Selasa, 6 September 2016

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


ABANG-ABANG DAN AKAK-AKAK, MINTA LIMA MINIT BOLEH? ABAM NAK CERITA SIKIT KENAPA KITA MESTI SOKONG PINDAAN RUU AKTA 355?

Posted: 06 Sep 2016 05:18 AM PDT



ABANG-ABANG DAN AKAK-AKAK, MINTA LIMA MINIT BOLEH? ABAM NAK CERITA SIKIT KENAPA KITA MESTI SOKONG PINDAAN RUU AKTA 355?

Gua nengok je gelagat Siti Kasim masa forum kat Karangkraf semalam. Tapi bagi gua, tu hal dialah. Cara dia semalam pun dah tunjuk 'siapa dia' yang sebenarnya, so gua peduli apa.

OK, gua nak declare yang gua sokong 100 peratus pindaan ni!

Sebelum pergi jauh, basically pindaan ini BUKAN nak wujud undang-undang baru ye cik senah. Ni nak memperkasakan Mahkamah Syariah, itu je pun. Dan pindaan ini TIDAK MELIBATKAN LANGSUNG ORANG BUKAN ISLAM, itu penting tu...tolong bagi pemahaman pada Ah Fook, Arumugam dan Sukhvinder andai depa tanya kat hangpa.

Lagipun last kita pinda benda alah ni almost 32 tahun lepas, dah berlapuk, bersawang bagai.

Pindaan ini penting sebab sebelum ini hukuman mahkamah syariah terbatas kepada hukum maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syar'ie. Alahai...low classsnyalah...nama je hakim syariah...pesalah kalau tahu dia leh gelak guling-guling! So dengan pindaan ini, kita nak bagi kuasa agar pesalah syariah gerun sikit, jangan ingat mahkamah syariah ini cikai je!

Apa yang dicadangkan, hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati...contoh HUKUMAN MAKSIMUM seperti 100 sebatan pada pesalah.

Kejam? Rileks...sebat syariah ni bukan macam sebat kat Penjara Kajang brader. Kalau sebat kat Penjara Kajang tu, baru tiga empat kali libas buntot kau dah pecah berdarah, berkecai kulit-kulit!

Tapi sebat ala syariah ni macam kau kepit buku kat ketiak je. Masa nak hayun rotan tu buku tu tak boleh jatuh...so boleh bayang tak 'lembutnya' sebatan itu. Aku rasa cikgu besor sebat kau kat perhimpunan pun lagi sakit!

Pada yang TAKUT SANGAT pindaan ini 'buka jalan' pada hukum hudud, meh abang nak bagitahu. Dalam Malaysia ni nak buat hudud kena pinda TIGA perkara dalam perlembagaan, kena dapat sokongan 2/3 atau 148 orang Ahli Parlimen. La ni kalau campur semua Ahli Parlimen beragama Islam, kita baru ada 135 orang, still tak boleh buat apa pun - kecuali ada YB bukan Islam pun sokong, ko raser?

So abam pendekkan cerita, orang Islam macam kita ni patut bagi sokongan tak berbelah bagilah mengenai pindaan ini. Ini bukan sebab ko Pas atau UMNO, ini sebab untuk meninggikan martabat agama juga. Ok what?

Sorrylah, abam bukan peguam. Abam tak reti nak guna bahasa peguam. Tapi abam pun study juga bab pindaan ni, bukan main tulis je cuma yelah benda nampak simple tapi banyak lagi selok-belok perundangan yang perlu diperhalusi. Kita bagi mereka yang ahli lah untuk menanganinya. Kalau nak tau lagi, jumpalah yang arif-arif lagi bijaksana.

Abam nak sambung kerja. Bos dok ingat abam tengah tulis sajak cinta ni kah kah kah!

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154474410263050&id=821928049

Catatan Terbuka untuk Siti Kasim

Posted: 06 Sep 2016 02:27 AM PDT



Catatan Terbuka untuk Siti Kasim,

Saya bukanlah Da'ie, apatah lagi Pencetus Ummah. Saya cuma seorang manusia yang takutkan Allah. Di sini saya coretkan "sms" ringkas buat seorang peguam yang bernama Siti Kasim.

Siti, kamu mengaku seorang Melayu dan Islam, tetapi kau enggan melihat mahkamah Syariah dinaiktarafkan. Siti, kenapa kamu enggan dengannya sedangkan kamu bukan seorang penjenayah yang bakal menerima hukuman baru tersebut?

Siti, kamu sendiri mengatakan Sivil tidak boleh menjatuhkan hukuman sebat ke atas seseorang yang berumur 50 tahun ke atas. Siti, kalau penjenayah berumur 50 tahun merogol anak perempuan kamu, dan dijatuhkan hukuman minima penjara 5 tahun (seksyen 376), apakah kamu rasa ianya berbaloi dengan tekanan psikologi yang anak kamu alami seumur hidupnya?

Siti, kamu menanyakan kenapa kamu perlu ikut semua ni kerana kamu menganggap ia adalah antara kamu dan Tuhan. Siti, percayalah, kamu tak perlu ikut semua ini andai kamu berada di planet yang bukan diciptakan Tuhan!

- Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohd Fadzil

Surat Haleza Hilmi Kepada Safiey Ilias

Posted: 05 Sep 2016 07:13 PM PDT



Bismillahirrahmanirrahin. Assalamualaikum wbt Safiey Ilias.semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihAllah swt, Aamiin
.
.
Ni kali pertama Kak Ija kirimkan mesej pada Safiey Ilias. Safiey apa kabar? Moga Safiey sihat hendaknya, Aamiin
.
Pertama Kak Ija nak ucapkan terima kasih sangat sangat kerana Safiey banyak memberikan kami kesedaran, di mana kami ni ,ada buat silap, ada kekurangan diri sendiri, banyak tutur kata , penulisan kami tidak kami jaga sehingga menyebabkan Safiey tersinggung. Maafkan kami Safiey. :'(
.

Kak Ija selalu baca post post Safiey, selalu bagi motivasi sampai Kak Ija kagum MasyaAllah, memang kuat Safiey ni. Sungguh! Kami kagum dengan anda yang sentiasa memberikan kami inspirasi dan motivasi, kami pun tak mampu nak jadi hebat macam Safiey. Terima kasih Safiey sebab selalu bagi kami semangat dalam hidup kami. BarakAllahu Fiik.
.
Dan sebenarnya ada sekali tu Kak Ija dijemput untuk satu program Forum ni dimana, kita akan digandingkan dalam forum tu. Masa tu seronoknya dan tak sabar nak berforum dan mendengar perkongsian dari Safiey, namun kita merancang Allah juga merancang, sebaik baik perancang adalah perancangan Allah, Safiey tak dapat turut sama dalam forum. Tak apalah, mungkin ada rezeki lain in sha Allah :)
.
Safiey, betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,kelemahan , dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. Orang macam Safiey dan kawan kawan Safiey banyak bagi kami sedar yang banyak kelemahan kami kena perbetulkan. Terima kasih menjadi asbab untuk sedarkan kami 🙏🏻😭
.
Jom kita sama sama berjemaah saling bantu membantu, menyokong , saling mendoakan, berkata yang baik baik, kita sama sama minta Allah jaga kita semua dalam rahmat dan kasih sayangNya sehingga nafas terakhir. Aamiin. Safiey, kami sentiasa ada bersamamu, doa kami mengiringi
.
Safiey,Kak Ija yakin Allah sayang Safiey sangat sangat. Begitu juga dengan kami semua. Betul kan sahabat semua?.....
.
Andai perjuangan itu mudah,
Pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan itu menjanjikan kesenangan,
Pasti ramai yang tertarik padanya
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya,sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tidak terhingga,
Andai rebah, BANGKITLAH SEMULA,
Andai terluka,INGATLAH JANJINYA

Surat 'Nasihat' Da'i Wan Kepada Safiey Ilias

Posted: 05 Sep 2016 05:47 PM PDT



Ini gambar pertama kali kita bertemu dalam aturan Allah swt, Safiey Ilias.

Wan tidak punya panjang bicara lagi, kerana kita sudah bercakap dalam What's app hampir 1 jam tadi dengan bertujuan untuk pujuk Safiey, istiqomah semula.

Namun malam ini, Wan tak berjaya.

Safiey, kata hati penat. Letih. Tak tahan lagi dengan semua ini. Fed up.

Wan tenangkan Safiey lagi, berkali-kali juga.

Untuk jangan..

Untuk sabar.....

Seluruh ahli keluarga Safiey pun melakukan yang sama.

Wan terfikir ditempat ahli keluarga Safiey, jika Wan menjadi salah seorang dari ahli keluarga Safiey, pasti Wan akan terasa:

"Kadang-kadang dia tak tahu betapa kita sayangkan dia. Dia tetap dengan pilihan dia sahaja."

Mengapa disimpan pada hati sendiri dan biar ia terluka seorang diri Safiey, sedangkan kami yang mendoakan, tetap sahaja bersama.

Safiey, pandanglah kami yang terdekat ini, jika yang jauh boleh mengecammu.

Kami yang dekat ini tidak Safiey lihatkah, mereka yang jauh dengan kecaman, itu yang Safiey pertimbangkan.

Wan telah pesan tadi.

Kini bukan waktunya menilai dengan hati. Kerana ia berada dalam keadaan sakit, penat dan terluka.

Gunakan anggota lain waktu ni Safiey, ia adalah akalmu. Cari masa untuk kuat semula. Gunakan ia untuk melawan dan bermula baru dengan berhikmah. Lakukan atas nama dakwah. Bukan atas jagaan hati dan pandangan manusia lagi, sebab itu kamu penat, kamu kecewa, kamu terduduk sebentar sambil tertunduk.

WaAllahi, Allah akan bantu kamu Safiey.

Safiey,

Cuba lihat apa yang telah kamu miliki hari ini?

"Ahli keluarga yang selalu bersama dalam pahit manis liku hidup Safiey, sahabat2 dekat yang tahu Safiey lebih dari semuanya, rakan2 perniagaan yang menjadikan kamu contoh usahawan berjaya, agamawan yang memandang hijrah Safiey sebagai satu kesan baik pada agama & orang-orang sekeliling yang pernah titipkan masa mereka untuk dengar luahan dan kisah Safiey diserata Malaysia."

Kalau pun Safiey penat, kecewa, letih kerana mereka yang acapkali menghentam, mengkritik, negatif viewers.

Ketepikanlah semua itu malam ini, semata untuk Allah dan kami. Kesiankanlah kami yang bersamamu ini. Fikirkanlah kami juga.

Janganlah kembali seperti dulu, Safiey.

Sabarlah...

Sabar...

Sabar.

Semakin Safiey sabar, semakin tinggi darjatmu disisi Allah, apatah lagi malaikat, apatah lagi manusia.

Safiey, this is for you.

"Tiada insan suci yang tidak punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan."

Ini ungkapan yang pernah Safiey ungkapkan dulu sewaktu Wan tonton kamu Live di Tv, dan kamu menangis kerana Hidayah-Nya.

Atas nama syukur, pertahankanlah ia.

Pertahankannya.

Yang benar, Da'i Wan.

Terkini: Luahan Hati Safiey Ilias, Menjadi Makyah Semula

Posted: 05 Sep 2016 03:58 PM PDT



Assalammualaikum semua . Sebelum tu saya nk mintak maaf andai posting ni panjang lebar . Cuma ini luahan saya .
.
Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah . Sebab apa jua yg saya buat masih ada org tetap tak puas hati dan mempertikai . Saya jadi pondan org hina , saya jadi lelaki pun org hina dan org pertikai . Ada yg kata saya tunggang agama , ada yg kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari . 1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tp kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya . Saya dh jadi lelaki pun org tanya mana misai dan janggut saya . Entah lah . Saya fedup .
.
Terus terang cakap saya penat sgt2 dan tak tahu nk tuju kemana lagi untuk bawak diri . Setiap apa yg saya lakukan semua org masih tak puas hati . Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dgn pelbagai kata2 hinaan . Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni . Sumpah saya penat sgt2 . Sana sini org fitnah , dan org tak habis2 kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes . Memang agaknya korg tak boleh pisahkan dua benda ni drpd saya . Maaf tapi bisnes saya dh meletops 3 tahun lalu sejak saya menjadi pondan lagi . Tak perlu nk ckp saya berhijrah sebab bisnes saya tengah down , nak bayar Hummer tak boleh bayar , saya jual kereta mini Cooper sebab bisnes tengah lingkup , dan bermacam lagi dakwaan lain . Saya penat lah dengan semua ni . Saya tak penah ada masalah kewangan !
.
Saat ni , hari ni , saya betul2 nak mintak maaf dkt semua followers saya yg mengkagumi saya tak kesah lah atas apa jua sebab sama ada pghijrahan saya mahupun kejayaan bisnes saya , saya ambik keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dh terlalu penat melalui dugaan yg tak pernah putus2 . Saya dh penat nak layan dan hadap tohmahan korg semua bila saya jadi baik pun org bercakap . Biarlah saya menjadi diri sendiri dan happykan diri saya ikut cara saya .
.
To all my family , saya mintak maaf sgt2 sebab kecewakan harapan akak2 saya dan mak ayah saya . Tak perlu lah nk libatkan mereka dalam keputusan yg saya ambik hari ini sebab mereka pun sedih dan kecewa . Tak perlu libatkan mereka apa2 dan tak perlu nak blame mereka mcm korg blame saya . Keputusan saya ni biarlah saya yg tanggung dan biarlah saya yg hadap . Hanya family yg tahu apa yg saya lalui .
.
Kepada kawan2 saya terutama Harry Zulkifli , aku harap ko terus tabah dan istiqomah dalam penghijrahan yg berliku dan pedih ni . Maafkan aku sebab tarik ko berhijrah dlu tp aku yg terkandas dlu . Aku dh pnat sgt2 dan ko sendiri yg tahu apa aku lalui . Teruskan melangkah dan doakan aku .
.
Kepada Sheikh Sulaiman , Azie Shaziana dan Syarifah Furaiha , maafkan saya tau sebab saya telah mengalah dan tewas kali ni . Korg baik sgt2 dan sentiasa beri moral support pada saya . Thanks u jugak kepada org kuat Al Hijrah yg mesej saya tadi dan siap doakan saya di depan Kaabah tadi . Thanks u juga pada ustaz2 dan Daie Wan Dazrin sebab whatsapp saya tadi . Maafkan saya buat anda semua kcewa .
.
Akhir kata , doakan saya semoga penamat hidup saya dikembalikan dalam keadaan yg sebaik baiknya . Thanks u sangat2 sebab korg sentiasa mendoakan saye . Harap Allah beri ruang untuk saya .
.
So sorry sahabat2 semua . Saya penat . Lepasni korg nk cakap apa korg cakap lah saya dah tak kesah . Now saya buktikan kpd korg semua saya tak kisah bisnes saya lingkup atas keputusan saya ni sebab saya tak pentingkan bisnes dah ! Stop cakap saya berubah itu ini sebab bisnes dan duit . Perlaking saya meletops dlu sebelum saya berhijrah lagi . Biarlah saya menjadi diri saya sendiri . Kalau nk viralkan pun saya tak kisah dan saya tak akan jawab apa2 dah pasal isu ni . Org dh jadi jahat dan jahil , nk ckp apa pun cakap lah dh memang kita jadi jahat .
.
Ig ni ig betul saya . Ada pihak siap buat akaun fake dah nak tambah followers . Pelik2 korang ni . Saya give up . Sorry again . Wasalam . Nite

Tiada ulasan: