Isnin, 17 Oktober 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Klinik sakit mental : Tambah satu di Rusila boleh tak?

Posted: 17 Oct 2016 06:00 AM PDT

Di klinik kesihatan Marang (foto), orang ramai boleh menjalani pemeriksaan 
di unit Pakar Kesihatan Mental Masyarakat (PKMM). 
 Exco kesihatan negeri Roslee Daud berkata, setiap satu daripada empat rakyat Terengganu mempunyai masalah kesihatan mental ekoran pelbagai faktor penyumbang, antaranya masalah kewangan, penceraian, krisis keluarga, stres kerja dan penyakit kronik.

Menurutnya lagi, kesihatan mental tidak boleh dipandang remeh memandangkan statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan 95,293 orang menghadapi masalah tersebut di negeri ini.

 Beliau berkata persepsi awam mengaitkan kesihatan mental dengan gila tetapi masalah itu bukan terjurus kepada penyakit itu semata-mata malah ia melibatkan perubahan emosi, kemurungan, pemikiran serta tingkah laku sehingga menjejaskan aktiviti harian seseorang itu. Baca lagi  di sini

Tapi yang menambah menariknya tentang laporan itu adalah pendedahan dari Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar. Menurutnya, di Marang telah ada dua (2) unit Pakar Kesihatan Mental Masyarakat (PKMM).

Satu di Klinik Kesihatan Wakaf Tapai dan satu lagi di Klinik Kesihatan Marang. Bagaimana jika disarankan supaya ditambah satu lagi klinik sakit mental - di Rusila ?

Nik Abduh : Pas memang berazam untuk bersatu dengan Umno

Posted: 17 Oct 2016 01:00 AM PDT

Walaupun terang-terang mengaku kena tipu sokmo-sokmo oleh Umno, Pas tetap terhegeh-hegeh mahu mendekati Umno.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh, dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.

Beliau berkata, Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.Baca di sini

Elok sangatlah Pas dan Umno bersatu... Yang seekoq menipu sokmo-sokmo, yang seekoq lagi tu kena tipu sokmo-sokmo...

Tapi yang sebenarnya Pas dan Umno tu saling menipu sokmo-sokmo. Ahli akar umbi Pas masih tidak percaya yang Pas memang berazam untuk bersatu dengan Umno. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang ditipu  oleh pimpinan diatas.

Katakanlah betul Umno nak menipu. Umno tipu Pas… baik , kita rugi gapo?

Apa kita rugi cuba kecek …. Rakyat tengok bahawa hok yang menipunya Umno tidak Pas…

Pas ni rakyat tengok ...Pas ni kena tipu sokmo! Pas ni kena tipu sokmo! Umno ni nipu sokmo-sokmo!

Jadi rakyat nak hok mana? Cuba fikir.. orang Melayu, orang Islam nak hok mana?

Nak pemerintah hok menipu sokmo… atau pun hok pemerintah masa dia jadi rakyat biasa kena tipu sokmo pada pemerintah… Dia tak menipu lagi…

Di Kelantan ni, kerajaan Kelantan tak pernah menipu rakyat…

Hok boleh buat dia buat… Hok tak boleh buat dia ngaku tak boleh buat.. itu di Kelantan!

Apakah dakwaan Sarawak Report mengenai bayaran RM90 juta dari PM kepada lebai ada kaitan dengan perkara ini?

Posted: 16 Oct 2016 06:00 PM PDT

 Ini alkisah seorang anak yang dalam keadaan terdesak telah membawa ibunya yang menderita sakit kaki untuk mendapatkan rawatan daripada seorang pengamal perubatan Islam.

Dia dikenakan RM300 untuk imbasan dan alhamdulillah... diatas kemurahan hati dan sifat pemurah sipengamal perubatan Islam itu tadi, mereka telah dihadiahkan dua (2) botol air secara percuma.

Selain RM300 untuk imbasan dan dapat dua (2) botol air percuma, pada kertas resip bayaran, di tulis juga diagnosis dan rawatan yang diperlukan yang mencecah harga berjumlah RM32,800.

Dua beranak ini tanpa fikir panjang terus sahaja bersetuju; tapi wang sebanyak itu tak ada...Maka siibu pun buka gelang emas yang ada padanya dan serahkan kepada pengamal perubatan itu sebagai 'separa bayaran'. Baca di sini.

Mungkin apabila balik di rumah, dua beranak tadi pun mengadap dua (2) botol air percuma tadi sambil biji mata mereka terkebil-kebil melihat pada jumlah RM32,800 yang tertulis pada resip tadi....gelang emas RM4,800 sebagai bayaran pendahuluan kini nilainya hanyalah RM1,700 saja (ikut kata siperawat)

Ibu dan anak baru mula terfikir mana nak cari baki duit yang sebanyak itu...?? Fikir punya fikir... barulah dua beranak ini sedar bahawa mereka telah tertipu...

Awaslah kepada semua, bukan hanya dalam kes perubatan seumpama ini, Islam telah dipesong dan disalahguna. Malah dalam percaturan politik pun Islam telah diborong semata-mata bagi tujuan politik.

Maksud ayat al-Quran :

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa. (al-Baqarah :41)

Betapa dulu kita semua pernah ditipu oleh lebai dengan hudud hingga PR berpecah dan berkubur. Hudud sudah entah kemana sekarang.

Kali ini heboh pasal RUU pindaan Akta 355. Apakah dakwaan Sarawak Report mengenai bayaran RM90 juta dari PM kepada lebai ada kaitan dengan perkara ini? Sudah masuk dua bulan lebih, lebai masih tak saman Sarawak Report ...

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 bagi Dewan Rakyat akan berlangsung selama 25 hari bermula 17 Oktober hingga 24 November depan.

 Kemungkinan, RUU pindaan Akta 355 tidak dibahasakan  pada minggu pertama sidang Parlimen bermula dan ditangguhkan sehingga selepas perbahasan Bajet 2017, dan kemungkinan akan dibahaskan pada minggu akhir sidang Parlimen pada November nanti (21-24 November).

Sama-samalah kita tunggu Lebai bentang RUU 355 dan kita lihat siapa yang akan terkebil-kebil jadinya!

Tiada ulasan: