Selasa, 6 September 2016

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


RUU 355 : Mana Hudud Yang Pas janjikan dulu?

Posted: 06 Sep 2016 02:54 AM PDT


   Puas menunggu bertahun-tahun lamanya... masih juga tak kunjung tiba. Betapa menunggu itu adalah satu penyiksaan....

   Apatah lagi bila harapan suci itu rupa-rupanya hanyalah satu ilusi mainan kata-kata yang diselang selikan dengan ayat-ayat Allah dan hadith Rasulullah SAW...

  Setelah beriya-iya berjanji akan bawa hudud ke palimen .... berjanji akan laksanakan hudud ....
 
 Malah ada pemimpin tertinggi di Kelantan berjanji akan letak jawatan jika gagal laksanakan hudud di Kelantan...

   Setelah mencemuh dan terus mengkafirkan setiap mereka yang menentang cita-cita Pas itu....

   Hingga Pakatan Rakyat jadi lingkup ranap ... hingga sesama jemaah berbalah dan disingkirkan dan berpecah... hanya semata-mata kerana pemimpin tertinggi Pas sudah termakan umpan 'Hudud' yang Umno janji akan mempermudahkan laluannya  di parlimen...

    Tiba-tiba Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibawa oleh ‎Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat bukan undang-undang hudud.

 Datuk Takiyuddin kata, Undang-undang hudud tidak boleh dibawa ke Parlimen....

"Jika mengatakan cadangan meminda Akta 355 sebagai rang-rang hudud adalah sesuatu tidak betul. Hudud adalah undang-undang yang dibuat oleh negeri. Tiada alasan hudud dibawa ke Parlimen. ~ SUMBER

RUU 355 : Perkara itu belum dibahas macam mana nak sokong? - Mujahid

Posted: 06 Sep 2016 12:07 AM PDT

Hadi perlu jelaskan usul persendirian yang dibuat sebelum dilihat agama sebagai
bahan mainan politik semata-mata.
   Baru-baru ini, Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusuf Rawa dibidas PAS sebagai "tidak beradab" selepas beliau dilapor mempertikai kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad yang mewajibkan umat Islam menyokong usul Hadi itu.

   Datuk Mujahid berkata, kenyataan Zulkifli itu dibuat dengan tidak melihat secara menyeluruh kerana RUU 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 masih belum diperincikan di Dewan Rakyat.

"Saya hairan juga dengan mufti ini. Ini isu legislatif ada prosedurnya. Sebagai ahli legislatif, kita berbahas atas fakta, kerangka prosedur, Perlembagaan dan sebagainya. Bagaimana kamu buat pendirian tanpa kamu dengar apa Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bentang lagi?

 "Isu sebenarnya ialah pertama dia (mufti) minta ahli Parlimen Islam wajib sokong (usul RUU355), saya menjawab bagaimana saya boleh menyokong sesuatu sedangkan benda itu tidak dibahas lagi.

 "Sebagai seorang mufti dia harus kena faham peraturan parlimen, kalau dia orang awam saya tidak kisah.

  Secara umumnya saya tidak menidakkan apa yang mufti cakap, tetapi perkara itu belum dibahas macam mana nak sokong.

   "Lepas bentang usul itu kena bahas, bahas itu tidak semestinya saya menolak dan bahas itu juga tidak semestinya saya menerima bulat-bulat apa yang diminta, tidak pernah terkeluar dari mulut saya perkataan menolak tetapi perlu teliti dahulu," katanya.

 Mujahid berkata tidak perlu terlalu emosi menyalahkan pihak yang tidak menyokong RUU 355 dan menuduh mereka menentang Islam kerana isu tersebut terlalu teknikal. (Sila baca RUU 355: Jangan guna kedudukan keluar hukum wajib)

 Sementara itu dilaporkan, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad berkata, Amanah tidak ada masalah menyokong rang undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau RUU 355, tajaan PAS dengan syarat ia menjelaskan lebih lanjut mengenai pindaan itu.

 Khalid Samad berkata terdapat kekeliruan terhadap usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Mei lalu kerana ia dibentangkan tanpa dibahas dan dijelaskan maksud usul berkenaan.

 "Ada yang mendakwa ianya berhubung perlaksnaan hudud di Kelantan dan ada yang kata ianya tiada hubungan dengan soal hudud. Ada yang kata ianya bercanggah dengan perlembagaan dan ada yang kata sebaliknya," katanya pada satu sidang media di ibu pejabat Amanah di sini.

 Amanah menganggap tindakan membaca usul itu tanpa bahas dan menangguhkan perbahasan selama 5 bulan bukan sahaja tidak berhemah tetapi tidak bertanggungjawab. ~ sumber

Tiada ulasan: