Ahad, 23 Oktober 2016

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


PAS Hipokrit Tuduh Pembangkang Keluar Dewan Tidak Professional

Posted: 23 Oct 2016 01:06 AM PDT

Khalid Samad bidas Nik Abduh bela kerajaan zalim

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas ahli Parlimen Pasir Mas Nik Mohd Abduh Nik Abduh Aziz yang didakwa membela pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Pengarah komunikasi Amanah itu mengingatkan Nik Abduh yang juga ketua pemuda Pas serta pemimpin lain parti Islam itu agar tidak dilihat bersama dengan pemerintah yang zalim sebaliknya menzahirkan penentangan terhadap mereka.

"Nik Abduh, Tantawi (Nasaruddin Hassan) dan yang lain wajar ingat, mereka sebagai wakil parti yang bernama Parti Islam sepatutnya mereka menjaga nama baik Islam, memimpin penentangan terhadap pemimpin kleptokrat, bukan membelanya.


"Ada pemimpin parti mereka yang sebut Pas mesti dijadikan pemimpin; bagaimana ingin diterima sebagai pemimpin sedangkan tidak diperlihat kepimpinannya? Duduk dan redha pada penzalim sambil yang lain bangun menentangnya?" katanya kepada pemberita.

Beliau juga berkata, tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan Najib walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang.

Semalam, Nik Abduh menyifatkan tindakan pembangkang mengganggu pembentangan Bajet 2017 oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak profesional.

Wakil rakyat pembangkang daripada Pakatan Harapan dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bertindak keluar dewan setengah jam sebelum Najib selesai membentang bajet.

Tindakan itu ekoran ucapan Najib yang dilihat menyindir mereka dan menganggap mereka sebagai bersalah kerana memburukkan nama baik negara.

Pas bagaimanapun kekal di dalam dewan sehingga selesai pembentangan bajet.

Khalid juga mendakwa pemimpin kleptokrat seperti Najib tidak layak berucap di parlimen yang membahaskan kepentingan rakyat.

"Pemimpin kleptokrat tak layak berucap dalam Parlimen. Parlimen adalah dewan mulia yang melambangkan kekuasaan dan kepentingan rakyat. Pemimpin yang mencuri dari rakyatnya sendiri dan seterusnya berlagak tidak bersalah sambil menyindir wakil-wakil rakyat yang bersuara menentang pencuriannya tidak layak berucap di dalam Parlimen. Tidak wajar diberikan ucapannya penghormatan dan tumpuan oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia," tegasnya.

Sewaktu pembentangan baejt Jumaat lalu, Najib mendakwa beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.

Ekoran itu, wakil rakyat pembangkang mengangkat plakad berkenaan MO1 iaitu singkatan bagi Malaysian Official 1 yang sebelum ini disebut dalam dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung kontroversi 1MDB sebelum keluar daripada dewan.

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

GB tertrarik dengan satu status di media sosial oleh Tok Abah:

Pas tidak pernah konsisten dengan apa yang dia cakap, ia sentiasa berubah-ubah mengikut selera mereka, contohnya seperti isu pembangkang keluar dewan sewaktu Najib membentangkan bajet 2017.

Nik Abduh, Pemimpin Pemuda Pas berkata "tiada hak ganggu ucapan bajet PM" mengambil keputusan bersama ahli Parlimen Pas yang lain tidak keluar dewan sewaktu pemimpin Pakatan Harapan masing-masing keluar dewan ketika Ds Najib, Presiden Umno membentangkan bajet 2017.

Tetapi lain pula seperti yang pernah berlaku pada tahun 2014, di mana ketika timbalan Presiden Pas Tn Haji Mohamad Sabu berucap merasmikan muktamar tahunan pemuda Pas yang ke-55, sebilangan 50 perwakilan Pemuda Pas bertindak keluar dewan kerana tidak mahu mendengar ucapan dari timbalan Presiden mereka.



Sebenarnya mereka ini adalah munafik dan sudah tidak ada lagi akhlak Islam, bertindak keluar dewan ketika pemimpin mereka sendiri sedang berucap tetapi sebaliknya boleh pula mendengar Ds Najib Presiden Umno berucap bagi pembentangan bajet 2017.

Walaupun melaungkan kononnya mereka pejuang Islam sebenar, pemimpin Pas sanggup mengubah pemikiran, menukar tindak tanduk, perbuatan dan memang 'naluri Pas' sejak dulu lagi.

Apa yang dilakukan oleh Pas adalah untuk memastikan cita-cita politik mereka tercapai walaupun terpaksa mengadakan hubungan dengan pemimpin Umno dan menukar pendirian parti yang diperjuangkan sebelum ini.

Pas hanyalah sebuah parti, mereka menggunakan Islam untuk menarik pengundi dan tidak lebih dari itu, sebenarnya mereka itu ada cita-cita untuk memerintah negara, bersama Umno/Bn.

Mereka menghalalkan apa yang mereka buat dengan memetik hadis-hadis dan ayat al-Quran mengikut selera dan kesukaan mereka supaya bersesuaian dengan kehendak atau apa yang dilakukan oleh mereka.

Tindakan yang dibuat oleh Pas itu membuatkan orang Islam keliru dan berpecah-pecah, dan bagi mereka yang taksub dengan Pas, mereka akan menerima apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin mereka walaupun perkara itu bercanggah.

Percanggahan serta kekeliruan yang dibuat oleh Pas menyebabkan usaha untuk menyatupadukan orang Melayu masih tidak menjadi kenyataan berikutan tindakan pemimpin-pemimpin yang sentiasa berdolak-dalik.

Dahulu, pimpinan dan ulama PAS sentiasa mengingatkan kepada para ahlinya dengan membacakan firman Allah swt:

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Hud:113)

Kini, ayat itu sudah tidak kedengaran diucapkan oleh pimpinan PAS iaitu sejak pemimpin PAS kini mengambil sikap berbaik-baik dengan pemimpin UMNO, walaupun beberapa pimpinan PAS ada yang cuba berdalih di hadapan rakyat terhadap sikap berbaik-baik dengan UMNO itu.

Kita teringat pesanan Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor.


Natijah dari menyendoroi penguasa yang zalim, Presiden PAS dilaporkan terus merajuk dan ponteng apabila usul persendiriannya berkenaan RUU 355 seolah-olah telah dipermainkan UMNO.



Apakah ini satu episod Lebai Malang versi moden?
Wallahu 'alam.




FEATURED ADS


BERSIH 5 Tak Lari Matlamat. Tapi PAS Yang Berhelah!

Posted: 22 Oct 2016 07:53 PM PDT

Bersih 5: Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung penyertaan parti itu dalam himpunan Bersih, 19 November depan.

Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar berkata, peguam itu boleh sahaja tanpa perlu berselindung menyatakan menjalin hubungan dengan Umno.

"Takiyuddin tidak payah banyak cakap berliku-liku macam jalan ke Bukit Tinggi.


"Terus terang sahaja Pas tidak mahu sertai Bersih kerana Pas sedia untuk berkerjasama dengan Umno. Cakap biar jelas dan terang.

"Ringkas, tidak menyusah dan mengelirukan orang. Dalam perjuangan kena gentlemen tidak jadi macam ikan keli dalam besen," bidasnya dalam status Facebook beliau.

Sayuti mengulas alasan Takiyuddin kononnya Pas tidak menyertai Bersih 5 kerana perjuangan gerakan kempen menuntut pilihan raya yang adil itu sudah melencong.

Takiyuddin yang juga peguam mendakwa terdapat peserta Bersih sebelum ini memijak gambar pemimpin parti tersebut.

"Kalaulah itu alasan kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih, betapa rendah jiwa orang Pas.

"Takkan kerana gambar dipijak sanggup menolak gagasan Bersih untuk memastikan pilihan raya adil dan bersih.

"Tengok Anwar walaupun matanya lebam dibaham polis Dr Mahathir tetapi beliau boleh melupai peristiwa itu demi mencapai cita-cita bersama," tegas Sayuti lagi.


PAS anggap BERSIH 5 lari dari matlamat asal

PAS memutuskan tidak menyertai BERSIH 5 kerana menganggap ia sudah terpesong daripada tujuan asal, malah dipercayai mempunyai agenda lain.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu juga tidak boleh menerima tindakan peserta BERSIH 4 yang memijak gambar pemimpin tertinggi negara.

"Selain dilihat sudah 'lari' daripada fokus asal, kami juga tidak menafikan tindakan peserta pada BERSIH 4 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas ceramah 26 Tahun Pentadbiran PAS Kelantan - Membangun Bersama Islam di Kota Bharu malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Takiyuddin berkata PAS memang dijemput dalam mesyuarat berkaitan BVERSIH 5 dan wakil parti itu sudah menjelaskan bahawa PAS tidak akan menyertai perhimpunan itu kali ini.

Sementara itu, Takiyuddin berkata PAS tidak membuat sebarang perjumpaan rasmi ataupun dihubungi secara rasmi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama.
- Bernama


ULASAN GB

Meluat juga kita membaca alasan PAS untuk tidak bersama BERSIH 5.0. Kononnya BERSIH 5.0 terpesong daripada tujuan asal. Kononnya tindakan peserta pada BERSIH 4 dahulu yang memijak gambar pemimpin tertinggi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.

GB bersetuju dengan pandangan Pengerusi AMANAH Melaka, Sdra Adly Zahari yang menyatakan bahawa "Bukan Bersih 5 yang lari matlamat. Tapi PAS yang berhelah!"

Jika memijak gambar pemimpin itu alasan PAS untuk tidak menyertai BERSIH 5.0, ia melambangkan betapa hipokritnya parti itu seolah-olah parti itu tidak pernah melakukan perkara yang serupa terhadap orang lain.

Semasa Geng Ulama berusaha untuk menjatuhkan golongan professional semasa pra-muktamar ke 61, mereka dengan penuh bernafsu memijak gambar pemimpin PAS yang tidak sebulu dengan mereka di dalam satu demo yang diadakan di hadapan Pejabat Agung PAS. Mereka mengangkat plakad-plakad yang berbaur hinaan dan cercaan terhadap pemimpin PAS dari kumpulan professional ketika itu. Presiden dan pimpinan PAS ketika itu lansung tidak mengambil tindakan ke atas peserta Geng Ulama berkenaan.


Kumpulan professional dalam PAS ketika itu tidak pun melakukan tindak-balas dengan perbuatan yang serupa dilakukan oleh Geng Ulama berkenaan. Namun hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Apa yang dilakukan oleh Geng Ulama itu akhirnya mendapat balasan apabila gambar Presiden PAS yan bermesra dengan presiden UMNO dipijak orang lain.

Insiden gambar yang dipijak itu pun difahamkan adalah provokasi pihak tertentu yang sememangnya selama ini selalu melakukan kerja-kerja yang serupa, mereka meletakkan gambar itu dan kemudian menyuruh peserta BERSIH memijaknya dan kemudian memviralkannya di dalam media sosial untuk memupuk kebencian terhadap peserta BERSIH.

Mereka yang memprovokasi itu bukan sekadar memijak, malah pernah "mengencingkan" banner yang tertera gambar pimpinan PAS.


Sehingga kini, tiada sebarang tindakan pihak berkuasa terhadap kedua-dua insiden berkenaan khususnya yang pertama itu. Mengapa? Kerana tiada bukti mencukupi peserta BERSIH melakukan pemijakan itu dengan rela hati. Mungkin tidak mahu tembelang mereka yang memprovokasi itu terdedah.

Tak apalah, biarlah PAS tidak menyertai BERSIH. Mungkin perhimpunan menjadi tidak seramai yang diharapkan tetapi yang hadir itu nanti biarlah yang berkualiti dan ikhlas, daripada kehadiran yang ramai tetapi hipokrit seperti yang berlaku di dalam demonstrasi anti-TPPA dimana PAS menggunakan kehadiran di himpunan itu bukan untuk anti-TPPA tetapi untuk memaki dan mencerca AMANAH.

BERSIH tidak berganjak dari perjuangannya dari dahulu iaitu menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Apakah PAS sudah berpuas-hati dengan sistem pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sekarang? Mungkin ya, maka sebab itu PAS tidak membuat bantahan persempadanan semula oleh SPR. Jadi biarkanlah mereka. Biarkan PAS dengan ilusi dan mimpinya untuk bersendirian atau bersama UMNO.

VIDEO BERKAITAN








FEATURED ADS


Tiada ulasan: