Ahad, 23 Oktober 2016

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Bajet indah khabar dari rupa kata pemuda Bersatu dan Amanah

Posted: 23 Oct 2016 06:37 AM PDT

MALAYSIA DATELINE


Syed Saddiq Syed Abdul RahmanSyed Saddiq Syed Abdul RahmanBajet yang tidak realistik akan menjadi igauan kepada rakyat yang senantiasa mengharapkan ianya menjadi realiti, namun ia akan mengecewakan rakyat, apabila ianya menjadi fantasi dan angan-angan bikinan pemerintah yang rakus, korup dan pelahap wang rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda Nasional, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam program santai bersama anak muda anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) Sungei Petani.

Menurut Saddiq lagi, apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam bajet yang dibentangkan hanyalah sebagai penyedap kata yang belum pasti menjadi fakta.

"Kita masih sangsi apakah bajet yang dibentang itu adalah fantasi atau realiti kerajaan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

"Masalah integirti, pelaksanaan dan penguatkuasaan menjadi persoalan walaupun bajet yang diperuntukkan berbillion ringgit.

"Jangan tengok bajet dari segi janji manis semata-mata, sebaliknya bajet yang lalu ppun belum lagi disiapkan hingga kini, " jelasnya lagi.

Katanya lagi, peruntukkan untuk prasarana dan kemudahan bekalan air di Sabah sebelum ini pun berlaku penyelewengan.

"Kenapa boleh terjadi 60 peratus diselewengkan oleh pihak tertentu dalam isu bekalan kemudahan air di Sabah baru-baru ini.

"Ini membuktikan walaupun peruntukannya ada, tapi integriti tiada dikalangan pimpinan kerajaan yang akhirnya menjadikan rakyat Sabah sebagai mangsa.

"Tiada gunanya peruntukan yang berbilion sekiranya pelahap wang rakyat sedang menanti, sebaliknya nasib rakyat tidak terbela, " ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, selagi kerajaan yang memerintah masih mengamalkan rasuah dan penyelewengan, berapa banyak sekali pun bajet yang diperuntukkan akan menjadi habuan perasuah yang korup.

"Begitu juga dengan skandal yang berlaku dalam kes rasuah Rumah Mampu Milik di Wilayah Persekutuan.

"Walaupun telah diperuntukkan harga yang sepatutnya dijual adalah antara RM150,000 hingga RM200,000, sebaliknya ada yang menjual balik dengan harga setengah juta.

"Pelahap wang rakyat mengaut keuntungan, akhirnya rakyat derita tanpa dasar konkrit kerajaan yang memerintah, " tegasnya lagi.

Asmirul Anuar Aris Asmirul Anuar Aris Manakala Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris pula berkata, bajet yang dibentangkan kali ini merupakan bajet yang tidak ada perubahan.

"Dulu kerajaan ada peruntukkan dalam bajet yang lalu nak buat Hospital Pendang di Kedah, tapi hingga bajet 2017 bayang hospital pun tak nampak.

"Kenapa pembinaan Hospital Pendang yang amat menjadi keperluan penduduk tidak diberi keutamaan untuk disiapkan hingga kini.

"Apakah pembinaan hospital tersebut sudah tidak relevan lagi bagi kerajaan, sedangkan penduduk terpaksa berulang alik dari Pendang ke Alor Setar yang begitu jauh untuk mendapat rawatan, " katanya ketika ditemui.

Asmirul juga berkata, rakyat jangan terpedaya dengan janji yang sering menjadi pelaris untuk mendapat sokongan kerajaan Umno dan BN.

"Sudah terbukti kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak lagi mampu untuk mengotakan janji kepada rakyat termasuklah di negeri Kedah.

"Oleh kerana itu, reform sedang dipergiatkan oleh Parti Amanah Negeri Kedah dengan kerjasama Bersatu, PKR dan juga DAP bagi meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Harapan mampu menggantikan Umno dan BN.

"Kita juga mengajak Pas untuk bersama-sama untuk melaksanakan pembaharuan ini bagi merealisasikan hasrat menawan Kedah dan juga Putrajaya dengan serius termasuklah melalui satu lawan satu dalam pilihan raya umum yang akan datang, " tambahnya lagi.

Awang Selamat saran penaja himpunan BERSIH disenarai hitam

Posted: 23 Oct 2016 06:37 AM PDT

MALAYSIAKINI


Akhbar Mingguan Malaysia menimbulkan semula gesaan supaya kerajaan memberi perhatian terhadap syarikat dan usahawan yang menaja beberapa siri perhimpunan BERSIH.

Menerusi ruangan pojok Awang Selamat, akhbar itu menggesa kerajaan menyenaraihitamkan syarikat-syarikat terlibat dengan penganjuran perhimpunan itu.

"Satu lagi isu yang perlu diberi perhatian adalah pemberian bisnes dan kontrak kepada syarikat-syarikat serta usahawan yang menaja beberapa siri perhimpunan BERSIH.

"Hal ini sudah beberapa kali sampai ke pengetahuan Awang. Sepatutnya syarikat-syarikat tertentu yang pro-BERSIH disenaraihitamkan," tulisnya.

Menurut Awang Selamat, tindakan itu perlu dilakukan sebagaimana langkah diambil kerajaan negeri pembangkang ke atas pihak yang mereka label sebagai musuh kerajaan negeri.

"Akhirnya apa yang berlaku, kerajaan di sebalik kuasa yang ada, memperkasakan pihak yang salah.

"Keuntungan besar daripada bisnes itu digunakan untuk terus membiayai BERSIH yang mahu menjatuhkan kerajaan di luar proses demokrasi ala Arab Springs," tulis Awang.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedaulatan, Awang berharap pihak berkuasa mengambil pendekatan segera dalam menangani ancaman BERSIH 5.

"Janganlah dah terhantuk baru terngadah," tulis Awang.

Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii menggesa kerajaan membatalkan kontrak syarikat yang didakwa terlibat dengan perhimpunan BERSIH.

Mendakwa memiliki banyak bukti, Mohd Razlan berkata syarikat-syarikat berkenaan menikmati keuntungan daripada kestabilan negara dan kini mahu menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.

Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah juga mendakwa terdapat dua individu - seorang anak jutawan dan proksi sebuah gergasi korporat terlibat dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Armand membatalkan laporan polis terhadap kedua-dua individu berkenaan kerana tidak mahu pergerakan itu dilihat sebagai 'bodoh'.

GST mungkin naik jika BN kekal pasca PRU14, kata PAS

Posted: 23 Oct 2016 05:16 AM PDT

MALAYSIAKINI


Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan rakyat negara ini bahawa kemungkinan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dinaikkan jika kerajaan Umno-BN kekal berkuasa pasca pilihan raya umum ke-14 adalah amat tinggi.

Ini akan terjadi, ujar beliau, sekiranya kerajaan gagal mempelbagaikan hasil pendapatan untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar.

"Sekiranya jangkaan hasil kerajaan tidak menepati sasaran, apakah lebih banyak duit yang akan diambil dari rakyat untuk menampung perbelanjaan kerajaan?

"Apakah itu intipati sebenar di sebalik mesej 'ikat perut' PM ketika membentangkan bajet 2017?," tanya beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan kadar GST dikekalkan pada enam peratus dengan unjuran perolehan sebanyak RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion tahun ini dan sekaligus membentuk 18.2 peratus daripada jumlah hasil negara.

Beberapa hari yang lalu, PAS mencadangkan cukai ke atas keuntungan yang dibuat hasil saham yang diperdagangkan di Bursa Saham Malaysia dan simpanan syarikat serta korporat bagi menggantikan GST.

Parti itu mendakwa dengan pelaksanaan cukai berkenaan akan membawa anggaran hasil sebanyak RM51.5 bilion, yang jauh lebih tinggi daripada GST.

Ia membuat cadangan ini dalam Dokumen Hijau, sebuah dokumen yang memperincikan cadangan penyelesaian parti itu berhubung isu ekonomi yang disebabkan oleh GST, penurunan nilai mata wang dan kenaikan kos sara hidup.

PAS berhujah sementara GST mencukai golongan miskin, cukai ke atas simpanan korporat dan dagangan saham akan menjadikan golongan kaya sebagai sasaran.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, dengan ekonomi dunia yang dijangka tidak menentu pada 2017, cara kerajaan membuat jangkaan kutipan hasil daripada cukai pendapatan individu dan syarikat akan meningkat boleh disifatkan sebagai goyah.

"Pada 2016, selain ringgit mencapai nilai terendah dalam sejarah negara, kilang-kilang besar seperti JVC di Shah Alam, Seagate, Western Digital di Pulau Pinang telah menutup kilangnya di Malaysia kerana ekonomi dunia.

"Nilai ringgit yang rendah juga menyebabkan keuntungan pelbagai syarikat berkurangan.

"Berdasarkan itu, negara kira bernasib baik sekiranya tiada syarikat lain meninggalkan Malaysia dan penggangguran tidak meningkat pada tahun 2017 apatah lagi ingin mendapat peningkatan hasil daripada cukai pendapatan individu mahupun syarikat," tambahnya.

Penjawat awam tak suka Bajet 2017? Berhentilah, kata JASA

Posted: 23 Oct 2016 05:12 AM PDT

MALAYSIAKINI


Penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz meminta para penjawat awam yang 'menentang' Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini meletakkan jawatan.

Bekas exco Pemuda Umno itu berkata, jika penjawat awam yang tidak menyokong kerajaan meletakkan jawatan, masih ramai rakyat negara ini yang akan mengisi kekosongan jawatan tersebut.

"Apa khabar penjawat awam? Kalau rasa tak boleh jadi penjawat awam yang baik dan menyokong kerajaan, sila letak jawatan.

"Ramai yang nak ganti..," kata beliau dalam laman tweetnya.

'Permintaan' Tun Faisal itu agak menghairankan kerana Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) belum mengeluarkan apa-apa kenyataan apatah lagi yang berbaur negatif berkenaan pembentangan Bajet 2017.

Semasa pembentangan belanjawan tersebut, kakitangan awam yang mengharapkan bonus pada Bajet 2017 kecewa kerana apabila Najib hanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan dibayar kepada 1.6 juta penjawat awam.

"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik.

"Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.

"Bayaran ini akan dibuat pada awal Januari 2017," kata Najib.

Ini adalah tahun kedua kakitangan awam diberikan 'bantuan khas' dan bukannya bonus.

Namun begitu, Najib turut mengumumkan kelayakan pinjaman perumahan untuk penjawat awam dinaikkan daripada serendah RM120,000 kepada RM200,000 manakala pinjaman paling tinggi pula daripada RM600,000 kepada RM750,000.

"Selain itu, kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal untuk penjawat awam akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000," ujar Najib.

Beliau turut mengumumkan kemudahan pembiayaan untuk pembelian komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar dengan had pinjaman sehingga RM5,000 untuk setiap tiga tahun.

"Kontrak pegawai penjawat awam yang terlibat dengan contract of service dan contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, akan dilanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.

"Selain itu, sebanyak 30,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000," katanya

SUDAH SAMPAI MASANYA PAS HARUS DILUPAKAN UNTUK AGENDA PERUBAHAN

Posted: 23 Oct 2016 05:08 AM PDT

shahbudindotcom


Berdasarkan lenggok gaya Pas kebelakangan ini, khususnya kenyataan Mursyidul Am, Hashim Jasin yang menolak sebarang bentuk bekerjasama untuk menjatuhkan Najib Razak serta ketegasan enggan menyertai Bersih 5 sebagaimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hasan, parti itu sebenarnya sudah boleh dilupakan terus oleh rakan-rakan pembangkang yang lain.

Jika bekerjasama menjatuhkan kerajaan tidak mahu, berpakat menyingkirkan Perdana Menteri yang sarat dengan skandal kewangan tidak mahu dan  bersama menyertai gerakan untuk menuntut pilihanraya yang bersih serta adil juga tidak mahu, maka "terang lagi bersuluhlah" untuk difahami isi hati perjuangan pemimpin-pemimpin Pas ketika ini.

Pas mulai sekarang harus dilabelkan sebagai rakan kongsi dan salah satu pendokong UMNO dan Najib Razak serta kedudukan mereka tidak ubah seperti parti-parti komponen BN yang lain. 

Meskipun tidak bersama sebagai komponen BN, mesti diberitahu kepada rakyat dan pengundi bahawa melalui tindak-tanduk Pas  adalah sama sebagai pelampung penyelamat kepada Najib dan UMNO.

Dalam politik, apatah lagi apabila berdepan dengan kemungkaran pemimpin yang sangat jelas dan nyata, pilihan yang ada hanyalah sama ada menyokong atau menolaknya. Tidak ada jalan tengah atau berkecuali, lebih-lebih lagi bagi pari yang mengaku memperjuangkan Islam, selalu berjubah, berkopiah dan berserban.

Pas yang selama ini selalu bercakap soal dosa dan pahala, syurga dan neraka, kini nampaknya lebih sanggup membutakan mata terhadap pemimpin dan kerajaan yang diperkatakan di seluruh dunia telah mencuri duit rakyat, keluarganya kembung dengan kemewahan serta pembaziran yang nyata dan hanya menjadilan label-label Islam sebagai kosmetik untuk mengabui rakyat.

Apakah tidak cukup dengan Peguam Negara dipecat, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri dibuang, Laporan Audit diOSAkan serta beberapa perkara yang lain yang berlaku di depan mata untuk Pas dan para pemimpinnya memahami bahawa memang ada kedurjaan telah berlaku dalam negara kita ini?

Begitu juga dengan dua buah bank ditutup di Singapura dan pendakwaan sedang berjalan di Amerika dan Switzerland, tetapi di negara sendiri semua yang terkait disucikan, apakah terlalu sukar untuk Pas memahami bahawa segala-galanya sedang dilindungi dan kebenaran telah dikebumi?

Kiranya perkara semudah ini pun Pas tidak dapat memahaminya dan masih mahu berdolak-dalik lagi seolah-olah pemimpin seperti Najib adalah nakhoda yang bakal memimpin ke syurga, hanya ucapan "selamat tinggal Romeo" yang paling sesuai ditujukan kepada mereka.

Nampaknya juga saranan Tun Mahathir tentang perlunya semua parti-parti pembangkang bersatu hati demi sama-sama menyelamatkan negara dan keengganan berbuat demikian hanya menunjukkan keinginan memberi kelebihan kepada Najib yang telah menukar Malaysia kepada negara kleptokrasi, langsung tidak berbekas di hati dan sanubari para pemimpin Pas.

Oleh itu, adalah tidak praktikal lagi dan hanya membuang jika PPBM dan Pakatan Harapan terus menaruh harapan kepada Pas untuk saling berganding bahu dalam pilihanraya akan datang. Lupakanlah Pas mulai sekarang untuk agenda perubahan. Bagi Pas, bahu Najib lebih indah untuk disandari.

Usaha mesti digembleng mulai sekarang untuk bergerak tanpa Pas bersama. PPBM bersama Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah serta Warisan di Sabah, sebenarnya sudah cukup kuat untuk menggerak dan memenuhi aspirasi rakyat ke arah perubahan yang dinanti-nantikan.

Lagi pula, dengan adanya pengaruh Tun Mahathir dengan Anwar Ibrahim bersama-sama dan saling berganding bahu ketika ini, apakah ia masih belum memadai?

Yang penting, jangan lagi berlengah dan mulakan usaha daripada sekarang. Tinggalkan terus Pas dan gambarkan bahawa mereka adalah rakan kongsi dan pelampung kepada sebuah kerajaan yang kleptokrasi.

Jika Pas "tahu malu dan sedar diri", parti itu juga bolehlah  melangkah keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Pakatan Harapan dengan secepat mungkin kerana Azmin Ali dan semua pemimpin Pakatan Harapan di negeri itu adalah terang-terang merupakan sebahagian daripada gerakan untuk menyingkirkan Najib dan menjatuhkan UMNO serta BN.

Dalam hal ini, dipersilakanlah Hashim Jasin, Musyidul Am Pas yang baru dilantik agar segera mengeluarkan fatwa "mufarakah" parti itu dengan segala elemen yang yang ada kaitan dengan gerakan untuk menjatuhkan Najib.

Para pemimpin Pas pula, segeralah nyatakan pendirian, bukan setakat senada dengan UMNO mengecam Ahli-Ahli Parlimen yang keluar dewan ketika Najib membentangkan belanjawan Jumaat lalu, bahkan lebih afdal jika disertai dengan puji-pujian dan  sanjungan melangit terhadap isi kandungan "bajet kosong" tersebut.


Peniaga kecewa 'Little India' Klang suram

Posted: 23 Oct 2016 04:58 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KLANG: Peniaga di 'Little India' Jalan Tengku Kelana, di sini melahirkan kekecewaan dengan suasana suram di kawasan berkenaan meskipun perayaan Deepavali semakin hampir. 
 
Ia berikutan ketiadaan sebarang lampu atau perhiasan dibuat di sepanjang jalan yang diapit deretan kedai lama di kiri kanan jalan berkenaan.
 
Pengerusi Persatuan Usahawan Little India Klang, N.P. Raman mendakwa kebiasaannya menjelang perayaan Deepavali, Little India akan dibanjiri orang ramai dan keadaan lalu lintas juga sesak, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sambutan.
 
"Namun dengan hanya kurang seminggu sebelum perayaan Deepavali, tiada tarikan atau perhiasan diletakkan sepanjang Jalan Tengku Kelana," katanya dipetik Bernama.
 
Raman yang juga Pengarah Urusan Thangaram Jewellers Sdn Bhd yang terletak di jalan itu, mendakwa tiada inisiatif dilakukan kerajaan negeri untuk mengindahkan Little India sejak mereka memegang kuasa pada 2008.
 
 

Individu rakam, viral insiden campak ular bukan suspek tapi saksi

Posted: 23 Oct 2016 04:56 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
IPOH: Polis tidak pernah menganggap individu yang merakam dan menyebarkan viral insiden ular dicampak ke dalam kolam semasa perkhemahan unit beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kuala Kangsar sebagai suspek.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaliknya berkata, individu berkenaan sebelum ini dicari kerana dia merupakan saksi utama kejadian dan diperlukan untuk membantu siasatan.
 
"Kita telah kenal pasti individu berkenaan dan mereka telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada polis.
 
"Kami cari dia kerana dia adalah saksi utama, dialah orang pertama yang lihat apa berlaku, siapa yang baling ular ke dalam kolam dan latihan yang budak kecil (murid) jalani," katanya di sini, hari ini.
 
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak terus mempertikaikan terutama menerusi media sosial tujuan polis mencari individu berkenaan sebelum ini. Khalid berkata, setakat ini polis telah merakam sebanyak 21 percakapan bagi membantu siasatan mengenai insiden tersebut.
 
"Jika ada kesalahan kita akan jalankan siasatan dan serahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.
 
Awal minggu ini, rakaman video berdurasi lebih dua minit menjadi viral di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut menangis dan menjerit setelah jurulatih APM mencampakkan ular ke dalamnya.- BERNAMA
 
 

"KEBANGGAAN" BAJET 2017 - HAPUS WAWASAN 2020 LEGASI TUN M, NAJIB ANJAK 30 TAHUN LAGI MAJUKAN MALAYSIA

Posted: 23 Oct 2016 04:54 AM PDT



Tanyalah siapa saja, rata-rata mengatakan Bajet 2017 yang dibentangkan Najib Razak semalam paling tidak menarik sekali. Tiada apa-apa yang luar biasa yang ditawarkan, walaupun seperti banyak gula-gula, semuanya hanya ala kadar dan biasa-biasa saja.

Ramai juga yang tidak mahu berbicara mengenainya, malah mengatakan tidak mustahil nanti akan dirombak semula seperti tahun lalu atau mungkin banyak projek yang ditangguhkan kerana ketiadaan wang.
 
 
 
 
Pemotongan subsidi minyak masak dan lain-lain barang pengguna yang tidak diumumkan turut menjadi kebimbangan ramai bahawa ia akan dilakukan kemudian atau sebulan dua selepas ini.

Bagi pihak pembangkang, mereka menyifatkan Bajet 2017 sebagai tidak realistik, tidak telus dan tidak seimbang antara perbelanjaan dengan  hutang.
 
Daripada mana wang diperolehi juga tidak jelas, kata mereka.
 
 
 
 
Lagi-lagi senjata Najib adalah BR1M, tetapi dalam masa yang menyasarkan kutipan cukai GST yang lebih tinggi berbanding RM30 bilion yang dikutip tahun ini. 

Maknanya GST akan terus menjerut leher rakyat.

Peruntukan untuk Bajet 2017 ialah sebanyak RM260.8 bilion yang merangkumi RM214.8 bilion untuk belanja mengurus, RM46 bilion untuk pembangunan, RM77.4 untuk emolumen dan RM32 bilion untuk perkhidmatan serta bekalan.

Dalam erti kata lain, perbelanjaan banyak tertumpu untuk membayar gaji dan elaun, sementara jika Malaysian Official 1 sebagaimana yang didedahkan oleh Jabatan Kehakiman AS yang didakwa menerima AS$731 juta atau kira-kira RM3 bilion wang 1MDB yang dilencongkan ke dalam akaun peribadinya, peruntukan RM46 bilion untuk pembangunan bagi 30 juta rakyat Malaysia itu hanya menyamai kewujudan 15 orang MO1 sahaja.
 
 
 
 
Kurangnya peruntukan untuk pembangunan bermakna kurangnya kemudahan yang disediakan untuk rakyat. Yang menjadi kebanggaan Najib hanyalah BR1M.

Kalau ada pun perkara lain yang boleh menjadi "kebanggaan" mengenai Bajet 2017 ialah kejayaan Najib menggantikan Wawasan 2020 dengan TN50 atau Transformasi Negara 2050 yang sekaligus bermakna penghapusan legasi Tun Mahathir Mohamad.
 
 
 
 
Ia dengan sendirinya mengesahkan Najib telah gagal meletakkan Malaysia sebagai negara maju pada 2020 sebagaimana yang disasarkan oleh Tun Mahathir dan menganjakkan lagi selama 30 tahun ke hadapan bagi mencapainya.

Bermakna, jangkaan Tun Mahathir bahawa Wawasan 2020 akan gagal disahkan dengan sendirinya oleh Najib.

Selain menjadikan majlis pembentangan kali ini sebagai acara populis dengan antaranya membawa pemenang pingat emas paralimpik dan orang asli ke Parlimen, layar besar di Dewan Rakyat turut dipenuhi dengan lambang BN sewaktu Najib menyampaikan ucapan yang jelas sebagaimana yang dikesali oleh Ahli Parlimen Pas, Nasaruddin Hassan adalah bermotifkan politik kepartian.

Ini bajet negara atau bajet BN? soal Ahli Parlimen Temerloh itu.
 
 
 
 
Sebelum pembentangan Bajet 2017 juga, Najib ada mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima 8,352 cadangan daripada rakyat dan akan mengambil kira sebahagian daripadanya.

Dengan bajet yang sedemikian rupa dan tidak ada apa-apa yang istimewa ini, berapa banyak daripada cadangan rakyat itu yang diambil kira oleh Najib atau semuanya juga satu sandiwara dan gula-gula untuk menggambarkan dirinya pemimpin berjiwa rakyat? 
 
 
 

Loji Labohan Dagang untuk penduduk Klang, Kuala Langat - Azmin

Posted: 23 Oct 2016 04:39 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LANGAT:  Pembinaan Loji Air Labohan Dagang mampu menampung 200 juta liter air terawat dilihat dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk sekitar Klang dan Kuala Langat.
 
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pembinaan loji itu juga mampu melengkapkan sistem agihan aliran air negeri ini.
 
"Kawasan Klang dan Kuala Langat tidak mempunyai loji sendiri sebaliknya bergantung dari sumber Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih.
 
Justeru, apabila wujudnya gangguan air, kedua-dua kawasan ini mengambil masa agak lama untuk pulih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan Loji Air Labohan Dagang, di sini hari ini.
 
Beliau berkata loji tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018, turut berkeupayaan menyalurkan bekalan air berterusan selama 37 hari walaupun berlaku kemarau panjang tanpa aliran masuk air dari sungai atau bawah tanah.
 
Sementara itu, mengulas mengenai pencemaran air Sungai Semenyih sehingga menyebabkan LRA Semenyih terpaksa ditutup hari ini, Mohamed Azmin mendakwa terdapat unsur sabotaj dari pihak tertentu berhubung perkara itu.
 
"Perkara ini berlaku bersiri... laporan awal dan bukti menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj.
 
"(Unsur sabotaj ini) Biar rakyat sahaja yang hukum... sebab kita dah beri komitmen malah pasukan pemantauan yang dianggotai pelbagai agensi termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mula memantau 24 jam sekarang," katanya.
 
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menerusi kenyataannya hari ini mengesahkan loji rawatan itu ditutup pagi tadi akibat berlaku pencemaran bau air Sungai Semenyih disyaki berpunca dari kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan.
 
Menurut SYABAS, susulan penutupan itu beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sementara sejak 7.30 pagi tadi.
 
 

Ops Water II: Tempoh reman empat individu dilanjutkan

Posted: 23 Oct 2016 04:34 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Tempoh reman ke atas empat individu yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana air Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dilanjutkan lima hari lagi bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 
Tempoh reman ke atas keempat-empat individu itu sepatutnya berakhir pada Ahad tetapi dilanjutkan sehingga 27 Oktober ini.
 
"Mahkamah Majistret Tawau dan Lahad Datu masing-masing mengeluarkan perintah tersebut ke atas empat individu terbabit iaitu seorang jurutera bersama dua pembantu jurutera Bahagian Tawau dan seorang jurutera Bahagian Lahad Datu.
 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan perkara tersebut lapor mstar online.
 
Setakat ini, SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM7.2 juta daripada suspek-suspek yang ditahan dalam Op Water Fasa II.
 
SPRM masih menjalankan proses merakam percakapan semua suspek yang ditahan untuk mengumpul lebih maklumat melibatkan penyelewengan dana air JANS bernilai RM3.3 bilion.
 
Sejak Ops Water dilancarkan pada 4 Oktober lalu pasukan penyiasat SPRM telah mengambil keterangan daripada 90 saksi bagi membantu siasatan
 
 

Petua karut ketika berjimak

Posted: 23 Oct 2016 04:34 AM PDT


ibadah
Gambar hiasan.


JIKA ada yang berpesan kepada anda supaya jangan melihat kemaluan isteri ketika sedang melakukan hubungan kelamin kerana boleh mengakibatkan buta. Bahkan petua tersebut dikatakan Rasulullah SAW sendiri yang melarangnya. Maka, apa pendapat anda? Apa yang akan anda lakukan?

Bertenang. Usah gusar. Jangan panik. Sebenarnya apa sahaja petua, galakan atau larangan yang disandarkan kepada agama, maka langkah pertama yang perlu kita lakukan ialah memastikan kesahihan sumbernya.

Jadi, disiplinkan diri untuk mengenal pasti terlebih dahulu apakah dalil yang menjadi sandaran kepada sesuatu suruhan atau larangan berkaitan agama. Walaupun orang yang menyebutnya bergelar ustaz, tuan guru, habib, mufti atau sesiapa sahaja. Ini kerana agama ini adalah milik ALLAH SWT yang mempunyai disiplin dan metode tersendiri. Tidak boleh mengaitkan sesuatu dengan agama melainkan ia bersandarkan kepada ALLAH  dan juga Rasulullah SAW.

Jadi, berbalik kepada larangan melihat kemaluan isteri ketika bersetubuh kerana ia boleh mengakibatkan buta. Dari mana larangan sebegini boleh muncul? Sebenarnya ia diambil daripada hadis palsu:

"Apabila salah seorang antara kamu semua sedang berjimak (bersetubuh), maka janganlah dia melihat kepada faraj (kemaluan isteri) kerana perbuatan itu akan mengakibatkan buta, dan janganlah memperbanyakkan bercakap, kerana hal itu akan mengakibatkan bisu."

Ibn Al-Jauzi memasukkan hadis ini dalam senarai hadis palsu dalam bukunya Al-Maudhuat. (Rujuk: Ibn Al-Jauzi, Al-Maughu'at (Madinah: Maktabah Al-Salafiyah, 1966) 2/272)

Hadis ini dihukum sebagai palsu kerana dalam sanadnya terdapat penyampai hadis bernama Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi. Menurut Imam Al-Zahabi, Muhammad bin Abd al-Rahman Al-Qusyairi ini adalah seorang yang tidak dipercayai. Imam Al-Azdi dan Al-Daruqutni pula mengatakan beliau adalah seorang pendusta yang perlu ditinggalkan hadis yang disampaikan olehnya.

Melihat kepada maksud hadis ini sendiri kita sudah boleh mengagak ia adalah palsu dan tidak mungkin Rasulullah SAW mengucapkannya. Mustahil syariat Islam yang telah menghalalkan hubungan kelamin di antara suami dan isteri, dalam masa yang sama melarang si suami melihat faraj isterinya.

Menurut hadis diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Sahihnya, daripada Sulaiman Al-Taimi bahawa dia pernah ditanya mengenai apakah hukumnya seseorang itu melihat faraj isterinya? Maka dia pun menjawab: "Aku pernah bertanya soalan ini kepada 'Atha', lalu dia menjawab: "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah, dan 'Aisyah menjawab: "Aku pernah mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu bekas, hingga aku mengatakan: Biarkan air itu untukku, biarkan untukku." (Hadis Hasan, no 5577)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-'Asqalani dalam Fath Al-Bari mengatakan: "Hadis ini adalah hujah perihal bolehnya seseorang untuk melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya". Maka, tidak ada bezanya melihat ketika mandi dan ketika berjimak.

Kalaulah perkara ini dilarang, kemungkinan ia akan menjejaskan kenikmatan ketika hubungan suami dan isteri. Sedangkan syariat mengizinkan pasangan suami isteri untuk masing-masing merasai nikmat tersebut. ALLAH menggambarkan dalam al-Quran bahawa si isteri itu umpama ladang bagi si suami. Jadi, si suami boleh mendatangi isterinya menurut cara yang disukai pada tempat menanam benih. Firman-Nya: "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai..." (Surah Al-Baqarah: 223)

Kenapa syariat membolehkan perkara ini? Sudah tentu salah satu sebabnya ialah untuk memberikan peluang kepada pasangan suami isteri saling merasai kenikmatan tersebut dengan cara yang halal lagi diredai.

Cumanya, syariat juga menetapkan garis panduan yang memang tidak boleh dilakukan semasa hubungan suami isteri. Antaranya ialah, syariat mengharamkan si suami mendatangi isterinya dari bahagian belakang (dubur) isterinya berdasarkan beberapa hadis yang diterima.

Antaranya ialah hadis berikut: "Apabila golongan Muhajirin datang ke perkampungan kaum Ansar, mereka pun menikahi wanita Ansar. Golongan muhajirin biasa menelungkupkan isterinya ketika bersetubuh, sedangkan kaum Ansar tidak biasa melakukannya. Suatu ketika ada seorang lelaki Muhajirin hendak menyetubuhi isterinya daripada kaum Ansar dengan cara seperti itu (melalui dubur), tetapi si isteri menolak sebelum ada kejelasan hukumnya daripada Rasulullah SAW. Lalu dia pun berjumpa Rasulullah SAW. Tetapi dia berasa malu untuk bertanya terus kepada Rasulullah SAW. Maka dia bertanya kepada Ummu Salamah (isteri Nabi SAW) supaya ditanya kepada Baginda SAW. Lalu, turunlah ayat 223 daripada Surah Al-Baqarah.

Rasulullah SAW lalu menjawab: "Tidak boleh (melalui dubur) melainkan pada satu jalan sahaja (faraj)." (Riwayat Ahmad, Al-Tirmizi dan beliau menyatakan ia sahih)

Berkenaan larangan memperbanyakkan bercakap ketika bersetubuh suami isteri seperti yang disebutkan dalam hadis palsu ini, memang ia suatu tindakan yang tidak sesuai. Banyak bercakap dan berbincang perkara-perkara lain ketika melakukan hubungan intim memang tidak munasabah, sedangkan perkara tersebut boleh dibualkan pada masa lain. Tetapi, jika si suami atau isteri mengungkapkan sesuatu yang manis dan indah yang boleh meningkatkan perasaan kasih sayang ketika itu, maka ia tidak menjadi kesalahan.

Justeru, kepada pasangan suami isteri, syariat telah mengikat hubungan anda dengan cara yang halal dan sah. Isteri adalah hadiah buat suami. Suami adalah anugerah buat isteri. Raikannya dengan kegembiraan dan kesyukuran. Nikmati ia dengan cara yang halal. Pelihara, pagari, sirami dan bajai ladang masing-masing agar ia terus subur dan mekar. Percayalah, kenikmatan dan keseronokan yang dirasai oleh suami isteri sedikit pun tidak akan disia-siakan di sisi Tuhan kerana pada hubungan intim juga adalah ladang menuai pahala.

*  ABD RAZAK MUTHALIB, Penulis ialah Jurulatih Kanan & Motivator di Akademi magnet Sukses. Graduan Ijazah Sarjana Kuliyah Ilmu Wahyu, UIAM

Bajet 2017 tunjukkan pekerja swasta dianaktiri

Posted: 23 Oct 2016 04:08 AM PDT

MTUC
MTUC


SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melahirkan kekecewaan berhubung pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat lalu.

Ini kerana menurut Setiausaha Agungnya, N Gopal Krishnam, pembentangan bajet kali ini tidak memberi faedah kepada pekerja sektor swasta di negara ini.

"Kami berpendapat kerajaan tidak mengendahkan isu-isu berkaitan pekerja swasta.

"Antaranya isu kenaikan kadar gaji minima kepada RM1,200 bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) sebanyak RM300 kepada pekerja swasta," katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menganaktirikan pekerja swasta memandangkan pekerja di sektor ini turut menyumbang terhadap ekonomi negara.

"Sumbangan pekerja-pekerja sektor swasta amat penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan mereka tidak harus diabaikan," tegasnya.

Lebih memburukkan keadaan, katanya, tindakan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak akan memberi impak buruk terhadap harga makanan di negara ini.

Katanya lagi, tinjauan pihaknya juga mendapati sudah ada peniaga yang berani menyorokkkan stok minyak masak daripada terus menjualkannya di pasaran.

"Kami tidak menyokong sebarang kenaikan terhadap harga barangan makanan kerana tindakan kenaikan harga minyak pada bulan depan.

"Segala pemberian dan peningkatan bayaran bantuan rakyat tidak akan memberi sebarang makna sekiranya harga barangan naik secara mendadak," katanya lagi.

Harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan depan.

Ia berikutan pemansuhan subsidi oleh kerajaan di bawah program penstabilan minyak masak baharu yang akan mula dilaksanakan November ini.

Harga minyak masak akan meningkat sebanyak RM0.40 sen bagi sekilo dan RM1.90 bagi 5kg akan meningkatkan semua harga barangan.

Menurutnya, kenaikkan harga barangan boleh menjurus kepada pelbagai masalah dan menyukarkan kehidupan isi rumah dan golongan berpendapatan rendah bagi membiayai kos hidup.

"Lebih-lebih lagi dengan kadar inflasi negara yang agak tinggi dengan kenaikan harga petrol dan GST.

"Pengumuman kenaikan harga minyak telah menyebabkan ramai pembekal telah mengurangkan penjualan minyak masak di pasaraya," ujarnya lagi.


Rawatan RM1 tak dihapus, cuma ada penambahbaikan

Posted: 23 Oct 2016 03:51 AM PDT

doktor


ULU KINTA - Pelaksanaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP) di hospital kerajaan bukan bertujuan untuk memansuhkan perkhimatan rawatan kesihatan bersubsidi sepertimana dakwaan segelintir pihak sebelum ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, fokus perkhidmatan FPP adalah untuk memberi peluang kepada pesakit mendapatkan rawatan pakar secara khusus selain menikmati beberapa kemudahan di wad eksekutif, kelas satu, atau yang setaraf.

"FPP terarah kepada pesakit yang mampu untuk membayar kos perubatan tanpa subsidi kerajaan. Mereka turut dibenarkan memilih pegawai perubatan pakar selain kemudahan yang diberi bergantung kepada sumber, kepakaran dan fasiliti.

"Namun, pelaksanaan ini tidak akan menjejaskan sama sekali perkhidmatan rawatan bersubsidi di mana bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM1 dan seminimum RM30 sekiranya memasuki wad," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen 2016 Institusi Latihan Kementerian Kesihatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Menurutnya, selain perkara itu, tujuan FPP diperkenalkan kepada Pegawai Perubatan Pakar adalah bagi mengurangkan penghijrahan mereka ke hospital swasta.

Katanya, skim gaji merupakan antara faktor utama yang menyebab penghijrahan itu berlaku.
"Skim gaji memang tak sama sepertimana ditawarkan hospital swasta. Jadi, bagi mengekalkan dan menambahkan pendapatan, kita benarkan mereka uruskan FPP," katanya.

Baru-baru ini, surat pelaksanaan FPP disebarkan melalui media sosial Facebook telah mengundang tanggapan negatif orang ramai kononnya perkhidmatan rawatan bersubsidi yang disediakan Kementerian Kesihatan sebelum ini, dimansuhkan.


Kementerian Kesihatan kesan 10 produk kosmetik mengandungi racun

Posted: 22 Oct 2016 04:56 PM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


Datuk-Dr.-Noor-Hisham-Abdullah


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan 10 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk-produk kosmetik itu adalah Melan: Off Intensive Mask, Melan: Off Cream, Afrina Night Cream, Afrina Daily Cream, Krim Herba Kemboja, Day Pinky Cream, Night Glow Cream, Debella Nadien Glow Night Cream, Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara BeautyvCollection dan Mekar Semilu Cream Mekarsutra.

Produk-produk kosmetik itu mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin dan logam berat merkuri dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Kebiasaannya hidrokuinon digunakan bagi merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi, manakala tretinoin dan asid azelaik pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat.

"Penggunaan hidrokuinon, asid azelaik dan/atau tretinoin tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," katanya.

Dr Noor Hisham berkata notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk kosmetik berkenaan diarah untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk kosmetik tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Katanya sesiapa yang mempunyai stok produk kosmetik tersebut dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Beliau mengingatkan penjual bahawa pemilikan produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Orang ramai diminta menghubungi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78018496/78835537/78835532 jika mengalami kesan sampingan atau kesan buruk penggunaan produk kosmetik. – Bernama

Dana kerajaan mencukupi, Zahid jawab tuduhan Muhyiddin Yassin

Posted: 22 Oct 2016 04:53 PM PDT

THE MALAYSIAN TIMES


Muhyiddin-Zahid2


PORT DICKSON  : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan dana kerajaan mencukupi untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran seperti yang terkandung dalam Bajet 2017. 

Beliau berkata dakwaan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Bajet 2017 tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai wang bagi membiayai semua inisiatif yang diumumkan, adalah tidak berasas.

"Dalam penyediaan bajet, lazimnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan telah melakukan engagement dengan pelbagai pihak dan memperoleh maklum balas mengikut sektor atau kumpulan sasaran yang mahu diagihkan dana seperti dalam belanjawan berkenaan.

"Bagi tujuan itu, tentunya beberapa konsultasi telah diadakan bukan hanya dengan Kementerian Kewangan dan Khazanah Malaysia tetapi juga dengan pelbagai pihak termasuk pihak swasta, sektor perbankan, institut penyelidikan dan sebagainya.

"Di dalam tiap-tiap belanjawan ini tentu ada unsur-unsur yang mengambil kira keberhasilan seperti berapa hasil yang diperoleh kerajaan dan tentunya ada anggaran untuk perbelanjaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Penolong Penguasa Imigresen Siri 2 Tahun 2016 di Akademi Imigresen Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata walaupun bajet yang dibentangkan semalam adalah bajet defisit, tetapi kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk diagihkan kepada kumpulan sasaran.

"Defisit itu merupakan peratusan yang kecil, tentu perkara ini difahami orang berkenaan tetapi apabila berada di sebelah sana seolah-olah mengkaburkan matanya untuk menerima hakikat inilah persediaan dan penyediaan belanjawan yang berlandaskan kedudukan kewangan fiskal (negara).

"(Ia) juga (berlandaskan) pada keadaan kewangan negara berdasarkan pendapatan negara yang diperoleh daripada beberapa sumber daripada cukai korporat, cukai pendapatan, Cukai Barang dan Perkhidmatan, cukai eksesais dan pelbagai sumber lain," katanya.

Kongsi video anak solat, peminat puji Erra Fazira pandai didik Aleesya

Posted: 22 Oct 2016 04:48 PM PDT

Astro Gempak
Kongsi video anak solat, peminat puji Erra Fazira pandai didik Aleesya
Terdahulu, Erra pernah dikritik kerana anaknya tidak fasih berbahasa Melayu dan hanya petah bercakap dalam bahasa Inggeris. - Gambar Astro GEMPAK


PEMINAT dan pengikut laman sosial Instagram aktres Erra Fazira memuji dan mengucapkan tahniah kepadanya kerana berjaya memberi didikan agama kepada anaknya, Aleesya yang kini berusia tujuh tahun.

Rata-rata meninggalkan komen yang positif kepada Erra selepas dia memuat naik video anaknya sedang berlatih membaca surah dan doa dalam solat sambil dibetulkan olehnya.

Menerusi entri tersebut Erra menulis kapsyen "Si tecik tengah practice lancarkan solatnya. Semoga jadi anak yang solehah anakku...salam isya semua.."

Dalam pada itu ada yang turut kagum kerana Erra mengimbangi ilmu dunia dan akhirat kepada anaknya, tambahan lagi dia seorang ibu tunggal yang sibuk dengan arktiviti seni.

Terdahulu, Erra pernah dikritik kerana anaknya tidak fasih berbahasa Melayu dan hanya petah bercakap dalam bahasa Inggeris.



Bajet 2017: Kerajaan Johor mahu peruntukan disalurkan ikut keperluan negeri

Posted: 22 Oct 2016 04:41 PM PDT

Astro Awani
Bajet 2017: Kerajaan Johor mahu peruntukan disalurkan ikut keperluan negeri
Mohamed Khaled turut menyifatkan Bajet 2017 mempunyai kepentingan dalam menfokuskan bakat dan kemahiran yang selari dengan fokus kerajaan negeri yang sebelum ini telah mewujudkan pembangunan hab kemahiran di Johor. - Gambar Astro AWANI
 
 
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor yang menyambut baik Bajet 2017 dan berharap peruntukan yang disediakan akan disalurkan mengikut keperluan negeri tanpa berlaku sebarang ketirisan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan peruntukan dapat melihat secara meluas setiap keperluan negeri secara adil.

"Dua perkara saya berharap dapat diberi perhatian adalah pelaksanaan, biasanya ada jurang antara dasar dan pelaksanaan, macam yang diumumkan Perdana Menteri. Peruntukan membaiki rumah pangsa dalam bandar itu pada dasar," katanya Mohamed Khaled.

"Soalnya, sampai tak ke Johor Bahru dan Tebrau? Ini dapat dilihat supaya kementerian mengagihkan secara saksama, rumah pangsa ada tiga atau empat tempat sahaja yang banyak -- selain di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan di Sabah dan Sarawak, yang lain tidak banyak." katanya.

"Jadi pengagihan soal air,  kata 70 bilion, jadi sejauh mana sampai di Johor. Jadi di antara dasar dan pelaksanaan, kita berharap supaya itu dapat ditentukan yang ia terlaksana dan diagihkan secara saksama," tambahnya.

BACA: LAPOR LANGSUNG Pasca Bajet 2017

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Johor Future Home di Kampung Kuala Sungai Masai di sini hari ini.

Mohamed Khaled turut menyifatkan Bajet 2017 mempunyai kepentingan dalam menfokuskan bakat dan kemahiran yang selari dengan fokus kerajaan negeri yang sebelum ini telah mewujudkan pembangunan hab kemahiran di Johor.

Beliau turut berharap melalui usaha tersebut dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan keprihatinan kerajaan pusat terhadap cabaran kehidupan semasa, antaranya meningkatkan bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan kemudahan skim pembiayaan rumah pertama.

Curi kenderaan: Tujuh individu ditahan

Posted: 22 Oct 2016 04:32 PM PDT

ASTRO AWANI


Curi kenderaan: Tujuh individu ditahan
Beliau berkata kesemua mereka termasuk tiga daripadanya yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan.
 
 
BUKIT MERTAJAM: Polis menumpaskan satu geng curi kenderaan selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa serbuan di sekitar negeri ini dan Kedah, sejak Khamis hingga tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata satu pasukan khas polis melancarkan operasi selepas menerima laporan berhubung kes curi sebuah kenderaan pacuan empat roda, Ford Ranger milik seorang kontraktor di Taman Markisah, di sini.

"Bertindak hasil maklumat dan risikan, polis berjaya mengesan dua lelaki dan seorang wanita berusia 24, 25 dan 34 tahun di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Bukit Minyak pada pukul 8 malam Khamis.

"Siasatan mendapati mereka terlibat dalam kes curi kenderaan itu dan kemudiannya polis menyerbu sebuah pusat hiburan keluarga di Alma sebelum menahan seorang lagi lelaki berumur 33 tahuan kira-kira pukul 1 pagi semalam," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata susulan penahanan mereka, polis menahan seorang lelaki di Padang Serai, Kedah berusia 43 tahun dan menahan lagi dua lelaki berumur 33 serta 36 tahun di Lunas dan Kulim, Kedah semalam.

Nik Ros Azhan berkata polis turut merampas telefon bimbit, sebuah motosikal Kawasaki RR150 dan sebuah kereta Proton Wira yang dilaporkan dicuri baru-baru ini serta pelbagai barangan dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan antaranya kunci, sepana dan playar.

Katanya Ford Ranger yang dicuri dalam kejadian di Taman Markisah itu telah dijual kepada seorang daripada rakan mereka dan usaha mengesan lelaki dan kenderaan terbabit sedang dijalankan.

"Siasatan polis mendapati setiap daripada mereka yang ditahan itu mempunyai peranan masing-masing dalam sindiket curi kenderaan dan dipercayi geng berkenaan aktif di negeri ini serta Kedah sejak awal tahun ini," katanya.
 
Beliau berkata kesemua mereka termasuk tiga daripadanya yang mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

"Polis percaya dengan penahanan mereka kami dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes curi kenderaan dan motosikal di daerah ini. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. -- BERNAMA 
 
 

Kenapa tolak orang yang dipilih TG Nik Aziz?

Posted: 22 Oct 2016 04:32 PM PDT


DETIK DAILY


 

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perjuangan Islam tidak pernah terlepas daripada cabaran sepanjang masa."Apa yang berlaku di Kelantan merupakan ulangan daripada sejarah atau kisah itu, cuma bentuk berbeza dan pelakonnya yang berlainan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah sempena 26 tahun pemerintahan PAS dengan dasar Membangun Bersama Islam di sini malam tadi.

Naib Presiden PAS itu menambah lagi, asas perpecahan tersebut sehingga melahirkan parti serpihan, PAN yang rakus terhadap kuasa.

Menurutnya, bukan kerajaan yang ditadbir dengan syariat Islam tidak bersalah, namun apa yang menjadi masalah ialah kerana kerakusan kuasa.

"Orang yang hendak kepada kuasa tetapi tidak mendapat kuasa, dia rasa dia lebih baik daripada orang lain, dia lebih layak memerintah dari orang lain.

"Sikap kita (PAS) kalau dia (PAN) mengaku ikut arwah Tuan Guru (Nik Aziz), dia kena ikut juga Menteri Besar, Datuk Ahmad kerana pemilihan itu dibuat dalam Dewan Harian.

"Tuan Guru pilih sendiri, jadi tidak kena kalau sokong Tuan Guru, sayang Tuan Guru, tiba-tiba orang yang dipilih oleh Tuan Guru Nik Aziz ditolak," katanya.

Tiada ulasan: