Ahad, 16 Oktober 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Benarkah Musa Hasan tolak tawaran RM2 Juta?

Posted: 16 Oct 2016 06:32 AM PDT

Musa HassanTan Sri Musa Hassan ketika menjawat Ketua polis Negara enggan mengulas tuduhan bahawa beliau mengizinkan penjenayah menguasai pasukan polis menimbulkan persoalan besar terhadap kredibilitinya.

Tiba-tiba hari ini beliau berceriita pula mengenai beliau ditawarkan RM2 juta sebulan sebagai bayaran bagi menutup mata terhadap aktiviti jenayah...

Orang yang paling kuat menggeleng kepala dengar cerita ini tentulah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusuff.

Beliau kenal sangat Musa Hasan ini yang pernah ditolong untuk naik pangkat pada 1997 dari jawatan junior superintendent, menjadi pembantunya hampir selama 6 tahun dan menganggapnya sebagai anjing tersepit kerana pada akhirnya dia telah mengkhianatinya.

Ramli menghadapi lima pertuduhan pada tahun 2007 dan 2009 di mana beliau telah akhirnya dibebaskan. Ramli mendakwa telah didalangi oleh Musa bersama-sama dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah pendakwaan Nordin Hassan dalam usaha untuk menjatuhkan beliau.

Pembohong

Musa Hassan ketika menjawat KPN adalah saksi utama SPRM yang telah memberikan keterangan semasa perbicaraan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusuff berkaitan dakwaan penyalahgunaan kapalterbang Cessna milik PDRM bagi kepentingan peribadi.

 Keterangan Musa penuh dengan putar belit hinggakan Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalau menggelar Musa sebagai penipu dan segala keterangannya telah diketepikan. Ini sudah tentu menjejaskan kredibiliti Musa sebagai seorang Ketua Polis Negara.

Bagaimana seorang Hakim boleh sebut 'Penipu' kepada seorang berjawatan penting seperti KPN?

Hakim Supang Lian (gambar) ketika beliau membebaskan Datuk Ramli Yusof daripada satu tuduhan tersebut berkata bahawa Ketua Polis Negara Musa Hassan adalah saksi pembohong. Bahkan hakim itu berpendapat bahawa KPN Musa Hassan adalah seorang bajingan tidak layak untuk menjadi KPN.

Seorang pegawai polis yang mendakwa pernah menjadi ADC kepada Musa Hasan telah membuat kenyataan bersumpah menuduh bahawa Musa Hasan berada di sebalik pakatan jahat ke atas bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusof dan lain-lain pegawai yang terlibat menyiasat beberapa kepala penjenayah.

Musa hanya ada Sijil Hadir Kursus Undang-undang.

Menurut Datuk Ramli, Musa Hasan telah berbohong mengenai kelayakan akademiknya semasa suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pada tahun 1999.

Musa Hasan mengaku lulusan diploma lanjutan dalam undang-undang apabila ditanya kepadanya tentang kelayakan beliau ketika beliau memberi keterangan semasa suruhanjaya siasatan diraja.

Musa Hasan hanya mempunyai sijil dalam undang-undang dari kursus satu tahun yang diambil. Hanya Sijil sahaja. Suatu diploma lanjutan adalah sama dengan ijazah.

Dilaporkan, bahawa peguam dan ahli PKR R Sivarasa pernah membuat laporan polis berkaitan dengan "kelayakan palsu" beberapa tahun lalu, tetapi tiada siasatan telah dijalankan. Baca di sini

Sindikit Jenayah

Ingat Cerita 'RM27 juta polis'? Cerita ini terpampang di muka hadapan media arus perdana selama berminggu-minggu. Cerita ini adalah bertujuan untuk menutupi pendedahan yang Datuk Ramli Yusof  lakukan keatas penglibatan KPN Musa Hassan dengan dunia 'underground' bersama Sindikit China.

Musa Hasan telah dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta dari tiga kepala penjenayah.

Ini dilakukan dalam memberi tekanan keatas Johari Baharum, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk melepaskan Ketua Along, Goh Cheng Poh @ Tengku Goh.

Tidak lama kemudian, Johari Baharom pula membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan kes rasuah yang melibatkan Musa Hassan dikatakan terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster, demikian menurut laporan Bernama. Baca di sini

Akhirnya, penjenayah tersebut telah dibebaskan, sementara enam pegawai polis termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Ramli Yusuff dan peguam Rosli Dahlan ditangkap. Baca di sini

Musa Hassan telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 14 Sept 2006 menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Omar. Beliau sepatutnya telah bersara lama sejak dulu pada 14 September 2007.

Walaupun Musa Hasan kemudiannya disiasat, tetapi dia telah dibersihkan oleh Abdul Gani dan BPR, dan Pak Lah telah melanjutkan  kontraknya khidmatnya selama 2 tahun lagi walaupun dibantah oleh ramai.

Walaupun Musa Hasan sepatutnya tamat pada 14 Sept 2010, tetapi beliau memilih bersara enam bulan lebih awal dari tarikh persaraan apabila Datuk Ramli Yusuff dibebaskan daripada dakwaan.

Tiada ulasan: