ialah kemunculan sebuah lagi entiti politik untuk menyaingi Umno-BN. Sejak 2008 lagi parti-parti pembangkang cuba membentuk pakatan yang utuh bagi mengisi hasrat 'menghayati' sepenuhnya demokrasi.
 
Riak ke arah itu semakin mendekati hasrat pembangkang. Pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013, strategi berkelompok atas nama Pakatan Rakyat berjaya menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga kerusi parlimen. 
 
Bagaimanapun menjelang PRU ke-14 dalam tempoh kurang dua tahun, nampaknya hasrat mengukuhkan strategi 'satu lawan satu' atau sistem dwi-parti ini nampaknya semakin banyak berhalangan.
 
Ini kerana dua tahun lalu, Pakatan Rakyat yang menggugat Umno-BN dalam dua PRU lalu diisytiharkan bubar. Ia dilakukan oleh parti dominasi Cina, iaitu DAP kerana sudah 'tidak sebulu' dengan PAS di segi aspirasi dan halatuju politik.
 
PAS memberi reaksi memutuskan tahaluf atau kerjasama politiknya dengan DAP.
 
Namun tahun lalu PAS dirobek oleh beberapa pemimpinnya yang keluar parti dan membentuk Parti Amanah Negara atau Amanah.
 
Parti Amanah segera menyantuni PKR dan DAP dan membentuk Pakatan Harapan. PAS pula memilih berganding dengan Parti Ikatan Rakyat (Ikatan) membentuk satu lagi blok politik – Gagasan Sejahtera. 
 
Hasrat Amanah dan DAP ialah, PAS jangan kembali lagi kepada pakatan mereka bersama PKR. Amanah bersedia ambil alih tempat PAS. Sementara PAS pula melaungkan ia tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, selamanya. 
 
Sungguhpun PKR masih mengusap-usap kerjasama dengan PAS (sekurang-kurangnya dengan PAS di Selangor), parti itu juga mendedahkan ia sudah banyak kali dikhianati oleh PAS.
 
Dua blok politik tidak mungkin ada di Malaysia?
 
Yang pasti kemungkinan cuma ada dua blok politik ala-demokrasi Amerika tidak akan berlaku di Malaysia. Harapan ini semakin suram apabila ada parti baru – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyelit masuk kem pembangkang.
 
Baik Pakatan Harapan mahupun Gagasan Sejahtera menzahirkan kesediaan untuk bekerjasama dengan PPBM yang diteraju mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad. 
 
Malah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk merapat dan memujuk PAS turut menjayakan kempen 'satu lawan satu' atau pemantapan blok politik kedua.
 
Nampaknya pihak pembangkang insaf bahawa kegagalan merealisasikan impian sistem dwi-parti akan memalapkan harapan untuk menumbangkan monopoli kuasa Umno-BN.
 
Namun PAS tidak makan pujuk. Ia sedar sejak PRU 12 dan ke-13 lagi Pakatan Rakyat memanfaatkan jentera pilihanrayanya sepenuhnya. PAS yakin, dan rakyat pun memang sedar akan keberkesanan mekanisme pilihanraya PAS. 
 
Kini apabila perbezaan pendekatan dan falsafah politik sebenar di antara PAS dengan DAP, PKR dan Amanah begitu ketara, adalah sukar dijangka bahawa PAS mahu kembali merujuk pada sekutu lamanya.
 
Falsafah dan amalan politik PAS nampaknya semakin menjarak jauh daripada perangai DAP dan PKR. Ia mahu mengamalkan prinsip politik Islam. Lantas PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang mahu pada Islam.
 
Mengamati mudarat kebangkitan Arab atau 'Arab Spring' di Timur Tengah yang berakhir kacau bilau berpanjangan di Mesir, Libya, Tunisia, Iraq dan Syria, PAS dengan jelas tidak mahu menyusuri strategi politik jalanan.
 
Bagi PAS merintis jalan 'Arab Spring' akan menyempitkan lagi peluang Islam memimpin umat Malaysia. Ia lebih yakin bahawa paling penting ialah setiap rakyat disedarkan hak demokrasi mereka dan tidak dikelirukan hasutan.
 
Falsafah politik matang dan sejahtera PAS wajar dicontohi pembangkang  
 
Menilik kecenderungan pembangkang yang gigih menghasut rakyat supaya meremehkan apa jua sistem pentadbiran kerajaan sedia ada, falsafah politik matang dan sejahtera PAS mendorongnya menjarakkan diri dari pembangkang.
 
Bagi PAS sistem dwi-parti di Malaysia terbukti gagal menghayati hak asasi dan kebebasan beragama dan bersuara rakyat berbilang kaum. Sebalik ia cuma dijadikan senjata politik pembangkang.
 
Amalan politik dwi-parti di Amerika Syarikat masih dibelit masalah perkauman dan Islamofobia tebal. Jika ia gagal di Amerika, natijahnya tentu lebih buruk di Malaysia di mana kebanyakan parti politik berasas sentimen perkauman.
 
Pembangkang Malaysia menggunakan media sosial sepenuhnya untuk kempen memburukkan kerajaan. Daripada penulis blog secara individu sehingga portal-portal berita, media maya memfitnah kerajaan atau individu dalam kerajaan. 
 
Ini lazimnya dilapik dengan sindiran keagamaan dan perkauman yang menular hingga luar gelanggang maya. Misalnya, meskipun tidak diizin pihak berkuasa, pembangkang masih mahu meneruskan demonstrasi jalanan.
 
Meskipun sentimen majoriti rakyat kurang selesa dengan pendekatan pembangkang ini, perhimpunan Bersih 5.0 masih mahu dilangsungkan juga bulan hadapan.
 
Seharusnya tindakan ini dilihat sebagai cabaran pada sentimen majoriti rakyat pelbagai kaum. Matlamatnya ialah mengumpan tindak balas pihak penyokong kerajaan agar boleh dijadikan dalil pemerintah gunakan kekerasan.
 
Provokasi ini terjawab. Ada kumpulan atau Gerakan Baju Merah yang berazam menentang Bersih 5.0. Jika dibiarkan, pendekatan politik ini akan meninggalkan natijah lebih buruk berbanding masalah perkauman di Amerika Syarikat. 
 
PAS masih menganggap dirinya pembangkang. Ia masih menyimpan hasrat untuk menumbangkan Umno-BN. Namun ia tidak serasi dengan pendekatan PKR, DAP, Amanah dan mungkin PPBM. Ia mahu persaingan lebih sejahtera.
 
Mungkin ada kewajarannya untuk PAS kini mengambil inisiatif mengurangkan suhu politik di negara ini dengan menyediakan forum bagi parti-parti pembangkang bertemu, berbincang dengan ikhlas mencari jalan keluar.
 
Falsafah politik  matang dan sejahtera PAS seharusnya boleh menyuluh bagaimana pembangkang boleh 'menarik rambut dalam tepung; rambut tak putus dan tepung perpaduan rakyat' tidak berselerak.

NUJ kutuk insiden kasari petugas media ketika konvoi BERSIH 5

Posted: 16 Oct 2016 08:43 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
SHAH ALAM: Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) mengutuk tindakan sekumpulan individu yang didakwa anti-BERSIH mengasari petugas media yang membuat liputan konvoi BERSIH 5 di Kuala Selangor semalam.
"Kumpulan ini jelas terlalu mengikut emosi dalam setiap tindakan mereka sehingga tidak dapat berfikir seperti seorang yang waras. Ternyata kumpulan ini tidak faham dan daif tentang tugas wartawan yang sebenar.
"Mereka bertindak seperti seorang yang tidak bertamadun sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi," ujar jurucakap pertubuhan itu menerusi kenyataan medianya, hari ini.
Sekumpulan individu pada Sabtu dilaporkan memprovokasi sekumpulan penyokong BERSIH 5 yang sedang mengedarkan risalah di luar sebuah pasaraya.
  
Dilaporkan lima orang daripadanya menghampiri petugas media daripada The Star, yang sedang membuat liputan dan menghalang mereka berbuat demikian.
Mereka kemudiannya menarik kolar petugas media wanita itu yang enggan memadam rakaman berkenaan, dengan menolaknya sambil menjerit "padam, padam".
Kumpulan itu juga mengepung seorang jurukamera agensi yang sama, untuk memaksanya memadamkan rakaman yang dibuat menerusi telefon bimbit.
Mereka turut bertindak merampas kad perakuan media petugas itu.
NUJ menyifatkan insiden berkenaan cukup memalukan dan menggesa ketua kumpulan ini ditangkap demi keharmonian dan keamanan negara ini.
"NUJ berharap pihak polis menahan golongan ini dan membawa mereka ke muka pengadilan.
"Petugas media juga perlu mendapat keadilan dan perlindungan sewajarnya daripada ancaman yang boleh mengganggu gugat diri mereka untuk melaporkan berita yang benar.
"NUJ juga menggesa polis menangkap segera ketua kumpulan ini demi keharmonian dan keamanan Malaysia tercinta," kata NUJ.
Pertubuhan itu juga akan membuat laporan polis ke atas kumpulan anti-BERSIH kerana insiden semalam membabitkan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Polis tahan tiga lelaki kasari petugas media

Posted: 16 Oct 2016 05:16 PM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan susulan insiden tiga wartawan sebuah akhbar tempatan dikasari ketika membuat liputan konvoi BERSIH 5 di Kuala Selangor, semalam.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah bagi pencegahan daripada melakukan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.
 
"Siasatan lanjut untuk kenal pasti dan ambil tindakan ke atas individu lain yang terlibat sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Beliau berkata seorang daripada wartawan berkenaan membuat laporan polis dengan mendakwa dia serta rakan-rakannya telah dikepung dan diugut supaya memadamkan video yang dirakam, selain bajunya ditarik sekumpulan lelaki yang menentang peserta konvoi BERSIH 5.
 
Terdahulu, klip video mengenai kejadian kira-kira 6 petang di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Pasir Penambang, Kuala Selangor itu tersebar di media sosial.
 
Dalam pada itu, Ruslan turut mengesahkan ada menerima laporan berhubung tindakan beberapa individu dipercayai peserta konvoi BERSIH 5 yang didakwa mengedar risalah berbaur hasutan di sekitar pekarangan pintu masuk pasar raya berkenaan.
 
Ia disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan 1948 berhubung perkara tersebut.
 
 

Fenomena air pasang besar pagi ini terkawal

Posted: 16 Oct 2016 05:14 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Keadaan beberapa negeri yang dilanda fenomena air pasang besar sejak awal pagi ini rata-rata dilaporkan masih terkawal.
 
Walaupun limpahan air yang berlaku sejak awal pagi menyebabkan beberapa keluarga terpaksa dipindahkan di beberapa tempat, namun keadaan setakat ini tidak membimbangkan selain pihak berkuasa sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan. 
 
Di SELANGOR, sebanyak 321 orang daripada 75 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir berikutan fenomena itu yang berlaku mulai pukul 3 pagi hingga 5.40 pagi ini.
 
Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor, Kolonel Ahmad Afandi Mohamad berkata tiga pusat pemindahan berkenaan adalah di Dewan Serbaguna, Kampung Tok Muda, Kapar, dan Dewan Sungai Air Tawar serta Dewan Parit Baru di Sabak Bernam. 
 
Limpahan air turut berlaku di Pantai Batu 23 Sabak Bernam dan Kampung Bagan, Sekinchan, namun keadaan tidak membimbangkan manakala ban pasir di Batu 5, Jalan Kapar pecah menyebabkan berlaku limpahan air ke daratan, namun situasi di sana turut terkawal.
 
Di PERAK, air pasang mula naik secara berperingkat di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis mulai pukul 2.30 pagi menyebabkan ban yang dibina pecah selain jalan utama dinaiki air sepanjang 300 meter. 
 
Selain itu, 15 daripada 60 buah rumah di kawasan berkenaan turut dinaiki air setinggi kira-kira 0.75 meter, namun tiada pemindahan dilakukan dan air mula surut pukul 7.30 pagi ini. 
 
Di Bagan Datoh, lima kawasan dinaiki air kira-kira pukul 4 pagi tadi, namun tiada kediaman yang terjejas, kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin.
 
Beliau berkata kawasan terjejas termasuk Bagan Ikan, Bagan Sungai Burung, Bagan Sungai Tiang, Bagan Lipas dan Bagan Pasir Laut. 
 
Di PULAU PINANG, tinjauan di Kampung Manis, Perai mendapati air mula naik separas 0.3 meter kira-kira pukul 1 pagi tadi.
 
Pengerusi Bertindak Masalah Banjir Kampung Manis Mohd Iqbal Kadir Ghani berkata setakat ini, belum ada penduduk yang dipindahkan dan pihaknya dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemantauan berterusan. 
 
Turut dilaporkan terjejas ialah Kampung Telok Ipil di Nibong Tebal yang dinaiki air kira-kira 0.2 meter namun setakat ini tiada penduduk dipindahkan kecuali jika keadaan air mencapai paras amaran 2.8 meter pada tengah hari ini.
 
Di PERLIS, sebanyak 28 kawasan berisiko antaranya di Kampung (Kg) Pulau Ketam, Kg Tengah, Kg Tandiap, Kg Seberang Alor, Kg Seberang Tok Pi dan Kg Puju dijangka dilimpahi air laut di sepanjang persisiran pantai Kuala Perlis mulai esok hingga Selasa ini. 
 
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis Mej (PA) Mohd Farid Ishak berkata air pasang tertinggi di pesisir pantai Kuala Perlis ialah pada pukul 12.30 tengah malam tadi mencecah 3.3 meter manakala ketinggian ombak dijangka melepasi 3.5 meter esok dan lusa yang melepasi tembok penghadang dan boleh menyebabkan banjir kilat. 
 
Di KEDAH, keadaan turut dilaporkan terkawal dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tikam Batu masih belum menerima sebarang panggilan kecemasan daripada penduduk di sekitar pantai sehingga 10 pagi tadi. 
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu Mohd Razmi Abd Rashid berkata namun, pihaknya menjalankan persediaan dengan mengadakan simulasi dan rondaan di sekitar kampung yang berkemungkinan terjejas sekiranya air pasang besar berlaku.
 
Katanya, 27 anggota ditempatkan di kawasan tersebut dengan dua bot dan sebuah jentera juga berada dalam keadaan siap sedia. 
 
Di JOHOR, fenomena air pasang besar setakat pagi tadi turut menjejaskan beberapa daerah termasuk Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing.
 
Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mejar Nurrul Azle Ab Jabar berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pemantauan tetap ditingkatkan di beberapa lokasi berisiko bagi menghadapi sebarang kemungkinan. 
 
Peningkatan pemantauan itu melibatkan penambahan sebanyak 60 anggota APM yang bertugas di kesemua daerah yang terjejas, katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Kawasan yang terlibat ialah pesisir pantai Johor Bahru dengan jangkaan bacaan meter sehingga 3.9 meter, Tanjung Langsat (3.5 meter), Tanjung Pelepas (3.5 meter), Pasir Gudang (3.5 meter), Pulau Pisang (3.5 meter), pesisir Pantai Endau (3.4 meter), Sungai Belungkor (3.3 meter), Kuala Batu Pahat (3.2 meter), Mersing (3.2 meter) dan Tanjung Sedili (3.0 meter). 


MIC mahu tanding 9 kerusi Parlimen, 19 DUN

Posted: 16 Oct 2016 05:11 PM PDT

MALAYSIAKINI


MIC hari ini menyatakan hasrat untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata keputusan pengagihan kerusi tersebut masih dalam perbincangan bersama Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita akan berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) dan ada kemungkinan kerusi MIC akan dipindahkan ke kawasan lain," katanya dalam sidang media bersempena Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Pada PRU13, BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan MIC menyumbangkan empat kerusi.

Terdahulu, Dr Subramaniam dalam ucapan dasarnya berkata melalui 11 Pelan Tindakan Pembangunan MIC, parti itu kini dalam proses mendekati masyarakat melalui pelbagai program dengan keutamaan kepada isu berkaitan generasi muda atau belia.

Ini termasuk cadangan menubuhkan 500 cawangan baharu dengan kesemuanya diketuai siswazah sebelum penghujung Disember 2016, sebagai sebahagian daripada program peremajaan parti seiring keadaan politik semasa.

Dr Subramanian yang juga Menteri Kesihatan berkata BN juga perlu melabur lebih banyak dalam mengukuhkan penggunaan media sosial dalam memerangi persaingan persepsi pada PRU14 nanti.

Menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai 'ibu segala pilihan raya umum", beliau mahu transformasi dalam semangat BN dilaksanakan untuk mengukuhkan konsep perkongsian kuasa antara pelbagai kaum bagi mempertahankan gabungan kepimpinan yang sudah 60 tahun mentadbir negara.

Dalam pada itu, Dr Subramaniam dalam ucapannya turut membangkitkan peluang masyarakat India dalam sektor awam yang disifatkan belum menunjukkan perubahan walaupun perdana menteri telah meluluskan 1,500 jawatan tetap bagi kaum itu tahun lepas.

"Sehingga kini tiada pelantikan dapat dibuat kerana Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkata tidak wujud keperluan untuk jawatan itu," katanya.

Presiden MIC itu turut menyentuh isu-isu pendidikan, peluang pekerjaan, perumahan, perniagaan mikro, penambahbaikan latihan kemahiran, kesihatan dan bantuan sosio-psikologi

Hati-hati, ada 'kudis' dalam Umno - Idris Haron

Posted: 16 Oct 2016 05:02 PM PDT

MALAYSIAKINI


Kepimpinan tertinggi Umno di semua peringkat termasuk akar umbi diminta berwaspada dengan segelintir anggota parti yang diumpamakan 'kudis' kerana mereka boleh merosakkan seluruh jentera Umno sekiranya tidak dirawat dengan baik.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata anggota parti, yang dilihat mempunyai niat negatif terhadap Umno, perlu disisihkan segera agar tidak memberi kesan pada pergerakan jentera parti Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Ada individu di dalam Umno yang di hadapan kita mengaku bersama perjuangan parti tetapi di belakang kita, mereka tidak bersama dan inilah sebenarnya cabaran yang perlu kita hadapi.

"Saya telah mengesan beberapa individu yang merupakan penyokong parti pembangkang tetapi di hadapan kita, berlakon seolah-olah mereka tetap bersama kita (Umno). Orang ini nanti, apabila kita berhadapan dengan pilihan raya umum, akan menyusahkan kita," katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran negeri Melaka sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-78 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Idris diminta mengulas tindakan lebih 30 pemimpin akar umbi Umno termasuk bekas Exco Pemuda Mohd Rafiq Naizamohideen semalam yang mengumumkan keluar daripada Umno kerana hilang keyakinan terhadap Presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata tindakan Mohd Rafiq merupakan kelegaan buat parti kerana tidak perlu lagi risau tentang individu yang tidak setia dan mempunyai perancangan tidak baik terhadap parti berkenaan.

"Saya pada mulanya tidak mengambil berat tentang pengumumannya keluar parti tetapi sikapnya yang memburukkan kepimpinan Umno itu adalah fitnah," katanya.- Bernama

Tiada ulasan: